Upload
puspajelite
View
404
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Review Jurnal PPSMI - Metodologi
MELAKA LEARNING CENTRE, OPEN UNIVERSITY MALAYSIANO. 2,2-1, 2-2, JALAN KPAA3, KOMPLEKS PERNIAGAAN AL AZIM,
75150 BANDAR BUKIT BARU MELAKAMALAYSIA
MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGYHMEF5014
PUSPA BINTI ADAM
012 6936320
NO 19 , JALAN DP 7 , TAMAN DUYONG PERMAI , 75460 MELAKA
NAMA PENSYARAH :DR. AL MANSUR BIN ABU SAID
TAJUK :' REVIEW ' ARTIKEL PENGGUNAAN PERISIAN KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA DALAM KELAS PPSMI( 17 FEBRUARI 2013 )
1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1 Objektif kajian 1
2 Teori kajian 1
3 Konsep kajian 2
4 Perbincangan utama 2
5 Methodologi5.1 Konteks kajian-kajian5.2 Persempelan 5.3 Alat kajian5.4 Kajian rintis5.5 Prosedur kajian 5.6 Analisis data
2223344
6 Evidens kajian 5
7 Nilai implicit 5
8 Literatur kajian 5
9 Sumbangan kajian 5
10 Bahasa dan stail kajian 6
11 Rumusan kajian 7
12 Implikasi dapatan kajian, kelemahan dan penambahbaikan
8
13 Kajian akan datang dan hala tuju 10
14 Sumbangan artikel 11
Bibliografi
2
PENGGUNAAN PERISIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DALAM KELAS PPSMI
( Pemimpin Jurnal IPK , Malaysia , Jilid 7 , Maziah Mohammad , Sathiamoorthy (PhD) , 59 – 76 )
OBJEKTIF
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan perisian oleh
guru–guru PPSMI di dua buah sekolah luar bandar di negeri Johor. Tinjauan faktor-faktor
seperti kompetensi literasi komputer di kalangan guru-guru yang terlibat dengan PPSMI,
pengalaman mengajar guru-guru, faktor masa, penglibatan pihak pentadbiran dan masalah-
masalah lain yang dihadapi dalam penggunaan perisian di peringkat sekolah.
TEORI
Kajian ini menggunakan model teoritikal Bronson (1992) yang menggunakan kelebihan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini merupakan sebuah keadaan
pengajaran dan pembelajaran yang interaktif menggunakan teknologi sepenuhnya. Pelajar boleh
belajar terus dari pengkalan data, sistem pakar, tutor cerdas atau pelajar lain secara formal.
Rajah 1 : Model Ubahsuaian Bronson untuk penggunaan perisian dalam pengajaran.
3
Pengalaman mengajar
Faktor masa
Masalah - masalah
lain
Kompetensi literasi
komputer
Penglibatan pihak
pentadbiran
Penggunaan perisian dalam kelas
Pembelajaran murid
GURU
KONSEP
Konsep kajian ini adalah jelas iaitu guru dan teknologi seharusnya bergandingan, iaitu
teknologi sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan guru membuat perancangan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah suatu teori yang ideal (Heinich , 1993).
PERBINCANGAN
Perbincangan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap penggunaan perisian oleh
guru-guru PPSMI dan hubungannya dengan kompetensi literasi komputer, pengalaman
mengajar guru, faktor masa, penglibatan pentadbir dan masalah-masalah lain yang dihadapi
dalam pelaksanaannya di peringkat sekolah. Kajian ini tiada hipotesis spesifik yang
dibangunkan.
METHODOLOGI
Konteks kajian
Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Segamat,
Johor dan merupakan sekolah menengah gred A. Kumpulan sasaran adalah seramai 45 orang
guru PPSMI yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik ,
dan bahasa Inggeris.
Persampelan
Borang soal selidik dan pemilihan dibuat secara persampelan bersengaja. Seramai 45
orang guru-guru PPSMI terdiri daripada pelbagai kaum, kelayakan, umur dan pengalaman
mengajar telah mengisi borang soal selidik berkenaan.
