21
SIMULASI EKSPERIMEN BERASASKAN WEB UNTUK MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK CAHAYA SITI ANNISA BINTI SABARUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI ANNISA BINTI SABARUDIN - fp.utm.my · i SIMULASI EKSPERIMEN BERASASKAN WEB UNTUK MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK CAHAYA SITI ANNISA BINTI SABARUDIN Laporan ini

  • Upload
    others

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

SIMULASI EKSPERIMEN BERASASKAN WEB UNTUK MATAPELAJARAN FIZIK

TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK CAHAYA

SITI ANNISA BINTI SABARUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pinc.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: SIMULASI EKSPERIMEN BERASASKAN WEB UNTUK MATAPELAJARAN

FIZIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK CAHAYA

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SITI ANNISA BINTI SABARUDIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:

LOT 1229 TAMAN SETIA JAYA

78100 LUBOK CHINA

MELAKA

Tarikh: 4 MEI 2009 Tarikh: 4 MEI 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PROF. MADYA MOHAMAD BIN BILAL ALI

Nama Penyelia

TIDAK TERHAD

SULIT

TERHAD

i

SIMULASI EKSPERIMEN BERASASKAN WEB UNTUK MATAPELAJARAN

FIZIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK CAHAYA

SITI ANNISA BINTI SABARUDIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2009

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Tanda tangan : ………………………………

Nama penyelia : PROF. MADYA MOHAMAD BIN BILAL ALI

Tarikh : 4 Mei 2009

iii

Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tanda tangan : ………………………………

Nama penulis : SITI ANNISA BINTI SABARUDIN

Tarikh : 4 Mei 2009

v

DEDIKASI

Teristimewa buat

ibu dan ayah tersayang

kasih sayang anda, kekuatanku

adik-beradik yang dikasihi

sokongan kalian amat dihargai

rakan-rakan seperjuanganku SPPian

anda semua, kenangan terindah

kawan-kawan yang amat memahami

pertolongan dan kesabaran kalian sememangnya diperlukan

terima kasih diucapkan

iv

PENGHARGAAN

Ucapan jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing merangkap penyelia

saya terdahulu iaitu Encik Juhazren Junaidi dan pensyarah pembimbing merangkap

penyelia saya sekarang iaitu Prof. Madya Mohamad Bilal Ali di atas segala tunjuk ajar

yang diberikan dalam membimbing saya untuk menyiapkan projek.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama

secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan.

Kepada semua, terima kasih sekali lagi di ucapkan. Segala pertolongan yang

anda semua berikan amat saya hargai.

vi

ABSTRAK

Internet dilihat banyak memberikan manfaat kepada manusia. Salah satu

kegunaan internet yang dilihat semakin mendatangkan faedah kepada manusia ialah

laman web. Laman web yang dibangunkan ini mengenai tajuk Cahaya bagi

matapelajaran Fizik Tingkatan 4 bertujuan untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar

guru atau sebagai salah satu sumber maklumat tambahan bagi murid. Ia mempunyai

elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik dan animasi yang mana diharap dapat

memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna. Projek

ini menggunakan pendekatan konstruktivisme kerana ia boleh menyebabkan para pelajar

melibatkan diri secara aktif dan memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, ia juga memaparkan simulasi eksperimen-eksperimen bagi

membolehkan para pelajar dapat merasai gambaran suasana sebenar eksperimen-

eksperimen tersebut. Produk ini dibangunkan menggunakan perisian Web Page Maker

Version 2 dengan dibantu oleh perisian Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Flash 8

yang mana masing-masing digunakan untuk memproses elemen-elemen multimedia

masing-masing iaitu grafik dan animasi. Model ADDIE yang dijadikan sebagai model

rekabentuk pengajaran untuk laman web ini melibatkan fasa analisis, fasa rekabentuk,

fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Diharap dengan adanya laman

web ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang menggunakannya.

vii

ABSTRACT

Internet brings a lot of benefit to the human. One of the usages of the internet

that give benefit to the people is website. The website that has been developed is about

“Light” which is one of the topics in Physics Form 4’s Subject. The purpose of this

website is to become a teaching tool for teachers in their teaching and as an additional

source for the students in their learning. It has multimedia elements such as texts,

graphics and animations which will make the teaching and learning environment become

more interesting and meaningful. This project uses constructivism as the approach

because this approach can make the pupils participate actively and play their main role

in the learning and teaching session. Other than that, this website will display the

simulation of experiment which will let the pupils feel the real situation of the real

experiments. The project that has been developed by Web Page Maker Version 2

software also uses another softwares to make it more useful which is Adobe Photoshop

