24
950713025240 1.0 PENGENALAN Dewasa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia mengenai pekerjaan yang mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Ramai di antara kita yang memilih pekerjaan hanya semata-mata kerana wang. Manusia terlalu mementingkan wang dari segala-galanya. Terdapat banyak perkerjaan yang mendapat keredhaan Allah, contohnya seperti menjadi bilal masjid. Bilal atau muazzin adalah pekerjan yang menuju ke jalan Allah s.w.t. Antara maksud Bilal adalah dari segi bahasa Muazzin yang berasal daripada perkataan Arab iaitu yang membawa maksud mendengar.Seterusnya ‘uzinu bi’ menerangkan tentang azan; bang ;dipanggil untuk solat. Oleh itu, terbitlah perkataan ‘muazzin’yang menerangkan tentang seseorang yang memperdengarkan azan;bilal;tukang bang atau azan. Dari segi istilah pula,Bilal atau muzzin ialah membenarkan.Membenarkan melalui susunan antara gabungan perkataan tertentu untuk memaklumkantentang masuknya waktu solat . Selain itu, panggilan Bilal juga diambil sempena nama orang pertama yang melaungkan pada zaman Rasulullah 1

Esei Ilmiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asd

Citation preview

950713025240

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia mengenai pekerjaan yang mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Ramai di antara kita yang memilih pekerjaan hanya semata-mata kerana wang. Manusia terlalu mementingkan wang dari segala-galanya. Terdapat banyak perkerjaan yang mendapat keredhaan Allah, contohnya seperti menjadi bilal masjid. Bilal atau muazzin adalah pekerjan yang menuju ke jalan Allah s.w.t.Antara maksud Bilal adalah dari segi bahasa Muazzin yang berasal daripada perkataan Arab iaitu yang membawa maksud mendengar.Seterusnya uzinu bi menerangkan tentang azan; bang ;dipanggil untuk solat. Oleh itu, terbitlah perkataan muazzinyang menerangkan tentang seseorang yang memperdengarkan azan;bilal;tukang bang atau azan. Dari segi istilah pula,Bilal atau muzzin ialah membenarkan.Membenarkan melalui susunan antara gabungan perkataan tertentu untuk memaklumkantentang masuknya waktu solat . Selain itu, panggilan Bilal juga diambil sempena nama orang pertama yang melaungkan pada zaman Rasulullah dahulu .Firman Allah Taala bermaksud ..Ertinya: dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh,sambil berkata: Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!.[endnoteRef:2] [2: Firman Allah]

Seterusnya,Azan dari segi bahasa ialah memberitahu.Dari segi syarak pula ialah satu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui masuk waktu sembahyang.Azan juga boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.[endnoteRef:3] [3: http://2010214108.blogspot.com/2011/02/konsep-pengertian-bilal-muazzin-dari.html]

Tanggungjawab itu adalah amanah dalam mengingat dan mengajak umat Islam untuk mendirikan solat. Dengan erti kata lain, bilal adalah orang yang terpenting untuk mengejutkan masyarakat Islam dengan melaungkan azan setiap kali masuknya waktu solat. Umat manusia kadang-kala leka dengan waktu solat mereka.Satu lagi hadis yang dipetik daripada Aisyah RA berkata (maksudnya):Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kami untuk membangun masjid di tempat-tempat tinggal dan agar selalu dibersihkan serta diberi wangi-wangian.(HR Ahmad, Tirmidzi, lbn Majah dan Abu Dawud)[endnoteRef:4] [4: http://imamudasyraf.com/v2/?p=18]

Bagi insan yang membangunkan masjid hanya dengan mengharapkan redha Allah tanpa sebarang publisiti mahupun kepentingan diri ataupun kumpulan mereka maka ganjaran Allah itu amatlah besar untuknya. Namun ada beberapa peringatan yang harus kita ingatkan seperti mana yang ditegaskan oleh Imam Ibn Jauzi katanya Barangsiapa yang menulis namanya pada masjid yang dibangunnya, maka ia sangat jauh dari keikhlasan. Tambah Ibn Hajar pula dalam Fathul Bari mengatakan bahawa barangsiapa yang membangunnya dengan mengharapkan upah, maka ia tidak memperolehi apa yang telah dijanjikan dalam hadis ini kerana tidak adaya rasa keikhlasan, meskipun ia tetap diberi pahala secara garis besarnya.[endnoteRef:5] [5: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic22_2002.htm]

