of 66 /66
PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah 1 PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali 70 60 70 62 70 65 Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5 PANDUAN PELAJAR

8. Tajuk-tajuk PIM3104 PPG.pdf

Embed Size (px)

Text of 8. Tajuk-tajuk PIM3104 PPG.pdf

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    1

    PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

    Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

    Agihan Jam pembelajaran

    Mengikut Kredit Kursus

    3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

    Tanpa

    Amali

    (3+0)

    Ada

    Amali

    (2+1)

    (1+2)

    (0+3)

    Tanpa

    Amali

    (2+0)

    Ada

    Amali

    (1+1)

    (0+2)

    Tanpa

    Amali

    (1+0)

    Ada

    Amali

    (0+1)

    Membaca modul pembelajaran

    dan menyiapkan latihan / tugasan

    terarah / amali

    70

    60

    70

    62

    70

    65

    Menghadiri kelas interaksi

    bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

    PANDUAN PELAJAR

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    2

    * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

    2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

    pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran

    pembelajaran anda.

    Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

    Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5

    Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

    Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

    Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2

    Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    3

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti

    maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

    Kod & Nama Kursus: PIM3104 (PENDIDIKAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH) Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan

    agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

    AGIHAN TAJUK

    INTERAKSI TAJUK/TOPIK

    JUMLAH JAM MENGIKUT

    PRO FORMA KURSUS

    1

    Pengenalan konsep Pendidikan Aqidah dalam Islam Definisi Kedudukan Aqidah dalam Islam

    2

    Aqidah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam sekolah Rendah Konsep Perlaksanaan Kesan

    3

    Analisis dan huraian isi kandungan Aqidah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1 - 6 Cerakin Tajuk Perincian kandungan

    4 Aplikasi strategi Pengajaran dan Pembelajaran Aqidah Tahun 1 - 6

    5

    Penyediaan Rancangan Pengajaran Aqidah Tahun 1 6 Semester Mingguan Harian

    JUMLAH 45 jam

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    4

    Tajuk 1 PENDIDIKAN AKIDAH SEKOLAH RENDAH

    1. Pengenalan Konsep Aqidah Dalam Islam

    1.1 Sinopsis

    Mencari kebenaran adalah naluri setiap insan. Manusia memerlukan pegangan yang

    benar dan betul untuk menjadi pegangan dan panduan hidup mereka. Apabila manusia

    menemui kebenaran, jiwa dan hatinya akan merasa tenang dan yakin terhadap diri

    sendiri dan apa yang menjadi pegangannya. Hanya akidah Islam yang dapat menepati

    ciri-ciri ini kerana ia adalah dari Allah S.W.T. Akidah dari segi bahasa bermaksud

    simpulan atau tali yang tersimpul. Dari segi syarak, akidah bermaksud kesimpulan yang

    tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri yang berkaitan dengan ketuhanan dan

    kepercayaan agama. Pendidikan akidah merupakan teras penting untuk menanamkan

    keyakinan manusia terhadap keEsaan Allah S.W.T. untuk mengabdikan diri dan

    mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia menjadi insan yang

    soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan akhirat.

    1.2 Hasil Pembelajaran

    1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah dalam diri

    pelajar

    2. Menanamkan keyakinan kepada kekuasaan Allah serta dapat memelihara jiwa

    dari menurut hawa nafsu

    3. Meneguhkan pendirian dan istiqamah terhadap perintah Allah dengan penuh

    keyakinan.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    5

    1.3 Kerangka Konsep Tajuk

    1.4 Konsep dan Definisi Akidah

    Perkataan akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud simpulan

    ikatan tali. Manakala, ilmu akidah ialah ilmu yang mempelajari dan menyelidiki

    perkara-perkara tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara samiyyat atau perkara-

    perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-lain.

    Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah

    ialah:

    a) Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang tersimpul /

    perjanjian.

    b) Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya ada ikatan yang

    sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah menjadikan

    hambanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepadanya dan Allahlah Pentadbir

    alam dan seluruh makhluknya. Dengan itu, ikatan yang memang tersedia ini di

    ikat lagi dengan tali (agama) dengan terasnya ialah akidah keimanan kepada

    ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya / tunjangnya, semakin kukuhlah ikatan

    yang sama sekali tidak mudah terputus.

    c) Maksud simpulan ialah simpulan antara Allah dengan hambanya ada simpulan

    (simpulan mati) yang sebenarnya tidak boleh diurai atau dirombak dengan begitu

    mudah, seperti ibarat tali yang disimpul mati, ia tidak boleh diurai lagi kecuali

    Pengenalan Konsep Akidah Dalam Islam

    Definisi dan dalil

    Asas Aqidah dalam Islam

    Perkara yang merosakkan aqidah

    Kepentingan Akidah

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    6

    dengan memotongnya dengan pisau, maka terputuslah tali itu, lalu tidak dapatlah

    digunakan lagi. Begitulah kalau diputuskan simpulan tali (akidah) dengan Allah ini

    dengan keputusan yang muktamad.

    d) Maksud Perjanjian ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya ada perjanjian

    yakin pengakuan hamba terhadap Tuhannya yang mengaku bahawa Allahlah

    Tuhan dan Tuannya yang Maha Berkuasa ke atasnya, mentadbir alam seruajagat

    ini.

    Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas, iaitu berkaitan

    dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat erat dan disimpul kuat di

    dalam hati nurani seseorang yang beriman kepada Allah dan seluruh rukun iman yang

    lain sehingga tidak mungkin akan terputus.

    Takrif ini membawa erti, akidah berbeza dengan syariat. Syariat merupakan bebanan

    kewajipan yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah adalah amalan

    hati yang berbentuk keyakinan. Akidah juga bukan amalan berbentuk praktik, ia hanya

    perkara yang bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim yang memepercayainya.

    Manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat.

    Menurut Imam al-Ghazzali (1058-1111M) akidah ialah: Berpegang dan membenarkan di

    dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.

    Daripada takrif yang dikemukakan ini, jelaslah kepada kita bahawa akidah itu mestilah

    bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang dari Allah S.W.T. dan atas

    dasar inilah terangkum di dalam beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh

    setiap muslim.

    Dalil Berpegang Kepada Akidah yang Benar

    Akidah dalam Islam adalah berkisar perkara-perkara yang datangnya daripada wahyu,

    al-Quran dan al-Sunnah. Selain daripada sumber-sumber ini bukanlah akidah yang

    sebenar kerana ia tidak mungkin membuahkan keyakinan dan kepastian. Al-Quran

    adalah dalil yang paling nyata dan kuat. Antara firman Allah S.W.T.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    7

    Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah;

    Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya

    mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain).

    tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, Maka kedatangannya itu tidak

    menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran).

    (surah Fatiir : ayat 42)

    1.5 Asas Akidah Dalam Islam

    Iman adalah sebagai asas akidah Islam, sesuatu amalan tidak akan diterima kecuali

    dengan iman. Erti beriman dengan Allah Taala ialah mengetahui, percaya dan beriktikad

    dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus

    bagi Allah Taala.

    Beriman dengan Allah juga bermaksud:

    a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah;

    b) Membenarkan dengan yakin akan ke Esaan Allah s.w.t ,baik dalam perbuatanNya

    manjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat

    setiap makhluk

    c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat

    kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai

    segala yang baharu.

    Firman Allah S.W.T.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    8

    Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah

    menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu,

    (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Surah Al-Baqarah:21)

    Maksudnya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk

    bumi, langit dan planet-planet lain yang dapat dilihat atau tidak semuanya adalah

    kepunyaan Allah s.w.t

    Percaya kepada Allah s.w.t ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman

    yang lain kerana dengan adanya Allah s.w.t maka adanya yang lain-lain itu. Kita perlu

    mempelajari dan memahami ajaran Allah s.w.t Maksudnya beriman kepada Allah juga

    sepatutnya kita pelajari dan fahami apa saja yang datang daripada Allah melalui

    RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah

    bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang

    datang daripada Allah s.w.t

    Selain itu, manusia juga perlu yakin dalam melaksanakan perintah Allah Ss.w.t Yakin

    dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta

    terbaik.

