41
LMK 2013: Moral Dari Perspektif Agama Ahli-ahli Kumpulan : 1) Noor Asiah Bt Abd Halim (D20091035566) 2) Norazianti Bt Mustapa (D20091035549) 3) Nor Emelia Bt Mohtar (D20091035558) 4) Noor Husniyah Bt Alliyas (D20091035494)

Power point perspektif agama (soalan 8)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Power point perspektif agama (soalan 8)

LMK 2013: Moral Dari Perspektif AgamaAhli-ahli Kumpulan :

1) Noor Asiah Bt Abd Halim (D20091035566)

2) Norazianti Bt Mustapa (D20091035549)

3) Nor Emelia Bt Mohtar (D20091035558)

4) Noor Husniyah Bt Alliyas (D20091035494)

Page 2: Power point perspektif agama (soalan 8)

TUGASAN BERKUMPULAN……

Soalan 8:Nilai-nilai moral masyarakat peribumi Sabah & Sarawak dan analisis pengamalan

dalam kehidupan bermoral.

Page 3: Power point perspektif agama (soalan 8)

PENGENALAN Hanya dua kaum sahaja yang difokuskan iaitu

Kaum Bajau dan Kaum Lun Bawang atau lebih dikenali juga sebagai Kaum Murut.

Segala kepercayaan, adat dan pantang larang yang mereka amalkan ini mempunyai nilai moralnya yang tersendiri apabila dikaji dari sudut pandangan moral.

Akhirnya, segala yang mereka amalkan ini telah menjadi sebati dalam diri setiap masyarakat ini dan akhirnya telah menjadikan kehidupan yang mereka lalui itu lebih baik, teratur dan sistematik.

Page 4: Power point perspektif agama (soalan 8)

LATAR BELAKANG KAUM…….(1) KAUM

BAJAU…… Kaum Bajau merupakan masyarakat pribumi

yang menetap di Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah sejak beratus tahun dahulu.

Kaum Bajau terbahagi kepada suku-suku kecil seperti Ilanun dan Sulu.

Mereka bekerja sebagai nelayan, bercucuk tanam, pesawah, penternak, penyelam dan penunggang kuda yang mahir.

Page 5: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….. Kaum Bajau terdapat di Putatan, Tuaran, Kota

Belud dan Papar di kawasan Pantai Barat dan Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau di bahagian timur Pantai Timur Sabah.

Mereka mengamalkan adat dan tradisi yang berbeza mengikut kawasan petempatan.

Adat utama kaum bajau lebih kepada adat perkahwinan, kelahiran, kematian dan adat semasa mengandung & melahirkan anak.

Page 6: Power point perspektif agama (soalan 8)

….(2) Kaum Lun Bawang…. Kaum Lun Bawang adalah satu masyarakat yang

dahulunya dikenali sebagai kaum Murut. Tinggal di bahagian Limbang iaitu di Daerah Lawas. Menurut Langub, John (1987) menyatakan bahawa

kaum Lun Adang atau Orang Adang adalah kumpulan Lun Bawang yang terawal berpindah ke Sungai Limbang.

Menurut Kahti Galis (1990) ada menyatakan bahawa telah datangnya kaum Bisaya dan juga kaum Iban membina petempatan di situ. Kedatangan kaum Bisaya dan Iban ini telah menyebabkan masyarakat Lun Bawang di Limbang terpaksa berkongsi kawasan dengan mereka.

Page 7: Power point perspektif agama (soalan 8)

ADAT KAUM BAJAU….Adat Perkahwinan…..• Dapat melengkapkan kehidupan sesorang.• Memenuhi keperluan jantina mereka dengan sah, di

samping dapat melahirkan zuriat yang akan menjadi sumber pendapatan apabila mereka tua kelak.

• Bagi anak muda, perkahwinan merupakan anak kunci kedewasaan.

• Sebagai suami atau isteri, mereka akan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.

• Apabila telah berkahwin, mereka dibenarkan untuk turut serta dalam perbincangan atau sebarang kegiatan kaum kerabat dewasa yang lain.

Page 8: Power point perspektif agama (soalan 8)

Proses-proses Sebelum Perkahwinan….Pemilihan Jodoh…

Jodoh ditentukan oleh ibu bapa. Anak–anak tidak diberi peluang untuk memilih

jodoh. Selalunya jodoh berasal dari kaum kerabat

sendiri. Perkahwinan cara ini dikenali sebagai

endogamous. Walaupun tiada larangan untuk berkahwin dengan

orang luar, namun kaum Bajau ini lebih memilih untuk berkahwin dengan kaum kerabat sendiri.