Tanggungjawab seorang bilal itu menjadi lebih besar apabila soal kesihatan diri perlu ditekankan bagi memastikan laungan azan sedap didengar. Antaranya ialah bilal seharusnya memiliki suara yang lantang. Bagi memperolehinya, bilal perlu mendapat tidur yang mencukupi selain memiliki nafas yang panjang.

2.0 LATAR BELAKANGKajian saya adalah mengenai sejarah Bilal Masjid Gerigis iaitu Ustaz Haji Ahmad bin Saad. Beliau dilahirkan pada 5 Februari 1951 di Jalan Langgar,Alor Setar,Kedah.Beliau pernah mendapat pendidikan di Sekolah Atap sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Gerigis sehingga tahun Empat .Seterusnya , beliau menyambung pula pelajaran hingga Tahun Enam di Sekolah Aneka Jurusan iaitu sekarang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Raudzah.Ustaz Haji Ahmad bin Saad juga menyambung pelajarannya di peringkat sekolah menengah di sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar.Beliau juga menegaskan bahawa ilmu agama yang diterapkan di sekolah menjadikan beliau mempelajarinya lebih mendalam . Setiap insan di dunia ini mempunyai keluarga sendiri. Begitu juga dengan beliau, beliau telah berkahwin dan telah dikurniakan lapan orang anak tetapi dua daripadanya telah meninggal[endnoteRef:6]. Pada 18 November 1982,beliau telah dilantik dengan rasminya oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk memegang jawatan sebagai bilal tetap di Masjid Gerigis . Di samping itu,beliau juga pernah berkhidmat sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK),Mukim Tajar pada tahun 2002 dan beliau juga telah diberi elaun .[endnoteRef:7] [6: Temu ramah,Ustaz Haji Ahmad bin Saad,13 Februari 2014.Beliau merupakan seorang bilal di Masjid Gerigis,berumur 63 tahun ] [7: Temu ramah,Maimunah binti Yussof,13 Februari 2014.Beliau merupakan isteri Ustaz Haji Ahmad]

Bagi beliau, wang bukanlah faktor utama untuk beliau menerima jawatan ini, tetapi kerana pahala yang sedang menanti. Sekiranya beliau melaksanakan tugas yang telah diberikan kepadanya dengan penuh dedikasi dan amanah , maka Allah s.w.t akan memberi ganjaran pahala. Beliau turut menceritakan sedikit sebanyak mengenai beberapa tugas khas bilal di masjid. Antaranya ialah menjaga waktu solat fardhu. Menurutnya,bilal yang tidak uzur, wajib melaungkan azan bila tibanya waktu solat fardhu. Antara tempoh bilal memulakan kerja adalah dari pukul 5.00 pagi sehingga pukul 9.00 malam. Bilal juga bertugas untuk melaungkan azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam setiap hari. Malah, bilal juga harus membaca Tarhim dan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum azan bagi solat Subuh dan sebelum azan bagi solat Jumaat. Selain itu, bilal juga akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada solat jumaat.[endnoteRef:8] Kelunakan suara ketika mengalunkan azan bukanlah menjadi faktor seseorang itu dipilih untuk menjadi bilal. Hal ini demikian kerana, bilal perlu mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi kerana beliau perlu berada di masjid sebelum masuk waktu fardhu. Lebih-lebih lagi, apabila waktu fardhu Subuh. Hal ini kerana, beliau perlu bangun awal untuk mengazankan solat Subuh. Tugas beliau sebagai seorang bilal amatlah penting dalam perkembangan agama islam. [8: http://suraualfalah6a.blogspot.com/2012/tugas-bilal.html]