    Hukum mempelajari ilmu akidah adalah wajib individu atau fardhu ain ke atas lelaki

    mahupun perempuan dalam mempelajarinya secara ijmali (umum) dan adalah fardhu

    kifayah dalam mempelajarinya secara tafsili (terperinci).

    1.6 Pembahagian Akidah

    Berdasarkan pengertian yang diberikan di atas, akidah itu dapat di bahgikan kepada tiga

    jenis, iaitu:

    1. Tauhid Rububiyyah

    2. Tauhid Uluhiyyah

    3. Tauhid al-AsmWasifat

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    9

    Tauhid Rububiyyah

    Tauhid Rubbubiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik,

    pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Iaitu mengEsakan Allah dari sudut

    perbuatannya. Membawa maksud manusia tidak boleh menganggap atau merasakan

    yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Dialah yang

    menciptakan menghidupkan dan mematikan serta segala kekuasaan berada padaNya.

    Firman Allah S.W.T

    Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya

    bencana , mak tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya

    melainkanDia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan

    kebaikan, maka ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu .

    (surah al-Anam ayat 17)

    Tauhid Uluhiyyah

    Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar,

    dia hanya mengambil Allah s.w.t sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah s.w.t bersama-

    sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan Dia sahaja yang layak

    disembah. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Segala ibadat.

    Contohnya solat, puasa dan zakat, semua ibadat tersebut dilakukan oleh hambaNya

    hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud

    kepada selain daripada Allah S.W.T.

    Justeru itu, manusia tidak boleh mensyirfikkan Allah dan tidak boleh mengharapkan

    selain Allah. Sebagaimana firman Allah:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    10

    Maksudnya: Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya

    Allah salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain

    dari Tuhan yang Esa. jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu,

    pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.

    (al-Maidah:73)

    Tauhid asma Wasifat

    Tauhid asma Wasifat membawa maksud mengEsakan Allah dari sudut segala nama-

    Nya dan sifat-Nya. Di mana hanya Allah s.w.t yang layak bersifat dan memilih sifat

    kesempurnaan. Untuk itu kita wajib dan diwajibkan mempercayai dan beriman dengan

    segala nama dan segala sifat Allah sebagaimana yang terdapat dalam nas .

    sebagaimana firman Allah s.w.t ;

    Maksudnya: (Dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu

    sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula),

    dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. tidak ada sesuatupun yang

    serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat . (al-Syura:11)

    1.7 Perkara-Perkara Yang Merosakkan Akidah

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    11

    Pintu masuk ke dalam Islam dan seterusnya menjadi seorang yang beriman ialah

    dengan ikrar dan tasdiq (mengucap dengan lidah dan membenarkan dengan hati).

    Sesiapa yang yakin dan beritikad dengan Islam dengan cara itu, maka ia dikira seorang

    muslim dan tidak akan keluar ke Islamannya kecuali jika muncul daripada ucapan atau

    perbuatan atau itikad yang bercanggah dengan ikrar dan tasdiqnya terhadap dua

    kalimah syahadah. Di bawah ini terdapat beberapa contoh yang menunjukkan perbuatan

    yang telah melanggar ucapan dua kalimah syahadah tersebut sehingga dianggap

    terbatal syahadahnya:

    Syirik

    Maksud bermaksud: menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya.

    Iaitu memalingkan suatu ibadah kepada selain Allah. Syirik merupakan dosa yang paling

    besar. Allah S.W.T. memberitakan bahawa Dia tidak akan mengmpuni dosa syirik,

    kerana Dia telah menetapkan bahawa Dia sahaja Tuhan yang layak disembah. Dia Maha

    Pengasih dan rahmatNya amat luas.

    Firman allah dalam surah an-Nisa : 116

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan

    (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang

    dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka

    Sesungguhnya ia Telah tersesat sejauh-jauhnya

    Jenis-jenis syirik

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    12

    Syirik Jali

    Maksud : Perlakuan syirik dilakukan secara terang-terangan, Contoh :

    menyembah patung dan berhala, menyembah bulan atau matahari,

    mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan. Akibatnya berlaku kerosakan

    akidah dan akan mendapat azab di akhirat.

    Syirik Khafi

    Maksud :Tidak meletakkan Allah s.w.t sebagai yang mutlak dalam niat

    terutama dalam ibadat.

    Contoh : riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri

    sendiri), takbur (membangga diri) Akibat : dibenci masyarakat, hilang kawan

    dan sahabat; sukar menerima pandangan orang lain. Rasulullah s.a.w

    bersabda maksudnya:

    Bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang bukan menggunakan nama

    Allah atau doa-doa yang mulia yang diterima dari Nabi) maka memakai

    azimat adalah syirik.

    Kesan terhadap pegamal syirik

    Syirik akan membatalkan iman seseorang. Orang yang mengamalkan perbuatan itu

    dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah s.w.t. Masyarakat menjadi bimbang dan

    seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik seterusnya

    boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

    Cara untuk menjauhi syirik di kalangan masyarakat

    Umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan Islam yang benar,

    pendedahan tentang Islam serta penghayatannya perlu diberi sejak asas pendidikan

    bermula lagi.

    Seterusnya umat Islam hendaklah faham tentang bahaya perbuatan syirik itu sendiri, ia

    bukan sahaja melemahkan individu bahkan juga boleh meruntuhkan institusi keluarga,

    masyarakat, agama dan negara secara menyeluruh. Justeru itu, semua pihak perlu

    memainkan peranan penting ke arah memberi pendedahan yang betul tentang konsep

    dan kefahaman Islam yang sebenar terhadap masyarakat. Bagi guru, proses menanam

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    13

    akidah memerlukan kesabaran yang tinggi serta cabaran yang besar. Lakukanlah cara

    terbaik terhadap mereka demi untuk menyempurnakan didikan akidah sebagai teras

    ajaran Islam.

    Kufur

    Kufur bemaksud tidak percaya kepada Allah s.w.t serta mengingkari ajaran yang

    disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w, implikasi mengingkari kekuasaan Allah s.w.t

    dan Kenabian membawa kepada pengingkarian terhadap syariat sekaligus membawa

    seseorang itu mengingkari rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

    s.a.w. Contoh : Menolak kepercayaan hari pembalasan, menolak hukum yang terdapat

    dalam al-Quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa, menyatakan berpuasa

    ramadhan melemahkan ekonomi dan lain-lain. Manakala kufur Nikmat bermaksud :

    Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan.

    Contoh : menggunakan nikmat kejalan maksiat, enggan mengeluarkan zakat / sedekah

    dan lain-lain.

    1.8 Faktor-faktor membawa kekufuran

    Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat

    membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala.

    Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan

    kebebasan.

    Kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur

    untuk memenuhi keperluan hidup.

    Riddah

    Riddah bermaksud berpaling atau keluar daripada agama Islam. Ingkar atau menafikan

    rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

    Sesorang itu boleh dianggap murtad melalui 3 cara:

    Iktikad : Apabila berniat hendak meninggalkan agama Islam.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    14

    Perkataan : Apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam.

    Perbuatan : Menganut agama selain daripada agama Islam.

    Faktor yang menyebabkan riddah ialah disebabkan oleh lemah pegangan agama, jahil

    tentang akidah dan hukum-hukum Islam, terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

    Implikasi Setelah murtad/riddah apabila seorang itu telah murtad atau terkeluar dari

    Islam mahu atau tidak mereka terpaksa menerima kesan pada diri, keluarga, masyarakat

    dan negara. Hubungan suami isteri akan terfasakh, haram menerima harta pusaka

    daripada waris beragama Islam dan haram dikebumikan diperkuburan Islam serta

    menjadi penghuni neraka buat selama-selamanya.

    Cara Berhadapan Dengan Orang Murtad, Sebagai seorang muslim yang beriman

    dengan Allah s.w.t, sudah tentu merasa sensitif apabila melihat saudara seagamanya

    keluar dari agama Islam. Justeru itu kita bertanggungjawab untuk memberi nasihat

    supaya dia bertaubat ( sebanyak 3 kali ) dan kembali kepada agama Islam. Sekiranya

    masih berdegil, ia wajib dibunuh (hukuman had yang disyariatkan). Memberi

    perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf. Pemerintah hendaklah

    menguatkuasakan hukum hudud.

