31
Tajuk Kajian:

Tajuk Kajian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk Kajian

Tajuk Kajian:

Page 2: Tajuk Kajian
Page 3: Tajuk Kajian

Setelah bertungkus lumus selama 2 bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Saya menghadapi pelbagai cabaran semasa melaksanakan kajian ini. Namun demikian, saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Oleh sebab itu, Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua S.M.K Taman S.E.A, iaitu Puan Siti Masrah BT Napiah yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu Cik Suhaida Binti Ayub. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya sehingga dapat menyempurnakan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua-dua ibu bapa (Mr. C.T.H dan Mrs Choong) yang amat saya sayangi. Mereka sentiasa memberi sokongan Moral dan mendoakan kejayaan saya. Mereka juga membawa saya mencari tempat pencemaran alam sekitar(kawasan Kajian) selama beberapa hari. Saya juga ingin mengucapkan pengargaan kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk menyiapkan kajian ini. Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Yap Qi Jun, Foo Soon Man dan Hoh Li Yen yang banyak memberi idea kepada saya

Jasa dan budi baik mereka akan dikenangi sepanjang-panjang hayat.

Di bawah ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas daripada saya: “Pulau padam jauh ke tengah, Gunung daik bereadang tinggi, Hancur badan dikandang tanda, Budi yang baik dikenangi juga.”

Page 4: Tajuk Kajian

Nama saya Choong Pei Shan. Saya Belajar di tingkatan 3 Cempaka di Sekolah Menengah Kebangsaaan Taman

S.E.A. Bagi Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu

Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 4 minggu (Mac hingga April). Saya

telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di SS2, Petaling Jaya. Sebab- sebab pemilihan adalah kerana

terdapat pelbagai pencemaran di SS2 dan ia adalah tempat yang mempunyai pencemaran terdekat daripada

rumah saya.

Page 5: Tajuk Kajian

O BJEKTIF K AJIAN

Antara berikut adalah objektif-objektif kajian yang dapat diperolehi dalam kajian tempatan ini :-

(a) Kami dapat mengenali pasti konsep pencemaran alam sekitar(b) Kami dapat menyatakan jenis-jenis pencemaran alam sekitar(c) Kami boleh mengkaji punca-punca pencemaran alam sekitar(d) Kami dapat memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran(e) Kami dapat lebih mengenali kesan-kesan pencemaran alam sekitar (f) Kami dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar

(g) Kami akan mempelajari menerap nilai atau unsur pariotisme dalam dapatan kajian

Page 6: Tajuk Kajian

K AWASAN K AJIAN

Kawasan kajian untuk kajian geografi PMR saya ialah di sekitar SS2. SS2 merupakan daerah terbesar

dan terpadat di Petaling Jaya bangsa cina Malaysia. Lokasi kawasan kajian saya, iaitu SS2 terletak di

bahagian arah tenggara daerah Petaling (rujuk peta daerah) dan bertentangan dengan SS22, Sea

Park ,serta Taman Megah

Latar belakang atau sejarah di kawasan kajian saya yang terletak di Petaling Jaya ialah asalnya

sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikatBritish, Effingham Estate. Kampung

Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di

lombong-lombong sekitar SungaiBesi, Seri Kembangan,Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri. Petaling

Jaya wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang

diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh KerajaanBritish di

TanahMelayu.

Tanda- tanda lokasi SS2 adalah McDonald dan pusat makanan SS2, ia juga terletak di Pusat Komersial

SS2. Sebuah Pasar Malam diadakan di sana setiap hari Isnin dan lain diadakan di SS2 Jalan / 6 dan

SS2/10 pada hari Khamis. SS2 terkenal dengan restoran makanan, antaranya adalah Mee Yok Lim

Restoran yang terletak di SS2/45. Lagu Burung Karaoke Lounge di Caesar Club Gedung di Jalan SS 2 /

60 sangat popular untuk penonton hiburan. Selain itu, juga ada sebuah Masjid ini terletak di Jalan SS2 / 6

dan dua gereja yang ditemui di shoplots di Jalan SS2 / 6. stesen LRT yang terdekat di SS2 ialah stesen LRT

Taman Bahagia yang terletak di hujung selatan SS2 dan ada link cepat dengan Federal Highway dan

Jalan Raya Utara Selatan dan semua bahagian dari PJ, Kuala Lumpur, Subang dan Klang.

