Upload
dinhtruc
View
252
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)
Nama penulis : TAN CHI XIANG Nama ijazah : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS(SAINS KOMPUTER) Fakulti : FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM
MAKLUMAT
Tarikh penghantaran : 7 MEI 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : Saya
SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA(COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
TAN CHI XIANG (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tanda ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT TERHAD
TIDAK TERHAD
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap
No. 29, Jalan Parit Kangkong, Bukit Pasir, 83050 Batu Pahat, Johor.
(TANDATANGAN PENYELIA)
PUAN SITI HAJAR BINTI OTHMAN
Tarikh:
7th MEI 2008
Tarikh:
7th MEI 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Project Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)”
Tandatangan :.................................................
Nama Penyelia: PUAN SITI HAJAR BINTI OTHMAN
Tarikh : 07 MEI 2008
i
SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL
BERASASKAN WEB DAN PDA
(COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)
TAN CHI XIANG
Laporan projek ini dikemukan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2008
ii
Saya akui karya ini yang berjudul “Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di
Hospital Berasaskan Web Dan PDA (Collaborative Patient Dietetic Monitoring
System)” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :.................................................
Nama Penulis : TAN CHI XIANG
Tarikh : 07 MEI 2008
iii
“Buat keluarga yang tersayang ayah, ibu, ibu saudara, adik-beradik. Terima kasih di
atas segala kasih sayang dan dorongan yang telah diberikan. Jasamu akan ku kenang
sepanjang hayatku”
“Buat rakan-rakan yang turut serta dan tidak luput memberi semangat, segala
bantuan serta sokongan penuh iaitu Jong Chin Hua, Lee Chee Loang,
Yen Wee Khun, dan Khoo Song Ching. Ribuan Terima Kasih.”
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan saya kepada Puan Siti Hajar bt. Othman, selaku penyelia projek saya
atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh perlaksanaan Projek
Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam
memberi bimbingan dan tunuk ajar kepada saya untuk membantu saya menjayakan
tesis ini.
Selain itu, jutaan terima kasih juga diberikan kepada pihak Hospital Pakar
Puteri di Johor Bahru, terutamanya Puan Aidah selaku pembantu pakar diet Jabatan
Dietari dan Puan Rosazrazi Binti Rosdi, pegawai rekod kesihatan hospital tersebut.
Mereka telah menyumbangkan banyak maklumat yang penting supaya
membenarkan saya menjayakan proses pengumpulan maklumat, kajian sistem sedia
ada dan keperluan sistem.
Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah
yang memberikan pertolongan semasa melaksanakan projek ini. Tidak terlupa juga
memberikan penghargan saya kepada keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberikan bantuan dan sokongan kepada saya. Lebih-lebih lagi,
bantuan seperti pemberian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak
tertentu secara langsung atau tidak langsung tidak dapat dinafikan. Jasa kalian akan
dikenang. Semoga akan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburi.
v
ABSTRAK
Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan
PDA merupakan sebuah sistem pemantauan pemakanan pesakit yang berkomputer
bagi memberikan kemudahan kepada pakar diet, doktor, jururawat, kerani dan
pekerja jabatan dietari. Cara konvensional seperti merekodkan maklumat pemakanan
pesakit pada buku rekod atau mencatat maklumat itu pada papan kenyataan adalah
kurang efisien dan agak membebankan. Masalah kesukaran mendapatkan status
keadaan pesakit terkini dengan pantas dan kelambatan penentuan jenis diet yang
sesuai oleh pakar diet menyebabkan jabatan dietari kebiasaannya sukar untuk
menyediakan makanan mengikut diet yang betul dengan tepat dan dalam kuantiti
yang sebenar. Sistem ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Dengan adanya melalui web dan PDA, pengguna sistem dapat mencapai sistem di
mana-mana sahaja lebih-lebih lagi dengan berkembang pesatnya teknologi web pada
masa sekarang. Demi memahami sistem yang perlu dibangunkan, kajian terhadap
teknologi-teknologi yang perlu diimplementasikan dan sistem yang sedia ada telah
dilakukan. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah
metodologi Prototaip. Metodologi Prototaip yang dipilih ini adalah dibantu dengan
menggunakan bahasa permodelan Unified Modelling Language (UML). Sistem yang
dibangunkan ini mengandungi enam aktor, iaitu pentadbir sistem, doktor, pakar diet,
jururawat, kerani dan pekerja jabatan dietari. Sistem ini dibangunkan menggunakan
bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan Microsoft SQL Server sebagai pangkalan data.
