Tajuk kajian

Embed Size (px)

Text of Tajuk kajian

Tajuk kajian

LABU SAYONG

Senarai kandunganMUKA SURAT PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1) MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN 2) LATAR BELAKANG PRODUK - PENGENALAN - SEJARAH KEWUJUDAN - TUJUAN / KEPENTINGAN PRODUK - KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN / KEUNIKAN 3) KAEDAH / CARA PENGHASILAN - TENAGA KERJA - SENARAI BAHAN - SENARAI PERALATAN - PROSES / PERINGKAT PENGHASILAN 4) PERKEMBANGAN PRODUK - PENGIKTIRAFAN / SAMBUTAN - KEMAJUAN YANG DICAPAI - CABARAN - POTENSI PRODUK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

PenghargaanBersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaannya ,saya dapat juga menyiapkan folio sejarah ini. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani, Puan Hafsah binti Lebai Hussin kerana telah membenarkan kami melakukan tugasan yang berat ini . Banyak dugaan yang telah menimpa kami semasa melakukan tugasan ini . Selain itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kelas tingkatan 3G Puan Khadijah binti Abdul Rahman kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing kami untuk membuat folio ini . Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan abang saya , yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan folio yang bersejarah ini . Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Objektif kajian1. Dengan menghasilkan folio ini, saya akan dapat: - Mengetahui banyak produk tempatan yang terdapat di Malaysia. - Mengetahui secara terperinici proses proses pembuatan produk tersebut. - Mengetahui lokasi penghasilan produk tersebut. - Menilai keistimewaan dan keunikan produk tersebut. - Mensyukuri nikmat Tuhan kerana dilimpahkan dengan pelbagai seni dalam kehidupan kita.

Kaedah kajian1. Mencari sumber atau bahan melalui internet 2. Melalui pemerhatian 3. Berdasarkan media massa dan media elektronik 4. Temubual bersama abang dan kawan kawan 5. Membaca bahan bahan artikel

Hasil kajian1. MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN

Nama produk

Labu sayong

Kategori

Kraf tangan

Nama pengusaha

Zaleha Pandak Sidek, 49 tahun.

Lokasi

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:

Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar

Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas

Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas

2. LATAR BELAKANG PengenalanLabu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Sejarah kewujudanMenurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram

Tujuan/kepentingan produk1. sebagai bekas menyimpan air sewaktu menziarahi tanah perkuburan 2. perhiasan di dalam dan luar rumah 3. menjadi tempat simpanan air

Keistimewaan/kelebihan/keunikan1. Menyejukkan air 2. Air yang telah disimpan di dalam labu sayong boleh merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas dan sebagainya.

3. KAEDAH / CARA PENGHASILAN Tenaga kerja1. Bekerja secara individu ataupun kumpulan. 2. Untuk meluaskan pasaran, kerja secara berkumpulan akan menjimatkan masa.

3. Terdapat juga pihak yang menggunakan bantuan mesin. Senarai bahan1. Medium utama ialah tanah liat yang diambil daripada: - Tanah liat busut - Tanah sawah

Senarai peralatan1. Sekeping papan empat persegi 30.48 cm x 12.7 cm tebal digunakan untuk membentuk dan mencantum tanah liat yang diuli sewaktu proses membuat bentuk tembikar 2. Beberapa batang pisau dari builuh atau kayu untuk memotong tanah liat 3. Kayu-kayu penepik atau pengukir 4. Beberapa alat pengukir lain juga digunakan yang diperbuat dari dawai dan besi yang telah ditajamkan pada bahagian hujungnya. Semua alat ini digunakan untuk membuat ragam hias. 5. Tempurung atau mangkuk untuk bekas air bagi membasahkan tanah liat kental. 6. Batu-batu licin, botol atau bekas bulat untuk melicinkan

permukaan tembikar. 7. Pinggan ayan dan daun pisang sebagai tapak untuk membentuk tembikar, berfungsi sebagai roda pemutar. Terdapat juga papan leper yang bulat seperti piring disebut sebagai capah. 8. Beberapa batang kayu kecil untuk melicinkan tanah liat ketika bentuk tembikar (labu) masih basah.

Proses / peringkat penghasilan1. Mengambil Tanah - mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat.

2. Menjemurkan tanah -tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Tanah-tanah liat itu dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari.

3. Menumbuk -tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki.

4. Mengayak -proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. -proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung

5. Membancuh -proses ini mencampurkan tanah dengan air. Bahan yang dibancuh mesti

tidak terlalu lembik. -bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen.

6. Menguli Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah.

7. Membentuk Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

8. Menghias Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.

9.Membakar

Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

4. PERKEMBANGAN PRODUK Pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan1. Ramai pengunjung yang datang dari jauh hanya semata-semata untuk melihat cara penghasilan labu sayong ini. 2. Setiap kali mereka melihat, mereka pasti akan kagum dan secara tidak lansung mereka akan membeli sebagai tanda kenangan ataupun kegunaan mereka sendiri. 3. Selain itu, terdapat juga beberapa organisasi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan yang berkunjung dan membuat lawatan ke tapak pembuatan Labu Sayong.

Kemajuan yang dicapai1. Labu sayong terkenal di seluruh Malaysia 2. Menjadi salah satu kraf tangan yang dikagumi ornag luar. 3. Telah Berjaya memasarkan labu sayong ke peringkat antarabangsa

Cabaran dan masalah yang dihadapi1. Proses pembuatan yang agak rumit 2. Memerlukan ketelitian yang mendalam

Potensi produk1. Berpotensi akan lebih menyerlah pada masa akan datang sekiranya diteruskan oleh generasi kini. 2. Akan menjadi produk kebanggaan negara 3. Pembuat pembuat labu sayong akan lebih bangga sekiranya produk hasilan mereka mendapat penghargaan daripada kerajaan.

RUMUSANBersyukur kepada Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani kerana terus menerus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami ,Alhamdulilah . Setelah saya menyiapkan folio sejarah ini, saya mendapati Labu Sayong ialah sebuah kraf tangan yang terkenal di seluruh dunia dan turut mengajar saya mengenali kraf tangan yang termasyhur ini. Selain itu ,sebelum ini saya tidak tahu apa itu Labu sayong. Ramai orang yang tidak berminat dengan pekerjaan pembuatan Labu Sayong kerana mengambil masa yang lama untuk siap dan menguji kesabaran si pembuat . Kini, saya menanam cita cita untuk menjadi seorang pembuat Labu Sayong untuk menjadikan diri saya sebagai seorang yang sabar dan yang terkenal di pelusuk dunia . Insya- Allah ..

LAMPIRAN

RUJUKANSumber internet: 1. Utusan Malaysia Online - Utara.htm 2. Keusahawanan.htm 3. Labu Sayong - Komunikasi, Kebudayaan & Kesenian - CARI Malay Forums.htm 4. Labu Sayong Sejarah Labu Sayong.htm 5. Labu sayong - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm 6. Soalan - soalan pertanyaan oleh pelanggan bakal pembeli pemborong tentang labu sayong.htm