3.0 SUMBANGANBeliau telah memberi banyak sumbangan contohnya dalam mengajar segelintir penduduk serba sedikit dalam bacaan al-quran, mengetuai majlis tahlil, dan menguruskan jenazah. Beliau juga banyak mengajak penduduk kampung untuk beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah beramai-ramai. Beliau juga merupakan salah seorang yang banyak memberikan sumbangan terhadap masjid apabila menyertai pertandingan melaungkan azan dan tadarus Al-quran.[endnoteRef:9] [9: Temu ramah,,Mokhtar bin Darus,14 Februari 2014.Beliau merupakan adik ipar Ustaz Haji Ahmad.Bertempat di Kampung Gerigis ]

Hadis daripada Abu Hurairah katanya:Maksudnya:Bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Seandainya manusia mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka berundi, nescaya mereka akan berundi. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada at-tahjir (sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan berlomba-lomba mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada al-atamah (sembahyang isya) dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun dengan merangkak-rangkak.[endnoteRef:10] [10: Hadis dari Abu Hurairah]

Ustaz Haji Ahmad bin Saad begitu meminati jawatan sebagai seorang bilal kerana beliau berpeluang untuk memperbanyakkan amal ibadat dan mengumpul pahala yang banyak dengan menyeru orang Islam supaya mengerjakan solat setiap kali waktu untuk bersembahyang. Sebagai seorang bilal,bukan mudah baginya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang Bilal.Beliau amat disegani penduduk kampung kerana sifatnya yang sentiasa menyedekahkan senyuman kepada orang .Selain bertugas sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk melaungkan azan, bilal juga mempunyai tanggungjawab untuk menegur bacaan imam sekiranya terdapat kesalahan di dalam bacaannya.[endnoteRef:11] [11: http://haizum92.blogspot.com/p/ketokohan-seorang-bilal.html]

4.0 TUGAS-TUGAS BILALSepanjang beliau bertugas sebagai Bilal di Masjid Gerigis,Mukim Tajar,beliau tidak pernah terlepas tanggungjawab beliau untuk melaungkan azan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Beliau juga sentiasa tekun menunaikan tanggungjawabnya sebagai Bilal tanpa mengenal erti penat dan jemu.Tidak hairanlah mengapa beliau telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk memegang jawatan Bilal kerana sifat-sifat beliau yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam menyeru orang ramai untuk menunaikan solat fardhu apabila tiba waktunya.Beliau amat disegani dan dihormati oleh penduduk setempat kerana sikap beliau yang tidak sombong dan bersikap rendah diri.Walaupun beliau mempunyai banyak tanah dan sawah padi, beliau hanya memilih kehidupan yang sederhana dengan keluarganya dan tidak menunjuk-nunjuk dengan harta beliau.Beliau juga seorang yang pemurah.Ini kerana pada setiap minggu,beliau akan menyedekahkan sedikit wang ke dalam tabung masjid.[endnoteRef:12] [12: Temu ramah, Shafie bin Ibrahim,22 Februari 2014 merupakan saudara terdekat beliau bertempat di Taman Sri Derga]

