of 22 /22
i UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN LIMA DI BAWAH TAJUK PENJELMAAN III BERASASKAN TEORI KOGNISI VISUAL . SESI PENGAJIAN: 2/2011/2012 Saya MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 3 JALAN BENTARA 5 PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN TAMAN TUN AMINAH, 81300 SKUDAI, JOHOR Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

Embed Size (px)

Text of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk...

  • i

    UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN LIMA DI BAWAH TAJUK PENJELMAAN III BERASASKAN TEORI KOGNISI VISUAL .

    SESI PENGAJIAN: 2/2011/2012 Saya MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS

    (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian tinggi.

    4. **Sila tandakan ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

    (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat tetap: 3 JALAN BENTARA 5 PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN TAMAN TUN AMINAH, 81300 SKUDAI, JOHOR Nama Penyelia

    Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

  • ii

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

    Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)".

    Tandatangan : ............................................ Nama Penulis : PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN Tarikh : 20 JUN 2012

  • iii

    PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

    TINGKATAN LIMA DI BAWAH TAJUK PENJELMAAN III BERASASKAN

    TEORI KOGNISI VISUAL

    MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS

    Laporan projek ini dikemukakan

    Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    JUN, 2012

  • iv

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ............................................

    Nama Penulis : MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS

    Tarikh : 20 JUN 2012

  • v

    Untuk Bonda Safiyah Hashim

    yang dikasihi dan disayangi

    serta buat kakak dan abang.

    tidak lupa juga kepada yang dekat di hati ini,

    dan juga rakan-rakan seperjuangan.

    Terima Kasih di atas segala sokongan,

    Pengorbanan dan kasih sayang kalian

    Moga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

  • vi

    PENGHARGAAN

    Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan sekilas hati terutamanya

    kepada penyelia saya iaitu Pn. Noor Azean Binti Atan atas bimbingan dan dorongan

    yang diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek sarjana muda ini. Alhamdulillah,

    bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaan-Nya dapat saya

    menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya juga

    ingin mengucapkan terima kasih kepada bonda saya yang tercinta dan adik beradik

    saya yang telah memberi sokongan moral untuk saya menyiapkan projek sarjana

    muda ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ditujukan buat rakan-rakan yang

    telah membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda

    ini. Semoga segala usaha dan sokongan kalian akan diberkati Allah SWT di atas

    kesudian untuk membantu saya. Akhir sekali saya sudahi dengan salam takzim

    penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

    Sekian. Terima Kasih.

  • vii

    ABSTRAK

    Sehingga kini permasalahan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar di peringkat

    sekolah masih lagi berkaitan dengan penggunaan buku teks yang kurang menarik dan

    kurang mampu memvisualkan kandungannya oleh pelajar. Justeru itu bagi membantu

    menyelesaikan permasalahan ini, sebuah perisian pembelajaran yang bertajuk

    Penjelmaan III berdasarkan teori kognisi visual dibangunkan bagi membantu

    mengatasi masalah pembelajaran pelajar di sekolah. Ia merupakan salah satu bab

    daripada sukatan pembelajaran dari Matematik KBSM Tingkatan Lima. Bahasa

    Inggeris digunakan di dalam sistem perisian ini kerana Bahasa Inggeris lebih mudah

    untuk difahami. Pendekatan yang digunakan di dalam perisian ini adalah berdasarkan

    kepada elemen-elemen di dalam teori kognisi visual iaitu membantu pelajar

    memahami konsep pembelajaran Penjelmaan III dengan lebih mudah berdasarkan

    penggunaan visual. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bersama

    beberapa elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

    Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware 7, Button

    Shop, Geometer's Sketchpad, Adobe Photoshop dan beberapa perisian lain. Diharap

    dengan adanya perisian ini, pelajar dapat mahir dalam pembelajaran penjelmaan III

    hasil gabungan penggunaan visual geometri dan grafik yang realistik

  • viii

    ABSTRACT

    Until today, learning problem that faced by students in school level is still regarding

    the usage of text book that are less attractive and less able to visualized the content to

    students. In order to overcome the problems, a learning courseware under topic

    Transformation III based on cognition learning theory to solve the learning problem.

