of 26 /26
KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013 ______________________________________________________________ _____________ 1.0 PENGENALAN Kanak -kanak merupakan anugerah daripada Tuhan. Mengikut pandangan Hindu kanak- kanak merupakan suci. Mengikut ajaran Islam pula bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang suci. Setiap kehidupan yang hidup di dunia ini mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapi oleh individu dan bersifat kualitatif yang berubah menurut peredaran masa, contohnya kemahiran melukis. Perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku atau pun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Menurut Atan Long (1988) pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Prakesh / PJ2 1

KKP EDU3102 FINISH new.docx

Embed Size (px)

Text of KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102PERKEMBANGAN KANAK-KANAKSEPT 2013___________________________________________________________________________1.0 PENGENALAN

Kanak -kanak merupakan anugerah daripada Tuhan. Mengikut pandangan Hindu kanak- kanak merupakan suci. Mengikut ajaran Islam pula bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang suci. Setiap kehidupan yang hidup di dunia ini mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapi oleh individu dan bersifat kualitatif yang berubah menurut peredaran masa, contohnya kemahiran melukis.

Perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku atau pun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

Menurut Atan Long (1988) pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN

2.1 TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

Baka sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, kalau baik bakanya, baiklah individu yang akan terhasil. Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. Beliau menghasilkan jadual perkembangan tingkah laku (1925)

PeringkatCiri-ciri Perkembangan

Pertama (Sejak lahir 1 tahun)

1 bulan tangisan yang berbeza untuk kehendak berlainan. 4 bulan pergerakan mata mengikut objek 6 bulan boleh menggenggam objek 7 bulan duduk dan merangkak 1 tahun berdiri dengan berpaut pada kerusi

Kedua(1-2 tahun) Jalan bertatih Faham istilah jangan Boleh berjalan ( 2 tahun )

Ketiga(2-3 tahun) Boleh makan sendiri dan boleh berlari bercakap dengan ayat yang mudah

Keempat(3-4 tahun) Menunggang basikal beroda tiga menuruti arahan yang mudah daripada ibu bapa

Kelima(4-5 tahun) Mula bergaul, banyak bertanya, dan bersedia ke kelas prasekolah

Menurut Arnold Gesell (1928), faktor kematangan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi perkembangan manusia. Beliau mengatakan bahawa perkembangan seseorang individu itu adalah mengikut suatu turutan jadual waktu tetap atau suatu pola yang tertentu. Teori beliau berpendapat bahawa perkembangan utama di zaman kanak-kanak dan remaja adalah biologi, atau genetik. Biologi dan warisan genetik menentukan corak tingkah laku biologi yang dipanggil Gesell sebagai 'norma'. Beliau berpendapat bahawa corak perkembangan kanak-kanak terjadi secara automatik oleh biologi, kerana ia secara genetik diprogramkan untuk berbuat demikian dalam persekitaran yang betul.

2.2 Teori Robert HavighurstRobert Havighurst terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat persekitaran amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Persekitaran akan membentuk seseorang kanak-kanak itu sama ada positif atau negatif bergantung kepada cara ibu bapa mendidik anak mereka.Havighurst telah mengenalpasti enam peringkat utama dalam kehidupan manusia yang meliputi usia sejak lahir hingga ke tua.

PeringkatPeringkat Umur

Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (Infancy and early childhood) Peringkat ini terjadi sejak lahir hingga umur 6 tahun

Peringkat pertengahan kanak-kanak (Middle childhood) Peringkat ini terjadi pada usia 6 hingga 13 tahun

Peringkat remaja (Adolescence) Peringkat ini terjadi pada usia 13 hingga 18 tahun

Peringkat dewasa (Early Adulthood) Peringkat ini terjadi pada usia 19 hingga 30 tahun

Peringkat pertengahan umur (Middle Age) Peringkat ini terjadi pada usia 30 hingga 60 tahun

Peringkat lewat matang (Later maturity) Peringkat ini terjadi pada usia 60 tahun ke atas

Havighurst membahagikan tiga peringkat;

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)Kanak-kanak mula bercakap, mula berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )Menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M, mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.

Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )Bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk semakin mantap.3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF, BAHASA DAN SOSIOEMOSI

3.1 Teori Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting.

Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

3.2 Teori Perkembangan KognitifPerkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget.

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.

Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget (1896-1980) pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.

Menurut Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

3.3 Teori Perkembangan Bahasa Bahasa merupakan satu-satunya alat komunikasi manusia. Alat komunikasi dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh setiap manusia sejak peringkat awal kehidupan lagi. Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar.Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan.

Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku mengikut urutan yang sama tanpa mengira bangsa dan jantina. Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan. Aktiviti bercerita membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti bercerita. Tiga Peringkat Perkembangan bahasa.PeringkatKeterangan

Peringkat Bayi Semenjak lahir bayi sentiasamengeluarkan bunyi- bunyian. Tujuanya adalah menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang- orang yang berada di sekitaranya.i. Menangis ii. Cooing( bunyi)iii. Babblingiv. isyarat

Peringkat kanak-kanak (2-6 tahun) Peralihan daripada ayat mudah kepada ayat kompleks bermula antara dua dan tiga tahun dan meningkat sehingga ke alam persekolahan. Pemahaman kanak-kanak ke atas sesuatu situasi berlaku sebelum dia dapat meluahkan melalui bahasa. Contoh: Veni (3 tahun) menangis dengan kuat dan baru menyebut Veni lapar nak susu.

Peringkat (7-11 tahun) Menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Bergantung kepada isyarat fizikal semasa bercakap. Gaya bahasa dan percakapan kanak-kanak akan bersifat lebih analitikal dan kompleks.

3.4 Teori Perkembangan Sosioemosi

Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

3.5 Perkembangan kognitif dan fizikal muridMurid PerempuanMaklumat MuridGambar

Nama : Lavaniya MohanUmur : 7 tahunBerat : 20 kilogramTinggi : 111 sentimeterTangan : 45 sentimeter Pinggang-kaki : 69 sentimeterPerimeter kepala : 56 sentimeterUkurlilit pinggang: 61 sentimeter

Perkembangan Fizikal

Perkembangan Kognitif

~ Skip secara berselang seli dengan baik.~ Boleh mengumpul serta menyusun objek dengan baik.

~ Boleh melontar objek dengan tepat.~ Penggunaan bahasa dengan baik

~ Menangkap bola dengan baik~ Dapat mengaitkan perkataan dengan gambar yang diberikan kepadanya.

~ Dapat menggunting kertas mengikut garisan.~ Boleh mengikut arahan guru.

~ Menulis huruf dan nombor tetapi masih tidak kemas.~ Mengetahui warna.

~ Dapat melekatkan gambar menggunakan gam.

Murid LelakiMaklumat MuridGambar

Nama: Prabagaran MoorthyUmur: 9 tahun Berat: 29 kilogramTinggi: 123 sentimeter Tangan: 50 sentimeterPinggang-kaki: 76 sentimeterPerimeter kepala: 53 sentimeterUkurlilit pinggang: 59 sentimeter

Perkembangan Fizikal

Perkembangan Kognitif

~ Penyelarasan dan kawalan tubuh badan tambah baik.~ Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu apabila diberi beberapa soalan kepadanya

~ Pendengaran sudah tajam dan boleh membezakan bunyi yang berlainan~ Boleh mengenalpasti objek dan hubungannya dengan simbol bahasa.

~ Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa.

~ Kanak-kanak boleh memahami dan menggunakan operasi logik untuk menyelesaikan masalah.

