Nilai Murni Dari Perspektif Agama-Agama Taoisme Dan Confucianisme

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nilai murni

Citation preview

Nilai murni dari perspektif agama-agama Taoisme dan Confucianisme

Nilai murni dari perspektif agama-agama Confucianisme dan TaoismePengenalanSetiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama bermaksud "segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu". Agama mempunyai kaitan yang rapat dengan ajaran. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta kebaikan.

Agama Confucianisme - diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung. - Ianya merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain dan hidup sebagai anggota masyarakat. - Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama. - Beliau menegasakan bahawa seseorang individu boleh menjadi masyarakat yang sempurna dari segi tingkah laku dan kelakuan jika dia memprakitkan jalan-jalan yang murni. LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YURen atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap semua orang. Shu yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain. Chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain. Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, peraturan dan tingkah laku seseorang.

Yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu danmotif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya. Ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya-upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. Xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku.

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga mementingkan penyembahan kepada nenek moyang.

Taoisme - Ianya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. - Diasaskan oleh Lao Tze (575-485 S.M) - Buku karangan Lao Tze iaitu Tao Te Ching yang bermakna Jalan dan Kekuasaan.4 konsep penting:Tao melahirkan yang Satu (tindakan natural & bukan mengikut sesuatu arahan bahasa.) Yang Satu melahirkan Yang Dua (ying dan yang) Yang Dua melahirkan Yang Tiga (syurga, bumi , manusia)Yang Tiga melahirkan semua makhluk (melahirkan segala benda dan mahkluk dalam alam semesta. Pencapaian Tao tertinggi) Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. - Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yg bermaksud cara bukan tindakan. Ia bermaksud, melakukan sesuatu bukanlah untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk orang lain juga. Ia juga bermaksud kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi.

Kesimpulannya Confucianisme dan Taoisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya. Kedua-dua agama ini berasaskan ajaran. Tetapi, terdapat perbezaan di antara mereka. Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih sayang, kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya. Dalam ajaran Tao pula mementingkan alam semesta. Confucisnisme adalah yang disanjung oleh golongan yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, manakala Taoisme hanya mendapat sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil. Akhir kata, sifat ajaran Confucianisme adalah bertentangan dengan sifat ajaran Taoisme.