    Antara hikmah Islam Menganjurkan Hukuman Bunuh Terhadap Orang Murtad ialah;

    Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.

    Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam.

    Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huruhara.

    Langkah Mengelakkan Diri Daripada Murtad

    Berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghindari daripada

    sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa

    kepada riddah.

    Mendalami ilmu-ilmu agama dengan memberi pendidikan agama dengan

    sebaiknya kepada setiap orang Islam.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    15

    Memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan

    murtad. Kemudian mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang

    murtad.

    Khurafat

    Khurafat bermaksud Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai

    hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan

    konsep tauhid dan syariat. Contohnya: Mempercayai azimat yang boleh menahan

    sesuatu bahaya kepada seseorang. Mempercayai binatang seperti burung boleh

    membawa tuah atau sial. Membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi

    kubur yang dianggap keramat.

    Faktor perbuatan khurafat masih lagi wujud dikalangan umat islam

    Iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar

    membezakan amalan benar dan khurafat.

    Terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara

    khurafat. Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal.

    Cara menangani dan membenteras amalan khurafat dikalangan masyarakat

    Islam ialah dengan cara menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-

    majlis ilmu di semua lapisan masyarakat.

    Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi

    orang ramai dengan perkara khurafat.

    Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat,

    kerana akibat buruk jika mempercayai / mengamalkan perbuatan khurafat

    yang menyebabkan syirik dan terbatal iman, membazir masa, tenaga dan

    harta dengan perkara sia-sia. Di samping itu ia juga menyekat akal berfikir

    secara logik dan sistematik.

    1.9 Kepentingan Akidah

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    16

    Kepentingan Akidah ialah :

    Melahirkan manusia yang kuat berusaha mencari kehidupan yang baik di

    dunia ini dengan penuh keyakinan diri dan keyakinan terhadap janji Allah

    akan mengurniakan kehidupan yang baik tanpa berserah bulat kepadanya.

    Menjadikan manusia tidak mudah putusasa, kecewa dan hilang harapan

    terhadap kegagalan dan bencana yang menimpanya, lantaran ianya

    adalah takdir Allah yang tentunya ada kebaikan kepada manusia.

    Membentuk jiwa manusia yang teguh, murni, hati yang baik dan sejahtera

    yangmemungkinkan tindakan yang betul dan elok serta tidak mudah

    tergoda dan digoda oleh mana-mana anasir jahat.

    Membina kehidupan manusia bermaruah tinggi, berhemah, berfikiran

    positif, rasional dalam amalan dan perbuatan. Namun sentiasa selaras

    dengan kehendak Allah

    Meletakkan manusia sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian, kerana

    ia tidak diketahui bila akan berlaku, tanpa meninggalkan tanggungjawab

    dan amanah yang perlu di laksanakan di dunia.

    KESIMPULANNYA

    Secara keseluruhannya, akidah adalah perkara pokok yang wajib dipelajari dan difahami

    oleh setiap umat Islam. Individu yang ingin mempelajari dan berpegang kepada akidah

    Islamiah secara istiqamah akan membawa kejayaan cemerlang dalam hidupnya. Secara

    tidak langsung, ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu, tinggi amalannya dan

    terpuji akhlaknya dan akan mencapai kejayaan hidup cemerlang dunia dan akhirat.

    Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

    TUGASAN

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    17

    Tajuk 2 Pendidikan Akidah Sekolah Rendah

    2.

    Akidah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

    2.1 Sinopsis

    Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk akidah dalam sukatan

    pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah. Fokus utama yang menjadi perbincangan

    kita ialah tentang syahadah, sifat-sifat Allah, perkara samiyyat, rukun Islam dan rukun

    iman. Diharapkan para pelajar memberi perhatian dan tumpuan yang lebih terhadap tajuk

    ini kerana ia lebih bertumpu kepada pemahaman konsep dan penjelasan istilah dalam

    kaedah Akidah Islamiah.

    2.2 Hasil Pembelajaran

    1. Menjelaskan konsep dua kalimah syahadah

    2. Menjelaskan maksud Asma al-Husna

    3. Menghuraikan konsep rukun Iman dan rukun Islam

    4. Menyenaraikan implikasi rukun iman dan rukun Islam terhadap kehidupan

    masyarakat

    1. Jelaskan maksud Akidah mengikut Ibn Taimiyyah 2. Nyatakan perbezaan antara tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan al-Asma wa

    sifat 3. Senaraikan aktiviti yang ssuai bagi memantapkan akidah di kalangan peajar

    sekolah

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    18

    2.3 Kerangka Konsep

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    19

    2.4 Konsep, Lafaz dan hukum dan dalil mengucap dua kalimah syahadah

    Definisi syahadah bererti ikrar, iktiraf, itikad, pengakuan, pengiktirafan dan persaksian.

    Seseorang yang bersyahadah mempercayai kebenaran apa yang disaksikan. Apa. yang

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    20

    dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah ialah menafikan ketuhanan kepada sesuatu

    selain Allah s.w.t dan menetapkan bahawa sifat ketuhanan hanya bagi Allah s.w.t sahaja.

    Syahadah ke dua ialah mengenai ketetapan Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya.

    Lafaz kalimah syahadah ialah

    Maksudnya: Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan Nabi

    Muhammad s.a.w adalah Pesuruh Allah s.w.t

    Hukum Melafazkan Syahadah `Setiap orang yang melafazkan syahadah dengan

    kerelaan hatinya adalah Muslim. Ia mempunyai hak dan kewajipan menurut syariat Islam

    dan wajib mematuhi syariat Islam serta terikat dengan peraturan dan undang-undang

    Islam. Mengucap dua kalimah syahadah setelah baligh ( cukup umur ) adalah fardu

    ( wajib ) sekali seumur hidup bagi setiap mukallaf. Sekiranya tidak ia dikira menderhaka

    sepanjang hidupnya dan sekiranya ia mati maka ia dikira mati dalam keadaan

    mendurhaka.

    Dalilnya pula ialah sebagaimana menurut hadis Rasulullah s.a.w:

    Sebaik-baik apa yang aku katakan dan nabi-nabi sebelumku ialah kalimah Tiada Tuhan

    melainkan Allah dan nabi Muhammad Pesuruh Allah ( Riwayat Imam Malik, Al-Muwatta )

    2.4.1 Hubungan Konsep Syahadah Dengan Kehidupan muslim

    Apabila seseorang itu melafazkan dua kalimah syahadah bermakna individu tersebut

    telah melakukan ikatan kontrak, implikasinya unsure syahadah ini harus diaplikasikan

    dalam kehidupan seharian. Justeru itu, syahadah berkait erat dengan;

    Secara amnya;

    Dari segi akidah beriman dengan rukun iman dan kandungannya

    Dari segi ibadat melaksanakan semua Rukun Islam

    Dari segi syariat melaksanakan segala peraturan dalam kehidupan sama ada

    berkaitan kekeluargaan,politik,ekonomi,sosial,pendidikan dan lain - lain

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    21

    Dari segi akhlak berakhlak dengan akhlak Islam sama ada dalam urusan

    dengan Allah, manusia dan makhluk lain

    Secara khusus :

    Redha bahawa Allah sahaja yang disembah

    Tiada yang ditakuti melainkan Allah

    Menerima sepenuhnya syariat Allah

    Bersyukur kepada Allah atas nikmatNya

    Mengikut & mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w

    Pengakuan bahawa tiada yang aku cinta melainkan Allah

    Tiada yang lebih besar dan agung melainkan Allah s.w.t

    Bertawakal dan meminta pertolongan kepada Allah

    2.4.2.Tuntutan Beriman dengan Dua Kalimah Syahadah

    a. Menerima sepenuhnya syariat Allah

    Firman Allah:

    Terjemahannya: " Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah,

    padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik

    dengan suka maupun terpaksa dan Hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan".

