30
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

  • Upload
    lydiep

  • View
    246

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN

BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NOR KAMSIAH BINTI KAMARUL JAEH

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT ZAKARIA NAMA PENYELIA NO. 131 FELDA JENDERAK UTARA, 28050 KUALA KRAU, TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh: 4 MEI 2009 Tarikh: 4 MEI 2009

Page 3: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PROSES PENYELIAAN DAN

BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYELIA PEMBIMBING BAGI

PROGRAM LATIHAN MENGAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

NOR KAMSIAH BINTI KAMARUL JAEH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN

MEGAT ZAKARIA

Tarikh : 4 MEI 2009

Page 5: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

iii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : NOR KAMSIAH BINTI KAMARUL JAEH

Tarikh : 4 MEI 2009

Page 6: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

iv

Buat yang teristimewa,

Ayahanda yang dikasihi, Hj. Kamarul Jaeh bin Abdul Rahman

Bonda yang tercinta, Hjh. Hamidah bt Mohamed Lazim

Yang sentiasa mendoakan kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi

semangat sepanjang tempoh pengajian ini.

Abang, kakak dan adik yang disayangi…

Ahmad Samerin, Haliza, Masaruddin, Norliyusnita, Rosazali, Nur Faezah,

Mohd. Jessafi, Suhaimi, Ramli, Rohaida, Khairul Rosman dan Nur Munira.

Mohd. Farisulzamir bin Zakaria yang banyak membantu ketika suka dan duka,

serta rakan-rakan seperjuangan yang lain..

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan

perjuangan. Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

Sekian, terima kasih.

Page 7: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

v  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,

saya memperolehi kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan penulisan ini

walaupun terpaksa mengharungi beberapa dugaan dan cabaran.

Ungkapan terima kasih dan sekalung penghargaan khas buat insan yang telah

banyak membimbing saya bagi menjayakan penulisan ini. Beliau adalah En. Mohd

Nihra Haruzuan bin Mohamad Said dan En. Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria

sebagai penyelia yang sentiasa mempunyai kelapangan untuk memberi bimbingan,

nasihat, tunjuk ajar dan bantuan tanpa mengenal erti kekecewaan. Semua

pengorbanan ini hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan,

pelajar-pelajar tahun tiga Fakulti Pendidikan dan pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung kerana telah banyak membantu memberi maklumat-maklumat

yang diperlukan sepanjang kajian ini. Kajian ini tidak akan berjaya tanpa adanya

kerjasama daripada anda semua.

Akhir sekali buat kedua ibubapa dan keluarga tersayang, Zamir dan teman-

teman sekuliah di atas jasa-jasa baik kalian amat dihargai dan terima kasih di atas

bantuan yang kalian berikan. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan

dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sekian, Terima kasih.

Wassalam

Nor Kamsiah bt Kamarul Jaeh

Page 8: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

vi  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses

penyeliaan dan bimbingan yang diberikan oleh penyelia pembimbing bagi program

Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat empat aspek bimbingan

yang di tekankan dalam kajian ini iaitu aspek bimbingan dalam membuat persediaan

mengajar, penyampaian isi pelajaran, penilaian pengajaran dan bimbingan dalam

meningkatkan profesionalisme perguruan. Sampel kajian terdiri daripada 211 pelajar

tahun tiga yang telah menjalani latihan mengajar pada semester 1 sesi 2008/2009.

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik. Data dan

dapatan kajian yang diperolehi dianalisis mengikut peratusan dan min dengan

mengunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) 13.0 for Windows. Hasil

kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada

guru pembimbing dengan nilai min adalah 3.06 iaitu berada pada tahap tinggi.

Manakala, bimbingan daripada pensyarah pembimbing pula didapati berada pada

tahap rendah dengan nilai min 2.92. Kesimpulannya, guru pelatih telah mendapat

bimbingan yang sewajarnya daripada guru pembimbing tetapi mereka masih kurang

mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing.

Page 9: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

vii  

ABSTRACT

This study aims to survey teacher trainee’s perception towards the

supervision and guidance process given by supervisor for Teaching Practice,

Universiti Teknologi Malaysia. Four guiding aspects were emphasized in this study;

guidance in making lesson plans, content delivery, teaching evaluation and also

guidance in improving teacher professionalism. The sample of this study consisted

of 211 third year students who had went for teaching practice during the 1st semester

of the 2008/2009 session. The instrument used to collect data was questionnaire.

