Sejarah tingkatan 1

Embed Size (px)

Citation preview

SEJARAH DALAM KEHIDUPAN KITA 1. Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bererti bagi semua rakyat Malaysia. 2. Pada hari tersebut, negara kita telah bebas daripada penjajahan kuasa asing. 3. Pada setiap tahun kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengadakan upacara yang penuh gemilang sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan terhadap

negara tercinta. 4. Hari Kemerdekaan disambut kerana: (a) Berterima kasih kepada pejuang negara yang berjaya membebaskan negara daripada penjajah. (b) Negara kita merdeka dan berdaulat. 5. Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari guru di sekolah dan segala kejadian yang berkaitan dengan diri, keluarga, masyar akat dan negara adalah sebahagian daripada sejarah kita. 6. Mengetahui erti sejarah membolehkan kita lebih memahami dan mempelajari tentang diri, keluarga dan negara. 7. Mempelajari sejarah juga membolehkan kita lebih mengenali diri kita. 8. Apabila kita mengenali diri kita, ini akan dapat membina cara hidup yang bermatlamat dan berwawasan. 9. Mengenali negara kita pula membolehkan kita menghargai, berbangga serta mencintai negara ini. 10. Semangat ini amat penting bagi generasi pewaris kepada negara Malaysia.

Contoh-contoh Peristiwa Bersejarah

Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 oleh Allahyarham Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al - Haj.

Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Februari 2001. PENGERTIAN SEJARAH 1. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun. 2. Syajaratun bermaksud: (a) POhon atau pokok (b) Salasilah (c) Riwayat (d) Keturunan (e) Asal usul 3. Terdapat pelbagai definisi mengenai sejarah daripada tokoh-tokoh sejarah seperti berikut: (a) Ibnu Khaldun - Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifatsifat masyarakat itu. (b) Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab -sebab mereka melakukannya. (d) Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. 4. Kesimpulannya, sejarah ialah penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. 5. Rekod- rekod lalu dikaji oleh para sejarawan dan hasil kajian mereka dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem dan lain-lain.

IRI-CIRI SEJARAH 1. Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku. 2. Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dibentuk, dengan mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah. Fakta yang Tepat dan Benar 1. Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa, tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih. 2. Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah. 3. Fakta sejarah juga perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. 4. Sebagai contoh: (a) Penemuan arkeologi di Kota Tampan, Perak membuktikan petempatan awal di negara kita bermula sejak 35 000 tahun dahulu.

(b) Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.

Penting dan Bermakna 1. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat penting dan bermakna pada dirinya. 2. Oleh itu, sesuatu peristiwa sejarah itu dianggap penting dan bermakna. 3. Peristiwa sejarah itu amat penting kerana memberi kesan kepada individu, masyarakat dan negara. 4. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri dan lesen memandu. 5. Kad Pintar ini akan memudahkan diri kita untuk berurusan. 6. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseor ang. 7. Kad Akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengandungi maklumat perkahwinan seperti tarikh perkahwinan. Kad ini boleh mengingatkan individu tentang tarikh ulang tahun perkahwinannya. 8. Selain daripada sambutan Hari Kebangsaan, terdapat upacara yang disambut bersama oleh masyarakat di peringkat kebangsaan seperti: (a) Majlis Sambutan hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2001 yang disambut di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 Mei 2001. (b) Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2001 yang disambut di Kompleks Kota al-Azim, Melaka pada 16 Mei 2001. 9. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa pekerja serta guru dan disambut di peringkat kebangsaan. 10. Selain itu, tarikh permulaan sekolah ialah peristiwa bermakna bagi diri pelajar.

Sebab dan Akibat 1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa yang lalu. 2. Sejarah juga menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. 3. Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa: (a) Apa, (b) Siapa, (c) Bila, (d) Di mana, (e) Mengapa, dan (f) Bagaimana sesuatu peritiwa itu berlaku 4. Kesahihan sesuatu fakta dapat dibuktikan dengan cara berikut: Contoh: Kemasukan imigran kaum Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di neg ara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri. 5. Kota A Famosa pula membuktikan Melaka pernah dijajah oleh Portugis. 6. Peninggalan sejarah telah menjadi iktibar kepada kita bahawa kezaliman dan perpecahan perpaduan akan membawa kebinasaan dan kemungkinan kita akan dijajah semula. 7. Sejarah mendorong seseorang itu kepada sikap ingin tahu seperti mengapa, bagaimana dan kesannya terhadap sesuatu peristiwa. 8. Perkara ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat Malaysia untuk hidup dalam suasana aman dan bersatu padu kerana kita mengetahui ciri-ciri budaya dan amalan setiap kaum.

SUMBER SEJARAH 1. Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa. 2. Sejarah ditulis berasaskan sumber sejarah. 3. Sebagai contoh, buku Sejarah Malaysia merupakan sumber sejarah bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah di Malaysia. 4. Sumber sejarah terbahagi kepada: (a) Sumber pertama atau sumber primer (b) Sumber kedua atau sumber sekunder Sumber Pertama 1. Sumber pertama juga dikenali sebagai sumber primer. 2. Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam keadaannya masih asli, belum ditafsirkan, diolah atau dicetak. 3. Sumber primer adalah dalam bentuk: (a) Kertas (b) Fosil (c) Artifak (d) Keterangan lisan 4. Contoh-contoh surat pertama ialah: (a) Surat peribadi (b) Diari (c) Fail rasmi jabatan

(d) Manuskrip yang belum dicetak (e) Batu bersurat 5. Sejarawan digalak menggunakan sumber pertama kerana ini dapat membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku. 6. Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk.

Muzium Negara Sumber Kedua 1. Sumber kedua dikenali sebagai sumber sekunder. 2. Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. 3. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan. 4. Contoh-contoh sumber kedua ialah: (a) Buku (b) Ensiklopedia (c) Majalah dan surat khabar (d) Buku teks (e) Rencana (f) Jurnal (g) Laporan tahunan jabatan (h) Risalah

KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH 1. Untuk memperoleh sumber kedua terdapat beberapa kaedah yang digunakan, iaitu: (a) kaedah lisan (b) kaedah bertulis (c) kaedah arkeologi

Kaedah Lisan

1. Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber. 2. Sejarawan memperoleh maklumat melalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh. 3. Maklumat yang diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan. 4. Sumber sejarah yang diperoleh melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi. 5. Sejarawan akan memilih, mentafsir dan membandingkan fakta untuk mendapatkan kebenaran maklumat tersebut. 6. Sejarawan perlu berbuat demikian kerana terdapat kelemahan pada sumber lisan ini seperti wujud unsur tokok tambah yang dicampuradukkan dengan mitos, legenda dan dongeng. 7. Perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televideo, cakera padat dan pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar. 8. Menonton dan mendengar berita atau liputan secara langsung melalui televisyen dianggap sebagai sumber lisan. 9. Kaedah mendapatkan sumber lisan yang lain ialah melalui: (a) Temu ramah (b) Penceritaan 10. Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh. Kaedah Bertulis 1. Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis. 2. Pengkaji telah mentafsir menggunakan bahan-bahan seperti: (a) Catatan perjalanan (b) Diari (c) Tulisan dan gambar pada kulit binatang (d) Duit syiling (e) Daun (f) Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu, gading dan kertas. (g) Surat (f) Manuskrip 3. Melalui sumber yang ditulis, dilakar dan dipahat sejarawan memperoleh maklumat mengenai:

(a) Sesuatu perkara (b) Peristiwa atau kejadian (c) Tokoh (d) Perundangan (e) Adat resam 4. Sumber tulisan juga akan memudahkan kita memahami sesuatu situasi atau tempat dengan mudah dan jelas. 5. Sebagai contoh, melalui pembacaan buku Sejarah Melayu, kita dapat menggambarkan sistem sosial, ekonomi dan politik yang diamalkan pada zaman pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Batu Bersurat Kaedah Arkeologi 1. Melalui kaedah arkeologi, fakta diperolehi menggunakan proses cari gali bahan-bahan purba yang biasanya tertanam di dalam tanah atau dasar laut. 2. Kaedah arkeologi juga merupakan cara memperoleh maklumat berdasarkan kajian saintifik. 3. Selain kaedah proses mencari gali, cabang bidang arkeologi lain ialah angkasa lepas dan maritim. 4. Bahan-bahan purba yang ditemui melalui proses cari gali seperti candi, monumen, tembikar, pinggan mangkuk, fosil, alat -alat pertanian dan perhiasan dikenali sebagai artifak. 5. Kebanyakan artifak ini boleh dilihat di muzium manakala dokumen pula disimpan di arkib. 6. Melalui penemuan artifak ini, ahli arkeologi ,memperjelaskan kegiatan dan budaya sebenar masyarakat pada zaman dahulu. 7. Melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan. 8. Ahli arkeologi dan sejarawan dapat membuat tafsiran terhadap maklumat yang

diperoleh.