Menurutnya lagi di sesetengah masjid pula, apabila Imam atau Khatib sedang duduk antara dua khutbah ketika solat Jumaat dan solat Hari Raya, bilal akan membaca selawat dan doa ringkas. Malah, sekiranya Imam yang bertugas tidak dapat datang ke masjid untuk mengimamkan solat, bilal akan menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib atau Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan. Selain itu, bilal juga mempunyai tugas untuk berselawat ketika solat Tarawikh di bulan Ramadhan. Bilal juga akan mengajar Muqaddam dan Al-Quran kepada kanak-kanak dan akan mengajar perkara-perkara Fardhu Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, di Masjid Gerigis, orang dewasa yang ingin mempelajari mengenai ilmu Fardhu Ain akan berkumpul di masjid pada malam Selasa selepas solat Maghrib. Selain daripada mengajar membaca Muqaddam, bilal juga akan mengajar dan berlatih membaca Marhaban dan Berzanji. Berzanji bererti suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dilantunkan ketika kelahiran, pernikahan dan maulid Nabi Muhammad.Antara tugas bilal di masjid seperti yang dinyatakan :(a) Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam(b) Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;(c) Membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada hari Jumaat.(d) Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;(e) mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;(f) menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam;(g) berselawat solat Tarawikh;(h) bertadarus membaca Al-Quran di masjid;(i) mengajar Muqaddam dan Al-Quran kepada kanak-kanak;(j) mengajar perkara-perkara Fardhu Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang ditetapkan;(k) mengajar dan berlatih membaca Marhaban dan Berzanji;(l) memandikan jenazah orang Islam apabila diminta berbuat demikian;(m) memimpin Tahlil Arwah dan Doa Selamat, Marhaban dan Berzanji apabila diminta berbuat demikian;(n) membacakan Yasin kepada orang sakit apabila diminta berbuat demikian;(o) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan(p) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS atau oleh Nazir atau Imam masjid itu[endnoteRef:13] [13: Buku Peraturan Pegawai-pegawai Masjid Tahun 1997 dan Peraturan Jawatankuasa Kariah Tahun 1984]

5.0 SUMBANGANDi samping itu,Ustaz Haji Ahmad bin Saad juga merupakan seorang yang suka membantu penduduk kampung sebagai seorang yang ringan tulang.Beliau gemar membantu penduduk kampung lebih-lebih lagi apabila diadakan kenduri di kampung.Beliau akan bekerjasama dengan penduduk kampung yang lain untuk menjayakan kenduri tersebut.Selain itu,apabila terdapat masalah di kampung beliau akan turut turun padang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Sebagai contoh,apabila terdapat masalah kecurian di kampung,beliau akan menyumbangkan buah fikiran untuk menangani masalah tersebut.Beliau telah mencadangkan agar dibuat rondaan pada setiap malam secara bergili-gilir oleh penduduk kampung. Kesannya, kegiatan kecurian yang berleluasa itu dapat dibanteras. Keadaan kampung menjadi aman semula dan bebas daripada kegiatan yang tidak bermoral itu. Sikapnya yang suka membantu itu, menyebabkan nama beliau menjadi sebutan dalam kalangan penduduk kampung. [endnoteRef:14] [14: Temu ramah,Mohd Fozi bin Abdullah,28 Februari 2014.Beliau merupakan kawan kepada Ustaz Haji Ahmad.Bertempat di Taman Sri Derga.]

