28
http://abihulwa.blogspot.com/2011/02/isu-alam-sekitar-memelihara-khazanah.html Sumber : http : //www.utusan.com.my/ Krew Seri Saujana telah mendapat respon positif daripada semua pelajar dan guru mengenai kempen yang telah dilakukan. Apa yang telah menyentuh perasaan kami ialah apabila seorang pelajar telah menghantarkan satu esei mengenai isu kepupusan orang utan kepada kami secara sukarela. Pelajar itu ialah Noor Azreen bte Seni daripada kelas 5 Cekap. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana berani tampil kehadapan. Berikut adalah hasil luahan pendapat beliau yang bertajuk, ' Demimu, Orang Utan '. "Orang utan, orang utan, orang utan. Apakah keistimewaan yang ada pada orang utan sehingga perlunya program pemuliharaan supaya haiwan-haiwan itu terus hilang menongkah arus zaman ini? Mungkin itulah kata-kata yang diucapkan oleh sesetengah masyarakat yang tidak menyokong program-program orang utan. Mungkin disebabkan mereka-mereka inilah, segala program dan kempen-kempen yang dijalankan demi menyelamatkan orang utan oleh pihak kerajaan dan pihak NGO tidak berjaya dan tidak mencapai objektifnya. Bahkan tidak mendapat galakan daripada masyarakat. Mereka ini juga adalah mereka-mereka yang tiada kesedaran dan perasaan simpati dan empati terhadap makhluk yang bernama Orang Utan ini. Orang utan hanyalah seekor haiwan tetapi orang utan juga merupakan makhluk yang telah dicipta oleh tuhan agar mereka

contoh esei

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: contoh esei

http://abihulwa.blogspot.com/2011/02/isu-alam-sekitar-memelihara-khazanah.html

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

Krew Seri Saujana telah mendapat respon positif daripada semua pelajar dan guru

mengenai kempen yang telah dilakukan. Apa yang telah menyentuh perasaan kami

ialah apabila seorang pelajar telah menghantarkan satu esei mengenai isu

kepupusan orang utan kepada kami secara sukarela. Pelajar itu ialah Noor Azreen

bte Seni daripada kelas 5 Cekap. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada beliau kerana berani tampil kehadapan. Berikut adalah hasil luahan

pendapat beliau yang bertajuk, ' Demimu, Orang Utan '.

"Orang utan, orang utan, orang utan. Apakah keistimewaan yang ada pada orang

utan sehingga perlunya program pemuliharaan supaya haiwan-haiwan itu terus

hilang menongkah arus zaman ini? Mungkin itulah kata-kata yang diucapkan oleh

sesetengah masyarakat yang tidak menyokong program-program orang utan.

Mungkin disebabkan mereka-mereka inilah, segala program dan kempen-kempen

yang dijalankan demi menyelamatkan orang utan oleh pihak kerajaan dan pihak

NGO tidak berjaya dan tidak mencapai objektifnya. Bahkan tidak mendapat galakan

daripada masyarakat. Mereka ini juga adalah mereka-mereka yang tiada kesedaran

dan perasaan simpati dan empati terhadap makhluk yang bernama Orang Utan ini.

Orang utan hanyalah seekor haiwan tetapi orang utan juga merupakan makhluk

yang telah dicipta oleh tuhan agar mereka dapat bersama-sama merasai kehidupan

di dunia yang fana ini. Mereka juga mempunyai hak di atas muka bumi ini sama

seperti manusia. Mereka berhak untuk hidup bebas dan menjalani kehidupan sama

seperti manusia di atas muka bumi yang bertuah ini. Jadi, siapalah kita untuk

menafikan hak-hak mereka di dunia ini? Kita juga hanya sekadar menumpang di

dunia yang Tuhan pinjamkan sementara sahaja ini. Sampai satu ketika, saat dunia

berhenti berputar, saat manusia tidak sanggup lagi berharap dan ketika mentari tidak

lagi menyinari bumi, segala nikmat-nikmat yang kita terima ini akan ditarik balik

sama ada kita suka atau tidak kerana itu adalah kuasa Tuhan.

Page 2: contoh esei

Tambahan pula, manusia juga sering kali dikaitkan dengan orang utan. Mengapa?

Hal ini kerana kewujudan haiwan ini begitu persis dengan manusia sama ada dari

segi fizikal atau sifat-sifat mereka. Mungkin ada masyarakat yang marah dan tidak

mahu menerima kenyataan ini. Walaubagaimanapun, ini adalah hakikat. Siapalah

kita untuk menolak kejadian yang Tuhan cipta ini?

Selain itu, walau apapun pandangan buruk manusia terhadap makhluk yang

bernama orang utan ini, kita masih tetap dapat mereka apabila berada di zoo, ramai

masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama haiwan ini.

Bukankah bukti ini sudap cukup untuk membuktikan bahawa manusia ini mempunyai

perasaan kasih dan sayang terhadap haiwan? Namun, mungkin mereka-mereka ini

hanya mahu mempamerkan rasa bangga mereka apabila berpeluang bergambar

bersama haiwan yang istimewa ini. Diri manusia, hanya Allah yang mengetahui, bak

kata orang ' rambut sama hitam, hati lain-lain'.

