32
SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK TERLALU MEMBEBANKAN : SATU KAJIAN TINDAKAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATANG PADANG, PERAK. MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI ROSLAN BIN HASAN SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION PROFESOR DR . MARZITA PUTEH

Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK TERLALU MEMBEBANKAN : SATU KAJIAN TINDAKAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH

BATANG PADANG, PERAK.

MOHD NORRAZLI BIN MD RASDIROSLAN BIN HASAN

SME 6044

CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

PROFESOR DR . MARZITA PUTEH

Page 2: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK TERLALU MEMBEBANKAN : SATU KAJIAN TINDAKAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATANG

PADANG, PERAK.

MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI

ROSLAN BIN HASAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM.

2012

2

Page 3: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

PENGHARGAAN

Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kami Professor Dr. Marzitah Puteh di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta galakan yang dicurahkan sepanjang penuliasan latihan ilmiah ini.

Rakaman terima kasih ini turut ditujukan khas kepada ahli keluarga kami atas sokongan moral, kewangan dan bantuan mereka sepanjang masa pengajian kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan Sekolah Menengah Vokasional Slim River kerana memberi ruang untuk membolehkan kami melakukan kajian soal selidik. Tidak ketinggalan juga, kepada semua responden kami iaitu guru-guru matematik di ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat dalam kajian tindakan ini atas kerjasama mereka dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Akhir sekali, terima kasih turut disampaikan khas kepada bahagian akademik dan Pusat sumber Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah menyediakan bahan- bahan rujukan yang amat berguna untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI M 20111000341

ROSLAN BIN HASAN M 20112001449

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGIPROGRAM SARJANA MATEMATIK

SESI 2011/2012

3

Page 4: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

ABSTRAK

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai tajuk atau topik yang terlalu banyak untuk dipelajari oleh murid-murid dan dihabiskan oleh guru di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti adakah sukatan pelajaran matematik membebankan guru. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 guru di tiga buah sekolah. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai min dan peratusnya. Keputusan kajian menunjukkan bersetuju sukatan pelajaran matematik membebankan guru.

4

Page 5: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN 3

ABSTRAK 4

KANDUNGAN 5

SENARAI JADUAL 7

1.0 Pendahulaan 8

2.0 Penyataan Masalah 8

3.0 Objektif Kajian 8

4.0 Persoalan kajian 9

5.0 Kepentingan Kajian 9

6.0 Reka Bentuk Kajian 9

7.0 Responden 9

8.0 Prosedur Pengumpulan Data 9

9.0 Penganalisaan Data 10

10.0Dapatan Kajian 12

11.0Analisa Data 12

11.1Analisis Data Bagi Item 1 13

11.2Analisis Data Bagi Item 2 15

11.3Analisis Data Bagi Item 3 16

5

Page 6: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

11.4Analisis Data Bagi Item 4 17

11.5Analisis Data Bagi Item 5 18

11.6Analisis Data Bagi Item 6 20

11.7Analisis Data Bagi Item 7 21

11.8Analisis Data Bagi Item 8 22

11.9Analisis Data Bagi Item 9 23

11.10Analisis Data Bagi Item 10 24

12.0 Perbincangan 26

13.0 Rumusan Kajian 26

14.0 Kesimpulan 27

15.0 Penutup 28

RUJUKAN 29

LAMPIRAN 30

6

Page 7: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat

1 Pengelasan Min Mengikut Skala 11

2 Analisis Untuk Item 1 14

3 Analisis Untuk Item 2 15

4 Analisis Untuk Item 3 16

5 Analisis Untuk Item 4 17

6 Analisis Untuk Item 5 18

7 Analisis Untuk Item 6 20

8 Analisis Untuk Item 7 21

4.8 Analisis Untuk Item 8 22

4.9 Analisis Untuk Item 9 23

4.10 Analisis Untuk Item 10 25

7

Page 8: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

1.0 Pendahuluan.

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan

1997], menjelaskan bahawa kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang

termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu

perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan

emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk

menyampaikan pengetahuan.

2.0 Pernyataan Masalah

Kurikulum dan sukatan pelajaran matematik di Malaysia merupakan kurikulum dan

sukatan pelajaran yang digubal dengan baik oleh penggubal-penggubal yang berpengalaman

luas dan mempunyai ilmu yang membanggakan. Namun begitu sukatan pelajaran yang

digariskan menggambarkan kesukaran murid-murid untuk menguasai kesemua tajuk secara

menda lam disebabkan kekangan masa guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan.

