16
14 TAJUK 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) 2.1. Sinopsis Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep asas Falsafah Pendidikan, implikasi Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Barat ke atas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Turut dibincangkan adalah Falsafah Pendidikan Guru serta amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. 2.2. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: i. Menjelaskan konsep asas Falsafah Pendidikan (1.1) ii. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4) iii. Menganalisis falsafah-falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat ke atas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1.6) iv. Membina dan mempertahankan hujahan yang berasaskan isu pendidikan secara jelas dan koheran dengan mengambil kira elemen-elemen falsafah Timur, Islam dan Barat yang releven (5.1) v. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai melalui FPK dan FPG dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (7.1) vi. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan (5.5) vii. Menterjemahkan FPK dan FPG secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran yang bermakna (2.3) viii. Mengaplikasikan amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan (2.4)

7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

  • Upload
    vuthu

  • View
    245

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

14

TAJUK 2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

2.1. Sinopsis Topik-topik dalam tajuk ini merangkumi konsep asas Falsafah Pendidikan, implikasi

Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Barat ke atas pembentukan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Turut dibincangkan adalah Falsafah Pendidikan

Guru serta amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan

berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.2. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

i. Menjelaskan konsep asas Falsafah Pendidikan (1.1)

ii. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4)

iii. Menganalisis falsafah-falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat ke atas

pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1.6)

iv. Membina dan mempertahankan hujahan yang berasaskan isu pendidikan

secara jelas dan koheran dengan mengambil kira elemen-elemen falsafah

Timur, Islam dan Barat yang releven (5.1)

v. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai melalui FPK dan

FPG dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (7.1)

vi. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

(5.5)

vii. Menterjemahkan FPK dan FPG secara umum dan spesifik kepada aktiviti

pembelajaran yang bermakna (2.3)

viii. Mengaplikasikan amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal

insan (2.4)

Page 2: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

15

2.3. Kerangka konsep tajuk ini

2.4. Konsep asas Falsafah Pendidikan

Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia

(bijaksana). Dalam ertikata yang lain, falsafah bermaksud ... cintakan ilmu

pengetahuan dan bebijaksanaan. Falsafah boleh dikatakan satu pendekatan

menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia. Ia melibatkan kajian untuk

mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan. Kajian ini dijalankan

dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan membuat

Implikasi keatas

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Falsafah Islam

Falsafah Timur

Falsafah Barat

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dan

Falsafah Pendidikan Guru

(FPG)

Konsep asas

Amalan profesionalisme guru

dalam pembentukan modal

insan

Page 3: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

16

justifikasi penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan proses

tersebut.

Ahli falsafah akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti:

Siapakah saya?

Dari mana saya datang?

Mengapa saya berada di sini?

Ke manakah akan saya pergi?

Bagaimanakah saya boleh lalui kehidupan ini?

Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu kajian mengenai alam semula

jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. Ia adalah satu set

kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang mempengaruhi tingkah

laku individu.

Bincangkan soalan-soalan di atas dengan rakan-rakan anda.

Pandangan dunia adalah satu sistem falsafah yang lengkap. Pandanganini

perlu berdasarkan bukti-bukti yang mencukupi, tekal dan menyeluruh, serta

tidak tercanggah. Kita perlu fikir dengan teliti apabila menilai satu-satu idea

atau tuntutan mengenai kebenaran. Penilaian tersebut mestilah dibuat secata

kritikal, betul dan menyeluruh. Kita semua mempunyai falsafah, walaupun kita

tidak sedar mengenainya. Falsafah kita membentuk pandangan kita terhadap

dunia ini, dan menjadi asas kepada keputusan yang kita buat setiap hari.

Falsafah memberi kita hala tuju dalam hidup.

Pendidikan pula merupakan proses pengajaran, latihan dan pembelajaran

yang dijalankan di sekolah, kolej, institut atau universiti untuk menambah

pengetahuan dan membina kemahiran. Di institusi ini pendidikan dijalankan

secara formal, tetapi secara tidak langsung kita dididik melalui pengalaman

sendiri.