Kesimpulannya disini, kita tidak berhak menindas orang utan yang semakin diancam

kepupusan. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, janganlah kita bersikap

tamak keatas dunia ini kerana masih terdapat makhluk-makhluk lain yang Tuhan

ciptakan untuk bersama-sama berkongsi kehidupan di dunia ini. Tambahkanlah

kesedaran terhadap makhluk yang bernama orang utan ini. Kadang-kala, kita juga

perlulah bersikap, 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan' Bukan

menjurus kepada kejahatan, tetapi demi kebaikan orang utan dan haiwan-haiwan

lain yang diancam kepupusan. Berikan sinar harapan baru kepada haiwan-haiwan

ini agar mereka tidak pupus di atas muka bumi ini. Selamatkanlah orang utan,

sesungguhnya, you can make a difference."

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah

ringkasan tentang punca berlaku kepupusan haiwan. Panjang ringkasan anda

hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat

sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Hutan Malaysia sangat istimewa kerana mempunyai khazanah flora dan fauna yang

pelbagai dan tinggi nilainya. Lebih istimewa lagi, hutan ini adalah antara hutan yang

Page 3: contoh esei

tertua di dunia dan sering menjadi tumpuan. Tidak hairanlah jika terdapat lebih

kurang 2000 jenis tumbuhan yang subur dalam satu hektar persegi, manakala

haiwan pula lebih kurang 5000 spesies tinggal di situ.

Namun demikian, tumpuan berlebihan yang diberi itu membawa masalah kepada

hidupan di hutan Malaysia itu. Banyak laporan telah dibuat tentang pencerobohan

hutan serta kerakusan pemburu haram. Haiwan seperti orang hutan, harimau belang

dan tapir semakin kurang ditemui. Haiwan-haiwan tersebut sedang mengalami

kepupusan, malah terdapat juga haiwan-haiwan lain yang tidak dilaporkan, sedang

diancam masalah kepupusan. Kepupusan ini akhirnya akan merugikan negara.

Beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan, antaranya mewartakan

beberapa kawasan sebagai tempat tinggal atau habitat semula jadi haiwan. Taman

Negara dapat dijadikan contoh kawasan yang telah diwartakan. Taman ini memberi

peluang kepada haiwan liar untuk berkembang biak tanpa sebarang gangguan. Di

samping itu, pihak kerajaan telah membina pusat kajian dan zoo sebagai satu

alternatif menyelamat dan membantu pembiakan haiwan.

Perubahan iklim atau cuaca yang tidak menentu di seluruh dunia sejak dahulu lagi

merupakan faktor penyebab berlakunya kepupusan haiwan. Apa yang lebih

menyedihkan jumlah spesies haiwan yang pupus dari semasa ke semasa semakin

mendadak. Jika beberapa ratus tahun dahulu hanya satu atau dua haiwan pupus

dalam tempoh tersebut tetapi sejak tahun 1985 kepupusan haiwan sangat ketara.

Tidak hairanlah dalam jangka masa sehari satu spesies haiwan akan pupus.

Penebangan hutan yang tidak terancang dan berterusan turut mengganggu tempat

tinggal haiwan. Habitat mereka menjadi semakin terhad, manakala makanannya

pula semakin berkurangan. Seperkara lagi, aktiviti pemburuan haram turut

mengancam kehidupan haiwan. Tujuan pemburu haram melakukan aktiviti

pemburuan haram ini adalah untuk memperoleh daging haiwan serta organ-organ

haiwan yang dapat memberi keuntungan lumayan kepada mereka. Bahagian-

bahagian tersebut dijadikan barangan perhiasan serta digunakan untuk tujuan

perubatan tradisional. Walaupun berbagai-bagai cara telah dibuat oleh kerajaan dan

badan-badan sukarela, masalah kepupusan haiwan terus berlaku. Sikap manusia

Page 4: contoh esei

yang mengetepikan rasa belas kasihan terhadap haiwan turut menjadi faktor

penyebab.

Kepupusan haiwan bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara tetapi

golongan muda turut menjadi mangsa kerana tidak dapat mengenali dengan lebih

khusus tentang habitat haiwan serta rupa bentuk haiwan-haiwan tersebut. Bagi

mengatasi masalah kepupusan haiwan ini, semua negara mestilah bekerjasama dan

duduk semeja untuk mencari serta mengenal pasti cara mengekalkan kehidupan

haiwan ini.

Pendahuluan:

Ancaman kepupusan hidupan liar yang menjadi sebahagian daripada sistem

ekologi kini merupakan masalah global. Kerap kali berita tentang isu tersebut

menjadi tajuk utama dalam media. Aktiviti manusia dikatakan punca utama

hidupan liar pupus. Oleh itu usaha-usaha yang berkesan seharusnya

dilakukan.

Isi karangan:

1. Tindakan undang-undang tegas oleh pihak kerajaan

- kepada pesalah yang memburu haiwan liar dikenakan hukuman

-tujuan mereka akan serik

2. kerajaan menambahkan bilangan pegawai perhutanan

- pemantauan yang menyeluruh dapat dilakukan kerana cukup kakitangan

- memastikan kawalan terhadap pemburu haram dapat dilakukan

- dapat membanteras kegiatan memburu hidupan liar

- proses pemuliharaan hidupan liar dapat dijayakan.

3. Peranan Jabatan PERHILITAN

-mempertingkatkan penyelidikan saintitifik

- mengawal kepupusan hidupan liar akibat penyakit dan wabak

- menambah baik pengurusan zoo dan Taman Negara.

Page 5: contoh esei

4. Usaha pembiakan hidupan liar di kawasan yang lebih selamat

- mewartakan lebih banyak hutan simpan

- memastikan habitat haiwan liar selesa dan tidak diganggu

Kesimpulan:

Manusia harus menghargai hidupan liar dengan menyeimbangkan

pembangunan dan memberi perlindungan terhadap hidupan liar agar

generasi akan datang dapat melihat khazanah ini. Kita tidak mahu generasi

akan datang hanya mengenali hidupan liar ini melalui buku dan gambar

akibat daripada kerakusan generasi kini.

