34
MPU 2223 ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL ASAS ETIKA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA

Etika Mengikut Perspektif Agama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MPU

Citation preview

KRISTIAN

MPU 2223ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL ASAS ETIKA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA

ISLAM Agama Islam merupakan agama yang menekankan konsep ketuhanan yang mutlak terhadap siapakah yang paling berkuasa dan manjadi pencipta manusia, haiwan, tumbuhan dan segala benda yang wujud di alam semesta. Diterbitkan dari bahasa Arab (kata kerja) Aslama iaitu bermaksud untuk menerima, menyerah atau tundukOleh itu, Islam bermaksud penerimaan dan penundukkan kepada Allah swt. Islam adalah agama fitah (yang bersifat asal atau semula jadi) yang juga diwahyukan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w

1. ALLAH s.w.t Tuhan yang mencipta sekalian alam serta makhluk lain. Khaliq (Pencipta) Tidak mempunyai sifat seperti manusia atau makhluk lain seperti dilahirkan, tidak tidur, tidak mati dan tidak berkeluargaPenghuni syurga sahaja yang boleh melihat Allh swt

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH Manusia pertama yang dicipta Allah swt adalah Adam dan yang kedua ialah pasangannya Hawa telah melahirkan generasi manusia yang pelbagai supaya mereka boleh mengenali satu sama lain. Manusia sebagai khalifah dilantik untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan bumi ini dengan menjalankan undang-undang Allah swt. Perjanjian yang ada diantara Allah swt dengan manusia akan ditentukan menerima balasan baik atau buruk di dunia dan akhirat.

SUMBER-SUMBER AGAMA ISLAM KITAB AL-QURAN Diturunkan melalui malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad saw pada malam Isnin 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610MMuslim percaya bahawa Allah swt telah mewahyukan Al-Quran kepada Nabi Muhammad sebagai sumber utama dan penutup segala kitab Berfungsi sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia, pembawa khabar gembira bagi orang yang taat dan patuh kepada Allah swt sebagai amaran kepada orang-orang yang melampaui batas. Merupakan sumber rujukan dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan

SUMBER-SUMBER AGAMA ISLAM AL-HADITH & AL-SUNNAHMenggalakkan umat untuk mencontohi ajaran nabi Muhammad sawAL-HADITH adalah kata-kata dari Nabi Muhammad sawAL-SUNNAH adalah perbuatan atau tingkah laku Nabi Muhammad

SUMBER-SUMBER AGAMA ISLAM IJTIHADKajian penyelidikan yang dilakukan oleh para ulama menentukan kedudukan sesuatu perkara dari segi syarak atau menurut pandangan Islam. Contohnya, isu berkait dengan tujuh kaedah bayi tabung uji yang dibincangkan melalui ijtihad, para ulama bersepakat bahawa kaedah pertama dan ketiga iaitu persenyawaan benih ovum dan sperma yang hanya melibatkan suami dan isteri yang sah tidak kira persenyawaan yang berlaku di dalam atau di luar rahim yang boleh diterima dalam Islam.

PEMBAHAGIAN HUKUM DALAM ISLAM HUKUK didefinisikan sebagai tempat atau baha yang menjadi rujukan dalam mengetahui sesuatu prinsip atau hukum syarak termasuk hukum dalam perniagaan Islam. Pembahagian ini membolehkan orang Islam mengetahui atau merujuk sejauh manakah tindak tanduk atau perlakuan mereka dalam kehidupan ini boleh diterima atau tidak dari sudut pandangan agama Islam.

PEMBAHAGIAN HUKUM DALAM ISLAM FARDHU/WAJIB SUNATMAKHRUHHARAM Sesuatu amalan yang mesti dilakukan. Jika dilakukan akan mendapat pahala, jika tidak akan mendapat dosa

Cth: sembahyang 5 waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan & menutup aurat. Sesuatu amalan yang digalakkan untuk dilakukan

Cth: memberi salam, menderma dengan ikhlasSatu perbuatan yang yang tidak mendapat dosa jika dilakukan tetapi mendapat pahala jika di tinggalkan

Cth: memakan benda yang berbau busuk seperti petaiSesuatu perkara yang dilarang dan berdosa jika dilakukan tetapi mendapat pahala jika di tinggalkan

Cth; perbuatan sihir, memfithnah, mencuriHARUS SAHBATALPerkara yang tiada dosa ditinggalkan & tiada pahala jika dilakukan