Selain itu, Microsoft Visual Studio 2005 juga digunakan bagi membina antaramuka
pengguna sistem. Akhirnya, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat
menguruskan maklumat pemantauan pemakanan pesakit dengan lebih cekap lagi dan
berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelalaian manusia semasa mencatat dan
penghantaran maklumat berkaitan pemakanan pesakit.
vi
ABSTRACT
Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan
PDA is a computerized collaborative patient dietetic monitoring system that gives
advantages to dietitian, doctor, nurse, clerk and dietary department workers.
Conventional methods such as record patient nutrition information on record book or
note down the information on notice board are less efficiency and burdensome.
Problems of difficulty to get the latest patient health status and slowness of kinds of
diet determination by dietitian are also cause dietary department difficult to prepare
foods with the correct quantity. This system is developed to solve the problems
stated above. Besides, system users can also access this system through web and
PDA anywhere. To understand the system properly, research on the current system
and technologies used is done. Methodology prototype is used for this system
development and it is helped by using method of Unified Modelling Language
(UML). This system contains six actors, they are system administrator, doctor,
dietitian, nurse, clerk, and dietary department workers. ASP.NET programming
language is used for this system development and Microsoft SQL Server is used for
database storing. Furthermore, Microsoft Visual Studio 2005 has been used for this
application development. In a nutshell, this development system is expected able to
manage patient dietetic monitoring information efficiency and effort to solve the
problems of human error when record and transferring patient nutrition information.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI ISTILAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Matlamat Projek 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Skop Projek 6
1.6 Justifikasi Projek 6
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Pengenalan Hospital Pakar Puteri, Johor 9
(Puteri Specialist Hospital)
2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 10
2.4 Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 11
2.5 Cadangan Penyelesaian Masalah 12
2.6 Kajian Terhadap Teknik, Peralatan Dan 13
Teknologi Yang Digunakan Untuk Menyelesaikan
Masalah
2.6.1 Internet 14
2.6.1.1 TCP/IP Sebagai Protokol Asas 15
Internet
2.6.1.2 HTTP (Hypertext Transfer Protocol) 16
2.6.2 XHTML(Extensible Hypertext Markup 17
Language)
2.6.3 Bahasa Pengaturcaraan ASP.NET 18
2.6.4 Microsoft SQL Server 19
2.6.5 Microsoft Visual Studio 2005 20
2.6.6 Personal Digital Assistant (PDA) 21
2.6.7 Kriptografi 22
2.7 Rumusan 23
BAB 3 METODOLOGI PROJEK 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Metodologi yang Digunakan 26
3.2.1 Model Prototaip 26
3.2.2 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 28
3.3 Metodologi Pembangunan Sistem 29
3.3.1 Fasa Perancangan Sistem 30
ix
3.3.2 Fasa Analisa Keperluan Sistem 30
3.3.3 Fasa Rekabentuk Sistem 30
3.3.4 Fasa Implimentasi Sistem 32
3.3.5 Fasa Pengujian 32
3.3.6 Fasa Penyelenggaraan 32
3.4 Analisis Keperluan Sistem 33
3.4.1 Justifikasi Perkakasan 33
3.4.2 Justifikasi Perisian 34
3.5 Rumusan 35
BAB 4 ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Aliran Kerja Analisa 37
4.2.1 Permodelan Rajah Kes Guna 37
4.2.1.1 Penerangan Aktor 37
4.2.1.1.1 Penerangan Aktor 37
Pentadbir Sistem
4.2.1.1.2 Penerangan Aktor Pakar 38
Diet
4.2.1.1.3 Penerangan Aktor Doktor 38
4.2.1.1.4 Penerangan Aktor 39
Jururawat
4.2.1.1.5 Penerangan Aktor Kerani 39
4.2.1.1.6 Penerangan Aktor 39
Pekerja Jabatan Dietari
4.2.1.2 Penerangan Kes Guna 39
4.2.2 Rajah Jujukan 41
4.2.3 Rajah Kelas 42
4.3 Spesifikasi Input Dan Output 42
4.4 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 44