PENTAFSIRAN SEJARAH 1. Terdapat pelbagai pandangan atau tafsiran mengenai bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. 2. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya. 3. Sejarah akan menjadi kaku dan tidak bermakna jika tidak dibuat tafsiran. 4. Sejarawan perlu berusaha mencari sesuatu jawapan atau menerangkan tentang sebab dan musabab berlaku sesuatu peritiwa itu. 5. Pengkaji sejarah juga perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan tepat. 6. Tafsiran tentang sesuatu peristwa sejarah berbeza mengikut kaca mata antara ahli sejarah. 7. Sebagai contoh, berikut ialah perbezaan pendapat mengenai peritiwa pembunuhan J.W.W. Birch, Residen Inggeris di Perak.

8. Tafsiran sejarah berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu pihak. 9. Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah. Sebagai contoh: (a) Peristiwa kedatangan Inggeris di Tanah Melayu.

(b) Perjuangan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dan Dato' Maharajalela.

10. Sejarawan atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab. 11. Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu.

KEPENTINGAN SEJARAH 1. Kepentingan sejarah ialah: (a) Sejarah dapat mebantu kit mengenali diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara. (b) Sejarah dijadikan iktibar dan pengajaran sebagai panduan untuk masa kini dan

hadapan. (c) Sejarah dapat memupuk semangat setia, jujur, berani dan bangga kepada negara kita. (d) Sejarah membantu menghargai dan memelihara apa yang dimiliki dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab mempertahankan negara. Tujuan Mempelajari Sejarah 1. Pengetahuan yang banyak boleh diperoleh dengan mempelajari sejarah. 2. Perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan pengetahuan sejarah ialah: (a) Membuat penilaian mengenai sesuatu peritiwa. (b) Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa. (c) Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa. 3. Mempelajari sejarah dapat memberi pemahaman tentang tamadun awal bangsa kita yang telah wujud, di negara kita iaitu: (a) Zaman Paleolitik (b) Zaman Neolitik (c) Zaman Logam 4. Melalui penemuan tapak-tapak awal petempatan manusia Zaman Paleolitik di Kota Tampan, membuktikan bahawa: (a) Negara dan bangsa kita telah menempuh zaman tersebut. (b) Dapat melahirkan rasa jati diri yang tinggi. (c) Membentuk keperibadian bangsa. (d) Menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. 5. Ramai tokoh dan pemimpin negara telah menyumbang khidmat bakti untuk mempertahankan negara. sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman Putra bersama pemimpin yang lain berusaha memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa berlaku pertumpahan darah. 6. Dengan mempelajari sejarah membolehkan kita mengetahui: (a) Mengapa kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah? (b) Bagaimana kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah? (c) Di mana berlaku proses kemerdekaan? (d) Bilakah kemerdekaan tanah air diisytiharkan? (e) Apakah kesan kemerdekaan tanah air daripada penjajah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara? 7. Selepas merdeka, pemimpin negara yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra berusaha memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. 8. Warganegara Malaysia perlu menghargai jasa dan usaha pemimpin dahulu dan kini. 9. Generasi muda seharusnya tidak leka dan perlu memenuhi kemerdekaan degan penuh tanggungjawab dan berhati-hati supaya kesilapan masa lampau tidak berulang.

10. Keamanan dan kemajuan yang dikecapi membolehkan generasi kini merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin. 11. Usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara juga dapat dilaksanakan.

Faedah Mempelajari Sejarah 1. Sejarah boleh memberikan kita panduan dan iktibar pada masa kini dan hadapan. 2. Sejarah juga memaparkan segala peristiwa, iaitu sama ada yang baik ataupun buruk. 3. Sejarah juga dapat memberi pengajaran dan panduan untuk kita membetulkan diri daripada sebarang kesilapan yang berlaku pada masa dahulu. 4. Kejayaan bangsa kita pada masa dahulu boleh menjadi perangsang untuk terus berjaya, iaitu bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya negara dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris selama 450 tahun sehingga negara kita mencapai kemerdekaan. 5. Kita juga perlu menghayati kegigihan pemimpin-pemimpin kita yang berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan kemudian berusaha mengisi kemerdekaan dengan merancang pelbagai pembangunan. 6. Negara kita yang dahulunya mundur semasa penjajahan berubah dengan pembangunan yang begitu pesat sekali. 7. Kini, Malaysia berusaha menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020. 8. Sejarah telah memberi pengajaran kepada kita sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang. 9. Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme, iaitu perasaan cintakan tanah air. 10. Semangat patriotisme akan lahir jika kita tahu siapa diri, bangsa dan negara kita. 11. Mempunyai asas sejarah yang teguh membolehkan kita menjadi rakyat yang bangga akan negara dan rela berkorban untuk mempertahankan negara.

12. Sejarah juga membantu kita memelihara dan menghargai kemerdekaan dan kedaulatan negara. 13. Mempelajari sejarah bermakna kita mempelajari tentang diri, keluarga, masyarakat dan negara demi kebaikan bersama. 14. Dengan asas sejarah yang kukuh, rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman walaupun terdiri daripada pelbgai kaum.

Pengenalan Zaman Prasejarah 1. Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum sejarah direkodkan secara bertulis. 2. Zaman prasejarah penting dipelajari untuk memudahkan kefahaman dan menghubungkaitkannya dengan perkembangan tamadun manusia di Asia Tenggara. 3. Zaman prasejarah di dunia dibahagikan kepada empat tahap. Iaitu:

Tahap-tahap zaman prasejarah di dunia 4. Namun demikian, Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu Haobinh yang digunakan pada zaman Mesolitik telah dijumpai di Bukit Jawa,Lenggong,Perak pada zaman Paleolitik. Alat ini dijumpai oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. 5. Zaman prasejarah boleh diketahui melalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi. 6. Mereka mengkaji melalui tinggalan purba atau artifak purba. 7. Barangan purba atau artifak purba terdiri daripada batu, tembikar, serpihan tulang dan batu-batan yang dibina.

Barangan purba atau artifak purba.

Zaman Paleolitik 1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan ialah alat repihan seeprti alat batu penetak. 2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik ialah seperti berikut: (a)Lokasi: (i)Kota Tampan, Bukit Jawa, Bukit Bunuh,Lenggong,Perak. (ii)Gua Niah,Sarawak. (iii)Tingkayu,Sabah. (b)Ciri-ciri penempatan dan masyarakat: (i)Hidup berpindah-randah atau nomad. (ii)Tinggal di dalam dan di luar gua serta sekitar kawasan tasik. (c)Kegiatan utama: (i)Memburu binatang liar. (ii)Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun. (iii)Mengamalkan cara hidup sara diri. (d)Peralatan: (i)Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian. (e)Kepercayaan: (i)Mengamalkan kepercayaan aninisme. (ii)Mengamalkan upacara perkuburan.

Zaman Neolitik 1. Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu. 2. Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, menternak binatang dan bercucuk tanam.

3. Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut: (a)Lokasi: (i)Gua Cha,Kelantan (ii)Bukit Tengkorak,Sabah (b)Ciri-ciri penempatan masyarakat: (i)Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai. (ii)Membuat pembahagian kerja. (iii)wujud sistem bermasyarakat. (iv)Mempunyai seorang ketua. (c)Kegiatan utama: (i)Bercucuk tanam. (ii)Menangkap ikan. (iii)Berburu dan menternak binatang. (iv)Memungut hasil hutan. (v)Berdagang secara bertukar barang. (vi)Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang. (d)Peralatan: (i)Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu. (ii)Mencipta tembikar, bekas air,periuk dan belanga. (iii)Tulang mawas yang diperbuat daripada besi digunakan untuk melombong. (e)Kepercayaan: (i)Mengamalkan kepercayaan aninisme.

Peralatan Zaman Neolitik

Pengebumian manusia Zaman Neolitik Pengukuhan Minda

Zaman Logam 1. Zaman Logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu . Manusia zaman ini telah mula mencipta alat gangsa dan besi. Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah: (a)Lokasi: (i)Sungai Tembeling,Pahang.

2.

(ii)Gua Harimau,Perak. (iii)Changkat Menteri,Perak. (b)Ciri-ciri penempatan masyarakat: (i)Mula hidup secara menetap di satu tempat. (ii)Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua. (iii)Mengamalkan adat resam. (c)Kegiatan utama: (i)Bercucuk tanam. (ii)Menangkap ikan. (iii)Menternak binatang. (iv)Berburu. (v)Berdagang secara tukar barang. (d)Peralatan: (i)Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi. (e)Kepercayaan: (i)Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu. (ii)Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.

Peralatan Zaman Logam Pengukuhan Minda

Perbandingan Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam Keistimewaan Zaman Prasejarah 1. Kesimpulan daripada pengkajian zaman prasejarah telah membuktikan bahawa penempatan awal telah lama wujud di negara kita.

2. Perkembangan tamadun manusia ini hampir setanding dengan ketamadunan bangsa lain di dunia.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kegigihan masyarakat parasejarah yang berusaha membuat perubahan, menandakan mereka ialah masyarakat yang gigih berusaha.

