Lari Pecut - Rph

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    1/22

    1.0 PERKAITAN DENGAN TUNJANG PEMBELAJARAN

    TARIKH : 24 Mac 2009

    MASA : 7.45 9.45 Pagi

    TAHUN : 4 Harmoni

    JUMLAH PELAJAR : 30 Orang

    MATA PELAJARAN : Pendidikan Jasmani

    TUNJANG PELAJARAN : i . Kecergasan

    ii. Kemahiran

    iii. Kesukanan

    TAJUK : Olahraga

    KEMAHIRAN : 100 Meter

    HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,

    murid dapat :-

    i) PSIKOMOTOR menguasai kemahiran-

    kemahiran dalam acara lari pecut setelah diberi

    pendedahan secara ansur maju iaitu bermula dengan

    latihan mendorong, latihan lari pecut seperti hayunan

    tangan yang betul, latihan kekuatan kaki dan latihan

    pecutan di samping fasa-fasa yang terlibat ketika lari

    pecut.

    ii) KOGNITIF - menjelaskan pengetahuan

    seperti peraturan olahraga, ansur maju, dan lain-lain.

    iii) AFEKTIF - menyedari keupayaan diri

    1

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    2/22

    1.1 TUNJANG-TUNJANG PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA.

    Tunjang pembelajaran terbahagi kepada 2:

    - Kecergasan

    - Kemahiran

    - Kesukanan

    Dan kesemua tunjang ini tidak perlu diajar mengikut urutan.

    Penyusunan kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani

    mengambil kira prinsip-prinsip asas perkembangan kurikulum seperti:

    i) Pengulangan (Repetition)

    - Ketiga-tiga tunjang ini pembelajaran adalah berulang dari

    tahun 1 hingga 6.

    ii) Kesepaduan (Intergration)

    - Pengajaran bagi semua aspek perlu mengambil kira

    pendekatan bersepadu dan merentasi kurikulum. Ianya juga

    perlu mengambil kira kesepaduan berbentuk Intra

    (komponen utama dalam Pendidikan Jasmani sendiri) dan

    2

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    3/22

    Intra (komponen pelajaran lain yang boleh diintegrasikan

    seperti muzik dan matematik).

    iii)Ansur Maju (Progression)

    - Penyusunan sukatan adalah bersifat ansur maju dan

    mengambil kira keutamaan topik bermula dengan mudah

    dan beransur menjadi lebih kompleks serta lebih mendalam.

    Penyusunan ini juga disesuaikan dengan peringkat umur

    pembelajaran murid yang bertujuan membantu

    perkembangan mereka.

    iv) Skop (Scope)

    - Skop pula mengariskan sejauh mana sesuatu pengajaran itu

    perlu disampaikan kepada murid.

    v) Turutan (Sequencing)

    - Konsep turutan ini bermaksud ianya berfungsi sebagai

    aturan sesuatu sukatan pembelajaran yang bergerak selari

    dan berkesinambungan.

    3

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    4/22

    2.0 PENGENALAN KEPADA OLAHRAGA (LARI PECUT)

    2.1 SEJARAH

    Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam

    pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden,

    antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang

    suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin

    popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula

    dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga

    merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang

    alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada

    zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina

    melintang keluasan stadium berkenaan.

    Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok

    permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet

    menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar

    permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan

    perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana

    tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan

    penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan,

    sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.

    4

    http://ms.shvoong.com/tags/permulaan/http://ms.shvoong.com/tags/permulaan/
  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    5/22

    Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara

    permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima

    oleh semua pihak.

    Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara

    memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di

    mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil.

    Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian

    wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali

    sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan

    hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah

    diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

    Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan

    oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan

    11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama

    dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam

    acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh

    larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood

    merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200

    meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari

    Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan

    masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama

    yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans

    pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari

    Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah

    diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland

    dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari

    Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

    5

    http://ms.shvoong.com/tags/tahun/http://ms.shvoong.com/tags/tahun/
  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    6/22

    (dipetik daripada http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-

    lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/ pada 12 Mac 2009)

    2.2 PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT

    Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan

    aktiviti fizikal yang bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut

    merupakan aktiviti fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan.

    Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)

    ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod

    dunia dalam acara olahraga. Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal

    ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906. Kesatuan Olahraga Amatur

    Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada

    tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga.

    Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis

    Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

    Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD).

    Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam olahraga.

    Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara

    lari pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.

    6

    http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/
  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    7/22

    Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah menguasai teknik larian

    dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik.

