Pemulihan Khas Murid Orang Asli (Pkmoa)

Embed Size (px)

Citation preview

PEMULIHAN KHAS MURID ORANG ASLI (PKMOA)PN. HARLINA BTE ISHAK JPK PKP3101

NAMA AHLI KUMPULANMOHAMMAD IRFAN MOHD HAIRIN AHMAD AMIRUL ARIFF SUTI KATAN CHERLYNE DAVID MARCELLA BAGU SUSANNA CHONG VUN SIEW

PENDAHULUAN

Orang Asli adalah penduduk terawal tinggal di Semenanjung Malaysia sejak kira-kira 5,000 tahun yang lalu. Asal usul mereka dikatakan dari Negeri China dan Tibet yang menyusul laluan penghijrahan melalui tanah besar Asia Tenggara sebelum bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia. Menurut Hasan Mat Nor (1998), umumnya istilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada kumpulankumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Orang asli merupakan puak minoriti di negara ini. Kehadiran mereka sejak awal penempatan manusia di Malaysia mengiktiraf mereka sebagai peneroka awal kawasan asia tenggara. Kesemua orang asli di Malaysia hanya membentuk 0.5% dari jumlah keseluruhan penduduk negara (JHEOA, 2003). Terdapat kira-kira 140,000 orang asli di Malaysia yang kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000; Noraini Ali, 1999; Sunaidin 1997).

TABURAN PENDUDUK ORANG ASLI SELURUH MALAYSIA

Akan tetapi, persekitaran mereka yang dikelilingi hutan belantara menyebabkan mereka begitu terasing dari arus semasa. Isu pendidikan juga mengalami situasi yang sama. Kaum bumiputera yang terasing ini kurang mendapat perhatian berbanding kaum- kaum majoriti yang lain. Oleh sebab itu, Menerusi pelan induk pembangunan pendidikan, kerajaan semakin teliti dalam memberi pendidikan sama rata kepada semua masyarakat termasuk golongan pinggiran ini.

Terdapat banyak program yang dilaksanakan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada kaum orang asli. Bagi pihak kerajaan pusat, di bawah kementerian pelajaran dengan kerjasama jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah merencana satu program khusus untuk memantapkan sistem pendidikan Malaysia khususnya buat kaum orang asli ini. Selain daripada pembelajaran secara normal mengikut sukatan pembelajaran kurikulum standard sekolah, Program pemulihan seperti (pkmoa) atau program khas murid orang asli dilihat memberi impak yang positif terhadap hak- hak masyarakat peribumi Malaysia ini.

Pendidikan Pemulihan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010

Pada tahun 2005, 4.4% murid sekolah rendah dan 0.8% pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.(3M). Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.

Pada tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan mengikuti persekolahan. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti kelas pemulihan.

Cabaran KPM adalah untuk mengurangkan masalah tidak menguasai 3M dan memastikan semua kanak-kanak 5+ tahun terutama kanakkanak yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, kanak-kanak berkeperluan khas, anak Orang Asli dan suku minoriti di Sabah dan Sarawak mengikuti prasekolah untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.

KPM juga akan terus memperluas Program Pemulihan dengan menaik taraf 2800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan yang secukupnya, sejajar dengan Keputusan Kabinet tahun 2005 untuk memantapkan lagi program tersebut.

PROGRAM KHAS MURID ORANG ASLI (PKMOA)

PENGENALAN (PKMOA)

Tumpuan kerajaan terhadap program-program pendidikan sering terarah kepada masayrakat di kawasan bandar serta luar bandar. Bagaimanapun, situasi sebegini kurang dirasai oleh masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman. Menurut jurnal karangan Johari Talib & Nazri Muslim dari universiti kebangsaan Malaysia yang berjudul mengapa orang asli tidak kesekolah telah menyatakan pada tahun 1992, seramai 3202 pelajar orang asli yang mendaftar di sekolah randah, tetapi hanya 717 orang asli sahaja yang bertahan sehingga sekolah menengah. Ini bermakna seramai 2485 orang asli lagi tercicir dalam pelajaran.

Jumlah tersebut mungkin semakin berkurangan dan ia akan terus berkurang jika tiada sebarang inisiatif dari mana- mana pihak untuk menarik orang asli ke sekolah. Atas dasar ini, program khas murid orang asli telah diwujudkan sebagai salah satu ikhtiar untuk menarik pelajar dalam kalangan orang asli ke sekolah.

Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA) Murid hanya akan menjalani program Tahun pemulihan selepas tahun 2 Program pemulihan khas hanya untuk murid-murid orang asli dan penan. Menjaga kepentingan murid-murid orang Asli yang belajar penuh kekurangan.

Telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis.

MOTIF PENUBUHAN Memberi pendidikan yang sama rata kepada semua kaum di Malaysia. Menjaga kepentingan orang asli dari segi pendidikan agar tidak ketinggalan dari arus pemodenan Menggalakan masyarakat orang asli pergi ke sekolah. Mengingkatkan kadar celik huruf dalam kalangan orang asli. Memberikan pembelajaran khusus kepada murid orang asli yang ketinggalan dalam arus perdana.