Page 9: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….• Antara sebab–sebab berlakunya

perkahwinan endogamous adalah kerana kedudukan Pulau Omadal yang terpencil yang menghalang pergaulan dengan masyarakat dari kawasan lain.

• Moralnya: MEMENTINGKAN IKATAN KEKERABATAN

• Persamaan bangsa dan tempat tinggal semasa memilih menantu.

• Pasangan tersebut dapat tinggal dengan mereka setelah berkahwin nanti.

• Mengeratkan hubungan kekerabatan.• Menjaga harta benda mereka.

Page 10: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Pinangan Secara Sulit…• Sebelum pinangan rasmi, terdapat pinangan secara sulit

• Ibu bapa pihak lelaki akan berjumpa pihak gadis untuk mengetahui sama ada pinangan mereka diterima atau tidak.

• Biasanya setiap pinangan yang datang akan diterima oleh pihak perempuan.

• Kaum Bajau terkenal dengan ubat guna–guna atau Ilmu Hitam.

• Ibu bapa bimbang jika menolak pinangan yang dibuat, anak mereka akan terkena Ilmu Hitam yang dikenali sebagai Ilmu Pugai.

• Ilmu tersebut dapat mengganggu ketenteraman dan kewarasan fikiran anak gadis.

Page 11: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Pinangan Rasmi…• Dibuat di rumah datuk perempuan.

• Tempoh pertunangan di anggap penting sebagai masa untuk berkenalan antara pasangan tesebut dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

• Tujuannya setelah berkahwin tidak berlaku sebarang kesulitan kerana sudah berkenalan.

• Semasa bertunang juga mereka dilatih dengan beberapa tanggungjawab untuk persediaan menghadapi hidup berkeluarga.

• Tujuannya supaya pasangan tersebut dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai suami isteri dan membiasakan diri dengan tanggungjawab baru.

Page 12: Power point perspektif agama (soalan 8)

Proses-proses Semasa Perkahwinan…Penghantaran Isi Rumah…

Sekiranya pertunangan berjalan dengan baik akan ditetapkan hari Penghantaran Isi Rumah dan hari perkahwinan. Kedua-dua pihak akan berunding untuk berbincang tarikh yang sesuai.

Mereka akan mengelakkan hari Ahad dan Rabu kerana mengikut kepercayaan, jika berkahwin pada hari tersebut pengantin akan jatuh sakit dan tidak mendapat rezeki yang baik.

Biasanya hari ke-14 dan 15 mengikut Kalendar Islam akan dipilih kerana pada masa tersebut cahaya bulan terang dan dapat mengurangkan penggunaan cahaya lampu.

Page 13: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….. “Isi perkahwinan merupakan barang yang perlu

diberikan pihak lelaki kepada pihak perempuan sebelum sesuatu perkahwinan dapat dilangsungkan dan tidak boleh dibuat sebarangan”.

Segala tuntutan yang dibuat oleh pihak perempuan harus dipenuhi pihak.

Isi kahwin yang diterima oleh pengantin perempuan harus sama dengan isi kahwin yang telah diterima sejak turun-temurun oleh nenek moyang pengantin perempuan itu, baik dari segi nilai mahupun jenisnya.

Page 14: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Upacara Akad Nikah…• Sama seperti Upacara Akad Nikah menurut

Islam.• Setelah Upacara Akad Nikah selesai,

pengantin lelaki akan diarak ke rumah pengantin perempuan untuk bersanding.

• Biasanya pengantin lelaki akan didukung di atas bahu seorang kerabat lelakinya ketika diarak.

• Menurut kepercayaan kaum Bajau, pengantin tidak boleh memijak tanah selepas 3 hari selepas akad nikah. Jika memijak tanah mereka dipercayai akan ditimpa bahaya.

Page 15: Power point perspektif agama (soalan 8)

PANTANG LARANG…Semasa Hamil …

• Tidak Dibenarkan berjalan malam, kerana selalu diintai iblis yang akan mengancam keselamatan ibu dan anak. Jika berjalan malam, si ibu perlu memegang senjata besi, misalnya pisau dipercayai dapat menakutkan iblis.

• Ketika tidur malam pula, ibu yang hamil tidak boleh memakai pakaian walaupun pakaian dalam. Dia hanya boleh memakai kain sarung semasa tidur supaya anak dalam kandungannya selamat.