Data obtained were analysed based on percentage and mean by using SPSS

(Statistical Package For Social Science) 13.0 for Windows. It was found that all

teacher trainees received guidance from cooperative teacher with 3.06 as the mean

value. However, guidance from lecturer supervisor was found to be low as shown

with the mean value of 2.92. As the conclusion, teacher trainees received appropriate

guidance from cooperative teacher but the guidance from lecturer is still not enough.

Page 10: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS -

HALAMAN TAJUK i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI JADUAL xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 10

Page 11: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

ix

1.5 Kepentingan Kajian 12

1.6 Batasan Kajian 12

1.7 Definasi Istilah 12

1.7.1 Bimbingan 12

1.7.2 Guru Pembimbing 13

1.7.3 Pensyarah pembimbing 13

1.7.4 Guru Pelatih 14

1.7.5 Latihan Mengajar 14

1.7.6 Penyeliaan 15

1.7.7 Penyeliaan Klinikal 15

1.7.8 Profesionalisme 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Latihan Mengajar 18

2.1.1 Objektif Latihan Mengajar 19

2.1.2 Matlamat latihan mengajar 19

2.1.3 Tempoh Latihan Mengajar 20

2.2 Bimbingan 21

2.2.1 Bimbingan Dari Segi

Persediaan Mengajar 22

2.2.2 Bimbingan Dari Segi

Penyampaian Isi Pelajaran 24

2.2.3 Bimbingan Dari Segi

Penilaian Pengajaran 25

2.2.4 Bimbingan Dari Segi Meningkatkan

Profesionalisme Perguruan 27

2.3 Peranan Guru Pembimbing 28

2.3.1 Orientasi 29

2.3.1.1 Peringkat Pertama 29

Page 12: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

x

2.3.1.2 Peringkat Kedua 29

2.3.2 Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah 30

2.3.3 Penilaian 31

2.3.4 Perkembangan Profesional 31

2.3.5 Kegiatan Ko-Kurikulum 32

2.4 Peranan Pensyarah Pembimbing 32

2.5 Penyeliaan 34

2.6 Penyeliaan Klinikal 36

2.6.1 Perbincangan Sebelum Penyeliaan 37

2.6.2 Menyelia Pengajaran Dalam Bilik Darjah 37

2.6.3 Menganalisis data 38

2.6.4 Perbincangan Antara Penyelia Dan Guru 38

2.6.5 Penilaian Selepas Perbincangan 39

2.7 Penutup 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 41

3.1 Rekabentuk Kajian 41

3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 42

3.3 Instrumen Kajian

(Kesahan Dan Kebolehpercayaan) 44

3.3.1 Bahagian A – Demografi Subjek 45

3.3.2 Bahagian B 46

3.4 Kajian Rintis 47

3.5 Analisis Data 48

3.6 Penutup 50

Page 13: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xi

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 51

4.1 Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 52

4.1.1 Kursus 52

4.1.2 Jantina 53

4.1.3 Umur 54

4.1.4 Bangsa 54

4.1.5 Agama 55

4.1.6 Gred Keputusan Latihan Mengajar 56

4.1.7 Bilangan Penyeliaan Oleh Guru

Pembimbing 57

4.1.8 Bilangan Penyeliaan Oleh Pensyarah

Pembimbing 58

4.2 Analisis Data Bahagian B 59

4.2.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1

(Guru Pembimbing) 61

4.2.2 Analisis Data Persoalan Kajian 1

(Pensyarah Pembimbing) 66

4.2.3 Analisis Data Persoalan Kajian 2

(Guru Pembimbing) 71

4.2.4 Analisis Data Persoalan Kajian 2

(Pensyarah Pembimbing) 77

4.2.5 Analisis Data Persoalan Kajian 3

(Guru Pembimbing) 83

4.2.6 Analisis Data Persoalan Kajian 3

(Pensyarah Pembimbing) 87

4.2.7 Analisis Data Persoalan Kajian 4

(Guru Pembimbing) 91

4.2.8 Analisis Data Persoalan Kajian 4

(Pensyarah Pembimbing) 96

Page 14: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xii

4.3 Analisis Keseluruhan 100

4.3.1 Guru Pembimbing 101

4.3.2 Pensyarah Pembimbing 103

4.4 Penutup 105

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 106

5.1 Perbincangan 107

5.1.1 Bahagian A - Latar Belakang

Responden 107

5.1.2 Bahagian B - Perbincangan Melalui

Persoalan Kajian Melalui Bab 4 109

5.1.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1

(Guru Pembimbing) 109

5.1.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1

(Pensyarah Pembimbing) 110

5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2

(Guru Pembimbing) 111

5.1.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 2

(Pensyarah Pembimbing) 112

5.1.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 3

(Guru Pembimbing) 114

5.1.2.6 Perbincangan Persoalan Kajian 3

(Pensyarah Pembimbing) 115

5.1.2.7 Perbincangan Persoalan Kajian 4

