Author
perdull-der-chopper
View
319
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ssssssssxxxx
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
[KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS]J43404 / J43886
1.0 PENGENALAN1.1DEFINISI PENDIDIKAN KHASPendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkn memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend(2005) menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi lain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,berupaya, beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASKanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi digunakan pada masa kini atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori,keupayaan komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti maksimum.Menurut Kirk(1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian, bantuan yang disediakan oleh sekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar pendidikan khas.Pendidikan khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi membantu murid keperluan khas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976) dalam bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat mendalam sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi kriteria yang diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun, reaksi ibu bapa akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka.Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapat menerima kehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidup bahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha menjalani pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap perkembangan anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998).Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasan mobilitinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana atau berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991).Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti sindrom Down, Autisme ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder, terencat akal minimum termasuklah masalah mental Carebral Palsy, bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).2.0 AutismeAutisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahami sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang mempunyai anak pengidap autism, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah membuat penyelidikan tentang autism, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta kesannya terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari.2.1Definisi AutismePada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu, perasaan bimbang timbul di kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini kerana autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi, pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung meningkat dari tahun ke tahun.Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memeperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap pengidap autism yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibal dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan pengidap autisme.Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate aform relationship with other. Kamus elektronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autism ialah disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka , dapat disimpulkan di sini, autism merupakan gangguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan sentuhan.Kannar (dalam safari, 2005) mendefinisikan autism sebagai ketidakmampuan untuk berinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial atau mengembangkan komunikasi secara noramal.Menurut Ginanjar(2001), autism adalah gangguan perkembangan yang komplek disebabkan oleh adanya kerosakan pada otak., sehingga mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap persekitaran dan pembelajaran.Biasanya tanda-tanda akan mula kelihatan ketika anak berusia 3 tahun ke bawah.2.2Peringkat Autismea)Autisme RinganPada tahap ini, anak autism masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidak berlangsung lama. Anak Autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggil namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih boleh dilakukan secara dua arah meskipun hanya sesekali. Tindakan tindakan yang dilakukan seperti memukulkan kepalanya sendiri, menggigit kuku, gerakan tangan yang sterotipik dan sebagainya. Masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.b)Autisme sedangPada tahap ini, anak autism masih menunjukkan sedikit kontek mata, namun ia tidak memberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakiti diri sendiri, acuh dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak untuk dikendalikan tetapi masih boleh diusahakan.c)Autisme BeratPada tahap ini, anak autism menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali. Biasanya anak autism memukul-mukul kepalanya ke tembok secara berulang-ulang dan terus-menerus tanpa berhenti-henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun anak tidak memberi respondan tetap melakukan, bahkan kondisi berada dipelukkan orang tuanya, anak autism tetap memukul-mukul kepalanya. Ia akan berhenti setelah mereka rasa keletihan kemudian langsung tertidur.2.3Ciri-Ciri Kanak Autismea)Masalah KomunikasiSeseorang kanak-kanak autism biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya jika seseorang bertanya sudah makan?, dia menjawab sudah makan. Jika ditanya Sudah minum?, di menjawab sudah minum. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif.b)Suka BersendirianMasalah paling ketara ialah kanak-kanak autism tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalm dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalinkan kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas.Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta atau seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh atau berlainan daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autism biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diamabil, dialih atau hilang. Kebanyakkan kanak-kanak autisme akan menunjukkan tinkahlaku yanag bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan, menjengkit-jengkit kakinya apabila berjalan, memutar-mutar benda seperti tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik, serta mengumpul batu-batu, bermain suis lampu dan sebagainya.Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian, didapati hampir 30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi, anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dari usia sembilan bulan ke atas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak-kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri-ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak-kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autistik sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secara langsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang suka mencederakan diri menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan. Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan. Jika selesa berbahasa Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa juga dan ibu bapa disaran menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan mereka. Ini penting dalam mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism dan memudahkan komunikasi ketika mereka berada bersama masyarakat.c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuanKanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta sering menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing. Mereka juga sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan sering menunjukkan pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang.d) Masalah tingkah lakuMasalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;i. Suka mengasingkan diri.Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yang terlampau dengan tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan kebimbangan akan dicederakan oleh kanak-kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.ii. Kumpulan pasif Kanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahami keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah laku mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa mengira apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran mereka.iii. Tidak tahu bersosial Oleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya tidak tahu bersosial dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan kemampuan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain.iv. Aktif tetapi berperangai pelikKanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli, tetap dengan sikapnya seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan.3.0 Ciri sampingan kanak-kanak AutismeKanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Malahan, pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang lain iaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak autisme ini keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Keadaan ini boleh menggugat kesihatan mereka.
Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang ke rumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya ada juga jiran yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan memberi komen yang membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang berkeperluan khas malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut. Realitinya inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu untuk berhadapan dengan dunia luar.
Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha mereka mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasangan yang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu bapa amnya perlu ada rasa tanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat kestabilan rumah-tangga mereka.
Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik serta bijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh sebab itu, penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.
3.0KAJIAN KES Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Kajian yang kami lakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak. Sekolah tersebut mempunyai kelas murid-murid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalah pembelajaraan.Sekolah tersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7 orang pembantu pengurusan murid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan sebagai contoh, Sindrom Down,Autisme,Disleksia dan Masalah Pembelajaran.Selebihnya pelajar yang diinklusifkan separa .
3.1PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK
1. Nama: FATHIMAH BINTI KHALID2. Jantina:PEREMPUAN3. Bangsa:MELAYU4. Agama:ISLAM5. Tarikh Lahir:14 OKTOBER 20056. No.Surat Beranak:BP124987. Bil.Adik Beradik:3 ORANG8. Anak Ke:29. Nama Bapa:KHALID BIN HJ ZAKARIA10. Pekerjaan Bapa:-11. Nama Ibu:NOREHA BINTI MOHD NOH12. Pekerjaan Ibu:SURIRUMAH13. Alamat Rumah:12 JLN SM 11, TAMAN SUNWAY BATU CAVES, 68100, BATU CAVES, SELANGOR.
3.2TUJUAN KAJIANKajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis-jenis ketidakupayaan kanak-kanak tersebut.Sebelum menjalankan kajian kami telah menyediakan senarai semak atau instrumen diagnostik mengenai ketidakupayaan ketidakupayaan tertentu bagi mengetahui apakah ketidakupayaan murid tersebut iaitu Autisme.Apakah ciri-ciri yang boleh dikatakan seseorang itu mempunyai masalah autisme. .Setelah mengenalpasti ciri-ciri yang dimiliki, seseorang itu akan dikenalpasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami.Selain itu, kajian dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian seseorang kanak-kanak itu.Penilaian pencapaian ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti latihan yang telah diberikan oleh guru-guru.Penilaian pencapaian yang dijalankan membolehkan guru-guru menilai kebolehan seseorang murid dan mengetahui kelemahan serta kekuatan murid. Ini penting bagi guru-guru untuk membolehkan guru-guru menyediakan Rancangan Pendidikan Individu(RPI) yang sesuai.Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas.Sebagai yang kita ketahui mereka mempunyai sifat dan sikap yang berbeza dengan murid-murid normal yang lain.Maklumat yang diperolehi dapat membantu sseorang guru itu untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah tingkahlaku, emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas.Hal ini kerana, masalah-masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar murid-murid khas.3.3 KAEDAH KAJIAN(LAMPIRAN 1)Dalam kajian yang telah kami jalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah kami gunakan.Kaedah-kaedah ini dapat membantu kami dalam menjalankan kajian serta melengkapkan laporan ini. Di sini kami telah menggunakan 3 kaedah iaitu:Pertama, kaedah temubual.Kami telah menemubual beberapa orang guru pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid(PPM) bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh murid yang dikaji.Selain itu, kami juga sempat menemubual bapa murid berkenaan yang mana bapanya merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru bagi Kelas Pendidikan Khas.Namun begitu, apa yang kami dapati guru-guru lebih mengetahui masalah murid tersebut. Tambahan pula, guru mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang pendidikan khas ini.Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami dapati banyak maklumat yang diperoleh dan mudah untuk difahami.Kedua, kami telah menggunakan kaedah soal selidik.Soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru pendidikan khas di sekolah tersebut bagi mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan murid yang dikaji.Ini memudahkan lagi tugasan kami untuk menganalisis serta mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami oleh murid tersebut.Ketiga, kami telah melakukan kaedah pemerhatian.Pemerhatian telah dilakukan dengan melihat segala perbuatan atau tingkahlaku murid yang dikaji.Pemerhatian yang dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada murid tersebut bergaul dengan orang lain ataupun tidak.Melalui kaedah ini juga kita dapat melihat kelima-lima aspek perkembangan murid yang dikaji.Aspek yang dimaksudkan ialah kognitif, kemahiran komunikasi, kemahiran motor, sosial , emosi dan pengurusan dirinya.3.4 PENILAIAN PENGESANANLangkah pertama yang kami jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan Subjek . Jadi untuk mengenal pasti kami telah menggunakan penilaian pengesanan.Sebagaimana yang diketahui, penilaian pengesanan merupakan penilaian yang tidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian.Melalui pemerhatian tersebut, kita dapat menyenaraikan tingkah laku serta tanda-tanda ketidakupayaannya. Sewaktu kali pertama melihat Subjek, kami berpendapat Subjek bermasalah Autisme. Jadi, untuk meneguhkan lagi pendapat, kami telah menggunakan senarai semak yang berkaitan dengan ciri-ciri masalah autisme.Terdapat beberapa kategori yang dicirikan sebagai Autisme iaitu tidak mampu bersosial, tidak boleh bertutur dan berkomunikasi, mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan serta masalah tingkah laku. Setelah menjalankan pengesanan terhadap subjek didapati subjek menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti tidak menghiraukan orang lain pada waktu mula berjumpa dengannya, tidak suka bersentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) , tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi, tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. Di samping itu, subjek juga suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan dan tidak boleh duduk diam.Jadi kesimpulannya, penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas Subjek mendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Autisme. Ini dikukuhkan lagi dengan laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Hospital Selayang pada tarikh 8 Februari 2011 oleh Dr Nurulwafa Binti Hussain(lihat lampiran).3.5 PENILAIAN PERKEMBANGANPenilaian perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap perkembangan seseorang kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif, social,emosi,,motor,yang terdiri daripada motor halus dan kasar, bahasa dan komunikasi.Sekiranya seseorang kanak-kanak atau individu itu tidak berupaya berkembang secara normal, guru-guru boleh serta harus menjalankan proses intervensi awal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya walaupun tidak sepenuhnya.4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS YANG DIPILIH.Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan,kanak-kanak yang dikenali sebagai Subjek merupakan kanak-kanak berkeperluan khas. Subjek merupakan kanak-kanak autism .Subjek dipilih dalam kajian kes ini kerana kanak-kanak autism merupakan kanak-kanak yang snagat unik. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai tingkah laku yang berlainan, Namun begitu kanak-kanak autism mempunyai kelebihan dan keisetimewaan yang tersendiri jika kita berjaya mendorong mereka melakukan sesuatu yang lebih baik.Berdasarkan cerita gurunya yang mendapat maklumat daripada ibunya, beliau menyatakan bahawa pada awalnya Subjek kelihatan seperti kanak-kanak normal lain. Namun begitu, beliau mula risau apabila anaknya berusia 6 tahun kerana telah diberitahu oleh guru tadikanya bahawa anaknya berkemungkinan autisme. Akhirnya beliau telah membawa anaknya melakukan pemeriksaan doktor pada bulan Februari 2011 dan barulah beliau mengetahui anak beliau merupakan kanak-kanak autisme.4.1FizikalSubjek adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak autism. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Subjek didapati lebih suka bersendirian dan tidak gemar bersosial.4.2KomunikasiSelain itu,ciri-ciri lain yang dapat dilihat pada subjek ialah subjek mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala dia seolah-olah tidak memahami apa yang dituturkan dan apa yang dilihat..Dengan kata lain. Subjek dilihat seperti berada dalam dunianya yang tersendiri. Masalah utama yang dihadapi oleh Subjek ialah kemahiran komunikasi daya ingatan yang pendek. Hal ini menyebabkan dia gagal memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi. Ini akan menjadi masalah yang serius juka dibiarkan berterusan. Sekiranya tidak diberi rawatan ataupun tidak dibantu mempertingkatkan komunikasi, ia akan menjejaskan kehidupan sosial Subjek pada masa hadapan. Hal ini akan menyebabkan Subjek merasa tersisih daripada masyarakat normal yang lain.4.3Gangguan DeriaCiri seterusnya ialah gangguan deria ialah tidak suka dipegang atau disentuh. Ciri ini merupakan ciri yang terdapat pada Subjek berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Sebagai contoh, di dalam kelas matematik Subjek tidak suka disentuh oleh gurunya iaitu Puan Siti Khadijah.Apabila melihat Subjek hanya mendiamkan diri gurunya tersebut memegang tangan dan membantu menulis nombor tersebut. Namun begitu, kelihatan Subjek tidak selesa apabila berbuat demikian.4.4EmosiSelain itu,dari segi emosi subjek mudah berubah-ubah dan sangat sukar untuk diramal. Subjek akan mengamuk apabila melakukan sesuatu yang tidak disukai olehnya.Selain itu, dia juga tidak mampu mengawal emosinya daripada menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada seseorang. Perkara tersebut sangat berbeza dengan perkembangan emosi kanak-kanak normal seusia dengan Subjek yang sudah mampu mengawal emosinya.4.5 SosialDari aspek perkembangan sosial pula, Subjek menjadi handicap apabila berinteraksi dengan orang lain. Subjek sentiasa menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengannya.Oleh sebab,Subjek suka menyendiri maka Subjek tidak suka bersosial . Hal in disebabkan Subjek lebih suka atau berminat bercakap mengenai dirinya berbanding memahami orang lain .Kesimpulan yang boleh dibuat, ciri-ciri yang didapati pada Subjek sememangnya menunjukkan bahawa Subjek merupakan murid autism.Oleh itu , subjek perlulah diberikan perkhidmatan pendidikan yang sesuai untuk dirinya .
5.0 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KHAS YANG DITERIMA.5.1 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI LUAR.Subjek mendapat pendidikan di luar iaitu belajar di Maahad Tahfiz At-Tijara, di mana dalam masa seminggu tiga hari Subjek akan menhadirkan diri ke kelas Pendidikan Khas dan dua hari lagi ke Maahad Tahfiz At-Tijarah(Seperti lampiran surat kebenaran dan jadual).5.2 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (KELAS KHAS)Antara aktiviti yang dijalankan ke atas Subjek:-1)Terapi Berkuda Tempat:Rawang(Jelalang Warisan)
Masa: Setahun 2 kali mengikut kesesuaian. Tujuan: Terapi untuk tulang belakang,Postur badan,Kawalan mental dan Keseimbangan tubuh badan(Dengan bimbingan guru)
2)Lawatan Sosial
Contoh :
1)Tempat:Petrosains(KLCC)
Tujuan : Komunikasi dan sosial(pendedahan pada persekitaran)
2)Kilang Roti High 5
Tujuan : Memahami aktiviti yang dijalankan(Pengurusan diri)
3)Terapi Air(alat Noodle)
Tempat : Temple Park
Tujuan : Kekuatan pergelangan tangan /Fokus saikomotor mata dan tangan.