Selain pandang darat budaya ini, SS2,PJ pun mempunyai beberapa pandang darat fizikal ialah tanah

pamah dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini ialah pokok-pokok yang ditanam oleh Majlis Bandaraya

Petaling Jaya. Tambahan pula, tasik terdekat di SS2 ialah Tasik Aman yang terletak di SS22 dan sungai terdekat

ialah Sungai Penchala di sepanjang seksyen 19, 14, 15a dan Taman Desaria.

Bandar terdekat di SS2 ialah Kuala Lumpur dan Subang Jaya. Jarak dari SS2 ke Kuala Lumpur ialah kira- kira

102km dan jarak dari SS2 ke Subang jaya ialah kira- kira 98 km.

Page 7: Tajuk Kajian

Peta Daerah

Peta Daerah Petaling Jaya

Ss2 ialah kawasan kajian saya

Petunjuk:

Page 8: Tajuk Kajian

Peta Kawasan Kajian

Page 9: Tajuk Kajian

K aedah K ajian

Kaedah- kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk melaksanakan kajian ini ialah seperti berikut:

(a) Pemerhatian Saya telah melawat kawasan kajian saya(SS2) bersama-sama keluarga saya dan rakan- rakan saya untuk memerhati pencemaran- pencemaran dan ciri-ciri SS2 serta mengambil gambar.

(b) Temu bual Saya telah menemubual Mak Chong Oy(nenek saya) , Cheong Yin Hai(ibu saya) dan Choong Yew Siing(abang saya) tentang maklumat- maklumat dan cadangan tentang pencemaran di SS2. Walaupun mereka bukan berasal daripada SS2, tetapi mereka sering membeli-belah di pasar SS2 dan kedai- kedai lain. Jadi, saya yakin mereka pasti tahu mengenai pencemaran di SS2. soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan temu bual yang disediakan di bahagian lampiran K.K. (c) Rujukan

Saya telah membuat rujukan di perpustakaan sekolah dan dari internet untuk mendapat kesan- kesan dan punca- punca pencemaran alam sekitar.

Page 10: Tajuk Kajian

 

Page 11: Tajuk Kajian

8.1: Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti AlamSekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atauorganisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam seperti: Pencemaran udara, Pencemaran air ,Pencemaran laut, Pencemaran bunyi, Pencemaran tanah, Pencemaran haba, Pencemaran sungai dan kolam

Sebagai contoh, pada tahun 2005, malaysia telah berlaku sebuah kes pencemaran udara (jerebu),kajian lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktor penyebab. Hal ini telah akibat suhu Malaysia meningkat dan telah mangancam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancung bimbang dengan keselamatan mereka. 

Page 12: Tajuk Kajian

8.2: Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Pencemaran udara Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Di ss2, pencemaran uadara yang begitu meluas kerana kepesatan kenderaan dan tinkdakan peniaga- peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pencemaran airPencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai, lautan dan air tanah akibat aktivitas manusia. Danau, sungai, lautan dan air tanah adalah bagian penting dalam siklus kehidupan manusia dan merupakan salah satu bagian dari siklus hidrologi. Selain mengalirkan air juga mengalirkan sedimen dan polutan. Berbagai macam fungsinya sangat membantu kehidupan manusia. Pemanfaatan terbesar danau, sungai, lautan dan air tanah adalah untuk irigasi pertanian, bahan baku air minum, sebagai saluran pembuangan air hujan dan air limbah, bahkan sebenarnya berpotensi sebagai objek wisata. Di ss2, pencemaran air yang begitu meluas kerana tindakan peniaga- peniaga gerai dan penduduk yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah- sarap dan sisa-sisa makanan.