(Guru Pembimbing) 116

5.1.2.8 Perbincangan Persoalan Kajian 4

(Pensyarah Pembimbing) 116

5.2 Kesimpulan 117

5.3 Cadangan 118

Page 15: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xiii

5.3.1 Fakulti Pendidikan 119

5.3.2 Guru Pembimbing 119

5.3.3 Pensyarah Pembimbing 121

5.3.4 Guru Pelatih 123

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 124

5.5 Penutup 125

BIBLIOGRAFI 126

LAMPIRAN 131

LAMPIRAN A 132

LAMPIRAN B 137

LAMPIRAN C 140

Page 16: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xiv

SENARAI SINGKATAN

f - Frekuensi

S - Setuju

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPL - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPS - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS - Statistical Package For Science Social

SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 17: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 46

3.2 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian

Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap

Persoalan Kajian 47

3.3 Pekali Alpha Cronbach 48

3.4 Skala Skor Min 49

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 52

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54

4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54

4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 55

4.6 Taburan Responden Mengikut Gred Keputusan

Latihan Mengajar 56

4.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Penyeliaan Oleh Guru Pembimbing. 57

4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Penyeliaan Oleh Pensyarah Pembimbing 58

4.9 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam

Membuat Persediaan Mengajar

(Guru Pembimbing) 61

Page 18: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xvi

4.10 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam

Membuat Persediaan Mengajar

(Pensyarah Pembimbing) 66

4.11 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam

Menyampaikan Isi Pelajaran

(Guru Pembimbing) 71

4.12 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Dalam

Menyampaikan Isi Pelajaran

(Pensyarah Pembimbing) 77

4.13 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Mengenai

Cara Membuat Penilaian Pengajaran

(Guru Pembimbing) 83

4.14 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Mengenai

Cara Membuat Penilaian Pengajaran

(Pensyarah Pembimbing) 87

4.15 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Ke Arah

Meningkatkan Profesionalisme Perguruan.

(Guru Pembimbing) 91

4.16 Peratusan Dan Min Item Bimbingan Ke Arah

Meningkatkan Profesionalisme Perguruan

(Pensyarah Pembimbing) 96

4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan

Min Mengikut Persoalan Kajian Bagi

Guru Pembimbing 101

4.18 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan

Min Mengikut Persoalan Kajian Bagi

Pensyarah Pembimbing 103

Page 19: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Borang Soal Selidik

B Kajian Rintis (Alpha Cronbach)

C Jadual Krejcie, R. V Dan Morgan D.W.

Page 20: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Latihan mengajar atau praktikum adalah salah satu daripada komponen

Kursus Perguruan Asas yang perlu dilalui oleh setiap guru pelatih. Latihan ini

merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus

perguruan di Universiti Teknologi Malaysia sebelum mereka diiktiraf sebagai

seorang guru yang bertauliah. Ia merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih

mempraktikkan segala teori dan kaedah yang telah dipelajari serta mengaplikasikan

pengetahuan, kaedah dan kemahiran mengajar dalam situasi yang sebenar iaitu

semasa berada di bilik darjah dan sekolah. Program ini juga dapat membantu bakal-

bakal guru membuat persediaan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan

kelak.

Menurut Mohd Idris Mansor (1995) dalam Shandlyati Sharimi, latihan

mengajar adalah satu komponen yang penting dalam program pendidikan guru. Ia

memberi satu pengalaman amali berasaskan situasi sebenar dalam bilik darjah yang

memberi peluang kepada guru pelatih mempraktikkan pengetahuan dan teori yang

diperolehi di universiti. Melalui latihan mengajar ini guru pelatih akan didedahkan

dengan pelbagai pengalaman dalam memberi kemahiran mengajar supaya dapat

memberi pengajaran yang baik dan berkesan di dalam kelas.

