36
ELEMEN 1 Amira Nur Afiqah binti Agus Salim Puan Norzima binti Jaafar

Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

ELEMEN 1

Amira Nur Afiqah binti Agus Salim

Puan Norzima binti Jaafar

Page 2: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Bil. Perkara halam

an

1. Tajuk Kajian

2. Senarai Kandungan

3. Penghargaan

4. Objektif Kajian

5. Kaedah Kajian

6. Hasil Kajian

6.1 Maklumat Asas Produk

6.2 Latar Belakang

6.3 Kaedah/Cara Penghasilan

6.4 Perkembangan Produk

7. Rumusan

8. Lampiran

9. Rujukan

Page 3: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

PENGHARGAAN

Saya, Amira Nur Afiqah binti Agus Salim ingin mengucapkan syukur kehadrat

Allah SWT kerana telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 ini dengan

sempurna. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua

SMK Putrajaya Presint 8 (1) iaitu Puan Hajah Roaini binti Jaafar kerana telah memberi

keizinan beliau untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Faridatul

Zaihan binti Abdul Latib dan Agus Salim bin Mokhtar yang banyak memberikan

sokongan dan dorongan sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada Pn. Fazzilah binti Haji Mahmudin dan seluruh warga

kerja Fazz Enterprise kerana telah membantu saya dalam memberikan maklumat mengenai

syarikat mereka. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih ini kepada Pn.

Norzima binti Jaafar kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang saya

menjalankan kajian ini sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Page 4: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk :

Tuntutan syarat untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Penilaian Menengah Rendah

tahun 2012.

Mengetahui dan mengenal pasti ciri-ciri, produk industri makanan ringan dengan

lebih mendalam lagi.

Menanamkan perasaan bangga dan bersyukur dalam diri apabila mengetahui bahawa

produk yang dihasilkan mencerminkan identiti masyarakat tempatan dan industri ini

mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Mengenali dengan lebih mendalam industri makanan tempatan yang diwarisi sejak

zaman dahulu.

Berbangga kerana produk tempatan mampu memberikan persaingan dengan produk

dari luar.

Page 5: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah yang telah saya gunakan bagi menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah ini

ialah :

a) Kaedah Lawatan

Pada 19 Mei 2012, saya dan sekumpulan pelajar SMK Putrajaya Presint 8 (1) telah

melawat Fazz Enterprise di Banting, Selangor. Tujuan kami mengikuti lawatan ini

adalah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan tajuk tugasan saya.

b) Kaedah Temu Ramah

Dalam lawatan tersebut, saya telah berkesempatan menemu ramah Pn. Fazzilah binti

Haji Mahmudin selaku penolong pengurus untuk mengumpul maklumat berkaitan

produk dan operasi Syarikat FAZZ.

c) Kaedah Bacaan

Saya juga telah membaca artikel dalam Harian Kosmo bertarikh 19 September 2008

berkaitan kilang Keropok FAZZ.

d) Kaedah Melayari Internet

Saya juga telah membuka laman web syarikat Fazz Enterprise

(kerepekh.blospot.com) bagi menambahkan maklumat sedia ada.

Page 6: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

HASIL KAJIAN

1. Maklumat Asas Produk Tempatan

Pada 19 Mei 2012, saya telah menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai produk

tempatan. Produk yang telah saya kaji ialah kerepek dan makanan ringan yang lebih dikenali

sebagai Kerepek Fazz yang terdiri daripada kategori makanan. Perniagaan Kerepek Fazz

telah diusahakan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di

Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983.

Syarikat ini merupakan perusahaan perseorangan yang diberi nama Fazz Enterprise.

Pusat jualan Kerepek Fazz terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ianya terletak kira-

kira 48 kilometer dari rumah saya.

2. Latar Belakang

Pada peringkat awal, Encik Haji Mahmudin bin Haji Abas hanya menjual kerepek

secara sambilan. Ianya dijual dikantin tempat beliau bekerja iaitu di kilang sekitar

kawasan Bandar Sunway. Apabila sambutan agak menggalakkan, beliau berhenti bekerja

di kilang lalu memulakan perusahaan kerepek secara serius.

Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan ini dibantu

oleh adik beradik En. Mahmudin. Tetapi sejak tahun 1996, perusahaan ini telah menjadi

perusahaan perseorangan iaitu Fazz Enterprise. Pada tahun 2000, penjenamaan kedai

Kerepek House ditubuhkan. Syarikat ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih

oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil

alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun.