3.

Pengenalan Kerajaan Awal di Asia Tenggara 1. Sejarah kerajaan awal Asia Tenggara dibahagikan kepada dua buah kerajaan, iaitu: (a)Kerajaan Agraria (b)Kerajaan Maritim 2. Kerajaan Agraria terdiri daripada kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor.

3. Kerajaan Maritim terdiri daripada kerajaan Champa,Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Chih Tu.

Kerajaan Agraria 1. Kerajaan Agraria ialah sebuah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada kegiatan pertanian. 2. Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.

3. Antara kerajaan ini ialah Kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini terletak di Lembah Sungai Mekong. 4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah: (a)Mengutip hasil hutan. (b)Berburu. (c)Menangkap ikan.

5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan menternak binatang. 6. 7. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah.

Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian, masyarakat agraria membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang. 8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti sawah padi. 9. Raja atau pemerintah pula bertanggungjawab membina terusan dan menguruskan sistem pengairan yang dibina.

10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti Kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor. 11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini. 12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran. Ini akhirnya membentuk sebuah kerajaan Agraria yang kuat.

Kerajaan Angkor 1. 2. 3. Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-7 Masihi. Pusat Kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.

Kawasan Selatan Tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana: (a)Tasik ini terletak di bahagian tengah Kampuchea. (b)Mempunyai tanah rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian. (c)Iklim yang panas serta lembap sepanjang tahun. (d)Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan sekitar tasik. (e)Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang lain. (f)Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk. 4. air. (b)Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah. Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian. (a)Baray ialah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu

5. Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan dianggap sebagai Devaraja. 6. Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran.

7. Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah zaman pemerintahan Suryavarman II. 8. Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama HinduBuddha sebagai agama utamanya. 9. Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan Angkor.

Angkor Wat

Kerajaan Funan 1. Kerajaan Funan merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara yang wujud pada abad Pertama Masihi. 2. 3. Kerajaan ini muncul di bahagian selatan Kemboja yang berpusat di Vyadhapura. Bandar pelabuhan kerajaan ini ialah Oc-Eo.

4.

Kepesatan kerajaan ini bergantung kepada bandar Oc-Eo.

5. Kerajaan Funan juga telah membina empangan, terusan dan takungan air untuk kawasan pertaniannya terutama tanaman padi sawah. 6. Sungai Mekong dan kawasan persisiran pantai ialah sumber bekalan air utama.

7. Raja Kaundinya merupakan raja pertama kerajaan Funan. Beliau menggunakan Kurung Bnam yang bermaksud raja-raja gunung. gelaran 8. Fa Shih-man merupakan seorang Jeneral yang agung.

Kerajaan Maritim 1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan. 2. Pusat pentadbiran kerajaan maritim tertumpu di kawasan muara sungai. Kawasan ini merupakan kawasn tumpuan penduduk. 3. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama.Sungai berfungsi sebagai laluan perdagangan ke kawasan pedalaman. 4. 5. Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan di kuala sungai.

Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli. 6. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada

pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar. 7. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan ialah seperti kerajaan Chih Tu, Champa dan Kedah Tua. 8. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Dalam urusan perdagangan: (a)Perdagangan kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah. (b)kerajaan ini juga menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau berhampiran. 10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran adalah seperti hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damar, gaharu, dan cendana. 11. Barangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Kegiatan ini dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai pelabuhan entrepot. 12. 13. Barangan ini dijual kepada pedagang negara China, India, Arab dan Eropah. Disebabkan perdagangan merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan maritim, masyarakat maritim mahir dalam teknologi pembinaan kapal. 9.

14. Masyarakat maritim mahir dalam ilmu pelayaran dan mampu belayar hingga ke Afrika Timur.

Kerajaan Champa

Kerajaan Champa 1. 2. 3. 4. Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien. Raja Champa ini telah dipengaruh oleh agama Hindu. Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya. Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal.

5. Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke15. 6. Menurut sumber sanskrit, pada tahun 400 Masihi, Kerajaan Champa diterajui oleh Bhadravarnom. Kerajaan Champa ditadbir oleh 14 buah dinasti. Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud.

7. 8.

Kerajaan Chih Tu

Kerajaan Chih Tu 1. 2. 3. Kerajaan Chih Tu terletak di hulu Sungai Kelantan. Menurut catatan I-Ching, kerajaan ini bermaksud Tanah Merah. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada awal ke-6 Masihi.

4. Chih Tu mempunyai corak pentadbiran yang tersusun dan rajanya berkuasa mutlak. 5. Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran. 6. Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan Srivijaya. Kerajaan Srivijaya

Kerajaan Srivijaya 1. Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke-7 Masihi.

2. Kerajaan ini berpusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabhuan Srivijaya yang penting. 3. Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Rajanya berkuasa mutlak. 4. Mengikut catatan Arab, raja juga dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. 5. 6. 7. Raja memerintah melalui nasihat daripada menteri-menterinya. Menteri-menteri pula ialah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat. Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu.

8. Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran, iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah. 9. 10. Srivijaya dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa. Oleh itu,kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu.

11. Antara hasil bumi Srivijaya ialah damar, cendana, lada hitam, kapur barus dan kemenyan. 12. Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menjadi pusat

pertukaran Kerajaan Kedah Tua

barangan antara China, India dan Barat.

Kerajaan Kedah Tua 1. Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua dikenali sebagai Cheh-Cha. Kerajaan ini wujud pada kurun ke-5 Masihi. 2. Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini juga dikenali sebagai Kataha. 3. Pelabuhan utama kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang. 4. Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya agama Hindu. 5. Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang. 6. Pelabuhan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar dan p usat pertukaran barang-barang. 7. Kapal-kapal yang belayar dari Arab, Parsi, India dan Sri Lanka akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan pelayaran ke Timur. 8. Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas. 9. Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar padi utama. 10. Status pelabuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil tempatan seperti beras, emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk

dan gading. 11. Kegemilangan kerajaan ini sebagai pusat perdagangan antarabangsa terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang, iaitu: (a)Dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman Sultan alMutawakil (tahun 847-861 Masihi). (b)Manik dari India dan kaca dari Timur Tengah. Kerajaan Majapahit

Kerajaan Majapahit 1. Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang menerima pengaruh agama HinduBuddha. 2. Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-Undang Manu.

3. Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri. Mengamalkan konsep Devaraja. 4. Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa Hayam Wuruk atau Raja Senegara. pemerintahan 5. 6. Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada. Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyeba bkan Majapahit dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah. Majapahit telah menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke-15 Masihi.

7.

8. Kataha(Kedah Tua), Temasik, Sungai Brantas dan Sungai Solo merupakan pelabuhan

utama.

SEJARAH - TINGKATAN 1 KEGEMILANGAN MELAKA

Sistem Pentadbiran Yang Sistematik 1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. 2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. 3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. 4. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. 5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. 6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti rajah di bawah ini.

Struktur pentadbiran Melaka 7. Pembesar Berempat ini dibantu oleh: (a) Pembesar Berlapan (b) Pembesar Enam Belas (c) Pembesar Tiga Puluh Dua 8. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan dan berdaulat. 9. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. 10. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka. 11. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam. 12. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. 13. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka. Peranan Pembesar Berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan

1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan ialah satu sistem yang sistematik. 2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran.

Pembesar dan kawasan pegangan 1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan. 2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaaan tidak puas hati d i kalangan pembesarnnya. 3. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. 4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'kawasan pegangan' . 5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu: (a) Bendahara kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan. (b) Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar. (c) Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik. (d) Temenggung tiada kawasan pegangan. (e) Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan. 6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut

cukai. 7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan' . 8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan. Pentadbiran Berwibawa 1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistem pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang. 2. Melalui sistem ini, setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab masingmasing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan. 3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan lemah.

Perbandingan jawatan pembesar dahulu dan sekarang

Pusat Perdagangan

Pemangkin Kemajuan Perdagangan di MelakaKedudukan geografi 1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka iaitu di pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. 2. Pedagang-pedagang asing yang berulang-alik di antara India( Barat ) dan China ( Timur ) akan singgah berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. 3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angi n Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. 4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka.

(a) Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa yang sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. (b) Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. 5. Selain itu, muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh dengan selamat di kawasan pelabuhan. 6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. 7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pertahanan serta tempat memerhati musuh. 8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh. Kemudahan pelabuhan 1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing. 2. Antara kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. 3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancar, gajah, dan pekerja untuk kemudahan para pedagang mengangkut barangan ke gudang. 4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan pe layaran atau semasa menunggu pertukaran angin monsun.

Peranan Syahbandar 1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui sistem pentadbiran yang diketuai olehnya. 2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. 3. Syahbandar berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. 4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah: (a) Menguruskan cukai. (b) Menguat kuasa peraturan keluar masuk kapal.