CS2 and Macromedia Flash 8. This software will be used to process the multimedia

elements which are texts, graphics and animations. This product used ADDIE’s model

as it teaching design model which consists of analysis phase, design phase, development

phase, implementation phase and evaluation phase. The developer hopes that this project

will give benefits to the users of this website.

viii

KANDUNGAN

BAB TAJUK

HALAMAN

1

JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA

PENGESAHAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Rasional Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xii

xiii

1

1

2

6

6

7

viii

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Perisian

1.8.2 Web

1.8.3 Eksperimen

1.8.4 Cahaya

1.9 Penutup

8

9

9

10

10

10

11

11

2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Keberkesanan Penggunaan Laman Web

2.3 Keberkesanan Teori Konstruktivisme

2.4 Keberkesanan Kaedah Simulasi

2.5 Elemen-Elemen Multimedia Dalam Penggunaan Laman

Web

2.6 Penutup

12

12

13

14

16

17

20

3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Yang Digunakan Dalam

Pembangunan Perisian Berasaskan Laman Web

3.2.1 Fasa Analisis

3.2.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.3 Fasa Pembangunan

21

21

22

22

23

27

ix

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

3.3 Penutup

27

27

28

4 HASIL REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1 Pengenalan

4.2 Ciri-Ciri Laman Web

4.3 Perbincangan Struktur Asas Laman Web

4.3.1 Menu Home

4.3.2 Menu Experiment

4.3.3 Menu Activity

4.3.4 Menu Discussion

4.3.5 Menu Link

4.3.6 Menu Contact

4.3.7 Menu Site Map

4.4 Penutup

29

29

29

31

32

33

35

36

39

41

42

43

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kelebihan Laman Web

5.2.1 Konstruktivisme

5.2.2 Simulasi

5.2.3 Perbincangan

5.2.4 Berborak

5.2.5 Maklumat Terkini

44

44

45

45

46

46

46

47

x

5.2.6 Permainan

5.3 Konsep Pendidikan

5.4 Kemahiran Pembangunan

5.5 Peralatan Pembangunan

5.6 Masalah Yang Dihadapi

5.7 Cadangan

5.8 Penutup

47

47

48

48

49

49

50

RUJUKAN 51

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.1

Penerangan bahagian utama laman web

25

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK

HALAMAN

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

Rajah Carta Alir Laman Web

Rajah Template

Rajah Home

Rajah Experiment

Rajah Contoh Simulasi Eksperimen

Rajah Activity

Rajah Contoh Permainan

Rajah Discussion

Rajah Forum Untuk Discussion

Rajah Link

Rajah Contoh Link

Rajah Contact

Rajah Site Map

26

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Komputer bolehlah didefinisikan sebagai sebuah peranti elektronik yang boleh

menerima input dan memproses input tersebut mengikut satu set arahan (program),

menyimpan arahan (program) serta maklumat yang telah diproseskan dan seterusnya

mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai output (Mokhtar, 1999). Ini bermakna

komputer berkebolehan menerima data dan memproses data tersebut dengan

menggunakan program komputer atau boleh juga dikenali sebagai perisian sehingga

terhasilnya maklumat untuk kegunaan manusia.

Di dunia yang amat menitikberatkan kecanggihan teknologi ini, komputer adalah

sangat penting. Ini terbukti apabila suatu ketika dulu kerajaan ada menjalankan kempen

iaitu ‘Satu Rumah Satu Komputer’. Sejak dari itu, kita dapat melihat secara nyata

bahawa komputer digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang. Menurut

Jamalludin dan Zaidatun (2005), komputer digunakan di dalam bidang pendidikan,

komunikasi, perundangan, hiburan, permainan dan sebagainya. Ini berkemungkinan

juga bahawa kita boleh melihat komputer dapat membantu dalam memudahkan tugas-

tugas seharian manusia dan juga mampu mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini

dilakukan oleh manusia.

2

Kita semua sudah sedia maklum bahawa komputer turut digunakan di dalam

bidang pendidikan. Penggunaan komputer di dalam dunia pendidikan adalah sebagai

alat bantu mengajar dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Model “tutor, tool, tutee" yang dibangunkan oleh Robert Taylor telah

membahagikan penggunaan komputer dalam pendidikan kepada tiga kategori yang luas

iaitu komputer sebagai pengajar, komputer sebagai alat dan komputer sebagai pelajar.

Selain itu, komputer juga boleh digunakan dalam melaksanakan kerja-kerja rutin yang

berkaitan dengan bidang pendidikan contohnya seperti pengurusan maklumat,

menyelenggara dan memproses data penyelidikan serta memproses perkataan. Perkara

ini diakui oleh Mohd. Majid (1989) yang menyatakan bahawa komputer bukan sahaja

boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar malah boleh dimaksimumkan kegunaannya

untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pentadbiran sekolah dan seterusnya

meningkatkan taraf profesionalisma pendidikan.