4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 44
x
4.5 Rumusan 46
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 48
5.1 Pengenalan 48
5.2 Persekitaran Pembangunan 48
5.3 Implementasi Dalam Sistem 49
5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 49
5.3.2 Fungsi Hash Dalam Log Masuk Dan 51
Pendaftaran Pengguna Sistem
5.3.3 Fungsi Pengendalian Penyambungan 52
Pangkalan Data
5.3.3.1 Fungsi Penyambungan Dan 52
Pemutusan Sambungan Pangkalan
Data
5.3.3.2 Fungsi Pertanyaan Data Daripada 53
Pangkalan Data
5.3.4 Fungsi Pengendalian Pengguna Sistem 56
5.3.4.1 Fungsi Menambah Pengguna Baru 56
5.3.4.2 Fungsi Mengemaskini Profil 59
Pengguna
5.3.4.3 Fungsi Penghapusan Maklumat 63
Rekod Kesihatan Pesakit
5.3.5 Validasi Input Pengguna 63
5.3.6 Pengekodan Pertanyaan Data Daripada 68
Pangkalan Data Ke Dalam Jadual
5.4 Pengujian 74
5.4.1 Pengujian Kotak Hitam 75
5.4.1.1 Pengujian Terhadap Fungsi 75
Log Masuk Pengguna Sistem
5.4.1.2 Pengujian Terhadap Fungsi 76
Validasi Input Pengguna Sistem
xi
5.4.1.3 Pengujian Terhadap Fungsi Paparan 77
Senarai Pemilihan Pesakit Selepas
Pemilihan Wad
5.5 Rumusan 78
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 79
6.1 Pengenalan 79
6.2 Hasil Dan Pencapaian 80
6.3 Kelemahan Sistem 82
6.4 Cadangan Peningkatan 83
6.5 Rumusan 83
RUJUKAN 85
LAMPIRAN A-G 87
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Spesifikasi perkakasan 33
4.1 Penerangan kes guna aktor-aktor di dalam sistem 40
4.2 Spesifikasi input dan output bagi modul-modul 42
4.3 Senarai Atribut Bagi Jadual Pentadbir Sistem 45
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model prototaip 30
3.2 Carta alir sistem prototaip 32
5.1 Keratan aturcara log masuk bagi pengguna sistem 50
5.2 Keratan aturcara enkripsi kata laluan log masuk 51
pengguna
5.3 Keratan aturcara enkripsi kata laluan pendaftaran 53
pengguna
5.4 Keratan aturcara penyambungan dan pemutusan 53
pangkalan data
5.5 Keratan aturcara bagi fungsi pertanyaan data daripada 54
pangkalan data
5.6 Antaramuka pengguna bagi fungsi menambah 57
pengguna baru
5.7 Keratan aturcara bagi fungsi btnHantarDoktor_Click 57
5.8 Antaramuka pengguna bagi fungsi mengemaskini 60
profil pengguna
5.9 Keratan aturcara bagi fungsi btnHantarDoktor_Click 61
5.10 Keratan aturcara penghapusan maklumat rekod 63
kesihatan pesakit
5.11 Antaramuka pengguna bagi validasi input pengguna 64
5.12 Keratan aturcara bagi fungsi validasi input pengguna 65
5.13 Antaramuka jadual senarai rekod kesihatan pesakit 68
5.14 Antaramuka jadual senarai rekod pemakanan pesakit 69
xiv
5.15 Keratan aturcara bagi pertanyaan data daripada 69
pangkalan data ke dalam jadual
5.16 Antaramuka bahagian log masuk pengguna sistem 76
5.17 Antaramuka pemilihan senarai wad di dalam hospital 77
5.18 Antaramuka pemilihan senarai pesakit dalam wad 78
terpilih
xv
SENARAI ISTILAH
ISTILAH BAHASA MELAYU ISTILAH BAHASA INGGERIS
Aktor - Actor
Alamat pautan - Link address
Antaramuka - Interface
Atas talian - Online
Halaman - Site
Kata laluan - Password
Kes guna - Use case
Kriptografi - Cryptography
Kekunci peribadi - Private key
Kod rahsia - Cipher text
Kunci sesi - Session key
Laman web - Website
Log masuk - Login
Pelanggan - Client
Pelayan - Server
Pelayar - Browser
Rajah jujukan - Sequence diagram
Rajah kes guna - Use case diagram
Rajah kelas - Class diagram
Sistem pengoperasian - Operating system
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PERKATAAN PENUH
ARP - Address resolution protocol
ASP - Active server page
HTML - Hyper text markup language
HTTP - Hyper text transfer protocol
ICMP - Internet control message protocol
IL - Intermediate language
IR - Infrared
ODBC - Open database connectivity
PIM - Personal information manager
PDA - Personal digital assistant
RARP - Reverse address resolution protocol
SMTP - Simple mail transfer protocol
SQL - Structured query language
TCP/IP - Transmission control protocol / internet protocol
TDS - Tabular data stream
UDP - User datagram protocol
UML - Unified modeling language
WAN - Wide area networks
