5
KATEGORI C: ECM2 KESELAMATAN PEMBELIAN SECARA TALIAN OLEH : TARMASELEN A/L PURUSHOTMANAN Dalam sarwajagat yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi ini, pembelian secara dalam talian banyak menawarkan koleksi fesyen atau peralatan lain dalam negara mahupun produk luar yang dikumpulkan dalam laman web yang sama bagi menarik perhatian pengguna. Apabila menyentuh soal pembelian secara dalam talian, topik transaksi bayaran pasti menjadi wadah utama setiap kali ingin mendapatkan barangan digemari. Jika tidak berhati-hati, pengguna mudah ditipu malah, hal ini boleh menjadi sejarah hitam apabila maklumat nombor akaun atau kad kredit digunakan oleh penjenayah siber. Jika ditelusuri secara terperinci, Penyokong Keselamatan Internet dan Pengarah Perniagaan Pengguna Norton Asia, Effendy Ibrahim berkata, Pengguna perlu mempunyai pengetahuan pembelian secara dalam talian, kos yang efektif ketika membeli belah, cekap dan memastikan proses dijalankan dalam keadaan yang selamat. Internet menjadi pilihan membeli-belah kepada pengguna, namun mereka perlu sedar bahawa penipuan dalam talian yang kerap terjadi sekali gus merosakkan peralatan yang digunakan.Apabila menjalankan perniagaan dalam talian, pengguna perlu sentiasa mencari pihak ketiga yang diiktiraf bagi memastikan laman web dilayari melalui pengimbas Malware untuk memastikan keselamatan peribadi sentiasa terjamin. Alat ini juga perlu ada sebagai alat memberi amaran terhadap kemungkinan berlaku ancaman berbahaya ketika urusan transaksi antara pembeli dan penjual dilakukan. Antara sistem keselamatan yang popular kini adalah Norton Internet Security atau Norton 360 yang berfungsi bagi mengenal pasti penipuan

Esei Keselamatan Pembelian Dalam Talian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Esei

Citation preview

Page 1: Esei Keselamatan Pembelian Dalam Talian

KATEGORI C: ECM2 KESELAMATAN PEMBELIAN SECARA TALIAN

OLEH : TARMASELEN A/L PURUSHOTMANAN

Dalam sarwajagat yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi ini,

pembelian secara dalam talian banyak menawarkan koleksi fesyen atau peralatan

lain dalam negara mahupun produk luar yang dikumpulkan dalam laman web yang

sama bagi menarik perhatian pengguna. Apabila menyentuh soal pembelian secara

dalam talian, topik transaksi bayaran pasti menjadi wadah utama setiap kali ingin

mendapatkan barangan digemari. Jika tidak berhati-hati, pengguna mudah ditipu

malah, hal ini boleh menjadi sejarah hitam apabila maklumat nombor akaun atau kad

kredit digunakan oleh penjenayah siber.

Jika ditelusuri secara terperinci, Penyokong Keselamatan Internet dan

Pengarah Perniagaan Pengguna Norton Asia, Effendy Ibrahim berkata, “Pengguna

perlu mempunyai pengetahuan pembelian secara dalam talian, kos yang efektif

ketika membeli – belah, cekap dan memastikan proses dijalankan dalam keadaan

yang selamat. Internet menjadi pilihan membeli-belah kepada pengguna, namun

mereka perlu sedar bahawa penipuan dalam talian yang kerap terjadi sekali gus

merosakkan peralatan yang digunakan.”

Apabila menjalankan perniagaan dalam talian, pengguna perlu sentiasa

mencari pihak ketiga yang diiktiraf bagi memastikan laman web dilayari melalui

pengimbas ‘Malware’ untuk memastikan keselamatan peribadi sentiasa terjamin. Alat

ini juga perlu ada sebagai alat memberi amaran terhadap kemungkinan berlaku

ancaman berbahaya ketika urusan transaksi antara pembeli dan penjual dilakukan.

Antara sistem keselamatan yang popular kini adalah Norton Internet Security

atau Norton 360 yang berfungsi bagi mengenal pasti penipuan laman web dan

Page 2: Esei Keselamatan Pembelian Dalam Talian

mengesahkan kesahihannya. Melaluinya, pengguna boleh melayari, membeli-belah

dan melakukan urusan perbankan dalam talian dengan yakin tanpa mendedahkan

diri mereka kepada laman web yang berbahaya. Hal ini mesti diketahui dan perlu

dimiliki bagi mereka yang gemarkan aktiviti membeli barangan secara dalam talian.

Ini kerana antivirus akan melakukan imbasan e-mel dan mesej bagi mengenal pasti

dengan segera terhadap virus yang terdapat di situ, pautan mencurigakan dan

lampiran yang dijangkiti.

Mengenal pasti laman web yang selamat secara proaktif mampu menyekat

bahaya daripada laman lain dan menghentikan ancaman sebelum pengguna sempat

melayarinya. Norton Safe Web pula adalah wahana yang terdapat dalam kedua-dua

Norton Internet Security dan Norton 360 yang menawarkan perlindungan pembeli

dalam talian dengan amaran. Program yakni ini dapat membantu menyekat laman

web yang tidak selamat dan palsu walaupun pengguna hanya melakukan aktiviti

mencari. Ciri-ciri ini menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membezakan laman

web yang selamat agar terhindar daripada penipuan. Selain itu, program tersebut

menyediakan penilaian tapak visual dalam hasil carian ketika pengguna melayarinya

secara langsung ke laman web tertentu. Oleh sebab sifat ancaman web ( seperti

memandu sambil muat turun) ia juga akan memberi amaran kepada pengguna

sebelum mereka melawat laman web yang mengandungi kandungan berbahaya.