Apakah falsafah anda tentang pendidikan yang anda ingini? Bincangkan dengan

rakan-rakan pendapat anda itu.

2.5. Implikasi Falsafah Islam, Falsafah Timur dan Falsafah Pendidikan Barat ke atas pembentukan Falsafah Pendidikan

Page 4: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

17

2.5.1. Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.

Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat

perhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisional mengambil

kira bahawa matlamat adalah diluar kawalan individu. Manusia bebas memilih

kaedah untuk mencapai matlamat . Sebaliknya, falsafah moden menyuarakan

bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk

mencapai matlamat.

i. Perennialisme

Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had

masa yang mendefinisikan manusia sebagai seseorang yang rasional.

Dengan pemahaman ini rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui

pendidikan.

Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk

mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal. Proses ini tiada

had masa. Perennialisme berfokus kepada perkembangan diri. Ini kerana

orang adalah manusia. Orang perlu diajar mengenai unsur-unsur

kemanusiaan dahulu. Orang adalah pada asasnya orang, dan keduanya

barulah pekerja. Oleh itu topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-

topik vokasional. Topik-topik penting adalah topik yang membincangkan

perkembangan seseorang. Oleh itu, prinsip perlu diajar, bukannya fakta.

Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Tradisional

Falsafah Moden

Perennialisme Essentialisme Progresivisme Rekonstruksionisme

Page 5: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

18

Fakta sentiasa berubah. Conohnya, dalam Sains, perennialisma

menggunakan strategi pengajaran penakulan saintifik, bukan fakta.

Penakulan diilustrasikan dengan eksperimen-eksperimen yang terkenal.

Dengan cara ini, murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan

yang lebih bercorak kemanusiaan. Yang pentingnya, ia menunjukkan

ketidakpastian dan tindakan yang salah bagi sains sebenar.

Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan

dan kepakarannya tidak boleh dipersoalkan. Guru membantu murid berfikir

secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik. Sebagai pakar dalam mata

pelajaran tertentu, guru perlu mahir membimbing perbincangan. Nilai-nilai

tradisional perlu diajar secara eksplisit.

ii. Essentialisme

Essentialisme melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk

kehidupan yang sempurna dan baik. Essentialisme mengambil kira

pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. Oleh

itu, essentialisme adalah satu teori yang mempertikaikan bahawa tujuan

utama pendidikan adalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap

generasi baru.

Essentialisme bertujuan menggalakkan perkembangan intelek setiap individu

dan mendidik seseorang kearah kecekapan. Ini melibatkan pengajaran mata

pelajaran asas tradisional yang berguna pada masa lampau, dan akan

berguna juga pada masa akan datang. Mata pelajaran yang penting adalah

Sastera, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Matematik, Seni dan Muzik. Ia juga

memberi fokus kepada pengajaran kemahiran-kemahiran penting serta

penguasaan konsep dan prinsip. Program di bawah fahaman essentialis

biasanya mengajar kanak-kanak secara ansur maju, daripada yang mudah

kepada yang lebih kompleks.

Essentialisme juga berusaha mengekalkan sekolah sebagai institusi

berfungsi akademik. Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran

dan pengajarannya. Guru ini berkuasa di dalam bilik darjah, dan menentukan

kurikulum, Guru juga bertanggung jawab mengajar nilai-nilai tradisional.

Menurut William Bagley (1574 – 1946) seorang guru dianggap sebagai model

Page 6: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

19

yang bernilai untuk dicontohi. Dari sini, kita boleh lihat bahawa kurikulum

essentialisme adalah kurikulum umum, berpusatkan mata pelajaran yang

menitik beratkan bahasa, sastera dan matematik, seni dan sains.

Senaraikan elemen perennialisme dan essentialisme di sekolah anda.

iii. Progresivisme

Progresiveme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai

penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).

Progressivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.

Pengetahuan akan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan.

Oleh kerana pengetahuan menerangkan realiti masa kini, kanak-kanak perlu

diajar bagaimana untuk berfikir dan bukan apa yang perlu difikirkan.

Dengan ini, pendidikan haruslah menyediakan murid yang boleh

menyesuaikan dirinya dengan perubahan situasi.

Progresivisme bertanggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah

baik. ia berpegang kepada pandangan bahawa kanak-kanak akan memilih

apa yang terbaik untuk mereka. Berikut adalah pandangan Progresivisme

dari segi :

a. Kurikulum –

v Berdasarkan minat murid

v Isi kandungan berbentuk interdisiplin

v Melibatkan aplikasi masalah manusia

v Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait contohnya aktiviti

seperti pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek

v Menekankan pengalaman langsung

v Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan

v Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran

b. Peranan guru sebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan

inkuiri saintifik –

v Murid digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri

tentang sesuatu fenomena. Ini membolehkan murid mengguna

pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain

Page 7: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

20

v Fokusnya ialah murid sebagai pelajar dan bukan kepada isi

kandungan

c. Peranan sekolah

v Menggalakkan kolaborasi

o Aktiviti pembelajaran kumpulan secara kolaboratif digalakkan

o Kurang penekanan kepada pembelajaran persaingan individu

v Pereka cipta dan pelaksanaan prosedur yang demokratik

o Bebas berbincang

o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama

o Menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti

pendidikan

o Penyertaan masyarakat

o Reformasi sosial

Perubahan yang berlaku dalam pendidikan merupakan perubahan daripada

pengajaran berbentuk pemusatan guru kepada berpusatkan murid dan

daripada isi kandungan kepada proses pembelajaran untuk

memperkembangkan pemikiran dan individu yang boleh menyesuaikan diri.

iv. Rekonstruksionisme

Rekonstruksionisme adalah hasil pertumbuhan daripada progresivisme.

Rekonstruksionisme berhasrat untuk memperbaiki dan membangunkan

semula masyarakat. Ia menunjukkan pembentukan satu corak budaya baru

dan penghapusan penyakit masyarakat sebagai tujuan utama pendidikan.

Rekonstruksionisme melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk

memajukan kehidupan manusia malalui pendidikan dan reformasi sosial.

Rekonstruksionisme memilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk

masyarakat baharu. Terdapat beberapa fahaman berkenaan

rekonstruksionisme:

a. Sekolah, yang berfungsi untuk

v mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan

krisis budaya

v memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah

tersebut

b. Kurikulum

Page 8: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

21

v menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial

v berfokuskan trenda masa kini dan masa depan, merangkumi isu-isu

kebangsaan dan antarabangsa

v menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang

boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat

v menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenaii

masyarakat masa kini dan juga masa hadapan

Guru perlu memberi komitmen dalam membina masyarakat baru. Mereka

patut berperanan sebagai agen perubahan dan reformasi. Mereka juga

membantu murid sedar tentang masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.

Di sini kita boleh membuat kesimpulan adalah penting membangunkan

semula masyarakat melalui proses pendidikan dibanding pembangunan

individu. Kita patut sedar masyarakat terdiri daripada individu. Oleh itu, jenis

masyarakat yang diinginkan boleh dibentuk melalui proses evolusi iaitu

proses pendidikan.

Huraikan aktiviti yang telah anda gunakan yang menggambarkan

pendidikan progresif.

2.5.2. Falsafah Islam

Falsafah Islam adalah berasaskan kepada pengajaran Islam yang

diambil dari al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kita akan melihat

kepada seorang ahli falsafah Islam. Beliau adalah Ibn Rushd berasal dari

keluarga intelek yang dihormati. Beliau sangat berpengaruh dalam fahaman

barat. Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling

melengkapi (Raslan, 1997; Ead, 1998).