Pencemaran Bunyi / Suara

Pencemaran suara adalah keadaan dimana masuknya suara yang masuk terlalu banyak sehingga mengganggu

kenyamanan lingkungan manusia.Pencemaran suara cukup menjadi ancama serius bagi kualitas lingkungan

terutama dibagian suasana. Sumber pencemaran suara adalah kebisingan, yaitu bunyi atau suara yang dapat

mengganggu dan merusak pendengaran manusia. Bunyi disebut bising apabila inetensitasnya telah melampaui

50 desibel.

Suara dengan intensitas tinggi, seperti yang dikeluarkan oleh banyak mesin industri, kendaraan bermotor, dan

pesawat terbang bila berlangsung secara terus-menerus dalam jangka waktu yang lama dapat mengganggu

manusia, bahkan menyebabkan cacat pendengaran yang permanen. Di SS2, pencemaran suara yang begitu

meluas kerana wujudnya pembangunan industri dan kenderaan- kenderaan yang banyak di SS2.

Page 13: Tajuk Kajian

8.3: Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian(SS2)

Terdapat banyak punca-punca yang telah menyebab pencemaran alam sekitar di SS2. Antaranya ialah kenderaan motor, pernigaan, sampah-sarap, petempatan, dan aktiviti perindustrian dan pembangunan.

Kenderaan Kini, Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. SS2 amat terkenal dengan kebanyakan kedai untuk membeli-belah dan makanan sedap serta murah, jadi ramai orang berkumpul disana membeli-belah dan lain-lain. Lebih orang berkumpul disana, lebih banyaklah kenderaan motor terdapat disana. Justeru, Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar.

Perniagaan

Selain itu, perniagan- pernigaan di SS2 juga telah menjadi punca pencemaran alam sekitar. pelanggan membuangkan sampah sarap di merata-rata tempat. Penjaga tidak membersihkan gerainya dan lorong belakang kedainya dengan sempurna. Lebih menjijikkan, ada di kalangan pengusaha yang menjadikan lorong belakang sebagai tempat mencuci pinggan mangkuk dan sisa makanan dicampakkan ke dalam longkang. Semua- semua ini menyebabkan kedatangan lalat dan tikus. Sisa- sisa makanan mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air longkang. Ini penyajikan bau yang busuk di merata- rata menyebabkan pencemaran udara.

Petempatan Selain daripada itu, punca perncemaran udara juga akan dipengaruhi petempatan disana, iaitu aktiviti harian penduduk-penduduk SS2. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara. Sampah- sarap Sampah- sarap ialah punca utama untuk pencemaran air. Sesetengah Penduduk- penduduk dan peniaga di SS2 suka membuang sampah-sampah dan sisa- sisa makanan yang telah dimakan di gerai sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan ini akan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganunya. Sampah organik mereputdan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik dan menyebabkan pencemaran air dan udara.

Saya berharap agar penduduk di SS2 dapat menjaga alam sekitar supaya dapat jadikan malaysia negara bersih dan seterusnya berasa berbangga sebagai salah seorang rakyat Malaysia dan menghormati raja dan pemimpin negara serta jasa-jasa mereka.

Page 14: Tajuk Kajian

8.4: Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian Dasarwasa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam sekitar yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Oleh itu, pencemaran- pencemaran udara, air dan bunyi di SS2 telah membawa banyak kesan- kesan kepda penduduk- penduduk disana dan kepada alam kita.

Suhu meningkat Antara kesan-kesan pencemaran udara di SS2 ialah suhu di SS2 akan semakin meningkat. Kesan ini merupakan paling ketara dan peningakatan suhu telah menjadi buah mulut yang amat hangat oleh seluruh warga dunia pada masa kini. Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida daripada kenderaan- kenderaan yang pesat di SS2 dan gas- gas ini akan berkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak di setempat menyebabkan haba di sekeliling kawasan itu akan terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Kebanyakan gas-gas karbon dioksida dan monoksida di SS2 akan juga menyebab peningkatan suhu di selururuh Malaysia semakin meningkat. Kesannya, Sumber ekosistem manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Hujuan Asid Selain daripada itu, aktiviti- aktiviti perindustrian dan pembangunan, kenderaan motor dan aktiviti harian penduduk-penduduk SS2 yang melepaskan gas- gas CFC, gas organik dan bukan organik, bahan kimia serta juga habuk dipercayai akan membawa kesan hujan asid. Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh perindustrian dan ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk hujan asid . Hujan Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Jerebu Kepesatan kenderaan motor, aktiviti- aktiviti perindustrian dan aktiviti harian penduduk-penduduk SS2 juga akan menakibatkan berlakunya jerebu. Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Aktiviti- aktiviti perindustrian dan kenderaan akan melepaskan banyak habuk, gas beracun, asap, debu Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh, jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap

Page 15: Tajuk Kajian

Udara Tercemar Perniagaan- perniaggan gerai dan restoran, kenderaan motor, aktiviti- aktiviti perindustrian dan pembangunan, asap dari petempatan, dan pembakaran sampah- sarap di SS2 akan menyebabkan kualiti udara disana tercemar. Asap- asap yang dikeluar dari restoran, gerai, pembinaan dan petempatan mengandungi karbon diosida, hidrogen sianida, dan pdan bahan bahan kotor dan bahaya. Semua ini telah menurunkan kualiti udara disana. Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh perniaga di SS2 ke longkang-longkang menjadi punca pembiakan lalat, tikus, nyamuk yang banyak di persekitaran SS2.

Penyakit Hal ini akan menyebab penduduk mengalami penyakit denggi, keracunan makanan dan lain. Pendedahan kronik di tempat pembinnan di SS2 kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising. pendedahan kronik kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada. Pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan,kehilangan pendengaran dan meningkatkan tekanan darah.Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Antaranya ialah sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus dan wap.

Selepas mengetahui segala kesan-kesan pencemaran, saya berharap bahawa semua pihak boleh bersatupadu dan berkerjasama menjaga kebersihan alam sekitar supaya menjadi sebuah alam yang kita semua cintai.

Page 16: Tajuk Kajian

8.5: Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Jika keadaan pencemaran- pencemaran dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia. Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada terus dicemari.

Kempen cintai alam sekitarKempen cintai alam sekitar mengenai program kitaran semula boleh diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh ss2 atau tempat lain yang dicemari. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

Menguatkan Kuasa Undang-undang Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti dan menguatkan kuasa undang-undang. Pihak kerajaan hares memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar. Kerajaan juga boleh menambah keberatan hukuman terhadap orang yang cuba mencemari alam kita dan menambah pengawai pencinta alam atau pekerja MBPJ di setiap tempat Ini penting kerana buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Rawatan air Kumbahan Selain itu, rawatan kumbahan boleh digunakan di sungai terdekat SS2 (sg. Penchala).Rawatan air kumbahan adalah proses yang memindahkan kebanyakan pencemaran dari air buangan atau kumbahan dan menghasilkan suatu anak sungai cecair sesuai untuk pembuangan ke alam semulajadi dan sebuah selut. Untuk berkesan, kumbahan harus dikirimkan ke sebuah kilang rawatan oleh paip dan infrastruktur sesuai dan proses sendirinya seharusnya ditakluk pada regulasi dan kawalan. Sesetengah air bahan buang memerlukan kaedah rawatan berlainan dan beristimewa. Pada peringkat yang tersederhana, rawatan kumbahan dan kebanyakan air bahan buang dijalankan melalyu pemisahan pepejal dari cecair, biasanya oleh pemberesan. Dengan secara progresif menukar bahan melarut ke dalam pepejal, biasanya suatu flok biologi yang kemudian diselesaikan, suatu arus anak sungai tambahan penyucian dihasilkan.

Catalytic Converter Tambahan pula, Catalytic converter juga boleh digunakan oleh pemandu- pemandu di ss2 untuk mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Catalytic converter dikenali sebagai pemangkin asap adalah alat yang dipasang pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam asap ekzos seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar. Pemasangan penukar bermangkin mula diwajibkan di Amerika Syarikat pada tahun 1975 bagi memenuhi keperluan piawaian emisi yang ketat di sana, dan kini boleh dikatakan kesemua model kereta baru serta kebanyakan model motosikal dipasang dengan penukar bermangkin.Catalytic converter berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladium dan rodium untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air.

