18
PENGENALAN Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan berlainan daripada sukan-sukan lain. lni disebabkan terdapat banyak acara, untuk lelaki dan wanita. Terdapat acara-acara yang dipertandingkan sebagai acara individu dan berpasukan. Acara 100 meter adalah acara pecut dan dikenali sebagai Âacara riben biruÊ semasa temasya Sukan Olimpik. Biasanya pemegang rekod dunia 100 meter akan dinobatkan sebagai Âorang terpantas di duniaÊ. Sebelum adanya acara 100 meter, jarak larian ialah 100 ela (91 meter). Namun demikian, larian 100 ela telah tidak lagi digunakan pada masa kini. Topik 5 Lari Pecut HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan pelaksanaan acara lari pecut, lari berpagar dan lari berganti-ganti; 2. Menyatakan dengan jelas keperluan setiap acara dari segi fizikal dan peralatan; 3. Menyatakan perbezaan dalam ciri-ciri teknik larian bagi setiap acara; 4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam ketiga-tiga acara; dan 5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan dengan berkesan.

Topik 5 Lari Pecut

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Topik 5 Lari Pecut

� PENGENALAN

Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan berlainan daripada sukan-sukan lain. lni disebabkan terdapat banyak acara, untuk lelaki dan wanita. Terdapat acara-acara yang dipertandingkan sebagai acara individu dan berpasukan. Acara 100 meter adalah acara pecut dan dikenali sebagai Âacara riben biruÊ semasa temasya Sukan Olimpik. Biasanya pemegang rekod dunia 100 meter akan dinobatkan sebagai Âorang terpantas di duniaÊ. Sebelum adanya acara 100 meter, jarak larian ialah 100 ela (91 meter). Namun demikian, larian 100 ela telah tidak lagi digunakan pada masa kini.

Topik

5

� Lari Pecut

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan pelaksanaan acara lari pecut, lari berpagar dan lari berganti-ganti;

2. Menyatakan dengan jelas keperluan setiap acara dari segi fizikaldan peralatan;

3. Menyatakan perbezaan dalam ciri-ciri teknik larian bagi setiap acara;

4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam ketiga-tiga acara; dan

5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan dengan berkesan.

Page 2: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 100

SEJARAH ACARA LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19, lari pecut menjadi semakin popular. Acara ÂstadeÊ adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan pada waktu itu. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ÂdialosÊ berjarak 384 meter (192 meter x 2) diadakan. Pada zaman Sukan Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang ditetapkan walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan ÂhusplexÊ digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang khusus. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal yang digunakan ialah „pencil start‰, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884 di mana gaya ini dikenali sebagai Âkangaroo startÊ di Australia. Sebelum tahun 1921, kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Acara 200 meter pula, rekod larian sebelum Sukan Olimpik moden dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat larian dalam masa 22 saat. Bagi wanita, acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik dalam tahun 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9 saat.

5.1

Page 3: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 101

Pemegang rekod dunia bagi acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 9.58 saat dan 200 meter (19.19 saat) dipegang oleh Usain Bolt dari Jamaica dilakukan di Berlin pada tahun 2009 (lihat Rajah 5.1). Beliau juga pemegang rekod Sukan Olimpik dengan catatan 9.69 saat bagi 100 meter dan 19.30 saat dalam acara 200 meter yang dilakukan pada Sukan Olimpik Beijing, 2008. Dalam Sukan Olimpik di London tahun 2012, beliau sekali lagi memenangi acara 100 meter serta memecahkan rekod Sukan Olimpik dengan catatan masa 9.63 saat.

Rajah 5.1: Catatan rekod dunia milik Usain Bolt

Pemegang rekod dunia bagi acara 100 meter wanita dengan catatan masa 10.49 saat dan 200 meter (21.34 saat) dipegang oleh Florence Griffith-Joyner dari Amerika yang dilakukan pada tahun 1988 dalam Sukan Olimpik Seoul. Watson Nyambek pula pemegang rekod 100 meter dengan catatan masa 10.30 saat manakala G. Shanti pula pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter dengan catatan masa 11.50 saat.