Page 21: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

2

Melalui program latihan mengajar yang dijalankan selama 12 minggu, guru

pelatih dapat menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran. Selain itu,

mereka juga dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran

pembelajaran yang telah mereka pelajari semasa di universiti. Guru pelatih juga

merasai pengalaman menjadi seorang guru yang sebenar dan sekaligus dapat

mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran. Program ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri guru pelatih,

meningkatkan jati diri serta membolehkan guru pelatih menghayati dan

mengamalkan nilai profesion perguruan.

Mengikut Abdul Raof dan T. Subahan (1991), melalui praktikum (latihan

mengajar), guru pelatih akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku-

tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba

menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka. Sebagaimana yang

telah dinyatakan dalam objektif latihan mengajar yang perlu dicapai iaitu memberi

latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah, memberi pendedahan kepada bakal-

bakal guru tentang profesion perguruan serta tanggungjawabnya dan memberi

bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatih menjalankan tugas seorang guru

sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion perguruan.

Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih akan diselia dan dinilai oleh

guru pembimbing dan pensyarah pembimbing yang telah dilantik. Mereka

berperanan dalam membentuk dan membimbing guru pelatih yang akan menempuh

alam pendidikan yang sebenar. Tujuan penyeliaan diadakan adalah untuk

memastikan guru pelatih melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan,

mengesan kekuatan dan kelemahan guru pelatih serta menganalisis dan memperbaiki

mutu pengajaran guru pelatih.

Dalam setiap sesi latihan mengajar yang dilalui, guru pelatih akan diselia

oleh pensyarah dan guru pembimbing di sekolah di mana mereka menjalani latihan

mengajar. Penyeliaan dan bimbingan yang dilakukan akan dapat membantu bakal

Page 22: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

3

guru mempersiapkan diri ke arah seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan

guru. (Jamaluddin Ramli et al., 2006)

Penyeliaan yang dilaksanakan memfokuskan kepada Penyeliaan Klinikal

yang melibatkan tiga peringkat utama, iaitu sebelum penyeliaan, semasa dan sesudah

penyeliaan. Setiap penyelia perlu membimbing guru pelatih dalam semua aspek

pengajaran, bermula daripada perancangan dan penulisan persediaan mengajar

sehinggalah kepada penyampaian pengajaran sebenar di dalam bilik darjah atau

makmal. (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1995)

Al Ramaiah (2002), melihat penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong,

menyelaras dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka (guru-guru)

lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Selain itu, penyeliaan

juga bertujuan meningkatkan kebolehan guru-guru dalam mendorong dan

membimbing perkembangan berterusan pelajar ke arah penyertaan paling cerdas lagi

efektif dalam masyarakat demokratik yang moden.

Oleh itu, peranan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing amat penting

dalam membantu guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar supaya guru

pelatih dapat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri untuk menjadi seorang

guru yang berjaya.

1.1 Latar Belakang Masalah

Proses bimbingan semasa latihan mengajar penting kepada guru pelatih

kerana melalui bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah

pembimbing ini, guru pelatih dapat mempelajari kaedah dan cara pengajaran yang

Page 23: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

4

lebih berkesan memandangkan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing

merupakan orang yang lebih arif dan mahir dalam bidang pendidikan. Melalui

latihan mengajar yang telah dilaksanakan oleh pihak universiti, guru pelatih akan

mendapat pengalaman yang baru dalam kaedah pengajaran selain daripada teori dan

pengetahuan yang telah diperolehi daripada subjek-subjek pendidikan seperti

pedagogi, pengajaran mikro dan sebagainya.

Menurut Md. Sood (1998), latihan mengajar adalah landasan awal bagi guru-

guru pelatih mendapatkan pengalaman di sekolah terutamanya pengalaman

mengajar, merasai suasana persekolahan yang sebenar yang berkaitan dengan

persekolahan. Melalui latihan mengajar juga, guru pelatih dapat membina dan

menyuburkan kefahaman mengenai profesion perguruan.

Kebelakangan ini, semakin banyak kemusykilan yang timbul tentang

keberkesanan penyeliaan latihan mengajar dalam meningkatkan kualiti guru pelatih.