4
Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang telah digubal oleh penyelidik melalui
pembacaan dan tinjauan literatur. Soal selidik terdiri daripada 5 bahagian yang mempunyai 45
item. Item-item dalam soal selidik meliputi aspek-aspek pengalaman mengajar responden,
kompetensi literasi komputer responden, faktor masa, penglibatan pihak pentadbir, masalah
yang dihadapi dan cadangan responden dalam penggunaan perisian di dalam kelas. Item-item
soal selidik adalah seperti jadual di bawah :
Jadual 1 : Item-item borang soal selidik
BIL ASPEK-ASPEK ITEM
1 Pengalaman mengajar A
2 Kompetensi literasi komputer B
3 Penglibatan pihak pentadbiranFaktor masaTahap penggunaan perisian
C
4 Faktor penghalang ( Faktor masa )
D
5 Masalah dan cadangan E
Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang guru di sebuah sekolah lain di daerah
Segamat untuk menilai kefahaman istilah yang digunakan, ketepatan ayat dan mengenal pasti
sebarang kekeliruan ketika menjawab soal selidik. Soal selidik juga telah disemak oleh
penyelia. Hasil daripada kajian rintis, pekali kebolehpercayaan bagi item A, B dan C telah
dikenal pasti. Pekali Kebolehpercayaan iaitu nilai bagi Cronbanch Alpha yang diperolehi
dengan menggunakan Statistical Package for Social Science ( SPSS ) version 13.0 ialah 0.71.
Nilai ini menunjukkan soal selidik adalah tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
5
Prosedur Kajian
Penyelidik telah memilih dua buah sekolah luar bandar di daerah Segamat, Johor
sebagai tempat kajian. Sebelum itu, kebenaran rasmi daripada pihak pengetua sekolah dan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Guru ( EPRD ) KPM telah diperolehi. Seterusnya,
satu tarikh di tetapkan untuk mengedarkan borang soal selidik kepada responden dan dikutip
semula pada hari yang sama selepas diisi oleh 45 orang guru yang terlibat dalam kajian ini.
Analisis data
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan semua data dikumpulkan dan dianalisis
dengan menggunakan SPSS versi 13.0. Peratusan, min, korelasi dan ANOVA satu hala
dijalankan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Pekali kolerasi Pearson, r digunakan untuk
melihat hubungan antara tahap penggunaan perisian dengan kompetensi literasi komputer,
pengalaman mengajar, faktor masa dan penglibatan pihak pentadbiran. ANOVA digunakan
bagi melihat perbezaan tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman guru.
Min keseluruhan bahagian A dan B iaitu pengalaman mengajar, kompetensi literasi
komputer, penglibatan pihak pentadbiran, tahap penggunaan perisian dan faktor masa
diperolehi dengan mencari purata skor item-item yang diwakilinya. Tujuh item dalam bahagian
C dibuat pengkodan semula iaitu daripada soalan berbentuk negatif kepada soalan berbentuk
positif. Dalam bahagian D, skor responden dipuratakan dan min bagi setiap item disusun
mengikut min yang terkecil hingga terbesar. Min terkecil menunjukkan faktor penghalang yang
paling utama dan sebaliknya min terbesar menunjukkan faktor penghalang masa yang paling
kurang utama. Masalah-masalah yang dihadapi guru (bahagaian E) disenaraikan dalam susunan
tertib mengikut peratusan yang paling banyak hingga peratusan yang paling rendah.
6
EVIDENS
Pengkaji menggunakan model Bronson bagi menggambarkan faktor-faktor yang
mempengaruhi tajuk perbincangan tanpa evidens. Kajian ini dibuat hanya berdasarkan hasil
pemantauan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) terhadap pencapaian murid dalam
mata pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris tidak begitu memberansangkan
berbanding usaha-usaha dan peruntukan besar yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan. Peratus
kelulusan pelajar tingkatan 1 dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut pada tahun 2004 adalah
antara 69.8% hingga 72.2% manakala mata pelajaran sains dan bahasa Inggeris menunjukkan
jurang perbezaan yang besar antara skor murid luar bandar dan skor murid di bandar.
NILAI IMPLICIT
Tiada nilai implicit diperolehi daripada kajian ini.
LITERATUR KAJIAN
Tiada
SUMBANGAN KAJIAN TERHADAP ILMU DALAM DISIPLIN BERKENAAN
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengambil langkah proaktif dengan
menyediakan pendidikan Sains dan Matematik pada peringkat awal yang akan dapat menjamin
sebuah masyarakat berpengetahuan serta mampu berdaya saing di arena antarabangsa. Ini
selaras dengan status bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Sejak pelaksanaannya pada tahun 2003, terdapat banyak kajian dibuat mengenai
PPSMI sama ada terhadap keberkesanan , kepentingan , kelemahan dan banyak lagi.