3.0 Objektif Kajian

8

Page 9: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Kajian ringkas ini dijalankan bagi mengetahui punca murid-murid tidak dapat

menguasai semua kemahiran dan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik. Seterusnya

kajian ini juga dapat mengumpul maklumat dan cadangan daripada guru-guru matematik bagi

mempastikan sukatan pelajaran matematik dapat dijalankan sebaik mungkin di peringkat

sekolah berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Objektif Pendidikan Matematik itu

sendiri.

4.0 Persoalan Kajian

4.1 Adakah sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai

tajuk atau topik yang terlalu banyak untuk dipelajari oleh murid-murid di

sekolah?

4.2 Adakah sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai

tajuk atau topik yang terlalu banyak untuk dihabiskan oleh guru-guru di

sekolah?

5.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting bagi mempastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-

kemahiran dan objektif pendidikan matematik secara mendalam dan dapat mengaplikasikan

pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

6.0 Rekabentuk Kajian

9

Page 10: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan. Alat yang akan digunakan dalam kajian ini ialah

borang sola selidik berpandukan kepada skala Likert dan juga memerlukan responden

memberikan komen dan cadangan secara peribadi bagi soalan-soalan tertentu.

7.0 Responden Kajian

Responden kajian terdiri daripada guru-guru matematik di 3 buah sekolah menengah dalam

Daerah Batang Padang, Perak.

8.0 Prosedur pengumpulan Data

Kajian dijalankan terhadap responden yang dipilih. Penyelidik telah berjumpa dengan Tuan

pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai

Kruit dan Sekolah Menengah Vokasioanal Slim River untuk meminta kebenaran lisan bagi

menjalankan kajian tersebut. Setelah kebenaran diperolehi, penyelidik bertemu dengan guru-

guru Matematik untuk mendapatkan kerjasama menjadi responden bagi menjalankan kajian

tersebut. Penyelidik telah memberikan masa selama satu jam untuk responden menjawab

semua soal selidik tersebut. Setelah tamat tempoh yang diberikan, penyelidik mengambil

semula borang soal selidik. Semua soal selidik dikutip dan segala maklumat soalselidik

dikodkan dan di analisis dengan menggunakan Microsoft Excel.

9.0 Penganalisisaan Data

Penganalisisan data bagi kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kajian ini dijalankan

untuk menentukan sama ada sukatan pelajaran matematik membebankan guru dan murid.

Selain itu, kami juga mencari adakah sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang

mempunyai tajuk atau topik yang terlalu banyak untuk dihabiskan oleh guru-guru di sekolah.

10

Page 11: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Mengikut soal-selidik yang telah disediakan, data-data akan dianalisis berdasarkan

skala yang telah ditetapkan (Lampiran 1). Daripada skala tersebut, Kami telah menetapkan

nombor 1 mewakili skor 1, nombor 2 mewakili skor 2, nombor 3 mewakili skor 3dan nombor

4 mewakili skor 4. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel untuk

mendapatkan nilai min dan peratusannya

Dalam kami menganalisis data kajian ini, kami akan menggunakan kaedah statistik

untuk mengukur penumpuan dan kedudukan pusat bagi data yang diperoleh untuk setiap item

berdasarkan jantina. Tiga jenis ukuran yang digunakan dalam sukatan ialah mod, median dan

min.

Seterusnya kami mengira peratus pada setiap skala berdasarkan pengalaman mengajar

matematik bagi setiap item. Kemudian kami akan mengenal pasti nilai peratus yang tertinggi

mengikut pengalaman untuk setiap item. Daripada nilai peratus ini, kami akan mengetahui

skala yang mendapat respons paling tinggi mengikut jantina. Dengan skala yang diperoleh,

kami akan membandingkannya sama ada berbeza atau tidak. Oleh itu, kami dapat membuat

kesimpulan terhadap kajian ini.

Sebelum ini kita akan melihat fungsi-fungsi setiap sukatan dalam menganalisis data

kajian :

• Mod

mod digunakan untuk mewakili sesuatu data secara keseluruhan apabila suatu set data

itu merupakan erapan yang paling kerap berulang berbanding dengan cerapan yang lain.

