13
BAHASA MELAYU KERTAS 2. MEMORANDUM : FENOMENA KES BULI YANG MENJADI SATU PERISTIWA NGERI KEPADA PELAJAR. AHLI KUMPULAN : TRACY LIM ZURAIDAH RABIAH

Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

BAHASA MELAYU KERTAS 2.

MEMORANDUM : FENOMENA KES BULI YANG MENJADI SATU PERISTIWA

NGERI KEPADA PELAJAR.

AHLI KUMPULAN :

‡ TRACY LIM‡ ZURAIDAH ‡ RABIAH

Page 2: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

PENDAHULUANApakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud

masalah yang meliputi kegiatan sepertimemeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk,

memaki dan sebagainya yang dilakukanoleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang

tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,kes buli yang berlaku di sekolah semakin

berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapaisatu tahap yang amat merimaskan dan

membimbangkan pelbagai pihak seperti pihaksekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-

lain lagi.

Page 3: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat

pada setiap tahun dalam kalangan

pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana

angin masakan pokok bergoyang”.

Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai

puncanya. Terdapat beberapa punca

yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada

masalah kes buli ini.

Page 4: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

2. PENYATAAN MASALAH.

2.1 kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yangsanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untukmendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

Page 5: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

2.2 ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka

Page 6: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

2.3 para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampukpinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannyamerupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supayadapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Page 7: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

3. USUL

3.1 Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan danPelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatanmembuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Page 8: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

3.2 ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secaraberterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agarmenjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga bolehdilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Page 9: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

3.3 pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab PencegahJenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyakpengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadipemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperolehitu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Page 10: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

3.4 ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendungkemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak merekasupaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anakmereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapaberlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek,menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketammengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Page 11: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

PENUTUP.Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkansatu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalansahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagaiangan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negarayang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’.

Page 12: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2

Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara danmengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Page 13: Bahasa Melayu 2-Memorandum Fenomena Kes Buli -Bm2