• Selain itu, ibu hamil juga tidak boleh mandi atau minum dengan air hujan yang jatuh terus dari bumbung rumah tetapi jika air tersebut berada dalam tangki dibenarkan menggunakannya.

Page 16: Power point perspektif agama (soalan 8)

...Semasa Melahirkan Anak… Apabila sudah sampai masanya untuk melahirkan

anak, bidan akan dipanggil dan persediaan harus segera dibuat oleh suami dan ahli keluarga.

Mereka perlu menyediakan air dan kain bersih, sebiji tempurung, sedikit benang, gula dan garam, sebatang lilin. Segantang beras, emas, cincin, ubat ubatan untuk ibu, kuih muih untuk para pelawat, dan lain-lain lagi.

Adakalanya diletakkan barang tajam seperti parang dipercayai dapat menjauhkan gangguan iblis terhadap ibu dan bayi

Page 17: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Lepas Bersalin…• Percaya si ibu tidak lagi terlepas daripada bahaya selagi usia

anak tidak mencapai 44 hari.

• Kedua belah kaki si ibu tidak boleh terhantuk kerana dikuatiri jika terhantuk dia akan mati.Oleh itu, kaki si ibu akan diikat dengan kain jalur ataupun benang hitam.

• Si ibu juga harus berpantang dalam makan dan minumnya.

• Selepas tujuh hari kelahiran bayi, si ibu tidak boleh minum air biasa. Dan yang dibenarkan adalah meminum air ubat daripada ramuan akar kayu.

• Malah si ibu juga di haruskan memakai kain sarung yang gelap biasanya berwarna hitam. Ini kerana warna terang dibimbangi akan merosakkan mata bayi dan jika memakai kain sarung berwarna gelap, darah kotor si ibu tidak akan dilihat dengan jelas.

Page 18: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Pemberian Nama… Dinamakan oleh bapanya sendiri. Kadang kala nama anak diambil sempena nama

nenek moyang yang telah meninggal dunia. Ibu bapa kanak–kanak harus meminta izin di kubur

nenek moyang tersebut. Harus mengadakan kenduri kecil seperti kenduri

arwah dan menyediakan beberapa piring nasi kunyit dan kuih payam. Makanan ini akan disembahkan kepada nenek moyang di rumah.

Seseorang akan membaca doa dan barulah makanan tersebut boleh dimakan oleh tetamu.

Page 19: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….• Sebelum memberikan nama kepada anak, nama

yang dipilih itu akan diuji dahulu.• Orang yang diminta memberi nama kepada anak

akan menulis nama yang dipilih itu di atas sekeping kertas dan akan diselitkan di bawah bantal bayi tanpa pengetahuan ibu.

• Jika anak tidak mengalami sebarang masalah atau berkeadaan biasa sahaja bermakna nama tersebut sesuai.

• Jika anak menangis maka nama lain harus dicari.

Page 20: Power point perspektif agama (soalan 8)

ADAT KEMATIAN• Bagi mereka kematian merupakan perkara yang

menyedihkan dan menakutkan. • Mereka sedih kerana ahli keluarganya sudah

pergi.• Mereka takut kerana membayangkan kehidupan

selepas mati yang tidak diketahui. • Mereka juga mempercayai kehidupan selepas

mati. Si mati akan ditanam bersama barang kerana mereka percaya barang-barang itu ada kegunaannya.

Page 21: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….. Mereka percaya jika semasa hidup di dunia si

mati banyak beribadat dan seorang yang baik akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Prosesmemandikan, mengkafankan, pengkebumian perlu dilakukan dengan teliti.

Supaya ahli keluarga tidak diganggu oleh roh si mati kerana di alam sana, si mati tidak tenang.

Jika ada yang mengutuk, menghina @ mengkeji akn diganggu oleh roh si mati.

Page 22: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Kafan… Tubuh si mati akan di sapu dengan sejenis serbuk

yang wangi iaitu serbuk yang di parut dari pokok cendana (senjanak). Kapas digunakan untuk menutup serbuk itu.

Lapisan pertama: Baju, seluar dan kain kafan dipakaikan pada badan si amti. Kedua-dua tangan diletakkan di dada. Jari telunjuk tangan kiri memegang jarum dan sejengkal benang putih sebagai bekalan menuju akhirat.

Page 23: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Pengkebumiaan… Si mati akan diletakkan dirumah sekurang-

kurangnya selama 2 hari kerana menunggu saudara-mara utk membuat perhormatan terakhir kepada si mati. Tetapi keadaan ini jarang berlaku.