3.6 Kaedah Pemerhatian terhadap murid

Rajah 1 : Kaedah Pemerhatian terhadap muridEKSPERIMEN MENGGUNAKAN DUIT SYILINGNAMA PELAJARKOMEN / PANDANGAN

SARAVANAN KUMAR( 7 TAHUN )duit syiling dalam kedua-dua barisan mempunyai jumlah nilai yang sama

THARANI RASAIAH( 9 TAHUN ) duit syiling pada barisan pertama mempunyai jumlah yang lebih kecil berbanding dengan duit pada barisan kedua

KUANTITI AIR DALAM BIKARNAMA PELAJARKOMEN / PANDANGAN

SARAVANAN KUMAR( 7 TAHUN )kuantiti air dalam bekas a lebih kurang berbanding dengan bekas b

THARANI RASAIAH( 9 TAHUN ) kuantiti air dalam bekas a dan b adalah sama hanya reka bentuk bikar berbeza

PENAMBAHAN ANGGOTA BADAN TANGANNAMA PELAJARKOMEN / PANDANGAN

SARAVANAN KUMAR( 7 TAHUN ) PADA BAHAGIAN BAHU boleh menggaru dengan senang sekiranya berasa gatal

THARANI RASAIAH( 9 TAHUN )PADA BAHAGIAN ATAS KEPALA boleh menyikat rambut dengan mudah

3.7 Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktiviti-aktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permeianan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

3.8 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Mengikut Jean Piaget teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutamanya untuk mempelajari kemahiran tertentu, memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar, memastikan pembentangan dan pembacaaan adalah ringkas dan tersusun, menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks., memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik.

3.9 KESIMPULAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelasdalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.

3.10 Faktor yang mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya,kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya.perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu.Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

4.0 KESIMPULANPerkembangan merupakan satu aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah mengikut peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum.Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan sampailah meningal dunia. Pekembangan adalah satu proses yang terus berlaku tanpa henti. Semua pihak harus mengambil usaha dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

5.0 Refleksi

Saya Prakesh Rao a/l Ganapathi dari unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKT) PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2012. Pada semester ini, saya bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain telah diamanahkan untuk menyiapkan satu tugasan bagi mata pelajaran EDU 3102 Perkembangan Kanak- Kanak. Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah penasihat bagi mata pelajaran ini untuk unit kami iaitu Pn.Nurciana. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah banyak melayari laman-laman web yang tertentu untuk memperoleh maklumat-maklumat penting serta relevan untuk diaplikasikan dalam tugasan ini. Sepanjang proses melayari laman-laman web, saya telah menjadi arif tentang konsep-konsep, prinsip-prinsip serta faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan serta perkembangan seseorang kanak-kanak semenjak lahir di dunia sehingga ke peringkat akhirat atau kematiannya. Di samping itu,saya juga telah berjaya mendapat pelbagai manfaat dari aspek yang berlainan. Antaranya ialah,saya dapat mengenali subjek perkembangan kanak-kanak dengan lebih dalam dan juga terperinci. Sebelum ini saya tidak begitu mengambil berat serta meminati subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan kerana hanya menggambarkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sahaja. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas difahami. Saya juga telah dapat membuat perbandingan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Mengetahui perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak secara lebih mendalam lagi. Saya telah menjalankan 3 jenis aktiviti (Conservation Task Jean Piaget) bersama-sama dengan beberapa murid-murid sekolah yang telah dipilih berkaitan mata pelajaran EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak. Ketika menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Sekolah Jenis Kebangsaan Java Lane, Seremban, saya telah berpeluang untuk membuat kajian serta pemerhatian dan mengumpul data tentang perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak dalam lingkungan umur 6-12 tahun. Untuk melihat perkembangan fizikal, saya telah pun mengukur saiz badan, saiz kepala, tinggi serta berat kanak-kanak. Kanak-kanak di sekolah ini semuanya comel-comel belaka serta agak aktif dalam bidang sukan terutamanya ketika waktu pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah. Melalui cara ini, saya dapat perhatikan bahawa guru-guru memainkan peranan penting dalam proses perkembangan fizikal kanak-kanak agak lebih pesat. Saya juga telah merekodkan ketinggian, saiz berat badan, saiz ukur lilit kepala pelajar tertentu. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa guru yang bakal lahir pada masa hadapan adalah guru yang kritis, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, saya mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

Prakesh / PJ26