    Transformation III is a topic that integrated curriculum of secondary schools form

    five. English language would be the mediator in the system because easy to

    understand. The approach that implemented in the courseware based towards

    elements in cognition visual theory which could help students better to understand

    Transformation III easier with visuals. The courseware equipped with multimedia

    elements such as text, graphic, audio, video and animation. The courseware

    developed by using Macromedia Authorware 7, Button Shop, Geometer's Sketchpad,

    Adobe Photoshop and several multimedia software. Hope with this courseware,

    students could gain better understanding in Transformation III with combination of

    geometry visuals and realistic graphic provided..

  • ix

    ISI KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGESAHAN TESIS i

    PENGESAHAN PENYELIA ii

    JUDUL iii

    PENGAKUAN PENULIS iv

    DEDIKASI v

    PENGHARGAAN vi

    ABSTRAK vii

    ABSTRACT viii

    ISI KANDUNGAN ix

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI SINGKATAN xiii

    1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 4

    1.3 Pernyataan Masalah 8

    1.4 Objektif Kajian 9

    1.5 Kepentingan / Rasional Kajian 10

    1.6 Skop Kajian 12

    1.7 Definisi Istilah 13

  • x

    1.8 Penutup 14

    2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 15

    2.2 Definisi PBK 17

    2.3 Model reka bentuk sistem 20

    2.4 Pembelajaran Visual Kognitif 27

    2.5 Penutup 28

    3 REKA BENTUK MODEL

    3.1 Pengenalan 29

    3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Perisian 30

    3.3 Reka Bentuk Perisian Pembelajaran 36

    3.4 Kelengkapan Komputer Dalam Pembangunan Perisian 37

    3.5 Perisian Yang Digunakan 37

    3.6 Penutup 38

    4 HASIL PEMBANGUNAN

    4.1 Pengenalan 40

    4.2 Paparan Perisian yang dihasilkan 41

    4.2.1 Paparan "Introduction" 42

    4.2.2 Paparan "Notes A" 45

    4.2.3 Paparan "Notes B" 50

    4.2.4 Paparan Video 52

    4.3 Penutup 54

  • xi

    5 KESIMPULAN

    5.1 Pengenalan 55

    5.2 Perbincangan 56

    5.2.1 Objektif Pembinaan perisian berasaskan

    kognisi visual 56

    5.2.2 Pembangunan perisian berasaskan model ADDIE 56

    5.2.3 Pembangunan perisian berasaskan pendekatan

    kognisi visual 57

    5.3 Kelebihan perisian pembelajaran 59

    5.4 Kelemahan perisian pembelajaran 60

    5.5 Masalah-masalah yang dihadapi 60

    5.6 Cadangan penambahbaikan perisian pembelajaran 61

    5.7 Penutup 61

    RUJUKAN 63

    LAMPIRAN

    LAMPIRAN A 65

  • xii

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Aliran kerja model ADDIE 20

    2.2 Aliran bagi model Hannaffin and Peck 24

    2.3 Aliran carta Model Waterfall 25

    2.4 Carta Model Kemp 26

    4.1 Paparan Menu utama perisian 42

    4.2 Paparan menu "introduction" 42

    4.3 Paparan menu di dalam menu "Translation" 43

    4.4 Paparan nota di dalam menu "Rotation". 43

    4.5 Paparan nota di dalam menu " Reflection". 44

    4.6 Paparan " Notes A" 45

    4.7 Paparan "Example" 46

    4.8 Paparan "Example" 46

    4.9 Paparan "Example" 47

    4.10 Paparan Nota dalam bentuk teks. 48

    4.11 Paparan "Example" dalam subtopik yang berlainan. 48

    4.12 Paparan " Example" 49

    4.13 Paparan " Example" 49

    4.14 Paparan di dalam "Notes B" 50

    4.15 Paparan contoh di dalam "Example" 51

    4.16 Paparan penyelesaian di dalam "Examples" 51

    4.17 Paparan perbandingan 52

    4.18 Paparan di dalam menu Video 53

    4.19 Paparan Video 53

  • xiii

    SENARAI SINGKATAN

    KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    SMP School Mathematics Project