WWW - World wide web
XHTML - Extensible hypertext markup language
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta gantt projek sarjana muda I dan projek sarjana 87
muda II
B Rajah kes guna 91
C Rajah jujukan 98
D Rajah kelas 124
E Jadual hasil awalan pangkalan data 132
F Soalan soal selidik temu bual 149
G Gambar dengan pihak temu bual Hospital Pakar Putri 151
H Borang-borang perubatan Hospital Pakar Putri 153
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Proses pengurusan dan pemantauan pemakanan pesakit di hospital
merupakan suatu perkara yang amat penting terutamanya bagi sesebuah hospital
pakar yang bersaiz besar dan mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Pemantauan
maklumat pemakanan pesakit boleh dikatakan sebagai suatu kerja yang agak rumit
dan membebankan sekiranya pihak hospital masih menggunakan kaedah-kaedah
konvensional seperti membuat catatan melalui buku rekod, papan kenyataan atau
memorandum yang tidak cekap. Oleh itu, proses pemantauan maklumat pemakanan
pesakit perlu diganti dengan menggunakan sistem berkomputer bagi menangani
masalah-masalah yang timbul daripada kaedah konvensional tersebut. Sistem
berkomputer dapat mengurangkan masa dan kos pemprosesan maklumat pemakanan
pesakit di samping dapat mengurangkan tenaga manusia dalam pengurusan
maklumat pemakanan pesakit ini. Pembangunan Sistem Pemantauan Pemakanan
Pesakit Di Hospital berasaskan web dan PDA (Personal Digital Assistant)
merupakan satu bentuk sokongan kepada pihak hospital bagi menjadikan proses
pemantauan pemakanan pesakit menjadi lebih efektif dan berkesan.
Kelebihan sistem yang akan dibangunkan adalah dapat menyediakan satu
platform kepada doktor, jururawat, pakar diet (dietician), pekerja jabatan dietari
pemakanan dan kerani untuk membuat pemantauan pemakanan pesakit menerusi
internet dan penggunaan teknologi PDA. Ini dapat menjimatkan masa pengguna dan
seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan sesebuah hospital. Sistem yang akan
2
dibangunkan juga dijangkakan dapat meminimumkan tenaga kerja dan
memaksimumkan hasil kerja. Selain itu, kesilapan yang mungkin berlaku dalam
suatu proses penghantaran maklumat pemakanan pesakit juga dapat dikurangkan
kerana dengan adanya sistem ini pengguna hanya perlu memasukkan maklumat
yang berkaitan sahaja kepada sistem dan tidak perlu membuat penghantaran
maklumat pemakanan pesakit itu secara manual.
Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pihak doktor, jururawat, pakar
diet, pekerja jabatan dietari dan kerani untuk mendapatkan maklumat terkini dengan
hanya masuk dan membuat semakan menerusi sistem ini nanti. Maklumat di laman
web akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna
mendapat maklumat yang terkini, pantas dan mudah tanpa perlu meneliti maklumat
tersebut melalui buku rekod atau papan kenyataan lagi.
PDA pada masa kini bukanlah suatu peralatan yang asing bagi ahli-ahli pakar
perubatan Malaysia. Ia telah menjadi satu keperluan kepada golongan profesional
memandangkan PDA dapat membantu dan memudahkan pelbagai urusan penting
pihak-pihak tersebut. PDA kini telah dilengkapkan dengan pelbagai teknologi terkini
dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan pengguna.
PDA akan digunakan dalam pembangunan sistem ini bertujuan bagi memberi
kebenaran capaian kepada pihak doktor dan pakar diet untuk memantau maklumat
pemakanan semasa kepada pesakit-pesakit di wad.
Penglibatan kerja dan prosedur yang rumit dan pembaziran masa bagi kaedah
konvensional menjadi satu keperluan bagi membangunkan suatu sistem pemantauan
pemakanan pesakit secara berkomputeran yang lebih efektif di hospital. Sistem ini
dijangkakan mampu menguruskan maklumat pemakanan pesakit dengan teratur dan
efektif. Pada masa yang sama, sistem ini sebenarnya mampu merapatkan hubungan
dan kerjasama di antara doktor, jururawat, pakar diet, kerani dan pekerja-pekerja di
jabatan dietari lantaran peranannya sebagai suatu sistem dan portal khusus bagi
pemantauan pemakanan pesakit.