Ibu bapa, isteri @ nenek tidak dibenarkan ikut ke tanah perkuburan.

Ahli kelaurga bertudung putih dan berjalan ulang-alik sebanyak 3 kali dibawah keranda.

Keranda ditutupi dengan kain sarung dan dipayungi.

Page 24: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb…. Kenduri diadakan supaya roh si mati tidak

merayau-rayau meminta makanan. Amalan ngenduang @ mendulang : Di mana

golongan perempuan membawa dulang yang berisi makanan ke rumah si mati.

Dulang itu akan ditukarkan dengan gol perempuan lain iaitu sebagai tanda si mati bersedekah.

Pengkelompokan kubur si mati dan ahli keluarga lain yang sudah mati karana mengeratkan hubungan.

Batu nisan bulat (lelaki) dan leper (perempuan)

Page 25: Power point perspektif agama (soalan 8)

ADAT KAUM LUN BAWANGAdat Perkahwinan

Proses Sebelum Perkahwinan…Adat Pilih Pasangan…

Terdapt pengaruh ibu bapa dalam tentukan perkahwinan anak-anak.

Remaja lelaki & permpuan telah dibiasakan dengan tanggungjawab tertentu seperti mengerjakan kerja-kerja rumah. Cth : Angkat kayu api, brburu, buat pondok.

Bagi perempuan pula. Cth : memasak, mengemas, menganyam dan lain-lain.

Diharapkan apabila berkahwin mereka dapat berdikari. Oleh itu, di sini terdapatnya NILAI BERDIKARI.

Page 26: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….. Ibu bapa mempunyai kata putus dalam soal

pertunangan & perkahwinan anak-anak. Terdapat perkahwinan yang dirancang sejak anak-anak kecil lagi oleh ibu bapa.

Terdapat NILAI MORAL HORMAT & TAAT kepada anggota keluarga .

Ibu bapa sangat berpengaruh & patut dihormati kerana banyak berjasa kepada kita.

Page 27: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Adat Rundingan… Rundingan mengenai mas perkahwinan & purut

& bukan purud. Sistem purut diamalkan untuk elakkan perceraian.

Jika berlaku juga, isteri tidak akan membayar ganti rugi jika suami meninggalkan isteri, tetapi suami akan membayar ganti rugi kepada isteri .

Jika isteri tinggalkan suami ,isteri akan memulangkan sebahagian purut yang diberikan oleh suami.

Page 28: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb… Nilai moral yg didapati ialah

BERTANGGUNGJAWAB. Suami &isteri perlu menjalankan tanggungjawab

masing-masing walaupun sudah bercerai.

Page 29: Power point perspektif agama (soalan 8)

Kepercayaan Animisme Dalam Adat Perkahwinan

Banyak kepercayaan Animisme diamalkan sebelum & selepas perkahwinan: Cth : Apabila rundingan sedang diadakan dan akan terdengar sebuah pokok tumbang atau dahan gugur rundingan tersebut akan dihentikan.

Kepercayaan ngelei sinapang ataupun lepaskan tembakan ke udara. Jika senapang meletup, maka bererti perkahwinan boleh diteruskan.

Tindakan ini disebut neteng sinapang atau untuk memanggil keputusan senapang.

Page 30: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb…

Nilai moral yang terdapat dalam kepercayaan Animisme ini ialah MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN.

Kepercayaan Animisme ialah kepercayaan turun-temurun terdapat masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan ini lagi.

Page 31: Power point perspektif agama (soalan 8)

…Adat Bertunang…

• Tempoh Masa Petuduk atau Bertunang tidak ditetapkan tetapi bergantung pada keupayaan kedua-dua pihak keluarga mengadakan upacara irau aweh dan penutup (upacara bersanding).

• Dalam tempoh masa bertunang, kedua-dua bakal pasangan itu dapat mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat lagi.

Page 32: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb….

Semasa si lelaki tinggal di rumah bakal isterinya, dia akan membawa rakan-rakannya untuk melakukan kerja seperti mengambil kayu api untuk keluarga itu. manakala si perempuan akan berbuat seperti itu juga tetapi bagi perempuan dia akan membawa rakan-rakannya mengambil daun atau menumbuk padi

Nilai moral yg didapati MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN .

Page 33: Power point perspektif agama (soalan 8)

Proses Semasa Adat Perkahwinan Persediaan pada hari berlengsungnya

perkahwinan. Mengikut tradisi perayaan dan upacara

perkahwinan akan dilangsungkan di rumah panjang pengantin perempuan kerana selepas upacara itu si isteri akan mengikut suaminya pulang.