(Boydell, 1986; Deas et al., 1989; Koerner, 1992 dalam Tan Hiu Leng dan Asnah

Abdul Hamid, 1992)

Berdasarkan pernyataan di atas, Tan Hui Leng dan Asnah Abdul Hamid

(1992) mendapati bahawa guru pelatih berasa kesal dengan corak bimbingan yang

diberi oleh guru pembimbing dari aspek profesional.

Kajian awal mengenai penyeliaan penyelia Universiti Teknologi Malaysia

dalam Latihan Mengajar Sesi 2001/2002 menunjukkan masih terdapat sebilangan

pelajar tidak mendapat bimbingan dan penyeliaan tidak mencukupi. Dalam Program

Latihan Mengajar, seharusnya setiap pelajar mendapat sekurang-kurangnya tiga kali

penyeliaan. ( Esah Sulaiman et al., 2003 )

Page 24: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

5

Dalam bidang pendidikan, penyeliaan merupakan satu proses yang

mempunyai satu matlamat yang utama iaitu meningkatkan mutu pengajaran. Selain

itu, guru pelatih diajar cara untuk menulis rancangan pengajaran yang baik.

Peyeliaan pengajaran juga dapat membantu guru pelatih meningkatkan

perkembangan profesionalisme perguruan. Terdapat empat aspek bimbingan yang

perlu ditekankan oleh penyelia ke atas guru pelatih iaitu dari segi persediaan

mengajar, penyampaian isi pelajaran, penilaian pengajaran serta bimbingan untuk

meningkatkan profesionalisme perguruan.

Semasa menjalankan tugas menyelia, seseorang penyelia akan membuat

cerapan, catatan, ulasan seterusnya membincangkan mengenai kekurangan dan

kekuatan pengajaran seseorang guru pelatih. Penyeliaan yang dijalankan adalah

berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal di mana aktiviti penyeliaan bermula

dengan pra-pengajaran diikuti dengan pengajaran atau pemerhatian dan diakhiri

dengan pos-pengajaran. Apabila penyelia datang ke sekolah, penyelia akan

melakukan ketiga-tiga peringkat penyeliaan klinikal sekaligus. Memandangkan

tempoh yang diberi, bilangan pelatih bagi setiap penyelia yang ramai iaitu antara

lapan (8) hingga dua belas (12) orang pelatih dan jarak antara sebuah sekolah dengan

yang lain adalah jauh menjadikan penyelia perlu mengejar masa dan akibatnya

penyeliaan klinikal yang dilaksanakan kurang sempurna. (Esah Sulaiman et al.,2003)

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Hj. Mohd Khairuddin (1997) pula

mendapati bahawa tahap bimbingan yang diberikan oleh pihak sekolah iaitu guru

pembimbing dan pengurus sekolah dan pihak maktab iaitu pensyarah penyelia

adalah meningkat. Namun begitu guru pelatih masih mengharapkan peningkatan

bimbingan daripada pihak pengurus sekolah. Hal ini kerana di sekolah, guru pelatih

hanya memberi penumpuan kepada aspek pengajaran. Kebiasaannya guru

pembimbing sahaja yang memerhatikan guru pelatih mereka. Ini menyebabkan

hubungan guru pelatih dengan pengurus sekolah kurang diberi perhatian dan guru

pelatih dianggap tidak pandai untuk bersosial dengan pihak sekolah yang lain.

Page 25: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

6

Banyak dapatan kajian menunjukkan tugas yang berat ini lebih berkesan

dilaksanakan oleh guru pembimbing di sekolah berbanding penyelia dari UTM.

Kekangan jarak, masa dan pengalaman mengenai suasana bilik darjah semasa

latihan mengajar menghalang penyelia dari UTM misalnya untuk membimbing dan

membantu guru pelatih UTM secara berterusan. Sebaliknya, guru pelatih berada di

sekolah dapat menjalankan tugas ini secara ‘sepenuh masa’. ( Abu Hassan dan Meor

Ibrahim, 1995)

Manakala, kajian yang dijalankan oleh Jamaluddin Ramli et al., (2006)

mendapati guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada guru pembimbing

mereka dari aspek persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian isi pelajaran.