Pepatah Melayu lama menyebut, "patah tumbuh hilang berganti". Bagaimanapun,

tidak semua yang hilang akan kembali. Begitu juga halnya dengan isu kepupusan

spesies haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Contoh paling nyata ialah kepupusan

binatang prasejarah dinosour. Hidupan liar yang ada pada hari ini wajar dilindungi

agar kelangsungan spesiesnya terjamin sekali gus mengelakkan nasib yang sama

seperti dinosour berulang.

Antara langkah yang harus dilaksanakan bagi menangani masalah kepupusan ini

adalah dengan mengasingkan kawasan tanah untuk melindungi serta memelihara

hidupan liar sebagai usaha menseimbangkan ekosistem. Pusat-pusat perlindungan

hidupan liar perlu dibangunkan dengan tujuan pemeliharaan, pemuliharaan,

pendidikan dan juga penyelidikan mengenai hidupan liar. Antara pusat perlindungan

yang bertujuan sebegini yang sedia ada di Malaysia termasuklah Pusat

Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah , Pusat Pemuliharaan Gajah Negara di

Kuala Gandah, Taman Negara, Pahang dan juga taman-taman botanikal yang

dikhususkan khas bagi tumbuh-tumbuhan.

Selain itu, bank-bank genetik juga perlu ditubuhkan. Bank genetik ini perlu

menyimpan pelbagai jenis specimen seperti DNA setiap haiwan dan tumbuhan bagi

mengelakkan hidupan liar daripada terus lenyap. Pertubuhan bank ini juga bertujuan

membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa

akan datang khususnya bagi pegawai PERHILITAN, pelajar di universiti selain

penyelidik dari luar negara. Melalui penyelidikan diharapkan dapat

mempertingkatkan kualiti kehidupan hidupan liar serta mengatasi kepupusan.

Page 6: contoh esei

Di samping itu, undang-undang yang berkaitan dengan hidupan liar juga perlu

diperkuatkuasakan supaya tidak ada pihak yang berani mengancam kehidupan

hidupan liar. Mengancam kehidupan hidupan liar termasuklah memburu binatang

bagi mendapatkan kulit, gigi, tanduk dan juga dagingnya, dan menebang pokok

secara haram serta tidak terkawal atau berleluasa. Hukuman berat perlu diberikan

kepada sesiapa sahaja yang bertindak mengancam flora dan fauna.

Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara

hidupan liar perlu diadakan secara global. Kempen-kempen ini perlu memberi

kesedaran kepada masyarakat sedunia tentang kepentingan hidupan liar dan

peranan yang dimainkan olehnya dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan

biodervisiti. Mungkin melalui kempen ini masyarakat sedunia akan sedar

kepentingan melindungi hidupan liar dan semua negara turut mengambil inisiatif

untuk melindungi flora dan fauna.

Antara haiwan yang telah pupus di negara kita ialah harimau belang, badak Jawa,

burung merak hijau dan burung upih. Kepupusan ini didapati berpunca daripada

kebanyakkan kawasan dan habitat semula jadinya yang sudah menjadi tidak sesuai

untuk pembiakan. Perkara ini perlu diambil serius kerana generasi akan datang tidak

dapat mengenali lagi pelbagai spesies yang ada di dalam hutan dan hanya

mengenalinya melalui gambar sahaja. Justeru, langkah-langkah yang berkesan

wajar dilaksanakan dengan segera untuk menangani masalah ini.

esei berpandu-punca-punca kepupusan hidupan liar 1F-yeoh wei chunDalam menongkah arus pascaglobalisasi ini, anjakan paradigma kian dimanifestasikan dalam jagatraya.Namun, kita acapkali tersentak oleh isu kepupusan hidupan liar seperti badak, harimau panda dan lain-lain yang dimomokkan sebagai agenda aktuil.(31pp)

Kegiatan pembalakan haram bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah mencetuskan kemelut ini bagai duri dalam daging.Keghairahan manusia jagatraya berlumba-lumba mencari kemewahan melalui angkara tersebut.Pembangunan metropolitan tanpa kawalan telah menyebabkan habitat flora dan fauna menemui kebajetan.(39pp)

Di samping, manusia yang menunjangi norma hedonistik dan individualistik telah menjahanamkan habitat hidupan liar. Hidupan liar terpaksa dikorbankan lantaran

Page 7: contoh esei

tamak haloba umat manusia. Tamsilnya, tanduk, belulang dan makanan eksotik telah dihidangkan untuk memenuhi nafsu kita. (31pp)

Penggemblengan kuadrat bagai genggam bara api biarlah sampai arang dilestarikan untuk memulihara kurniaan Tuhan. Zuriat kita akan berpeluang menggilap peninggalan kita pada zaman leluhur. (24pp)

125 patah perkataan

1F- Lim Jieh Sim

Dasawarsa ini, kita acapkali dimomokkan dengan kepupusan hidupan liar dalam sidang akhbar. Oleh itu, rencam punca yang menunjangi agenda aktuil ini wajar ditelaah hingga akar umbinya.(26pp)

Afdalnya, penerokaan hutan belukar untuk pembangunan pencakar langit bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah menjejaskan keseimbangan ekosistem jagatraya.Natijahnya, hidupan liar bagai anak ayam kehilangan ibu bahana habitat telah dibobrokkan oleh keghairahan pemaju. (33pp)