3
1.2 Pernyataan Masalah Sistem pemantauan pemakanan pesakit yang digunakan oleh kebanyakan
hospital masa kini adalah secara manual seperti merekodkan maklumat pemakanan
pesakit pada buku rekod atau mencatat maklumat itu pada papan kenyataan. Cara
konvensional ini adalah kurang efisien dan membebankan terutamanya bagi sebuah
hospital yang besaiz besar contohnya bagi hospital yang mempunyai lebih daripada
seratus orang pekerja.
Selain itu, kaedah konvensional seperti sistem manual pemantauan
pemakanan pesakit yang digunakan kini menyebabkan kekurangan interaksi antara
doktor, jururawat dan pakar diet. Kelalaian manusia semasa mencatat maklumat
pemakanan pesakit juga merupakan satu masalah yang serius kepada hospital.
Pakar diet di hospital biasanya membuat anggaran jenis pemakanan pesakit
yang pelbagai secara manual dan kemudian maklumat tersebut diserah kepada
jabatan dietari . Masalah kesukaran mendapatkan status keadaan pesakit terkini
dengan pantas dan kelambatan penentuan jenis diet yang sesuai oleh pakar diet
menyebabkan jabatan dietari kebiasaannya sukar untuk menyediakan makanan
mengikut diet yang betul dengan tepat dan dalam kuantiti yang sebenar. Prosedur
pakar diet untuk mendapatkan maklumat-maklumat pesakit adalah agak rumit,
memakan masa yang lama dan menyusahkan. Selain itu, rekod bilangan pesakit dan
diet perlu dibuat beberapa salinan untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang
berlainan dan kaedah ini didapati tidak begitu efektif, lambat, tidak berkesan dan
mempunyai tahap keselamatan yang diragui.
Jabatan dietari di hospital tidak dapat menganggar atau menentukan jumlah
kuantiti makanan yang diperlukan secara tepat dan pada masa yang diperlukan
dengan menggunakan cara konvensional ini. Jumlah pesakit di wad adalah susah
ditentukan oleh pekerja-pekerja di jabatan dietari dan fenomena ini sentiasa
menyebabkan keadaan ketidakcukupi bekalan makanan kepada pesakit atau keadaan
penyediaan makanan yang terlalu banyak dan menyebabkan pembaziran makanan
berlaku.
4
Sistem konvensional pemantauan pemakanan pesakit yang berbentuk manual
mendesak doktor, jururawat dan pakar diet tidak mempunyai interaksi yang baik
antara satu sama lain. Doktor sukar untuk merujuk jenis makanan harian yang diberi
kepada pesakit sepanjang pesakit itu berada di wad dan tidak dapat membuat
penelitian dan analisis yang tepat kepada pesakit kerana penglibatan proses yang
agak rumit.
Tambahan pula, penggunaan sistem manual ini juga membebankan kerja
pemantauan pemakanan pesakit kerana pihak tertentu perlu menyemak dan membuat
analisis terhadap maklumat pemakanan satu demi satu dan ini akan memakan masa
yang lama dan menyusahkan. Berdasarkan masalah-masalah di atas, sistem manual
ini memerlukan kakitangan yang ramai, berkos tinggi, mengambil masa yang lama,
kurang efektif dan tidak dapat memenuhi keselamatan sistem dengan sepenuhnya.
Sistem baru yang dibangunkan ini dapat memperbaiki kelemahan sistem
yang sedia ada dengan menggunakan teknologi bergerak iaitu PDA dan laman web.
Doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-pekerja jabatan dietari dan kerani boleh
mencapai, mengurus, menyemak dan mendapat maklumat-maklumat pemakanan itu
di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa. Sistem yang baru ini hanya
membenarkan pihak yang sah sahaja mencapai sistem dan menjamin keselamatan
maklumat pemakanan pesakit.
1.3 Matlamat Projek Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pihak pakar diet dalam
melaksanakan proses pemantauan pemakanan pesakit di hospital supaya lebih
efisien dan berkesan. Selain itu, sistem ini juga memudahkan kerja pakar diet
semasa menentukan jenis pemakanan pesakit. Pembangunan sistem ini bertujuan
untuk menghasilkan suatu sistem yang dapat meningkatkan kerjasama di antara
doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-pekerja jabatan pembekalan makanan dan
kerani dalam pemantauan pemakanan pesakit di samping memudahkan kerja
5
pengurusan maklumat pemakanan pesakit. Sistem ini cuba mengurangkan
penggunaan kertas, masa dan tenaga sumber manusia dalam penghantaran maklumat
pemakanan pesakit dari satu pihak ke pihak-pihak yang lain.