Sesuatu set data dikatakan tidak mempunyai mod apabila wujud lebih daripada satu

nilai cerapan tertinggi.

• Min

Min menjadi sukatan yang utama kerana perhitungan min melibatkan semua data yang

dikumpulkan. Maka, min boleh dikatakan boleh mewakili set data itu secara

11

Page 12: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

keseluruhan. Namun demikian, sifat min yang mengambil kira semua data juga

menimbulkan satu kelemahan sekiranya terdapat nilai luar biasa dalam kumpulan data

yang dibincangkan.

• Median

Median digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sukatan min

terutamanya berkaitan dengan nilai luar biasa dalam suatu data. Median ialah nilai

yuang berada di tengah-tengah set data setelah set data disusun menyikut tertib menaik

atau tertib menurun

Jadual 1 : Pengelasan Min Mengikut Skala

Skala Min Selang kelas bagi Min Sangat tidak setuju 1 1.00 - 1.99

Tidak setuju 2 2.00 - 2.99Setuju 4 3.00 - 3.99

Sangat setuju 5 4.00 - 5.00

Cara kami mengira min adalah mengambil jumlah skor daripada setiap responden

dalam setiap item, kemudian dibahagikan dengan jumlah responden untuk mendapat min.

Daripada itu, kami telah mengelaskan min dalam skala seperti jadual 1.

Dengan ini, kami akan memilih sukatan yang lebih sesuai untuk mewakili data secara

menyeluruh bagi setiap item. Jadi, melalui kaedah statistik ini kami dapat membuat

kesimpulan.

10.0 Dapatan Kajian

Bahagian ini melaporkan kajian berdasarkan maklum balas yang telah diberikan oleh

responden. Dapatan kajian ini telah dianalisis berdasarkan peratusan setiap item soal selidik

dengan mengambil kira data – data yang relevan dengan kaedah analisis yang dilakukan.

Bagi melihat sejauh mana sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai

tajuk atau topik yang terlalu banyak untuk dipelajari oleh murid-murid di sekolah , kaedah

12

Page 13: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

kekerapan dan peratusan digunakan. Selain itu, bab ini juga membincangkan dan

merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan berkaitan sukatan pelajaran matematik yang

yang membebankan guru dan murid. Dapatan kajian yang dibentangkan dalam bab ini dapat

menggambarkan sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai tajuk

atau topik yang terlalu banyak dihabiskan oleh guru-guru di sekolah serta cadangan

penambahbaikan sukatan pelajaran matematik sedia ada bagi membantu guru dalam

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

11.0 Analisis Data

Sampel kajian adalah terdiri daripada 20 orang responden. Responden inj terdiri daripada 10

orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan di tiga buah sekolah di daerah Batang

Padang, Perak.

Seterusnya responden yang terpilih juga dianalisis mengikut bangsa dan pengalaman

mengajar matematik. Tujuan pengkaji adalah untuk mengetahui perbezaan setiap responden

mengikut bangsa dan pengalaman mengajar matematik berlandaskan sejauhmana responden

menguasai dan memahami sukatan pelajaran bagi mata pelajaran matematik agar dapat

melihat dan mengkaji pengaruhi soal selidik yang telah dijalankan. Namun kesemua

responden yang terpilih adalah berbangsa Melayu sahaja. Oleh itu pengkaji cuma melihat

daripada perspektif jantina dan pengalaman mengajar untuk mengetahui sama sukatan

pelajaran bagi mata pelajaran matematik yang mempunyai banyak tajuk atau topik

13

Page 14: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

membebankan guru dan murid. Dari aspek pengalaman mengajar matematik di dapati

seramai 9 orang guru ( 45 % ) mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 5 tahun, 3

orang guru ( 15% ) di antara 5 hingga 10 tahun, 2 orang guru ( 10% ) di antara 11-15 tahun

manakala 6 orang guru ( 30%) mempunyai pengalamana mengajar matematik melebihi 15

tahun ke atas.

Microsoft Excel adalah perisian yang digunakan untuk menganalisis data yang telah

dipungut. Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis dari segi jantina, bangsa dan

pengalaman mengajar dengan mengira mod , median dan min.

11.1 Analisis Data Bagi Item 1

Jadual 2 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 1 iaitu sukatan pelajaran

matematik yang ada sekarang sangat baik.

