Download docx - KKP EDU3102 FINISH new.docx

Transcript
Page 1: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Kanak -kanak merupakan anugerah daripada Tuhan. Mengikut

pandangan Hindu kanak- kanak merupakan suci. Mengikut ajaran Islam

pula bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang suci. Setiap kehidupan

yang hidup di dunia ini mengalami perubahan mengikut proses

pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan ialah aspek perubahan yang

dihadapi oleh individu dan bersifat kualitatif yang berubah menurut peredaran masa,

contohnya kemahiran melukis.

Perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah

yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Perkembangan terhasil

daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku atau

pun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang

sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling

berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu

dan yang dijangkakan.

Menurut Atan Long (1988) pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak

dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru

berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa

berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma.

Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat

matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan

dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga

akhir hayat sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-

gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat

umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak

ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal

cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Prakesh / PJ2 1

Page 2: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

2.0 TEORI PERKEMBANGAN

2.1 TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

- Baka sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri

seseorang individu, kalau baik bakanya, baiklah individu yang akan

terhasil.

- Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh

kematangan fizikalnya.

- Beliau menghasilkan jadual perkembangan tingkah laku (1925)

Peringkat Ciri-ciri Perkembangan

Pertama

(Sejak lahir – 1 tahun)

1 bulan – tangisan yang berbeza untuk kehendak

berlainan.

4 bulan – pergerakan mata mengikut objek

6 bulan – boleh menggenggam objek

7 bulan – duduk dan merangkak

1 tahun – berdiri dengan berpaut pada kerusi

Kedua

(1-2 tahun)

Jalan bertatih

Faham istilah “jangan”

Boleh berjalan ( 2 tahun )

Ketiga

(2-3 tahun)

Boleh makan sendiri dan boleh berlari

bercakap dengan ayat yang mudah

Keempat

(3-4 tahun)

Menunggang basikal beroda tiga

menuruti arahan yang mudah daripada ibu bapa

Kelima

(4-5 tahun)

Mula bergaul, banyak bertanya, dan bersedia ke kelas

prasekolah

Menurut Arnold Gesell (1928), faktor kematangan merupakan faktor yang sangat

mempengaruhi perkembangan manusia. Beliau mengatakan bahawa perkembangan

seseorang individu itu adalah mengikut suatu turutan jadual waktu tetap atau suatu pola

yang tertentu. Teori beliau berpendapat bahawa perkembangan utama di zaman kanak-

kanak dan remaja adalah biologi, atau genetik. Biologi dan warisan genetik menentukan

corak tingkah laku biologi yang dipanggil Gesell sebagai 'norma'. Beliau berpendapat

Prakesh / PJ2 2

Page 3: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

bahawa corak perkembangan kanak-kanak terjadi secara automatik oleh biologi, kerana ia

secara genetik diprogramkan untuk berbuat demikian dalam persekitaran yang betul. 

2.2 Teori Robert Havighurst

Robert Havighurst terkenal dengan teori perkembangan sosio

budaya dan antropologi. Beliau berpendapat persekitaran amat

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Persekitaran akan

membentuk seseorang kanak-kanak itu sama ada positif atau negatif

bergantung kepada cara ibu bapa mendidik anak mereka. Havighurst

telah mengenalpasti enam peringkat utama dalam kehidupan

manusia yang meliputi usia sejak lahir hingga ke tua.

Peringkat Peringkat Umur

Peringkat bayi dan awal kanak-

kanak (Infancy and early childhood)

Peringkat ini terjadi sejak lahir hingga umur 6 tahun

Peringkat pertengahan kanak-kanak

(Middle childhood)

Peringkat ini terjadi pada usia 6 hingga

13 tahun

Peringkat remaja (Adolescence) Peringkat ini terjadi pada usia 13 hingga 18 tahun

Peringkat dewasa (Early Adulthood) Peringkat ini terjadi pada usia 19 hingga 30 tahun

Peringkat pertengahan umur

(Middle Age)

Peringkat ini terjadi pada usia 30 hingga 60 tahun

Peringkat lewat matang

(Later maturity)

Peringkat ini terjadi pada usia 60 tahun ke atas

Havighurst membahagikan tiga peringkat;

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kanak-kanak mula bercakap, mula berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan

bertimbang rasa, sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan

salah.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M, mula berkawan dengan

orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.

Prakesh / PJ2 3

Page 4: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin

kebebasan dan konsep baik dan buruk semakin mantap.

3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF, BAHASA DAN SOSIOEMOSI

3.1 Teori Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan

bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.

Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat

badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih

kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung

dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan

kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan

rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh

pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga

pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal

seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi

dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna

rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi

oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting.

Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam

tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri

daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh

yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

3.2 Teori Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal

budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan

membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.

Prakesh / PJ2 4

Page 5: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh

setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan

masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan

proses perkembangan intelek seseorang.

Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir,

kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya.

Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa,

memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses

kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada

membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget.

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan

menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada

peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah

mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru

telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping,

berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-kanak yang berusia

6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai

pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan

mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh

menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah

berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka

telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa

seperti bermain alat muzik.

Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan

memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka

melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget (1896-1980) pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,

Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak

melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan

kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi.

Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti

latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan

Prakesh / PJ2 5

Page 6: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan

simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.

Menurut Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat

dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.

Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.

Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan.

Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi

menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan

mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran

menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan

rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana

keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka

cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan

menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam

komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi

bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula

melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep

ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor,

operasi nombor dan pengukuran.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti

yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama

berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk

mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.

Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak

difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak

berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu

bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau

terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan

mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini

juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan

Prakesh / PJ2 6

Page 7: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat

sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak

sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu

bapa dan dengan yang lain.

3.3 Teori Perkembangan Bahasa

Bahasa merupakan satu-satunya alat komunikasi manusia. Alat komunikasi dapat

digunakan dan dimanfaatkan oleh setiap manusia sejak peringkat awal kehidupan lagi.

Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan

naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-

simbol lahir secara sedar.

Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang

sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan

luahan perasaan.

Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses

pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis.

Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari

konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,

memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut

masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin

meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan

cekap dalam situasi perbualan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada

tangisan pertama. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku mengikut urutan

yang sama tanpa mengira bangsa dan jantina. Umumnya, perbendaharaan kata kanak-

kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah

perkataan. Aktiviti bercerita membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar,

bertutur, menulis dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan

aktiviti bercerita. Tiga Peringkat Perkembangan bahasa.

Peringkat Keterangan

Peringkat Semenjak lahir bayi sentiasamengeluarkan bunyi- bunyian.

Prakesh / PJ2 7

Page 8: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Bayi

Tujuanya adalah menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-

orang yang berada di sekitaranya.

i. Menangis

ii. Cooing( bunyi)

iii. Babbling

iv. isyarat

Peringkat

kanak-kanak

(2-6 tahun)

Peralihan daripada ayat mudah kepada ayat kompleks bermula

antara dua dan tiga tahun dan meningkat sehingga ke alam

persekolahan.

Pemahaman kanak-kanak ke atas sesuatu situasi berlaku sebelum

dia dapat meluahkan melalui bahasa.

Contoh: Veni (3 tahun) menangis dengan kuat dan baru menyebut

‘Veni lapar nak susu.

Peringkat (7-

11 tahun)

Menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu,

tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Bergantung kepada isyarat fizikal semasa bercakap.

Gaya bahasa dan percakapan kanak-kanak akan bersifat lebih

analitikal dan kompleks.

3.4 Teori Perkembangan Sosioemosi

Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan

hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay

Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap,

seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman,

emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan

psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk

bertindak.

Prakesh / PJ2 8

Page 9: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali,

mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati

terhadap orang lain. Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam

perkembangan sosiol-emosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986),

menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam

melakukan sesuatu tugasan. Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika

berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk

difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya

ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.

Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima

rangka kerja psikoseksual Freud. Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan

gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia

daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua.

Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif

akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

3.5Perkembangan kognitif dan fizikal murid

Murid Perempuan

Maklumat Murid Gambar

Nama : Lavaniya Mohan

Umur : 7 tahun

Berat : 20 kilogram

Tinggi : 111 sentimeter

Tangan : 45 sentimeter

Pinggang-kaki : 69 sentimeter

Perimeter kepala : 56 sentimeter

Ukurlilit pinggang: 61 sentimeter

Prakesh / PJ2 9

Page 10: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Perkembangan Fizikal Perkembangan Kognitif

~ Skip secara berselang seli dengan baik.

~ Boleh mengumpul serta menyusun objek dengan baik.

~ Boleh melontar objek dengan tepat.

~ Penggunaan bahasa dengan baik

~ Menangkap bola dengan baik

~ Dapat mengaitkan perkataan dengan gambar yang diberikan kepadanya.

~ Dapat menggunting kertas mengikut garisan.

~ Boleh mengikut arahan guru.

~ Menulis huruf dan nombor tetapi masih tidak kemas.

~ Mengetahui warna.