Walau bagaimanapun, mereka kurang mendapat bimbingan untuk meningkatkan

profesionalisme mereka sebagai seorang guru kelak.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, terdapat masih banyak

kelemahan dan masalah dalam melaksanakan penyeliaan dan bimbingan yang

berkesan terhadap guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Hal ini

merupakan sesuatu yang perlu diambil berat kerana proses bimbingan penting bagi

menghasilkan bakal-bakal guru yang berkualiti. Jesteru itu, kajian ini dijalankan

bagi mengupas keberkesanan praktikum dari segi bimbingan menerusi persepsi guru

pelatih terhadap bimbingan yang telah diberikan oleh guru dan pensyarah

pembimbing.

Page 26: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

7

1.2 Pernyataan Masalah

Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih amat memerlukan tunjuk

ajar, perhatian, sokongan dan bantuan daripada pensyarah dan guru pembimbing

masing-masing. Mereka mengharapkan bimbingan yang dapat membantu mereka

melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar

bilik darjah dengan baik mengikut objektif pelajaran yang telah dirancang.

Konsep penyeliaan di sini bermaksud pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing perlu menyelia dan membimbing guru pelatih sebelum, semasa dan

selepas sesi pengajaran. Mereka perlu memerhatikan dan mencatat kelemahan dan

kekuatan guru pelatih serta memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berasaskan

pencerapan klinikal bagi meningkatkan mutu pengajaran. Selain itu, mereka juga

boleh memberi input yang membina untuk membantu guru pelatih meningkatkan

keperibadian dan ikhtisan keguruan.

Kamaruddin Hj. Husin (1986), menyatakan penyeliaan yang berkesan dan

menepati matlamat serta objektifnya, hanya boleh dilakukan melalui proses yang

sistematis apabila seorang guru dan seorang penyelia bekerjasama menganalisis

pengajaran dan bersama-sama pula berusaha untuk memperbaikinya. Perbincangan-

perbincangan, proses memberi dan menerima harus sentiasa berlaku.

Jelas disini menunjukkan proses bimbingan dan penyeliaan amat penting

kepada guru pelatih dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Oleh yang demikian, diharapkan guru pembimbing dan pensyarah

pembimbing akan selalu memberi bimbingan dan penyeliaan yang berkualiti kepada

guru pelatih dengan memainkan peranan serta menunaikan tanggungjawab yang

sewajarnya supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang lebih

berketrampilan dan berkualiti.

Page 27: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

8

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap proses

penyeliaan dan bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing dan pensyarah

pembimbing semasa mereka menjalani latihan mengajar. Oleh kerana penyelidik

ingin mengkaji persepsi guru pelatih daripada kedua-dua penyelia iaitu guru

pembimbing dan pensyarah pembimbing, objektif kajian ini telah ditetapkan seperti

berikut:

Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang

diberikan oleh guru pembimbing:

1. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membuat persediaan

pengajaran dengan baik.

2. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membantu guru pelatih

menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan.

3. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing tentang cara membuat penilaian

pengajaran yang berkesan.

4. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing ke arah meningkatkan profesionalisme

sebagai seorang guru.

Page 28: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

9

Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang

diberikan oleh pensyarah pembimbing:

1. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membuat persediaan

pengajaran dengan baik.

2. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membantu guru pelatih

menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan.

3. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing tentang cara membuat penilaian

pengajaran yang berkesan.

4. Meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing ke arah meningkatkan

profesionalisme sebagai seorang guru.

Page 29: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

10

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut sebagaimana yang telah digariskan

oleh objektif kajian :

Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang

diberikan oleh guru pembimbing:

1. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membantu membuat persediaan

pengajaran dengan baik?

2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing dalam membantu guru pelatih

menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan?

3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing tentang cara untuk membuat penilaian

pengajaran yang berkesan?

4. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh guru pembimbing ke arah meningkatkan profesionalisme

sebagai seorang guru?

Page 30: NOR KAMSIAH BT KAMARUL JAEH - fp.utm.my · HALAMAN TAJUK i PENGESAHAN PENYELIA ii PENGAKUAN iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ... 110 5.1.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Guru Pembimbing)

11

Tinjauan terhadap persepsi guru pelatih terhadap proses bimbingan yang

diberikan oleh pensyarah pembimbing:

1. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membantu membuat

persediaan pengajaran dengan baik?

2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dalam membantu guru pelatih

menyampaikan isi pelajarannya dengan baik dan berkesan?

3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing tentang cara untuk membuat

penilaian pengajaran yang berkesan?

4. Apakah persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan dan bimbingan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing ke arah meningkatkan

profesionalisme sebagai seorang guru?