Sebagai seorang bilal, beliau tidak bertugas hanya sebagai orang yang bertanggungjawab untuk melaungkan azan sahaja, tapi bilal juga bertanggungjawab untuk menegur bacaan imam sekiranya terdapat sebarang kesalahan di dalam bacaan imam. Beliau terpilih untuk menjadi bilal kerana terdapatnya beberapa faktor. Antaranya ialah, kekosongan jawatan bilal dan bilal yang terdahulu sudah berhenti kerana faktor usia yang semakin tua. Bilal yang terdahulu telah berhenti berkhidmat sebagai bilal masjid kerana usianya yang semakin tua serta keadaannya yang semakin uzur. Menurut beliau, tugasnya sebagai seorang bilal tidak begitu membebankan kerana beliau tidak wajib untuk melaungkan azan pada setiap waktu sembahyang pada setiap hari kerana beliau boleh mewakilkan orang lain untuk melaungkan azan. Hal ini kerana, beliau hanya wajib untuk melaungkan azan pada hari Jumaat sahaja. Beliau turut diberi kepercayaan untuk memandikan jenazah orang Islam, memimpin majlis Tahlil Arwah dan bacaan Doa Selamat apabila diminta untuk berbuat demikian. Di kampung, beliau akan membacakan Yasin kepada orang yang sakit. Beliau juga harus menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid apabila diadakan mesyuarat. Jawatankuasa Kariah masjid ialah jawatankuasa yang terdapat di setiap masjid di dalam Malaysia. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memastikan kerja-kerja di dalam masjid dijalankan dengan sistematik dan fungsi masjid sebagai tempat untuk melakukan ibadah terlaksana. Di samping itu, beliau juga akan memangku tanggungjawab sebagai khatib yang akan membacakan khutbah pada setiap hari Jumaat mengikut giliran berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid. Di awal ucapannya semasa membacakan khutbah, beliau akan mengingatkan para muslimin dan muslimat supaya bertakwa kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selepas itu, barulah beliau akan membacakan tajuk khutbah yang akan dibincangkan pada hari itu di atas mimbar sambil memegang tongkat ketika berdiri kerana itu adalah perkara sunat semasa membacakan khutbah untuk menambahkan lagi pahala yang bakal diperolehnya.Pada mulanya, beliau merasakan kerja ini sedikit membebankan dirinya disebabkan faktor terpaksa berulang- alik dari rumahnya ke masjid serta tidak dapat meluangkan sepenuh masanya yang terluang dengan keluarganya yang tercinta.Tetapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, beliau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini merasakan ini salah satu rutin harian yang wajib dilakukannya. Dalam menjalankan tanggungjawabnya melaungkan azan menyeru orang ramai supaya mendirikan solat, beliau tidak pernah segan silu untuk melaungkan azan malahan berasa seronok setiap kali melaungkan azan kerana dapat meyeru orang ramai untuk mendirikan solat. Disebabkan suaranya yang agak merdu semasa melaungkan azan, ramai orang yang datang ke masjid untuk menunaikan solat secara beramai-ramai diketuai oleh seorang imam. Dalam erti kata lain, solat secara berjemaah kerana melalui ini, mereka akan dapat pahala sebanyak 27 kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.[endnoteRef:15] [15: http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/pu_Selangor_Ori.nsf/d73d56542f95e9c6482572f90024bc82/5b01fd6de5ad021448257545003798a2?OpenDocument]