Anda dinasihatkan untuk melayari laman web untuk maklumat lanjut

tentang ahli falsafah Islam lain yang penting yang telah membantu

membentuk pandangan tentang falsafah secara keseluruhan.

Mengapakah kita perlu mengetahui tentang Falsafah Islam?

Apakah sumbangan Falsafah Islam ini kepada manusia sejagat dan

dalam lapangan pendidikan?

Page 9: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

22

Falsafah Islam menerangkan pertalian antara manusia dan Penciptanya,

antara manusia dan manusia, dan antara manusia dan persekitarannya.

Mengkut Ibn Rushd, manusia tidak mempunyai kawalan terhadap suratan

takdirnya dan tidak juga ditentukan sepenuh oleh manusia (Ead, 1998). Ibn

Rushd menyatakan bahawa Islam bertujuan mendapatkan ilmu sebenar. Ini

didefinisikan sebagai ilmu Tuhan dan ciptaannya. Ia juga termasuk

pengetahuan tentang cara mencapai kepuasan dalam dunia ini dan

bagaimana untuk mengelak daripada kesengsaraan di akhirat nanti (Ead,

1998)

2.5.3. Pendidikan Islam

Pendidikan Islam mendidik dan melatih minda manusia, fizikal, rohani

dan emosinya. Prosesnya adalah berasaskan wahyu (al-Quran), amalan Nabi

Muhammad s.a.w (Sunnah) dan para sahabatnya, pengalaman serta

pendidik-pendidik yang ternama. Pendidikan Islam juga adalah satu proses

membimbing pendidik untuk membentuk murid berdasarkan pengajaran

Islam.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan Islam adalah

satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Ini akan membekalkan

manusia dengan pengalaman dan ilmu yang mencukupi supaya manusia itu

tahu siapa dirinya serta peranan dan tanggung jawabnya sebagai suruhan

Tuhan dan sebagai khalifah (pemimpin) untuk memelihara dan memajukan

dunia ini.

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk membentuk manusia supaya

menjadi orang yang cintakan Allah dan Rasul-rasulNya dan boleh

menjalankan tanggung jawabnya sebagai khalifah di dunia ini. Secara

ringkasnya, tujuan Pendidikan Islam adalah untuk mendidik murid supaya :

bertingkah laku baik

mencapai kesempurnaan rohani

melakukan kebajikan

mengamalkan budaya yang betul

membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik.

(BPG 2002)

Page 10: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

23

2.5.4. Falsafah Pendidikan Islam

“ Sesiapa yang belajar tentang anatomi akan meningkatkan lagi kesetiaannya kepada keagungan dan keunggulan Tuhan yang maha kuasa.” Ibn Rushd dalam Ead, 1998.

Petikan di atas mengimbas kembali pemikiran di sebalik falsafah pendidikan

Islam. Seseorang itu dianggap berpendidikan apabila apa yang dipelajarinya

memperkukuhkan kesetiaannya terhadap Penciptanya.

Falsafah pendidikan adalah berdasarkan kepada pengajaran Islam

atau wahyu. Menurut Ibn Rushd, minda adalah alat muktamad untuk

mendapatkan ilmu. Allah telah mencipta minda yang membolehkan individu

membuat penaakulan tentang kewujudanNya dan menaakul tentang perkara-

perkara di dunia ini. (Raslan, 1997). Beliau juga menyatakan bahawa

kesempurnaan mental dan emosi akan hanya dicapai apabila manusia cinta

dan patuh kepada Allah. (Ead, 1998)

Bincang mengapa kita perlu mengambil kira semua falsafah pendidikan

dalam membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.6. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirangka berdasarkan ideologi

dan falsafah yang terkandung dalam Laporan Pendidikan dan Akta

Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(FPK, 1988)

Page 11: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

24

2.6.1. Analisis FPK

Setelah berbincang secara menyeluruh mengenai FPK, marilah kita cuba

menganalisis elemen-elemen yang terkandung di dalamnya dengan lebih

terperinci. Jadual 1 seterusnya menerangkan elemen-elemen tersebut

dengan mengupas maksudnya..