(c) Menguruskan gudang. (d) Menguruskan pasar. (e) Menjaga kebajikan pedagang. (f) Menjaga keselamatan pedagang. (g) Menjadi hakim di pelabuhan. 5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beber apa kumpulan pedagang:

Peranan Laksamana dan Orang Laut 1. Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. 2. Orang Laut pula ditugaskan mengawal keselamatan perairan Selat Melaka. 3. Pedagang berasa selamat kerana keberanian orang Laut menjaga keselamatan dan keamanan ketika mereka berdagang di Melaka.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka 1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan menggubal undang undang seperti Undang-undang Laut Melaka. 2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal. 3. Undang-undang Laut Melaka mengandungi: (a) Peraturan dan tatatertib berniaga. (b) Cara berjual beli. (c) Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal. (d) Larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi s erta anak kapal. Sistem Cukai dan Surat Perdagangan 1. Melaka mengenakan cukai yang berpatutan dan adil terhadap pedagang. 2. Para pedagang perlu membayar cukai rasmi atau Panduan sebelum berjual beli. 3. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kera jaan Melaka dikenali sebagai Sistem Cukai Berkeutamaan. 4. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan: (a) Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%. (b) Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar. (c) Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%. 5. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga. 6. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk: (a) Memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar. (b) Sumber pendapatan kerajaan.

Penggunaan sistem mata wang 1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melalui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. 2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi penggunaan mata wang tersebut. 3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipannggil calains. 4. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. 5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat. 6. Penggunaan mata wang telah melancarkan urusan perdagangan dan menggalak pedagang berdagang di Melaka. Pelabuhan enterpot 1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. 2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca 1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. 2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. 3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. 4. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. 5. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, penta dbiran,

ekonomi agama dan pendidikan.

Kematangan Hubungan Luar Hubungan Serantau 1. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak. 2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negeri -negeri ini kerana kegiatan perdagangan seperti: (a) Pasai- membekalkan lada hitam, emas dan beras.

(b) Jawa- membekalkan beras, bahan makanan dan rempah. (c) Kampar dan Siak- membekalkan emas.

Pasai 1. Menurut Tome Pires, hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai. 2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. 3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. 4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. 5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormatmenghormati dan tolong-menolong. 6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah salam digunakan semasa berutus surat. 7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan Melaka telah mendapat bekalan sep erti lada hitam, beras dan emas. Kampar dan Siak 1. Penaklukan Melaka keatas Kampar dan Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas. 2. Secara tidak langsung telah memajukan kegiatan ekonomi di negeri -negeri tersebut. 3. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan Kampar apabila berutus surat dengan Melaka, kedua-dua negara ini akan menggunakan istilah sembah. 4. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan taraf kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah berbanding dengan Melaka. 5. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka. 6. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansor Shah melawat

Majapahit. Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga.

Hubungan Antarabangsa Melaka China 1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo( Dinasti Ming ), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. 2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching tiba di Melaka. 3. Semenjak lawatan itu, hubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajan Melaka dengan China bertambah erat. 4. Hubungan kerajaan Melaka dengan China memberi keunt ungan kerana kerajaan Melaka mendapat pengiktirafan daripada China.

Siam 1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerama semasa Parameswara di Temasik, baginda telah membunuuh Temagi iaitu wakil Siam. 2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam. 3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. 4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati. Ryukyu 1. Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. 2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. 3. Dalam kandungan tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuan pedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang -undang Melaka.

4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan Undang-undang Melaka. 5. Ini terbukti bahawa Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka. Gujerat 1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. 2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka. 3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu. 4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama islam di Melaka. Tanah Arab 1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran islam di Melaka. 2. Mereka juga membeli: (a) Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu. (b) Kain sutera dan teh dari China.

Pusat Pengembangan Agama Islam1. Kedah dan Terengganu merupakan antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima agama Islam. 2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke-9. Ini terbukti dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah. 3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang, Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. 4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke-15, apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam. Kedatangan Agama Islam ke Melaka 1. Megat Iskandar Shah (Sultan Melaka) yang telah memeluk Islam setelah berkahwin dengan Puteri Pasai.

2. Tindakan baginda diikuti oleh pembe sar-pembesar dan kemudian rakyat jelata. 3. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam disebarkan oleh mubaligh Arab, Sayid Abdul Aziz yang datang dari Makkah. 4. Beliau telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama Sultan Mahmud Shah. 5. Beliau juga telah berjaya mengislamkan pembesar dan rakyat Melaka. 6. Pedagang-pedagang dan Arab dan India juga berdakwah semasa berdagang. 7. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan penduduk setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk berdakwah di Melaka. 8. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka. 9.Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama tersebut kerana meliputi semua aspek kehidupan seperti: (a) Toleransi (b) Adil (c) Rasional Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam 1. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam. 2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah. 3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. 4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. 5. Pemerintah juga mengambil berat terhadap pendakwah dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal kepada pendakwah. 6. Sultan Melaka sendiri menyambut baik kedatangan Islam dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata. 7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengenai hal-hal agama demi mendalami agama Islam.

8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah. 9. Sultan Muzaffar Shah telah beberapa institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran. 10. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ilmu untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. 11. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkenal di Melaka. Beliau telah mengarang kitab Insan al-Kamil. 12. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Isl am dijalankan seperti: (a) Menterjemah kitab-kitab. (b) Menyadur kitab-kitab. (c) Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. 13. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah: (a) Hikayat Amir Hamzah (b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah 14. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai Islam seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam Ke Asia Tenggara

Sinar Islam di MelakaKesan Politik 1. Kewujudan institusi kesultanan menggantikan sistem beraja merupakan kesan utama pengembangan Islam di Melaka. 2. Gelaran raja digantikan dengan sultan. 3. Sultan Muhammad Shah ialah sultan yang pertama menggunakan gelaran 'sultan'. 4. Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka. Mereka menasihati sultan supaya memerintah secara adil dan saksama. 5. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undangundang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat, bermusyawarah dan persamaan taraf. 6. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak. Kesan Sosial 1. Al-Quran telah menjadi asas sistem pendidikan dalam masyarakat Melayu. 2. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca. 3. Tulisan Jawi juga telah diperkenalkan dan digunakan secara meluas. 4. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan or ang Melayu seperti:

Pusat Kegiatan Ilmu Peranan Istanan sebagai Pusat Kegiatan Intelektual

Jurutulis, pengarang dan ulama di istana 1. Istana merupakan pusat perkembangan ilmu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2. Istana juga merupakan tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang terdiri daripada jurutulis, pengarang dan ulama.

Karya sastera 1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka. 2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. 3. Antara karya sastera terjemahan ialah: (a) Hikayat Amir Hamzah (b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (c) Hikayat Iskandar Zulkarnain 4. Karya sastera saduran pula ialah: (a) Hikayat Bulan Belah (b) Hikayat Nabi Bercukur (c) Hikayat Bakhtiar (d) Hikayat Nabi Wafat (e) Hikayat Nabi Yusof 5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, Hikayat Melayu juga telah dihasilkan. Antaranya ialah: (a) Hikayat Hang Tuah (b) Hikayat Bayan Budiman 6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang telah digubal seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. 7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, undang-undang ini disusun semula.

Istana Melaka 1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golongan alim ulama mengenai agama. 2. Sebagai contoh, Kitab Darul Manzum merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek-aspek ketuhanan. 3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. 4. Istana Melaka juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan seperti buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah. 2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. 3. Tulisan jawi juga telah digunakan. 4. Huruf-huruf jawi dibawah ini ditambah berasaskan huruf Arab:

1.6 Perluasan Kuasa1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar. 2. Melalui perluasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju kerana dapat menguasai hasil ekonomi daripada jajahan yang ditaklukinya.

Cara-cara Perluasan KuasaPerluasaan kuasa dengan cara penaklukan. 1. Kerajaan Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan lain seperti Pahang dan Kampar. 2. Tujuan perluasan kuasa dijalankan adalah untuk: (a) menjamin keselamatan,

(b) kemakmuran, (c) keutuhan kerajaan Melaka. 3. Kerajaan Melaka berjaya meluaskan kuasanya kerana: (a) Kebijaksanaan Sultan Melaka dalam mengatur strategi. (b) Askar Melaka yang berani dan sanggup berkorban. Perluasan kuasa dengan cara kerelaan raja negara lain untuk menjadi naungan Melaka 1. Beberapa pemerintah secara rela bernaung di bawah kerajaan Melaka kerana kejayaan Melaka. 2. Sultan Melaka biasanya akan menabalkan raja-raja dibawah naungan Melaka. 3. Jambi dan Lingga adalah antara kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan Melaka. 4. Kerajaan Melaka meluaskan pengaruhnya melalui pemberian bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi keadaan huru-hara di dalam negeri. (a) Melaka telah membantu Raja Pasai, Sultan Zainal Abidin yang menghadapi pemberontakan untuk menggulingkan beliau. (b) Melaka juga membantu Pasai mengalahkan kerajaan Aru yang merupakan ancaman kepada Pasai dan Melaka. 5. Pasai walaupun setaraf dengan Melaka, telah mengakui kekuasaan Melaka kerana bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan Melaka. Perluasan kuasa dengan cara perkahwinan 1. Perkahwinan adalah faktor yang digunakan oleh kerajaan Melaka untuk meluaskan empayarnya. 2. Putera dan Puteri Sultan Melaka telah berkahwin dengan putera dan puteri kerajaan lain seperti Kelantan, Pahang dan Siak. 3. Hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan dapat diperkukuhkan melalui perkahwinan dan meluaskan pengaruh kerajaan Melaka.

