Upload
others
View
26
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PENGARUH KEPERCAYAAN EFIKASI KENDIRI TERHADAP PENGALAMAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK KANSER DI
SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Mohamad Taha Bin Abol
Master of Science (Learning Sciences)
2015
Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSm I\'WAYSV\ SARAWAK
PENGARUH KEPERCAYAAN EFIKASI KENDIRI TERHADAP PENGALAMAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK KANSER DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL
MOHAMAD TAHA BIN ABOL
Disertasi dikemukakan sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Sains . (Sains Pembelajaran)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSlTI MALAYSIA SARA W AK
2015
11
Disertasi bertajuk Pengaruh Kepercayaan Efikasi Kendiri Terhadap Pengalaman Pembelajaran Kanak-kanak Kanser di Sekolah Dalam Hospital disediakan oleh
Mohamad Taha bin Abol dan diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah SaIjana-Sains
(Sains Pembelajaran).
Dengan ini disahkan bahawa pelajar telah melakukan segal a pindaan yang perlu dinilai dan penenmaan.
(PROFESORM RSIAH FAUZAN)
!,!~~S
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T atas limpah kumianya saya diberi
kekuatan secara mental dan fizikal, serta kesabaran dalam menyiapkan kajian ini dengan
jayanya.
Sokongan serta bantuan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sekeliling dalam
menghasilkan kajian ini sangatlah dihargai. Oleh itu, adalah tidak adil untuk menyatakan
nama saya sahaja dalam menghasilkan kajian ini tanpa memaklumkan sumbangan mereka
dalam perjalanan akademik ini.
Selain itu, saya Juga ingin merakamkan jutaaan terima kasih kepada pensyarah
penyelia iaitu Prof. Madya Dr. Norsiah Fauzan yang membimbing, dorongan serta memberi
tunjuk-ajar tanpa rasa jemu sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Tanpa bimbingan serta
nasi hat yang diberikan, pastinya saya akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan kajian
ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang telah membantu saya untuk
mendapatkan maklumat dan panduan sebagai sumber rujukan.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga saya iaitu ibu bapa, isteri serta
anak-anak kerana telah memahami dan sentiasa berada disamping saya untuk melalui masa
yang sukar sewaktu menyiapkan kajian ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pelajar-pelajar kanser yang sudi melibatkan
diri secara langsung dalam kanjian ini dan juga kepada kedua ibu bapa mereka kerana telah
memberi kebenaran untuk melibatkan anak-anak mereka di dalam kajian ini. Selain itu,
ucapan terima kasih turut ditujukan kepada guru-guru di Sekolah Dalam Hospital, Hospital
Umum Sarawak serta pegawai dan kakitangan kesihatan yang bertugas di wad Onkologi
Paedriatik, Hospital Umum Sarawak di atas sokongan dan keIjasama yang diOerikan.
IV
Pusat Khid a . umat Akadcmik UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
PENY AT A KAJIAN T AJUK KAJIAN DISERT ASI KAJIAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKA TAN ABSTRACT
ABSTRAK
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latarbelakang Kajian
1.2 Pemyataan Masalah
1.3 ObjektifKajian 1.3.1 ObjektifUmum
1.3.20bjektifKhusus
1.4 Soalan Kajian
1.5 . Kerangka Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Definisi Istilah
1.8 Kesimpulan
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan
2.1 Kajian Lepas
2.2 Efikasi Kendiri
2.2.1 Pencapaian Prestasi
2.2.2 Pengalaman Orang Lain
2.2.3 Pujukan Lisan
Muka Surat
11
III
IV
x
xi
XlI
XlIl
XIV
2
4
4
4
5
6
7
7
7
8
8
9
10
10
11
V