Masa : 2 kali setahun (Di bawah bimbingan Carolina Binti Wan Hassan)
4)Terapi Bowling
Tujuan :Lenturan badan , fokus mental dan koordinasi.(Pertama kali diperkenalkan.
5.3 .Rancangan Pendidikan Individu(RPI)(Lampiran 4)Kanak-kanak Khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri.Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut(Kauffman dan Hallahan, 2005). Oleh itu sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu(RPI) bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundanganSeterusnya RPI menjadi panduan dibeberapa buah negara termasuk negara kita Malaysia.dalam melaksanakan RPI murid-murid Khas perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti:1)Tahap pencapaian murid yang terkini.2)Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.3)Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan4)Jenis pendidikan Khas yang perlu disediakan oleh murid.5)Jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.6)Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.7)Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.
Rancangan Pendidikan Individu bagi subjek contoh bermasalah pembelajaran (boleh di lihat seperti dalam lampiran). Contoh matlamat jangka panjang untuk Subjek iaitu boleh menghasilkan perkaitan antara huruf konsonan dan vokal sehingga terhasil sukukata manakala objektif jangka pendek pula ialah Subjek akan dapat mengenal huruf dan boleh membeza vokal dan konsonan.Gurunya telah menggunakan pendekatan flash card , menyebut berulang-ulang dan menulis semula.Sehingga Mac 2012 didapati banyak penambahbaikan perlu dibuat ke atas subjek.Kesimpulannya Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.6.0 PENCAPAIAN SUBJEK DALAM BIDANG AKADEMIK, TINGKAH LAKU PENYESUAIAN, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KHUSUS DAN SEBAGAINYA.(LAMPIRAN 5)6.1Bahasa MelayuSubjek disifatkan sebagai murid yang berada pada tahap sederhana IQnya.Walaupun murid ini kategori Autisme , akan tetapi Subjek ini boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.Kekangan yang dihadapi oleh guru adalah sifat tumpuannya dalam mendalami mahupun menjalankan kerja-kerja psikomotor.Subjek tetap menjalani pengajaran dan pembelajaran mengikut Rancangan Pengajaran Individu(RPI)yang disediakan oleh guru.Melalui pemerhatian yang dibuat mengikut mata pelajaran, Subjek ini boleh mengikuti pembelajaran akan tetapi pada matapelajaran-matapelajaran tertentu sahaja.Hal ini disebabkan masalah tumpuan yang dihadapinya.Bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Subjek didapati baik dalam penulisan. Responden dapat membuat penilaian dengan menggunakan bahan maujud dan kad imbasan, dengan cara menyebut berulang-ulang dan menulis semula. Di dapati dengan cara ini subjek dapat mengikuti pengajaran gurunya dengan baik walaupun kadang-kadang Subjek tidak dapat memberikan tumpuan.6.2MatematikSeterusnya pemerhatian dibuat terhadap matapelajaran Matematik.Kelas tersebut mengandungi 6 orang murid .Apa yang dapat diperhatikan guru membuat pendekatan yang baik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan minat murid untuk belajar.Penggunaan bahan maujud dapat memainkan peranan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas terutamanya murid yang amat memerlukan perhatian yang lebih daripada seorang guru.Berdasarkan pemerhatian dan temuramah dengan guru Matematik didapati Subjek boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Subjek sudah dapat menulis nombor dari 1 hingga 100 dengan baik dan dapat mengenal nombor-nombor tersebut.Keadaan ini menunjukkan bahawa Subjek sudah dapat menerima pengajaran dan pembelajaran guru. Gurunya juga menggunakan pendekatan dua hala yang mampu menarik minat murid.Tambahan pula, guru sentiasa memastikan murid-muridnya berada dalam keadaan berminat untuk mengikuti pembelajaran.Cara guru Matematik mendekati murid juga merupakan faktor yang amat penting bagi mencapai RPI yang dirancang oleh seseorang guru itu.6.3Kemahiran ManipulatifBagi kemahiran manipulatif pula, melalui temubual secara tidak formal dengan Subjek didapati bahawa Subjek tidak berminat dalam matapelajaran Pendidikan Seni..Hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam kelas pendidikan seni didapati, lukisan, tampalan dan sebagainya dilakukan oleh Subjek tidak kemas.Walaupun, Subjek dapat menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan baik contohnya bagi kemahiran motor kasar Subjek dapat menolak bola, membaling bola, mendakap bola, menggolek bola dan sebagainya (seperti lampiran) . Bagi kemahiran motor halus pula didapati Subjek boleh merenyuk kertas, memerah span, mengoyak kertas, menampal kolaj dan sebagainya(seperti lampiran).Tetapi disebabkan subjek tidak mempunyai minat dalam pendidikan Seni maka hasil aktiviti Subjek tidak begitu kemas.6.4Pengurusan TingkahlakuBagi rekod pengurusan tingkah laku pula, Subjek didapati dapat menguruskan diri dengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Sebagai contoh dari segi disiplin diri, Subjek dapat beratur mengikut keperluan di sesuatu tempat, mematuhi arahan yang diterima, mematuhi pakaian seragam sekolah, dan dapat memperkenalkan diri sendiri. Jika dilihat dari segi sosial pula, subjek dapat mengenal rakan-rakan sebaya dalam kelas dan dapat melafazkan panggilan yang sesuai untuk orang lain.Begitu jika dilihat dari segi keselamatan didapati subjek dapat menguruskan diri sendiri dengan selamat.Daripada prestasi pengurusan tingkahlaku Subjek maka dapat memudahkan guru-gurunya untuk menguruskan subjek di dalam kelas mahupun di luar kelas.6.5MuzikBerdasarkan temubual dengan gurunya didapati Subjek amat berminat dengan subjek Muzik kerana apabila tiba waktu muzik subjek didapati bersungguh-sungguh semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh gurunya.Oleh itu, dapatlah dilihat di sini perbezaan dan masalah yang dihadapi oleh Subjek berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Walaupun Subjek merupakan kanak-kanak berkeperluan khas , ini tidak bermaksud dia perlu diabaikan. Terdapat beberapa cadangan intervensi awal yang boleh dibuat untuk Subjek. Intervensi awal yang boleh dibuat ke atas Subjek contohnya terapi muzik memandangkan subjek suka muzik.Terapi muzik dapat dilakukan ke atas subjek kerana penggunaan muzik ini membolehkan kedua-dua bahagian otak menerima pelbagai aspek yang terdapat di dalam muzik iaitu melodi, pic, ton, ritma, dan lain-lain. Penggunaan terapi muzik dengan aktif dapat memberikan ketenangan kepada kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak autism. Malah terapi ini juga, dapat menstimulasikan dan menghiburkan kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak autism sangat berminat pada muzik yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa pada mereka. Elemen-elemen muzik ini haruslah diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas ini kerana terapi ini secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak seperti subjek ini menyebut perkataan-perkataan mahupun angka yang diajar di dalam kelas. Selain itu, kanak-kanak ini juga mampu didisiplinkan melalui muzik.Kesimpulan berdasarkan pemerhatian,soalselidik dan temubual yang dijalankan didapati bahawa proses pengajaran yang dijalankan iaitu berdasarkan pelaksanaan dan keberkesanan Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang oleh guru untuk Subjek telah mencapai objektif pengajaran dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru.Melalui laporan ini juga, maka dapat membantu guru-guru untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran seterusnya kepada Subjek.
7.0 PENUTUPSecara kesimpulannya, permasalahan autism ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Dengan ini pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Ini kerana, kanak-kanak autism memerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling dan intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak-anak mereka. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan masa , tenaga dan kewangan.Kepada guru-guru tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dan direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak pengidap autism ini daripada berterusan dengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal dan membantu mereka dengan sewajarnya.
.
Kajian Kes Kanak-Kanak AtismePage 28