7
Hasil daripada kajian yang dibuat oleh pengkaji, banyak manfaat yang boleh diambil
dalam pelaksanaan PPSMI , contohnya pihak pentadbiran sekolah perlu menyediakan prasarana
yang baik untuk pelaksanaan PPSMI di sekolah. Begitu juga bagi pihak kementerian pelajaran
perlu merancang dan menyediakan program intervensi bagi guru-guru PPSMI.
BAHASA , STAIL DAN PEMBENTANGAN PENULIS.
Secara keseluruhannya, bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami, cuma
terdapat beberapa kekurangan daripada segi bahasa seperti berikut :
i. Penggunaan kata hubung yang salah contohnya penggunaan dari dan daripada,
contohnya di muka surat 7 baris kedua ' hasil dari kajian...' sepatutnya ' hasil daripada
kajian... '.
ii. Penggunaan huruf besar yang salah di beberapa perkataan seperti di Daerah Segamat ,
daerah sepatutnya huruf kecil.
iii. Terdapat ayat yang sukar difahami , contohnya di muka surat 4 dalam kerangka konsep
kajian ' ........ iaitu teknologi sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan guru
membuat perancangan dan perancang proses pengajaran dan pembelajaran ....'
Terdapat juga susunan penerangan yang tidak teratur , contohnya dalam menulis
mengenai 'alat kajian ' (muka surat 6), Jadual 2 sepatutnya ditulis mengikut susunan iatu A, B,
C, D dan E supaya mudah untuk dibaca dan difahami. Begitu juga di muka surat 7 ' Analisis
Data ', penerangan penulis tidak mengikut susunan menyebabkan terdapat kejanggalan apabila
bahagian C diletakkan di ayat terakhir, bukan bahagian E. Sementara di muka surat 8,
perhubungan di antara tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman guru diasingkan antara
8
dapatan kajian dan perbezaan. Sepatutnya kedua-dua perkara tersebut dijelaskan dalam
perenggan yang sama supaya mudah difahami.
RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan kajian, perhubungan di antara pengalaman mengajar guru dengan tahap
penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan majoriti responden ( 42.2%) adalah guru-
guru yang mengajar antara 0 – 5 tahun , 40.0% guru-guru mengajar lebih daripada 10 tahun
dan hanya 17.8% guru-guru yang berpengalaman mengajar antara 6 – 10 tahun. Hasil ANOVA
menunjukkan bahawa nilai F bagi ANOVA adalah 0.231 dan perbezaan ini tidaklah signifikan
( p>0.05)
Perhubungan di antara kompetensi literasi komputer guru dengan tahap penggunaan
perisian di dalam kelas menunjukkan pekali Korelasi, r = 0.133 bermakna terdapat hubungan
yang lemah di antara kompetensi literasi komputer dengan tahap penggunaan perisian.
Perhubungan di antara faktor masa dengan tahap penggunaan perisian di kalangan guru
pula menunjukkan pekali Kolerasi, r = - 0.204. Ini menunjukkan hubungan yang lemah di
antara faktor masa dengan tahap penggunaan perisian. Kolerasi yang negatif menunjukkan
penggunaan perisian akan bertambah seandainya situasi kekurangan masa dapat dikurangkan di
kalangan responden. Walaupun faktor masa mempunyai hubungan yang lemah namun masalah
utama dalam faktor kekangan masa yang menjadi penghalang terbesar adalah ' banyak masa
diperlukan untuk perancangan pelajaran menggunakan perisian di dalam kelas ' dengan min
sebanyak 3.22.
Perhubungan di antara penglibatan pihak pentadbiran sekolah dengan tahap penggunaan
perisian di dalam kelas menunjukkan pekali Kolersi, r = 0.195. Ini menunjukkan hubungan
9
antara keduanya adalah lemah. Walau bagaimana pun, kajian juga mendapati seramai 8.9 %
(4 orang) guru tidak pernah merujuk kepada pembantu teknikal sekolah, 55.6% (25 orang)
guru merujuk kepada pembantu teknikal sekolah dan selebihnya iaitu 35.5% (16 orang) guru
kerap merujuk kepada pembantu teknikal atau pakar komputer di sekolah.