Elemen dalam FPK Analisis

Usaha yang berterusan

Ø Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan seperti perkembangan

Ø Perubahan membawa kepada pengurusan pengetahuan dengan penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan yang terkini

Ø Dikaitkan dengan pendidikan seumur hidup Seterusnya mengembangkan potensi individu

Ø Setiap individu mempunyai kebolehan dan potensi semula jadi anugerah daripada Tuhan yang mungkin tidak ditetahui secara sedar

Ø Potensi dan kebolehan ini perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti

Menyeluruh dan bersepadu

Ø Potensi dan kebolehan domain-domain berikut perlu di pupuk secara bersepadu dan menyeluruh ü Intelektual

o Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif

o Gunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain sebarkan pengetahuan

ü Rohani o Percaya kepada Tuhan, memeluk agama, nilai

moral dan norma masyarakat, tingkah laku baik, setia, rela berkorban untuk pembangunan negara

ü Emosi o Berdikari, tenang, tingkah laku baik, penyayang,

semangat setiakawan o Menghargai kecantikan dan seni

ü Fizikal o Tangkas dan sihat o Memperkembangkan bakat dan kemahiran

teknikal serta manipulatif Seimbang dan harmoni

Ø Menghargai pengetahuan, perwatakan yang baik, ketahanan menghadapi cabaran

Ø Rasional, sihat, bekerja sama, sentiasa cuba menyelesai masalah

Kepercayaan teguh serta bertaqwa kepada Tuhan

Ø Saling berhubung dengan diri sendiri, persekitaran dan Tuhan

Ø Mengakui Tuhan sebagai Pencipta Warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan berketerampilan

Ø Budaya ilmu, cintakan ilmu, membacxa untuk diri sendiri dan orang lain berfikiran terbuka

Ø Menyebarkan maklumat Ø Cekap mempunyai pengetahuan kemahiran dan faham

prosedur kerja

Page 12: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

25

Mempunyai tahap moral yang tinggi

Ø Sopan dan berdisiplin Ø Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyai

nilai mulia Ø Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek

kerohanian Mampu mencapai kesejahteraan diri di tahap tinggi

Ø Daya tahan yang kuat untuk menghadapi percanggahan, stabil, tenang

Ø Badan yang sihat Ø Boleh menwujudkan pertalian yang baik dengan orang

lain Boleh menyumbangkan kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga, masyarakat dan negara

Ø Melalui kerjasama, timbang rasa dan hormat Ø Memupuk persefahaman dalam keluarga Ø Semangat kenegaraan dan cintakan tanah air Ø Menghargai dan mengamalkan rukun negara Ø Patuh dan memelihara perlembagaan Ø Membangunkan ekonomi melalui pelbagai cara

Jadual 1 : Analisis Elemen-elemen FPK

1. Bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh membantu

Membina diri dalam aspek yang dimanifestasikan dalam FPK?

2. Terangkan dengan ringkas kenyataan berikut berkaitan dengan FPK:

a. Pendidikan adalah usaha yang berterusan

b. Manusia yang seimbang dan harmoni

c. Menyediakan tenaga manusia untuk memenuhi keperluan

pembangunan Negara.