Jadual 2 : Analisis Untuk Item 1

Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

- - - 0 - - - -

Tidak setuju

(2) -

2 20%

2 10%

4

-

2 10%

2 10%

3 15 %

Setuju (3)

6 60%

6 60%

12 60%

36

9 45%

1 5%

- 2 10%

Sangat setuju

4 2 6 2 1

14

Page 15: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

(4) 40% 20% 30% 4 - - - 5%

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

64 ( 3.2 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Daripada jadual 2 , didapati analisis item 1 berdasarkan jantina mendapati bahawa

mod ( setuju ), median ( setuju ) dan min skor 3.80 ( setuju ). Apabila kita meneliti data

secara keseluruhan didapati sukatan mod adalah lebih sesuai untuk mewakili data kerana

skala setuju mempunyai cerapan yang paling banyak iaitu sebanyak 12 orang daripada jumlah

responden menyatakan sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang sangat baik.

Daripada penganalisisan item ini juga didapati 60.00% guru setuju sukatan pelajaran

matematik yang ada sekarang sangat baik . Dalam pemilihan skala untuk item ini terdapat

persamaan antara guru hanya baru mengajar dan guru yang lebih berpengalaman dengan nilai

peratus yang tertinggi berada pada skala setuju.

11.2 Analisis Data Bagi Item 2

Jadual 3 di bawah menunjukkan data yang diperolehi bagi item 2 iaitu sukatan pelajaran

matematik yang ada sekarang dapat memenuhi kehendak kurikulum matematik di sekolah

menengah.

Jadual 3: Analisis Data Untuk Item 2

Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

- - - 0 - - - -

Tidak setuju

1 10%

1 10%

2

1 5%

1 5 %

1 5%

15

Page 16: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

(2) - -

Setuju (3)

8 80%

9 90%

17 85%

51

5 25%

2 10%

2 10%

4 20%

Sangat setuju

(4)

1 10%

1 10%

2 10%

8

3 15%

- -

1 5%

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

76 ( 3.05 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Daripada jadual 3 , didapati analisis statistik item 2 berdasarkan jantina mendapati

bahawa mod ( setuju ), median ( setuju ) dan min skor 3.05 ( setuju ). Apabila kita meneliti

data secara keseluruhan didapati sukatan mod adalah lebih sesuai untuk mewakili data

kerana skala setuju mempunyai cerapan yang paling banyak iaitu sebanyak 17 orang daripada

jumlah responden menyatakan sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang dapat

memenuhi kehendak kurikulum matematik di sekolah menengah.

Daripada penganalisisan berdasarkan pengalaman guru mengajar matematik didapati

65.00% guru setuju sukatan matematik memenuhi kehendak kurikulum . Dalam pemilihan

skala untuk item ini terdapat persamaan antara guru hanya baru mengajar dan guru yang lebih

berpengalaman dengan nilai peratus yang tertinggi berada pada skala setuju.

11.3 Analisis Data Bagi Item 3

Jadual 4 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 3 yang berkaitan sukatan

pelajaran matematik yang ada sekarang membolehkan murid–murid mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Jadual 4: Analisis Data Untuk Item 3

16

Page 17: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

- - - 0 - - - -

Tidak setuju

(2)

3 30%

-

3 15%

6 1 5%

1 5 %

-

1 5%

Setuju (3)

5 50%

8 80%

13 85%

39 5 25%

2 10%

2 10%

4 20%

Sangat setuju

(4)

2 20%

2 20%

4 20%

16

3 15%

- -

1 5%

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

61 ( 3.05 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Dengan merujuk jadual 4, didapati diperhatikan bahawa 65.00% guru yang mengajar

matematik setuju daripada bahawa sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang

membolehkan murid-murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Di dapati daripada statistik jantina responden menunjukkan mod dan median pada

skala setuju. Manakala min skor 3.05 pada skala setuju , yang telah diperoleh selepas

penganalisisan data untuk item 3. Sini, kami telah memilih sukatan mod sebagai perwakilan

data kerana lebih separuh daripada responden iaitu sebanyak 85.00 % daripada jumlah

responden telah menjawab pada skala setuju dengan mencatat nilai peratusan yang tertinggi

berbanding dengan yang lain.

11.4 Analisis Data Bagi Item 4

17

Page 18: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Jadual 5 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 4 yang berkaitan dengan

sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang terlalu banyak isi kandungan dan topik yang

perlu dihabiskan.