    ICT Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

    P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

    SPM Sijil Pelajaran Malaysia

    PPBKM Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

    Multimedia

    PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

    MSC Multimedia Super Corridor

    CAI Computer Assisted Instruction

    CAL Computer Aided Learning

    PLATO Programmed Logic Automatic Teaching Operation

    CPU Centre Processing Unit

    RAM Random Access Memory

    ATM Auto-Teller Machine

  • xiv

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seseorang insan.

    Melalui pendidikan yang diperolehi, menjadikan seseorang itu lebih berilmu dan

    seterusnya menggunakan ilmu dan pengalaman pembelajaran dalam kerjaya mahupun

    tugasan harian mereka. Seseorang itu mampu untuk mencapai cita-citanya dengan

    berjaya dalam bidang pendidikan yang dipelajarinya. Oleh demikian, pengiktirafan

    terhadap bidang pendidikan menjadikan profession perguruan sebagai agen yang penting

    dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Guru perlu menyediakan pengajaran

    yang berkesan dan suasana pembelajaran yang dapat meransang minda dan minat pelajar

    untuk mempelajari dengan lebih mendalam. Justeru itu, guru dibekalkan dengan ilmu-

    ilmu berkaitan untuk mendekatkan pengajaran dengan pelajar iaitu strategi pengajaran

    yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi dan kaedah yang

  • 2

    sesuai mampu untuk menggalakkan lagi aktiviti pembelajaran pelajar dan memberikan

    pembelajaran yang lebih bermakna.

    Setiap pelajar yang mula mendapat pendidikan dari tadika hingga ke sekolah

    menengah, diajar dengan mata pelajaran yang dapat membantu dalam kehidupan.

    Seperti mata pelajaran Sains, dimana ianya menambahkan ilmu pengetahuan pelajar bagi

    menimbulkan minat pelajar untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, seterusnya

    pelajar akan mula untuk mempelajarinya sendiri untuk pengetahuan sendiri.

    Kurikulum berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

    membekalkan pendidikan yang umum, menyeronokan dan mencabar bagi semua pelajar

    yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan

    penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran

    menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis

    1992 ; KPM 1988). Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan

    warga negara yang dinamik dan amanah. Tambahan pula, ia adalah usaha bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

    member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan

    negara (Falsafah Pendidikan Kebangsaan; 1996).

    Kandungan kurikulum dalam KBSM menekankan pendidikan untuk melahirkan

    masyarakat yang progresif, berkemahiran tinggi dan berilmu. Begitu juga dengan

    Kurikulum Matematik KBSM yang telah digubal untuk pelajar sekolah menengah

    merangkumi dua mata pelajaran iaitu teras dan elektif. Kurikulum Matematik teras

    adalah mewakili Matematik Moden manakala Matematik Tambahan pula merupakan

    subjek elektif.

  • 3

    Justeru itu, mata pelajaran Matematik moden diperkenalkan di semua sekolah

    semenjak tahun 1970an. Namun begitu objektif pembelajarannya telah diubah demi

    untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains, selaras dengan

    perkembangan matematik moden di negara-negara maju (Prescilla 2009). Tujuan utama

    Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada

    masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Namun pada tahun

    1972, topik-topik School Mathematics Project (SMP) telah digunakan bagi pendidikan

    matematik di tingkatan empat dan tingkatan lima kerana ianya lebih sesuai bagi tujuan

    peperiksaan. Dua buah buku teks telah diterbitkan bagi tingkatan empat dan lima iaitu

    Matematik Moden Tingkatan Empat pada tahun 1974 manakala Matematik Moden

    Tingkatan Lima pada tahun 1975.

