19
Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh Nipponkoku/Nihonkoku atau lebih dikenali sebagai Jepun adalah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, , di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea danRusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timuriaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan. Bendera dan Cap Mohor Diraja Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun; kedua- duanya ditulis dengan aksara kanji yang sama, iaitu 日日 yang membawa maksud punca matahari. Sebutan Nippon sering digunakan

Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jepun sebagai negara contoh aeu assignment

Citation preview

Page 1: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh

Nipponkoku/Nihonkoku atau lebih dikenali sebagai Jepun adalah sebuah negara

kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, , di sebelah timur Laut

Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea danRusia. Pulau paling utara terletak

di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut

China Timuriaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.

Bendera dan Cap Mohor Diraja

Jepun disebut Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun; kedua-duanya ditulis

dengan aksara kanji yang sama, iaitu 日本 yang membawa maksud punca matahari.

Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, termasuk nama negara dalam duit yen

Jepun, setem, dan pertandingan sukan antarabangsa. Sementara itu, sebutan Nihon digunakan

dalam urusan tidak rasmi seperti pembicaraan seharian.

Istilah Nippon dan Nihon sama-sama bererti "negara matahari terbit". Nama ini disebut

dalam wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan Sui di China, dan merujuk kepada kedudukan Jepun

yang terletak di sebelah timur tanah besar China. Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan

Page 2: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

China, negara ini dikenali sebagai Yamato. Di China sewaktu zaman Tiga Kerajaan, Jepun

dikenali sebagai negara Wa (倭) atau Wagoku (倭国).

Nama negara Jepun dalam bahasa Melayu lama ialah "Jepang" (kini diterapkan

dalam bahasa Indonesia) yang dipinjam dari suatu loghat bahasa Cina, lalu ditemui oleh para

pedagang Portugis di Melaka pada abad ke-16. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang Portugis

inilah yang memperkenalkan nama negara Jepun ke Eropah. Nama Jepun julung kali dicatatkan

dalam bahasa Inggeris iaitu tereja Giapan dalam sepucuk surat bertarikh tahun 1565, nama Jepun

dalam bahasa Inggeris kini dieja Japan. Nama Jepun dalam bahasa Melayu masa kini mungkin

berasal dari bahasa Hokkien, iaitu ‘Ji7t-pún’.

Jepun terdiri daripada 6,852 pulauyang membentuk segugusankepulauan. Pulau-pulau

utama dari utara ke selatan adalah Hokkaido,Shikoku, Kyushu, dan Honshu adalah pulau

terbesar. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya.

Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya

merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialahGunung Fuji yang merupakan sebuah

gunung berapi yang pendam dan juga kebanggaan bagi penduduk-penduduk disekitarnya.

Peta Jepun

Page 3: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang, menjadikannya negara ke-10 paling ramai

penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan

metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada

di wilayah-wilayahsekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya

diduduki lebih 30 juta orang.

Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu padaabad ke-7 SM.

Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga

kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah

sebenarnya berada di tangan anggota istana, shogun, pihak tentera, dan memasuki zaman moden,

di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepuntahun 1947, Jepun ialah sebuah

negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.

Sebagai kuasa ekonomi utama, Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK

nominalmahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu, G8,OECD dan APEC. Jepun dilengkapi dengan sistem pertahanan yang cukup,

dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal

pembinasa yang besar.

Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat

terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun

menikmati taraf hidup yang tinggi dan menduduki tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan

Manusia dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB. Dalam bidang

teknologi, Jepun adalah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

Dari segi ekonomi, Sejak zaman Meiji (1868-1912). Jepun mengamalkan sistem

ekonomi pasaran bebas dan kapitalis yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat.

Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan

pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih dari 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa

masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan

landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di

samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga

Page 4: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang

menjadi zaibatsu, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini.

Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar"keajaiban ekonomi

Jepun", iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980-

an.Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang

elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang

mengakibatkan konflik perdagangan. SetelahPerjanjian Plaza 1985 ditandatangani, dolar AS

mengalami penyusutan nilai berbanding yen.

Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan

Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan

nilai yen. Akibatnya, terjadi penciptaan wang berlebihan. Spekulasi menyebabkan

harga saham danharta tanah terus meningkat, sehingga menimbulkan gelembung harga aset.

Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah

tidak akan jatuh. Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan

pengetatandasar kewangan oleh Bank Jepun pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun

rasmi menjadi 6%. Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah

baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta. 

Indeks Purata Nikkei dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh

1990. Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata

pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping

fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah

pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha

kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat

oleh kelesuan ekonomi global pada tahun 2000.