Kebijaksanaan Pemimpin dalam Perluasan Kuasa Melaka1. Pada kurun ke-15, Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung.

2. Kejayaan Melaka sebahagian besarnya adalah kerana Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak. 3. Selain daripada itu, Melaka mendapat sokongan padu daripada rakyat dan tenteranya gagah dan setia. Sultan Muzaffar Shah 1. Kerajaan Melaka mula meluaskan kuasannya pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. 2. Kawasan yang berjaya dikuasai ialah Pahang, Inderagiri dan Kampar. 3. Sultan Muzaffar Shah telah melakukan tindakan tindakan yang bijak untuk meluaskan empayar Melaka. Antaranya ialah: (a) Menghantar Tun Perak untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. (b) Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China. Kesan hubungan ini ialah Melaka diiktiraf oleh China dan kerajaan-kerajaan lain di rantau Asia Tenggara. (c) Baginda menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India Muslim di istana. Keamanan dalam negeri terjamin dan keadaan ini membolehkan baginda menumpukan usaha perluasan kuasa. Sultan Mansor Shah 1. Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menguasai Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu) dan Siak (pantai timur Sumatera). 2. Baginda juga dapat menghalang cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk membebaskan diri daripada kesan penguasan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah 1. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah merupakan seorang pemimpin yang warak dan mementingkan pentadbiran negara. 2. Menurut Sejarah Melayu, baginda merupakan seorang yang gagah. 3. Baginda mengambil berat keamanan dan keselamatan dalam negeri Melaka. 4. Baginda pernah menyamar menjadi rakyat biasa untuk membenteras kejadian jenayah di Melaka. 5. Keamanan yang diperoleh membolehkan baginda menumpukan perhatian penuh

kepada usaha-usaha perluasan kuasa. 6. Kemenangan besar yang dicapai oleh bagiinda ialah peperangan dengan Aru. Laksamana Hang Tuah memainkan peranan yang penting dalam peperangan tersebut. Kepimpinan Tun Perak 1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara. 2. Tun Perak ialah Bendahara Melaka yang termasyhur. 3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar 'Pembina Empayar'. 4. Beliau juga digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan sultan-sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja. 5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka, Tun Perak memegang jawatan Penghulu di Klang. 6. Tun Perak juga berjaya mematahkan dua serangan Siam pada tahun 1445 dan 1456. Peristiwa serangan Siam 1445 1. Dalam peperangan ini Tun Perak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan isteri ke Melaka untuk mempertahankan, Kota Melaka. 2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermatimatian mempertahankan Kota Melaka. Peristiwa serangan Siam 1456 1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat. 2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu kecil sebagai muslihat perang. 3. Tindakannya itu menyebabkan pihak Siam sukar megejar tentera Melaka. 4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh

tentera. 5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera Siam. 6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam. Peristiwa serangan ke atas Pahang. 1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang. 2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam. 3. Tun Perak berjaya dalam serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah jajahan Melaka. Peristiwa pembunuhan Tun Besar 1. Tun Perak ialah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau menuntut bela apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak beliau Tun Besar. 2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak Raja Muhammad. 3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke a tas Raja Muhammad. Beliau berkata ' Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan kita pertuankan raja seorang ini janganlah.' 4. Raja Muhammad tidak dilantik menjaid Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan ditabalkan menjadi Sultan Pahang. 5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetian rakyat kepada Sultan Melaka.

Kesan Perluasan Kuasa1. Perluasan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan, iaitu: (a) Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai. (b) Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat. (c) Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja. (d) Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah jajahannya. (e) Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.

2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan maju kerana kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang dijajah dan ditaklukinya. 3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke wilayahwilayah yang di bawah kekuasaan Melaka. 4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan merupakan penyambung keagungan kerajaan Srivijaya. 5. Melaka telah muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka. 6. Keadaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan berwawasan serta mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera.

7. Melaka bukan sahaja maju dalam politik tetapi dari segi ekonominya dan terkenal di seluruh dunia. 8. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Melaka.

KEMEROSOTAN MELAKA

Faktor Kemerosotan Melaka dan Kejatuhan Melaka 1. Pada kurun ke-15, Melaka memainkan peranan sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. 2. Melaka telah menjadi sebuah kerajaan yang kaya, kuat dan berpengaruh.

3. Zaman kegemilangan Melaka adalah pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah. 4. Kemasyhuran Melaka telah menarik kuasa Eropah seperti Portugis untuk datang ke Melaka. 5. Kedatangan kuasa Portugis ke Melaka adalah ketika Melaka sedang mengalami kemerosotan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. 6. Antara faktor kemerosotan dan kejatuhan Melaka ialah: (a) Kelemahan kepimpinan. (b) Masalah perpaduan. (c) Kelemahan askar Melaka. Kelemahan Pemimpin. 1. Selepas kematian Tun Perak, Melaka ketandusan pemimpin yang berkebolehan seperti beliau. 2. Bendahara Tun Mutahir (1500-1510) telah menggantikan tempat Tun Perak. Beliau telah menjalankan dasar pilih kasih. 3. Ini menimbulkan perasaan iri hati di kalangan pembesar-pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.

4. Pembesar-pembesar Melaka telah memfitnah Tun Mutahir hendak mengatasi kekayaan Sultan Mahmud Shah. 5. Tanpa usul-periksa, Sultan Mahmud Shah telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir serta ahli keluarganya. 6. Akhirnya, Sultan Mahmud Shah telah menyedari Tun Mutahir telah difitnah dan menyerahkan kuasanya kepada puteranya, Raja Ahmad. 7. Sultan Ahmad Shah pula tidak dapat memerintah Melaka dengan baik. Baginda tidak cekap dan lemah dalam pentadbiran. 8. Bendahara Tun Perpatiih Putih, iaitu pengganti Bendahara Tun Mutahir ialah seorang tua yang telah uzur dan tepok (lumpuh disebabkan sesuatu penyakit). 9. Keadaan ini menyebabkan pentadbiran Melaka bertambah lemah kerana: (a) Ketiadaan pemimpin yang berwibawa. (b) Amalan rasuah berleluasa. (c) Fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa. 10. Pedagang-pedagang memilih pelabuhan lain

kerana kerajaan Melaka tidak mengamalkan sistem cukai yang sedia ada tetapi mengenakan kadar cukai yang sangat tinggi. 11. Pedagang telah pergi ke pelabuhan lain kerana cukainya lebih rendah seperti Brunei, Acheh, Bantam dan Patani. Masalah Perpaduan 1. Persaingan antara orang Melayu dengan orang India Muslim telah berlaku untuk mendapatkan pengaruh setelah Bendahara Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka. 2. Amalan pilih kasih dalam pentadbiran merupakan punca persaingan antara pembesar-pembesar Melaka. 3. Kesan daripada masalah perpaduan antara pembesar menyebabkan rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu. 4. Justeru itu, keutuhan kerajaan dan serta kegiatan perdagangan di Melaka terjejas.

Kelemahan Askar Melaka 1. Tentera Melaka tidak mempunyai alat senjata moden seperti Portugis. 2. Antara senjata yang digunakan ialah: (a) Keris, (b) Panah, (c) Sumpit Beracun, (d) Perisai, (e) Tombak dan lain-lain. 3. Portugis pula telah menggunakan alat senjata yang lebih baik seperti meriam dan senapang yang dapat menembak dari jarak jauh. 4. Kapal perang mereka juga mempunyai bilangan

merian yang banyak serta dapat membedil Melaka dari laut. 5. Selain itu, Portugis juga mempunyai tentera yang terlatih dan sudah biasa dengan peperangan. 6. Sementara Melaka pula terlalu bergantung kepada askar-askar upahan Jawa untuk mempertahankan Melaka. Askar upahan Jawa tidak berjuang sepenuh hati kerana mereka tidak berjuang untuk mempertahankan tanah air sendiri. 7. Askar-askar Portugis pula mempunyai pemimpin yang berkebolehan seeprti Alfonso de Albuquerque. 8. Askar Melaka pula tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti askar Portugis. 9. Askar-askar Portugis juga mendapat sokongan daripada pangkalan tentera mereka di Goa, India. 10. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis setelah askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri semasa Portugis menyerang Melaka.

Perbezaan antara angkatan perang Melaka dengan Portugis.

