Penderaan kanak-kanak sekilas pandang

  • Published on
    30-Jan-2017

  • View
    219

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

  • PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

    UNICEF Malaysia, September 2010

    FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

    1

    SIAPAKAH KANAK-KANAK?

    Kanak-kanak adalah sesiapa di bawah usia 18 tahun menurut

    Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-kanak

    Malaysia 2001.

    CRC menegaskan bahawa kanak-kanak di mana jua mempunyai hak

    sedia ada untuk hidup. Semua hak ini saling berkait dan sama

    penting kerana setiap hak ini adalah hak sejadi terhadap maruah

    dan perkembangan harmoni setiap kanak-kanak tanpa mengira

    usia, jantina atau agama.

    APAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK?

    Penderaan kanak-kanak (dan pengabaian yang dikenali oleh agensi-

    agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai penganiayaan

    kanak-kanak) adalah bahaya (atau risiko bahaya) terhadap kanak-

    kanak oleh ibubapa, penjaga atau individu lain yang memiliki

    tanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak tersebut.

    Terdapat empat kategori utama penderaan kanak-kanak:

    Pengabaian: kegagalan memenuhi keperluan asas kanak-kanak.

    Penderaan fizikal: menumbuk, memukul, menendang, menggigit,

    membakar, menggoncang, menikam, mencekik, atau

    mencederakan kanak-kanak.

    Penderaan seksual: menyentuh bahagian sulit kanak-kanak,

    bersetubuh, sumbang muhrim, merogol, meliwat, mendedahkan

    kemaluan, dan eksploitasi komersil menerusi pelacuran atau

    produksi bahan-bahan lucah.

    Pendedahan emosi: kritikan berterusan, ugutan, penolakan serta

    ketiadaan kasih sayang, sokongan atau bimbingan.

    Penderaan kanak-kanak menjejaskan kesihatan, perkembangan, dan

    maruah kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, ia meninggalkan kesan

    emosi jangka panjang.

    Kanak-kanak dan remaja dengan keperluan istimewa, termasuk

    kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang mengidap HIV dan AIDS

    khususnya lebih cenderung didera. Begitu juga dengan kanak-kanak

    tanpa dokumen, penghijrah dan pelarian.

    HAK ASASI MANUSIA DAN RANGKA KERJA UNDANG-UNDANG

    KONVENSYEN PERSATUAN

    BANGSA-BANGSA BERSATU

    TENTANG HAK KANAK-KANAK

    Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC)

    merupakan perjanjian BBB yang

    mendapat kata sepakat semua

    pihak. Ia bertunggakkan empat

    prinsip asas: tanpa diskriminasi

    (artikel 2); kepentingan terbaik

    kanak-kanak (artikel 3); hak kanak-

    kanak untuk hidup dan berkembang

    (artikel 6); dan menghormati

    pandangan kanak-kanak (artikel

    12).

    Artikel 19 CRC mengandungi

    peruntukan am menentang

    keganasan dan penderaan terhadap

    kanak-kanak:

    Menegaskan pihak terlibat akan

    mengambil semua langkah sesuai

    dari segi perundangan,

    pentadbiran, sosial dan pendidikan

    untuk melindungi dari semua

    bentuk keganasan fizikal dan

    mental, kecederaan atau

    penganiayaan, pengabaian atau

    layanan mengabaikan,

    penganiayaan atau eksploitasi,

    termasuk penderaan seksual, ketika

    di bawah jagaan ibubapa, penjaga

    sah atau mana-mana individu lain

    yang menjaga kanak-kanak

    tersebut.

  • PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

    UNICEF Malaysia, September 2010

    FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

    2

    MENGAPAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU?

    Kanak-kanak mungkin didera kerana beberapa faktor dan risiko. Apabila

    wujud pelbagai faktor dan risiko, bahaya penderaan semakin meningkat.

    Risiko penderaan meningkat apabila:

    Ibubapa belum bersedia atau tidak tahu akan isu-isu kritikal berhubung keibubapaan.

    Ibubapa kurang memahami peringkat perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jangkaan yang tidak munasabah terhadap

    keupayaan anak-anak. Ibubapa mungkin tidak tahu cara mendisiplin

    anak-anak yang paling berkesan di setiap peringkat usia.

    Ibubapa mengalami banyak tekanan kewangan seperti hilang pekerjaan, menganggur dan hilang pendapatan.

    Ibubapa mengalami masalah kesihatan mental, mengidap penyakit kronik dan kemurungan.

    Ibubapa mengalami masalah perhubungan, terdedah kepada keganasan domestik di rumah, menghadapi masalah rumahtangga,

    bercerai, atau mengalami tekanan sebagai ibu atau bapa tunggal,

    pengasingan dan kesepian.

    Ibubapa bergantung pada dan ketagih dadah atau alkohol.

    Keadaan ini digabung dengan cabaran sedia ada dalam mengasuh kanak-

    kanak, mungkin menyebabkan ibubapa mencedera atau mengabaikan

    keperluan anak-anak.

    BAGAIMANAKAH KITA MELINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA PENDERAAN?

    Kanak-kanak mengharapkan orang dewasa untuk melindungi mereka.

    Sebagai orang dewasa, kita mesti:

    Berjaga-jaga akan tanda-tanda penderaan.

    Belajar mengenali tanda penderaan: ibubapa di bawah tekanan kronik, kanak-kanak yang menunjukkan sikap negatif dan cemas,

    tanda penderaan fizikal.

    Galakkan keluarga yang mengalami tekanan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan.

    Bertindak jika anda mensyaki kanak-kanak didera.

    Dengarkan luahan kanak-kanak secara serius.

    DOES CHILD ABUSE HAPPEN ONLY IN SOME COUNTRIES?