2.2.4 Aras Emosi dan Fisiologi 11
2.3 Kepercayaan Keberkesanan Peribadi 12
2.4 Proses Kognitif 12
2.5 Proses Motivasi 13
2.6 Proses Afektif 14
2.7 Proses Pemilihan 14
2.8 Pembangunan Pendidikan dan Peraturan Kendiri 14
2.9 Penyesuaian Tahap Keaadaan Sukar 17
2.10 Domain Sosial Luaran 19
2.11 Kritikan dan Kesesuaian Kepercayaan Efikasi Kendiri 20
2.12 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi 23
2.13 Program Pendidikan dan Efikasi Diri 24
2.14 Sekolah Dalam Hospital 26
2.15 Kesimpulan 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 31
3.1 Reka Bentuk Kajian 31
3.1.1 Pemerhatian 33
3.1.2 Temu bual 34
3.1.3 Semakan Dokumen 36
3.2 Populasi dan Sampel 38
3.3 Persampelan 38
3.4 Paradigma Konstruktivis 39
3.5 Akses dan Persetujuan 41
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Instrumen Kajian 44
3.8 Analisis Data 44
3.9 Kebolehpercayaan Hasil Penyelidikan 47
3.10 Garis Masa Penyelidikan 48
3.11 Kesimpulan 49
VI
I
4 KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan 50
4.1 Gambaran Keseluruhan Pengumpulan Data 50
4.2 Penyediaan Data 51
4.2.1 Transkripsi Data 51
4.2.2 Penterjemahan Data 52
4.2.3 Pemilihan Data 52
4.2.4 Pengkategorian Data 53
4.2.5 Analisis Kandungan 53
4.3 Nuranisah 53
4.3.1 Motivasi Pelajar 54
4.3.2 Kognisi Pdajar 57
4.3.3 Kesan Terhadap Pelajar 59
4.3.4 Penyesuaian Pelajar 60
4.4 Madza 62
4.4.1 Motivasi Pelajar 63
4.4.2 KognitifPelajar 66
4.4.3 Kesan Terhadap Pelajar 68
4.4.4 Penyesuaian Pelajar 69
4.5 Jill 71
4.5.1 Motivasi Pelajar 71
4.5.2 KognitifPelajar 75
4.5.3 Kesan Pelajar 77
4.5.4 Penyesuian Pelajar 78
4.6 Stevant 80
4.6.1 Motivasi Pelajar 80
4.6.2 Kognisi Pelajar 82
4.6.3 Kesan Terhadap Pelajar 84
4.6.4 Penyesuaian Pelajar 85
4.7 Alex 87
4.7.1 Motivasi Pelajar 89
4.7.2 Kognisi Pelajar 92
VB
I 4.7.3 Kesan Pelajar 94
4.7.4 Penyesuian Pelajar 96
4.8 Kajian Kes 98
4.8.1 Pelajar Motivasi 98
4.8.1.1 Kepentingan Persekolahan 98
4.8.1.2 Kejayaan Akademik dan Kebolehan Pembelajaran Dilihat 100
4.8.1.3 Mata pelajaran yang disukai dan pengaruh guru,keluarga 101
dan program pendidikan
4.8.2 Kognisi 102
4.8.2.1 Pengurusan dan Perancangan 102
4.8.2.2 Penetapan Matlamat 102
4.8.2.3 Pembelajaran dan Tabiat Kerja 103
4.8.2.4 Orientasi Tugas, Tumpuan, dan Ingat 103
4.8.2.5 Bantuan Sosial dan Pengaruh Guru, Keluarga, Program 104
dan Pendidikan
4.8.3 Kesan Ke Atas Pelajar 105
4.8.3.1 Kesan Penyakit 105
4.8.3.2 Kepuasan dengan Pembelajaran di SDH 105
4.8.3.3 Pengaruh Guru, Keluarga dan Program Pendidikan 106
4.8.4 Pelarasan Pelajar 106
4.8.4.1 Pertalian Sosial dan Ikatan Kekeluargaan 106
4.8.4.2 Kepercayaan Kawalan Kendiri 107
4.9 Kesimpulan 108
5 PERBINCANGAN DAN IMPLlKASI
5.0 Pendahuluan 109
5.1 Soalan Penyelidikan 1 111
5.1.1 Simbol Punca dan Kesan 112
5.1.2 Jaangkaan Hasil 118
5.1.3 Matlamat Kognitif 121
5.1.4 Ringkasan 122
5.2 Soalan Penyelidikan 2 123
5.2.1 Organisasi dan Perancangan 124
Vl11
I
5.2.2 Penetapan Matlamat 125
5.2.3 Penstrukturan Persekitaran dan Orientasi Tugas 126
5.2.4 Bantuan Sosial 127
5.2.5 Ringkasan 128
5.3 Soalan Penyelidikan 3 128
5.3.1 Ringkasan 131
5.4 Soalan Penyelidikan 4 132
5.4.1 Kecekapan Sosial 132
5.4.2 Kejayaan Akademik 135
5.4.3 Kepercayaan Kawalan Peribadi 135
5.4.4 Ringkasan 137
5.5 Sumbangan Kajian 139
5.6 Kesimpulan 145
RUJUKAN 146
LAMPlRAN 151
IX
SENARAI JADUAL
Jadual 1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Nama Samaran
Nuranisah
Madza
Jill
Steven
Alex
Kaedah Kajian
Peserta yang menerima perkhidmatan pendidikan semasa kajian
dija1ankan
Temubual Separa Berstruktur dengan Pelajar (Nuranisah)
Temubual separa berstruktur dengan Guru di Sekolah Dalam
Hospital
I
160
161
162
163
164
165
166