    Terjemahannya: Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum)

    siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?

    b. Mengikut Rasulullah s.a.w dan mengkuti panduannya dalam setiap urusan hidup

    Firman Allah:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    22

    Terjemahannya: " Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman

    hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,

    Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap

    putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya " .

    c. Bertawakkal dan meminta pertolongan kepada Allah dalam setiap perkara

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    Terjemahannya: Apabila kamu meminta sesuatu , mohonlah kepada Allah dan

    apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan daripada Allah.

    d. Taat kepada siapa yang mentaati Allah dan memusuhi siapa yang memusuhi

    Allah s.w.t

    Terjemahannya: " Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari

    akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan

    Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudara-

    saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah

    menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan

    pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga

    yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha

    terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya.

    mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah

    golongan yang beruntung .

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    23

    Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa setiap muslim yang melafazkan

    Dua kalimah Syahadah dituntut supaya sentiasa memelihara semua perkataan,

    perbuatan dan pengakuan selaras dengan syahadah. Seseorang itu dilarang

    melakukan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan syahadah.

    2.4.3.Perkara yang membatalkan syahadah

    1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana didalam firman Allah swt :-

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan

    sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang

    dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan

    sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. [An-Nisaa': 48].

    2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdoa atau

    beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :-

    Maksudnya: Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala

    ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik

    yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil

    berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka

    mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan

    menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang

    apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    24

    petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi

    sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). [Az-Zumar : 3]

    3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau

    membenarkan agama mereka.

    4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi

    Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi

    Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum ciptaan

    manusia daripada hukum-hukum Nabi s.a.w, atau menganggap hukum Islam sudah tidak

    sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum

    muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur

    hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :-

    Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi

    petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri

    (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga)

    ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka

    diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu

    dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).

    Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu

    (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah

    kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana

    mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    25

    menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya),

    maka mereka itulah orang-orang yang kafir. ( Al-Maidah : 44 )

    5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu

    dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :

    Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. (Muttafaq

    `Alaih)

    5. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam.

    Sebagaimana firman Allah swt :

    Maksudnya: Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu)

    tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-

    main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu

    memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan

    yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.

    Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan

    menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. [Al-

    Taubah : 65-66]

    6. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya.

    Firman Allah swt :-

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    26

    Maksudnya: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir

    yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,

    padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan

    tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah

    yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:

    Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar

    seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

    Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah

    engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang

    yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang

    suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat

    (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan

    sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak

    memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)

    telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat

    bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih

    untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui [Al-Baqarah :102].

    7. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan

    memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :-

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    27

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-

    orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi

    teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan

    mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu.

    Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

    [Al-Maaidah : 51)

    8. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam,

    maka orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :-

    Maksudnya: "Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang

    (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah

    diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu

    daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah

    diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak

    menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. " [Al-Nisaa :60].

    9. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan

    tidak mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :-

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    28

    Maksudnya: Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian

    dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah

    memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.

    Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia

    pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab)

    dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (Iaitu) hari

    ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah

    dalam keadaan kelabu . [Al-Thaha :99-101)

    Di samping itu, syahadah juga terbatal disebabkan oleh beberapa perkara iaitu;

    1. Mengengkari sifat Rubbubiyyah

    Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

    Maksudnya: Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan

    mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat

    dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)

    2. Mengengkari sifat Uluhiyyah

    Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    29

    Maksudnya: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada

    Engkaulah kami minta pertolongan. (Al-Fatihah : 5)

    Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

    Maksudnya: Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang

    menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah

    mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)?. (Az-Zukhruf : 87)

    3. Mengengkari Asma Allah dan sifat-sifat-Nya

    a. Kafir Nafi

    Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.

    b. Kafir Isbat

    Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.

    4. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.

    Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.

    2.5 Konsep Rukun Iman

    Pengertian Iman dari sudut bahasa bermaksud tasdiq iaitu membenarkan, percaya dan

    amanah.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    30

    Iman dari sudut istilah membawa maksud seperti berikut, iaitu:

    Tasdiq atau membenarkan Allah, malaikat-malaikat dan lainnya seperti yang

    terkandung dalam Rukun Iman

    Menurut Abu Hasan al-Asyari, iman ialah membenarkan Allah dan Rasul-

    rasulNya dan kepercayaan itu tidak sah kecuali dengan mengenal Allah

    Iman dalam erti kata lain juga membawa maksud membenarkan Nabi Muhammad

    s.a.w dalam setiap apa yang dibawa baginda tanpa sebarang keraguan sedikit

    pun.

    Iman itu membenarkan dalam hati, mengucapkan dengan lidah dan melakukan

    amalan dengan anggota.

    Pengertian iman ini jelas difahami daripada hadis riwayat Abu Hurairah di mana

    Malaikat Jibrail a.s. bertanya kepada Rasululllah s.a.w:

    Maksudnya: "Apakah iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w: Iman ialah percaya

    kepada Allah, malaikat-malaikatNya, bertemu denganNya, para RasulNya serta

    percaya kepada Hari Kebangkitan".

    Pengertian Iman dan Islam , walaupun mempunyai erti yang berbeza dari sudut bahasa

    tetapi mempunyai erti yang sama dari sudut syarak. Para ulama salaf seperti Ibn Mindah,

    Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al-Asqalani berpendapat kedua-duanya mempunyai nama yang

    berbeza tetapi memberi erti yang sama.

    2.5.1. Huraian Rukun Iman

    Pengertian Iman secara umumnya bermaksud keimanan dengan semua Rukun Iman

    yang enam dan mematuhinya, seperti mana dinyatakan dalam firman Allah yang berikut :

    Terjemahannya: Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan

    kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    31

    beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.

    (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun

    (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar

    dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada

    Engkaulah tempat kembali." ( Surah Al-Baqarah : 285 )

    Berpandukan beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, pengertian Iman dan Islam

    membawa maksud yang sama. Sekalipun begitu, terdapat juga dalil yang memberikan

    pengertian berbeza antara keduanya dan dalam ayat tertentu pula menunjukkan bahawa

    Iman dan Islam adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

    Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud yang sama adalah

    sepertimana terdapat dalam firman Allah yang berikut;

    Terjemahannya: Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah,

    Maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang

    berserah diri." ( Surah Yunus: Ayat 84 )

    Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud yang berbeza adalah

    sepertimana terdapat dalam firman Allah yang berikut;

    Terjemahannya: Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami Telah beriman".

    Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi Katakanlah 'kami Telah tunduk', Karena

    iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan

    Rasul-Nya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu;

    Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    32

    Iman yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah tasdiq iaitu kepercayaan di dalam lubuk

    hati. Manakala Islam yang dimaksudkan ialah penyerahan atau kepatuhan lahir dengan

    lisan dan semua anggota. Penggunaan kalimah Iman dan Islam yang membawa maksud

    saling melengkapi dari sudut amalan adalah sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang

    diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang berikut;

    Terjemahan: Nabi ditanya tentang amalan yang utama, Nabi menjawab: Beriman

    kepada Allah dan rasulNya kemudian berjihad, kemudian haji yang mabrur.

    2.5.2. Implikasi beriman kepada Rukun Iman

    Setiap mukmin hendaklah memahami Rukun Iman secara sepadu dan menyeluruh.

    Rukun Iman hendaklah diyakini serta dihayati dalam semua aspek kehidupan. Keimanan

    akan memberi impak yang besar ke atas diri seseorang mukmin sama ada hati,

    pemikiran, perbuatan dan perkataan. Setiap mukmin yang beriman dengan Rukun Iman

    yang enam adalah insan yang bertanggungjawab memelihara iman agar sentiasa

    mendapat keridhaan Allah dan berada pada jalan yang benar. Hakikatya keimanan akan

    melahirkan dan membentuk insan yang taat kepada Allah dan Rasul, yakin pada setiap

    ketentuan Allah dan bersedia kembali kepada Allah dalam keadaan ridha dan diridhai.

    Huraian tentang beriman dengan rukun iman adalah sebagaimana berikut:

    Mukmin yang beriman dengan Allah mempercayai bahawa Allah s.w.t itu wujud

    dan Dia merupakan Tuhan yang maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa.