2.7. Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal sebagai panduan

dalam pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan )FPK). FPG

menggariskan jenis guru yang diperlukan oleh Negara bagi merealisasikan

kandungan FPK yang ideal. Pernyataan FPG adalah seperti berikut:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjungjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan

kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara

suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”

Falsafah Pendidikan Guru

Page 13: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

26

Rujuk Jadual 2 untuk analisis FPG:

Elemen FPG Analisis

Perwatakan yang

mulia

Ø Sopan dan berdisiplin

Ø Boleh membezaakn antara buruk dan baik,

mempunyai nilai mulia

Ø Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan

dan aspek rohani

Berkembang maju dan

berpandangan saintifik

Ø Pengetahuan mempunyai pertalian dengan

pembangunan, oleh itu seorang guru perlulah

berpengetahuan serta berkemahiran

Ø Mempunyai kemahiran professional dalam

mengguna dan menghasilkan bahan pengajaran

dan pembelajaran untuk meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran

Berkomited

menegakkan aspirasi

Negara

Ø Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kepada

undang-undang negara

Ø Sentiasa memperbaiki diri, keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara

Mengekalkan warisan

budaya kebangsaan

Ø Menegakkan amalan dan mempromosi budaya

Malaysia dan cara hidupnya

Ø Mengamalkan nilai murni, penyayang dan

berempati, inovatif dankreatif

Ø Patuh kepada etika profesion perguruan

Pembangunan individu

dan pengekalan

masyarakat yang

bersatu, demokratik,

progresif dan

berdisiplin

Ø Guru sebagai agen perubahan

Ø Menegakkan dan mempromosi rasa hormat

antara budaya dan kehidupan yang harmoni

Ø Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran

seumur hidup

Jadual 2: Analisis FPG

a. Analisis dan terjemahkan elemen-elemen yang terkandung dalam FPG.

b. Apakah matlamat Pendidikan Guru?

Page 14: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

27

2.7.1. Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru, matlamat utama

pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang professional, tinggi daya

tahan, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, mempunyai

kemahiran yang diperlukan, dan berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru

ini mampu hidup dan menegakkan warisan negara seperti demokrasi,

integrasi dan antara budaya yang harmoni. Mereka akan menghasilkan murid

yang sesuai dengan pembinaan Negara.

Pendidikan guru meliputi aspek seperti membina kemahiran dalam mata

pelajaran utama, pedagogi serta pengurusan pembelajaran.

Buat rujukan berkenaan kemahiran yang perlu ada pada guru-guru

di sekolah.

2.8. Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan

berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah yang didokumentasikan ini menggalakkan kita sebagai guru

memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing kita

melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana sahaja dan

pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu, guru perlu kerap membuat

rujukan, banyak membaca dan membuat refleksi.

Guru boleh menjadi ejen perubaan untuk mendidik dan melahirkan generasi

yang bertanggung jawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi

FPK dan Visi yang dihasratkan oleh Negara. Sebagai guru, kita perlu

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam TMK supaya

boleh mengikuti perubahan sistem penyampaian.

Guru perlu bertanggung jawab sepenuhnya dan mempunyai akauntabiliti dan

sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengamalkan apa yang telah

dipelajari bagi memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang

sama guru harus boleh bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif.

Page 15: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

28

Sebagai seorang yang saintifik, inovatif dan progresif, guru perlu sentiasa

mengikuti perkembangan trenda pendidikan terkini serta dapat membina dan

memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah,

seperti menjalankan aktiviti dan penilaian yang diusahakan oleh guru

berdasarkan kesesuaian tahap kebolehan murid.

Bandingkan FPK dan FPG.

TUGASAN TERARAH

Bincangkan aktiviti yang anda perlu jalankan di dalam bilik darjah untuk membentuk modal insan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Falsafah Pendidikan Guru.

RUJUKAN

Ead, H.A. (1998) Averroes As A Physician. http://www.frcu.uim.eg/www/universities/html/hamed2.htm Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. *(1995) Education:An

Introduction. New York:Macmillan. Eisner, E.W. (1994) The Educational Imagination. New York: Macmillan College Pub.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php www.moe,gov,my mymalaysiainfo.com/education/falsafah.pendidikan

Page 16: 7 Tajuk 2 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 2FPKnFPG.pdf · Ia melibatkan kajian untuk ... murid diperkenalkan dengan tindakan sains dan penaakulan ... membiasakan

29

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat