41
PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF AGAMA

Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENDERMAAN ORGANDARI PERSPEKTIF AGAMASEMUA AGAMA UTAMA DI DUNIA MENYOKONG PENDERMAAN ORGANPEMINDAHAN ORGAN Pemindahanorgan adalah satu kaedah rawatan moden yang terbukti berkesan bagi merawat sesetengah jenis penyakit yang boleh membawa kepada mautPEMINDAHAN ORGAN Pemindahanorgan adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik tentang hukumnya di dalam al-Quran ataupun al-Hadith kerana ianya adalah satu perkembangan baru dalam dunia perubatanCatatan silam Islam

Citation preview

Page 1: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF AGAMA

Page 2: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

SEMUA AGAMA UTAMA DI DUNIA MENYOKONG PENDERMAAN ORGAN

Page 3: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

PEMINDAHAN ORGAN

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan moden yang terbukti berkesan bagi merawat sesetengah jenis penyakit yang boleh membawa kepada maut

Page 4: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

PEMINDAHAN ORGAN

Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik tentang hukumnya di dalam al-Quran ataupun al-Hadith kerana ianya adalah satu perkembangan baru dalam dunia perubatan

Page 5: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Catatan silam Islam

Di dalam sejarah awal Islam, tiada catatan mengenai pemindahan organ.

Bagaimanapun, wujud beberapa catatan mengenai replantasi yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. apabila baginda merawat mata Qatada Ibn Nu’man dan tangan Muawith Ibn Afra serta Habib Ibn Yusuf yang tercedera semasa Perang Badar (624 M) dan Perang Uhud (625 M).

Juga, ulama klasik terkenal, Imam Nawawi dan Imam al-Shirbini mengharuskan transplantasi melibatkan gigi dan tulang.

Page 6: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

PEMINDAHAN ORGAN

Justeru, fatwa dibuat berlandaskan prinsip-prinsip penentuan hukum syariah seperti berikut:

1. Al-Quran

2. Al-Sunnah

3. Ijmak (persepakatan para ulama)

4. Qias (perbandingan hukum-hukum yang sudah ada dengan hukum-hukum baru)

Page 7: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

5. Istihsan (mengutamakan yang terbaik mengikut hukum fiqh)

6. Masalih mursalah (yang diterima baik dan diamalkan secara berterusan)

7. Sad al-dhari’ah (menutup hukum keburukan dari berleluasa)

8. Syar’u man qablana (sumber hukum dan pandangan ulama terdahulu)

Page 8: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

9. Istishab (hukum yang diambil dari para sahabat)

10. ‘Amal Ahli Madinah (pelaksanaan hukum yang dilaksanakan oleh penduduk Madinah)

Page 9: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

PEMINDAHAN ORGAN

Fatwa dibuat berdasarkan prinsip:

• Keperluan mengatasi larangan• Memilih jalan yang paling kurang

mudarat• Mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar

Page 10: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

KEPERLUAN MENGATASI LARANGAN

“…maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula ia melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa”.

(Surah al-Baqarah, ayat 173)

Page 11: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

MEMILIH JALAN YANG PALING KURANG MUDARAT

“…barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah ia telah menyelamatkan nyawa umat manusia keseluruhannya”.

(Surah al-Maidah, ayat 32)

Page 12: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

MUDARAT PERLU DIRAWAT DENGAN BERIKHTIAR

“Allah telah menyediakan kemudahan untuk kamu. Dia tidak meletakkan kamu dalam kesusahan”.

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Page 13: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Menyelamatkan nyawa seseorang adalah di antara tujuan “maqasid syariah.” Kaedah pemindahan organ membuka ruang yang lebih luas untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Page 14: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

MAQASID SYARIAH

Menyelamatkan agama Menyelamatkan nyawa Menyelamatkan akal Menyelamatkan keturunan Menyelamatkan harta benda

Page 15: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:(i) Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit(ii) Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ

(iii) Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.(iv) Organ tidak diperniagakan(v) Pendermaan organ mendapat keizinan penderma dan ahli keluarganya atau warisnya

Page 16: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Kategori organ menurut Islam

Mufti Tunisia, Sheikh Muhammad al-Mokhtar as-Salami membahagikan organ kepada 4 kategori:

– Organ primer (penting untuk kehidupan, tanpanya kehidupan adalah mustahil – jantung)

– Organ-organ sekunder kritikal (penting untuk kehidupan, membantu fungsi organ primer – paru-paru, ginjal dan hati)

– Organ-organ sekunder sokongan (organ-organ penting tetapi tidak kritikal untuk menyokong kehidupan, tanpanya seseorang itu masih boleh hidup walaupun dengan kecacatan – mata dan anggota luaran)

– Lain-lain organ yang tidak terangkum di bawah 3 kategori di atas

Page 17: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa di Malaysia

23 Jun 1970: Harus memindahkan mata (kornea) dan jantung daripada penderma kadaverik kepada orang hidup, dengan syarat:

Tiada alternatif lain Kematian penderma telah dipastikan Tiada pembunuhan atau perdagangan organ telah

berlaku Kebenaran penderma dan waris telah diperolehi

Page 18: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa di Malaysia

13 Disember 1989:

Mengasingkan pesakit yang didiagnos dengan mati otak daripada pesakit-pesakit lain yang mempunyai prognosis yang lebih baik untuk hidup di dalam ICU tidak bertentangan dengan Islam.

Page 19: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa di Malaysia

21 Jun 1995:

Penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit adalah harus, dengan syarat:

Graf tisu hanya digunakan untuk tujuan perubatan dan bukan untuk tujuan lain

Graf tisu tidak boleh disalah guna untuk tujuan perdagangan dan lain-lain

Page 20: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa negeri-negeri di Malaysia

6 November 1965 (Perlis):

Harus memindahkan kornea daripada orang yang meninggal dunia, dengan syarat:

Dilakukan untuk kepentingan umum Kebenaran telah diperolehi daripada penderma

dan warisnya

Page 21: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa negeri-negeri di Malaysia

1996 (Johor):

Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor menyatakan pemindahan organ mati otak dan selepas meninggal dunia diharuskan.

Page 22: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa negeri-negeri di Malaysia

1 Januari 1997 (Sarawak): Harus memindahkan ginjal daripada penderma hidup atau yang telah meninggal dunia. Bagi penderma hidup:

Menderma dengan ikhlas Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan tidak akan

memudaratkan penderma Tiada jual beli berlaku

Bagi penderma kadaverik: Kebenaran telah diperolehi Disahkan oleh pakar perubatan bahawa ginjal yang diderma boleh

digunakan untuk transplan Ginjal yang diderma hanya digunakan untuk tujuan perubatan Tiada jual beli berlaku

Page 23: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa negeri-negeri di Malaysia

Fatwa Pendermaan Organ Negeri Perak menyatakan pendermaan mata adalah diharuskan

Fatwa Negeri Selangor membenarkan pemindahan organ

Page 24: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Fatwa-fatwa di dunia Islam

1952, 1959 dan 1966: Transplan kornea adalah harus (Mesir) 1969: Transplan kornea adalah harus (Persidangan Negara-negara

Islam, KL) 1972: Pendermaan organ adalah harus (Algeria) 1973: Graf kulit kadaverik dari penderma yang tidak dikenali adalah

harus (Mesir) 1977: Pendermaan organ adalah harus (Jordan) 1978: Pendermaan organ adalah harus (Arab Saudi) 1979: Organ boleh diambil dari penderma hidup atau kadaverik (Mesir

dan Kuwait) 1982: Transplan kornea adalah harus (Arab Saudi) 1985: Transplan kornea adalah harus (Liga Dunia Islam) 1987: Mati otak diiktiraf sebagai satu bentuk kematian (OIC) 1988: Pendermaan organ adalah harus tetapi jual beli organ adalah

haram (OIC)

Page 25: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Arab Saudi dianggap sebagai negara Islam yang konservatif tetapi negara ini mempunyai jumlah penderma organ yang tinggi. Berikut adalah statistik pendermaan organ di antara tahun 1979 hingga 2002:

Ginjal (hidup): 2,492 Ginjal (kadaverik): 1,267 Jantung: 92 Hati (hidup): 54 Hati (kadaverik): 225 Paru-paru: 8 Ginjal + pankreas: 5

Pengalaman Arab Saudi

Page 26: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Pengalaman Singapura

Singapura mempunyai Akta Transplan Organ Manusia (HOTA) yang mewajibkan semua rakyat Singapura kecuali orang Islam menjadi penderma organ.

HOTA menganggap semua rakyat bersetuju untuk menderma organ melainkan orang tersebut mengisi borang “opt-out” yang menyatakan secara spesifik yang dia menentang pendermaan organ.

Page 27: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Pengalaman Singapura

Oleh kerana umat Islam Singapura tidak tertakluk kepada HOTA, wujud satu masalah besar…

– 21% daripada 541 orang yang menunggu untuk mendapat organ baru di Singapura adalah orang Islam

– Bagaimanapun hanya 2% orang Islam yang telah menerima organ kerana pengikrar organ mendapat prioriti

– Untuk ginjal, bukan pengikrar perlu menanti sehingga 15 tahun berbanding 5 tahun untuk pengikrar

– Hanya 16,000 orang Islam di Singapura yang menjadi pengikrar berikutan fatwa MUIS pada tahun 2004 yang menyatakan bahawa ikrar tidak boleh dibuat di hadapan mana-mana 2 orang Islam dewasa dan tidak semestinya di hadapan ahli keluarga

Page 28: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Pengalaman Singapura

Maka, satu fatwa baru telah dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Mufti Singapura, S.S. Syed Isa Semait, yang menyatakan bahawa sistem “opt-out” di bawah HOTA tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Page 29: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Mati otak di dalam dunia Islam

1985 – Pakar fiqh Muslim membincangkan konsep mati otak di Jeddah tetapi tiada kata putus diambil.

1986 – Pakar fiqh Muslim mengeluarkan Deklarasi Amman mengenai mati otak, yang menyatakan bahawa seseorang itu meninggal dunia sekiranya sama ada jantung dan pernafasannya berhenti, atau semua fungsi otak berhenti dan otak mula mencair.