Terdapat juga masalah-masalah lain yang dihadapi oleh guru-guru PPSMI dalam
penggunaan perisian di peringkat sekolah , masalah-masalah ini merujuk kepada jadual di
bawah :
Jadual 2 : Masalah-masalah lain dalam penggunaan perisian di dalam kelas.
Bil Masalah Frekuansi Peratus
1 Kandungan dan penyampaian perisian 34 75.6
2 Gangguan masa pengajaaran 16 35.4
3 Ketersediaan peralatan 12 26.7
4 Bekalan elektrik 11 24.4
5 Sokongan teknikal 8 17.8
6 Penyediaan tempat/kelas 6 13.3
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN , KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN.
Berdasarkan kajian , semua faktor yang dikemukakan oleh penulis berkaitan dengan
tajuk kajian mempunyai hubungan yang lemah. Contohnya :
Perhubungan di antara kompetensi literasi komputer dengan tahap penggunaan
perisian di dapati mempunyai hubungan yang positif tetapi lemah (pekali
Korelasi, r = 0.133)
Perbezaan tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman mengajar adalah
tidak signifikan ( p > 0.05 ).
10
Perhubungan faktor masa dengan tahap penggunaan perisian mempunyai
hubungan yang lemah ( pekali Kolerasi, r = - 0.204 )
Perhubungan di antara penglibatan pihak pentadbiran sekolah dengan tahap
penggunaan perisian di dalam kelas juga mempunyai kolerasi yang lemah tetapi
positif ( pekali Kolersi, r = 0.195 )
Sehubungan dengan perkara di atas , jelaslah bahawa tiada faktor yang dikemukakan
oleh penulis memberi impak yang kuat kepada tajuk kajian. Ini menunjukkan tahap penggunaan
perisian di dalam kelas masih boleh dilaksanakan dengan baik tetapi memerlukan perhatian dan
sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan dasar kerajaan ini. Peneraju utama adalah
guru sendiri , menurut Norbi (2011), guru yang cemerlang akan membantu sekolah mencapai
visi dan misi sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan
menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Terdapat beberapa kelemahan daripada aspek penulisan , bahasa , penyusunan ayat dan
kelemahan dari aspek turutan penyampaian isi. Menurut Ahmad Khair (2012) , kesalahan
bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah
ditetapkan. Hal ini berlaku kerana kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap
peraturan dan tatbahasa yang ada. Artikel ini boleh ditambahbaik dengan menggunakan kaedah
tatabahasa yang betul menurut DBP , penyampaian dan susunan idea yang sistematik untuk
memudahkan artikel difahami.
Penulis juga perlu mengemukakan evidens yang kukuh sebelum meletakkan semua
faktor di dalam kajian , dengan bukti yang kukuh perhubungan antara pelaksanaan perisian di
dalam kelas dengan faktor-faktor yang dikemukakan akan lebih kuat . Kajian ini juga tidak
terdapat literatur kajian .
11
FOKUS KAJIAN AKAN DATANG , HALA TUJU KAJIAN AKAN DATANG DAN
BAGAIMANA ILMU ITU BOLEH DIKEMBANGKAN.
Penulis boleh mengembangkan dapatan kajiannya melalui kajian akan datang. Fokus
kajian boleh merujuk kepada prestasi pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik secara berkala. Menurut Habibah et.al (2005) 'the results of this study show that the
achievement in English at the SPM level is everage'. Persoalannya dengan pencapaian bahasa
Inggeris yang sederhana mampukah pelajar-pelajar memahami Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris?
Selain itu, kajian tentang peranan ' buddy system ' iaitu peranan guru-guru bahasa
Inggeris dalam pelaksanaan PPSMI di sekolah , sejauh mana peranan ' guru-guru mentor ' ini
menyumbang kepada prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Istilah 'mentoring dan coaching' sering digunakan dalam situasi yang saling berkait rapat
dengan tugas membimbing sesuatu kemahiran (Salhah, 2005). Guru-guru bahasa Inggeris juga
perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar ini.
Hala tuju kajian akan datang perlu ke arah implikasi kepada lepasan pelajar dasar
PPSMI ini di dalam dunia pendidikan global dan seterusnya ke arah dunia kerjaya yang
mencabar. Jumlah perbelanjaan negara di Malaysia ini meningkat setiap tahun disebabkan
kerajaan mengeluarkan sejumlah peruntukan yang besar kepada sektor pendidikan
(Shahril,2005). Sehubungan dengan itu, kos yang besar bagi melaksanakan dasar PPSMI ini
perlu mendapat pulangan yang sepadan dengan pelaburannya. Tambahan pula tujuan utama
PPSMI ini diperkenalkan adalah untuk menjamin masyarakat berpengetahuan serta mampu
bersaing di arena antarabangsa.