Jepun merupakan ekonomi negara ketiga terbesar di dunia mengekori Amerika Syarikat

dan China, dari segi KDNK nominal (sekitar US$5 trilion) mahupun pariti kuasa beli. Kegiatan

industri terbesar Jepun terletak dalam

sektor perbankan, insurans, hartanah, peruncitan,pengangkutan, telekomunikasi,

dan pembinaan. Jepun memiliki industri berteknologi tinggi dalam

bidang automotif, elektronik,permesinan, keluli dan logam bukanbesi, perkapalan, kimia, tekstil,

Page 5: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

danpemprosesan makanan. Sebesar tiga perempat dari produk domestik bruto Jepun berasal dari

sektor jasa.

Sehingga tahun 2001, jumlah tenaga kerja Jepun mencapai 67 juta orang. Kadar

pengangguran di Jepun sekitar 4%. Pada tahun 2007, Jepun menjadi negara ke-19 yang paling

produktif tenaga kerjanya. Menurut Indeks Big Mac, tenaga kerja di Jepun menikmati kadar gaji

sejam yang tertinggi di dunia. Toyota Motor,Mitsubishi UFJ Financial,Nintendo, NTT

DoCoMo, Nippon Telegraph & Telephone, Canon, Matsushita Electric

Industrial, Honda,Mitsubishi Corporation, dan Sumitomo Mitsui Financial merupakan sepuluh

syarikat Jepun terbesar pada tahun 2008.Sejumlah 326 syarikat Jepun tersenarai dalam Forbes

Global 2000 atau 16.3% dari 2,000 syarikat awam terbesar di dunia (mengikut data tahun

2006).Bursa Saham Tokyo memiliki jumlah permodalan pasaran kedua terbesar di dunia. Indeks

daripada 225 saham syarikat besar yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo

dipanggil Nikkei 225.

Dalam Indeks Kemudahan Berniaga, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi

salah sebuah negara maju dengan birokrasi paling sederhana. Kapitalisme ala Jepun

menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa. Keiretsu adalah sekelompok perusahaan yang

dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan

Page 6: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

saham. Rundingan gaji (shuntō) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan

dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awal musim semi. Budaya perniagaan Jepun

mengamalkan konsep-konsep tempatan, seperti Sistem Nenkō, nemawashi,salaryman, dan office

lady.

Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan

jaminan pekerjaan seumur hidup. Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan

pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin

diabaikan.Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan seperti The Toyota

Way. Aktivisme pemegang saham amat jarang kelihatan.Dalam Indeks Kebebasan Ekonomi,

Jepun merupakan negara kelima paling besar laissez-faire di kalangan 41 negara Asia.

Jumlah eksport Jepun pada tahun 2005 adalah AS$4,210 per kapita. Pasaran eksport

terbesar Jepun tahun 2006 ialah Amerika Syarikat 22,8%, Kesatuan

Eropah 14,5%, China 14,3%,Korea Selatan 7,8%, Taiwan6,8%, dan Hong Kong 5,6%. Keluaran

eksport utama Jepun termasuk alat pengangkutan, kenderaan bermotor, elektronik, mesin-mesin

elektrik, dan bahan kimia. Negara sumber import terbesar bagi Jepun pada tahun 2006

adalah China 20.5%, AS 12.0%, Kesatuan Eropah 10.3%, Arab Saudi 6.4%, Emiriah Arab

Bersatu 5.5%, Australia 4.8%, Korea Selatan 4.7%, dan Indonesia 4.2%. Import utama Jepun

merupakan jentera dan peralatan, minyak, bahan makanan, tekstil, dan bahan mentah untuk

perindustrian.

Jepun adalah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta). Jepun berada

di tangga ke-6 selepas China, Peru, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Chile, dengan jumlah hasil

tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.

Page 7: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

Pertanian merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepas Perang

Dunia Kedua. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di

bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam

bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.[81] Pada Februari 2007

terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang dari 21.2%

atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian. Sebahagian besar tenaga kerja pertanian

sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak

berkurangan.

Seterusnya kita beralih kepada sikap ataupun cara hidup masyarakat jepun yang satu

ketika dahulu pernah dibicarakan oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir

Mohammad iaitu Dasar Pandang Ke Timur pada 8 Februari 1982 semasa persidangan “5th

Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermaknapihak

Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan

teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan

keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai

mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan

teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

Page 8: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi

pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia

yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan

negara.Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin

bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja,

keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan

mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan

antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka

panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka

pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara

kita'.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu

diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang

dijalankan. Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan

hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan terus

memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan

tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia

selaras dengan kepentingan negara.

Berbalik kepada sikap masyarakat Jepun, jika kita lihat dari perspektif gaya kehidupan

masyarakat Jepun dengan masyarakat di Negara kita Malaysia adalah sangat jauh berbeza. Jika

kita lihat bagaimana peduduk yang mempunyai minda kelas pertama dan kita sedar bahawa

untuk mencapai tahap seperti ini banyak perubahan yang perlu dilakukan bermula daripada sikap

masyarakat itu sendiri. Di negara Jepun, etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji ini

seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dulu

mendahului banga-bangsa lain di dunia dari pelbagai aspek kehidupan

Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan

teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat

dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang. Untuk pengetahuan bersama, jika anda pernah

berada di Jepun, setibanya di Lapangan Terbang Narita, anda pasti akan terkejut melihat

Page 9: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

bagaimana seorang seorang si penyapu sampah menolak troli berkejaran dari satu tong sampah

ke tong sampah yang lain semata-mata untuk memungut sampah tersebut. Berbanding pula

dengan si penyapu sampah di KLIA, Malaysia dimana mereka menolak troli sambil berjalan-

jalan, dan adakalanya sempat bersembang-sembang dengan rakan-rakan yang lain.

Pernyataan ini bukan untuk memburukkan negara kita sendiri tetapi ini adalah fakta

ataupun kenyataan yang berlaku di negara kita. Sikap menghargai perlu disemai dalam jiwa

anak-anak muda kita pada zaman sekarang. Walaupun hanya seorang penyapu sampah atau apa-

apa kerja yang dilakukan, semangat daya kerja yang tinggi haruslah dipupuk sejak bangku

sekolah lagi. Kita seharusnya mempunyai moral yang tinggi dan memikirkan setiap apa

pekerjaan yang dilakukan dapat memberi impak kepada keseluruhan walaupun hanya sedikit.

Dan jika semua mengamalkan sikap yang sama, ia akan memberi impak yang besar dalam sosio

budaya di negara kita.

Antara sikap yang boleh kita contohi dari masyarakat Jepun adalah:-

Sikap Menepati Masa

Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya

dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan sahaja orang-orang Jepun menepati masa, malah

setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang

dijadualkan. Di sini kita dapat melihat sikap nihonjin (menghargai) mereka terhadap masa. Sikap

ini juga didorong oleh teknologi yang sedia ada di negara jepun iaitu Shinkazen (kereta api

peluru) seperti Maglev yang berkelajuan 580km/j, sudah tentu akan tertinggal jauh walaupun

terlewat hanya seminit. Disebabkan oleh itu mereka sangat menepati masa.

Sikap Menjaga Kebersihan

Jika kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen keretapi (eki) atau di

lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Kawasan dalam tandas yang bersih

dan bersinar, seolah-olah boleh tidur di dalamnya. Air paipnya yang jernih dan boleh terus

diminum tanpa perlu dimasak. Ia amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan negara

kita. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita mempunyai minda dan sikap untuk sentiasa

menjaga kebersihan. Bermula daripada membuang sampah di tempat yang disediakan. Perkara

Page 10: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

sebegitu amat membantu bagi menyuntik sikap menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat

kita.

Sikap Jujur

Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Jika anda terlupa

mengunci rumah anda atau tertinggal barangan berharga dalam kereta, anda tidak perlu risau

kerana peratusan kehilangan barang adalah sangat rendah. Jika tertinggal dompet dimana-mana

tempat, apa yang perlu dilakukan hanyalah pergi ke balai polis yang berdekatan. Barang-barang

itu akan boleh didapati semula di balai polis. Bahkan di setengah-setengah tempat di Jepun, ada

pasar-pasar terbuka yang dikendalikan oleh petani-petani Jepun yang hanya membiarkan barang-

barang jualan mereka berada di situ tanpa pengawasan pemilik. Pembeli hanya perlu memilih

produk yang dikehendaki dan memasukkan wang ke dalam bekas duit yang disediakan. Dari

situasi ini kita dapat melihat betapa jujurnya penduduk-penduduk di jepun.

Memiliki Budaya Kerja Yang Tinggi

Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya,

mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga

melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat Jepun

mengamalkan budaya kerja “Samurai Bushido” di mana prinsip-prinsipnya berjaya dihayati

sepenuhnya. Antara pegangan yang mengikut prinsip-prinsip tersebut adalah.