Dalam semua peringkat upacara perkahwinan semua orang akan merelakan diri untuk bekerja dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan ini.

Page 34: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb…

Nilai moral yg didapai ialah BEKERJASAMA antara sesama jiran di mana kaum Lun Bawang masih mengamalkan sikap bantu-membantu semasa majlis perkahwinan dijalankan.

Keadaan ini dapat menunjukkan betapa rapat dan akrabnya pertalian antara mereka.

Page 35: Power point perspektif agama (soalan 8)

ADAT PERKAHWINAN SELEPAS PELUK KRISTIAN

Setelah menganut agama Kristian, kaum Lun Bawang telah membuat banyak perubahan dalam adat perkahwinan masyarakatnya. Kesemua pantang larang dan kepercayaan yang berkaitan dengan Anismisme yang telah diwariskan sejak turun-temurun tidak lagi ditiadakan dan diganti dengan upacara-upacara Kristian.

Segala penghalang yang ditakuti dahulu tidak lagi boleh menjejaskan acara perkahwinan atau pertunangan yang akan mereka langsungkan.

Page 36: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb…..

Nilai moral yg didapati ialah KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.

Mereka mula menghapuskan amalan Animisme dan digantikan dengan ajaran Kristian yang logik akal.

Tetapi tidak dapat disangkal, terdapat juga sesetengah masyarakatnya masih mengamalkan amalan Animisme dalam kehidupan harian mereka.

Page 37: Power point perspektif agama (soalan 8)

ADAT KEMATIAN Adat Kematian yang mereka amalkan lebih kepada

kepercayaan bahawa kematian seseorang itu dianggap sebagai perpindahan dari alam dunia kepada alam yang baru.

Terbahagi kepada 2 :1) Adat Kematian Biasa- Kumpulan tido akan terlibat dalam upacara kematian ini. Mereka akan memperkatakan segala budi baik si mati semasa hayatnya melalui tangisan dan kesedihan.

- bawa NILAI HARGA DIRI

Page 38: Power point perspektif agama (soalan 8)

Samb…..2)Adat Kematian Wanita Hamil

- Si suami akan menguburkan isterinya itu di suatu tempat secara sendiri dan tidak boleh dibantu oleh orang lain.

- Orang lain hanya boleh meletakkan makanan di tempat yang telah dikhaskan untuk kubur si isteri itu tetapi dilarang sama sekali menolong si suami itu semasa perkebumian.

- Dikaitkan dengan NILAI TANGGUNGJAWAB iaitu dari aspek tanggungjawab suami terhadap isterinya.

Page 39: Power point perspektif agama (soalan 8)

KEPERCAYAAN ANIMISME Kepercayaan Animisme adalah satu kepercayaan

bahawa kuasa-kuasa ghaib turut terlibat dalam kegiatan harian satu-satu masyarakat itu.

CTH : Apabila mereka menjumpai satu kawasan yang sesuai untuk petempatan, mereka akan memulakan upacara untuk memanggil seekor burung yang dikenali sebagai Mengei.

Jika burung itu terbang ke arah kiri dan akan kembali semula ke tempat ia mula-mula kelihatan akan memberi gambaran bahawa kuasa-kuasa ghaib tidak menyetujui rancangan mereka untuk mendirikan rumah panjang di situ.

Amalan ini membawa NILAI MENGEKALKAN TRADISI .

Page 40: Power point perspektif agama (soalan 8)

PANTANG LARANG Bagi mereka pantang larang itu penting bagi

mengelakkan mereka dari ditimpa sebarang musibah yang tidak diingini.

Antara pantang larangnya :1) Dilarang Membazir Makanan

- Menerapkan NILAI KESEDERHANAAN2) Dilarang Mentertawakan Makhluk-Makhluk Lain

- Menerapkan NILAI KASIH SAYANG3) Dilarang Mentertawakan Orang Yang Lebih Tua

- Menerapkan NILAI HORMAT

Page 41: Power point perspektif agama (soalan 8)

KESIMPULAN Adat-adat yang diamalkan oleh kaum Bajau

dan Kaum Lun Bawang kesemuanya bertujuan untuk kesejahteraan dan keselamatan masyarakatnya.

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa setiap adat, pantang larang dan kepercayaan mereka ini mempunyai nilai-nilai moralnya yang tersendiri dan unik.

Jika diamati juga, setiap apa yang mereka lakukan ini baik dan mempunyai nilai moral yang tinggi dalam kehidupan mereka seharian.