Transcript
Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

i

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN LIMA DI BAWAH TAJUK PENJELMAAN III BERASASKAN TEORI KOGNISI VISUAL .

SESI PENGAJIAN: 2/2011/2012 Saya MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: 3 JALAN BENTARA 5 PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN TAMAN TUN AMINAH, 81300 SKUDAI, JOHOR Nama Penyelia

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)".

Tandatangan : ............................................ Nama Penulis : PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN Tarikh : 20 JUN 2012

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

iii

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

TINGKATAN LIMA DI BAWAH TAJUK PENJELMAAN III BERASASKAN

TEORI KOGNISI VISUAL

MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN, 2012

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ............................................

Nama Penulis : MUHAMMAD ZAKI BIN ILYAS

Tarikh : 20 JUN 2012

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

v

Untuk Bonda Safiyah Hashim

yang dikasihi dan disayangi

serta buat kakak dan abang.

tidak lupa juga kepada yang dekat di hati ini,

dan juga rakan-rakan seperjuangan.

Terima Kasih di atas segala sokongan,

Pengorbanan dan kasih sayang kalian

Moga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

vi

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan sekilas hati terutamanya

kepada penyelia saya iaitu Pn. Noor Azean Binti Atan atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek sarjana muda ini. Alhamdulillah,

bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaan-Nya dapat saya

menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya juga

ingin mengucapkan terima kasih kepada bonda saya yang tercinta dan adik beradik

saya yang telah memberi sokongan moral untuk saya menyiapkan projek sarjana

muda ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ditujukan buat rakan-rakan yang

telah membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini. Semoga segala usaha dan sokongan kalian akan diberkati Allah SWT di atas

kesudian untuk membantu saya. Akhir sekali saya sudahi dengan salam takzim

penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

vii

ABSTRAK

Sehingga kini permasalahan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar di peringkat

sekolah masih lagi berkaitan dengan penggunaan buku teks yang kurang menarik dan

kurang mampu memvisualkan kandungannya oleh pelajar. Justeru itu bagi membantu

menyelesaikan permasalahan ini, sebuah perisian pembelajaran yang bertajuk

Penjelmaan III berdasarkan teori kognisi visual dibangunkan bagi membantu

mengatasi masalah pembelajaran pelajar di sekolah. Ia merupakan salah satu bab

daripada sukatan pembelajaran dari Matematik KBSM Tingkatan Lima. Bahasa

Inggeris digunakan di dalam sistem perisian ini kerana Bahasa Inggeris lebih mudah

untuk difahami. Pendekatan yang digunakan di dalam perisian ini adalah berdasarkan

kepada elemen-elemen di dalam teori kognisi visual iaitu membantu pelajar

memahami konsep pembelajaran Penjelmaan III dengan lebih mudah berdasarkan

penggunaan visual. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bersama

beberapa elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authorware 7, Button

Shop, Geometer's Sketchpad, Adobe Photoshop dan beberapa perisian lain. Diharap

dengan adanya perisian ini, pelajar dapat mahir dalam pembelajaran penjelmaan III

hasil gabungan penggunaan visual geometri dan grafik yang realistik

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

viii

ABSTRACT

Until today, learning problem that faced by students in school level is still regarding

the usage of text book that are less attractive and less able to visualized the content to

students. In order to overcome the problems, a learning courseware under topic

Transformation III based on cognition learning theory to solve the learning problem.

Transformation III is a topic that integrated curriculum of secondary schools form

five. English language would be the mediator in the system because easy to

understand. The approach that implemented in the courseware based towards

elements in cognition visual theory which could help students better to understand

Transformation III easier with visuals. The courseware equipped with multimedia

elements such as text, graphic, audio, video and animation. The courseware

developed by using Macromedia Authorware 7, Button Shop, Geometer's Sketchpad,

Adobe Photoshop and several multimedia software. Hope with this courseware,

students could gain better understanding in Transformation III with combination of

geometry visuals and realistic graphic provided..