~ Dapat melekatkan gambar menggunakan gam.

Murid Lelaki

Maklumat Murid Gambar

Nama: Prabagaran Moorthy

Umur: 9 tahun

Berat: 29 kilogram

Tinggi: 123 sentimeter

Tangan: 50 sentimeter

Pinggang-kaki: 76 sentimeter

Perimeter kepala: 53 sentimeter

Ukurlilit pinggang: 59 sentimeter

Prakesh / PJ2 10

Page 11: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Perkembangan Fizikal Perkembangan Kognitif

~ Penyelarasan dan

kawalan tubuh badan

tambah baik.

~ Menguasai konsep

pengekalan tentang nombor,

berat dan isipadu apabila

diberi beberapa soalan

kepadanya

~ Pendengaran sudah

tajam dan boleh

membezakan bunyi yang

berlainan

~ Boleh mengenalpasti

objek dan hubungannya

dengan simbol bahasa.

~ Sel-sel otak telah

mencapai 60% berat orang

dewasa.

~ Kanak-kanak boleh

memahami dan

menggunakan operasi logik

untuk menyelesaikan

masalah.

3.6 Kaedah Pemerhatian terhadap murid

Prakesh / PJ2 11

penambahan anggota badan

- tangan -

kuantiti air dalam bikar

Page 12: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Rajah 1 : Kaedah Pemerhatian terhadap murid

EKSPERIMEN MENGGUNAKAN DUIT SYILING

NAMA PELAJAR KOMEN / PANDANGAN

SARAVANAN KUMAR

( 7 TAHUN )

duit syiling dalam kedua-dua barisan

mempunyai jumlah nilai yang sama

THARANI RASAIAH

( 9 TAHUN )

duit syiling pada barisan pertama mempunyai

jumlah yang lebih kecil berbanding dengan duit

pada barisan kedua

KUANTITI AIR DALAM BIKAR

NAMA PELAJAR KOMEN / PANDANGAN

SARAVANAN KUMAR

( 7 TAHUN )

kuantiti air dalam bekas a lebih kurang

berbanding dengan bekas b

THARANI RASAIAH

( 9 TAHUN )

kuantiti air dalam bekas a dan b adalah sama –

hanya reka bentuk bikar berbeza

PENAMBAHAN ANGGOTA BADAN – TANGAN

NAMA PELAJAR KOMEN / PANDANGAN

SARAVANAN KUMAR

( 7 TAHUN )

PADA BAHAGIAN BAHU –

boleh menggaru dengan senang sekiranya

berasa gatal

THARANI RASAIAH

( 9 TAHUN )

PADA BAHAGIAN ATAS KEPALA – boleh

menyikat rambut dengan mudah

Prakesh / PJ2 12

Page 13: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

3.7 Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada

aktiviti-aktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti

permeianan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk

menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebh cekap.

Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki,

misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-

kanak perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman dan pemakanan

yang sesuai yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan saiz,

berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut

terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah

penyesuaian.

3.8 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran.

Mengikut Jean Piaget teruskan penggunaan bahan yang konkrit

terutamanya untuk mempelajari kemahiran tertentu, memberi peluang kepada

pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar, memastikan

pembentangan dan pembacaaan adalah ringkas dan tersusun, menggunakan

contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk

mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks., memperkenalkan

soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran

logik dan analitik.

3.9 KESIMPULAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi

perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani,

intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna,

Prakesh / PJ2 13

Page 14: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu

sama lain.

Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut

kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan

pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan

sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek,

emosi dan sosialnya.

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang

berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka

kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam

aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi

masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.

Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas

berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat

dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga

berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid,

perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan

dilayani oleh guru secara penuhnya.

Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat,

guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelasdalam aktiviti pengajaran

mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar

yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru.

Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat

menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.

3.10 Faktor yang mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau

keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri

Prakesh / PJ2 14

Page 15: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna

kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu

bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.

Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai

atau tidak pandai.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,

bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam

peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan

setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza

dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang

individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka

dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan

manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri

daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di

lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang

didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina).

Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-

masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal

biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu

percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan

membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-

masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan

bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi

yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana

proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan

di antara sel sperma dan sel ovum.

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan

individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap

perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari

segi fizikal, mental dan emosi.Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak

berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan,

bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah

Prakesh / PJ2 15

Page 16: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria

adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937)

dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai

kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi

pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan

kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang

cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.Mengikut kajian ahli-ahli

psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya,

ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan

melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-

ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan

sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat

pertumbuhannya.Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap

perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi

perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-

ekonomi keluarga.

Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan

dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan

kadar perkembangannya. Misalnya,kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah

yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi

yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.Kanak-kanak diasuh dan dididik

dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan

emosi dengan sempurna.Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan

membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana

keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta

kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,

khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-

kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong

perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang

Prakesh / PJ2 16

Page 17: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai

murni yang positif daripada mereka.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young

Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang

melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya.perbezaan nilai hidup

membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu.Perbezaan kebudayaan

dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia.

Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap

yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat

beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.Masyarakat yang

menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan

diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai

kejiwaan.Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan

melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada

sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk

kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita

ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan

meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya,

kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan,

kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang

tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam

perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang

bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam

bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang

kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran

akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.Guru dan

sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk

Prakesh / PJ2 17

Page 18: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini

telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada

tahun 1988.

4.0KESIMPULAN

Perkembangan merupakan satu aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat

kualitatif tetapi jelas berubah mengikut peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku

dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan

tertentu.Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah

tertentu serta dijangkakan.Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai

tahap perkembangan yang maksimum.Perkembangan satu bahagian saling berhubung

dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan

kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak

mencapai perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku

mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan

sampailah meningal dunia. Pekembangan adalah satu proses yang terus berlaku tanpa

henti. Semua pihak harus mengambil usaha dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

5.0Refleksi

Saya Prakesh Rao a/l Ganapathi dari unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

(SJKT) PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2012. Pada semester ini, saya bersama-sama

dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain telah diamanahkan untuk menyiapkan

satu tugasan bagi mata pelajaran EDU 3102 Perkembangan Kanak- Kanak.

Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah penasihat bagi mata pelajaran ini untuk

unit kami iaitu Pn.Nurciana.

Prakesh / PJ2 18

Page 19: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah banyak melayari laman-

laman web yang tertentu untuk memperoleh maklumat-maklumat penting serta

relevan untuk diaplikasikan dalam tugasan ini. Sepanjang proses melayari laman-

laman web, saya telah menjadi arif tentang konsep-konsep, prinsip-prinsip serta

faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan serta perkembangan seseorang

kanak-kanak semenjak lahir di dunia sehingga ke peringkat akhirat atau

kematiannya.

Di samping itu,saya juga telah berjaya mendapat pelbagai manfaat dari

aspek yang berlainan. Antaranya ialah,saya dapat mengenali subjek perkembangan

kanak-kanak dengan lebih dalam dan juga terperinci. Sebelum ini saya tidak begitu

mengambil berat serta meminati subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa

subjek ini tidak perlu dititik beratkan kerana hanya menggambarkan pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak sahaja.

Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep

perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya

terhadap konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin

jelas difahami. Saya juga telah dapat membuat perbandingan antara perkembangan

dan pertumbuhan kanak-kanak. Mengetahui perbezaannya adalah merupakan

perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang telah dipelajari. Saya

dapat mendalami psikologi kanak-kanak secara lebih mendalam lagi.

Saya telah menjalankan 3 jenis aktiviti (Conservation Task – Jean Piaget)

bersama-sama dengan beberapa murid-murid sekolah yang telah dipilih berkaitan

mata pelajaran EDU 3102 Perkembangan Kanak-Kanak. Ketika menjalani PBS

(Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Sekolah Jenis Kebangsaan Java Lane,

Seremban, saya telah berpeluang untuk membuat kajian serta pemerhatian dan

mengumpul data tentang perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak dalam

lingkungan umur 6-12 tahun. Untuk melihat perkembangan fizikal, saya telah pun

mengukur saiz badan, saiz kepala, tinggi serta berat kanak-kanak.

Kanak-kanak di sekolah ini semuanya comel-comel belaka serta agak aktif

dalam bidang sukan terutamanya ketika waktu pendidikan jasmani dan kesihatan di

sekolah. Melalui cara ini, saya dapat perhatikan bahawa guru-guru memainkan

peranan penting dalam proses perkembangan fizikal kanak-kanak agak lebih pesat.

Prakesh / PJ2 19

Page 20: KKP EDU3102 FINISH new.docx

KKP EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SEPT 2013___________________________________________________________________________

Saya juga telah merekodkan ketinggian, saiz berat badan, saiz ukur lilit kepala

pelajar tertentu.

Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan

mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan

pembelajaran kelak. Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini

membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah

penting untuk memastikan bahawa guru yang bakal lahir pada masa hadapan

adalah guru yang kritis, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, saya mempelajari

dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan

untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

Prakesh / PJ2 20