Cth; pakaian warna hijauSesuatu yang dilakukan sesuai dengan hukum agama islam

Cth; ibadah puasaSesuatu perkara yang dilakukan tidak sesuai dengan hukum

Cth; mengorek lubang hidung

ASPEK-ASPEK AJARAN ISLAMAqidah Ibadah Syariah Akhlak

RUKUN ISLAM Mengucap Dua Kalimah SyahadahSembahyang LIMA (5) waktu dalam sehariBerpuasa dalam bulan RamadhanMenunaikan ZakatMenunaikan Haji bagi yang MAMPU

RUKUN IMANPercaya kepada Allah swtPercaya kepada Nabi dan RasulPercaya kepada MalaikatPercaya kepada KitabPecaya kepada hari KiamatPercaya kepada Qada dan Qadar

KRISTIANTEKS KRISTIANKitab kristian iaitu Bible terbahagi kepada dua: a) Perjanjian Lama (Old Testament) b) Perjanjian Baru (New Testament)

2) Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian lama ialah penciptaan alam dan manusia oleh tuhan,dosa asal manusia, 10 Rukun Tuhan, ramalan kelahiran Jesus dan sejarah kehidupan umat Israel.

3) Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian Baru pula ialah kelahiran Jesus Christ, penyingkiran dosa manusia, sejarah kehidupan gereja kristian dan ramalan kejadian masa depan.

13

Sambungan..Konsep Tuhana) Tuhan Bapa( God the Father)b) Tuhan Anak, Jesus Christ (God the son, Jesus Christ)c) Tuhan Roh Kudus (God the Holy Spirit)Tuhan bersifat tritunggal iaitu tiga-satu, demi menyempurnakan kehendak-Nya dalam kalangan umat manusia.Sifat Tabii Manusia-Pasangan manusia yang pertama, iaitu Adam dan Hawa, pada asalnya tidak berdosa. Dosa asal manusia wujuk selepas Adam dan Hawa tergoda untuk memakan buah larangan . Buah larangan itu mengandungi elemen kesyaitanan yang dinamakan dosa.

14

Nilai-nilai kebaikan dalam Bible

1- Perjanjian Lama : 10 Rukun Tuhan (Ten Commandments)Rukun Penjelasan1) Jangan ada dewa-dewa yang lain daripada TuhanHarus menyembah Tuhan Sahaja2)Jangan membuat dan menyembah bahalaTidak harus membuat dan menyembah berhala yang menyerupai apapun dilangit dan dibumi3) Jangan menngunakan nama Tuhan secara sewenang-wenangnyaJangan sesuka hati disebut nama Tuhan untuk melaknati atau menyumpah orang lain4) Ingati dan kuduskan Hari SabatIaitu hari ketujuh, hari tuhan berehat daripada kerja penciptaan alam dan manusia5) Hormatilah ibu bapa andaMenghormati ibu bapa mereka dengan menghargai dan menjaga mereka6) Jangan membunuhTidak boleh melakukan pembunuhan secara sengaja atas tujuan peribadi atau niat jahat

15

Sambungan7) Jangan BerzinaHarus menghormati institusi perkahwinan kerana orang yang berzina itu berdosa kepada Tuhan8) Jangan MencuriPerbuatan mencuri dilarang kerana menjejaskan keharmonian antara ahli masyarakat9)Jangan membuat tuduhan palsuMemberikan kata-kata kesaksian palsu untuk menjatuhkan atau mencederakan maruah seseorang10) Jangan mengingini apa-apa kepunyaaan orang lainTidak boleh bersikap tamak dalam hati ; sebaliknya mereka harus berpuas hati dengan segala yang dimiliki oleh mereka

16

2) Perjanjian Barua)Khutbah di atas Gunung (Matius 5)i- Miskin dalam roh Merendah diri di depan tuhan dan sudi menerima pengajaran daripada tuhanii- Meratapi situasi yang gelap di dunia Bersedih atas kesengsaraan yang dihadapi oleh manusia.iii- Berlembut hari Tidak berkeras semasa menuntut apa-apa dan sanggup menerima suka duka dalam kehidupan dengan penuh kerelaan hatiiv- Mendahagai keadilan Sentiasa bersedia untuk memperjuangkan keadilan dalam apa jua keadilanv- Berbelas Kasihan Sudi menaruh simpati terhadap orang yang lebih lemah dan kurang berkeupayaan.vi- Pendamai Menitikberatkan pendamaian dalam semua aspek perhubungan.

17

3) Nilai-nilai Roh TuhanNilai- nilaiKasih SayangMengasihi Tuhan dengan sepenuh jiwa raga dan mengasihi orang-orang di sekeliling mereka. Kasih sayang terhadap Tuhan akan menghasilkan kasih sayang kepada sesama manusia.KegiranganDiseru agar sering bergirang dan janganlah berasa khuatir. Doa mereka harus disertai dengan kesyukuran.Dalam SejahteraTuhan adalah tuhan pendamaian. Damai sejahtera Tuhan dapat menenangkan hati umatnya daripada segala kebimbangan dan melenyapkan persengketaan atas manusia.KesabaranHarusbanyak bersabar, terutamanya apabila menghadapi kesusahan.Berhati MuliaMenghiburkan hati orang yang kekecewaan dan menolong orang yang lebih lemah.KebaikanTidak seharusnya tawar hati melakukan kebaikanKesetiaan Haruslah bersikap setia dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.Lembut HatiHaruslah bersikap lembut hati dan merendah diri terhadap semua orang.Kawalan kendiriHaruslah mengamalkan disiplin.

18

HINDUISMEAgama Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia. Agama ini merupakan agama yang mempunyai penganut yang ketiga terbesar di dunia iaitu kira-kira 1 billion orang.

Lebih 80% penduduk kamu india di Malaysia menganut agama Hindu.

Penganut Hindu percaya kepada satu Tuhan yang Maha Agung. Mereka percaya bahawa ciri dan bentuknya diwakili atau dimanifestasikan oleh pelbagai dewa-dewi. Oleh itu, Tuhan boleh disembah dalam pelbagai bentuk dan cara.

19

Empat denominasi Hinduisme:a) Vaishnavisme- Golongan yang menyembah Vishnu sebagai Tuhan yang Maha Agung.b) Shaivisme - Golongan yang menyembah shiva sebagai Tuhan yang maha Agung.c) Shaktisme - Golongan yang menyembah shakti (kuasa) sebagai dewi atau Tuhan ibu.d) Smartisme - Golongan yang menyembah enam dewa dewi yang berbeza (shiva,Shakti,Vishnu,Ganesha,Skanda)

20

Konsep-konsep penting dalam agama Hindu ialah:a)Brahman-Suatu kuasa unggul yang melewati alam semesta, Maha Mengetahui dan wujud di semua tempat.b)Atman -Setiap individu mempunyai roh atau diri yang kekal abadi. Roh tersebut akan lahir semua selagi ia mempunyai keinginan. Agama hindu percaya bahawa setiap roh akan pada satu hari mencapai kebebasan .c)Dharma -Satu konsep yang sangat penting dalam agama Hindu. Bermaksud tanggungjawab, kebenaran, kod perlakuan, kebaikan dan kemoralan.d)Karma -Setiap aksi atau tindakah akan mempunyai reaksi. Sesuatu perbuatan yang baik dalam dunia ini akan membawa kebaikan dan perbuatan jahat akan menerima keburukan.e) Samsara-Bermaksud kitaran hidup, mati dan kelahiran semula.f) Moksha- Bermaksud kebebasan daripada kitaran hidup dan mati.

21

BUDDHISMEAgama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha.Siddharta Gautama telah mencapai Pencerahan (tahap kesedaran paling sempurna terhadap pemahaman kebenaran pengajaran Buddha) semasa bertekad untuk duduk bertapa di bawah pokok Bodhi.Melalui pencerahan inilah, Siddharta Gautama Buddha telah memperkenalkan dan menyebabkan prinsip-prinsip asas ajaran Buddha.

22

Prinsip Ajaran BuddhaJangan membunuh- Menghalang diri daripada membunuh benda bernyawa dengan niat membunuh.Jangan mencuri-Menghalang diri daripada mengambil sesuai yang diberi kepada kita atau bukan milik sendiri.Jangan melakukan kesalahan seksual- Menghalang diri daripada melakukan perhubungan seks dengan pasangan yang tidak sepatutnya.Jangan berbohong- Menghalang diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak benar. Jangan minum minuman beralkohol-Menghalangkan diri daripada minum arak kerana seseorang yang mabuk cenderung untuk melakukan kesalahan lain.

23

Empat kebenaran mulia :a)Penderitaan-Dukkha Dukkha sering diterjemahkan sebagai penderitaan. Melalui Gautam Buddha, mereka perlu melalui kelahiran,jatuh sakit, tua dan akhirnya mati. Umpama satu kitaran hidup yang penuh sengsara (samsara)b)Punca Penderitaan- Dukkha-Samudaya Penderitaan dikatakan berpunca daripada nafsu sendiri. Mungkin mempunyai keinginan yang nampaknya baik tetapi sebenarnya menjadikan kita menderita kerana kita terlalu dikawal oleh nafsu.c)Penyingkiran penderitaan-Dukkha-Nirodha Nirvana sering disalahfahamkan sebagai syurga untuk pengikut Buddha. Sebenarnya, Nirvana bukan satu tempat . Nirvana merujuk kepada satu keadaan yang tidak bersyarat,iaitu penghapusan penderitaan,delusi dan nafsu.d)Jalan menghapuskan penderitaan- Dukkha-Nirodha Marga Dalam kebenaran mulia ke-4, diperkenalkan jalan tengah ke arah kebahagiaan. Jalan tengah ini mengelakkan dua hujung keterlaluan, iaitu terlampau terlibat dalam kehidupan, kepuasan nafsu atau terlampau terkongkong dalam penyeksaan diri.

24

Jalan lapan lapis MuliaPandangan yang betulPandangan yang betul boleh diterangkan:Pandangan yang betul terhadap Empat kebenaran MuliaTentang konsep Karma Maksudnya, tindakan yang kita lakukan akan meninggalkan akibat yang pada suatu ketika nanti akan membuahkan kesannya.Tiga ciri Universal i- Anicca- Setiap benda di dunia ini adalah tidak kekal. ii-Dukkha- Kesengsaraan iii-Anatta- Tidak terdapat satu roh yang kekal2) Fikiran yang betulFikiran yang betul menrangkumi:a) Minda yang tidak terlalu terangsang dengan godaan kebendaan.Niat yang baik,murah hati dan fikiran simpati yang suci.Tidak cuba mencederakan makhluk lain.3)Pertuturan yang betulSentiasa bercakap benarMengeluarkan kata-kata sopan dan mesraBercakap sesuatu yang penting dan bermakna

25

4)Perbuatan yang betulPerbuatan yang selari dengan prinsip panca sila dan konsep fikiran yang betul.5)Perkerjaan yang betulMencari nafkah tanpa mendatangkan keburukan kepada makhluk yang lain. Lima jenis pekerjaan yang tidak harus dilakukan: memperdagangkan senjata, menyembelih binatang, menjual hamba abdi dan menjual minuman keras.6)Usaha yang betula)Menghalang timbulnya fikiran yang tidak suci seperti kebencianb) Menghapuskan fikiran tidak sucic) Memupuk fikiran suci yang belum timbuld)Mengekalkan dan mengembangkan fikiran suci yang telah timbul7) Kesedaran yang betulSetiasa sedar akan segala yang dilakukan pada setiap masa, sama ada daripada segi kelakuan, pertuturan ataupun fikiran. 8)Tumpuan yang betulProses melatih fikiran melalui meditasi yang dapat mendisiplinkan minda seseoarang agar sentiasa tenteram dan tertumpu.

26

KONFUSIANISMEKonfusiusPengasas falsafah Konfusianisme ialah Konfusius. Konfusius dilahirkan pada 551 sebelum Masihi dan berasal dari daerah lu, negara China kini dikenali sebagai daerah Shantong.Nama sebenar Konfusius ialah Kong Qiu tetapi beliau lebih dikenali sebagai Kong Fuzi atau Kongzi.Beliau pernah dilantik menjadi menteri keadilan dan Perdana Menteri daerah Lu.

27

KonfusianismeAjaran konfusius di dalam buku Lun Yu (Analekta atau Analects) merupakan sebuah karya yang dicatat dan disunting oleh pengikut-pengikut konfusius yang mengumpulkan segala kata-kata dan pemikiran konfusius.Banyak mempengaruhi masyarakat cina di malaysia dan seluruh dunia.Ajaran ini menekankan lima hubungan antara manusia yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat.Setiap individu yang berkelakuan baik, negara akan dalam keadaan aman dan makmur.

28

Nilai-nilai murni ditekankan oleh Konfusianisme:a)Wu Chang (Five virtues) i- Renmembawa maksud sesuatu dengan cara yang betul atau memiliki sifat-sifat kemanusiaan, kasih sayang sesama manusia. ii- YiMelakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patut dalam melaksanakan sesuatu tindakan. iii- Li-Meliputi nilai bersopan santu , berbudi bahasa,kelakuan,upacara amal dan istiadat. iv- Zhi-Bererti kebijaksanaan. v- Xin-Bermaksud kebolehpercayaan, iaitu harus berpegang kepada janji dan menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan.b)Bade (lapan nilai murni) i- Xiao Menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua. Anak harus bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua. ii- Ti- Kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adik beradik iii-Zhong- Ditakrifkan sebagai taat setia. iv- Xin- Kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah

29

TAOISMELao-Tzu merupakan pemikir utama dalam ajaran Taoisme dan ajarannya telah dibukukan dalam Tao Te Ching. Beliau dilahirkan pada 571 . Sebelum Masihi, Lao Tzu pernah bekerja sebagai seorang pustakawan.

Tao Te Ching merupakan sebuah buku yang ditulis dalam bahasa Cina.Buku ini amatlah ringkas dan hanya mengandungi lebih kurang lima ribu perkataan bahasa Cina dalam bentuk puisi tradisional yang berunsur falsalah.

Chuang-Tzu (369 Sebelum Masihi- 286- Sebelum Masihi) meneruskan usaha Lao-Tzu. Beliau menghasilkan buku Chuang Tzu yang merupakan prosa yang menjelaskan falsafah Tao dengan menyelitkan unsur logik.

30

Konsep-konsep Penting Dalam TaoismeWu-Wei (Tindakan Kesemulajadian)Tindakan ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak bertindak secara bertentangan.Tidak memaksa sesuatu masuk ke dalam acuan kita, iaitu tidak memaksa sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kesemulajadian seperti apa yang kita kehendaki.Tindakan ini dilakukan dengan mengelakkan diri daripada paksaan yang keras ketika berurusan dengan orang lain.Seseorang akan bertindak mengikut keadaan secara semua jadi.Tanpa tindakan (wu-wei), anda membiarkan dunia bekerja untuk anda dan dapat menikmatinya manakala melalui tindakan, anda akan mendapati bahawa anda bekerja untuk dunia dan sentiasa mendapati bahawa segala tindakan anda adalah tidak mencukupi.Sekiranya anda mementingkan diri sendiri, anda akan mendapati bahawa anda berlainan dengan segala-galanya.

31

Tzu-jan (Keaslian, kespontanan) Tzu-jan bermaksud keaslian, kespontanan dengan sendirinya. Dalam istilah kemanusia, Tzu-jan bermaksud bertindak secara spontan secara kesemulajadian.

Lima Model untuk Membentuk Perwatakan Mulia Manusia:Air : Berkedudukan paling rendah berbanding dengan semua benda yang lain. Kekuatan air adalah boleh menghakis dan memusnahkan gunung di samping mengukir kedalaman gaung.Oleh itu tingkah lau manusia juga perlulah rendah diri,tidak memaksa diri terhadap sesuatu.Bersifat dan berkelakuan seperti budak : Budak yang kecil melambangkan kesucian dalam kespontanan, iaitu kerelaan hati untuk melihat kesemua perkara.Sebuku kayu yang tidak terukir : Tidak diukir, sebuku kayu ini boleh diukir menjadi apa-apa sahaja dan dalam pelbahai bentuk.Yin ataupun perempuan : Melambangkan sumber kekreatifan kehidupan, kesuburan dan kesenian.Potensi kekosongan: Tiada ruang yang lebih untuk berubah atau maju dan tiada apa-apa yang boleh ditambah.

32

SIKHISME1) Sikhisme diasaskan oleh Guru Nanak Dev (1469-1539) yang dilahirkan di Nankana Sahib, Punjab (India pada ketika itu, Pakistan pada masa kini).

2) Ajaran sikh boleh disimpunkan melalui kata-kata Guru Nanak, iaitu kesedaran tentang kebenaran adalah lebih penting daripada semua yang lain tetapi yang lebih penting lagi ialah kehidupan yang benar

3)Agama Sikh adalah agama monoteistik. Tuhan dipanggil sebagai Waheguru. Tuhan bersifat Maha wujud dan infiniti. Tempat orang sikh bersembahyang dipanggil sebagai Gurudwara.

4)Nilai-nilai positif dikembangkan antaranya adalah kebenaran,kasih sayang, belas kasihan ,berpuas hati dan sebagainya.

33

5k adalah simbol yang akan dipakai oleh seorang SikhKesh- rambut yang tidak dipotongKara- Gelang besiKangha-Sikat KayuKatchera- Seluar pendek yang dipakai dalam seluarKirpan- Pedang beri

Antara ajaran agama Sikh:i- Alam ini dicipta oleh tuhan sebelum alam ini dicipta, hanya wujud tuhan dan hukumnya.ii-Merasai tuhan melalui perasaan kasih dan cinta yang tulus dan bertafakur.iii-Hanya Tuhan sahaja yang boleh memberikan keupayaan kepada kita untuk mendekatinya.

34