Ghalibnya, pemburuan tanpa lesen telah memudaratkan kemelut ini.Hal ini disebabkan pemburu ingin menggondol keuntungan daripada penghasilan tanduk,makanan estotik dan belulang.Ironinya, kerajaan bukan sahaja tidak menguatkuasakan undang-undang untuk memelihara hidupan liar, malahan telah berjinak-jinak dengan kekangan ini.Natijahnya, pencemaran telah menjahanamkan hidupan liar, khususnya hidupan akuatik.(49pp)

Akhirul kalam, penggemblengan kudrat bagai menarik rambut di dalam tepung seyogia diimplementasikan bagi merealisasikan cita-cita murni kita untuk melestarikan kemapanan alam sekitar.(20pp)

Keperluan barangan berasaskan haiwan

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut

Page 8: contoh esei

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

PESISIRAN pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani, Kedah

gempar pada 10 Februari lalu apabila didatangi 'tetamu' asing.

Tubuh agamnya yang berukuran lebih kurang 12 meter dengan berat antara empat

hingga lima tan terjelepok di atas celahan batu. Itulah dia, seekor ikan paus malang

yang tidak bernyawa lagi. Kejadian ikan paus terdampar di negara ini sebenarnya

bukanlah asing. Berdasarkan sejarah Jabatan Perikanan, ikan paus pertama yang

direkodkan terdampar di Malaysia adalah pada tahun 1892 di pesisir pantai, 29

kilometer ke arah selatan bandar Melaka.

Selain itu, rekod Utusan Malaysia menunjukkan lebih 12 ekor paus dijumpai di

pesisir pantai negara ini sejak tahun 1999 dan ia didapati semakin bertambah saban

tahun. Lebih membimbangkan, hampir kesemua mamalia yang dikesan terdampar

itu, jarang-jarang ditemui hidup.

Bagi kes Pulau Sayak, pada hakikatnya tiada siapa yang tahu kenapa dan sebab

paus yang dipercayai spesies Bryde itu ditemui mati dalam keadaan menyayat hati.

Malah, penduduk bingung kenapa paus berkenaan 'mendarat' di kawasan yang tidak

pernah ditemui mereka sebelum ini. Mulalah timbul pelbagai andaian termasuklah

dikatakan petunjuk tsunami bakal berlaku semula. Pada tahun 2004, tidak jauh dari

tempat itulah kesan bencana tsunami dirasai di Malaysia. Mungkin kepada

penduduk di kawasan tersebut, ia satu perkara ganjil kerana tidak pernah melihat

kelibat paus mundar-mandir di kawasan perairan yang kaya dengan hasil laut

berkenaan.

Sungguhpun begitu, insiden malang itu memberikan signifikan tersendiri. Ini kerana,

tidak dapat tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa hidupan laut diancam

Page 9: contoh esei

kepupusan yang semakin serius sejak akhir-akhir ini. Barangkali kedatangan haiwan

ini juga sebagai peringatan buat kita, manusia yang terus-terusan lupa akan

tanggungjawab memelihara khazanah alam.

Ikan paus, sama ada spesies Bryde, Fin atau sebagainya merupakan antara enam

jenis hidupan marin yang dikategorikan sebagai paling terancam selain dugong, ikan

lumba-lumba, ikan yu, penyu dan kerang gergasi kima. Kesemua spesies tersebut

dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-peraturan

Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Marin Terancam 1999 (Pindaan) 2008.

Jika diamati secara menyeluruh, ancaman kepupusan tersebut merupakan perkara

yang perlu diberi perhatian khusus dan sewajarnya, memandangkan ia telah lama

berlaku dan masih lagi berterusan sehingga saat ini.

Salah satu faktor kepupusan beberapa spesies ikan ataupun khazanah laut itu

adalah ketidakseimbangan antara tekanan daripada kegiatan manusia dan industri

perikanan serta keupayaan alam sekitar menjana sumber aslinya.

Selain itu, sesetengah haiwan laut mempunyai kepentingan nilai ekonomi dan ini

dieksploitasi dengan pelbagai cara. Antaranya, daging dijadikan makanan eksotik

manakala cengkerang ataupun bahagian lainnya dijadikan perhiasan.

Ada juga teori mengatakan, penggunaan alat sonar oleh nelayan dan kapal dagang

boleh merosakkan gegendang telinga ikan besar seperti paus yang menyebabkan ia

hilang imbangan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan mamalia tidak bertenaga

melawan arus dan akhirnya cedera atau mati dihanyut ombak laut.

Tambah buruk lagi, sikap manusia sendiri yang menjadikan laut sebagai tempat

membuang pelbagai jenis sampah sarap. Tidak hairanlah, masalah tersebut

mungkin ada kaitan dengan kematian ikan paus di Pulau Sayak, baru-baru ini.

Benda asing seperti plastik, botol minuman dan gumpalan tali dipercayai

menyebabkan usus ikan tersumbat dan sakit sehingga mengakibatkannya tidak

berdaya untuk berenang ke habitat asal.

Page 10: contoh esei

Apapun, kita tidak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini. Perkara yang penting ialah

satu pemahaman yang lebih ketara mengenai spesies terancam perlu dihebahkan

kepada umum dari semasa ke semasa. Pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan

dan agensi pelaksanaan undang-undang seperti Agensi Penguatkuasa Maritim

Malaysia (APMM) serta Jabatan Alam Sekitar juga perlu peka dengan apa yang

berlaku di sekitar kawasan pesisir pantai.