    Child abuse and neglect is

    not limited to any one

    country, economic system, or

    culture. Throughout the

    world, children particularly

    young children are subjected

    to physical and emotional

    violence at the hands of their

    parents, and often at the

    hands of the social

    institutions and cultural

    norms that govern

    interpersonal and social

    relationships.

    Although all cultures

    maintain taboos against

    extreme physical beatings

    and incest, acceptable

    parenting standards can

    include beatings and

    emotional neglect.

    Preventing child abuse and

    ensuring healthy child

    development has long been a

    public policy objective

    globally. Concern for

    childrens rights and safety

    have been most visible in

    recent years in the

    development and ratification

    of the Convention on the

    Rights of the Child.

    ADAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK HANYA BERLAKU DI SESETENGAH NEGARA?

    Penderaan kanak-kanak dan

    pengabaian tidak terhad

    kepada satu negara, sistem

    ekonomi, atau budaya. Di

    seluruh dunia, kanak-kanak

    khususnya yang muda

    tertakluk kepada keganasan

    fizikal dan emosi oleh

    ibubapa sendiri, dan

    seringkali oleh institusi sosial

    dan norma budaya yang

    menguasai perhubungan

    antara peribadi dan sosial.

    Walaupun semua budaya

    melarang pemukulan fizikal

    yang ekstrem dan sumbang

    muhrim, masih ramai yang

    mengamalkan asuhan

    standard seperti memukul

    dan pengabaian emosi.

    Mencegah penderaan kanak-

    kanak dan memastikan

    perkembangan yang sihat

    merupakan objektif polisi

    awam di peringkat global.

    Keprihatinan terhadap hak

    dan keselamatan kanak-

    kanak semakin ketara sejak

    kebelakangan ini seiring

    dengan termeterainya

    Konvensyen Hak Asasi Kanak-

    kanak.

  • PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

    UNICEF Malaysia, September 2010

    FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

    3

    BAGAIMANAKAH KITA MENGENALI SIMTOM DAN TANDA PENDERAAN KANAK-KANAK?

    Mempelajari lebih lanjut tentang tanda dan

    simtom penderaan, dan mengetahui cara

    mendapatkan bantuan atau nasihat

    merupakan cara terbaik untuk membantu

    kanak-kana yang didera.

    Tanda penderaan tidak terhad kepada

    lebam dan tulang yang patah sahaja. Awasi

    tabiat atau tanda emosi, atau kombinasi

    beberapa tanda. Contohnya, kecederaan

    yang tidak dapat dijelaskan disusuli

    perubahan sikap dalam diri kanak-kanak

    mungkin tanda ada sesuatu yang tidak kena.

    Kehadiran satu atau dua lebam tidak

    semestinya bererti kanak-kanak didera. Jika

    tanda ini hadir berulang kali atau hadir

    bersama simtom lain, ia mungkin

    menimbulkan tanda tanya.

    Tanda-tanda penderaan mungkin

    merangkumi:

    Kesan bakar, gigitan, lebam, tulang patah atau mata lebam yang tidak

    dapat dijelaskan

    Kecederaan pada atau sekitar kemaluan

    Lebam atau tanda lain di peringkat pemulihan berlainan menunjukkan

    pukulan atau serangan fizikal berulang

    kali

    Keengganan ke rumah kawan atau saudara mara tanpa sebab, contohnya,

    Saya tak suka dia lagi.

    Beraksi secara lucah atau menggunakan bahasa lucah yang

    bukan kelaziman kanak-kanak

    BAGAIMANAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK DICEGAH?

    Usaha pencegahan berpaksikan kekuatan

    sekeluarga. Menerusi aktiviti pencegahan

    seperti pendidikan ibubapa, lawatan ke rumah,

    dan kumpulan sokongan ibubapa, ramai

    keluarga mendapat sokongan yang diperlukan

    untuk kekal bersama dan menjaga anak-anak

    mereka di rumah dan komuniti.

    Usaha pencegahan harus membantu ibubapa

    mengasah kemahiran keibubapaan, memahami

    kelebihan teknik mendisiplin tanpa keganasan,

    dan memahami serta memenuhi keperluan

    emosi, fizial dan perkembangan anak-anak

    Program pencegahan juga dapat membantu

    ibubapa mengenalpasti keperluan lain dan

    menyediakan bantuan untuk mendapatkan

    sokongan tambahan.

    MENCEGAH PENDERAAN KANAK-KANAK YANG KITA SEDIA MAKLUM

    Penderaan dan pengabaian kanak-kanak

    berlaku apabila individu menghadapi tekanan,

    tanpa bantuan komuniti dan tidak tahu cara

    menangani masalah tersebut.

    Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak

    berpunca dari situasi dan keadaan yang boleh

    dicegah menerusi komuniti yang saling

    membantu.

    Semua warganegara harus bersama menyokong

    keluarga dalam membesarkan kanak-kanak di

    dalam persekitaran yang selamat dan positif.

    Program pencegahan yang berkesan mencapai

    kejayaan kerana adanya perkongsian di antara

    keluarga, agensi perkhidmatan sosial, sekolah,

    komuniti berasakan kepercayaan, badan NGO,

    agensi penguatkuasaan undang-undang, dan

    komuniti perniagaan.

  • PENDERAAN KANAK-KANAK SEKILAS PANDANG

    UNICEF Malaysia, September 2010

    FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my

    4

    Setiap pilihan yang kita buat bagi pihak kanak-kanak hari ini, mempengaruhi hari depan mereka. Dengan perhatian dan bimbingan sewajarnya, kanak- kanak boleh berkembang dalam suasana yang selamat dan terlindung.

Recommended

View more >