    Selepas itu, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu

    Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. telah disatukan pada

    1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru

    seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik telah

    diperkenalkan (Ministry of Education 2004-2006). Namun begitu, pelbagai kaedah telah

    diimplementasikan bagi proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini lebih mudah

    untuk difahami dan dipelajari oleh pelajar.

    Seiring dengan kecanggihan teknologi pada masa ini, penggunaan teknologi dan

    komunikasi maklumat (ICT) adalah sesuai digunakan dalam pembelajaran dan

    pengajaran (P&P) di sekolah. Bagi meningkatkan kefahaman dan gaya pembelajaran

    pelajar agar lebih efektif, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed

    Awang Lah, berdasarkan keupayaan teknologi itu, ICT seharusnya dianggap sebagai

    senjata penting untuk sektor pendidikan khususnya dalam usaha perkongsian maklumat,

    kerjasama, perbincangan dan sebagainya. Pelaksanaan sekolah bestari di sekolah-

    sekolah dapat menghubungkan pelajar dengan pembelajaran dengan menggunakan

  • 4

    kemahiran dalam multimedia. Dengan penggunaan multimedia di dalam pembelajaran

    pelajar, proses pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkesan.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Pembelajaran awal sekolah rendah adalah bermula dengan konsep-konsep asas

    contohnya dalam pembelajaran matematik. Pelajar akan diajar dengan pengenalan

    matematik seperti konsep asas pengiraan seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi.

    Pelajar akan diberi pengetahuan dari tahap kesukaran yang mudah kepada tahap

    kesukaran yang tinggi. Pelajar mula diajar dengan konsep tambah dan tolak. Dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran ini, setelah konsep asas yang mudah telah dapat

    dikuasai, guru akan melangkah ke tahap yang sederhana.

    Menurut kenyataan oleh Noor Suriati (2008), pengajaran sebenarnya melibatkan

    kebolehan pelajar dan kesesuaian pelajar untuk mempelajarinya. Sebagai contoh, pelajar

    tahun satu, tidak akan diajar bagi tajuk darab dan bahagi kerana dengan usia yang muda,

    pelajar tidak dapat untuk memproses pengajaran yang disampaikan dengan kemahiran

    berfikir pelajar yang baru mula untuk memahami konsep pengajaran. Berdasarkan Noor

    Suriati (2008) lagi, sekiranya konsep yang mudah tidak dapat dikuasai pelajar, maka

    mereka akan merasakan pembelajaran yang disampaikan adalah sukar, sedangkan ia

    adalah mudah sekiranya pelajar mempunyai pengalaman dan masa untuk memahami

    pengajaran diberikan.

    Konsep dalam bidang pembelajaran matematik adalah mengikut tahap dan setiap

    tahap mempunyai aras kesukarannya yang tersendiri. Dalam pembelajaran matematik

  • 5

    KBSM, bidang yang terdapat beberapa elemen yang terkandung di dalamnya seperti

    penyelesaian masalah, komunikasi dalam matematik, penaakulan matematik, hubungan

    dalam matematik, dan aplikasi teknologi (Curriculum Development Centre Ministry of

    Education Malaysia, 2006).

    Matematik Moden telah diperkenalkan kepada pelajar tingkatan empat dan lima

    agar murid dapat mempelajari ilmu matematik dari aspek konsep, serta penguasaannya

    dalam aplikasi kehidupan seharian. Ilmu matematik perlu difahami dan dikuasai oleh

    pelajar agar mampu untuk menghadapi arus pemodenan masa yang kian mencabar

    dalam kehidupan dimana pelajar berdepan dengan kecanggihan sains dan teknologi.

    Menurut Brown et al. (1989) lagi, pembelajaran sebenarnya merupakan suatu proses

    interaksi dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan

    menginterpretasi informasi baru yang diterima, dan menghubungkaitkannya kepada

    dunia sebenar.

    Kurikulum matematik melibatkan pemahaman serta konsep yang dapat dilihat

    dan juga konsep yang memerlukan pelajar untuk membayangkannya. Sekiranya konsep

    asas tidak difahami maka pelajar akan menghadapi kesukaran untuk memahami konsep

    yang seterusnya dalam matematik (Noor Suriati, 2008). Justeru itu, pelajar yang

    keciciran akan hilang minat untuk belajar bab yang selanjutnya. Contohnya, di bawah

    tajuk Satah dalam 3 dimensi dan Garisan tingkatan empat, untuk menentukan satah yang

    terlibat di dalam sesebuah pepejal, masih terdapat pelajar gagal untuk menjawab

    kehendak soalan. Dalam sukatan Matematik Moden KBSM, topik ini yang agak sukar

    untuk difahami pelajar.

    Situasi pembelajaran negara kita, penggunaan buku teks menjadi keutamaan dan

    pilihan guru dalam proses P&P di sekolah. Kaedah yang digunakan hanyalah dengan

    menggunakan buku teks yang digunakan secara meluas dalam P&P kurang mencabar

  • 6

    minda pelajar. Dengan persembahan secara mendatar dan dalam bentuk yang telah

    ditetapkan, reka bentuknya buku teks dikatakan tidak menggalakkan para pembaca

    berfikir atau membuat penyusunan atau rumusan mereka sendiri (Kassim, 2006). Ini

    menyebabkan ramai pelajar yang belajar dengan kaedah menghafal. Maklumat ringkas

    yang diberikan dalam buku teks tidak mendatangkan kemahiran berfikir kepada pelajar

    dan membuatkan mereka pasif semasa P&P berlangsung.

    Selain itu juga, negara Malaysia telah jauh ketinggalan dalam penggunaan

    komputer dalam proses P&P jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti

    negara-negara barat (Priscilla, 2009). Untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan

    negara, corak pendidikan mestilah dipelbagaikan dengan kemudahan-kemudahan yang

    lebih interaktif dengan penggunaan multimedia. Corak pembelajaran tradisional dalam

    arus pemodenan ini menimbulkan suasana pembelajaran yang membosankan dan kurang

    menarik. Tahap imiginasi pelajar terbatas dan tidak dapat berfikir dengan kreatif dan

    kritis.

    Antara kelebihan penggunaan perisian multimedia dalam mata pelajaran

    matematik ialah dapat membantu pelajar menvisualisasikan imej ataupun idea

    matematik, data dapat disusun secara baik dan komputer dapat mengira dengan cepat

    dan tepat. Menurut Gibbs et al. (2001), kebanyakan perisian untuk pengajaran yang

    terdapat di pasaran tidak mempunyai kualiti yang baik. Menurut Robyler (2006) pula,

    perisian yang tidak berkualiti akan memberikan kesan negatif terhadap penggunaannya

    di dalam bilik darjah.

    Selain itu, kekurangan tenaga mahir dan faktor masa merupakan penghalang

    kepada pembinaan perisian yang bermutu. Sungguhpun semakin ramai tenaga pengajar

    yang telah didedahkan dengan penggunaan komputer, namun tidak ramai yang

    mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran (Norhashim,

  • 7

    Mazenah dan Rose, 1996). Tambahan lagi, kos yang tinggi diperlukan bagi

    membangunkan perisian yang bermutu tinggi.

    Menurut kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), menunjukkan kesanggupan

    guru-guru untuk membangunkan perisian adalah tidak menggalakkan. Hal ini

    merupakan salah satu faktor penyebab kepada kadar pengurangan perisian yang dapat

    membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia sebagai

    platform merupakan langkah alternatif kepada buku. Perisian yang dibangunkan adalah

    berasaskan kepada ciri-ciri tempatan dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dapat membantu dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan pelajar lebih cepat untuk

    memahami sesuatu topik dengan lebih mudah. Hal ini kerana bahan multimedia dapat

    merangsang pelajar dengan elemen-elemen multimedia seperti bunyi, suara, simulasi,

    gambar, teks dan video.

    Oleh itu, bagi mengatasi masalah-masalah seperti penglibatan pelajar yang

    kurang aktif dalam proses P&P, dan isi kandungan buku teks yang ringkas dan tidak

    menggalakkan penggunaan minda pelajar, maka salah satu cara penyelesaiannya yang

    baik adalah dengan menghasilkan pembangunan perisian yang boleh digunakan di

    sekolah dengan sekaligus membolehkan pelajar belajar mengikut masa, tempat dan

    kebolehan masing-masing.

  • 8

    1.3 Pernyataan Masalah.

    Hasil analisis awal yang dilakukan terhadap Laporan Prestasi Peperiksaan SPM

    bermula dari tahun 1983 hingga 2004, menunjukkan penguasaan matematik dikalangan

    pelajar dalam kategori sederhana dan lemah adalah pada tahap yang rendah. Pelajar

    berkeupayaan sederhana dan lemah masih tidak dapat menjawab soalan-soalan penting

    kerana mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam matematik. Kelemahan para

    pelajar tersebut perlu dikenal pasti pada peringkat awal supaya program pemulihan dan

    pengukuhan dapat dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Laporan tersebut juga

    mendapati pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah kurang berminat belajar matematik

    dan mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran tersebut. Pencapaian yang

    kurang memuaskan dalam matematik dikalangan pelajar-pelajar tersebut adalah

    disebabkan mereka tidak menguasai konsep-konsep asas dalam matematik.

    Di antara soalan-soalan yang kerap merupakan masalah kepada pelajar ialah

    soalan berkaitan pembinaan geometri, lokus tiga matra, trigonometri, penjelmaan serta

    pelan dan dongakan (Lembaga Peperiksaan Malaysia 1983- 2004). Analisis terperinci

    terhadap Laporan Prestasi SPM 1983 2004, menunjukkan pencapaian pelajar dalam

    tajuk trigonometri dan penggunaannya dalam tajuk-tajuk lain adalah lemah. Temu bual

    dengan beberapa guru pakar dalam matematik di beberapa buah sekolah di Daerah Hulu

    Langat menyatakan bahawa tajuk trigonometri merupakan tajuk yang sangat penting

    kerana tajuk tersebut mempunyai perkaitan dengan tajuk-tajuk lain seperti garis dan

    satah dalam tiga matra dan penjelmaan (Bushro dan Halimah 2008).

    Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia (PPBKM)

    dalam mata pelajaran matematik dikenal pasti dapat memberikan kesan yang berguna

    kepada pelajar (Roziah 2004 dan Nor Azan 2005). PPBKM dapat membantu pelajar

    meneroka secara mendalam sesuatu topik yang diajar terutama bagi tajuk-tajuk yang

  • 9

    sukar dipelajari di dalam bilik darjah. PPBKM merupakan alat pengajaran dan

    pembelajaran yang berguna bagi mata pelajaran matematik. Antara kelebihan

    penggunaan perisian multimedia dalam mata pelajaran matematik ialah dapat membantu

    pelajar menvisualisasikan imej ataupun idea matematik, data dapat disusun secara baik

    dan komputer dapat mengira dengan cepat dan tepat.

    Oleh itu, tujuan pembangunan perisian ini adalah satu usaha kearah penghasilan

    satu perisian multimedia sebagai bahan bantu pembelajaran bagi topik Penjelmaan III

    (Transformation III) iaitu dalam mata pelajaran matematik moden tingkatan lima.

    Perisian ini dibangunkan berasaskan teori kognisi visual. Perisian ini juga dilengkapkan

    dengan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi audio dan video untuk

    merangsang minat pelajar dalam proses P&P. Melalui perisian ini, guru dan pelajar

    dapat menggunakan perisian ini sebagai panduan dan rujukan.

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif bagi kajian ini adalah:

    i) membangunkan perisian bagi topik Penjelmaan III (Transformation III) bagi

    matapelajaran Matematik Moden Tingkatan lima berdasarkan kepada teori

    kognisi visual.