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan / Rasional Kajian 10

1.6 Skop Kajian 12

1.7 Definisi Istilah 13

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

x

1.8 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Definisi PBK 17

2.3 Model reka bentuk sistem 20

2.4 Pembelajaran Visual Kognitif 27

2.5 Penutup 28

3 REKA BENTUK MODEL

3.1 Pengenalan 29

3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Perisian 30

3.3 Reka Bentuk Perisian Pembelajaran 36

3.4 Kelengkapan Komputer Dalam Pembangunan Perisian 37

3.5 Perisian Yang Digunakan 37

3.6 Penutup 38

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Paparan Perisian yang dihasilkan 41

4.2.1 Paparan "Introduction" 42

4.2.2 Paparan "Notes A" 45

4.2.3 Paparan "Notes B" 50

4.2.4 Paparan Video 52

4.3 Penutup 54

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

xi

5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan 56

5.2.1 Objektif Pembinaan perisian berasaskan

kognisi visual 56

5.2.2 Pembangunan perisian berasaskan model ADDIE 56

5.2.3 Pembangunan perisian berasaskan pendekatan

kognisi visual 57

5.3 Kelebihan perisian pembelajaran 59

5.4 Kelemahan perisian pembelajaran 60

5.5 Masalah-masalah yang dihadapi 60

5.6 Cadangan penambahbaikan perisian pembelajaran 61

5.7 Penutup 61

RUJUKAN 63

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 65

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Aliran kerja model ADDIE 20

2.2 Aliran bagi model Hannaffin and Peck 24

2.3 Aliran carta Model Waterfall 25

2.4 Carta Model Kemp 26

4.1 Paparan Menu utama perisian 42

4.2 Paparan menu "introduction" 42

4.3 Paparan menu di dalam menu "Translation" 43

4.4 Paparan nota di dalam menu "Rotation". 43

4.5 Paparan nota di dalam menu " Reflection". 44

4.6 Paparan " Notes A" 45

4.7 Paparan "Example" 46

4.8 Paparan "Example" 46

4.9 Paparan "Example" 47

4.10 Paparan Nota dalam bentuk teks. 48

4.11 Paparan "Example" dalam subtopik yang berlainan. 48

4.12 Paparan " Example" 49

4.13 Paparan " Example" 49

4.14 Paparan di dalam "Notes B" 50

4.15 Paparan contoh di dalam "Example" 51

4.16 Paparan penyelesaian di dalam "Examples" 51

4.17 Paparan perbandingan 52

4.18 Paparan di dalam menu Video 53

4.19 Paparan Video 53

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SMP School Mathematics Project

ICT Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

PPBKM Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Multimedia

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

MSC Multimedia Super Corridor

CAI Computer Assisted Instruction

CAL Computer Aided Learning

PLATO Programmed Logic Automatic Teaching Operation

CPU Centre Processing Unit

RAM Random Access Memory

ATM Auto-Teller Machine

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

xiv

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seseorang insan.

Melalui pendidikan yang diperolehi, menjadikan seseorang itu lebih berilmu dan

seterusnya menggunakan ilmu dan pengalaman pembelajaran dalam kerjaya mahupun

tugasan harian mereka. Seseorang itu mampu untuk mencapai cita-citanya dengan

berjaya dalam bidang pendidikan yang dipelajarinya. Oleh demikian, pengiktirafan

terhadap bidang pendidikan menjadikan profession perguruan sebagai agen yang penting

dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Guru perlu menyediakan pengajaran

yang berkesan dan suasana pembelajaran yang dapat meransang minda dan minat pelajar

untuk mempelajari dengan lebih mendalam. Justeru itu, guru dibekalkan dengan ilmu-

ilmu berkaitan untuk mendekatkan pengajaran dengan pelajar iaitu strategi pengajaran

yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi dan kaedah yang

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

2

sesuai mampu untuk menggalakkan lagi aktiviti pembelajaran pelajar dan memberikan

pembelajaran yang lebih bermakna.

Setiap pelajar yang mula mendapat pendidikan dari tadika hingga ke sekolah

menengah, diajar dengan mata pelajaran yang dapat membantu dalam kehidupan.

Seperti mata pelajaran Sains, dimana ianya menambahkan ilmu pengetahuan pelajar bagi

menimbulkan minat pelajar untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, seterusnya

pelajar akan mula untuk mempelajarinya sendiri untuk pengetahuan sendiri.

Kurikulum berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

membekalkan pendidikan yang umum, menyeronokan dan mencabar bagi semua pelajar

yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan

penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran

menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis

1992 ; KPM 1988). Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan

warga negara yang dinamik dan amanah. Tambahan pula, ia adalah usaha bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan

negara (Falsafah Pendidikan Kebangsaan; 1996).