    2.3 KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT

    Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu:

    i) Fasa permulaan

    ii) Fasa berlepas

    iii) Fasa pecutan

    iv) Fasa penamat

    Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan

    baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan

    di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.

    i) FASA PERMULAAN

    - Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari

    pecut dalam lariannya.

    - Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan

    larian.

    - Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu:

    a. Cara peluru/pendek

    7

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    8/22

    - Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1

    tapak.

    - Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit

    tapak kaki hadapan.

    - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu

    buku penumbuk.

    b. Cara sederhana

    - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1

    tapak.

    - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan dengan

    hujung tapak kaki hadapan.

    - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu

    buku penumbuk.

    c. Cara panjang

    - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1

    tapak.

    - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung

    tumit kaki hadapan.

    - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu

    buku penumbuk.

    - Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan

    dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih

    dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut.

    - Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong,

    latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan

    pecutan.

    8

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    9/22

    - Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih

    menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari

    pinggul ke paras hidung. Kemudian, berlari dengan

    melangkah panjang. Latihan seterusnya ialah berjalan

    dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, dan

    mengangkat lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih

    kompleks seperti berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti

    dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan

    bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi

    dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari

    menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi dan

    memecut.

    - Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan

    melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang

    (bounding). Latihan ini semakin kompleks apabila murid

    didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah

    melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan

    memecut.kemudian secara berpasangan, murid dikehendaki

    berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan

    menggunakan sebarang alatan seperti kain dan sebagainya.

    - Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu:

    i. peringkat ke garisan

    - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan

    bahagian hadapan dan belakang blok permulaan.

    - kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok

    permulaan.

    - jari diletakkan di belakang garisan mula mengikut

    keselesaan.

    9

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    10/22

    - kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam

    keadaan selesa.

    - bahu ke hadapan sedikit.

    - tangan lurus tetapi dalam keadaan selesa.

    - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang

    belakang.

    - fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter

    ke hadapan).

    - kawal pernafasan.

    ii. peringkat sedia

    - kawal pernafasan

    - pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi

    aras bahu.

    - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang

    belakang.

    - fokuskan mata ke hadapan.

    10

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    11/22

    - bahu ke hadapan sedikit daripada tangan.

    - lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah.

    - lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah.

    - kaki ditolak kuat pada blok permulaan.

    ii) FASA BERLEPAS

    - Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik

    sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan

    pistol.

    11

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    12/22

    - Seperti fasa permulaan, fasa berlepas juga mempunyai

    teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut

    yang baik.

    - Teknik fasa berlepas ialah:

    i. kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki

    belakang dibawa ke hadapan.

    ii. tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki.

    iii. badan masih lagi membongkok ke hadapan lima

    hingga enam meter yang pertama.

    iv. elakkan daripada melompat ke hadapan untuk

    langkah pertama.

    12

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    13/22

    iii) FASA PECUTAN

    - Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh

    40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar

    pecutannya sehingga ke garisan penamat.

    - Teknik bagi fasa pecutan ialah:

    i. langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.

    ii. berlari di atas bebola kaki.

    iii. bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

    13

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    14/22

    iv) FASA PENAMAT

    - Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut.

    Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri garisan

    penamat.

    - Teknik fasa penamat ialah:

    i. terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan

    sehingga melepasi garisan penamat.

    ii. bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan.

    iii. badan dicondongkan sedikit.

    14

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    15/22

    2.4 ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT.

    i. lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan

    berjoging dan regangan.

    ii. tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang dan

    pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan.

    iii. amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal

    terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan..

    iv. pakai pakaian yang sesuai dan bebas.

    v. gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan

    balapan.

    vi. pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada

    benda-benda yang berbahaya.

    15

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    16/22

    2.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARI PECUT

    - jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi

    serta-merta dan memanggil semula semua pelari.

    - peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran.

    - permulaan yang baru akan dilakukan.

    - jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan

    daripada bertanding.

    - peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.