Jadual 5 : Analisis Untuk Item 4Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

- - - 0 - - - -

Tidak setuju

(2)

1 10%

5 50%

6 30%

6 3 15%

1 5 %

2 10%

-

Setuju (3)

4 40%

3 30%

7 35%

21 3 15%

2 10%

- 5 25%

Sangat setuju

(4)

5 50%

2 20%

7 35%

28 3 15%

- -

1 5%

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

55 ( 2.75 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Data daripada jadual 5 memaparkan bahawa 30.00% tidak setuju , 40.00% setuju dan

20.00% sangat setuju berkaitan pengalaman guru yang mengajar matematik menyokong

sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang terlalu banyak isi kandungan dan topik yang

perlu dihabiskan. Dalam pemilihan skala untuk item ini terdapat sedikit perbezaan dalam

pemilihan skala antara pengalaman.

Daripada penganalisisan data untuk item 4, mod dan median yang diperoleh masing-

masing pada skala setuju. Namun demikian min skor menunjukkan sebaliknya iaitu tidak

setuju ( 2.75 ). Oleh itu Kami telah memilih sukatan mod untuk mewakili data bagi item 4

18

Page 19: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

kerana terdapat kesamaan responden telah memilih skor setuju dan skor sangat setuju iaitu

35.00% .

11.5 Analisis Data Bagi Item 5

Jadual 6 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 5 yang berkaitan dengan saya

dapat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa yang ditetapkan.

Jadual 6 : Analisis Untuk Item 5Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

1 10%

- 1 10%

1 - 1 5 %

- 1 5 %

Tidak setuju

(2)

3 30%

4 40%

7 30%

14 4 20%

1 5 %

-

2 10%

Setuju (3)

5 50%

6 60%

11 55%

33 5 25%

1 5%

2 10%

2 10%

Sangat setuju

(4)

1 10%

- 1 5%

4

- - -

1 5%

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

49 ( 2.45 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Daripada jadual 6, didapati 5 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan daripada

jumlah responden bersetuju mereka dapat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa.

Namun demikian 8 orang guru ( 40.00% ) sangat tidak setuju dan tidak setuju mereka dapat

menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa yang ditetapkan.

19

Page 20: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Daripada penganalisisan item ini, mod ( setuju ) , median ( setuju ) dan min skor

tidak setuju (2.45 ) menunjukkan skor masing-masing . Namun, dalam analisis item ini kami

berpendapat bahawa median merupakan sukatan yang lebih sesuai untuk mewakili data. Ini

disebabkan responden yang menjawab setuju adalah paling hampir dengan median.

11.6 Analisis Data Bagi Item 6

Jadual 7 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 6 yang berkaitan dengan saya

menghabiskan sukatan pelajaran tanpa perlu megejar masa

Jadual 7 : Analisis Untuk Item 6Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

2 20%

- 2 10%

2 - - 2 10 %

Tidak setuju

(2)

5 50%

5 50%

10 50%

20 5 25%

2 10 %

- 3 15%

Setuju 1 5 6 18 3 1 2 1

20

Page 21: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

(3) 10% 50% 30% 15% 5% 10% 10%

Sangat setuju

(4)

2 20%

- 2 10%

8

1 5%

- - -

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

56 ( 2.40 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Mod : Tidak Setuju

Median : Tidak Setuju

Min skor : Tidak Setuju ( 2.40 )

Daripada jadual 7, didapati sejumlah 50.00% tidak setuju dan 10.00% sangat tidak

setuju daripada guru yang baru mengajar dan juga yang telah lama mengajar dengan item ini

iaitu guru dapat menghabiskan sukatan pelajaran tanpa perlu mengejar masa. Ini Jelas

menunjukkan sukatan pelajaran matematik yang mempunyai topik yang membebankan guru

kerana perlu mengejar masa kerana murid-murid perlu menghadapi peperiksaan.

Daripada penganalisisan data ini, mod, median dan min skor ( 2.40 ) yang diperoleh

masing – masing pada skala tidak setuju. Ini menyokong analisis berdasarkan pengalaman

guru. Guru lelaki dan juga guru perempuan menghadapi masalah yang sama dalam

menghabiskan sukatan pelajaran tanpa perlu mengejar masa.

11.7 Analisis Data Bagi Item 7

Jadual 8 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 7 yang berkaitan saya

mengajar tajuk-tajuk tertentu sahaja untuk murid-murid saya.

Jadual 8 : Analisis Untuk Item 7Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

21

Page 22: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Sangat tidak setuju

(1)

2 20%

2 20%

2 10%

2 - - 2 10 %

Tidak setuju

(2)

5 50%

5 50%

10 50%

20 5 25%

2 10 %

- 3 15%

Setuju (3)

3 30%

5 50%

8 30%

24 3 15%

1 5%

2 10%

1 10%

Sangat setuju

(4)

- - - - 1 5%

- - -

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

46 ( 2.30 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Mengikut jadual 8 , didapati 50.00% daripada jumlah responden tidak setuju dengan

item guru mengajar tajuk-tajuk tertentu sahaja untuk murid-murid. Namun demikian, 40.00%

setuju mereka cuma mengajar tajuk-tajuk tertentu sahaja. Ini tergolong di antara guru yang

mengajar kurang dari 5 tahun dengan wajaran 20.00%.

Apabila kita melihat dari segi mod, median dan min ( 2.30 ), didapati bahawa ketiga-

tiga sukatan masing-masing pada skala tidak setuju. Antaranya sukatan mod adalah lebih

sesuai digunakan untuk mewakili data kerana skala tidak setuju mencatatkan bilangan paling

banyak iaitu 10 orang apabila berbanding dengan yang lain.

11.8 Analisis Data Bagi Item 8

Jadual 9 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 8 yang berkaitan dengan saya

mengajar matematik agar murid-murid dapat lulus dalam peperiksaan semata-mata.

Jadual 9 : Analisis Untuk Item 8

22

Page 23: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

1 10%

1 10%

2 10%

2

1 15%

1 5%

- 2 10 %

Tidak setuju

(2)

5 50%

8 80%

13 50%

26 7 35%

- 2 10%

4 20%

Setuju (3)

3 30%

1 10%

4 30%

12 1 15%

2 10%

- -

Sangat setuju

(4)

1 10%

- 1 5%

4

- - - -

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

44 ( 2.20 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Jadual 9 adalah berkenaan dengan guru mengajar matematik agar murid-murid dapat

lulus dalam peperiksaan semata-mata. Sebanyak 10.00% ( sangat tidak setuju ) dan 20.00%

( tidak setuju ) daripada guru yang berpengalaman menolak item ini. Jadi, terdapat perbezaan

dalam pemilihan skala ini antara golongan guru baru dan guru berpengalaman.

Daripada data yang diperoleh, kami juga mengira mod, median dan min ( 2.20 ). Kita

dapat mengesan bahawa mod, median dan min adalah pada skala tidak setuju. Dalam

keadaan ini, sukatan yang lebih sesuai digunakuan untuk mewakili data ialah mod kerana

terdapat cerapan tertinggi pada skala tidak setuju dengan mencatat 50.00% daripada jumlah

responden.

11.0 Analisis Data Bagi Item 9

23

Page 24: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Jadual 10 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 9 yang berkaitan

pengetahuan saya tentang tajuk-tajuk tertentu yang diuji dalam peperiksaan banyak

membantu saya dalam pengajaran saya dalam kelas.

Jadual 10 : Analisis Untuk Item 9Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

- - - -

- - - -

Tidak setuju

(2)

- 1 10%

1 10%

2 2 10%

- - -

Setuju (3)

6 30%

7 70%

13 65%

39 7 35%

2 10%

2 10%

3 15%

Sangat setuju

(4)

4 40%

2 20%

6 30%

24

-

1 5%

-

3 15 %

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

65 ( 3.25 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Data yang diperoleh daripada jadual 10 menunjukkan 70.00% daripada semua

kategori pengalaman mengajar matematik setuju dan sangat setuju dengan item ini. Ini

membuktikan guru –guru ini memberi tumpuan yang lebih bagi tajuk tertentu manakala tajuk

yang kurang disoal dalam peperiksaan hanya diajar secara pantas.

Daripada data yang diperoleh, kita dapat mengesan bahawa mod, median dan min

skor adalah pada skala setuju. Dalam keadaan ini , sukatan yang lebih sesuai digunakan untuk

24

Page 25: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

mewakili data ialah mod kerana terdapat cerapan tertinggi pada skala stuju dengan mencatat

65.00% daripada jumlah responden.