Kandungan kurikulum dalam KBSM menekankan pendidikan untuk melahirkan

masyarakat yang progresif, berkemahiran tinggi dan berilmu. Begitu juga dengan

Kurikulum Matematik KBSM yang telah digubal untuk pelajar sekolah menengah

merangkumi dua mata pelajaran iaitu teras dan elektif. Kurikulum Matematik teras

adalah mewakili Matematik Moden manakala Matematik Tambahan pula merupakan

subjek elektif.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

3

Justeru itu, mata pelajaran Matematik moden diperkenalkan di semua sekolah

semenjak tahun 1970an. Namun begitu objektif pembelajarannya telah diubah demi

untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains, selaras dengan

perkembangan matematik moden di negara-negara maju (Prescilla 2009). Tujuan utama

Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada

masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Namun pada tahun

1972, topik-topik School Mathematics Project (SMP) telah digunakan bagi pendidikan

matematik di tingkatan empat dan tingkatan lima kerana ianya lebih sesuai bagi tujuan

peperiksaan. Dua buah buku teks telah diterbitkan bagi tingkatan empat dan lima iaitu

Matematik Moden Tingkatan Empat pada tahun 1974 manakala Matematik Moden

Tingkatan Lima pada tahun 1975.

Selepas itu, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu

Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. telah disatukan pada

1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru

seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik telah

diperkenalkan (Ministry of Education 2004-2006). Namun begitu, pelbagai kaedah telah

diimplementasikan bagi proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini lebih mudah

untuk difahami dan dipelajari oleh pelajar.

Seiring dengan kecanggihan teknologi pada masa ini, penggunaan teknologi dan

komunikasi maklumat (ICT) adalah sesuai digunakan dalam pembelajaran dan

pengajaran (P&P) di sekolah. Bagi meningkatkan kefahaman dan gaya pembelajaran

pelajar agar lebih efektif, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed

Awang Lah, berdasarkan keupayaan teknologi itu, ICT seharusnya dianggap sebagai

senjata penting untuk sektor pendidikan khususnya dalam usaha perkongsian maklumat,

kerjasama, perbincangan dan sebagainya. Pelaksanaan sekolah bestari di sekolah-

sekolah dapat menghubungkan pelajar dengan pembelajaran dengan menggunakan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

4

kemahiran dalam multimedia. Dengan penggunaan multimedia di dalam pembelajaran

pelajar, proses pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran awal sekolah rendah adalah bermula dengan konsep-konsep asas

contohnya dalam pembelajaran matematik. Pelajar akan diajar dengan pengenalan

matematik seperti konsep asas pengiraan seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi.

Pelajar akan diberi pengetahuan dari tahap kesukaran yang mudah kepada tahap

kesukaran yang tinggi. Pelajar mula diajar dengan konsep tambah dan tolak. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ini, setelah konsep asas yang mudah telah dapat

dikuasai, guru akan melangkah ke tahap yang sederhana.

Menurut kenyataan oleh Noor Suriati (2008), pengajaran sebenarnya melibatkan

kebolehan pelajar dan kesesuaian pelajar untuk mempelajarinya. Sebagai contoh, pelajar

tahun satu, tidak akan diajar bagi tajuk darab dan bahagi kerana dengan usia yang muda,

pelajar tidak dapat untuk memproses pengajaran yang disampaikan dengan kemahiran

berfikir pelajar yang baru mula untuk memahami konsep pengajaran. Berdasarkan Noor

Suriati (2008) lagi, sekiranya konsep yang mudah tidak dapat dikuasai pelajar, maka

mereka akan merasakan pembelajaran yang disampaikan adalah sukar, sedangkan ia

adalah mudah sekiranya pelajar mempunyai pengalaman dan masa untuk memahami

pengajaran diberikan.

Konsep dalam bidang pembelajaran matematik adalah mengikut tahap dan setiap

tahap mempunyai aras kesukarannya yang tersendiri. Dalam pembelajaran matematik

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

5

KBSM, bidang yang terdapat beberapa elemen yang terkandung di dalamnya seperti

penyelesaian masalah, komunikasi dalam matematik, penaakulan matematik, hubungan

dalam matematik, dan aplikasi teknologi (Curriculum Development Centre Ministry of

Education Malaysia, 2006).