PRINSIP-PRINSIP LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas. Larian ini memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.

5.2

Page 4: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 102

Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Selain itu, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

5.2.1 Pergerakan Tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini, pelari hendaklah mengayun tangan khususnya siku ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak melepasi bahu. Terdapat juga pelari yang meluruskan tangan semasa mengayun ke belakang. Walau apa cara pun, ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakinya dengan pantas. Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut. Ayunan tangan pelari ke belakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. Situasi ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90�. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan pergerakan yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari ke arah belakang dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku. Tekanan daya yang dikenakan di bahagian leher dan bahu pelari akan meningkat semasa memecut. Tangan pelari pula tidak seharusnya tegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada membuka jari tangan ataupun digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Keadaan tangan pelari hendaklah sentiasa selesa atau relaks semasa berlari dan memecut.

5.2.2 Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lari pecut. Pertama ialah mengangkat lutut tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan

Page 5: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 103

drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang sepenuhnya ke belakang badan. Selain itu, pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelari seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

5.2.3 Menamatkan Larian Pecut

Matlamat setiap pelari ialah menghabiskan larian dalam masa sesingkat yang boleh dan melepasi garisan penamat. Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak seharusnya memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk melepasi garisan penamat. Malah beliau perlu terus berlari dengan lebih pantas. Dengan membuat diving atau menjunam, ia tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu mungkin akan membahayakan diri sendiri. Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepangkan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian torso ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan dalam larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah garisan penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau menyebabkan pelari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya untuk mencecah garisan penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya. Pelari yang terawal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan kejohanan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photofinish. Menerusi kaedah ini, pemenang acara ini akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan manual yang mungkin kurang tepat.

Page 6: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 104

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter diikuti dengan berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi untuk mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain. Pelari hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan. Acara lari pecut merupakan salah satu disiplin aktiviti olahraga yang memerlukan seseorang itu membuat larian bagi satu jarak dengan menggunakan kepantasan dan daya yang maksimum. Dua faktor utama yang mempengaruhi kelajuan pelari dalam acara ini antaranya ialah: (a) KKepanjangan Langkah

Panjang langkah seseorang itu juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti panjang kaki pelari, kelenturan pinggul, kekuatan otot dan juga julat pinggul.

(b) KKadar Melangkah (Kekerapan) Kadar melangkah juga amat penting dalam larian pecut kerana kadar langkah yang tetap akan membantu anda ketika larian dibuat.

KATEGORI ACARA LARI PECUT

Kini kita akan membincangkan secara khusus setiap acara yang tergolong dalam kategori lari pecut. Walaupun secara umumnya kita telah ketahui tentang aspek-aspek lari pecut, kita juga perlu mengetahui lebih mendalam beberapa perbezaan antara ketiga-tiga acara pecut ini. Acara lari pecut terbahagi kepada tiga kategori utama seperti di bawah:

(a) 100 meter

(b) 200 meter

(c) 400 meter

5.3

Page 7: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 105

5.3.1 Acara 100 meter

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia yang terpantas dalam sesuatu kejohanan. Acara ini dianggap sebagai acara yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya dalam kalangan peminat sukan olahraga. Tidak hairanlah sesiapa yang mahu menceburi dalam bidang larian ini akan terlebih dahulu didedahkan dengan acara ini. Oleh kerana masa yang diambil dalam acara ini terlalu singkat maka segala aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari. Boleh dikatakan semua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada acara memulakan larian iaitu suatu aspek yang paling penting dalam acara lari pecut. Pelari akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan oleh pegawai pelepas. Kemudiannya pelari akan mula memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat. Sebelum berlepas pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai pelepas untuk membunyikan pistol. Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak terhadap kemungkinan pelepas yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan pistol. Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan dari blok permulaan. Selepas itu barulah diikuti peringkat permulaan larian di mana pelari yang akan meningkatkan kelajuan sehingga kelajuannya mencapai ke tahap maksimum sehinggalah ke garisan penamat. Peringkat ini biasanya terdapat dalam kalangan pelari yang sudah terlatih, manakala pelari baru lebih gemar mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali apabila dicabar oleh pelari lain. Seseorang pelari seharusnya menumpukan perhatian kepada lariannya sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan corak dan gaya larian pihak lawan.