Page 7: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Menurut Puan Fazzilah binti Haji Mahmudin, modal awal bagi memulakan

perusahaan ini cuma RM2000 sahaja. Kemudian, Encik Haji Mahmudin meminta

bantuan dari Bank Pertanian tetapi niatnya diperlekehkan. Lalu, beliau memohon

pinjaman peribadi atau ‘personal loan’. Dengan pinjaman yang dimohon itulah beliau

memulakan perusahaan kerepek.

Antara kelebihan atau keistimewaan Kerepek Fazz ialah mereka mengetengahkan

identiti setempat. Pusat jualan mereka tidak hanya menjual produk buatan sendiri tetapi

juga mengumpulkan produk IKS (Industri Kecil Sederhana) di sekitar Kuala Langat yang

kemudiannya dijual di Kerepek House.

Page 8: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

3. Kaedah/Cara Penghasilan

i) Senarai Peralatan

Berikut merupakan senarai alatan yang digunakan oleh kilang pemprosesan

KEREPEK FAZZ :

No. Alatan Bilangan

1. Dapur menggoreng (manual) 5 buah

2. Mesin pemotong (manual) 3 buah

3. Conveyor (semi auto) 1 buah

4. Mesin Pengering 1 buah

5. Mesin Pengadun 1 buah

6. Mesin Pembungkusan (semi auto) 2 buah

7. Mesin Pembungkusan (manual) 3 buah

Page 9: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

ii) Proses/Peringkat Penghasilan

Ubi dikupas secara manual

Digoreng didalam dapur segi empat sebesar 3X8 kaki

Ditapis dan ditoskan sehingga kering

Diletakkan didalam penapis dan ditoskan sehingga kering

Ubi yang telah dikupas dibawah ke mesin

pemotong untuk proses sayatan atau ‘slicing’

Ubi-ubi tersebut kemudiannya dijatuhkan kedalam kolam air untuk

dibilas.

Dibungkus dan dibawah ke

KEREPEK HOUSE

Page 10: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

iii) Langkah-langkah Kawalan Mutu

Pihak Fazz Enterprise amat mementingkan kualiti produk. Mereka mengawal

mutu produk bermula dari ladang sehinggalah proses menggoreng kerepek-kerepek

tersebut.

Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengawal mutu produk :

Menggunakan baja tanpa sebarang bahan kimia.

Mengamalkan sistem tanaman bergilir bagi meningkatkan nutrien tanah

dan menyuburkan tanih.

Jarak antara ladang dan kilang mestilah tidak melebihi 30 KM. Perjalanan

yang jauh atau melebihi 30 KM menyebabkan ubi menjadi kecut.

Ubi yang sudah dipetik mestilah diproses dalam masa 24 jam agar kualiti

ubi terjamin.

Pihak Fazz Enterprise akan menggred ubi-ubi tersebut secara manual.

Mereka mengasingkan ubi mengikuti kesesuaian cara penyediaan.

Minyak yang digunakan bagi menggoreng ubi tidak digunakan melebihi 2

kali bagi mengekalkan kualiti produk.

iv) Spesifikasi Produk

Fazz Enterprise menghasilkan produk daripada, ubi, keledek dan pisang.

Produk ubi terdiri daripada :

Kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas kering, kerepek ubi manis, kerepek

ubi tawar lemak dan kerepek jejari ubi

Kerepek ubi berperisa BBQ, kerepek ubi berperisa lada hitam, kerepek ubi

berperisa kari, kerepek ubi berperisa tomato, kerepek ubi berperisa balado

(diperbuat menggunakan serbuk cili)

Page 11: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

4. Perkembangan Produk

Fazz Enterprise mula beroperasi sejak Februari 1983 iaitu 29 tahun yang lepas.

Selepas membuka kilang dan pusat jualan, pemborong dari Johor dan Negeri Sembilan

membeli produk beliau dan menjual kembali kepada pelanggan mereka.

Pada tahun 1993, Kerepek Fazz dieksport ke United Kingdom, Dubai, Hong Kong

dan Singapore. Tetapi beliau berhenti mengeksport kerepek pada tahun 1996 disebabkan

faktor kekurangan bahan mentah. Kemudian pada tahun 2004, sekali lagi beliau

mengeksport produk ke Australia tetapi menghentikan eksport disebabkan faktor yang

sama.