    16

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    17/22

    2.6 PEMEGANG REKOD DUNIA ACARA 100 METER

    Rekod dunia

    Lelaki

    Data berikut tepat sehingga 31 Mei

    No. Masa Angin(m/s)

    Atlet Negara Tarikh Lokasi

    1 9.72 +1.7 Usain Bolt Jamaica 31 Mei2008 New YorkCity

    2 9.74 +1.7 AsafaPowell

    Jamaica 9September2007

    Rieti

    3 9.79 +0.1 MauriceGreene

    AmerikaSyarikat

    16 Jun1999 Athens

    4 9.84 +0.7 DonovanBailey

    Kanada 27 Julai1996

    Atlanta

    +0.2 Bruny Surin Kanada 22 Ogos1999

    Seville

    +1.0 Tyson Gay Amerika 18 Ogos Zrich

    17

    http://ms.wikipedia.org/wiki/31_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Usain_Bolthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jamaicahttp://ms.wikipedia.org/wiki/31_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2008http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Icahn_Stadium&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Icahn_Stadium&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Asafa_Powellhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asafa_Powellhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jamaicahttp://ms.wikipedia.org/wiki/9_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/9_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/2007http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rieti&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Maurice_Greene_(athlete)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Maurice_Greene_(athlete)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/16_Junhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1999http://ms.wikipedia.org/wiki/Athenshttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Donovan_Bailey&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Donovan_Bailey&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/27_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1996http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Centennial_Olympic_Stadium&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bruny_Surin&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1999http://ms.wikipedia.org/wiki/Sevillehttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tyson_Gay&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/18_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Z%C3%BCrichhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Canada.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Canada.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Jamaica.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Jamaica.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/31_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Usain_Bolthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jamaicahttp://ms.wikipedia.org/wiki/31_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2008http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Icahn_Stadium&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Icahn_Stadium&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Asafa_Powellhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asafa_Powellhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jamaicahttp://ms.wikipedia.org/wiki/9_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/9_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/2007http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rieti&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Maurice_Greene_(athlete)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Maurice_Greene_(athlete)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/16_Junhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1999http://ms.wikipedia.org/wiki/Athenshttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Donovan_Bailey&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Donovan_Bailey&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/27_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1996http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Centennial_Olympic_Stadium&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bruny_Surin&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1999http://ms.wikipedia.org/wiki/Sevillehttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tyson_Gay&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/18_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Z%C3%BCrich
  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    18/22

    Syarikat 2006

    7 9.85 +1.2 LeroyBurrell

    AmerikaSyarikat

    6 Julai1994 Lausanne

    +0.6 Justin Gatlin AmerikaSyarikat

    22 Ogos2004

    Athens

    +1.7 OlusojiFasuba

    Nigeria 12 Mei2006 Doha

    10 9.86 +1.2 Carl Lewis Amerika

    Syarikat

    25 Ogos

    1991

    Tokyo

    0.4 FrankieFredericks

    Templat:NAM 3 Julai1996 Lausanne

    +1.8 Ato Boldon Templat:TTO 19 April1998

    Walnut

    +0.6 Francis

    Obikwelu

    Portugal 22 Ogos

    2004

    Athens

    18

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/2006http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leroy_Burrell&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leroy_Burrell&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/6_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1994http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lausanne&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Justin_Gatlinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/2004http://ms.wikipedia.org/wiki/Athenshttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Olusoji_Fasuba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Olusoji_Fasuba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nigeriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/12_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2006http://ms.wikipedia.org/wiki/Dohahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Carl_Lewis&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/25_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1991http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Frankie_Fredericks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Frankie_Fredericks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:NAM&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/3_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1996http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lausanne&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ato_Boldon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:TTO&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/19_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1998http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Walnut,_California&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Francis_Obikwelu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Francis_Obikwelu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Portugalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/2004http://ms.wikipedia.org/wiki/Athenshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Portugal.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Nigeria.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/2006http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leroy_Burrell&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leroy_Burrell&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/6_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1994http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lausanne&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Justin_Gatlinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/2004http://ms.wikipedia.org/wiki/Athenshttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Olusoji_Fasuba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Olusoji_Fasuba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nigeriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/12_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2006http://ms.wikipedia.org/wiki/Dohahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Carl_Lewis&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/25_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1991http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Frankie_Fredericks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Frankie_Fredericks&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:NAM&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/3_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1996http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lausanne&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ato_Boldon&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:TTO&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/19_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1998http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Walnut,_California&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Francis_Obikwelu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Francis_Obikwelu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Portugalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/2004http://ms.wikipedia.org/wiki/Athens
  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    19/22

    Wanita

    Data berikut tepat sehingga 27 Julai2005.