167
168
171
x
SENARAI RAJAH
Rajah
Kerangka Kajian 6
Xl
ALL
SOH
SOH HUS
HU
KKM
KPM
SCCS
YNY
SENARAI RINGKASAN
Akut Lymphoblastic Leukemia
Sekolah Oalam Hospital
Sekolah Oalam Hospital, Hospital Umum Sarawak
Hospital Universiti
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sarawak Children Cancer Society
Yayasan Nurul Yakin
Xli
ABSTRAK
PENGARUH KEPERCAYAAN EFIKASI KENDIRI TERHADAP PENGALAMAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK KANSER DI SEKOLAH
DALAM HOSPITAL
Mohamad Taha bin Abol
Apabila menghadapi situasi masalah tahap kesihatan yang kronik seperti kanser, kanak
kanak kanser mempunyai keterbatasan dari segi fizikal mahupun kebolehan kognitif,
menyebabkan mereka beranggapan tidak ada peluang untuk betjaya di dalam bidang
akademik dan kegagalan sering muncul di fikiran mereka sendiri. Oleh itu, objektif kajian
ini adalah untuk mengkaji (i) bagaimana kepercayaan efikasi kendiri mempengaruhi
motivasi pelajar paedriatik onkologi untuk belajar dalam persekitaran di hospital, (ii)
keupayaan mereka untuk mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti akademik, (iii) tahap
kepuasan dan tindakbalas afektif mereka terhadap pengalaman belajar di hospital;
penyesuaian diri mereka di bawah keadaan sukar (iv) pemerolehan dan penggunaan
kemah iran kawal selia kendiri pelajar. Kes-kes yang dikemukakan dalam kajian ini
memberi tumpuan kepada 5 orang pelajar paedriatik onkologi dalam lingkungan usia 11
14 tahun terhadap pengalaman pembelajaran mereka yang menerima perkhidmatan
pendidikan di sekolah dalam Hospital (SOH). Data telah dikumpulkan menggunakan
pelbagai kaedah kualitatif dalam tempoh 3 bulan dan sesi temu bual telah dianalisis dari
perspektif Konstruktivis. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan pendidikan di
hospital memberi kesan motivasi sebagai persediaan pelajar-pelajar kanser untuk kembali
kepada persekitaran sekolah secara proximal. Bagi pelajar yang tidak berpeluang segera
kembali ke bilik datjah, program perkhidmatan pendidikan hospital memberi ruang sosial
yang penting. Keberkesanan kepercayaan akademik yang tinggi dalam kalangan pelajar
pedriatik onkologi disebabkan masalah ketiadaanperbandingan maklumat sosial dengan
rakan sebaya mereka. Mereka bergantung sepenuhnya dengan guru di hospital dan ibu
mereka bagi mengawal selia kendiri mereka. Walaupun kajian ini memberi tumpuan
kepada aspek teori dan psikologi pembelajaran terhadap kanak-kanak menghidap kanser,
keupayaan kanak-kanak untuk betjaya sebahagiannya masih bergantung kepada polisi,
amalan, dan skop program pendidikan. Oleh yang demikian, kertas penyelidikan ini telah
mengaitkan penemuan teori dengan cadangan-cadangan yang praktikal bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar pediatrik
onkologi yang berada di hospital
Xl11
ABSTRACT
INFLUENCE OF BELIEF IN SELF EFFICACIES AGAINST THE CANCER CHILDREN AND THEIR LEARNING EXPERIENCE AT SCHOOL IN
HOSPITAL
Mohamad Taha bin Abol
When a chronic medical condition, such as cancer, imposes limitations on a child's
physical and/or cognitive abilities, the opportunities for the child to feel academically
successful are reduced and thus these children are at risk of becoming underachievers
and failure in their own eyes. Therefore, the objectives of this research were to examine
(i) how self-efficacy beliefs influence paediatric oncology students' motivation to learn in
the hospital setting, (ii) their ability to regulate and master academic activities, (iii) their
affective response to their hospital learning experience; their personal adjustment under
adverse conditions and (iv) students' acquisition and use of self-regulatory skills. The
cases presented in this study focus on the learning experiences of5 paediatric oncology
students at the age ranged 11- 14 years receiving educational services at School in
Hospital (SDH),Data were collected using multiple qualitative methods over a 3 month
period and interview session were analysed from a constructivist perspective. Results
indicated that, motivationally, hospital education was valued most when the children's
goal of returning to the community school was proximal. For those students with no
immediate expectation of returning to the classroom, the hospital education program
provided them with important social contacts. Academic efficacy beliefs were strongly
linked to the way paediatric oncology students attributed their difficulties in the absence
ofpeer social comparative information. They depended heavily on their hospital teachers
and mothers to structure their learning experiences that could not be considered self
regulated learners. Although this study focused on the theoretical and psychological
aspects of learning and the child with cancer, the ability of a child to succeed is still
partially dependent on the policies, practices, and scope of the educational program.
Therefore, this research paper concludes by linking the theoretical findings with practical
recommendations for the improvement of educational services offered to hospitalized
paediatric oncology students.
XIV
BAB1
PENGENALAN
I
1.0 Pengenalan
Bab ini memberi gambaran dan perbincangan berkaitan latarbelakang kajian,
diikuti dengan penyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian yang memberi panduan
kapada perlaksanaan kajian, kerangka kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi
istilah yang akan digunakan sepanjang kajian ini.
1.1 Latarbelakang Kajian
Tesis ini menerangkan isu-isu yang berkaitan kepercayaan efikasi kendiri kanak
kanak yang menghidap kanser dan perlaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital. Ia
mengandungi perbincangan ringkas berkaitan topik kanser di kalangan kanak-kanak dan
perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar onkologi. Lebih khusus lagi, ia
berrnula dengan penerangan program pendidikan hospital dan justifikasi untuk klasifikasi
diagnosis kanser sebagai penyakit kronik. Jenis dan kejadian kanser kanak-kanak di
Malaysia dibincangkan dan ciri-ciri tiga jenis kanser disediakan. Kesan kanser pada
perkembangan kanak-kanak dan pada pencapaian akademik mereka dibincahkan secara
terperinci. Dari itu, pengkaji menggariskan cabaran-cabaran yang berkaitan dengan
penyediaan pendidikan di persekitaran hospital. Selain itu, persepsi terhadap kawalan
kendiri kanak-kanak sakit kronik turut diterokai, kerana ia berkaitan dengan program
pendidikan di persekitaran hospital.
Bab dua kajian ini mengandungi penjelasan mengenai rangka keIja teori dan
model teori yang digunakan sebagai panduan kajian ini. Kajian ini dijalankan melalui
kaedah kajian kes dan disandarkan pad a perspektif konstruktivis seperti yang dinyatakan
dalam bab 3. Bab 4 pula mengandungi butiran khusus mengenai konteks di mana temp at
kajian dilaksanakan berserta dengan gambaran keseluruhan, kehidupan harian kanak
kanak secara individu. Tesis ini diakhiri pada bab 5 dengan kembaIi kepada persoalan
kajian dan membentangkan batasan kajian dan cadangan penyelidikan yang dapat
dilaksanakan pada masa depan.
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut Pusat Sumberdan Pendidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (2014), pada
setiap tahun lebih kurang 1200 kes baru kanser kanak-kanak didiagnosis di Malaysia.
Antara jenis kanser yang biasa pada kanak-kanak di Malaysia adalah Leukemia iaitu
kanser sel darah putih, Limfoma iaitu kanser pada tisu limfoid dan Tumor Otak iaitu
Kanser yang berlaku di Otak. Selain itu, jenis kanser lain yang biasa dihidapi oleh pesakit
kanser kanak adalah Osteosarcoma iaitu kanser tulang, Neuroblastoma iaitu Kanser
sistem saraf simpatik, Wilms' Tumor iaitu Kanser buah pinggang dan Hepatoblastoma
iaitu jenis kanser hati yang berlaku pada peringkat kanak-kanak. Menuru Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2013, kes kanser telah meningkat dari 18 219 kes pada
tahun 2007 kepada 43 596 kes pad a tahun 2013 rakyat Malaysia adalah penghidap kanser.
2
Manakala menurut unit paediatrik onkologi Hospital Umum Sarawak secara khususnya,
terdapat sebanyak 60 kes baharu kanser kanak-kanak telah didaftarkan di Hospital Umum
Sarawak pada tahun 2014 (SeeS, 2015, Utusan Sarawak, 2015).
Penyakit kanser adalah penyakit yang boleh dirawat sekiranya kanser tersebut dikesan
lebih awai. Lebih 80% kanak-kanak yang menghidap kanser berjaya diselamatkan
(SeeS, 2015). Kanak-kanak ini akan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa semasa
dan selepas rawatan. Walau bagaimanapun, rawatan tersebut boleh meninggalkan kesan
pada keadaan fizikal, emosi, dan psikologi kanak-kanak. Kanak-kanak yang menjalani
rawatan mungkin terpaksa bercuti sekolah untuk semen tara waktu sehingga doktor
membenarkannya bersekolah semula. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu
menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan keadaannya, terus berhubung dari masa
ke masa dan bekerjasama dengan sekolah untuk membantu anak mereka menyambung
persekolahan selepas rawatan.
Kanak-kanak kanser biasanya tidak hadir ke sekolah dengan purata 40 han setahun
kalender persekolah pada peringkat awal rawatan berbanding kanak-kanak sihat iaitu
dengan purata tiga hari (Prevatt et aI., 2000). Kadar kehadiran kesekolah yang rendah
menyebabkan mereka terputus hubungan sosial bersama rakan persekolahan dan ini
mempengaruhi efikasi diri mereka untuk meneruskan pelajaran di sekolah asai.
Kewujudan Program Sekolah Oalam Hospital (SOH) merupakan program inovasi dalam
pendidikan yang disesuaikan dengan keadaan persekitaran di Hospital bagi membolehkan
kanak-kanak dalam usia persekolahan terus menerima perkhidamatan pendidikan
walaupun terpaksa berada di hospital dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan
rawatan. Untuk memastikan tahap efikasi diri mereka berada di tahap yang tinggi,
disarankan kepada guru untuk menyesuaikan strategi pengajaran yang digunakan dan
3
penetapan matlamat pengajaran disandarkan kepada kepercayaan Efikasi Kendiri pelajar
pelajar, bagi meningkatkan pengetahuan akademik pelajar seterusnya meningkatkan
kemampuan pelajar untuk pembelajaran kendiri. Oleh itu kajian ini ingin melihat
kemampuan kewujudan sekolah dalam hospital untuk meningkatkan kepercayaan efikasi
kendiri pelajar yang menghidap penyakit kanser di Hospital Umum Sarawak.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk menyiasat kesan kewujudan sekolah dalam hospital
terhadap kepercayaan efikasi kendiri pesakit kanser di kalangan kanak-kanak berusia
antara 0 hingga 15 tahun yang di masukkan ke wad pediatrik onkologi Hospital Umum
Sarawak.
1.3.2 Objektif Khusus
1. Untuk mengkaji kesan kepercayaan efikasi kendiri pelajar onkologi dalam
mempengaruhi motivasi mereka untuk belajar dalam persekitaran hospital
2. Untuk mengkaji kesan kepercayaan efikasi kendiri pelajar onkologi dalam
mempengaruhi keupayaan mereka untuk mengawal dan menguasai aktiviti
pendidikan
3. Untuk mengkaji kesan kepercayaan efikasi kendiri pelajar onkologi dalam
mempengaruhi tahap kepuasan dan tindak. balas afektif untuk pengalaman
pembelajaran mereka
4. Untuk mengkaj i kesan kepercayaan efikasi kendiri pelajar onkologi bagi
membolehkan pelarasan peribadi di bawah keadaan yang sukar
4
Pusat Khidmat MakJumat Akau i.J... UNIVERSm MALAYSIA SARAV' '(
1.4 Soalan Kajian
1. Bagaimana kepercayaan efikasi pelajar onkologi 'mempengaruhi motivasi mereka untuk
be\ajar dalam suasana hospital?
2. Bagaimana kepercayaan efikasi pelajar onkologi 'mempengaruhi keupayaan mereka untuk
mengawal dan menguasai aktiviti pendidikan?
3. Bagaimana kepercayaan efikasi pelajar onkologi 'mempengaruhi tahap kepuasan dan
tindak balas afektif untuk pengalaman pembe\ajaran mereka?
4. Bagaimana kepercayaan efikasi pelajar onkologi 'membo'lehkan pelarasan peribadi di
bawah kedaan yang sukar?
5
1.5 Kerangaka Kajian
Domain Personal dan Sosial Eflkasi Umum
Luaran Kendiri
Personal dan EfIkasi Akademik
Motivasi
Kognitif -
Pembelajaran dan
Pengalaman Persekolaban
Afektif
Kepuasan dan Tidak halas
Afektif
[ Motivasi
EfIkasi Kendiri
PemiIiban
Kawai selia aktiviti Utama
Penyesuaian dan
Mengbadapi
6
1.6 Skop Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di wad onkologi hospital umum Sarawak dan di
sekolah dalam hospital umum Sarawak. Respondan kajian ini hanya terhad kepada
kanak-kanak yang didiagnosis kanser, ibu-ibu yang menjaga mereka dan guru-guru
yang hanya mengajar di sekolah dalam hospital. Kajian ini juga hanya membincangan
persekitaran konsep kepercayaan efikasi kendiri, kemampuan guru dan sekolah dalam
hospital untuk meningkatkan kepercayaan efikasi kendiri pesakit kanser dan kesan
penyakit kanser terhadap efikasi kendiri pelajar dan kehidupan harian mereka.
1.7 Definisi Istilah
Istilah Definisi Konsep
1 Efikasi kendiri Penilaian diri tentang kemampuan untuk melakukan tindakan yang tepat seperti yang dikehendaki
2 Sekolah Oalam Hospital (SOH)
Sekolah yang dibina di dalam kawasan hospital dan berdekatan dengan wad kanak-kanak bagi memberi kemudahan pendidikan kepada pesakit kanak-kanak
3 Wad Pediatrik Onkologi
Wad yang memberi rawatan kemoterapi kepada kanakkanak kanser
I
4 Kanak-kanak Kanser Kanak-kanak yang didiagnos kanser dan berusia antara 0 sehingga 15 tahun
5 Pelajar Onkologi Kanak-kanak kanser yang belajar dan memperolah pendidikan sementara di sekolah dalam hospital
1.8 Kesimpulan
Bahagian ini menerangkan ten tang latarbelakang kajian yang dijalankan.
Bahagian ini juga menyenaraikan objektif kajian yang seterusnya digunakan sebagai asas
kepada pembinaan soalan kajian yang akan menjadi panduan perlaksanaan kajian.
7
BAB2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan
Rangka kerja teori yang digunakan sebagai panduan kajian ini adalah berdasarkan
kepada teori Efikasi kendiri Albert Bandura, (1986) yang berkaitan dengan teori kognitif
sosial dan pendekatan Zimmerman, & Kitsantas, (2005), & Kitsantas, (2005) untuk
pembelajaran kawal selia kendiri pelajar. Rajah 2 menunjukkan rangka kerja teori yang
digunakan dalam kajian. Gambaran model dan teori yang digunakan akan diterangkan
dalam bahagian berikut. Oi samping itu, beberapa kritikan terhadap kepercaaan efikasi
kendiri dan justifikasi pemilihan teori juga akan dibincangkan.
2.1 KaJian Lepas
Kajian yang dijalankan oleh Fadhilah, (2013) untuk mengenal pasti hubungan
antara tahap efikasi kendiri dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar kejuruteraan
mendapati pelajar perempuan mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding
pelajar lelaki. Hasil kajian menunjukkan bahawa sekiranya efikasi kendiri meningkat,
maka kemahiran belajar juga akan turut meningkat. Kajian oleh Alias dan Mohd. Hafir
(2009) yang mencari perkaitan antara keyakinan diri dalam akademik dengan pencapaian
kognitif dalam kalangan pelajar kejuruteraan mendapati bahawa pelajar yang diberikan
rangsangan positif menunjukkan nilai akademik yang tinggi berbanding kumpulan yang
diberikan rangsangan negatif. Menurut Teng Lung Kiu (2006), guru yang mempunyai
efikasi-kendiri tinggi lebih bersedia menerima inovasi dalam sistem pendidikan. Guru
8
berefikasi-kendiri tinggi akan menjadi pendorong utama kepada perkembangan
pendidikan yang akan membawa negara memasuki peradaban gelombang ketiga.
Manakala Wright, Jenkins-guarnieri, & Murdock (2012) menyatakan efikasi kendiri
sebagai kepercayaan individu mengenai keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas
yang diberikan dan kemahiran seseorang untuk berjaya melaksanakan tugas.
2.2 Eflkasi Kendiri
Efikasi kendiri adalah penilaian diri tentang kemampuan untuk melakukan tindakan
yang tepat seperti yang dikehendaki . Salah satu faktor utama yang mempengaruhi palajar
untuk berjaya dalam pembelajaran ialah aras efikasi-kendirinya. Efikasi-kendiri adalah
"pertimbangan seseorang mengenai kemampuan untuk merancang dan melaksanakan
tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
(Bandura, 1986). Keyakinan diri atau efikasi diri adalah sifat kendiri yang dapat
mempengaruhi jenis aktiviti yang dipilih. Efikasi diri juga merupakan kepercayaan
seseorang akan kemampuannya untuk menghadapi sebarang masalah yang bakal
dihadapi. Efikasi diri akan menentukan kejayaan dalam menampilkan sesuatu tingkahlaku
dan seterusnya akan mempengaruhi individu itu sendiri. Dengan kata lain, apabila
seseorang memperoleh kejayaan terutamanya dalam pembelajaran, maka efikasi dirinya
akan meningkat. Menurut Wood & Bandura (1989) semakin tinggi efikasi kendiri
seseorang individu, maka semakin bermotivasi seseorang secara kognitif untuk berusaha
lebih gigih terutamanya apabila matlamat yang hendak dicapai telah dikenalpasti. Pada
dasarnya efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan sejauhmana individu menilai
kemampuan dirinya dalam melaksanakan tugas atau melakukan suatu tugas yang
diperlukan untuk mencapai suatu hasil tertentu.
9
Bandura (1989), menyatakan persepsi individu terhadap efikasi kendiri akan
menentukan sejauh mana usaha yang akan dilakukan dan berapa lama masa yang
diperlukan untuk seseorang individu dalam menghadapi pengalaman yang tidak
menyeronokkan. Kesimpulannya efikasi diri adalah kepercayaan individu tentang
kebolehan diri untuk mencapai matl am at khusus yang merangkumi ciri-ciri aras
kesukaran matlamat (magnitud), generalisasi matlamat dan kepercayaan tentang
keupayaan mencapai sesauatu objektifyang telah ditentukan (kekuatan) (Mawanti, 2011).
Efikasi kendiri berlaku apabila seseorang individu mampu mengenali diri sendiri
dengan mencatat sebanyak mungkin aspek positif yang dimiliki, serta menerima
kelemahan yang ada pada dirinya (Hambawani, 2011). Bandura (1989) mengemukakan
terdapat empat sumber penting yang digunakan individu dalam membina efikasi diri,
iaitu:
2.2.1 Pencapaian Prestasi
Pengalaman yang dialami oleh individu secara langsung adalah faktor utama untuk
meningkatkan efikasi diri yang dimiliki seseorang. Apabila seseorang pernah mengalami
kejayaan di masa lalu, maka ia dapat meningkatkan efikasi dirinya. Peningkatan tahap efikasi
diri tidak akan berlaku apabila kejayaan yang dicapai adalah berpunca dari faktor-faktor
di luar diri seseorang individu.
2.2.2 Pengalaman orang lain
Individu yang melihat kejayaan orang lain dalam melakukan sesautu aktiviti dapat
meningkatkan efikasi dirinya jika ia mempunyai keupayaan yang standing dengan
individu tersebut. Individu yang pada awalnya mempunyai efikasi kendiri yang rendah
akan sedikit berusaha untuk dapat mencapai kejayaan seperti yang diperoleh orang lain.
10
------------------~~~