12
SUMBANGAN DAN KEPENTINGAN ARTIKEL KEPADA PERKEMBANGAN ILMU.
Kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah untuk merancang program-
program intervensi yang sesuai bagi menjamin pelaksanaan dasar PPSMI ini dapat berjalan
dengan lancar. Menurut Philip (2006) kejayaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya
terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, teknologi dan kemudahan prasarana yang
dibekalkan. Kebijaksanaan, semangat kesungguhan dan iltizam yang tinggi guru-guru amat
diperlukan bagi menjamin pelaksanaan dasar PPSMI ini berjaya mencapai matlamat yang telah
ditentukan. Ditambah pula dengan peranan guru-guru pakar dewasa ini. Guru pakar ialah
golongan profesional yang mewujudkan kuasa dalam diri mereka sendiri (Mohd. Fauzi ,2005).
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan
Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang
hangat semenjak dilaksanakan pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 , dasar ini telah
dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri
Pelajaran Tan Sri Muhyidin bin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Menurut Jamilah dan Norashimah (2005), penglibatan guru dalam proses pembuatan
keputusan terutamanya dalam pengurusan kurikulum sekolah bermakna kepakaran mereka
sebagai pelaksana kurikulum akan dimanfaatkan. Guru sebagai pelaksana juga perlu diberi
peluang menjadi pembuat dasar pendidikan,i ni akan membantu sesuatu dasar itu berjaya
dengan lebih cemerlang.
13
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia
hendaklah yakin bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu berperanan sebagai pengantar ilmu
pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu seperti ilmu sains teknologi, kejuruteraan,
kedoktoran dan undang-undang di samping sastera dan agama (Siti Kahiriah,2012).
Pemansukhan dasar PPSMI diharap dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.
Kajian semula pendidikan sedang hebat dijalankan oleh pihak kerajaan bagi
merancakkan transformasi pendidikan negara. Sehubungan dengan itu , Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada tahun 2012. Pelaksanaan selama 13 tahun
bermuala 2013 hingga 2026 untuk menjamin pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa
(Mohd. Nasiruddin,2012). Oleh yang demikian, kajian-kajian pendidikan amat diperlukan
dalam merealisasikan matlamat ini termasuklah kajian ini yang amat penting bagi bidang
pendidikan pada masa tersebut.
14
BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair Mohd. Nor.(2012,September). Kesalahan dalam bahasa Melayu.Pelita Bahasa.
Utusan Printcorp Sdn. Bhd. DBP. 16-17
Habibah Elias , Zaidatol Akmaliah Lope Pilie , Rahil Mahyuddin. (2005). Competencies
needed by teacher – implications for best teaching practies. Universiti Putra Malaysia
Press. 20-21.
Heinich, R. (1993). Instruction media and new technologiesof intruction. New York. Macmillan
Publishing Co.
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Penerbit Universiti Putra Malaysia.205.
Mohd. Nasiruddin Abd. Nasil.(Ogos,2012). Merancakkan transformasi pendidikan negara.
Kajian semula pendidikan. Dawama sdn. Bhd. Dewan Masyarakat.8-10
Norbi Husin. (2011). Memecah masalah ( soal jawab guru ). Utusan publications & distribution
Sdn. Bhd.13.
Salhah Abdullah & Ainon Mohd. , 2005 , Guru sebagai mentor, Percetakan Zafar Sdn. Bhd. ,5–
7.
Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Mengurus dan membiayai pendidikan di Malaysia. PTS
professional publishing Sdn. Bhd. 28 – 32.
Siti Khairiah Mohd. Zubir .(2012,Ogos). Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Pelita Bahasa.Utusan Printcorp Sdn. Bhd. DBP.12.
Rosie Turner – Bisset. Expert teaching knowledge and pedogogy to lead the profession. David
Falton publisher ltd. ormond house. United Kingdom.26 – 27.
Philip ak Pupur.(2006). Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006. Jilid 1/ Kerjasama IPBL
dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak. laman sesawang :
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2006/10%20Philip.pdf
15