Page 17: Tajuk Kajian

mesin

pelupusan sampah

aliran parit yang tersumbat

sisa-sisa kilang

penggunaan pestisida

Saya amat bangga dengan pihak yang berkuasa dan berkenanan setelah telah bertugas dengan sikap yang bertanggungjawab untuk menjamin kebersihan, keselamatan, dan keselesaan rakyat malaysia.

Bahan Grafik

Peta minda : Jenis Pencemaran Alam Sekitar

PencemaranUdara

Pencemaran

Air Pencemaran Tanih

PencemaranBunyi

Pencemaran

Bau

kenderaan

industri

Pembuangan

sampah

pembuangan polutan dari

Industri

Kenderaan

Pembinaan industri

sistem pengangk

utan

Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Page 18: Tajuk Kajian

Carta Aliran : pencemaran alam sekitar

Rumusan Sebagai kesimpulan, SS2 sekarang telah digancam bahaya pencemaran air, udara dan bunyi. Pencemaran- pencemaran ini akan menyebabkan hujan asid berlaku, jerebu berlaku, penyakit merebak, suhu disana meningkan dan kualiti udara dicemar. Semua punca- punca kebanyakan dari kenderaan motor, pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap, dan perniagaan, petempatan dan pembinaan. Jadi kita perlu mengambil tindakan-

Pencemaran

Punca:- kenderaan motor - perniagan- pernigaan - petempatan- Sampah- sarap - pembinaan

Jenis pencemaran berlaku: - pencemaran udara- pencemaran air- pencemaran bau- pencemaran bunyi

Kesan berlaku pencemaran: - Hujan asid- jerebu- bau busuk - penyakit- hujan asid- suhu meningkat

Langkah- langkah mengubati pencemaran: - denitrifikasi- ozon pemprosesan air kumbahan- Biofilter- Bioscrubber

Cara- cara mengelak pencemaran:- kitar semula- menggunakan baja semula jadi - menguatkan undang-undang- catalytic converter- penapis asap

Page 19: Tajuk Kajian

tindakan yang wajar dan berkesan untuk mengurangkan pencemaran, antaranya ialah menguatkan kuasa undang- undang alam sekitar, mengadakan kempen alam sekitar, menjalani rawatan air kumbahan dan menggunakan catalytic converter. Sudah tentu pencemaran akan dielakkan jika semua orang bekerjasama dan bersatupadu dan menjadikan SS2 sebuah kawasan yang bersih dan harmoni. Jadi saya berharap semua rakyat malaysia boleh cintai dan berasa bangga akan negara dan bersyukur sebagai rakyat malaysia serta sedia untuk menjaga alam sekitar kita.

Page 20: Tajuk Kajian

Lampiran

Soalan temu bual

Nama: 1) CHEONG YIN HAI2) MAK CHONG OY3) CHOONG YEW SIING

Umur : 1) 48 tahun 2) 78 tahun 3) 17 tahun

Alamat: 1), 2) , 3) 45, jalan ss24/4 Taman Megah

Hubungan: 1) Ibu 2) Nenek 3) abang

temu bual dengan YIN HAISaya: Selamat pagi, bu.

Page 21: Tajuk Kajian

Ibu: Pagi, sayang. Apa yang perlu Ibu tolong ?Saya: Ibu boleh memberitahu saya tentang Punca- punca alam sekitar di SS2?Ibu: Sampah- sarap ialah punca utama untuk pencemaran air. Peti sejuk dan penyaman udara dalam rumah-rumah bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila CFC dikelurkan ke atmosfera.Saya: selain itu, bagaimankah akan berlakunya suhu meningkat ?Ibu: Oh, Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida daripada kenderaan- kenderaan yang pesat dan gas- gas ini akan berkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak di setempat menyebabkan haba di sekeliling kawasan itu akan terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.Saya: Oh, terima kasih ibu. Ibu telah menolong saya banyak.Ibu: sama- sama