Ustaz Haji Ahmad bin Saad juga menceritakan sedikit sebanyak mengenai tugas sebagai seorang bilal di masjid . Antaranya ialah menjaga waktu solat fardhu. Menurutnya bilal yang tidak uzur, wajib melaungkan azan bila tibanya waktu solat fardhu. Antara tempoh bilal memulakan kerja adalah dari pukul 5.00 pagi sehingga pukul 9.00 malam. Bilal juga bertugas untuk melaungkan azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam setiap hari. Malah, bilal juga harus membaca Tarhim dan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum azan bagi solat Subuh dan sebelum azan bagi solat Jumaat. Selain itu, bilal juga akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar pada solat jumaat. Kelunakan suara ketika mengalunkan azan bukanlah menjadi faktor seseorang itu dipilih untuk menjadi bilal. Hal ini demikian kerana, bilal perlu mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi kerana beliau perlu berada di masjid sebelum masuk waktu fardhu. Lebih-lebih lagi, apabila waktu fardhu Subuh. Hal ini kerana, beliau perlu bangun awal untuk mengazankan solat Subuh.Menurutnya lagi di sesetengah masjid pula, apabila Imam atau Khatib sedang duduk antara dua khutbah ketika solat Jumaat dan solat Hari Raya, bilal akan membaca selawat dan doa ringkas. Malah, sekiranya Imam yang bertugas tidak dapat datang ke masjid untuk mengimamkan solat, bilal akan menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib atau Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan. Selain itu, bilal juga mempunyai tugas untuk berselawat ketika solat Tarawikh di bulan Ramadhan. Bilal juga akan mengajar Muqaddam dan Al-Quran kepada kanak-kanak dan akan mengajar perkara-perkara Fardhu Ain kepada orang dewasa di waktu-waktu yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, di Masjid Gerigis, orang dewasa yang ingin mempelajari mengenai ilmu Fardhu Ain akan berkumpul di masjid pada malam Selasa selepas solat Maghrib. Selain daripada mengajar membaca Muqaddam, bilal juga akan mengajar dan berlatih membaca Marhaban dan Berzanji. Berzanji atau barzanji bererti suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dilantunkan ketika kelahiran, pernikahan dan maulib Nabi Muhammad. Manakala, isi berzanji pula ialah bertutur tentang kehidupan Nabi Muhammad yang disebut berturut-turut iaitu salasilah keturunannya ketika kanak-kanak sehinggalah Baginda diangkat menjadi rasul. Malah, di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad serta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan dan supaya dapat dicontohi oleh umat manusia.6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, beliau yang telah menggalas tanggungjawab beliau sebagai seorang bilal di masjid telah banyak berjasa dan banyak membantu dalam perkembangan agama islam. Kehadiran beliau yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang bilal amatlah dihargai. Beliau yang tidak pernah penat dalam memikul tanggungjawab beliau untuk melaungkan azan serta melakukan tugas-tugas yang lain. Walaupun sibuk menjalankan tugas sebagai seorang bilal, namun beliau bijak menguruskan masa beliau. Beliau membahagikan masa untuk melakukan kerja-kerja seperti bertani dan meluangkan masa bersama keluarga. Selain itu,beliau juga berkhidmat sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK).Seterusnya,sebarang majlis yang ada di kampung, beliau akan turut turun padang untuk membanting tulang bersama-sama penduduk kampung bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran beliau sebagai bilal amatlah bermakna, dimana tugas beliau dalam mengingatkan umat islam untuk mengerjakan solat dengan segera. Tambahan lagi, sumbangan beliau terhadap masjid juga terlalu banyak dalam usaha sama untuk mencantikkan lagi masjid tersebut.[endnoteRef:16] [16: BIBLIOGRAFIBukuNama Penulis Tidak DisebutPeraturan Pegawai-pegawai Masjid Tahun 1997 dan Peraturan Jawatankuasa Kariah Tahun 1984,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul AmanBiografi Ulama Kedah Darul Aman , Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman,Tahun 1996InternetKaedah 17. Tugas-tugas Bilalhttp://keluargarashna.blogspot.com/2013/12/ketahui-tugas-tugas-imam-dalam.htmlKelebihan Azan dan Iqamah, Apa Peranan Kita?http://www.masjid.saujanautama.net/news.php?readmore=58Konsep Bilalhttp://2010214108.blogspot.com/2011/02/konsep-pengertian-bilal-muazzin-dari.htmlMaksud Bilal dari segi Islam http://suraualfalah6a.blogspot.com/2011/02/tugas-bilal.htmlRebutlah Jawatan Tok Bilal http://suraualfalah6a.blogspot.com/2011/02/tugas-bilal.htmlSel.P.U.4/1995KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/pu_Selangor_Ori.nsf/d73d56542f95e9c6482572f90024bc82/5b01fd6de5ad021448257545003798a2?OpenDocumentBilal Pemimpin Masyarakat http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic22_2002.htmKetahui Tugas-tugas Bilal http://imamudasyraf.com/v2/?p=18Orang Sumber1.Ustaz Haji Ahmad bin Saad,13 Februari 20142.Puan Maimunah binti Yussof,13 Februari 20143.Mokhtar bin Darus,14 Februari 20144.Shafie bin Ibrahim,22 Februari 20145.Mohd Fozi bin Abdullah,28 Februari 2014Surat KhabarImam,Bilal Perlu Keluar Masjid http://utusancom.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1226&pub=Utusan5.0 LAMPIRANMasjid Gerigis di mana Ustaz Haji Ahmad bin Saad bertugas sebagai BilalGambar bersama Ustaz Haji Ahmad bin Saad]

Selaras dengan itu,mereka juga dapat bersama berdakwah kepada masyarakat. Sesungguhnya,setiap kerja dakwah tersebut banyak rintangannya.Justeru,setiap masalah dan cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya.Seorang bilal yang tabah pasti dapat menanganinya dengan bijak.Tugas seorang bilal banyak fadhilatnya yang telah dijelaskan meskipundi dalam Al-Quran atau hadis-hadis yang sahih.Balasan kebaikan kepada mereka amatlah besar dan banyak seperti yang telah dihuraikan.(2775 patah perkataan)

1