Penggunaan komputer yang sangat meluas dalam bidang pendidikan

berkemungkinan boleh diaplikasikan dalam setiap matapelajaran yang diajar di bidang

pendidikan. Salah satu di antaranya ialah penggunaan komputer di dalam matapelajaran

Fizik di mana sebuah perisian Fizik Tingkatan Empat telah dikeluarkan oleh SNP

Panpac (M) Sdn. Bhd (Norasykin dan Normashita, 2007). Penggunaan komputer

semasa proses pengajaran dan pembelajaran Fizik boleh memudahkan proses kefahaman

berlangsung kerana ia dapat membantu pelajar dalam memahami dan menunjukkan

bagaimana sesuatu kerja dapat dilakukan (Mohd. Aizaini, 2004).

1.2 Latar Belakang Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini masih mengekalkan guru

sebagai asas penting dalam menjalankan proses pembelajaran. Perkara ini ada di sebut

oleh Azizah (2006) yang menyatakan bahawa persekitaran pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah yang mana selama ini adalah lebih bersifat pembelajaran berpusatkan

3

guru. Walaupun dikatakan komputer dapat membantu dalam bidang pendidikan, tetapi

seringkali dilihat komputer hanya sebagai alat bantu mengajar bagi guru semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Ini adalah kerana disebabkan ledakan dalam

bidang komputer yang berlaku begitu cepat dan usaha kerajaan untuk meningkatkan IT

telah menyebabkan komputer menjadi alat bantu mengajar yang paling popular pada

masa kini (Mona dan Norazilah, 2003).

Hakikatnya, walaupun tanpa kehadiran guru, komputer boleh dijadikan sebagai

alat bantu mengajar dan proses pembelajaran masih boleh diteruskan. Ini dapat

dilakukan dengan menggunakan perisian berasaskan web. Penggunaan perisian

berasaskan web membolehkan proses pembelajaran dilakukan di mana-mana sahaja

pada bila-bila masa asalkan mempunyai kelengkapan komputer dan internet. Perkara ini

bukanlah mustahil kerana dengan wujudnya pembestarian sekolah, sudah pasti setiap

sekolah akan menerima kemudahan komputer manakala kemudahan internet bakal

diperolehi. Perisian berasaskan web menggunakan elemen-elemen multimedia.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2005), multimedia dapat meningkatkan minat para

pengguna, mengurangkan masa penguasaan sesuatu aplikasi, kos pembangunan yang

rendah, meningkatkan kebolehan capaian dan meningkatkan pemahaman serta

pengekalan informasi ingatan. Justerus itu, perisian berasaskan web yang dihasilkan

bukan sahaja dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran malah dapat

menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan adanya

elemen-elemen multimedia dan sekaligus dapat menarik perhatian pelajar untuk

menjalani serta meneruskan proses pembelajaran.

Buktinya dapat dilihat dalam kajian yang dilakukan oleh Norsaleha (2002) di

dalam tesisnya yang bertajuk „Keberkesanan Pembelajaran Topik Sumber Tenaga Bagi

Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Empat Menerusi Perisian Multimedia Interaktif”. Hasil

kajian menunjukkan berlaku peningkatan yang positif lagi signifikan dari segi prestasi

pelajar melalui ujian pos yang dibandingkan dengan prestasi sebelum pelajar didedahkan

dengan menggunakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Fizik iaitu ujian pra.

Hasil dari pemerhatian dan temubual juga mendapati responden berpuashati, seronok

4

dan menarik perhatian mereka sambil belajar walaupun mereka belum pernah

didedahkan kepada cara pembelajaran sedemikian.

Sifat-sifat cahaya mungkin hanya akan muncul dengan jayanya bila keadaan

gelap gelita diperolehi. Ini akan mendatangkan masalah kepada para guru untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana sekiranya keadaan yang

diperlukan tidak tercapai, sifat-sifat cahaya seperti pantulan, pembiasan dan pantulan

dalam penuh sukar ditunjukkan. Ini sekaligus akan mendatangkan kesukaran kepada

pelajar untuk melihat sendiri sifat-sifat cahaya tersebut serta perbezaan yang wujud di

antara mereka. Selain itu, aplikasi konsep cahaya ke atas kanta dan cermin juga sukar

dijalankan. Keadaan ini sekaligus akan membuatkan para pelajar sukar untuk

memahami perkara ini. Daripada tesis yang ditulis oleh Intan Norinawaty (2007)

menunjukkan bahawa keseluruhan kefahaman pelajar mengenai konsep cahaya adalah

berada pada tahap yang sederhana. Tambahan pula, masalah miskonsepsi yang sedia

ada wujud di dalam diri pelajar akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

bagi tajuk Cahaya semakin sukar. Miskonsepsi ini berlaku kerana kerangka alternatif