Matematik Moden telah diperkenalkan kepada pelajar tingkatan empat dan lima

agar murid dapat mempelajari ilmu matematik dari aspek konsep, serta penguasaannya

dalam aplikasi kehidupan seharian. Ilmu matematik perlu difahami dan dikuasai oleh

pelajar agar mampu untuk menghadapi arus pemodenan masa yang kian mencabar

dalam kehidupan dimana pelajar berdepan dengan kecanggihan sains dan teknologi.

Menurut Brown et al. (1989) lagi, pembelajaran sebenarnya merupakan suatu proses

interaksi dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan

menginterpretasi informasi baru yang diterima, dan menghubungkaitkannya kepada

dunia sebenar.

Kurikulum matematik melibatkan pemahaman serta konsep yang dapat dilihat

dan juga konsep yang memerlukan pelajar untuk membayangkannya. Sekiranya konsep

asas tidak difahami maka pelajar akan menghadapi kesukaran untuk memahami konsep

yang seterusnya dalam matematik (Noor Suriati, 2008). Justeru itu, pelajar yang

keciciran akan hilang minat untuk belajar bab yang selanjutnya. Contohnya, di bawah

tajuk Satah dalam 3 dimensi dan Garisan tingkatan empat, untuk menentukan satah yang

terlibat di dalam sesebuah pepejal, masih terdapat pelajar gagal untuk menjawab

kehendak soalan. Dalam sukatan Matematik Moden KBSM, topik ini yang agak sukar

untuk difahami pelajar.

Situasi pembelajaran negara kita, penggunaan buku teks menjadi keutamaan dan

pilihan guru dalam proses P&P di sekolah. Kaedah yang digunakan hanyalah dengan

menggunakan buku teks yang digunakan secara meluas dalam P&P kurang mencabar

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

6

minda pelajar. Dengan persembahan secara mendatar dan dalam bentuk yang telah

ditetapkan, reka bentuknya buku teks dikatakan tidak menggalakkan para pembaca

berfikir atau membuat penyusunan atau rumusan mereka sendiri (Kassim, 2006). Ini

menyebabkan ramai pelajar yang belajar dengan kaedah menghafal. Maklumat ringkas

yang diberikan dalam buku teks tidak mendatangkan kemahiran berfikir kepada pelajar

dan membuatkan mereka pasif semasa P&P berlangsung.

Selain itu juga, negara Malaysia telah jauh ketinggalan dalam penggunaan

komputer dalam proses P&P jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti

negara-negara barat (Priscilla, 2009). Untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan

negara, corak pendidikan mestilah dipelbagaikan dengan kemudahan-kemudahan yang

lebih interaktif dengan penggunaan multimedia. Corak pembelajaran tradisional dalam

arus pemodenan ini menimbulkan suasana pembelajaran yang membosankan dan kurang

menarik. Tahap imiginasi pelajar terbatas dan tidak dapat berfikir dengan kreatif dan

kritis.

Antara kelebihan penggunaan perisian multimedia dalam mata pelajaran

matematik ialah dapat membantu pelajar menvisualisasikan imej ataupun idea

matematik, data dapat disusun secara baik dan komputer dapat mengira dengan cepat

dan tepat. Menurut Gibbs et al. (2001), kebanyakan perisian untuk pengajaran yang

terdapat di pasaran tidak mempunyai kualiti yang baik. Menurut Robyler (2006) pula,

perisian yang tidak berkualiti akan memberikan kesan negatif terhadap penggunaannya

di dalam bilik darjah.

Selain itu, kekurangan tenaga mahir dan faktor masa merupakan penghalang

kepada pembinaan perisian yang bermutu. Sungguhpun semakin ramai tenaga pengajar

yang telah didedahkan dengan penggunaan komputer, namun tidak ramai yang

mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran (Norhashim,

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

7

Mazenah dan Rose, 1996). Tambahan lagi, kos yang tinggi diperlukan bagi

membangunkan perisian yang bermutu tinggi.