OBJEKTIF Berdasarkan sukatan pembelajran program PKMOA ini, kementerian telah mnyelaraskan beberapa objektif yang perlu dicapai muridmurid yang terlibat dalam progrm ini. Antara objektif tersebut ialah :1. Bertutur dan membaca dengan betul; 2. Memahami dan menulis ayat; 3. Menggunakan bahasa yang sesuai, betul dan berkesan;

STRATERGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof. Dr. Saedah Siraj, berpendapat kaedah p&p berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.

Menurut sukatan pengajaran program PKMOA ini, strategi yang digunakan adalah bertujuan untuk memperkasa sistem pembelajaran orang asli. Bagi negeri-negeri yang mempunyai masyarakat orang asli, program ini telah dilaksanakan sebagai salah satu daripada program pemulihan. Sekolah-sekolah yang berkenaan telah dipilih oleh pejabat pendidikan daerah sebelum disahkan oleh jabatan pelajaran negeri yang terlibat. Kemudian nama-nama sekolah tersebut dihantar kepada kementerian pelajaran untuk tindakan susulan.

Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka. Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau kesihatan.

Sukatan pelajaran mereka perlulah bersifat fleksibel dan dinamik yang bertujuan melahirkan murid yang seimbang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kemahiran tertentu yang dipilih bagi Program Khas Murid Orang Asli ini berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran KBSR. Ini bertujuan agar mereka dapat menguasai kemahiran utama seperti lisan, (mendengar dan bertutur), membaca dan penulisan.

Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak asli ini ialah hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata mereka agak lambat berbanding murid normal yang lain. Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan anak Orang Asli. Ini kerana aktiviti seharian mereka menjadikan pendengaran mereka lebih peka.

Selain itu, penyakit disleksia juga melibatkan kaum orang asli, tetapi pengetahuan ibu bapa yang rendah menyebabkan penyakit ini menjadi semakin parah. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.

Antara alat bantu mengajar yang digunakan dalam program ini ialah seperti berikut : Huraian Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan Modul Buku Aktiviti Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet)

PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN LAIN UNTUK ORANG ASLI

Strategi yang baik amat diperlukan untuk menangani masalahketidakhadiran muridmurid ke sekolah. Setelah diselidiki, faktor-faktor yang berkait rapat dengan masalah ini termasuklah : Lokasi tempat tinggal Masalah pengangkutan Persekitaran Tempat Tinggal Ekonomi Keluarga Budaya dan Sikap. Pengetahuan penjaga.

oleh itu, program lain telah dilaksanakan bagi menelesaikan masalah kependidikan orang asli ini. Antara program tersebut ialah : Program pemulihan khas dan iintervensi(P1NCH) = Johor PESEMAI = Perak (kelas dewasa asli peribumi(KEDAP) = Johor Rancangan Pengumpulan Semula(RPS) JHEOA Tabika KEMAS/JAKOA. program Pendidikan Berdasarkan Kemahiran Hidup (LSBE) = UNICEF

TENAGA PENGAJAR

KPM meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Guru baru diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman Menyediakan insurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna

Terdapat juga guru yang mengajar di kelas pemulihan khas bagi murid yang menghadapi masalah 3M dan beberapa orang guru pula diberi peluang mengajar ibu bapa murid orang asli (Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi, KEDAP) di sekolah rendah negeri Perak.

Pada dasarnya terdapat tiga kategori guru yang terlibat dalam pendidikan anak-anak Orang Asli 1. Guru khas untuk mengajar anak-anak Orang Asli yang dilantik oleh Jabatan. Mereka dinamakan pembantu luar, Hal Ehwal Orang Asli (Bahagian Pelajaran) 2. Guru yang berkelayakan yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan untuk mengajar Orang Asli 3. Guru yang berkelayakan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan yang mengajar di sekolah biasa yang mempunyai myrid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum

Elaun

Insentif guru pedalaman

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, program khas murid orang asli (PKMOA) yang telah bermula pada tahun 1999 hingga kini di semua sekolah orang asli telah memeberikan impak yang positif kepada nadi pendidikan orang asli. Program ini juga telah membantu sedikit sebanyak dalam membasmi kadar buta huruf di Malaysia selaras dengan pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP). Program ini juga telah berjaya memulihkan pelajar orang asli yang tidak menguasai kemahiran asas (3M) kembali ke arus pendidikan perdana dengan baik.

Untuk terus menjaga kepentingan orang asli dan mengelakkan mereka dari menafikan kehidupan moden dan terus menjadi rakyat Malaysia yang natif, kesedaran pihak-pihak berkenaan terhadap program-program seperti ini akan bertambah. Peningkatan taraf pelaksanaan dari aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta kebajikan murid dan guru akan terus dipertingkatkan.

SEKIAN

..

TERIMA KASIH