Repllika kapal Perang Portugis

Senjata askar Melaka, keris

Senjata askar Portugis, meriam

Kedatangan Portugis Mengapakah Portugis Datang ke Timur? 1. Portugis ialah sebuah negara kecil yang terletak di barat daya benua Eropah. 2. Portugis ialah orang Eropah yang terawal datang ke Asia Tenggara iaitu pada abad ke-15. 3. Kedatangan Portugis ke Timur adalah kerana penemuan jalan laut, penyebaran agama kristian dan kegiatan perdagangan. 4. Faktor kedatangan orang Portugis ke Asia Tenggara ialah faktor keagamaan, kekayaan dan kemegahan, 'Gospel, Gold and Glory'. 5. Putera Henry telah menggalakkan pelayar dan orang Portugis untuk menjelajah ke Timur berdasarkan slogan 'Gospel, Gold and Glory'. 6. Atas galakan Putera Henry, ramai rakyatnya berani menjelajah ke Timur. Antara kejayaan rakyat Portugis ialah: (a) Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan pada tahun 1488. (b) Vasco da Gama sampai di India pada tahun 1498. (c) Lopez de Sequiera tiba di Melaka pada tahun

1509. Agama (Gospel) 1. Orang Portugis mahu menyebarkan ajaran agama kristian kepada masyarakat di Timur. 2. Orang Portugis mahu meneruskan Perang Salib dan menebus kembali kekalahan mereka pada kurun ke-12. 3. Orang Portugis mahu menghancurkan Kerajaan Islam seperti Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam. Ekonomi (Gold) 1. Orang Portugis hendak menguasai perdagangan rempah dan menghalang monopoli pedagang-pedagang Islam ke Timur. 2. Rempah sangat diperlukan di Eropah untuk mengawet dan melazatkan makanan seperti daging serta dapat memanaskan badan mereka. 3. Oleh yang demikian, rempah ini mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah dan perdagangan rempah amat menguntungkan.

4. Namun demikian perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala ini dimonopoli oleh pedagang Islam di Timur. 5. Pedagang Islam mendapat banyak keuntungan kerana menjualnya dengan harga yang tinggi di Eropah. 6. Portugis beranggapan dengan menguasai Melaka, mereka dapat menguasai pusat pengumpulan rempah dan seterusnya menguasai jalan perdagangan rempah dan memonopoli hasil rempah yang sangat menguntungkan. Politik (Glory) 1. Orang Portugis mendapat galakan daripada Putera Henry (1394-1460). 2. Putera Henry juga digelar Henry Ahli Pelayaran. Baginda telah mendirikan sebuah pusat penyelidikan pelayaran dan membina kapal-kapal di Sagres. 3. Baginda juga pernah terlibat dalam Perang Salib di Afrika Utara dan begitu bersungguh-sungguh untuk mencari jalan ke Timur.

4. Kejayaan dalam aktiviti penjelajahan, pelayaran serta pembinaan empayar akan meningkatkan martabat negara.

Portugis Menguasai Melaka 1. Pada tahun 1509, Raja Manuel telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Lopez

de Sequiera ke Melaka. 2. Ketibaan rombongan ke Melaka adalah untuk berunding tentang peluang perdagangan serta memulakan hubungan antara kedua-dua buah kerajaan. 3. Ketibaan rombongan tersebut pada permulaannya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. 4. Orang Portugis dibenarkan berniaga dan Sultan Melaka menjamin keselamatan mereka ketika berdagang di Melaka. 5. Saudagar Islam dari Gujerat dan Jawa telah memberi maklumat kepada Bendahara Tun Mutahir tentang kedatangan orang Portugis untuk: (a) Menguasai perdagangan. (b) Menentang agama Islam. 6. Bendahara Tun Mutahir kemudian memaklumkan berita tersebut kepada Sultan Melaka dan telah menasihati sultan untuk menangkap orang Portugis. 7. Sultan mengarahkan supaya rombongan Portugis bersama pegawai kanan rombongan bernama Ruy de Araujo ditangkap. Terdapat

juga beberapa orang Portugis yang terbunuh dalam kejadian ini. 8. Lopez de Sequiera bersama beberapa pengikutnya telah berjaya melarikan diri ke Goa. 9. Raja Portugal sangat marah dan baginda telah menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka pada tahun 1510. 10. Alfonso de Albuquerque telah tiba di Melaka pada tahun 15111 dan mengemukakan tiga tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah, iaitu: (a) Membebaskan semua orang Portugis yang ditawan. (b) Membayar ganti rugi akibat penawanan rombongan rombongan Portugis. (c) Membenarkan Portugis membina kubu di Melaka. 11. Ketiga-tiga tuntutan tersebut ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. 12. Penolakan tersebut telah membuka peluang kepada Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka pada 25 Julai 1511.

Alfonso de Albuquerque Peristiwa serangan Portugis ke atas Melaka. 1. Pada 25 Julai 1511, tentera Portugis mula mencapai kejayaan iaitu apabila berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka. 2. Kejayaan ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Si Kitol kepada pihak Portugis. 3. Melaka melancarkan serangan balas terhadap Portugis yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah dan angkatan Perang Portugis terpaksa berundur. Kejayaan askar Melaka mengalahkan pihak Portugis kali ini kerana semangat mereka yang membaca setelah mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah. 4. Setelah mengumpul kekuatan dan tenaga semula, pada 10 Ogos 1511, sekali lagi tentera Portugis melancarkan serangan dan berjaya mengalahkan angkatan perang Melaka. 5. Pada 24 Ogos 1511, tentera Portugis telah melancarkan serangan yang lebih hebat buat kali ketiga dan akhirnya Melaka berjaya ditawan. 6. Sultan Mahmud Shah, kerabat diraja, pembesar dan pengikutnya telah berundur ke Muar kemudian ke Pahang dan seterusnya ke Bentan. 7. Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan yang baru di Bentan setelah kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad Shah. 8. Sultan Mahmud Shah tidak berputus asa dan terus melakukan beberapa siri serangan untuk mendapatkan semula Melaka. Pengajaran daripada peristiwa sejarah 1. Kita perlu menyanjung serta berasa bangga dengan usaha untuk mempertahankan kedaulatan bangsa seperti yang ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah dan rakyat Melaka.

2. Rakyat sejati sanggup berkorban untuk mempertahankan bangsa dan negara. 3. Perlu mengambil iktibar supaya negara kita tidak jatuh kepada kuasa asing.

Urutan peristiwa penaklukan Melaka oleh Portugis.

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka Parameswara di Palembang 1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Palembang, Timur Sumatera, iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada tahun 1400. 2. Palembang pernah menjadi pusat kerajaan Srivijaya. 3. Palembang juga pernah menjadi negara dibawah kekuasaan Majapahit. 4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit.

5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit. 6. Parameswara telah berundur ke Temasik. Parameswara di Temasik 1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada Orang Laut berundur ke Temasik. 2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah menyambut Parameswara dengan baik. 3. Parameswara mendapati Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik. 4. Temasik juga pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya. 5. Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik dan berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya. 6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan Majapahit pula cuba menguasai Temasik. Baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar. Kedatangan, Parameswara di Melaka 1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan. 2. Parameswara dan para pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. 3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai. 4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun. 5.Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan. 6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut

dan mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut. Faktor-Faktor Pemilihan 1. Parameswara mendapati kedudukan tersebut amat baik kerana berhampiran dengan laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang. 2. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. 3. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau juga boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. 4. Pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi. 5. Angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainy a terlindung dari angin monsun.

Perjalanan Parameswara ke Melaka Asal Usul Nama Melaka

Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka

1. Parameswara ialah seorang pemimpin yang bijak dan berwawasan. 2. Beliau cekap dalam perancangan membangun dan memajukan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang dapat menarik pedagang asing. 3. Beberapa langkah yang berkesan telah diambil oleh Parameswara untuk membangunkan Melaka menjadi pelabuhan entrepot.

Langkah-langkah Parameswara Membina Melaka 1. Parameswara bijak merancang dan berusaha gigih untuk memantapkan kemudahan yang terdapat di pelabuhan Melaka. 2. Baginda telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti: (a) Kemudahan gudang untuk menyimpan barang. (b) Kemudahan membaiki kapal. (c) Kemudahan tempat tinggal kepada pedagang. (d) Kemudahan pengangkutan seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja turut disediakan. (e) Bekalan air bersih dan makanan. Menjalinkan hubungan dengan Siam 1. Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam iaitu dengan menghantar ufti tahunan. 2. Oleh yang demikian, Melaka tidak diserang oleh Siam dan menjadikan keadaan Melaka aman dan damai. 3. Siam juga mengiktiraf kedaulatan Melaka. Hubungan dengan negara China 1. Mengasaskan perhubungan baik dengan China untuk menjamin keselamatan Melaka. 2. Hubungan persahabatan dengan China telah membawa kepada perkembangan Melaka dengan lebih pesat. 3. Kedatangan Laksamana Yin Ching, utusan Maharaja China ke Melaka pada tahun 1404 telah membuka jalan untuk menjalinkan perhubungan dengan China. 4. Hubungan ini tidak terputus, pada tahun 1405 dan 1409, Laksamana Cheng Ho telah datang melawat Melaka mewakili Maharaja China. 5. Melaka menjadi negeri naungan China dan bersetuju menghantar ufti.