Di samping itu, institut penyelidikan ekosistem marin tempatan boleh mengambil

inisiatif membiak atau menghasilkan benih-benih spesies ikan terancam. Perkara itu

bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan beberapa negara yang mendokong

khazanah marin seperti Jepun dan Kanada, berjaya melakukannya.

Pada masa sama, nelayan atau mereka yang mendiami kawasan pantai, harus

sedar akan tanggungjawab memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar.

Sekiranya usaha berterusan tidak dilakukan, tidak mustahil dalam masa 30 hingga

50 tahun akan datang, khazanah laut sekitar negara ini akan pupus. Justeru, jangan

biarkan suatu hari nanti, generasi akan datang hanya mengenali paus, penyu,

dugong dan ikan yu melalui internet atau majalah. Jika benar-benar berlaku, ia suatu

yang amat malang.

Kepupusan Fauna

Pengenalan

Atas nama pembangunan, flora dan fauna sering menjadi korban manusia.

Hasilnya, kita kini diancam kepupusan ratusan spesies binatang. Tidak mustahil

pada masa hadapan, gajah, harimau dan singa hanya mampu dikenali generasi

akan datang menerusi muzium binatang yang diawetkan. Apakah puncanya dan

sejauh manakah manusia bertanggungjawab mengatasi masalah ini?

Bagi menikmati penambahan kemudahan infrastruktur dan tuntutan

permodenan serta kemajuan, kita sanggup mengorbankan fauna di sekeliling

kita. Implikasinya seperti kita lihat sekarang, banyak spesies fauna yang

diancam kepupusan. Menurut Kamus Dewan, fauna bermaksud (Bio) seluruh

binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan

Page 11: contoh esei

sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya dan punah. Jadi,

kepupusan fauna boleh didefinisikan sebagai seluruh haiwan semula jadi yang

hidup di sesuatu daerah tertentu semakin lenyap, binasa dan mati.

Persoalannya, mahukah kita bertanggungjawab atas kepupusan fauna? Jika kita

kaji secara mendalam, punca masalah kepupusan fauna adalah manusia itu

sendiri.

Seperti dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan

haiwan yang membawa kepada kemusnahan dan perubahan habitat. Contoh

aktiviti manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan

baru untuk pembangunan. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and

Flora, di antara tahun 1986 sehingga Jun 1990, sebanyak 500,000 hektar hutan

di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar

saja. Aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan

hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar

kerana ia boleh memusnahkan habitat fauna. Aktiviti- aktiviti ini akan

memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka

tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau

mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang

memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan

yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari

makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan

pengurangan bilangan haiwan adalah kesan utama yang akan berlaku

disebabkan masalah ini.

Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Sumatera

dan Kalimantan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di

kawasan tersebut akan musnah. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang

besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan

selama-lamanya. Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah

baru iaitu tanah rancangan oleh Felda dan Felcra turut menggalakkan

kepupusan fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Antara yang paling kritikal

adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti

ekonomi.

Page 12: contoh esei

Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih

luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian,

jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan

tapak pelupusan sampah. Contohnya, pembukaan tanah baru di Loji Gua Musang

Kelantan di mana penyerahan tanah secara besar-besaran kepada beberapa

syarikat yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur.

Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan. Fauna yang

berada di sekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.

Pemburuan haram yang berleluasa di hutan-hutan negara juga adalah faktor

kemusnahan habitat dan spesies haiwan. Pemburuan haram berlaku akibat

permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian

dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.

Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa

menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang

amat menyedihkan.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup,

biasanya hanya seekor saja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan

selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini

menggalakkan lagi pemburuan haram. Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan

daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu

untuk tujuan penyelidikan. Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap

tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat

hampir pupus kini.

Gaya hidup manusia juga turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Walaupun

pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu

binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan

binatang yang dikatakan memberi kekuatan kepada manusia terus berleluasa.

Harimau, memerang, paus, badak dan gajah adalah antara binatang yang diburu

untuk tujuan tersebut. Pemburu haram ini bukan saja mengeksploitasikan

binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak.

Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap

binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berterusan. Contoh lain ialah

Page 13: contoh esei

Harimau Malaya yang merupakan satu spesies yang kian terancam kerana

pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutamanya dalam bidang

perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang

sedikit sahaja.

Tumpahan minyak dan sampah-sarap serta pembuangan sisa toksik ke dalam

laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung

mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat manakala pembuangan

sisa kilang juga kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini

boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan

racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke

dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-

bagai jenis hidupan air.

Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai

yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-

samanya sehingga mampu menyebabkan hidupan air mati dan semakin pupus.

Contoh lain ialah Beruang Panda yang merupakan antara habitat istimewa yang

hanya terdapat di negara China kini kian terancam kepupusannya disebabkan

pencemaran alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam. Menurut

laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang Terengganu, melalui kajian mereka

menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut

tetapi pada tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan

bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan

generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies ini.

Perubahan suhu dunia merupakan satu faktor yang tidak boleh dikaitkan dengan

aktiviti manusia yang membolehkan kepupusan fauna berlaku. Faktor perubahan

iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan fauna di mana faktor

kepupusan binatang pra sejarah seperti ‘dinasor’ adalah disebabkan perubahan

cuaca dunia . Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu

dunia yang mendadak dan menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan yang

terancam terutama haiwan yang tidak sesuai dengan cuaca panas.

Langkah-langkah untuk mengurangkan kepupusan fauna adalah melalui

pemeliharaan dan pemuliharaan. Pemeliharaan ialah usaha yang dilakukan

untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semula jadi supaya kekal dan

berterusan. Pemuliharaan pula ialah usaha yang dilakukan untuk memulihkan

Page 14: contoh esei

sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.

