24
KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DALAM MENGENALPASTI PERMASALAHAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN. AHMAD SHAFIEE BIN SALAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

  • Upload
    others

  • View
    37

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4

DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DALAM MENGENALPASTI

PERMASALAHAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN.

AHMAD SHAFIEE BIN SALAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga
Page 3: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga
Page 4: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4

DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DALAM MENGENALPASTI

PERMASALAHAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN.

AHMAD SHAFIEE BIN SALAM

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kejuruteraan Awam

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 5: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga
Page 6: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Teristimewa buat bonda yang tersayang,

Hajjah Sapiah binti Haji Mahat

Segala jasa dan pengorbananmu yang telah mendidikku

sehingga menjadi manusia berguna tiada ternilai. Doa restu dari

mu membuatkan aku berjaya.

Buat isteri tersayang,

Hasimah binti Haji Mohd Noh

Segala pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, dorongan dan

galakan akan aku kenang sehingga akhir hayatku.

Buat puteri-puteri ku,

Aliah dan Athirah

Jadikan diri ayah sebagai pendorong untuk kalian berdua berjaya.

Insya Allah.

Page 7: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahnya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan bagi

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam) dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Penulis dengan penuh ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku penyelia di atas bimbingan,

sokongan, galakan, tunjuk ajar, nasihat, pandangan dan kritikan membina dalam usaha

untuk menyiapkan laporan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakam kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pengetua-pengetua, guru-guru

serta pelajar yang terlibat kerana memberi kerjasama kepada penulis untuk menjalankan

kajian di sekolah-sekolah yang berkenaan.

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih atas penghargaan kepada

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala jasa

kalian diberi ganjaran dari Allah S.W.T, Amin.

Page 8: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kognitif pelajar dalam mengatasi

masalah pembelajaran di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seramai 161 orang

pelajar di kalangan pelajar tingkatan 4 di dalam Daerah Rompin, Pahang telah dipilih

sebagai responden kajian. Pelajar yang dipilih adalah berdasarkan sampel kelompok atas

kelompok. Tahap kognitif dalam kajian ini memfokuskan pada tiga aras utama kognitif

iaitu Aras Pengetahuan, Aras Kefahaman dan Aras Aplikasi. Kajian ini menggunakan

kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran

Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga melibatkan pengumpulan dan

penganalisaan data berbentuk kuantitatif. Bantuan dari pakar bidang mata pelajaran yang

berkaitan digunakan untuk tujuan pengesahan bagi menjamin kebolehpercayaan dan

keesahan soal selidik yang dibuat. Data yang diperolehi di analisis dengan menggunakan

perisian SPSS (Statistical Package For Social Science, Versi 11.0). Hasil analisis

diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pelajar

berada tahap baik pada Aras Pengetahuan manakala tahap yang sederhana bagi Aras

Kefahaman dan Aras Aplikasi. Analisis terperinci yang terdapat di dalam kajian ini

secara langsung boleh mengenalpasti kelemahan-kelemahan tertentu pada setiap aras

yang dikaji. Secara keseluruhannya, dapatan di dalam kajian ini boleh membantu untuk

kajian lanjutan dan seterusnya mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar pada

masa akan datang.

Page 9: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

vi

ABSTRACT

The purpose of this thesis is to detect on student’s study level in Engineering

Drawing subject. One hundreds and sixty one form 4 students from Rompin District,

Pahang were chosen as the respondent in this thesis based on group. This thesis focused

on three cognitive levels which are knowledge, understanding and applications. There is

32 items in the questionnaire for the Orthographic and Isometric Drawing. This data has

been analyzed by using SPSS (Statistical Package for Social Science, Versi 11.0) and is

presented in frequencies and percentage. The questionaire have been submit to the expert

teachers of the subjects to make a veriqication of it. The result showed that student’s

knowledge is good while student’s understands and applications are average. The

analysis can overcome certain aspects. The overall this analysis can be used as a

reference on up coming analysis and perhaps it can improve the student’s level in future.

Page 10: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

BAB

PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN.

1.0 Pendahuluan. 1

1.1 Latar Belakang Masalah. 2

1.2 Penyataan Masalah. 5

1.3 Objektif Kajian. 6

1.4 Persoalan Kajian. 6

1.5 Kepentingan Kajian. 7

1.6 Batasan Kajian. 8

1.7 Definasi Terminologi . 9

Page 11: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

viii

BAB II

SOROTAN PENULISAN.