Di samping itu, ia juga turut menyediakan penilaian keselamatan e-dagang

yang membantu pengguna membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai

tempat selamat untuk membeli-belah dalam talian.

Selain itu, masalah kecurian identiti kini semakin meningkat dengan

penggunaan Internet yang luas. Pencuri identiti kini mewujudkan program perisian

Page 3: Esei Keselamatan Pembelian Dalam Talian

yang berniat jahat untuk mengambil maklumat akaun dan kata laluan pengguna

ketika melakukan urusan membeli-belah atau transaksi perbankan dengan bertindak

balas memberikan e-mel palsu meminta pengesahan nombor akaun. Nombor kad

kredit juga mampu dicuri dan mereka akan menjual di pasaran haram yang akan

membolehkan pencuri di seluruh dunia membelinya serta membuat bayaran pada

nombor akaun yang diambil.

Jika ditinjau dari sudut yang lain, sesetengah mereka menganggarkan,

penipuan kad kredit memberi kesan kepada satu dalam 20 pengguna. Walaupun

liabiliti kewangan pemegang kad kredit untuk bayaran penipuan terhad, tetapi ia

bersebab untuk masyarakat melindungi keselamatan nombor kad kredit masing-

masing. Walaupun ia menjamin, masyarakat tidak menjadi mangsa penipuan kad

kredit, pengguna perlu berusaha dan berhati-hati untuk melindungi diri daripada

terjerumus dengan aktiviti penjenayah siber itu. Effendy juga mengingatkan

pengguna, program antivirus dan antispyware adalah vital sekiranya menggemarkan

aktiviti membeli-belah secara dalam talian, urusan perbankan atau mengekalkan

maklumat peribadi di dalam komputer masing-masing.

Berikutnya, selain untuk melindungi maklumat, ia juga boleh menghalang

komputer anda daripada kawalan penggodam. Pasang dan kerap kemas kini perisian

firewall, antivirus dan penyelesaian antispyware untuk perlindungan menyeluruh.

Walaupun terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk melindungi identiti

masyarakat masing-masing, ada beberapa perkara vital yang harus diambil kira.

Walaupun sentiasa berhati-hati, ia bukan bermakna penggodam tidak dapat

menggodam maklumat majikan dan bank, antara sebab penting untuk mengekalkan

pengawasan maklumat secara berterusan terhadap akaun serta laporan kad kredit.

Page 4: Esei Keselamatan Pembelian Dalam Talian

Hal ini demikian kerana, tempoh yang diambil selama beberapa bulan untuk

mengetahui keputusan jika masyarakat menjadi mangsa kecurian identiti. Ketika itu,

penggodam sudah berjaya mencuri nombor akaun serta menjalankan urusan

pembelian atas nama mangsa.

Dari persepsi yang lain, pemantauan aktiviti ke atas semua akaun kewangan

daripada perbankan pelaburan kepada kad kredit. Jika menerima amaran atau

laporan institusi kewangan terhadap aktiviti akaun yang luar biasa, masyarakat

dinasihati agar memaklum balas secepat mungkin kepad pihak bank. Di samping itu,

masyarakat nusa Malaysia juga digalakkan supaya melaporkan penjenayah yang

terbabit kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Cyber Security Malaysia atau

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan.

Kehidupan moden yang dibelakangi  kemajuan internet merupakan satu

keajaiban bukan? Ianya dapat membantu kehidupan yang semakin sibuk dengan

mencari kehidupan yang lebih mewah. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang

semakin sibuk, kaedah pembelian secara online kini semakin mendapat , malahan ia

menjadi satu mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barangan keperluan tanpa

perlu beratur di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah. Segala-

galanya kini di hujung jari anda.  Di negara-negara maju, pembelian secara online

telah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi

menunjukkan tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat, terutama

kaum wanita yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan semakin mengenali e-

dagang.

Kebaikan pembelian secara online atau maya dapat memudahkan pembelian

dan juga dapat membeli barangan edisi terhad atau yang tiada di dalam pasaran di

Page 5: Esei Keselamatan Pembelian Dalam Talian

Malaysia.  Kelebihan membeli secara online juga dapat menjimatkan masa dan tidak

perlu untuk berpusing untuk mencari parking dan mengelilingi kompleks membeli

belah untuk mencari barang keperluan dan terpaksa beratur untuk membuat

pembayaran. Pada hakikatnya pembelian secara online memang mudah tetapi

mungkin barangan tersebut di beli dari luar Negara masa yang diambil agar lama dan

mungkin juga akan tertipu contoh tiada stok , produk yang diiklankan tidak sama atau

tidak terima langsung.  Pembayaran telah dibuat secara online.   Pengguna juga

dinasihatkan agar membeli daripada syarikat tempatan yang mudah dirujuk jika

terdapat masalah.  Jika membeli daripada luar negara risiko tinggi  kemungkinan 

sukar untuk mendapat ganti rugi, jika produk tersebut rosak dalam perjalanan,  ada

syarikat menetapkan bahawa jika berlaku kerosakan ianya bukan tanggungjawab

mereka.  Keburukannya juga seperti  barangan tersebut tidak mengambarkan

sebenar barangan yang ingin anda beli seperti warna, saiz yang berbeza.

  Pengguna juga harus diingat tidak semua barang dari luar negara berkualiti

tinggi, adakalanya ia juga bermutu tinggi dan boleh didapati di Malaysia.