Selain itu, kerajaan juga menguatkuasakan akta yang telah dan sedia ada.

Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan dan

bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu kepupusan fauna.

Antara contoh akta yang telah sedia ada ialah mendokumentasikan kekayaan

dan kepelbagaian spesies yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan

mengubah status kawasan dilakukan.

Di samping itu juga, sistem pengurusan hutan berkekalan diwujudkan bagi

melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesies yang

menghadapi bahaya kepupusan. Akta dan tindakan undang-undang pembalakan

khasnya untuk mencegah pembalakan haram diwujudkan seperti di kawasan

perlindungan hutan iaitu Taman Negara. Usaha penyelidikan oleh FRIM,

Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar seperti usaha mengkaji kepupusan Harimau

Malaya juga dilakukan.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat

rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata

pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah

melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam

mata pelajaran Sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah

pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui

media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah

surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi

kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui

pendedahan ini, secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran tentang

betapa pentingnya memelihara alam sekitar dan kesannya kepada habitat fauna

kepada masyarakat. Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang

penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan

adanya pendedahan media massa tentang isu kepupusan fauna boleh memberi

kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan khazanah yang tiada

nilainya jika sudah pupus.

Kesimpulan

Ancaman kepupusan haiwan yang menjadi sebahagian daripada sistem ekologi

Page 15: contoh esei

kita bukan lagi satu masalah domestik atau hanya dialami oleh negara-negara

dunia ketiga dan membangun. Ia sebaliknya telah menjadi masalah global dan

boleh dikatakan setiap negara di seluruh pelusuk dunia mempunyai agensi atau

institusi khusus untuk memastikan masalah kepupusan terkawal. Oleh itu, alam

sekitar perlu dipelihara kerana kegiatan manusia yang tidak terkawal boleh

menyebabkan kepupusan fauna dan secara tidak langsung kita dan generasi

akan datang bakal kehilangan haiwan-haiwan yang mempunyai habitat dan

hidup dalam jangka masa lama di negara ini.

ARKIB : 14/03/2013

Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare on emailMore Sharing Services1

Harapan untuk haiwan terancamOleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLYGambar CHIEN C. LEE ( WILD BORNEO, ROYAL SOCIETY SEARPP)

ISU kepupusan hidupan liar acap kali dibincangkan masyarakat dunia yang sebahagian besarnya berpunca daripada penerokaan hutan secara berleluasa hingga menjejaskan habitat semula jadi.

Ancaman tersebut menyebabkan hidupan liar yang menghuni di sesuatu kawasan terpaksa mencari lokasi baru termasuk menceroboh kawasan berpenduduk.

Kajian mendapati, kehilangan atau kepupusan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan tempatan dalam persekitaran semula jadi berada di tahap yang sangat membimbangkan.

Hal ini banyak berhubung kait dengan kemusnahan sumber hutan yang tidak sistematik dan terkawal.

Atas faktor itu, Yayasan Sime Darby (YSD) giat menyokong projek pemuliharaan terutama haiwan yang diancam kepupusan.

Ahli Majlis Pentadbirannya, Caroline Russell berkata, RM111.54 juta telah disalurkan oleh yayasan itu kepada beberapa projek pemuliharaan haiwan dan alam sekitar.

"Komited dengan isu alam sekitar, YSD juga telah menjadikan tahun ini sebagai Tahun Alam Sekitar dengan menonjolkan pelbagai usaha pemuliharaan

Page 16: contoh esei

persekitaran sepanjang tahun," jelasnya ketika ditemui di Boh Plantations Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Peruntukan yang disalurkan itu untuk melaksanakan 13 projek yang akan terus menerima tajaan untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Kesemua projek dipantau oleh pasukan pengurusan yang bekerja rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan dan juga bahagian jabatan perladangan kami yang bekerjasama menyediakan pelbagai kepakaran teknikal dalam persekitaran yang berbeza.

"Lebih 70 peratus daripada komitmen kami tertumpu ke arah projek Big-9 yang terdiri daripada program pemuliharaan haiwan ikonik Malaysia yang terdedah ancaman seperti beruang matahari, orang utan, harimau dahan, gajah Asia, harimau Malaya, seladang banteng, badak Sumatera, monyet proboscis dan burung enggang," katanya.

Caroline berkata, projek Big-9 turut menyediakan kawasan perlindungan kepada haiwan tersebut dan diselia oleh pakar-pakar berpengalaman dalam memastikan kesejahteraan haiwan berkenaan.

Beliau yakin program pemuliharaan seperti itu mampu menyelamatkan spesies tersebut selain meningkatkan lagi kadar kelahiran haiwan terancam.

Selain memberi faedah kepada haiwan tersebut, beliau menambah, YSD turut komited dalam memastikan haiwan terancam di Malaysia dapat dipulihara.

"Saya berharap dengan sumbangan YSD dalam program Big-9 akan membuahkan hasil sekali gus memberi sinar harapan kepada spesies berkenaan.

"Projek ini amat penting dalam memastikan kelangsungan hidup haiwan terancam agar generasi masa hadapan dapat mengenali haiwan tersebut kerana jika pemuliharaan tidak dilakukan pada masa kini dikhuatiri haiwan itu akan pupus dalam beberapa dekad lagi," ujarnya.

Menurutnya, program Pengurusan dan Ekologi Gajah Malaysia (MEME) di jangka akan dilancarkan pada Mei 2013.