17 Oktober 1987 – Akademi Fiqh Islam di Makkah menyokong konsep dan amalan diagnosis mati otak.

Page 30: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Mati otak di dalam dunia Islam

Arab Saudi, Turki, Kuwait, Jordan dan Iran adalah negara-negara Islam yang maju di dalam diagnosis mati otak dan aktif di dalam pendermaan organ daripada penderma kadaverik yang mati otak.

– Turki mempunyai garis panduan ketat yang hanya membenarkan pakar kardiologi, pakar bedah neuro, pakar neurologi dan pakar bius untuk membuat pengesahan.

– Iran mensyaratkan 3 pakar untuk membuat pengesahan, dan pemerhatian dibuat sehingga 36 jam.

– Bangladesh mensyaratkan 3 pakar untuk membuat pengesahan dan salah seorang daripada mereka mesti sekurang-kurangnya berjawatan Profesor Madya.

– Indonesia mensyaratkan 3 pakar untuk membuat pengesahan dengan kehadiran seorang peguam.

Page 31: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Mati otak di dalam dunia Islam

MUIS mengiktiraf dan mengharuskan konsep mati otak, dan telah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan diagnosis mati otak.

Bagaimanapun, negara-negara seperti Mesir, Syria dan Pakistan tidak mengiktiraf dan tidak mengamalkan konsep mati otak.

Page 32: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Isu yang menjadi kebimbangan Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam mengenai orang Islam mengenai pendermaan organ :pendermaan organ :Rasulullah s.a.w. pernah

melarang tulang orang mati dihancurkan. Jadi, adakah mengambil organ dari si mati dianggap sebagai menyiksa mayat?

Fuqaha mutakhir (Ulama muktabar) telah mengharuskan pembedahan ke atas mayat dengan tujuan penyelidikan, rawatan bagi suatu penyakit atau bagi menentukan sebab-sebab jenayah. Keharusan ini adalah diasaskan kepada prinsip darurat. Perkara-perkara terlarang diharuskan apabila berlaku darurat.

Page 33: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Isu yang menjadi kebimbangan Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam mengenai orang Islam mengenai pendermaan organ : pendermaan organ : Jasad manusia adalah amanah Allah

s.w.t. kepada manusia. Adakah kita pecah amanah (khianat) dengan mendermakan organ kita kepada orang lain?

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah An-Nisa: Ayat 58)

“.dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang dikurniakan kepada kamu.”(Surah An-Nur: Ayat 33)

Page 34: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Isu yang menjadi kebimbangan Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam mengenai orang Islam mengenai pendermaan organ : pendermaan organ : Adakah penderma organ akan

dibangkitkan dengan organ-organnya yang telah didermakan di hari akhirat kelak?

Dari Jabir r.a bahawa Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang mati pada masa ia taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dalam keadaan yang menyukakan; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakan”

(Riwayat Muslim & Ibnu Majah)

Page 35: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Isu yang menjadi kebimbangan Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam mengenai orang Islam mengenai pendermaan organ : pendermaan organ :

Adakah penderma organ akan menanggung dosa orang yang menerima organnya selepas organ itu didermakan?”Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya, dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”. Kemudian kepada tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.

(Surah Al-An’am: Ayat 164)

Page 36: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Isu yang menjadi kebimbangan Isu yang menjadi kebimbangan orang Islam mengenai orang Islam mengenai pendermaan organ :pendermaan organ :Bolehkah orang Islam

mendermakan organ kepada orang bukan Islam?

“…barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah ia telah menyelamatkan nyawa umat manusia keseluruhannya”.(Surah al-Maidah:ayat 32)

”....Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.(Surah Al-Baqarah: Ayat 195)

Page 37: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

“Tiada hujah boleh diperolehi mengenai larangan pendermaan organ. Sebarang larangan perlu dilandaskan kepada asas-asas hujah dari sumber-sumber fiqh Islam. Menderma darah dan susu adalah harus walaupun ia datang daripada tubuh badan manusia. Menggunakan kiasan ini, pendermaan organ adalah harus.”

Sheikh Yusuf al-Qaradawi (2003)

Page 38: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

“Kita amat maklum bahawa organ atau tubuh manusia jika tidak didermakan akan mereput dan dimakan oleh ulat beberapa hari selepas kematian. Jadi, mengapa tidak didermakan (organ-organ itu) untuk manfaat mereka yang memerlukan? Ganjaran dan balasan yang akan diperolehi adalah amat besar, berbanding dengan membiarkan tubuh itu binasa begitu sahaja.”

Sheikh Yusuf al-Qaradawi (2003)

Page 39: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

“Kami (umat Islam) tiada keraguan untuk menyatakan dengan sepenuh hati bahawa bukan sahaja umat Islam diharuskan menjadi penderma organ dan tisu – malah ini adalah satu tanggungjawab.”

Sheikh Zaki Badawi (2004)

Page 40: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

”Hai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenal, Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mengenal.”

(Surah Al Hujarat: Ayat 13) ”

Page 41: Pendermaan Organ Dari Perspektif Agama Islam

Wallahu’alam Terima Kasih