11.10 Analisis Data Bagi Item 10

Jadual 11 di bawah menunjukkan data yang diperoleh bagi item 10 yang berkaitan

dengan terdapat banyak tajuk dalam sukatan pelajaran diuji dalam peperiksaan.

Jadual 11 : Analisis Untuk Item 10Jawapan (skala)

xi

Jantina

Bil. Lelaki

(%)

Bil. Perempuan

(%)

Jumlah (%)

ffxi

Pengalaman Mengajar

Bil < 5

Tahun

Bil 5 -10 Tahun

Bil 11-15 Tahun

Bil >15

Tahun

Sangat tidak setuju

(1)

1 10%

- 1 5%

2

- - - 1 5%

Tidak setuju

(2)

3 30%

3 30%

6 30%

12 5 25%

- 2 10%

1 5%

Setuju (3)

6 60%

7 70%

13 30%

39 4 20%

3 15%

- 4 20%

Sangat setuju

(4)

- - 1 5%

4

- - - -

25

Page 26: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Jumlah 10 100%

10 100%

20 100%

57 ( 2.85 )

9 45%

3 15%

2 10%

6 30%

Jadual 11 menunjukkan terdapat 55.00% daripada guru yang mengajar setuju terdapat

banyak tajuk dalam sukatan pelajaran diuji dalam peperiksaan awam manakala 40.00% tidak

setuju. Dalam pemilihan skala untuk item ini terdapat perbezaan antara kedua-dua golongan

guru baru dan pengalaman yang tertinggi berada pada skala setuju.

Dalam menganalisis item ini, mod, median dan min skor ( 3.54 ) yang diperoleh

masing-masing adalah pada skala setuju. Median merupakan sukatan yang sesuai untuk

mewakili data kerana skala setuju dan tidak setuju kerana mempunyai cerapan yang sama

30.00 % daripada jumlah responden.

12.0 Perbincangan

Dalam bahagian ini, kami akan membincangkan lebih lanjut dapatan kajian yang telah

diutarakan dalam bahagian 11.00. Kajian ini meninjau tentang faktor yang mempengaruhi

responden dalam menyatakan sukatan pelajaran matematik membebankan guru dan juga

murid.. Perbincangan dalam bahagian ini meliputi aspek:

1. Sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai tajuk atau topik

yang terlalu banyak untuk dipelajari oleh murid-murid di sekolah.

2. Sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai tajuk atau topik

yang terlalu banyak untuk dihabiskan oleh guru-guru di sekolah.

Selain itu, rumusan kajian dan kesimpulan kajian juga akan dibincangkan di penghujung

bahagian ini.

26

Page 27: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

13.0 Rumusan Kajian

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji persoalan yang telah ditetapkan pada sama ada

diterima atau ditolak. Kajian ini adalah terbatas kepada guru-guru matematik di 3 buah

sekolah di daerah Batang Padang, Perak.

Kaedah pensampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini. Seramai 20 orang

responden telah dipilih daripada populasi kajian. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini

adalah soal selidik.

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif. Data-data yang telah dipungut

dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel.

Kami akan menganalisis bahagian ini berdasarkan dua persoalan kajian yang telah

ditetapkan. Persoalan pertama iaitu adakah sukatan pelajaran matematik yang sedia ada

sekarang mempunyai tajuk atau topik yang terlalu banyak untuk dipelajari. Persoalan kedua

adakah sukatan pelajaran matematik yang sedia ada sekarang mempunyai tajuk atau topik

yang terlalu banyak untuk dihabiskan oleh guru.

Didapati keputusan yang tinggi mengatakan sukatan pelajaran matematik yang sedia

ada sangat baik dan memenuhi kehendak kurikulum matematik di sekolah menengah jika

diukur dari skor min bagi jantina dan peratus berdasarkan pengalaman guru mengajar

matematik.

Akhir sekali responden bersetuju sukatan dapat dihabiskan mengikut masa yang

ditetapkan namun tidak pasti tahap kefahaman murid-murid. Guru lebih memfokuskan

kepada peperiksaan semata-mata. Ini jelas menunjukkan sukatan pelajaran matematik

membebankan guru.

27

Page 28: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

14.0 Kesimpulan

kajian yang telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti samaada sukatan pelajaran

matematik membebankan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti adakah

sukatan pelajaran matematik sedia ada terlalu banyak untuk dipelajari oleh murid dan terlalu

banyak untuk dihabiskan oleh guru.