"YSD menyalurkan dana berjumlah RM3.36 juta selama 5 tahun (2011-2015) untuk membangunkan MEME.

"Prinsip utama MEME untuk mengkaji dan memantau strategi pengurusan berdasarkan pengetahuan saintifik terhadap keberkesanan lokasi habitat gajah dan menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan konflik manusia-gajah," jelasnya.

Program Pemuliharaan Enggang di Belum-Temengor Forest Complex (BTFC) yang bernilai RM1.22 juta bagi 2012 hingga 2014 di jangka akan dilancarkan pada bulan Ogos 2013.

"Projek pemuliharaan burung enggang telah dimulakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bertujuan memelihara dan meningkatkan kesedaran tentang ancaman enggang yang terancam di sekitar Belum dan Temengor," katanya.

Page 17: contoh esei

Program Pemuliharaan dan Pengurusan Seladang Banteng Borneo (Bos Javanicus) di Sabah selama tiga tahun menelan belanja RM1 juta dan dijangka akan dilancarkan pada Jun ini.

"Banteng merupakan satu-satunya spesies seladang yang terdapat di hutan Borneo. Projek ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat setempat terhadap Banteng yang semakin terancam di Sabah," jelasnya.

Program Pemuliharaan harimau dahan di Sabah juga di jangka dilancarkan pada Jun.

"Program ini bakal menerima peruntukan RM1.46 juta untuk tiga tahun. Spesies kucing terbesar ini yang juga dikenali sebagai harimau dahan atau harimau akar sukar difahami kerana kurangnya kajian terperinci mengenainya, namun haiwan itu juga terancam," ujarnya.

Projek pemuliharaan harimau dahan di Sabah itu mendapat kerjasama Pusat Jabatan Hidupan Liar, Danau Girang, Sabah, bakal menjalankan penyelidikan ekologi menggunakan satelit intensif, kamera pengesan dan pemetaan terperinci bagi mengenal pasti habitat haiwan tersebut.

Jelas Caroline, badak sumbu Sumatera yang terdapat di Borneo kini berhadapan dengan krisis yang serius.

Oleh demikian, YSD menjadi penaja utama bagi sidang kemuncak bertemakan 'Last Chance To Act! yang bakal diadakan di Singapura pada bulan April ini.

Dalam persidangan itu, YSD menjemput pakar-pakar tempatan dan luar negara sedia ada untuk terlibat dengan kerja-kerja pemuliharaan spesies terancam di dunia sejak beberapa dekad lalu.

Antara yang menarik, persidangan itu juga bakal menyentuh kejayaan membawa kembali spesies yang hampir pupus termasuk Californian condor, black footed ferret, crested Ibis, serigala merah, badak India dan badak putih yang kini semakin meningkat bilangannya.

Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) di Sabah pula bakal menerima peruntukan RM2.1 juta.

BSBCC merupakan NGO yang diwujudkan berdasarkan inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Land Empowerment Animals People.

Terbaru, BSBCC menyediakan rumah kedua buat 28 ekor beruang matahari yang diselamatkan di sekitar Sabah.

Selain projek Big-9, program alam sekitar sedia ada yang telah dilancarkan seperti pemulihan dan perlindungan habitat orang utan di Utara Ulu Segama, Kestabilan Ekosistem Hutan Berubah (SAFE), Borneo Rhinoceros Sanctuary (BRS), UKM-YSD perubahan iklim, UKM-YSD Pembangunan Lestari Ke Arah Sifar Sisa Pembuangan dan Sime Darby Plant-A-Tree masih giat dijalankan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130314/re_07/Harapan-untuk-

Page 18: contoh esei

haiwan-terancam#ixzz2PHUtythu © Utusan Melayu (M) Bhd

2.Aktiviti-aktiviti Manusia

Aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan yang membawa

kepada kemusnahan dan perubahan habitat semulajadi hidupan liar dan

seterusnya menganggu ekosistem alam. Antaranya ialah :

2.1. Pembalakan Haram

Aktiviti manusia yang paling jelas ialah pembalakan haram. Sebagai contoh, yang terkini

seperti berlaku pada hutan di Tasik Ampangan Pedu, Kuala Nerang Kedah didapati

beberapa buah bukit disekitarnya yang telah digondolkan dengan dashatnya ibarat ”

padang jarak padang tekukur”oleh pihak –pihak yang tidak bertanggungjawab demi mengaut

keuntungan.Keadaan ini sangat menyayat hati dan menyedihkan, oleh itu aktiviti

pembalakan seumpama ini harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah kawasan hutan

memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia

boleh memusnahkan habitat fauna. Aktiviti- aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat

dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka tertentu.

2.2. Penerokaan Kawasan Baru

Penerokaan kawasan baru untuk pembangunan pada kawasan-kawasan hutan boleh

memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang

memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti kehidupan mereka. Kawasan hutan

yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga

mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan haiwan

adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

2.3. Pembuangan Bahan Buangan Secara Tidak Terancang

Pembuangan sampah-sarap serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan

kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan

buangan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai ataupun ke laut, manakala pembuangan

sisa kilang juga kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Hal ini boleh

mengakibatkan hidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain

akan terbunuh. Penggunaan baja dan racun perosak kimia oleh petani juga dibawa oleh air

Page 19: contoh esei

hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai

jenis hidupan akuatik.

Tumpahan minyak juga menyebabkan pencemaran laut dan menyumbang kepada

kepupusan hidupan laut. Selain itu, sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan

membawa pencemaran bersama-samanya sehingga mampu menyebabkan hidupan air mati

dan semakin pupus. Contoh lain ialah hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam.

Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang Terengganu, melalui kajian mereka

menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada

tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan

penyu. Keadaan ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak

lagi mengenali spesies ini.

Pembuangan sampah ke dalam laut harus dipandang serius, sama ada akibat aktiviti yang

dijalankan di kawasan marin atau di darat. Jika tidak ditangani segera boleh menjadi

semakin serius dan berkemungkinan membawa kerosakan kepada sistem ekosistem batu

karang dan laut di negara ini. Jabatan Taman Laut, Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar menjangkakan lebih banyak spesies akan mati jika isu pencemaran dan

pembuangan sisa pepejal dalam laut tidak diatasi dengan segera.

3.4 Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar.

Dalam bidang yang berkaitan dengan diri dan alam sekitar ialah nilai kebersihan dan

keindahan persekitaran, menyayangi alam sekitar dan peka terhadap isu

alam sekitar. Tujuannya untuk melahirkan murid-murid yang mencintai alam sekitar

dengan mempertahankan ekosistem dunia dengan memelihara alam sekitar supaya

dunia akan sentiasa terpelihara daripada pencemaran dan kemusnahan insan-insan

yang tidak bertanggungjawab.

Page 20: contoh esei

Contoh pelaksanaan yang boleh dilakukan dalam salah satu nilai yang

berkaitan dengan diri dan alam sekitar ialah menyayangi alam sekitar. Nilai

menyayangi alam sekitar adalah bagi memastikan murid-murid akan menghargai

setiap perkara yang berkaitan dengan alam sekitar seperti menjaga tumbuh-

tumbuhan, tidak melakukan kemusnahan alam dengan mengelakkan melakukan

percemaran alam. Guru sebagai penyampai ilmu (Mu’allim), Murabbi dan Mu’addib,

perlu mendedahkan kepentingan menyayangi alam sekitar, mencintai

dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup. Guru perlu

mendedahkan murid-murid supaya sentiasa mengamalkangaya hidup mesra alam

demi menjamin pemeliharaan persekitaran. Murid-murid perlu diberi peluang

melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan persekitaran melalui gaya hidup mesra

alam seperti penggunaan basikal untuk ke sekolah, penggunaan panel solar,

menggalakkan penggunaan kenderaan awam dan berkongsi kereta bagi

menggelakkan pembebesan gas monoksida yang berlebihan sehingga

mengakibatkan lapisan ozon semakin nipis sehingga meningkatkan suhu dunia.

Guru sebagai Mu’allim, Murabbi dan Mu’addib perlu menyampaikan ilmu yang

berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan

pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam

menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Contohnya, menimbulkan perasaan kasih

sayang dengan alam sekitar dengan melakukan aktiviti mesra alam tersebut dengan

menganggap alam sebagai rumah kesayangan mereka. Murid-murid juga perlu

memikirkan kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak memelihara alam

sekitar dengan baik.

Dalam peranan guru sebagai Mursyid dan Mudarris, guru akan

bertanggungjawab memimpin murid-murid dan membimbing perjalanan rohani

murid-murid untuk mencintai alam sekitar dengan mengadakan aktiviti penanaman

pokok sebagai aktiviti mesra alam untuk memelihara persekitaran. Guru dan murid-

murid akan bersama-sama menjalankan aktiviti ini di sekolah. Di samping menanam

pokok, murid-murid akan juga terdedah dengan aktiviti mengenal dan memahami

peranan tumbuhan-tumbuhan dalam ekosistem dunia. Pengalaman menanam pokok

itu, akan menghasilkan perasaan sayang pada tumbuh-tumbuhan dan akan

menghasilkan perasaan tanggungjawab dalam diri kanak-kanak apabila mereka juga

dipertanggungjawabkan untuk menjaga tumbuhan tersebut.

Di samping itu, murid-murid juga akan membuat buku skrap bertemakan

mesra alam, di mana mereka akan berusaha mencari bahan-bahan yang berkaitan

dengan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam bahan-bahan terbuang seperti

majalah-majalah lama atau suratkhabar lama yang ada di rumah mereka. Mereka

Page 21: contoh esei

juga digalakkan melayari internet untuk mendapatkan bahan yang berkaitan dengan

tumbuh-tumbuhan. Melalui pengalaman membuat buku skrap ini, murid-murid akan

dapat mengenal lebih banyak jenis tumbuhan yang terdapat di dunia dan secara

tidak langsung ilmu pengetahuan mereka akan semakin bertambah. Di samping itu,

aktiviti membuat buku skrap ini, dapat mewujudkan semangat bekerjasama di dalam

kumpulan serta semangat toleransi antara ahli kumpulan.

Selain aktiviti penanaman pokok dan membuat buku skrap, guru juga boleh

menganjurkan kem alam sekitar dan membuat kerja projek seperti membuat taman

herbarium mereka. Melalui aktiviti ini, murid akan mengenali alam sekitar dengan

melakukan penerokaan mereka sendiri di kem-kem yang dilawati seperti Hutan

Simpan Negara yang mengandungi beribu jenis tumbuhan yang berlainan. Dengan

ini perasaan menyayangi alam sekitar akan lebih berkesan dalam diri mereka dan

matlamat untuk menjadi mereka satu generasi yahg bermoral dan berkualiti akan

tercapai.

pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar danbagaimana

alam sekitar diuruskandengan bijaksana dan bertanggungjawabke arah kelestarian

hidupan di bumi.Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui

alam sekitar danuntuk alam sekitar