    Allahlah yang menjadikan semua makhluk dalam alam dan menguruskan

    perjalanan alam ini . Oleh itu setiap mukmin akan sentiasa menjaga hubungan

    dengan Khalik , mentaati suruhan dan meninggalkan laranganNya, berhati-hati

    dalam tindakan ( taqwa ), hanya bermohon kepada Allah dan mengamalkan

    akhlak mulia terhadap sesama manusia dan makhluk lain. Pada masa yang sama

    setiap mukmin akan sentiasa berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan

    meninggalkan laranganNya apalagi syirik kepadaNya

    Keimanan kepada Malaikat pula menuntut setiap mukmin berwaspada dalam

    tindakan kerana sentiasa ingat tentang kehadiran para malaikat yang mencatat

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    33

    amalan baik dan buruk. Keyakinan ini menjadikannya rajin beramal ibadat dan

    sentiasa membuat kebajikan sebagai persediaan untuk mendapat syurga dan

    dijauhi dari azab neraka di akhirat nanti.

    Keimanan kepada Kitab-kitab Suci pula menuntut setiap mukmin supaya

    berpegang teguh dengan Kitab sebagai panduan dalam kehidupan . Mukmin akan

    rajin membaca Al-Quran dan berusaha memahami dan melaksanakan perintah

    Al-Quran

    Beriman dengan rasul ialah supaya setiap mukmin menjadikan para rasul sebagai

    teladan terbaik dalam kehidupan. Setiap mukmin akan mentaati perintah

    Rasullullah s.a.w , sentiasa merujuk sirah Rasulullah s.a.w , mengamalkan

    sunnah baginda s.a.w serta rajin berselawat atas Nabi,keluarga dan sahabat

    baginda

    Beriman dengan Hari Akhirat, mendidik setiap mukmin agar menjadikan Akhirat

    sebagai matlamat dan dunia adalah alat ,hidup di dunia ini adalah untuk

    membuat kebaikan , sentiasa ingat dan bersedia untuk mati kerana yakin bahawa

    kehidupan di alam akhirat adalah kekal abadi

    Beriman dengan Qada dan Qadar pula menjadikan seseorang mukmin itu ridha

    dengan ketentuan Allah, yakin bahawa setiap kejadian ada hikmahnya dan

    bersangka baik dengan Allah

    2.6 Konsep Rukun Islam

    Pengertian Islam

    Pengertian Islam pada bahasa ialah

    Tunduk , patuh dan berserah

    Selamat

    Taat, damai, aman dan tidak ada kecacatan baik dari sudut zahir mahupun dari

    sudut batin

    Antara ayat Al-Quran yang menunjukkan pengertian di atas ialah seperti berikut:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    34

    Terjemahannya: Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!"

    Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". ( Surah Al-

    Baqarah: Ayat 131 )

    Firman Allah lagi:

    Terjemahannya: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang

    menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata:

    "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" ( Surah Fussilat:

    Ayat 33 )

    Pengertian Islam pada istilah adalah seperti berikut:

    Mentauhidkan Allah, patuh kepada perintahNya, akur dan ikhlas beribadat

    dengan apa yang dibawa daripada Allah melalui RasulNya

    Tunduk, patuh serta menjunjung segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

    Islam adalah agama yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu

    yang diturunkan oleh Allah s.w.t

    Menurut Ibnu Manzur dalam kamusnya Lisanul Arab, Islam bermaksud

    melahirkan ketaatan dengan melakukan segala syariat yang dibawa oleh nabi

    Muhammad s.a.w

    Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan ialah:

    i. Firman Allah:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    35

    Terjemahannya: Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran

    Islam), Maka Katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian

    pula) orang-orang yang mengikutiku". dan Katakanlah kepada orang-orang yang

    Telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi[190]: "Apakah kamu (mau)

    masuk Islam". jika mereka masuk islam, Sesungguhnya mereka Telah mendapat

    petunjuk, dan jika mereka berpaling, Maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan

    (ayat-ayat Allah). dan Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya. (Surah Al- Imran

    : Ayat 20 )

    ii. Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah , ketika malaikat

    Jibrail bertanya baginda di daalm satu majlis:

    iii. Hadis riwayat Ibnu Umar r.a., baginda bersabda:

    Berdasarkan defniisi Islam pada bahasa dan istilah dapat dirumuskan bahawa Islam

    adalah:

    Islam adalah agama Samawi

    Islam bererti selamat sejahtera dan aman

    Islam bermaksud tasdik atau membenarkan

    Islam bermaksud tunduk dan patu kepada segala perintah Allah

    Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan kejadian manusia dan semua

    makhluk

    2.6.1. Huraian Rukun Islam

    Rukun Islam ada lima perkara iaitu:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    36

    1. Mengucap dua kalimah syahadat

    Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi

    Muhammad itu adalah pesuruh-Nya

    Bermaksud , dengan syahadat kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan

    dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi

    Muhammad adalah pesuruh-Nya.

    2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam

    Solat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam.

    Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang

    meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa

    perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan

    memberi salam. Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari

    semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat

    penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan

    solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:

    Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah

    mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.

    Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur

    Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya.

    Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat

    dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    3. Mengeluarkan Zakat

    Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti

    zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana

    dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih

    dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita

    mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

    Zakat dari segi syara bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan

    kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

    Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/

    tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    37

    kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah

    kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-

    golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada

    pihak berkuasa menguruskannya. Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan

    menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak

    menerimanya.

    4. Berpuasa di Bulan Ramadan

    Firman Allah s.w.t;

    Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

    Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya;

    Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu.

    Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang

    boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Dengan

    berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan

    menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung

    akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

    5. Mengerjakan Haji Di Baitullah

    Haji dalam syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di dalam bulan haji kerana

    mengerjakan tawaf, saie dan wukuf di Arafah dengan menurut syaratsyaratnya serta

    menunaikan segala yang wajibnya. Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah

    dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang

    mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

    i. Implikasi beriman kepada Rukun Islam

    1. Membentuk sikap dan peribadi seorang muslim supaya ia sentiasa konsisten

    dalam mengerjakan ibadah. Contohnya seorang muslim berpuasa dalam bulan

    ramadhan ia digal;akkan juga berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis

    serta puasa-puasa sunat yang lain.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    38

    2. Dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh

    Allah s.w.t setipa masa kerana merasakan diirinya sentiasa dalam lindungan dan

    pengawasan Allah s.w.t.

    3. Dapat menahan nafsu amarah daripada melakukan perkara-perkara yang

    dilarang.

    4. Mendidik akal dan roh manusia supaya sentiasa berfikir ke arah kebaikan diri dan

    kesejahteraan umat.

    5. Mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t dan dipandang mulia oleh

    masyarakat.

    6. Dapat menjalinkan rasa kesatuan dan silaturahim serta saling menghormati

    antara satu sama lain sebagaimana yang diperaktikkan dalam ibadat haji.

    7. Mewujudkan rasa saling bergantungan, tolak ansur, toleransi dan berkerjasama

    melalui amalan zakat.

    2.7 Sifat-sifat dan nama-nama Allah (Tauhid Asma Wassifat)

    Allah s.w.t. itu bersifat Esa. Allah itu satu, tidak dua, tidak tiga dan tidak lebih

    daripada itu serta Dia tidak juga berupa kumpulan yang bergabung menjadi satu.

    Justeru, kita wajib beriman bahawa Allah itu Maha Esa. Allah s.w.t. mempunyai

    beberapa sifat yang menunjukkan Maha SempurnaNya Dia. Dengan sifat-sifat itu,

    kita kenal dan yakin bahawa Allah itu Maha Sempurna dan Maha Bijaksana. Allah

    juga Maha Esa dalam mencipta dan menjadikan sesuatu, yakni tidak ada yang

    lain yang membantuNya atau bersama-sama denganNya. Dengan itu, mari kita

    lihat pula dalil naqli dan dalil aqli yang berkaitan.

    2.7.1 Beriman dengan Asmaul Husna

    Ia menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk beriman dengan Asma al Husna dan

    yang lebih baik adalah untuk kita menghafalnya 99 Nama-nama Allah s.w.t.

    Imam al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a.

    bahawa nama-nama Allah s.w.t. itu adalah sebanyak 99 nama.Maksudnya:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    39

    Sesungguhnya Allah s.w.t. itu memiliki 99 nama, sesiapa

    menyempurnakannya memerhati dan memikirkan tujuan maknanya serta

    beramal dengan tuntutan maknanya), nescaya mereka akan memasuki

    syurga

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Said Ibrahim (1999) menjelaskan bahawa setiap satu daripada sifat-sifat Allah

    s.w.t. itu, adalah menggambarkan sifat-sifat Allah Yang Maha Kuasa, manakala

    setiap satu daripada nama-nama Allah yang sebanyak 99 nama itu menunjukkan

    suatu sifat atau beberapa sifat bagi Allah s.w.t. Contoh: Nama Allah al-Alim (Allah

    Yang Maha Mengetahui) adalah menunjukkan Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat

    ilmu. Nama al-Qadir pula menunjukkan sifat qudrat Allah s.w.t. Nama as-Samak

    pula menunjukkan Allah s.w.t. adalah Maha Mendengar dan begitulah seterusnya.

    2.7.2 Beriman dengan Nama as-Salam

    Maksud as-Salam mengikut Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) menghuraikan

    maksud nama Allah s.w.t. as-Salam ini sebagai Yang Maha Menyelamat atau

    Pemberi Keselamatan kepada seluruh makhluk. Allah s.w.t. juga Penyelamat

    Hakiki yang wajib dipohon keselamatan daripadaNya. Justeru kita dituntut berdoa:

    Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah Penyelamat, daripada Engkaulah

    keselamatan dan kepada Engkaulah kembali keselamatan. Maka

    hidupkanlah kami ya Tuhan kami dengan keselamatan dan masukkanlah

    kami ke dalam syurga Darus Salam. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami

    dan Maha Tinggi Engkau wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan

    kemuliaan. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

    2.7.3 Beriman dengan Nama al-Hadi Maksud al-Hadi menurut Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) sekali lagi menjelaskan maksud

    Allah Yang Maha Indah ini. Al-Hadi sebenarnya bermaksud Yang Memberi Petunjuk dan

    Hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.

    Firman Allah s.w.t.:

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    40

    Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) lantas

    memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan

    kesempurnaannya ( al-Ala 87:3)

    Ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada makhlukmakhlukNya

    sebagai pedoman bagi mereka meneruskan kehidupan mereka di dunia ini dengan

    sebaik-baiknya. Allah s.w.t. juga Maha Bijaksana menyediakan atau menunjukkan

    kepada hamba-hambaNya jalan kebaikan serta menguji manusia dengan jalan kejahatan

    di alam fana ini. Firman Allah surah al-Balad ayat 10:

    Terjemahannya: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan

    kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi).

    2.8 Konsep Dosa dan pahala

    Dosa ialah suatu kesalahan atau kejahatan yang akan mendapat balasan azab daripada

    Allah s.w.t. kepada orang yang melakukannya. Contoh: Mencuri, meminum arak, berjudi,

    menderhakai ibu bapa, menipu, menerima rasuah dan sebagainya. Maka pembalasan

    azab itu sebagai kawalan kepada manusia supaya meninggalkan perkara-perkara yang

    ditegah termasuk perkara-perkara yang makruh yang boleh merosakkan diri dan

    masyarakat. Sebagai contoh, menagih dadah dan merompak adalah perbuatan dosa

    yang dimurkai Allah.

    Pahala pula merupakan suatu kebaikan yang akan mendapat balasan baik daripada

    Allah s.w.t. kepada sesiapa yang patuh dan taat kepada perintahNya, termasuk

    melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya.Pemberian atau pengurniaan pahala

    itu adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada manusia untuk mereka melakukan

    perkara-perkara kebaikan untuk diri dan masyarakat seluruhnya. Balasan itu berupa

    pembalasan nikmat yang tidak terhingga di dalam syurga yang kekal abadi. Contoh:

    Menunaikan solat, berpuasa, memberi derma, membaca al-Quran, menghormati ibu

    bapa, memberi dan menjawab salam, membantu golongan miskin dan sebagainya.

    Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam surah al-Zalzalah :

    Terjemahannya:. Barangsiapa

    yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    41

    Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan

    melihat (balasan)nya pula

    Konsep dosa dan pahala

    Untuk lebih memahami kedua-dua istilah ini, maka Abdul Aziz Umar Ahmad (1995) telah

    menghuraikan kedua-duanya sebagaimana Rajah 4.5 berikut:

    Dosa ialah suatu kesalahan atau kejahatan yang akan mendapat balasan azab

    daripada Allah s.w.t. kepada orang yang melakukannya.

    Contoh: Mencuri, meminum arak, berjudi, menderhakai ibu bapa, menipu,

    menerima rasuah dan sebagainya. Maka pembalasan azab itu sebagai kawalan

    kepada manusia supaya meninggalkan perkara-perkara yang ditegah termasuk

    perkara-perkara yang makruh yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.

    Sebagai contoh, menagih dadah dan merompak adalah perbuatan dosa yang

    dimurkai Allah ( rujuk Rajah 4.6).

    Pahala pula merupakan suatu kebaikan yang akan mendapat balasan baik

    daripada Allah s.w.t. kepada sesiapa yang patuh dan taat kepada perintahNya,

    termasuk melakukan amalan-amalan sunat dan sebagainya.Pemberian atau

    pengurniaan pahala itu adalah sebagai perangsang dan motivasi kepada manusia

    untuk mereka melakukan perkara-perkara kebaikan untuk diri dan masyarakat

    seluruhnya. Balasan itu berupa pembalasan nikmat yang tidak terhingga di dalam

    syurga yang kekal abadi. Contoh: Menunaikan solat, berpuasa, memberi derma,

    membaca al-Quran, menghormati ibu bapa, memberi dan menjawab salam,

    membantu golongan miskin dan sebagainya

    Buat huraian tentang perkara di bawah ini berdasarkan grafik. Huraian Rukun Islam satu persatu dan kepentingan rukun Islam

    kepada kehidupan masyarakat.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    42

    Rajah 4.5: Dosa dan pahala (Abdul Aziz Umar Ahmad, 1995)

    2.9. Perkara perkara Samiyyat

    1. Hari Kiamat:

    Untuk menjelaskan dan membincangkan berkaitan persoalan hari Kiamat ini, maka

    tumpuan diberi kepada pendapat Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berpendapat bahawa

    hari Kiamat itu pasti berlaku dan akan berlaku nanti. Dalam membawa pegangan

    tersebut, mereka berdasarkan dalil Naqli dan Aqli. Dalil Naqli yang mereka gunakan

    ialah sebagaimana firman Allah dalam Surah Taha ayat 15,

    Antara lain lagi, golongan Ahlus Sunnah berpegang dengan pendapat bahawa

    berlakunya Hari Kiamat dengan membawa dalil Aqli, antaranya ialah alam semesta ini

    yang terdiri dari langit, bumi, manusia dan segala ciptaan Allah adalah baru. Maka setiap

    yang baru pasti akan binasa dan berlakulah hari Kiamat.

    Walau pun Kiamat itu suatu peristiwa yang pasti akan berlaku tetapi masanya tidak

    diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah jua. Walau bagaimana pun terdapat

    beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang menyatakan beberapa alamat sebagai tanda

    masa akan tibanya hari kiamat. Firman Allah dalam ayat 18, Surah Muhammad;

    2. Hari Pembalasan

    a. Konsep pembalasan :

    i. Semua amalan manusia, sama ada baik atau buruk akan mendapat balasan dari

    Allah pada Hari Kiamat nanti. Golongan yang melakukan kebaikan akan

    mendapat ganjaran syurga yang dipenuhi nikmat, sementara orang yang

    berdosa akan diberi balasan yang setimpal iaitu dimasukkan ke dalam neraka

    dan menerima azab siksa. Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, ini bertepatan

    dengan maksud firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    43

    Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan

    kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya

    dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa):

    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami

    tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban

    yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum

    kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak

    sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan

    rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap

    kaum yang kafir."

    ii. Allah menentukan peraturan dan menyatakan pembalasannya sebagaimana

    firman Allah dalam surah An-Nisa Ayat 93

    Maksudnya: Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan

    sengaja Maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah

    murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar

    baginya.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    44

    iii. Pembalasan itu menunjukkan keadilan Allah sebagaimana firmannya dalam surah

    An-Nisa ayat 40

    Maksudnya: Tidakkah kamu tahu, Sesungguhnya Allah-lah yang

    mempunyai kerajaan langit dan bumi, disiksa-Nya siapa yang dikehendaki-

    Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha

    Kuasa atas segala sesuatu.

    b. Bahagian pembalasan

    i. Pembalasan akan berlaku sejak di dunia lagi, sama ada baik atau buruk . Ini

    ditegaskan dalam firman Allah surah Al-Araf ayat 96

    Maksudnya: Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan

    bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit

    dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa

    mereka disebabkan perbuatannya.

    ii. Pembalasan di alam Barzakh terdiri dari dua bentuk iaitu pembalasan baik /

    nikmat atau buruk / azab . Semuanya bergantung kepada amalan yang

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    45

    dilakukan oleh seseorang semasa hayatnya di dunia, sebagaimana firman

    Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 46

    Maksudnya: Kepada Fir'aun dan pembesar-pembesar kaumnya, Maka mereka Ini

    takbur dan mereka adalah orang-orang yang sombong.

    Balasan baik di alam barzakh dinyatakan dalam firman Allah surah Ali Imran

    ayat 169

    Maksudnya: Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di

    jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan

    mendapat rezki.

    iii. Pembalasan di Padang Mahsyar bermula dengan kebangkitan dari kubur, di

    mana setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing,

    sepertimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 33 42

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    46

    Maksudnya: Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan

    sangkakala yang kedua). Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya.

    Dari ibu dan bapaknya. Dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari

    mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.

    Banyak muka pada hari itu berseri-seri. Tertawa dan bergembira ria. Dan

    banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh

    kegelapan. Mereka Itulah orang-orang kafir lagi durhaka.

    iv. Balasan Syurga . Pembalasan ini merupakan kemuncak pembalasan nikmat

    terhadap setiap hamba mengikut apa yang diusahakan di dunia sepertimana

    firman Allah dalam surah Al-Haqqah ayat 19-22

    Maksudnya: Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari

    sebelah kanannya, Maka dia berkata: "Ambillah, Bacalah kitabku (ini)".

    Sesungguhnya Aku yakin, bahwa Sesungguhnya Aku akan menemui hisab

    terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai.

    Dalam syurga yang tinggi.

    v. Bagi mereka yang menerima kitab amalannya dari tangan kiri maka balasannya

    ialah dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah dalam surah Al-

    Haqqah ayat 25 - 31

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    47

    Maksudnya: Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah

    kirinya, Maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan

    kepadaku kitabku (ini). Dan Aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

    Wahai kiranya kematian Itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku

    sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku

    daripadaku." (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke

    lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    48

    3

    STRATEGI P&P DAN APLIKASI KAEDAH ( 5 JAM )

    a. Sinopsis:

    Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi dan perkaedahan

    dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kandungan unit ini membolehkan

    pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran membina rancangan pengajaran dan

    pembelajaran bagi setiap mata pelajaran yang di ajar.

    b. Hasil Pembelajaran:

    Pada akhir kursus ini peserta dapat:

    1. Menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran yang

    berkesan.

    2. Mengubahsuai penggunaan kaedah pembelajaran mengikut situasi pendidikan

    semasa.

    3. Mereka cipta kaedah pengajaran yang sesuai dengan perkembangan pendidikan

    4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran pembelajaran

    5. Menjalankan penyelidikan pendidikan secara sitematik dan berkesan untuk

    meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

    c. Kerangka Konsep:

    d. Strategi pengajaran dan pembelajaran

    i. Konsep Strategi

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    49

    Merujuk kepada kebijaksanaan memilih suatu pendekatan dan kecekapan

    merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pelajaran yang telah

    ditetapkan

    Antara strategi p&p dalam KBSR ialah:

    Strategi penggabunglinan kemahiran

    Strategi penyerapan isi pelajaran

    Strategi pemusatan guru, pelajar, bahan dan tugasan

    Definisi Strategi ialah Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau

    kejayaan.

    - Kamus Dewan (1998)

    Klasifikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran:

    Pemusatan Guru

    Pemusatan Bahan

    Pemusatan Murid

    Kaedah dan Teknik

    Penerangan

    Demonstrasi

    Syarahan

    Pengajaran berkumpulan

    Pengajran mikro

    Bercerita

    Keseluruhan kelas

    Kaedah dan Teknik

    Audio-visual

    Penggunaan komputer

    Penggunaan bahan cetak

    Pengajaran pembelajarn

    kesepaduan

    Modul

    Penggunaan buku teks

    dan buku rujukan

    Kaedah dan Teknik

    Projek

    Inkuiri- penemuan

    Perbincangan

    Penyoalan

    Penyelesaian masalah

    Main peranan

    Sumbangsaran

    Pembelajaran melalui pengalaman

    Strategi merangkumi semua aspek persediaan dan pelaksanaan p &p, meliputi aspek

    pendekatan, teknik dan kaedah. Rajah berikut dapat menjelaskan perbezaan antara

    istilah-istilah berkenaan

    PENDEKATAN KAEDAH

    Cara mengajar berdasarkan objektif

    yang telah ditentukan

    Siri tindakan guru yang sistematik

    Lebih bercorak jangka pendek

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    50

    Harus berlandaskan teori, prinsip atau

    model tertentu

    Kenyataannya dianggap benar tanpa

    memerlukan bukti dan alasan

    Mendokong sesuatu teori

    Merupakan usaha keseluruhan

    terdiri daripada prosedur tersusun

    berdasarkan pendekatan yang

    dipilih

    Mendokong pendekatan dipilih

    TEKNIK STRATEGI

    merujuk kemahiran guru mengelola

    dan melaksanakan kaedah

    mengajar yang dilaksanakan

    pengendalian yang benar-benar

    berlaku dalam bilik darjah

    digunakan dalam langkah

    pengajaran

    perlu mengambil kira faktor latar

    belakang pelajar dalam

    menentukan teknik yang dipilih

    Kebijaksanaan memilih pendekatan,

    kaedah dan teknik pengajaran

    berdasarkan objektif pengajaran

    Lebih mengambil kira objektif

    jangka panjang

    Mengambil kira segala aspek

    pembelajaran termasuk pemilihan

    bahan, masa dan sebagainya

    3.4.2. Konsep Pendekatan

    Bermaksud mendekatan sesuatu dan dalam konteks bilik darjah merujuk kepada cara

    objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata pelajaran.

    Pendekatan biasanya berasaskan suatu teori pengajaran dan pembelajaran,

    contohnya: pedekatan induktif adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif - Teori

    Taba.

    Definisi Pendekatan

    Satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran

    - Edward M. Anthony (1963)

    Pendekatan wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan

    falsafah agama Islam dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri. Ia

    menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan satu pendapat, falsafah

    atau satu pengajaran, tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    51

    Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas

    dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

    Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran.

    Daripada konkrit kepada abstrak

    Daripada mudah kepada kompleks

    Daripada keseluruhan kepada bahagian

    Daripada umum kepada spesifik (deduktif)

    Darpada spesifik kepada umum (induktif)

    Daripada dekat kepada jauh

    Daripada diketahui kepada belum diketahui

    Huraian Definisi Pendekatan

    Pendekatan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran

    yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada

    objektifnya.

    Pendekatan Induktif

    Pengajaran bermula daripada sesuatu aplikasi dan contoh yang khusus diikuti dengan

    prinsip,hukum, teorem atau peraturan. Konsep-konsep Induktif mengandungi elemen-

    elemen berikut, iaitu:

    1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hokum.

    2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

    3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh tertentu.

    4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.

    5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    52

    Ciri-ciri Pendekatan Induktif:

    1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan.

    2. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan

    pengetahuan.

    3. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu

    kemahiran.