Secara ringkasnya, hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa sukatan pelajaran

matematik yang banyak membebankan guru dan murid berdasarkan statistik dari aspek

jantina dan juga pengalaman guru mengajar matematik. Guru-guru terpaksa menghabiskan

sukatan pelajaran tanpa mengira faktor keupayaan murid-murid dan mengabaikan tujuan

sebenar diajar matematik. Ini kerana murid-murid tidak mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan tidak yakin membuat keputusan. Daripada

kajian didapati guru-guru bersetuju sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang sangat

baik namun perlu dikemaskinikan agar tidak berfokuskan peperiksaan.

Selain itu, hasil kajian ini juga telah menunjukkan bahawa guru-guru tidak dapat

menghabiskan sukatan dan cuma mengajar tajuk-tajuk tertentu sahaja agar murid-murid dapat

mencapai keputusan lulus dalam peperiksaan. Pengajaran guru hanya berlandaskan

peperiksaan semata-mata agar murid-murid lulus dalam peperiksaan. Maka dapat

disimpulkan sukatan pelajaran matematik membebankan guru-guru. Namun demikian guru

seharusnya bijak membahagi masa dengan menyediakan sukatan pelajaran harian dan

mempelbagaikan teknik pengajaran yang berkesan terhadap murid-murid.

15.0 Penutup

Secara keseluruhannya, kajian ini tidak boleh membuat generalisasi berkenaan sukatan

pelajaran matematik membebankan di 3 buah sekolah yang dikaji sahaja. Hasil kajian hanya

28

Page 29: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

boleh memberi gambaran yang ringkas tentang sukatan pelajaran matematik mempunyai

tajuk yang terlalu banyak untuk dihabiskan dan dipelajari. Oleh itu, jika terdapat sebarang

kelemahan diharap ianya dapat diperbaiki oleh penyelidik-penyelidik seterusnya yang

menjalankan kajian yang sama atau seakan-akan serupa. Semoga kajian ini dapat

memanfaatkan pengkaji yang lain dalam bidang yang serupa.

RUJUKAN

Curriculum Specifications Mathematics Form 1 (2002). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Curriculum Specifications Mathematics Form 2 (2002). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

29

Page 30: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

Curriculum Specifications Mathematics Form 3 (2003). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Curriculum Specifications Mathematics Form 4 (2006). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Curriculum Specifications Mathematics Form 5 (2006). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Sukatan Pelajaran Matematik (Tahun tidak dinyatakan). Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Borang Soal Selidik

Tanda ( / ) pada ruang yang disediakan.

Bahagian A (Maklumat peribadi)

30

Page 31: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Bangsa Melayu

Cina

India

Lain-lain

3. Pengalaman mengajar matematik < 5 tahun

5 – 10 tahun

11 – 15 tahun

16 tahun ke atas

Bahagian B (Kajian tentang sukatan pelajaran matematik)

Sila berikan jawapan dengan jujur dan ikhlas. Bagi setiap satu kenyataan di bawah ini tandakan sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan menggunakan skala berikut:

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Setuju

4 Sangat setuju

Bil Kenyataan 1 2 3 4

1 Sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang sangat baik.

2 Sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang dapat memenuhi kehendak kurikulum matematik di sekolah menengah.

3 Sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang membolehkan murid-murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan

31

Page 32: Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )

masalah dan membuat keputusan.

4 Sukatan pelajaran matematik yang ada sekarang terlalu banyak isi kandungan dan topik yang perlu dihabiskan

5 Saya dapat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa yang ditetapkan.

6 Saya menghabiskan sukatan pelajaran tanpa perlu mengejar masa

7 Saya mengajar tajuk-tajuk tertentu sahaja untuk murid-murid saya

8 Saya mengajar matematik agar murid-murid dapat lulus dalam peperiksaan semata-mata

9 Pengetahuan saya tentang tajuk-tajuk tertentu yang diuji dalam dalam peperiksaan banyak membantu saya dalam pengajaran saya dalam kelas

10 Banyak tajuk dalam sukatan pelajaran diuji dalam peperiksaan awam

Bahagian C

Berikan komen / cadangan anda tentang kurikulum dan sukatan pelajaran matematik (sekiranya ada)

32