Page 11: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

1. Pekerjaan itu satu penghormatan dan amanah

2. Berjuang untuk negara dan ketua/majikan dengan ikhlas dan bersungguh.

3. Jadi dan buatkan yang terbaik

4. Mati itu lebih baik daripada mengkhianati dan menghampakan majikan/ketua.

Faktor-faktor inilah yang membezakan kualiti kerja dan hasilnya seperti Proton dan Toyota,

walhal kedua-duanya mempunyai peralatan yang hampir sama. Maka tidak hairanlah dimana-

mana sahaja, banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Banyak juga yang telah bertapak di

negara kita sendiri. Itu adalah berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka. Produk mereka

diktiraf oleh banyak negara di dunia.

Sikap Rajin Membaca

Di mana-mana sahaja kita pergi baik di dalam kenderaan awam seperti bas atau keretapi,

sambil menunggu kenderaan awam dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan

membaca. Satu sifat yang murni dan wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka

bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tidak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai

kemajuan yang tinggi. Ilmu mereka sentiasa berkembang dengan bahan-bahan ilmu yang mereka

bawa kemana sahaja mereka pergi. Disebabkan oleh sikap ini, minda mereka sentiasa

berkembang dan terus cekap, hal ini amat membantu mereka dalam pekerjaan harian mereka.

Cara Yang Sistematik

Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu system yang bersepadu dan

sistematik. Anda tidak akan dapat melihat situasi dimana “hari ini satu pihak gali lubang dan

turap” dan pada keesokannya ada satu pihak yang datang pula dan melakukan perkara yang

sama. Alangkah merugikan hal tersebut.

Sebagai contoh, system pembuangan sampah/kitar semula di jepun amat sistematik.

Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang samapah/barang dan item-item tertentu

yang wajib diasingkan. Di Malaysia juga ada system seperti ini tetapi mungkin disebabkan

Page 12: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang tidak sistematik

menyebabkan sistem tersebut gagal.

Menghormati Orang Lain

Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan. Sopan terhadap orang tua,

orang yang lebih tua atau senpai (senior). Begitu juga sikap sopan mereka terhadap pelancong-

pelancong asing. Setiap kali jika kita masuk ke kedai atau tempat perniagaan mereka pasti akan

kedengaran pekerja-pekerja mengucap ‘irasshaimase’ atau selamat datang, hatta jika ada pekerja

yang sedang bekerja mengemop lantai sekalipun akan memberi ucapan selamat sambil tunduk

menghormati pelanggan. Dan bila keluar pula akan diucapkan ‘arigato gozaimasu’ atau terima

kasih. Ia adalah satu pengalaman dan pemandangan yang membuka minda kita bagi sesiapa yang

kali pertama mengunjungi Jepun. Walaupun majority masyarakat jepun tidak fasih berbahasa

inggeris, mereka tidak berputus asa jika pelancong bertanyakan arah kepada mereka. Mereka

berusaha untuk membuatkan pelancong faham dengan apa yang mereka hendak tujukan.

Kesimpulannya disini, negara Jepun amat perlu dicontohi oleh negara kita dari pelbagai

aspek kehidupan daripada pembangunan sosio ekonomi mahupun budaya. Perkara-perkara yang

harus ditumpukan melalui dasar ini ialah ‘kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara

dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak

diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan

kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem

pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan

dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai

boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.

Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/malaysia-wajar-mencontohi-korea-selatan-selain-

jepun/#ixzz2KfBmRdgR

: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun

: http://panduanpercuma.info/artikel-pilihan/2964/sikap-orang-jepun-yang-patut-

dicontohi

Page 13: Jepun Sebagai Sebuah Negara Contoh-2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Mata pelajaran

Tajuk

Bahasa Melayu

Jepun sebagai sebuah negara contoh.

Peringkat Kelas: Tahun 6 Amanah

Masa: 8.30-9.00 pagi (30 minit)

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama:

Lisan

5.3 Menyatakan isi penting berdasarkan bahan bacaan yang

dibaca. ( Aras 2 (ii) )

Fokus Sampingan :

Bacaan

5.2 Membaca bahan rencana yang disediakan dengan sebutan

dan intonasi yang betul. ( Aras 2 (i) )

Tulisan

9.2 Mengenal pasti maklumat yang diperdengarkan dan

membuat

catatan. ( Aras 1 (i) ).

Konsep/Prinsip/Teori/Hukum

Bahan Pembelajaran

dan

Pengajaran:

1. LCD

2. Komputer riba

3. Petikan Rencana

Langkah-langkah