6. Sebagai balasan kerajaan China telah mengurniakan: (a) payung kuning; (b) cap mohor; (c) sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. 7. Antara faedah yang dipeoleh ialah: (a) Kerajaan Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. (b) Parameswara telah diiktiraf sebagai raja yang berdaulat. (c) Melaka memperoleh perlindungan daripada ancaman Siam. (d) Perhubungan ini membolehkan Melaka berkembang maju dan aman damai. Sistem pemerintahan yang teratur 1. Parameswara juga telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur. 2. Baginda telah mewujudkan jawatan seperti: (a) Pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri. (b) 40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja. (c) Biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran raja. 3. Parameswara dan para pembesar telah menyumbang kepada pembangunan Melaka ketika itu. Bantuan Orang Laut 1. Demi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka, Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang Laut untuk menjaga perairan Melaka. 2. Orang Laut mempunyai ciri-ciri kepahlawanan serta mahir tentang selok-belok Selat Melaka. 3. Sikap mereka yang taat setia kepada sultan dan kerajaan telah memberikan sumbangan yang besar kepada keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka. Ikatan Konsep Daulat 1. Melaka tidak akan maju dan membangun jika Parameswara tidak dibantu oleh rakyat Melaka yang terdiri daripada Orang Melayu, Orang Laut dan Orang Asli. 2. Ketiga-tiga kaum ini memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan Melaka: (a) Orang Asli- membekalkan hasil hutan, seperti ubat-ubatan, gaharu, cendana, damar, rotan dan lain-lain untuk kegiatan perdagangan. (b) Orang Laut- membekalkan hasil laut, seperti ikan dan menjaga keselamatan Selat Melaka. (c) Orang Melayu- ketua-ketua dalam masyarakat melayu dilantik memegang jawatan seperti

hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka. 3. Melaka berkembang maju dan membangun dengan cepat hasil semangat sedia berkorban rakyatnya demi negara, taat setia raja yang menjadi lambang perpaduan dan menghargai pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara.

JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Usaha-usaha Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka Oleh Sultan Mahmud Shah

1. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah, pembesar-pembesar serta pengikutnya termasuk Orang Laut, telah melarikan diri ke Pagoh dan kemudian membina kubu pertahanan di Bentayan, Muar. 2. Tidak lama kemudian, baginda berpindah pula ke Pahang ke Bentan atau dikenali sebagai Pulau Riau. 3. Di Bentan, baginda telah mengukuhkan kedudukan dan kekuatan tentera untuk menyerang Portugis yang bertapak di Melaka. 4. Maharaja Lingga, Raja Inderagiri, Raja Siak dan Sultan Aru(Deli) telah menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan. 5. Taat setia telah dinyatakan oleh wakil dari kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sungai Ujong kepada baginda. 6. Pada tahun 1521, Bentan telah diserang oleh Portugis. 7. Sultan Mahmud Shah telah mengatur serangan balas terhadap Portugis di Melaka. 8. Baginda telah berusaha sebanyak lima kali untuk menawan semula Melaka tetapi usaha baginda tidak berjaya. 9. Serangan antara kedua-dua kuasa ini berlarutan hingga tahun 1526. 10. Pada tahun 1526, Portugis bertindak balas menyerang Bentan dengan bantuan dari Goa. 11. Serangan tersebut telah berjaya memusnahkan Bentan dan Sultan Mahmud Shah kemudian berundur ke Kampar sebuah jajahan Melaka. Baginda mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528.

Pengasasan Kerajaan Johor1. Putera bongsu Sultan Mahmud Shah, Raja Ali, dilantik sebagai sultan yang baru dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528 -1564). 2. Baginda juga dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan. 3. Pada akhir abad ke-16, Ujong Tanah dikenali dengan nama Johor.

Penerusan Warisan Melaka1. Sultan Alauddin Riayat Shah II ialah pengasas kerajaan Johor pada tahun 1528. 2. Bendahara dan Seri Nara Diraja telah ditugaskan untuk membangunkan pusat pentadbiran Kerajaan Johor di Pekan Tua. 3. Sebuah kota pertahanan telah dibina dan dikenali sebagai Kota Kara bagi menjaga keselamatan ibu negeri Johor itu. 4. Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian mengukuhkan kuasanya iaitu dengan menguasai semula semua jajahan takluk Melaka dan menjadikannya sebagai jajahan takluk Johor. 5. Johor menguasai semula hal ehwal Pahang dan menentukan Sultan Pahang yang baru. 6. Pada tahun 1540, Johor telah meluaskan kuasanya dengan menakluki Aru. 7. Penguasaan Johor tehadap tanah jajahan takluknya berterusan pada abad ke -17 oleh Laksamana Tun Abdul Jamil. 8. Wakil Johor telah ditempatkan di Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan. 9. Tanah jajahan takluk Johor juga memberi bantuan kepada Johor dengan menghantar askar mereka untuk menyertai angkatan perang Johor apabila diminta. 10. Selain itu, negeri-negeri yang dikawal oleh Johor juga membekalkan barangan eksport kepada Johor, sebagai contoh Klang membekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah. 11. Walau bagaimanapun pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau -Lingga kerana sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi. 12. Perpindahan ini sebagai satu muslihat untuk mempertahankan diri.

Sultan Alauddin Riayat Shah II memperkukuhkan kuasa.

Pusat-pusat pemerintahan Johor

Usaha Johor menguasai Melaka1. Hasrat Johor untuk menguasai Melaka semula tidak pernah padam. 2. Pemerintah Johor, para pembesar dan rakyat tidak mudah berputus asa walaupun

setiap percubaan menemui kegagalan. 3. Pada bulan Jun 1551, Johor telah melakukan usaha yang besar iaitu bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka. 4. Angkatan tersebut mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi kekebalan kota A Famosa dan peralatan senjata pihak Portugis yang jauh lebih baik menyebabkan usaha tersebut gagal.

Kota A Famosa 5. Serangan angkatan Johor berterusan sehingga tahun 1564. 6. Dua orang pembesar Johor yang terlibat dalam peperangan ini ialah Tun Sri Lanang dan Laksamana Tun Abdul Jamil. 7. Pada tahun 1608, angkatan perang Johor telah bergabung dengan askar Belanda dan akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641. 8. Angkatan perang Johor yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengepung Melaka dari darat dan Belanda pula menyerang dan mengepung dari laut. 9. Walaupun Portugis telah dapat dikalahkan, Johor masih tidak dapat menguasai Melaka, sebaliknya Belanda yang menduduki Melaka. 10. Akan tetapi ketabahan, kegigihan dan keberanian Johor untuk merampas semula Melaka daripada tangan Portugis perlu kita hormati dan sanjungi.

Kejatuhan Portugis akibat serangan gabungan angkatan perang Johor dan Belanda.

Kebangkitan Acheh1. Pada tahun 1520-an, Acheh telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat perdagangan selepas kejatuhan Melaka. 2. Pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki telah beralih ke Acheh setelah Portugis mengenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat serta cukai yang tinggi. 3. Portugis berbuat sedemikian kerana mahu menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing. 4. Selain itu, Acheh juga berkembang sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting di Gugusan Kepulauan Melayu. 5. Acheh berjaya menjadi kuasa yang kuat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). 6. Selain mahu menguasai perdagangan Selat Melaka, baginda juga berazam untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu.

7. Acheh muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang kuat kerana kemajuan perdagangan antarabangsanya. 8. Acheh menyerang Perak pada tahun 1575 dan tahun 1620. 9. Pahang diserang pada tahun 1617 dan Kedah pada tahun 1619. 10. Acheh menguasai Pahang dan berkuasa menentukan bakal sultan Johor setelah menawan Johor. 11. Acheh juga berjaya menakluki Pedir dan Pasai dan menguasai perdagangan lada hitam yang amat diperlukan oleh pedagang asing.

Faktor-faktor Perang Tiga Segi

Persaingan Johor dengan Acheh dan Portugis1. Perang Tiga Segi melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Portugis di Melaka dan Acheh. 2. Peperangan ini adalah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dan berlarutan hampir selama 100 tahun(1536-1636). 3. Kadangkala ketiga-tiga kuasa tersebut berperang secara bersendirian tetapi terdapat juga dua buah kuasa telah bergabung untuk menentang kuasa yang lain. 4. Kedua-dua kuasa Acheh dan Johor ingin mengusir Portugis dari Melaka kerana: (a) Kerajaan Acheh- Portugis bertujuan mahu menghalang perdagangan Acheh. (b) Kerajaan Johor- bertujuan untuk merampas semula Melaka dari Portugis. 5. Kerajaan Acheh juga menyerang Johor kerana: (a) Kerajaan Acheh menyerang Johor- kerana Johor merupakan ancaman bagi kerajaan Acheh kerana perdagangan Johor yang berkembang maju. 6. Pihak Portugis menyerang Johor kerana: (a) Portugis menyerang Johor- kerana beranggapan Johor bersatu dan berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.