Menurut kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), menunjukkan kesanggupan

guru-guru untuk membangunkan perisian adalah tidak menggalakkan. Hal ini

merupakan salah satu faktor penyebab kepada kadar pengurangan perisian yang dapat

membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia sebagai

platform merupakan langkah alternatif kepada buku. Perisian yang dibangunkan adalah

berasaskan kepada ciri-ciri tempatan dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dapat membantu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa dan pelajar lebih cepat untuk

memahami sesuatu topik dengan lebih mudah. Hal ini kerana bahan multimedia dapat

merangsang pelajar dengan elemen-elemen multimedia seperti bunyi, suara, simulasi,

gambar, teks dan video.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah-masalah seperti penglibatan pelajar yang

kurang aktif dalam proses P&P, dan isi kandungan buku teks yang ringkas dan tidak

menggalakkan penggunaan minda pelajar, maka salah satu cara penyelesaiannya yang

baik adalah dengan menghasilkan pembangunan perisian yang boleh digunakan di

sekolah dengan sekaligus membolehkan pelajar belajar mengikut masa, tempat dan

kebolehan masing-masing.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

8

1.3 Pernyataan Masalah.

Hasil analisis awal yang dilakukan terhadap Laporan Prestasi Peperiksaan SPM

bermula dari tahun 1983 hingga 2004, menunjukkan penguasaan matematik dikalangan

pelajar dalam kategori sederhana dan lemah adalah pada tahap yang rendah. Pelajar

berkeupayaan sederhana dan lemah masih tidak dapat menjawab soalan-soalan penting

kerana mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam matematik. Kelemahan para

pelajar tersebut perlu dikenal pasti pada peringkat awal supaya program pemulihan dan

pengukuhan dapat dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Laporan tersebut juga

mendapati pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah kurang berminat belajar matematik

dan mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran tersebut. Pencapaian yang

kurang memuaskan dalam matematik dikalangan pelajar-pelajar tersebut adalah

disebabkan mereka tidak menguasai konsep-konsep asas dalam matematik.

Di antara soalan-soalan yang kerap merupakan masalah kepada pelajar ialah

soalan berkaitan pembinaan geometri, lokus tiga matra, trigonometri, penjelmaan serta

pelan dan dongakan (Lembaga Peperiksaan Malaysia 1983- 2004). Analisis terperinci

terhadap Laporan Prestasi SPM 1983 – 2004, menunjukkan pencapaian pelajar dalam

tajuk trigonometri dan penggunaannya dalam tajuk-tajuk lain adalah lemah. Temu bual

dengan beberapa guru pakar dalam matematik di beberapa buah sekolah di Daerah Hulu

Langat menyatakan bahawa tajuk trigonometri merupakan tajuk yang sangat penting

kerana tajuk tersebut mempunyai perkaitan dengan tajuk-tajuk lain seperti garis dan

satah dalam tiga matra dan penjelmaan (Bushro dan Halimah 2008).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia (PPBKM)

dalam mata pelajaran matematik dikenal pasti dapat memberikan kesan yang berguna

kepada pelajar (Roziah 2004 dan Nor Azan 2005). PPBKM dapat membantu pelajar

meneroka secara mendalam sesuatu topik yang diajar terutama bagi tajuk-tajuk yang

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Program Matematik Moden (1970) ialah untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden pada masa itu seperti teori set, statistik dan vektor yang

9

sukar dipelajari di dalam bilik darjah. PPBKM merupakan alat pengajaran dan

pembelajaran yang berguna bagi mata pelajaran matematik. Antara kelebihan

penggunaan perisian multimedia dalam mata pelajaran matematik ialah dapat membantu

pelajar menvisualisasikan imej ataupun idea matematik, data dapat disusun secara baik

dan komputer dapat mengira dengan cepat dan tepat.

Oleh itu, tujuan pembangunan perisian ini adalah satu usaha kearah penghasilan

satu perisian multimedia sebagai bahan bantu pembelajaran bagi topik Penjelmaan III

(Transformation III) iaitu dalam mata pelajaran matematik moden tingkatan lima.

Perisian ini dibangunkan berasaskan teori kognisi visual. Perisian ini juga dilengkapkan

dengan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi audio dan video untuk

merangsang minat pelajar dalam proses P&P. Melalui perisian ini, guru dan pelajar

dapat menggunakan perisian ini sebagai panduan dan rujukan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah:

i) membangunkan perisian bagi topik Penjelmaan III (Transformation III) bagi

matapelajaran Matematik Moden Tingkatan lima berdasarkan kepada teori

kognisi visual.


Recommended