    4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.

    5. Menekankan penglibatan murid secara aktif.

    6. Banyak aspek lisan.

    Pendekatan Deduktif

    Pengajaran bermula daripada sesuatu rumus, prinsip,hukum, teori atau peraturan

    diikuti dengan aplikasinya keatas contoh yang khusus. Konsep Deduktif mengandungi

    langkah-langkah berikut:

    1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hokum.

    2. Set produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.

    3. Menganalisi fakta yang membentuk generalisasi.

    4. membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

    Pendekatan Eklektif

    Menggunakan pelbagai kaedah.

    Menggalakkan usaha dan daya kreativiti guru

    Banyak mengggunakan latihan dalam pengajaran

    ii. Konsep Teknik:

    Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah.

    Merangkumi aktiviti, perlakuan, dan kemahiran guru yang digunakan dalam

    pengajaran.

    Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya: dalam keadah

    bercerita, teknik seperti teknik menyoal.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    53

    iii. Konsep Kaedah

    Suatu siri tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan mencapai

    objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.

    Cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

    Kaedah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Contohnya: dalam pendekatan induktif

    kaedah-kaedah seperti kaedah dapatan, inkuiri, kaedah projek, kaedah penyelesaian

    masalah boleh digunakan . Namun demikian, anda tidak perlu terikat dengan kaedah-

    kaedah yang disediakan di atas kerana ia hanyalah satu cadangan. Anda boleh

    menggunakan kombinasi kaedah lain yang sesuai untuk diterapkan dalam P&P mengikut

    kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan kebolehan serta

    kemampuan murid anda.

    Kaedah-kaedah pengajaran dan Pembelajaran Akidah:

    Dalam pengajaran dan pembelajaran Akidah pelbagai kaedah boleh digunakan seperti

    kaedah syarahan, penerangan, kuiz, perbincangan, sumbang- saran, inkuiri, soal jawab,

    cerita dan sebagainya Penerangan dan huraian Kaedah P&P Asas Ulum Syariah

    (Akidah) Tahun 4 seperti perbincangan, inkuiri, soal jawab dan kuiz dinyatakan dalam

    Jadual di bawah :

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    54

    Jadual 4.1: Huraian Kaedah P&P Asas Ulum Syariah (Akidah) Tahun 4

    1 Perbincangan -Melatih murid-murid memberikan pendapat mengenai

    sesuatu topik yang ditetapkan.

    -Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

    -Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah sumbang

    saran iaitu murid memberi idea atau pandangan dalam

    bentuk perbincangan

    -Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid dapat

    bebas bersuara menyatakan pandangan dan menggalak

    kan pertukaran idea antara beberapa orang murid. Maka

    secara tidak langsung membimbing mereka memperolehi

    engetahuan baru.

    2 Inkuiri /

    Selidikan

    -Ia dikenali sebagi satu teknik tinjau siasat.

    -Kaedah ini merangkumi segala proses soal selidik untuk

    mendapatkan jawapan daripada soalan-soalan atau

    masalahmasalah

    yang dikemukakan.

    -Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini ialah

    merangsang pemikiran murid untuk mendapatkan jawapan

    daripada topik yang dipelajari secara berperingkatperingkat.

    -Prinsipnya sama ada daripada mudah kepada yang susah,

    daripada jauh kepada dekat atau sebaliknya, daripada yang

    umum kepada spesifik atau sebaliknya dan sebagainya

    untuk memperolehi jawapan yang sewajarnya.

    3 Soal Jawab -Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab dengan

    jawapan yang sewajarnya.

    -Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini ialah guru

    dapat menggalakkan murid berfikir dan memberi tumpuan

    terhadap pelajaran, sekali gus mengelakkan mereka

    memikirkan perkara lain.

    -Kaedah ini juga memudahkan murid memahami dengan

    lebih cepat kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk

    mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tajuk pelajaran

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    55

    4 Kuiz -Ia merupakan satu bentuk pertandingan menjawab soalan.

    - Kuiz dalam kelas dapat meningkat daya kognitif dan emosi

    murid-murid (rujuk Rajah 4.9).

    - Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini dalam

    P&P Asas Ulum Syariah I (Akidah) ialah ia merangsangkan

    dan menguji minda murid-murid untuk mengingat dan

    memahami apa yang telah dipelajari. Aktiviti akan menjadi

    sangat menarik sekiranya diselit dengan unsur-unsur hadiah

    yang mudah seperti gula-gula, pen dan sebagainya kepada

    murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan

    e. Aplikasi Strategi P&P Akidah Tahap 1 dan Tahap 2 / Tahun 1-6 ( 3 jam )

    Hasil Pembelajaran :

    Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar akan dapat :

    1. Mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi setiap tajuk dalam bidang Akidah

    2. Mengenalpasti ciri-ciri dan pelaksanaan bagi setiap kaedah.

    3. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kaedah yang

    dipilih.

    4. Memastikan setiap kaedah yang dipilh bagi setiap tajuk pelajaran mendatangkan

    keberkesanan yang maksimum.

    5. Membezakan kekuatan dan keberkesanan bagi setiap kaedah mengikut

    tajuk pelajaran.

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    56

    3.5.1 CONTOH-CONTOH APLIKASI PELBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN AKIDAH

    ( a ) Contoh Aplikasi Kaedah Perbincangan, sumbangsaran, soal jawab dan kuiz

    Mata pelajaran Pendidikan Islam

    Bidang Akidah

    Masa 30 minit

    Tajuk Qadha dan Qadar.

    Kaedah Perbincangan (sumbang saran), soal jawab dan kuiz

    Gabung jalin Memahami dan menghayati Akidah.

    Penyerapan ilmu Akidah, Adab dan Akhlak.

    Penerapan nilai Meyakini Qadha dan Qadar, sabar, reda dan pasrah dengan

    ketentuan Allah s.w.t serta berusaha ke arah meningkatkan

    diri

    dari masa ke semasa.

    Kemahiran berfikir Mengenal pasti dan memberi refleksi tentang isu-isu

    utama/asas

    yang diperkatakan dalam isu Qadha dan Qadar

    Sumber/Media

    Pengajaran

    Gambar/Ilustrasi, Tayangan National Geographic, CD Tragedi

    Tsunami, Carta, Lembaran Kerja dan sebagainya

    Hasil Pembelajaran Aras 1: Murid-murid mampu membaca dan memahami

    maksud

    Qadha dan Qadar.

    Aras 2: Murid-murid dapat menghafaz maksud kedua-duanya

    dan menyatakan perbezaannya.

    Aras 3: Murid-murid dapat menyenaraikan contoh-contoh

    Qadha dan Qadar serta menyatakan hikmah di sebalik

    beriman dengan kedua-duanya

    Sumber: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Huraian Sukatan

    Pelajaran Pendidikan Islam tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM & Modul Pendidikan Islam

    KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor

  • PIM3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah

    57

    Kaedah Langkah-langkah Penyampaian

    Perbincangan

    (Sumbang saran)

    Sumber:

    Gambar/Ilustrasi contoh: Jenazah di bawa ke

    tanah

    perkuburan, bencana alam. Tayangan CD:

    National Geographic berkaitan bencana alam

    atau tayangan video hari penyampaian hadiah.

    (i) Berpandukan sumber yang diberikan, guru akan

    menerangkan terlebih dahulu media pengajaran

    yang dipaparkan.

    (ii) Kemudian, murid-murid berinteraksi dengan

    guruberkaitan topik berdasarkan bahan ransangan /

    sumber pengajaran.

    ( iii ) Setelah itu, murid-murid membuat perbincangan

    dalam kumpulan kecil.

    (iv) Wakil kumpulan membentangkan hasil

    perbincangan.

    (v )Guru membuat rumusan dalam topik pelajaran

    pada hari tersebut.

    Soal jawab Sumber: Carta hikmah beriman dengan Qadha

    dan Qadar dan video tragedi tsnunami, banjir

    atau lainnya.

    ( i ) Murid-murid membaca carta yang dilekatkan di

    depan kelas.

    ( ii )Berdasarkan gambar dan tayangan video tragedi

    tsunami, guru menerangkan hikmah-hi