Lari Pecut - Pengenalan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Pengenalan

    1/1

    Latihan ansur maju dalam lari pecut.

    Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki

    dan latihan pecutan.

    a) Latihan mendorong

    -1)Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan

    -2)berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan

    - 3)Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk

    mengelakkan diri disentuh

    - 4)Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

    b) Larian teknik pecut

    1) Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

    = atlet berlai dalam keadaan lutut diangkat 90 darjah kedepan(aras pinggang). Kemudian satu lagi

    kaki akan diluruskan memijak lantai. Pergerakan ini memerlukan daya tolak oleh paha untuk mencapaikaki searas 90 darjah.

    -2)Berlari menyepak ke belakang.

    = atlet berlari dengan tangan dibelakang dan kaki akan menyepak sehingga mencapai punggung.

    Aktiviti ini akan menguatkan daya cengkaman kaki semasa berlari.

    3) Berlari dengan lutut tinggi dan memecut

    4)Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan

    bergerak dari pinggul ke paras hidung.

    5) Berlari dengan melangkah panjang

    -6)Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut

    -7)Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

    c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan

    1)Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

    = kaedah ini memerlukan seseorang utk membantu sebagai menarik badan atlet. Pembantu akan

    memeluk tubuh atlet dan menahan atlet yang akan melawan berlari ke arah bertentangan. Cara ini

    memerlukan atlet menggunakan pergerakan seluruh tubuh badan. Atlet harus mencapai pelbagai

    pergerakan iaitu hayunan tangan yang kuat, langkah dibesarkan dan penggunaan bola kaki yang

    banyak. Ini akan menguatkan otot atlet dan atlet akan lebih berkuasa semasa berlari secara normal.

    Selepas beberapa tempoh menggunakan kaedah ini, atlet perlu menukar beban dengan

    menggunakan alat yang lebih ringan seperti tayar kereta.

    -2)Melonjak untuk jarak.

    - 3)Melangkah panjang ( bounding )

    - 4)Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

    - 5)Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.