5.3.2 Acara 200 meter

Dalam acara larian 100 meter pelari hanya berlari di lorong atau dalam arah yang lurus dan awal hingga ke akhir perlumbaan. Tidak banyak taktik atau teknik larian diperlukan, berbanding dengan larian 200 meter atau 400 meter. Acara 100 meter juga memerlukan atlet memberi tumpuan kepada kepantasan dan kekuatan. Ini berlainan dengan acara 200 meter di mana seseorang atlet haruslah mempunyai kekuatan dan kepantasan pelari serta memerlukan pengawalan dan keseimbangan badan dan kemahiran berlari di selekoh.

Page 8: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 106

Permulaan acara 200 meter adalah hampir sama dengan permulaan 100 meter kecuali kedudukan blok permulaan yang diletakkan pada sudut 90 darjah daripada garisan permulaan dan bukan daripada garisan lorongnya. Gaya dekam sering digunakan dan dianggap sesuai untuk acara ini. Umumnya acara 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut: (a) Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas

untuk acara ini. Pelari yang berlari di lorong paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang paling hadapan. Namun demikian, pada hakikatnya jarak untuk semua pelari adalah sama.

(b) Kemahiran berlari di selekoh perlu ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan pecutan di selekoh, pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh.

(c) Selepas melepasi selekoh, pelari akan berlari di lorong lurus pula yang jaraknya lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat diperoleh. Situasi ini didapati sukar kerana gaya larian terpaksa diubah di mana kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan, walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang lariannya.

(d) Lorong lurus untuk 200 meter merupakan fasa larian yang memerlukan kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Pelari hendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama seperti acara 100 meter iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan seboleh mungkin.

5.3.3 Acara 400 meter

Mungkin ada dalam kalangan kita serta peminat sukan olahraga seluruhnya beranggapan bahawa acara 400 meter tergolong dalam kumpulan larian jarak sederhana dan bukan kategori larian pecut. Namun sebenarnya acara ini juga tergolong sebagai acara pecut, walaupun mempunyai cara larian yang tersendiri yang agak berlainan daripada acara 100 meter dan 200 meter.

Page 9: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 107

Disebabkan jarak larian yang agak jauh, pelari harus dapat merancang lariannya dengan baik. Ini penting kerana tidak mungkin seorang pelari dapat berlari pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu. Pelari harus dapat mengawal penggunaan tenaganya supaya dia boleh dan mampu berlari dengan kederasan yang maksimum dan memecut pada jarak yang tertentu. Dalam perlumbaan, pelari juga harus dapat mengukur kekuatannya berbanding dengan pelari lain. Bagi memudahkan larian, kita bahagikan jarak 400 meter ini kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua. Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selekoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh ke dua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain ataupun daripada penonton. Sebagai kesimpulan, strategi larian yang digunakan hendaklah sesuai dan penting dalam acara pecut seperti 400 meter. Perlu ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik mampu mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

TEKNIK LARI PECUT

Berikut adalah teknik lari pecut yang dibahagikan mengikut fasa, antaranya seperti:

(a) FFasa Permulaan Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan Bukan semua pelajar adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza. Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat tiga gaya permulaan larian tanpa blok permulaan seperti berikut:

(i) Gaya Peluru (Bullet/Bunch/Kangaroo Start)

� Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

� Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.

5.4

Page 10: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 108

� Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

(ii) Gaya Sederhana (Medium Start)

� Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

� Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

� Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

(iii) Gaya Panjang (Elongated Start)

� Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

� Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

� Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian dengan Blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih. Terdapat tiga gaya larian permulaan dengan blok iaitu:

(i) Gaya Peluru

� Blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.

� Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan.

� Blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

(ii) Gaya Sederhana

� Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan.

� Blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

(iii) Gaya Panjang

� Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan.

� Blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Page 11: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 109

Keadaan „ke garisan‰

(i) Apabila diarahkan, pelari akan mula berjalan menuju ke arah blok yang berada di hadapannya. Kemudian selaraskan blok tersebut betul berada di tengah-tengah kedua-dua bukaan kaki.

(ii) Seterusnya gunakan tangan untuk bersedia untuk melakukan dekaman sambil meletakkan kedua-dua belah hujung kaki ke atas blok.

(iii) Pastikan tangan yang didekam berada di belakang garisan permulaan. Periksa jarak di antara kedua-dua belah tangan berada sama luas dengan bidang bahu.

(iv) Selaraskan posisi badan sehingga pelari betul-betul selesa dan mendapat imbangan yang sesuai.

Keadaan „sedia‰

(i) Ketika arahan ini didengari pelari perlu bersedia untuk mula meninggikan sedikit bahagian pinggang dari paras bahu.

(ii) Luruskan tangan yang didekam dan mula gerakkan bahagian bahu menghala ke hadapan garisan sambil menguatkan kedudukan kedua belah kaki di atas blok mulaan.

Berlepas dari Blok Mulaan

Tindakan secara ledakan diperlukan ketika mula berlepas dari blok mulaan. Apa yang boleh pelari lakukan ketika ini ialah menggunakan kedua-dua kaki pelari untuk menolak blok dengan pantas dan kuat. Tangan pelari mula diayun selepas berlepas bagi membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok (lihat Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Contoh berlepas yang baik dari blok mulaan

Page 12: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 110

Bagi membantu pelari berlepas dengan pantas dan sempurna, pastikan kedua-dua teknik ini diikuti:

(i) Pelari perlu berlari secara lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta-merta.

(ii) Mulakan langkah larian dengan permulaan sederhana dengan langkah yang tidak terlalu jauh atau terlalu pendek (rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Semasa berlepas dari blok, kaki menolak dengan kuat

(b) FFasa Larian

(i) Pelari perlu berlari sepantas yang mungkin dengan tumpuan menghala ke arah garisan penamat.

(ii) Gunakan bahagian hujung kaki ketika berlari dan jangan gunakan sama sekali bahagian tapak kaki ketika ini.

(iii) Kaki belakang sentiasa diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.

(iv) Tangan diayun dengan cepat dan pantas.

(v) Biarkan bahagian leher dan bahu sentiasa dalam keadaan selesa dan longgar.

(vi) Cuba kekalkan momentum di sepanjang larian.

(vii) Sentiasa fokus pada larian dan hindarkan daripada menoleh atau memandang pesaing anda (rujuk Rajah 5.4).

Page 13: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 111

Rajah 5.4: Pelari hanya fokus kepada larian yang dilakukan

(c) FFasa Penamat

Rajah 5.5: Lakuan di garis penamat

(i) Ketika menghampiri ke garisan penamat, pelari perlu terus berlari

tanpa mengurangkan kepantasannya (rujuk Rajah 5.5).

Page 14: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 112

Rajah 5.6: Gaya lain ketika menamatkan perlumbaan

(ii) Terdapat pelbagai gaya yang biasa kita lihat ketika cubaan pelari

menamatkan larian. Bagi acara pecut, pelari boleh menggunakan pelbagai cara.

(iii) Walaupun terdapat pelbagai gaya, perkara yang perlu diambil berat ialah pelari harus sentiasa mengekalkan postur dan mekanisme yang baik. Jika keadaan ini tidak dikekalkan ia boleh menjejaskan kepantasan dan imbangan badan (rujuk Rajah 5.6)

LATIHAN ANSUR MAJU LARI PECUT

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan. (a) LLatihan Mendorong

(i) Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

(ii) Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.

(iii) Larian bayang-bayang dan dilaksanakan secara berpasangan. Seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.

(iv) Lari berganti-ganti ulang alik: larian 20 meter berkumpulan. (b) LLarian Teknik Pecut

(i) Berlari dengan melangkah panjang.

(ii) Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan sambil mengangkat lutut.

5.5

Page 15: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 113

(iii) Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

(iv) Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

(v) Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

(vi) Berlari menyepak ke belakang.

(vii) Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

(viii) Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90� di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

(c) LLatihan Kekuatan Kaki dan Latihan Pecutan

(i) Melonjak untuk jarak.

(ii) Melangkah panjang (bounding).

(iii) Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

(iv) Melompat, memusing, mendekam dan memecut.

(v) Berpasangan: berlari dengan halangan melalui tarikan rakan.

PERALATAN ASAS ACARA LARI PECUT

Dalam sukan olahraga, terutamanya acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan. (a) KKasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting olahragawan bukan sahaja bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, khususnya untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada keselesaan individu atlet dan daripada jenis yang ringan.

5.6

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah faktor yang dapat mempengaruhi larian pelari?

2. Bincangkan fasa-fasa dalam teknik lari pecut.

Page 16: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 114

(b) BBlok Permulaan Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari, blok permulaan ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.

(c) PPakaian Sukan

Seperti acara sukan lainnya, pelajar juga perlu menggunakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan kejohanan sukan terbesar dunia, atlet akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili dan nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Namun demikian, setiap peserta dibenarkan memakai pakaian yang dia gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukannya. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh peserta lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan larian mereka.

(d) PPeralatan Sampingan

Setiap pelajar juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Sebaik-baiknya, beg itu mengandungi barangan berikut:

(i) Tuala.

(ii) Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman dan sebagainya.

(iii) Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)

(iv) Kasut joging dan kasut berlari.

(v) Jam randik atau pita pengukur.

(vi) Barangan lain yang difikirkan perlu.

PERATURAN ASAS ACARA LARI PECUT

Acara lari pecut mempunyai peraturan-peraturan asasnya yang tersendiri. Antara peraturan asasnya adalah: (a) Peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing. (b) Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa

pertandingan.

5.7

Page 17: Topik 5 Lari Pecut

TOPIK 5 LARI PECUT � 115

(c) Hendaklah mula berlari setelah bunyi tembakan. Peserta akan disingkirkan daripada perlumbaan sekiranya melakukan kesalahan ini sebanyak dua kali. Peserta akan memulakan semula di blok permulaan jika berlaku Âfoul startÊ manakala setiap daripada peserta akan disingkirkan daripada perlumbaan jika melakukan kesalahan Âfoul startÊ buat kali kedua.

� Dua faktor utama yang mempengaruhi kelajuan pelari dalam acara lari pecut ialah kepanjangan langkah dan kadar melangkah (kekerapan).

� Acara lari pecut ini terbahagi kepada tiga (3) kategori utama iaitu 100 meter,

200 meter dan 400 meter. � Terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan dalam lari pecut dan

boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu keadaan ke garisan, keadaan sedia, berlepas dari blok mulaan, larian dan menamatkan perlumbaan.

� Ciri-ciri pelari bagi acara lari berganti-ganti amat penting bagi memastikan

setiap pelari memiliki ciri-ciri fizikal yang boleh disesuaikan dengan keperluan pertandingan.

Blok permulaan

Drive

Lari pecut

ÂKe garisanÊ

ÂSediaÊ

SEMAK KENDIRI 5.2

Apakah peralatan asas yang diperlukan dalam acara lari pecut?

Page 18: Topik 5 Lari Pecut

� TOPIK 5 LARI PECUT 116

Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.

Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.