    No. Waktu Atlet Negara Tanggal Tempat

    1. 10.49 FlorenceGriffith Joyner

    AmerikaSyarikat

    16 Julai1988 Indianapolis

    2. 10.65 Marion Jones AmerikaSyarikat

    12 September1998

    Johannesburg

    3. 10.73 Christine Arron Perancis 19 Ogos1998 Budapest

    4. 10.74 Merlene Ottey Jamaica 7 September1996

    Milan

    5. 10.76 EvelynAshford

    AmerikaSyarikat

    22 Ogos1984 Zurich

    Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter"

    19

    http://ms.wikipedia.org/wiki/27_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2005http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Florence_Griffith_Joyner&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Florence_Griffith_Joyner&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/16_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1988http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indianapolis,_Indiana&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Marion_Joneshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/12_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1998http://ms.wikipedia.org/wiki/Johannesburghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Christine_Arron&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/19_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1998http://ms.wikipedia.org/wiki/Budapesthttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Merlene_Ottey&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jamaicahttp://ms.wikipedia.org/wiki/7_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1996http://ms.wikipedia.org/wiki/Milanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Evelyn_Ashford&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Evelyn_Ashford&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1984http://ms.wikipedia.org/wiki/Zurichhttp://ms.wikipedia.org/wiki/100_meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Jamaica.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_France.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_the_United_States.svghttp://ms.wikipedia.org/wiki/27_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2005http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Florence_Griffith_Joyner&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Florence_Griffith_Joyner&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/16_Julaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1988http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indianapolis,_Indiana&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Marion_Joneshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/12_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1998http://ms.wikipedia.org/wiki/Johannesburghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Christine_Arron&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/19_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1998http://ms.wikipedia.org/wiki/Budapesthttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Merlene_Ottey&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jamaicahttp://ms.wikipedia.org/wiki/7_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1996http://ms.wikipedia.org/wiki/Milanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Evelyn_Ashford&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Evelyn_Ashford&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1984http://ms.wikipedia.org/wiki/Zurichhttp://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter
  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    20/22

    3.0 REFLEKSI

    Oleh : YM RAJA ZAINAB BINTI RAJA MUHAIYATDIN AL-HAJ

    Saya telah diberi taklimat Kerja Kursus Pendek bagi subjek Pendidikan

    Jasmani 1 (Akademik) oleh Puan Shanthi Devi pada 10 Mac 2009. Sejurus

    selepas itu, saya bersama-sama beberapa orang rakan sekuliah telah mencari

    maklumat di Pusat Sumber Zaaba bagi melayari internet di samping mencari

    buku-buku yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberi.

    Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah melakukan praktikal bagi

    tugasan ini bersama-sama Encik Alyes setiap hari Selasa dan Rabu.

    Sesungguhnya, saya begitu gembira kerana olahraga merupakan acara sukan

    yang begitu saya minati semenjak saya di bangku persekolahan lagi. Meskipun

    saya telah didedahkan dengan sukan ini sebelum saya berada di IPGM kampus

    Tuanku Bainun, saya masih berminat untuk mendalami dan memperbetul semula

    langkah-langkah saya di dalam sukan olahraga ini.

    Setelah beberapa kali praktikal bersama-sama Encik Alyes, saya telah

    didedahkan tentang Kurikulum Pendidikan Jasmani bersama-sama Puan Shanthi

    20

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    21/22

    Devi dan juga penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersama-sama

    Encik Ahmad Rodzli merangkap Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan. Kesempatan bersama-sama orang kuat Jabatan Pendidikan

    Jasmani dan Kesihatan ini telah saya gunakan sebaik-baiknya untuk

    menghasilkan suatu tugasan yang baik.

    Meskipun ketika proses penulisan saya ini berlangsung telah ditolak oleh

    beberapa pensyarah jabatan, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat

    saya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Acap kali Ketua Jabatan

    memeriksa dan menolak hasil tugasan saya, saya menerimanya dengan hati

    terbuka dan beranggapan saya masih bertatih untuk menghasilkan tugasan

    seperti yang diharapkannya.

    Saya cuba dan terus mencuba sehinggalah saya dapat menghasilkan

    penulisan ini. Hasil akhir ini telah dapat saya selesaikan sebelum tarikh serahan

    iaitu pada 1 April 2009 ini nanti. Saya berharap agar penulisan saya ini akan

    menjadi contoh kepada para guru pelatih atau lebih tepat lagi kepada bakal-

    bakal guru opsyen Pendidikan Jasmani untuk dijadikan sebagai rujukan pada

    masa akan datang. Insya-Allah.

    21

  • 7/29/2019 Lari Pecut - Rph

    22/22

    4.0 BIBLIOGRAFI

    1. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web

    http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-

    aplikasi/

    2. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman web

    http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter

    3. Idris bin Mohamed, Shaharudin bin Abd. Aziz,

    dan Zamry bin Ahmad (2002),

    Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

    Tingkatan 1, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    22

    http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meterhttp://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter