24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA BAGI TAJUK SEL ELEKTROLISIS BERDASARKAN SEMBILAN PERINGKAT PEMBELAJARAN GAGNE DENGAN SOKONGAN ANIMASI DAN SIMULASI SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA). Alamat Tetap: EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS NO. 54 JLN KAKI BUKIT NAMA PENYELIA KG. BKT MERAH 02400, BESERI, PERLIS Tarikh: __24/ APRIL 2009_ Tarikh: __24/ APRIL 2009_

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

  • Upload
    ledat

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA BAGI TAJUK SEL

ELEKTROLISIS BERDASARKAN SEMBILAN PERINGKAT PEMBELAJARAN GAGNE DENGAN SOKONGAN ANIMASI DAN SIMULASI

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).

Alamat Tetap: EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS NO. 54 JLN KAKI BUKIT NAMA PENYELIA KG. BKT MERAH 02400, BESERI, PERLIS

Tarikh: __24/ APRIL 2009_ Tarikh: __24/ APRIL 2009_

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : .............................................................

Nama Penyelia : ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

i

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA BAGI TAJUK SEL

ELEKTROLISIS BERDASARKAN SEMBILAN PERINGKAT

PEMBELAJARAN GAGNE DENGAN SOKONGAN ANIMASI DAN

SIMULASI

MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ...............................................................................

Nama Penulis : MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

iii

Teristimewa buat.............

Ayahanda Tersayang, ABU BAKAR BIN PIN

Bonda Tersayang, RAFEAH BINTI SAAD

Buat kakak, abang dan adik-adik tersayang

NOOR AZIAH BINTI ABU BAKAR

NORIDA BINTI ABU BAKAR

MOHD ARIF FADZILAH BIN ABU BAKAR

NOOR AFZAN BINTI ABU BAKAR

NUR ATIKAH BINTI ABU BAKAR

Untuk Penyelia, Penilai dan Para Pensyarah,

Untuk semua yang menjayakan projek ini...

Semoga Kejayaan Dan Kecemerlangan Menjadi Milik Kita Bersama Di Dunia

Dan Di Akhirat.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayah-Nya, pembangunan perisian ini dapat disiapkan sepenuhnya.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak

langsung dalam proses penyiapan projek pembangunan perisian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas buat En. Abdul Razak Idris,

selaku penyelia projek di atas segala susah payah beliau dalam memberi nasihat dan

tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi kepada saya sehingga projek pembangunan

perisian ini berjaya disiapkan.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang telah memberi dorongan,

sokongan, teguran yang bernas serta bantuan dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian…

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

v

ABSTRAK

Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang bertajuk ‘Sel

Elektrolisis’ ini dibangunkan khas untuk pelajar tingkatan empat yang mengambil

matapelajaran kimia. Perisian PBK ini dibangunkan berdasarkan Sembilan Peringkat

Pembelajaran oleh Gagne dengan sokongan animasi dan simulasi yang bertujuan

untuk membantu menyelesaikan masalah salah konsep dan meningkatkan

pemahaman dalam tajuk Sel Elektrolisis. Perisian PBK ini turut dilengkapi dengan

elemen multimedia terutamanya penggunaan animasi yang menarik serta membantu

dalam penjelasan konsep Sel Elektrolisis. Simulasi juga digunakan sebagai salah

satu strategi pengajaran dalam perisian PBK ini. Perisian PBK ini dibangunkan

dengan menggunakan perisian Macromedia Authoware 7.0 sebagai perisian utama

dan disokong oleh perisian-perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS2,

Macromedia Flash 8, Sony Sound Forge 7.0 dan Microsof Office 2007. Perisian

sokongan ini diperlukan untuk mengintegrasikan unsur-unsur multimedia seperti

audio, video, animasi, grafik dan teks. Perisian PBK ini dilengkapi dengan Isi

Kandungan, Nota Tambahan (online notes), Galeri, Glosari, e-Test dan Bantuan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

vi

ABSTRACT

A courseware entitled ‘Electrolysis Cell’ had been developed especially for

form four students that taking chemistry subject. Purpose of this courseware is to

resolve student’s misconceptions and to enhance students understanding in

Electrolysis Cell topic. Gagne’s Nine Events of Instructions was used for content

delivery. This courseware also integrates multimedia elements especially the use of

animations that help to explain the concept of Electrolysis Cell. Simulation also has

been use the part of the learning strategies. This courseware had been developed

using Macromedia Authoware 7.0 as the core and supported by Adobe Photoshop

CS2, Macromedia Flash 8, Sony Sound Forge 7.0 and Microsoft Office 2007. This

supporting software is needed to integrate the multimedia elements such as audio,

video, animation, graphic and text. This courseware provides option for Lesson,

Online Notes (extension), Glossary, Gallery, e-Test and also HELP.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT xii

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

viii

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Rasional Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 9

1.8.2 Multimedia 10

1.8.3 Perisian 10

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pendidikan Kimia Di Malaysia 12

2.3 Teori Pembelajaran 14

2.3.1 Teori Tingkah laku 14

2.3.2 Taksonomi Pembelajaran Gagne 15

2.3.3 Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne 18

2.4 Strategi Pengajaran dalam PBK 20

2.4.1 Simulasi 20

2.4.2 Animasi 22

2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 23

2.6 Teknologi Multimedia dalam Pengurusan

Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik

Darjah 26

2.7 Penutup 29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

ix BAB 3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan

Perisian Multimedia 31

3.3 Rasional Pemilihan Model 31

3.4 Model ADDIE 31

3.4.1 Analisis 32

3.4.2 Reka Bentuk 36

3.4.3 Pembangunan 37

3.4.3.1 Carta Alir 40

3.4.3.2 Integrasi Teori Pembelajaran

Gagne dalam Reka Bentuk

Perisian 43

3.4.4 Perlaksanaan 47

3.4.5 Penilaian 47

3.5 Penutup 48

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Paparan Rekabentuk Pengajaran 51

4.2.1 Paparan Dapatkan Perhatian Pelajar 51

4.2.2 Paparan Pemberitahuan Objektif

Kepada Pelajar 52

4.2.3 Paparan Memperolehi Kembali

Pembelajaran Lampau 53

4.2.4 Paparan Mempersembahkan Rangsangan 54

4.2.5 Paparan Membekalkan Bantuan Kepada

Pelajar 56

4.2.6 Paparan Penghasilan Tindakbalas 57

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

x 4.2.7 Paparan Maklum Balas 58

4.2.8 Paparan Pencapaian 59

4.2.9 Paparan Generalisasi 60

4.3 Paparan Rekabentuk Pengguna 61

4.3.1 Paparan Panel Kawalan 62

4.3.2 Paparan Butang Dalam Rekabentuk

Pengajaran 62

4.3.3 Paparan Butang Kawalan Audio dan

Animasi 63

4.3.4 Paparan Latar belakang Pada

Antaramuka Pengguna 64

4.4 Paparan Kandungan Utama 66

4.4.1 Paparan Isi Kandungan 67

4.4.2 Paparan Glosari 68

4.4.3 Paparan Galeri 69

4.4.4 Paparan e-Test 71

4.4.5 Paparan Tambahan 72

4.4.6 Paparan Bantuan 72

4.5 Penutup 73

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Kelebihan Perisian 74

5.3 Kelemahan Perisian 75

5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Proses

Pembangunan Perisian 76

5.4.1 Kemahiran dan Kepakaran 76

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

xi

5.5 Cadangan 77

5.6 Kesimpulan 77

5.7 Penutup 79

RUJUKAN 80

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sembilan peringkat pembelajaran oleh Gagne. 19

3.1 Prinsip ABCD 37

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 30

3.2 Paparan Laman Web Penghasilan Suara Latar Belakang 38

3.3 Carta Alir Perisian Utama 39

3.4 Carta Alir Perisian Isi Kandungan 40

3.5 Carta Alir Integrasi Sembilan Peringkat Pembelajaran 41

3.6 Carta Alir e-Test 42

4.1 Paparan Dapatkan Perhatian Pelajar 50

4.2 Paparan Pemberitahuan Objektif Pembelajaran Kepada Pelajar 51

4.3 Paparan Memperolehi Kembali Pembelajaran Lampau 52

4.4 Paparan Mempersembahkan Rangsangan 53

4.5 Paparan Set Jawapan 53

4.6 Paparan Membekalkan Bantuan Kepada Pelajar 54

4.7 Paparan Penghasilan Tindak Balas 55

4.8 Paparan Maklum Balas Positif 56

4.9 Paparan Maklum Balas Negatif 57

4.10 Paparan Penilaian Pencapaian 58

4.11 Paparan Generalisasi 59

4.12 Paparan Panel Kawalan 60

4.13 Paparan Butang Dalam Rekabentuk Pengajaran 61

4.14 Paparan Butang Kawalan Audio 61

4.15 Paparan Butang Kawalan Animasi 62

4.16 Paparan Latar Belakang Menu Utama 63

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

xiv 4.17 Paparan Latar Belakang Pengajaran dan Pergerakan

Mata Pengguna Semasa Mempelajari Isi Kandungan

Dalam Skrin Komputer 64

4.18 Paparan Menu Utama 65

4.19 Paparan Isi Kandungan 66

4.20 Paparan Glosari 69

4.21 Paparan Galeri 70

4.22 Paparan Penyaduran Logam 70

4.23 Paparan e-Test 71

4.24 Paparan Tambahan 72

4.25 Paparan Bantuan 73

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

xv

SENARAI SINGKATAN

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Berkesan Sekolah Menengah

PBK - Perisian Berbantukan Komputer

PMR - Penilaian Menengah Rendah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPM (T) - Sijil Pelajaran Malaysia (Aliran Teknik)

SPM (V) - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah menyebabkan sistem

pendidikan di Malaysia mengalami anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Proses penyampaian ilmu kini tidak lagi bersandarkan kepada ‘chalk

and talk’ semata-mata. Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang, harmoni dan bermoral tinggi” (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).

Mulai tahun 2002, matapelajaran Sains wajib diambil oleh semua murid

bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan 5. Sebelum ini, matapelajaran Sains

hanya diperkenalkan kepada murid tahun empat pada tahap dua. Di peringkat

sekolah rendah, komponen Sains yang dipelajari adalah sebagaimana yang termaktub

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), manakala di peringkat

sekolah menengah adalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

2

Kandungan kurikulum Sains di sekolah merangkumi integrasi tiga elemen

penting iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.

Pengintegrasian elemen-elemen ini adalah penting demi melahirkan insan yang

seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Sebagai sebuah negara yang sedang

melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang

berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan

untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi

mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan

berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Selaras dengan hasrat untuk mencapai status negara maju, kurikulum Sains di

sekolah Malaysia digubal bagi mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif

serta berilmu iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi,

memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun

sains dan teknologi masa depan. Melalui pendidikan Sains, pelajar-pelajar dididik

dan dilatih supaya berkebolehan mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan

bertanggungjawab. Justeru itu, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk membentuk

masyarakat Malaysia yang kritis, kreatif, berketerampilan dengan mengamalkan

budaya sains dan teknologi. Dengan kata lain, masyarakat Malaysia perlu

mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, ingin mencuba, celik sains, bersifat

terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan

sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan

kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan teknologi.

Perubahan kurikulum Sains terkini yang berlaku di negara kita adalah

perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris. Mulai tahun 2003, semua murid-murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan

Tingkatan 6 Rendah mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. Mengikut

perancangan, semua murid akan mempelajari mata pelajaran Sains di semua

peringkat persekolahan pada tahun 2008. Pada peringkat awal, murid yang

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

3 menduduki peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR, SPM, dan STPM) dibenarkan

menjawab peperiksaan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Abu

Hassan, 2003).

Kurikulum Sains digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat

sains, iaitu mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada

pembelajaran Sains yang berfikriah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.

Kurikulum Sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran

elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk

sekolah menengah. Mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah

atas ialah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan (Abu Hassan, 2003).

Kimia adalah satu disiplin dalam Sains yang mengkaji tentang jirim secara

makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta

penggunaan bahan. Kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia.

Penghasilan dan penggunaan bahan kimia membawa kesan kepada masyarakat dan

alam sekitar. Perkembangan yang pesat dalam bidang kimia banyak memberi

sumbangan terhadap kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk bidang perubatan

dan perindustrian. Oleh itu, ilmu kimia perlu dikuasai oleh murid supaya mereka

dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang semakin

berteraskan kepada sains dan teknologi dan memberi sumbangan kepada

perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan manusia

sejagat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Namun begitu, kebanyakkan konsep yang terkandung dalam kurikulum

Kimia tergolong dalam kategori yang sukar difahami pelajar seperti konsep dalam

tajuk Sel Elektrolisis, di mana pelajar keliru diantara elektrod anod dan katod,

pergerakan elektron dan elektron manakah yang dipilih untuk dinyahcaskan. Ini

bermaksud pelajar perlu berusaha untuk mengetahui pengetahuan konsep dan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

4 perhubungan antara konsep dalam proses pembelajaran kimia (Sa’adah Masrukin,

1991; Phelp, 1996: Ab. Rahman, 2004). Jika pelajar gagal memahami konsep-

konsep ini, berkemungkinan besar mereka akan menghadapi kesukaran dalam

pembelajaran Kimia bagi tajuk yang seterusnya.

Keadaan ini mungkin dapat diperbaiki jika pengajaran dan pembelajaran

menggunakan multimedia terutamanya komputer. Dengan perkembangan era

teknologi maklumat, sudah tentu komputer dapat digunakan untuk menyampaikan

sesuatu konsep yang abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit dan mudah difahami

oleh pelajar. Penggunaan teknologi maklumat boleh menimbulkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna

kepada pelajar.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia mampu

memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak

pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan

media-media tambahan selain daripada teks seperti audio, video, animasi dan grafik

(Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

1.2 Latar belakang masalah

Pendidikan Kimia merupakan satu bidang keilmuan yang dinamik dan

banyak menyumbang kearah pembangunan masyarakat dan negara. Dengan itu

matlamat kurikulum kimia adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai

kebolehan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia serta kebolehan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

5 menggunakannya berlandaskan sikap dan nilai murni yang diterapkan untuk

menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Pelajar yang mengambil mata pelajaran Kimia sering mengalami masalah

dalam pembelajaran Kimia. Masalah yang timbul adalah disebabkan oleh isi

kandungan mata pelajaran tersebut mengandungi konsep yang abstrak, maka ia sukar

untuk difahami dan mempunyai perkaitan konsep yang rumit (Aziz,1992).

Daripada kajian yang telah dibuat oleh Michael dan Greenbowe (1997) dalam

Choo Chong Poh (2004), kajian mereka mendapati ramai pelajar mempunyai salah

konsep dalam tajuk Elektrolisis. Menurut kajian tersebut, di antara kekeliruan yang

sering dihadapi oleh pelajar adalah:

i) Pelajar tidak dapat menentukan arah pergerakan elektron dalam sel

ii) Pelajar sering gagal mengenal pasti cas pada anod dan katod serta

elektrod manakah yang membebaskan elektron atau menarik elektron.

iii) Pelajar sering menganggap kation dan anion bergerak sehingga

kepekatan antara mereka sama.

Jika pelajar tidak dapat menguasai konsep dalam Sel Elektrolisis, pelajar

tidak akan dapat memahami pelajaran yang seterusnya iaitu Sel Voltan. Ini kerana

Sel Voltan adalah sama dengan Sel Elektrolisis tetapi berbeza dari segi proses yang

berlaku, dimana proses dalam Sel Elektrolisis menghasilkan tindak balas kimia

manakala Sel Voltan adalah dihasilkan daripada tindak balas kimia. Persamaan

inilah yang selalu menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.

Faktor utama bagi pelajar yang menghadapi masalah memahami konsep

Kimia adalah disebabkan oleh pengetahuan asas yang tidak kuat seterusnya menjurus

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

6 kepada ketidakfahaman untuk mempelajari bab yang seterusnya. Jika pelajar lemah

untuk menguasai konsep-konsep tersebut, maka pencapaian untuk subjek tersebut

akan menurun. Selain itu, kebanyakkan pelajar masih lagi keliru menjawab soalan-

soalan ringkas peringkat Kimia KBSM menyebabkan prestasi SPM menurun

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).

Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang untuk

memberi pengalaman pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar

memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, guru perlu

memainkan peranan penting dengan menggunakan pendekatan pembelajaran

berbantukan komputer bagi mengatasi masalah ini kerana penggunaan komputer

dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar memahami proses kimia

yang abstrak.

Dalam era teknologi maklumat, penggunaan komputer telah dicadangkan

sebagai satu strategi yang dapat membantu proses pemahaman konsep dalam tajuk

Sel Elektrolisis. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memperjelaskan

lagi konsep dalam Sel Elektrolisis secara interaktif.

Melalui integrasi Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne dalam penggunaan

PBK, konsep Sel Elektrolisis dapat diperjelaskan kepada pelajar dengan terperinci.

Elektron dalam larutan dan pergerakan elektron dapat ditunjukkan kepada pelajar.

Pendekatan ini dapat menyelesaikan masalah konsep yang dinyatakan dalam kajian

Michael J. Sanger dan Thomas J. Greenbowe (1997).

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk sel elektrolisis berdasarkan sembilan peringkat pembelajaran gagne dengan sokongan

7 1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan masalah pembelajaran kimia yang dihadapi oleh pelajar

Tingkatan 4 secara umumnya, sebuah perisian pembelajaran kimia Tingkatan 4 bagi

tajuk Sel Elektrolisis akan dibangunkan berdasarkan Sembilan Peringkat

Pembelajaran Gagne dengan sokongan animasi dan simulasi.

1.4 Objektif Kajian

Objektif projek ini adalah untuk:

i. Membina perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk Sel

Elektrolisis berdasarkan Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne

dengan sokongan animasi dan simulasi.

1.5 Rasional Kajian

Pembangunan perisian ini memberi tumpuan pada Sel Elektrolisis. Tajuk ini

merupakan tajuk yang sukar untuk pelajar kerana mengandungi proses kimia yang

abstrak dan tidak dapat ditunjukkan melalui buku teks tetapi memerlukan medium

yang dapat menjelaskan proses kimia tersebut iaitu komputer.