2.0 Pendahuluan. 11

2.1 Matlamat dan Objektif Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

12

2.2 Sukatan Mata Pelajaran Lukisan

Kejuruteraan

13

2.3 Proses Pembelajaran 14

2.4 Teori Perkembangan Kognitif 15

2.5 Tahap Kemahiran 16

2.6 Taksonomi Domain Kognitif Bloom 17

2.7 Masalah-Masalah Pembelajaran 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN.

3.0 Pengenalan. 31

3.1 Rekabentuk Kajian. 31

3.2 Populasi Kajian. 32

3.3 Sampel Kajian. 32

3.4 Instrumen Kajian. 33

3.5 Prosedur Kajian. 34

3.6 Perlaksanaan Pengumpulan Data 35

3.7 Kesahan Kandungan Soal Selidik 36

3.8 Kajian Rintis 36

3.9 Penganalisaan Data dan Penilaian 37

Page 12: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

ix

BAB IV

ANALISIS KAJIAN.

4.0 Pengenalan. 38

4.1 Penganalisaan Data 38

4.2 Analisis Bahagian A

Maklumat Latar Belakang Pelajar

4.3 Analisis Bahagian Pengetahuan

4.3.1 Analisis Tahap Aras Pengetahuan

Unjuran Ortografik

39

44

4.3.2 Analisis Tahap Aras Pengetahuan

Lukisan Isometri

4.4 Analisis Bahagian Kefahaman

4.4.1 Analisis Tahap Aras Kefahaman

Unjuran Ortografik

45

48

4.4.2 Analisis Tahap Aras Kefahaman

Lukisan Isometri

50

4.5 Analisis Bahagian Aplikasi

4.5.1 Analisis Tahap Aras Aplikasi

Unjuran Ortografik

52

4.5.2 Analisis Tahap Aras Aplikasi

Lukisan Isometri

55

4.6 Rumusan Analisis Data 57

4.7 Penutup 58

Page 13: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

x

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN.

5.0 Pengenalan. 59

5.1 Perbincangan 60

5.2 Tahap Aras Pengetahuan di bawah tajuk

Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri.

61

5.3 Tahap Aras Kefahaman di bawah tajuk

Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri.

62

5.4 Tahap Aras Aplikasi di bawah tajuk Unjuran

Ortografik dan Lukisan Isometri.

64

5.5 Rumusan 66

5.6 Cadangan-Cadangan. 67

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan. 69

RUJUKAN 70

Page 14: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis Keputusan SPM Bagi Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Peringkat Daerah Rompin,

Pahang ( 1999 – 2002 )

4

2.1 Jadual Senarai Tahap Kemahiran Tingkahlaku Pelajar 16

2.2 Jadual Taksonomi Domain Kognitif dan Aktiviti

Tingkahlaku (Alsagoff,1956)

17

3.1 Taburan Populasi Pelajar Di Daerah Rompin yang

mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

32

3.2 Taburan item soal selidik 33

3.3 Penilaian Berdasarkan Peratusan 37

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Sekolah 40

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 40

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Berdasarkan Markah

Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan / Ujian Terkini.

41

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Kekerapan Mengulangkaji

Dalam Seminggu

42

4.6 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Pengetahuan di bawah tajuk

Unjuran Ortografik

43

4.6 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Pengetahuan di bawah tajuk

Lukisan Isometri

45

4.7 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Kefahaman di bawah tajuk

Unjuran Ortografik

47

Page 15: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

xii

4.7 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Kefahaman di bawah tajuk

Lukisan Isometri

49

4.8 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk

Unjuran Ortografik

51

4.8 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk

Unjuran Ortografik (Lakaran Tanpa Skala) - Item 31

52

4.9 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk

Lukisan Isometri

54

4.9 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk

Lukisan Isometri (Skala Penuh) - Item 32

55

4.10 Jadual Rumusan Analisis Aras Pengetahuan 57

4.11 Jadual Rumusan Analisis Aras Kefahaman 57

4.12 Jadual Rumusan Analisis Aras Aplikasi 58

Page 16: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

xiii

SENARAI SINGKATAN

PPD : Pejabat Pendidikan Daerah

PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional

BPTV : Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LK : Lukisan Kejuruteran

MPE : Mata Pelajaran Elektif

IPT : Institusi Pengajian Tinggi

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS : Statistical Packages For Social Science

SMA : Sekolah Menengah Akademik

KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah

Page 17: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

xiv

LAMPIRAN

A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM

B Surat Kebenaran EPRD

C Surat Kebenaran JPN Pahang

D Borang Soal selidik

E Surat Pengesahan Pakar Bidang

F Hasil Analisis Data (SPSS)

Page 18: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

BAB 1

PENDAHULUAN.