Menurut Puan Fazzilah Mahmudin, purata pendapatan yang diperolehi hasil dari

jualan produk dalam lingkungan RM300-RM350K sebulan. Dalam tempoh setahun,

pendapatan Kerepek Fazz meningkat sehingga 5 kali ganda pada bulan Ramadhan

sehingga mencecah 1.5 juta.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Fazz Enterprise ialah kekurangan bahan

mentah disebabkan faktor cuaca. Contohnya, ketika musim hujan ladang ditimpa banjir

dan memusnahkan tanaman. Selain masalah kekurangan bahan mentah, pihak Fazz

Enteprise perlu bersaing dengan penduduk tempatan bagi meningkatkan jualan.

Pihak Fazz Enterprise sedang dalam proses membina cawangan baru bagi

menampung pelanggan yang ramai terutamanya apabila tiba bulan Ramadhan. Beliau juga

merancang untuk memperbesar kilang dan menggunakan teknologi yang lebih canggih

pada masa akan datang selain meluaskan pasaran ke seluruh negara.

Page 12: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

RUMUSAN

 Setelah menjalankan kajian ini, saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam

tentang industri penghasilan produk tempatan di negara kita. Hasilnya, saya lebih

peka  terhadap produk-produk tempatan yang dihasilkan di negara kita dan telah

menimbulkan rasa syukur dalam diri saya.

  Di samping itu, melalui kajian ini juga dapat menonjolkan masyarakat di negara kita

yang kreatif, inovatif, saling menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Hal ini

membuktikan bahawa produk yang dihasilkan oleh masyarakat kita mempunyai kualiti

yang tinggi serta keunikannya yang tersendiri. Ia juga menunjukkan bahawa produk

tempatan mampu bersaing dengan barangan import. Secara tidak langsung, perlaksanaan

kerja kursus ini mengajar diri saya untuk menyokong produk tempatan agar negara kita

dapat membangun maju sekaligus mendekatkan lagi kita dengan Wawasan 2020.

      Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan produk-produk

keluaran tempatan kerana apabila produk tempatan digunakan dengan meluas berbanding

barangan import, ekonomi negara akan dapat mencapai pertumbuhan positif. Hal ini

mampu meningkatkan taraf hidup penduduk sekali gus mengurangkan bilangan penduduk

miskin di negara kita. Oleh itu, kita hendaklah memberikan sokongan padu terhadap

produk tempatan demi kebaikan semua pihak.

Page 13: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Carta Organisasi Kerepek House

Melawat kawasan kajian

Page 14: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

RUJUKAN

Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah merujuk kepada beberapa bahan yang

membantu saya. Antaranya ialah :

1. Orang Sumber

Nama : Mohamad Fazzly bin Haji Mahmudin

Umur : 34 tahun

Alamat : Lot 662, Jalan Cempaka, Kanchong Darat, Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Pekerjaan : Pengusaha produk makanan tempatan

2. Internet

http://turqoisea   zure.blogspot.com/2012/05/elemen-3-kerja-kursus-sejarah-   

pmr-2012.html

http://cikgurazak.blogspot.com/2012/02/kerja-kursus-sejarah-pmr-   

2012_11.html

Kerepekh.blogspot.com   

3. Surat Khabar

Jagatheswary Narayanan, 2008, Harian Kosmo

4. Melawat Tempat Kajian

Lot 662, Jalan Cempaka,

Kanchong Darat, Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Page 15: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

LAMPIRAN

Page 16: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Lesen Perniagaan Fazz Enterprise

Logo/Banner tempat kajian

Page 17: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

ELEMEN 2Amira Nur Afiqah binti Agus Salim

970611-01-5816

Puan Norzima binti Jaafar

Page 18: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

SURAT KHABAR

Page 19: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Oleh JAGATHESWARY [email protected]

Usahawan kampung, Mahmudin Abas mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?

BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup.

Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor.

Page 20: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

DOKUMEN

Page 21: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

Lesen perniagaan Fazz Enterprise

Page 22: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

GAMBAR/ FOTO

Page 23: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

ALAMAT : Lot 662, Jln Cempaka, Kanchong Darat,

42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Banner Ferepek Fazz

Page 24: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3

SUMBER

INTERNET

Page 25: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3
Page 26: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3
Page 27: Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3