yang tidak dibetulkan, bahasa harian yang tidak dibezakan maknanya dalam sains, buku

teks dan proses pengajaran yang dilakukan dengan salah (Rodziah, 2004). Selain itu,

proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dilakukan dalam Bahasa Inggeris bagi

matapelajaran Sains dan Matematik berkemungkinan akan menambahkan lagi kesukaran

dalam mempelajari tajuk ini. Ini dipersetujui oleh Goh, Rahimah dan Wong (2005)

dengan pernyataan bahawa kebanyakan guru menghadapi masalah dalam mempelajari

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan itu ia mempengaruhi dan memberi

impak terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), semasa berlangsungnya proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teori konstruktivisme, setiap individu

membina pengetahuan mereka sendiri secara aktif dan bukan hanya menerima

pengetahuan tersebut secara pasif daripada orang lain. Ini bermakna teori

konstruktivisme menyatakan bahawa dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu,

para pelajar akan melaluinya sendiri dan bukan hanya menerimanya daripada guru. Ini

5

akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok,

menggalakkan para pelajar untuk lebih berfikir dan lebih berkeyakinan sosial serta

membolehkan para pelajar lebih memahamai dan mengingati sesuatu pelajaran yang

dijalankan (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Terdapat pelbagai kaedah dalam

menjalankan teori konstruktivisme iaitu kaedah eksperimen, koperatif, projek, kajian

luar, perbincangan, pembelajaran berasaskan resos, simulasi, interaktif, permainan,

analogi dan mnemonik.

Projek ini menggunakan teori konstruktivisme yang mengaplikasikan kaedah

simulasi. Kaedah simulasi ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kerap

digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di mana suasana yang

menyerupai keadaan sebenar diwujudkan dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah

yang benar-benar wujud dalam keadaan yang terkawal (Meor Ibrahim, 2001). Ini

bermakna kaedah simulasi ialah satu kaedah yang berpusatkan pelajar di mana para

pelajar sendiri akan merasai suasana pembelajaran yang seakan-akan suasana sebenar di

mana ini akan membantu para pelajar di dalam proses pembelajarannya. Selain itu,

menurut Mat Jizat, Abdul Razak dan Jessnor Elmy (2005), simulasi amat berguna dalam

penggunaan situasi sebenar yang mahal, membahayakan, memakan masa yang lama dan

susah diatur.

Jadi sesuatu perlu dilakukan supaya segala masalah yang dihadapi dapat diatasi

bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cahaya dijalankan

dengan berkesan. Telah diketahui bahawa komputer dapat digunakan dalam bidang

pendidikan. Jadi, berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan,

maka perlulah dibangunkan sebuah perisian berasaskan laman web yang dapat

menyelesaikan masalah yang dinyatakan selain ia merupakan salah satu cara dalam

membestarikan sekolah. Di samping itu, pengaplikasian teori konstruktivisme dengan

menggunakan kaedah simulasi yang diterapkan di dalam perisian laman web ini yang

mengandungi elemen-elemen multimedia diharap akan membawa kebaikan sekaligus

menangani segala masalah yang telah diperkatakan tadi.

6

1.3 Pernyataan Masalah

Para pelajar kadangkala menghadapi kesukaran untuk mempelajari tajuk Cahaya

yang merupakan salah satu di antara tajuk di dalam matapelajaran Fizik Tingkatan

Empat. Miskonsepsi yang terdapat di dalam diri para pelajar dan penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kesukaran untuk

mempelajari tajuk ini bertambah serius. Perkara ini diakui oleh Mohd Ismail (2000)

yang menyatakan bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep cahaya adalah tidak

mantap. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, kita boleh menggunakan perisian

berasaskan web sebagai salah satu cara untuk melakukan proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Hamzah (2003), penggunaan perisian dalam proses

pembelajaran Fizik Tingkatan Empat dapat mengubah sikap para pelajar ke arah yang

lebih positif dan pencapaian akademik para pelajar juga dilihat bertambah baik.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir perisian tersebut tidak cukup kuat dalam

menerangkan segala aktiviti dan eksperimen di dalam tajuk Cahaya. Ini selari dengan

pernyataan Ow (2000) yang menyatakan bahawa perisian yang terdapat dalam pasaran

masa kini kurang sesuai, tidak bermutu dan tidak menepati kehendak atau objektif

Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, melalui projek pembangunan perisian berasaskan

web untuk matapelajaran Fizik Tingkatan Empat bagi tajuk Cahaya diharap dapat

menyelesaikan masalah ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah simulasi eksperimen

berasaskan web dengan menggunakan teori konstruktivisme untuk tajuk Cahaya bagi

matapelajaran Fizik Tingkatan Empat.