Kegemilangan Kerajaan Johor Kebangkitan Semula Johor1. Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor telah berkembang luas me liputi wilayah

pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga ke Singapura, Bentan dan Lingga. 2. Johor juga menguasai Bengkalis, Kampar, Siak, Klang, Batu Pahat, Muar dan Pahang. 3. Faktor yang membantu Johor mencapai kegemilangan ialah: (a) Kecekapan Sultan dan Pembesar Johor mentadbir negeri. (b) Kemajuan dalam kegiatan perdagangan. (c) Perkembangan bidang persuratan.

Jajahan takluk Johor

Johor Sebagai Pusat Perdagangan1. Johor telah berkembang menjadi pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu kerana dapat mengumpul pelbagai hasil dagangan dari jajahan takluknya yang luas. 2. Kapal dagangan Johor telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar pada tahun 1623. 3. Pedagang-pedagang asing juga singgah dipelabuhan Johor terutamanya pedagang China dari Canton(Guangzao) dan Amoy. 4. Belanda dan Inggeris juga berdagang di pelabuhan Johor. 5. Pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1685 hingga tahun 1699.

6. Terdapat pelbagai barangan tempatan dan luar negeri yang diperdagangkan di pelabuhan Johor. (a) Barangan Tempatan: Seperti damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pi nang, ikan masin, garam, kayu gaharu dan beras. (b) Barangan Luar Negeri: Seperti benang emas, kain sutera putih, teh, barangan tembikar dan tembaga (dari China). 7. Johor juga terkenal sebagai pembekal kain corak baru. 8. Pelbagai kemudahan pelabuhan seperti gudang serta khidmat membaiki kapal di pelabuhan boleh didapati. 9. Perdagangan juga dijalankan melalui dua cara iaitu: (a) Secara tukar barang. (b) Menggunakan mata wang.

10. Sistem pentadbiran pelabuhan yang cekap seperti sistem cukai yang berpatutan juga menyebabkan pelabuhan Johor mendapat sambutan pedagang. (a) Setiap bahara lada hitan-dikenakan cukai sebanyak 6 keping emas. (b) Setiap bahara timah- 10 keping emas. 11. Selain cukai, Johor juga mengamalkan sistem naungan bagi menjamin keselamatan

pedagang asing. 12. Melalui sistem ini, setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung dan Laksamana. 13. Demi menjaga keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh seperti kerajaan Melaka, Kerajaan Johor juga menyerahkan tugas tersebut kepada Orang Laut. 14. Orang Laut ditugaskan menjadi pengawal pelabuhan, pegawai perairan Johor, penunda dan penunjuk arah. 15. Kedudukan pelabuhan yang strategik juga dari segi geografi menjadikan pelabuhan Johor terlindung daripada tiupan angin monsun. 16. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka dan dengan itu Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur. 17. Johor menjadi pusat pembuat kapal persisiran pantai iaitu seperti banteng,baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

Pelabuhan Batu Sawar

Pelabuhan Batu Sawar1. Pelabuhan Batu Sawar berada di kedudukan yang strategik, iaitu berhampiran dengan muara Sungai Johor.

2. Pelabuhan ini berjaya menarik pedagang-pedagang dari China, India dan Kepulauan Melayu. 3. Sultan Abdul Jalil Shah II telah memastikan semua kemudahan sepert i gudang dan kemudahan membaiki kapal tersedia. 4. Pegawai yang cekap juga dilantik untuk menguruskan perdagangan di pelabuhan.

Pelabuhan Riau

Pelabuhan Riau1. Pelabuhan Riau terletak di Pulau Bentan. 2. Sultan Mahmud yang memerintah Johor dari tahun 1685 hingga 1699 telah memajukan lagi pelabuhan ini. 3. Pelabuhan Riau telah berkembang menjadi pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu. 4. Kesibukan pelabuhan Riau telah diakui benar oleh Gabenor Thomas Silcher iaitu Gabenor Belanda di Melaka. 5. Beliau menyatakan bilangan kapal yang belayar ke Riau begitu banyak sehingga sungai itu sukar dilalui.

Perkembangan Persuratan Melayu di Johor1. Kerajaan Melayu Johor juga terkenal sebagai pusat kegiatan persuratan sejak abad ke18.

2. Banyak karya telah dihasilkan tetapi penulisnya tidak dapat dikenal pasti. 3. Antara karya yang terkenal pada zaman ini ialah: (a) Sejarah Melayu yang ditulis oleh Bendahara Johor, Tun Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tun Sri Lanang pada tahun 1612. (b) Hikayat Hang Tuah iaitu tentang kisah seorang pahlawan Melayu yang handal serta sangat taat kepada pemerintah. Hikayat ini juga telah mengagungkan nama Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang agung. 4. Riau yang menjadi pusat kerajaan Johor telah menghasilkan banyak kerja sejarah, bahasa dan buku agama pada abad ke -18. 5. Pengarang yang terkenal pada masa itu ialah Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. 6. Naskah asal hasil penulisan beliau adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan. 7. Pada abad ke-19, naskah tersebut dicetak dengan menggunakan kaedah 'cap batu'. 8. Sejak abad ke-17 lagi, Johor juga dikenali sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam, terutamanya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor. 9. Pada abad berikutnya, Riau mengambil alih sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam dan pusat perkembangan persuratan Melayu.

Kemerosotan Kerajaan Johor1. Persengketaan di kalangan pembesar dan sultan menyebabkan kegemilangan kerajaan Johor mulai merosot. 2. Terdapat empat faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut iaitu: (a) Perang Johor-Jambi. (b) Perebutan Kuasa. (c) Penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor. (d) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C).

Perang antara Johor dengan Jambi1. Johor terikat dalam peperangan dengan Jambi pada penghujung abad ke-17 yang mengambil masa hampir 9 tahun, iaitu antara tahun 1670 sehingga 1679. 2. Peperangan ini berpunca apabila Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor mahu bebas daripada Johor. 3. Malah, Jambi mula menyaingi kerajaan Johor dalam kegiatan perdagangan. Pada pertengahan abad ke-17, Jambi mula muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.

Kedudukan Jambi

4. Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor dan peperangan telah bermula pada tahun 1670. 5. Batu Sawar dan Johor Lama telah diserang oleh Jambi pada tahun 1673. Akibat serangan Jambi, perdagangan di Johor telah terjejas. 6. Keadaan Johor semakin tidak selamat untuk diduduki oleh itu, pada tahun 1677, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang. 7. Terdapat beberapa jajahan takluk Johor telah berusaha untuk membebaskan diri dari Johor ketika peperangan ini berlaku. 8. Namun demikian, kekuatan kerajaan Johor pulih kembali di bawah Laksamana Tun Abdul Jamil. 9. Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya mengembalikan kegemilangan Johor dengan mengalahkan Jambi pada tahun 1679 dengan bantuan Orang Bugis. 10. Beliau kemudian dianugerahkan gelaran Paduka Raja sebagai mengenang jasa beliau. 11. Laksamana Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak -anaknya dilantik memegang jawatan kanan dalam kerajaan Johor seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar Diraja.

Perang Johor - Jambi

Perebutan Kuasa1. Laksamana Tun Abdul Jamil ialah pembesar yang berpengaruh di Johor. 2. Beliau juga seorang panglima perang yang gagah dan berani. 3. Laksamana telah mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja pada tahun 1623. 4. Pada tahun 1677, Laksamana telah melantik menantunya menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

5. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dianggap sebagai pembesar negeri yang tertekan tidak menyenangi arahan dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil. 6. Laksamana juga telah mengenepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi Sultan Johor pada tahun 1685. 7. Anaknya iaitu bekas permaisuri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai pemangku raja. 8. Sekali lagi Bendahara Tun Habib Abdul Majid tidak puas hati kerana beliau sepatutnya menjalankan tugas sultan sebelum sultan dewasa. 9. Perebutan kuasa di kalangan pembesar ini telah menjejaskan kestabilan politik negeri Johor. 10. Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688, barulah Bendahara Tun Abdul Majid mendapat semula kuasanya. 11. Beliau berusaha menyatukan semula pembesar Johor yang bersengketa. 12. Setelah Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Bendahara Johor.

Perebutan Takhta1. Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II telah dibunuh oleh seorang pembesar. Baginda tidak meninggalkan seorang waris. 2. Baginda dibunuh ketika dijunjung untuk pergi bersembahyang Jumaat di masjid. Peristiwa ini dikenali sebagai 'Sultan Mahmud mangkat dijulang'. 3. Selepas kemangkatan baginda, pembesar -pembesar telah melantik Bendahara Tun Abdul Jalil Shah menjad