1.4 Objektif Projek Objektif projek adalah seperti di bawah:
i. Mengkaji satu sistem khas untuk proses pemantauan pemakanan pesakit di
hospital bagi menggantikan kaedah konvensional iaitu perolehan maklumat
pemakanan menerusi penggunaan papan kenyataan dan catatan menerusi
buku rekod.
ii. Merekabentuk satu sistem yang memudahkan doktor dan pakar diet
mengendalikan maklumat pemakanan pesakit dan juga memudahkan pekerja
mengedar makanan kepada pesakit dalam kuantiti yang tepat dan cepat.
iii. Menghasilkan pangkalan data yang dapat menyimpan data-data dan segala
maklumat yang berkaitan dengan diet pesakit.
iv. Membangunkan suatu sistem yang dapat meningkatkan keberkesanan dan
perkhidmatan hospital dalam pengawalan pemakanan pesakit dan
pengurusan sumber manusia iaitu doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-
pekerja jabatan dietari dan kerani dapat mengetahui maklumat-maklumat
yang dicapai antara satu sama lain.
v. Membangunkan suatu sistem yang fleksibel dan mudah digunakan oleh
pengguna kerana pengguna tidak perlu lagi menghantar maklumat
pemakanan pesakit ke pihak lain secara fizikal serta mengatasi masalah
kelalaian manusia dalam catatan dan penghantaran maklumat.
6
1.5 Skop Projek Skop projek adalah seperti di bawah:
i. Pembangunan sistem hanya akan melibatkan kajian tentang hospital pakar,
Hospital Pakar Puteri, Johor (Jabatan Dietari).
ii. Maklumat pemantauan pemakanan sistem ini boleh dicapai oleh pengguna
dengan menggunakan PDA ataupun melalui atas talian (Online).
iii. Sistem ini mempunyai enam aktor iaitu pentadbir sistem, doktor, jururawat,
pakar diet, pekerja jabatan dietari dan kerani. Doktor, jururawat dan pakar
diet boleh merekod dan menyemak maklumat pemantauan pemakanan harian.
Pentadbir sistem dan pekerja jabatan dietari pula hanya boleh menyemak
maklumat pemantauan pemakanan pesakit sahaja.
iv. Sistem ini menggunakan sistem pengurusan pangkalan data secara sepusat
bagi mengurus data-datanya.
v. Teknik keselamatan enkripsi digunakan bagi menyulitkan kata kunci
pengguna sistem.
1.6 Justifikasi Projek Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk mengkomputerkan pemantauan
pemakanan pesakit dalam persekitaran komputer yang lebih sistematik untuk
menggantikan cara konvensional seperti sistem penggunaan papan kenyataan dan
mencatat dalam buku rekod. Penggantian sistem baru ini adalah penting untuk
mengatasi masalah pengurusan maklumat pemantauan pemakanan yang
membebankan, memakan masa yang panjang, melibatkan tenaga manusia yang
ramai dan aspek keselamatan data yang rendah.
7
Oleh yang demikian, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat
menguruskan maklumat pemantauan pemakanan pesakit dengan lebih cekap lagi dan
berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelalaian manusia semasa mencatat dan
penghantaran maklumat berkaitan pemakanan. Selain itu, kos pengurusan maklumat
pemantauan pemakanan juga dapat dikurangkan berbanding dengan pengurusan
secara manual, iaitu diuruskan oleh tenaga manusia. Tambahan pula, sistem ini juga
mudah digunakan kerana setiap transaksi hanya akan mengambil masa beberapa saat
sahaja dan kebolehpercayaan sistem yang tinggi.
Kesimpulannya, Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital
berasaskan web dan PDA yang dibangunkan dijangka dapat melicinkan proses
pemantauan pemakanan pesakit di hospital supaya lebih efisien. Pembangunan
sistem ini juga dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pemakanan dan
pengurusan sumber manusia. Dengan itu, sistem ini dapat meningkatkan prestasi
pekerja serta merapatkan hubungan dan meninggikan tahap kerjasama antara
pekerja-pekerja di dalam hospital.