1.0 Pengenalan.

Bagi umat Islam menuntut ilmu itu atau mempelajari sesuatu ilmu itu adalah fardu

ain dan wajib sama ada lelaki atau perempuan yang telah akil baligh. Sebenarnya terlalu

banyak darjat yang telah Allah janjikan kepada orang yang menuntut ilmu. Begitu maha

pengasih dan pemurahnya Allah untuk menggalakkan manusia berlumba-lumba menuntut

ilmu agar selamat di dunia dan akhirat.

Allah S.W.T mengangkat tinggi martabat para ilmuan disebabkan mereka berusaha

keras bagi mencungkil hakikat alam semesta sebagaimana Firman Allah:

Maksudnya: Dan Allah mengangkat martabat golongan yang beriman daripada

kalangan kamu dan juga golongan yang dikurniakan ilmu beberapa

darjat.

- Al Mujadalah: 11

Page 19: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

2

Untuk menuntut ilmu seseorang itu perlulah belajar, tanpa mengalami proses

pembelajaran ilmu tidak akan diperolehi serta dimanafaatkan. Bagi memudahkan proses

pembelajaran kita perlu tahu teknik-teknik belajar yang betul agar ilmu yang hendak

dituntut mudah serta senang diingati.

Mengikut pandangan pakar-pakar teori di dalam mentakrifkan pembelajaran ianya

mempunyai pelbagai pengertian. Kebanyakan pakar-pakar teori berpendapat bahawa

pembelajaran itu merupakan satu perubahan tingkahlaku yang boleh dilihat dan diukur.

Pembelajaran juga merupakan satu proses yang yang berkait rapat dengan perkembagan

konsep diri yang baik.

Menurut (Skinner, 1957) berpendapat bahawa perubahan kelakuan itulah

pembelajaran. Pakar-pakar teori yang lain juga berpendapat bahawa pembelajaran

berlaku akibat pengalaman yang dilalui. Pembelajaran ini kemudiannya menyebabkan

perubahan kelakuan seseorang ( Hergenhann, 1988 )

Proses pembelajaran masa kini lebih tertumpu ke arah pembelajaran berbentuk

kognitif. Prosesnya lebih tertumpu kepada proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dua jenis pembelajaran di dalam bilik darjah ialah pembelajaran isi kandungan mata

pelajaran dan proses pembelajaran. Proses pembelajaran berlaku apabila sesuatu

pengalaman belajar berubah kepada keseluruhannya termasuk pandangan pelajar itu

terhadap konsep dirinya ( Biggs, 1973 ).

1.1 Latarbelakang Masalah.

Sekolah Menengah Teknik adalah sekolah yang mengkhususkan bidang teknik

dan vokasional, iaitu seperti nama sekolah itu sendiri. Mereka yang memasuki aliran

teknik seharusnya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat IPT dalam

bidang teknikal dan kejuruteraan. Mereka juga mempunyai peluang yang amat cerah

Page 20: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

3

untuk menyambung pendidikan dalam bidang berkenaan sama ada di peringkat diploma

atau ijazah di IPTA seperti di UTM, UPM dan UITM selain beberapa buah politeknik

yang terdapat di Malaysia.

Bagi pelajar aliran teknik, mereka mempunyai dua mata pelajaran teknikal sekali

gus memberi kelebihan berbanding pelajar yang mana sekolahnya tidak menawarkan

mata pelajaran tersebut. Tambahan pula mata pelajaran elektif (MPE) ini memberi

banyak peluang untuk mereka memilih jurusan seperti seni bina. Oleh itu pelajar SMT

mempunyai kelebihan tersendiri di dalam bidangnya di samping tetap mempunyai

peluang yang sama di bidang sains dan teknologi lain ( Ibrahim Saad, 2003 )

Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Lukisan Kejuruteraan dan Kajian

Kejuruteraan. Secara tidak langsung ianya akan memberi saingan kepada pelajar yang

mengambilnya apabila ingin memasuki IPTA di bidang kejuruteraan. Ini adalah kerana

mata pelajaran seperti Lukisan Kejuruteraan bukan sahaja ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik (SMT) bahkan ia juga ada ditawarkan di sekolah menengah harian,

sekolah aliran agama malah Sekolah Menengah Sains (SMS).

Menurut Nor Fadila (1999), mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah mula

diperkenalkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992, diikuti di 29

buah Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1993 dan seterusnya di sebuah Sekolah

Menengah Sains (SMS) pada tahun 1995.

Memandangkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan begitu penting bagi pelajar

aliran teknik dan sekolah yang ada menawarkan mata pelajaran tersebut kepada pelajar

maka ianya telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji serta menyelidik tahap kognitif

pelajar khasnya dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini lebih menumpukan kepada tiga

tahap kognitif iaitu tahap pengetahuan, kefahaman dan aplikasi pelajar dalam

menyelesaikan masalah semasa menjawab soalan-soalan Lukisan Kejuruteraan.

Page 21: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

4

Ini bagi memastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran tersebut dalam

menyelesaikan masalah yang timbul apabila menjawab soalan di dalam peperiksaan yang

dihadiri.

Jadual 1.1 Analisis keputusan SPM bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

peringkat daerah Rompin, Pahang dari tahun 1999 hingga 2002. Analisis diperolehi

dari ( Unit Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Pahang ).

Pencapaian

1999 % 2000 % 2001 % 2002 %

1A– 2A

30 9.8 14 3.4 10 2.1 3 2.8

3C – 6C

156 51.1 151 36.2 183 38.5 169 39.1

7D – 8D

64 20.9 109 26.1 128 26.9 99 22.9

LULUS

250 82 274 65.7 321 67.6 280 64.8

Calon

305 471 475 432

Cemerlang : Meningkat 0.7 % Lulus : Menurun 2.8 %

Berdasarkan analisis yang telah diperolehi didapati bahawa peratusan lulus telah

menurun sebanyak 2.8 % iaitu perbandingan pada tahun 2002 dengan 2001 manakala

peratus kepujian hanya meningkat sebanyak 0.6 % iaitu pada pencapaian pelajar yang

memperolehi 3C – 6C. Penurunan yang ketara juga boleh dilihat apabila pencapaian

pelajar yang memperolehi 1A – 2A telah berkurangan dari 30 orang pelajar pada tahun

1999 ke 3 orang sahaja pada tahun 2002. Pada keseluruhan ianya menunjukkan

pencapaian pelajar kurang cemerlang bagi mata pelajaran ini jika dilihat dari sudut

peratusan pencapaian.

Page 22: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

5

1.2 Pernyataan Masalah.

Menurut Mercer & Mercer (1998), bagi kriteria kognitif, masalah pembelajaran

adalah disebabkan oleh faktor seperti kekurangan aspek kognitif, pencapaian akademik

yang rendah, masalah penumpuan, hiperaktif dan kekeliruan. Dalam memahami sesuatu

tajuk pelajaran gabungan peringkat domain kognitif itu penting dalam meningkatkan

keupayaan pelajar untuk menguasai tajuk itu dengan lebih mendalam. Menurut Rozainal

(2002) setiap pelajar harus memahami dengan jelas peringkat awal setiap topik baru pada

sessi pengajaran dan pembelajaran kerana ianya menjadi teras kepada pembelajaran yang

lebih kompleks bagi setiap topik.

Kajian ini tertumpu kepada peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi

seperti mana yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran KBSM Lukisan Kejuruteraan,

Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal,

Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah. Ini kerana jika pelajar tidak

mempunyai pengetahuan atau kefahaman yang mantap sudah pasti pelajar berkenaan

tidak mampu mengaplikasikan apa yang diterima semasa proses pengajaran pembelajaran

dijalankan.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan memerlukan daya imaginasi pelajar baik

bagi menggambarkan objek yang akan dihasilkan. Penguasaan pada peringkat asas

adalah penting kepada pelajar dalam mempelajari sesuatu topik di dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji tahap kognitif

pelajar tingkatan 4 di Daerah Rompin, Pahang yang mengambil mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan dalam mengenalpasti masalah semasa menjawab soalan bagi mata pelajaran

berkenaan.

Page 23: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

6

1.3 Objektif Kajian.

Pengkaji telah menetapkan tiga objektif penting di dalam kajian ini antaranya:

1.3.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi

menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk

a. Lukisan Ortografik

b. Lukisan Isometri

1.3.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi

menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk

a. Lukisan Ortografik

b. Lukisan Isometri

1.3.3 Mengenalpasti tahap aplikasi pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi

menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk

a. Lukisan Ortografik

b. Lukisan Isometri

1.4 Persoalan Kajian.

Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar di dalam membantu menyelesaikan masalah

semasa menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk

a. Lukisan Ortografik

b. Lukisan Isometri

Page 24: KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga

7

1.4.2 Apakah tahap kefahaman pelajar di dalam membantu menyelesaikan masalah

semasa menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk

a. Lukisan Ortografik

b. Lukisan Isometri

1.4.3 Apakah tahap aplikasi pelajar di dalam membantu menyelesaikan masalah

semasa menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk

a. Lukisan Ortografik

b. Lukisan Isometri