Temu bual dengan CHONG OYSaya: Selamat pagi, nenek.Nenek: Pagi, sayang. Saya: boleh saya temu bual nenek?Nenek: Boleh. Apa yang cucu nenek ini nak tau?Saya: Macam ini, boleh nenek beritahu saya tentang kesan- kesan pencemaran bunyi? Nenek: Pencemaran akan menyebab penduduk mengalami penyakit denggi, keracunan makanan dan lain. Pendedahan kronik di tempat pembinnan di SS2 kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran peningkatan tekanan perasaan,kehilangan pendengaran dan meningkatkan tekanan darah.

Saya: Jadi salah satu tujuan nenek pindah ke sini dari SS2 adakah sebab ini?Nenek: ya, kan nenek ada tekanan darah tinggi, jikalay nenek masih tinggal di sana. Tekanan darah Saya akan terus meningkat.Saya: Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan penyakit seperti berikut?Nenek: mestilah tidak, tetapi pencemaran udara masih akan menyebabkan penduduk menjatuh Sakit seperti, edema dan pendarahan pulmonari. Semua ini penyakit sistem penafasanSaya: terima kasih, nekNenek: sama-sama

Temu bual dengan YEW SIING.Saya: hey! Yo! Abang!Abang: apa? Apa kau nak?Saya: Bukan apa yang besar tetapi boleh saya temu bual bang?Abang: Er… boleh la. 2 minit saja saya bagi kau.Saya: ahlah! Janganlah kedekut sangat. OK lah. Biar saya tanya bang. Pernahkah bang ingin Menolong menjaga alam sekitar?Abang: Mestilah! Tengoklah apa saya sedang buat. Saya sedang tanam tumbuhan di halaman.Saya: hehehe…. Yala yala. Jadi abang boleh beri lebih banyak cadangan untuk mengurang dan mengelak berlakunya pencemaran ?Abang: kau ni leceh la. Kita boleh mengadakan Kempen cintai alam sekitar di sekolah dan Di tempat tinggal kita. Selain itu, Government harus menguatkan Kuasa Undang- undang To avoid pollution happen. Pihak berkuasa juga harus sering membuat rawatan di sungai- Yang dicemar dan mengingati rakyat untuk mengunakan Catalytic converter .

Page 22: Tajuk Kajian

Saya: AHLAh! Abang ini, saya sedang membuat kerja Kursus dengan melayu la, kenapa abang Cakap inggeris pula. EEEyer! OK lah. Terima kasih atas pertolongan kau. Abang: yala. Pergi! Jangan kacau saya tanam bunga. Nanti skirt kau ini digigit ulat.Saya: yalah. BB

R UJUKA N a) Buku Teks - Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim ,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan3. Pts Publications Sdn Bhd., Pahang Darul Makmur.

Page 23: Tajuk Kajian

- Ismail Bin Ahmmad, Prif.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee.2003. Buku Teks Geografi Tingkatan Lima. Pustaka sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia. Selangor Darul Ehsan

b) Atlas - Atlas KBSM Longman, 1994. Interpress printers Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor. - Atlas Modern KBSR, 1993. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

c) Buku Rujukan - Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur- Kamaruddin Ngah & Rahman Azman Mustafa. 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan Wilayah. Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang - Laporan Perancangan Daerah perak Tengah 2002-2015. Peta guna tanah m/s 62-146

d) Internet - http://en.wikipedia.org/wiki/Petaling_Jaya#History - http://www.propwall.my/petaling_jaya/ss2 - http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stae2213/kump1/Pengenalan.htm - http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-dan-alam- sekitar/ e) Orang Sumber - CHEONG YIN HAI, 48 tahun, ibu saya, No.45 ss24/4, Taman Megah, 47301 Petaling

Jaya - MAK CHONG OY, 80 , nenek saya , No.45ss24/4, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya

- CHOONG YEW SIING, 17 , abang saya , No.45 ss24/4, Taman Megah, 47301 Petalling Jaya