46
1 1.0 PENGENALAN Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan Buku Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah (KPM:1994) seperti yang dipetik oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) dalam buku mereka, ponteng kelas didefinisikan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di kelas tanpa kebenaran daripada guru. Dalam pada itu, Abdullah Sani Yahaya (2005) pula menjelaskan bahawa gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Masalah ponteng sekolah ini juga dikatakan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas seterusnya menjejaskan prestasi murid berkenaan. Ponteng kelas atau lebih teruk lagi ponteng sekolah bukan perkara baru kerana fenomena ini berlaku sejak sekian lama atas pelbagai faktor. Masalah ini sukar dibendung walaupun telah banyak usaha dilaksanakan. Semua pihak kadang-kala menuding jari ke arah satu sama lain apabila kadar murid ponteng sekolah tidak berjaya dikurangkan pada jumlah besar dan masalah ponteng ini berlaku di sekolah seluruh negara sama ada kawasan bandar atau luar bandar. Jika diimbas kembali beberapa tahun ke-belakang, iaitu pada tahun 2010, satu statisitik telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memperihalkan mengenai pengurangan kes

Asaimen Moral Sem 8 2015 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

moral sem 8 ppg

Citation preview

Page 1: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

1

1.0 PENGENALAN

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ponteng didefinisikan sebagai tingkah

laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan Buku

Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah (KPM:1994) seperti yang dipetik

oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) dalam buku mereka, ponteng kelas

didefinisikan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di kelas tanpa kebenaran

daripada guru. Dalam pada itu, Abdullah Sani Yahaya (2005) pula menjelaskan bahawa

gejala ponteng ini adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak

mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di

dalam bilik darjah. Masalah ponteng sekolah ini juga dikatakan mengganggu sesi

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas seterusnya menjejaskan prestasi

murid berkenaan.

Ponteng kelas atau lebih teruk lagi ponteng sekolah bukan perkara baru kerana

fenomena ini berlaku sejak sekian lama atas pelbagai faktor. Masalah ini sukar

dibendung walaupun telah banyak usaha dilaksanakan. Semua pihak kadang-kala

menuding jari ke arah satu sama lain apabila kadar murid ponteng sekolah tidak berjaya

dikurangkan pada jumlah besar dan masalah ponteng ini berlaku di sekolah seluruh

negara sama ada kawasan bandar atau luar bandar.

Jika diimbas kembali beberapa tahun ke-belakang, iaitu pada tahun 2010, satu

statisitik telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memperihalkan

mengenai pengurangan kes masalah disiplin di sekolah. Dalam artikel tersebut, jelas

dicatatkan kadar pengurangan bagi kesalahan yang melibatkan masalah disiplin murid

di sekolah dan di luar sekolah seperti gangsterisme, vandalisme, buli dan sebagainya.

Hal ini termasuklah kes disiplin yang melibatkan gejala ponteng dalam kalangan murid

yang mengalami penurunan dalam tahun tersebut.

Namun, statistik ini saban tahun dilihat makin mengalami peningkatan seakan-

akan tiada titik noktah ditemui bagi menyelesaikannya. Buktinya, baru-baru ini, isu dan

gejala ponteng dalam kalangan murid semakin hangat dilaporkan dan dipaparkan di

dada akhbar, media elektronik dan sebagainya. Misalnya, pada 2011, negara pernah

dikejutkan dengan berita mengenai isu gelaja ponteng sekolah di daerah Kuantan yang

Page 2: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

2

melibatkan lebih kurang 1200 orang pelajar dalam tempoh sepuluh bulan pertama

tahun 2011. Isu-isu ini kelihatan seperti biasa dan sering dilaporkan, namun hakikatnya

tanpa kita sedar bermula dengan gejala ponteng inilah, akhirnya membawa kepada

kesalahan jenayah yang serius dan besar. Hal-hal yang berlaku ini juga jelas

menunjukkan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia semakin mengalami

peningkatan dan membimbangkan.

Meskipun murid lelaki lebih terkenal dengan aktiviti ponteng sekolah, namun

murid perempuan juga tidak terkecuali daripada terjebak dalam kegiatan ini yang

mungkin menyebabkan terjerumus ke kancah jenayah. Oleh itu, ponteng dikatakan

pembuka jalan kepada semua kegiatan jenayah. Masalah ponteng yang tidak ditangani

akan membawa kepada pelbagai unsur negatif seperti gangsterisme, vandalisme dan

merokok.

Sumber Berita Harian

Petikan artikel dalam keratan akhbar di atas sememangnya jelas

menggambarkan betapa kroniknya gejala ponteng sekolah ini yang mampu

menyumbang kepada pelbagai masalah tingkah laku negatif yang lain. Isu ini dapat

diumpamakan seperti barah atau virus penyakit dalam kalangan masyarakat kerana ia

memperlihatkan isu sosial yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat,

terutamanya golongan murid di sekolah. Impaknya juga bukan sahaja boleh dinilai dari

segi tingkah laku murid tersebut yang semakin bermasalah atau sebagainya, malah

dalam hal ini pihak sekolah juga boleh terkena tempiasnya ekoran daripada gejala

murid ponteng sekolah yang sukar untuk dikawal. Lebih membimbangkan lagi, hal ini

“……..akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam

pelajaran,

malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti

penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman

keras, seks bebas, perjudian dan melepak.”

Page 3: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

3

akan berlarutan menjadi isu sosial seterusnya mampu menjejaskan imej sistem

pendidikan negara.

1.1 Definisi Moral

Pemahaman mengenai “apa itu moral” bagi setiap orang adalah berbeza. Pada

umumnya ahli-ahli falsafah mengatakan bahawa moral hanya ditujukan kepada

makhluk-makhluk yang rasional sahaja. Konsep moral ini tidak ditujukan kepada

makhluk yang tidak berpandukan kepada prinsip-prinsip rasionaliti. Haiwan yang

melakukan perbuatan tidak senonoh ditempat terbuka seperti membuang air besar atau

membuang air kecil tidak dianggap tidak bermoral kerana mereka tidak tahu prinsip-

prinsip rasionaliti. Berbanding manusia yang membuang air besar atau air kecil di

tempat terbuka dianggap tidak bermoral dan melakukan kesalahan kerana norma dan

undang-undang dalam masyarakat yang mengharamkan perbuatan tersebut.

Moral bermaksud “concerned with principles of right and wrong behavior” (Oxford

Advanced Learner’s Dictionary: 2005). Manakala dalam kamus dewan (1986) pula,

moral bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan atau

yang berkaitan dengan betul atau salah. Moral juga berasal dari Bahasa Latin iaitu

moralitas yang bermaksud adat, kebiasaan, sopan, tradisi, budi pekerti, dan sebagainya

yang mempunyai kaitan dengan peraturan dan piawaian dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakat telah menentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan suara

majoriti. Jika sekumpulan remaja menunggang dengan laju dan membahayakan orang

lain. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral. Sebaliknya jika seorang remaja

menunggang motor mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan

maka mereka dianggap bermoral.

Pemahaman mengenai moral ini tidak spesifik dan bersifat dinamik mengikut

sejarah dan tatacara hidup sesebuah masyarakatberkenaan (Dorothy Emmet: 1979).

Moral terbahagi kepada dua iaitu baik yang bermaksud segala tingkah laku yang

dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Ianya tidakmemudaratkan individu berkenaan dan

juga masyarakat di sekelilingnya. Manakala burukpula bermaksud suatu tingkah laku

yang dikenal pasti oleh etika sebagai tidakbaik dan memberi kemudaratan kepada diri

Page 4: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

4

dan juga orang di sekelilingnyaMoral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan

ajaran, peraturan, adat danagama yang ditetapkan oleh masyarakat.

Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan bagaimana manusia harus

hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik. Moral melibatkan perhubungan

manusia dengan alam semula jadi, perhubungan dengan makhluk lain, perhubungan

manusia antara manusia dan perhubungan manusia dengan bukan manusia. Manusia

yang tidak memiliki moral disebut “amoral” ertinya seseorang individu yang telah

terpesong atau lari dari landasan akhlak yang sebenar atau tidak memiliki nilai positif di

mata masyarakat lain. Dari segi pendekatan kajian moral terdapat dua pendekatan.

pendekatan pertama adalah pendekatan saintifik iaitu merujuk kepada kajian saintifik

terhadap tingkah laku manusia. Pendekatan kedua pula merupakan pendekatan

normatif atau standard dan preskriptif yang juga dikenali sebagai pendekatan falsafah.

Ia terdiri daripada tiga elemen iaitu egoism, atruism dan utilitarianism.

Egoism iaitu manusia seharusnya bertindak mengikut kepentingan peribadi.

Terdapat dua jenis egoism iaitu psychological egoism dan ethicalegoism. Psychological

egoism membawa maksud pandangan masyarakat tentang kelakuan manusia atau

keinginan manusia dalam mencapai sesuatu manakala ethical egoism adalah tentang

teori apa yang harus diikuti oleh manusia dalam budaya sebenar masyarakat.

Kewujudan dua egoism akan menimbulkan dilema moral kepada kita. Atruism pula

adalah manusia seharusnya sentiasa bertindak mengikut kepentingan orang lain.

Utilitarianism berkonsep manusia seharusnya sentiasa bertindak kepentingan semua

orang termasuk kepentingan peribadi.

Moral secara ekplisit adalah hal-hal yang berhubungan dengan proses

sosialisasi. Tanpa moral proses sosialisasi tidak akan berlaku. Moral pada zaman

sekarang mempunyai nilai implisit kerana ramai orang yang mempunyai moral atau

sikap “amoral” itu mempunyai sudut pandang yang sempit. Moral adalah nilai mutlak

dalam kehidupan bermasyarakat secara utuh. Penilaian terhadap moral diukur dari

kebudayaan masyarakat setempat. Moral adalah perbuatan atau tingkah laku ataupun

ucapan seseorang dalam berinteraksi dengan manusia. Apabila yang dilakukan

seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang berlaku dalam masyarakat tersebut dan

Page 5: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

5

dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dinilai

mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya. Moral adalah produk dari budaya

dan agama.

Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan

dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan

moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya

sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti oleh sesebuah masyarakat. Ia

juga merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu

tingkah laku berdasarkan pandangan sejagat dan budaya sesuatu masyarakat. Moral

disamakan dengan etika.

Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa “moral dan

etika selalunya mempunyai makna yang sama. Moral bersifat praktikal kerana ia

merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu

masyarakat. Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan

mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika

manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pihak kementerian telah berpendapat bahawa kesedaran perlu diwujudkan dalam

masyarakat dengan keperluan dan kepentingan bahawa anggota masyarakat perlu

dibabitkan dalam usaha menangani masalah murid ponteng. Sehubungan dengan itu,

Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah diwujudkan sebagai pecahan daripada

Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin Murid Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pasukan ini dimantapkan dengan menggemblengkan tenaga daripada Jabatan

Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Polis Diraja Malaysia, Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG).

Jawatankuasa Kemahuan Felda juga digalakkan untuk menyertai pasukan

supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab memujuk murid yang ponteng

Page 6: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

6

supaya kembali ke sekolah. Murid yang ponteng tidak boleh ditangkap kerana tiada

peruntukan undang-undang membenarkannya dan ponteng sekolah adalah kesalahan

dalam sekolah. Maknanya hanya sekolah yang berhak menghukum mereka.

Oleh itu, pasukan ini menggunakan pendekatan memujuk murid yang ponteng

supaya tidak berbuat demikian. Peranan guru bimbingan dan kaunseling amat

diperlukan. Polis dalam pasukan ini akan bertindak jika murid yang ponteng ini terlibat

dengan kegiatan jenayah seperti gengsterisme atau dadah. Polis akan turut serta dalam

operasi pasukan membanteras aktiviti ponteng.

PBT dikaitkan dalam pasukan ini kerana mempunyai kuasa terhadap premis di

luar sekolah termasuk pusat hiburan, kafe siber dan pusat permainan yang sepatutnya

tidak membenarkan murid bawah umur atau berpakaian uniform sekolah daripada

memasuki premis mereka. Pemilik premis boleh dikenakan tindakan undang-undang

jika mereka didapati membenarkan murid berpakaian sekolah atau bawah umur

memasuki kedai mereka.

Semua PPD dan Pejabat Pendidikan Gabungan Seluruh Negara iaitu 137

semuanya sudah menubuhkan Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah bertujuan

mengatasi masalah itu. Sistem Aduan Disiplin juga diwujudkan bagi memudahkan

usaha mengenal pasti dan mengatasi masalah disiplin murid menerusi saluran seperti

hotline, e-mel, faksimili, surat, akhbar serta laman web.

Kebiasaannya mereka saling mempunyai nombor telefon untuk memudahkan

PIBG atau NGO menghubungi anggota pasukan bagi melaporkan mengenai aktiviti

ponteng sekolah di kawasan mereka. Kementerian sedar bahawa usaha yang diadakan

untuk menangani masalah ponteng seolah-olah tidak memberi keberkesanan kerana

ketiadaan implikasi undang-undang terhadap murid.

Kementerian membincangkan pelbagai tuntutan pelaksanaan undang-undang

terhadap murid termasuk berkaitan dengan Akta Kanak-Kanak 2001 supaya tindakan

lebih tegas diambil terhadap murid ponteng. Namun, buat masa ini perkara yang boleh

dilakukan ialah permuafakatan antara semua pihak amat penting bagi mengatasi

masalah itu.

Page 7: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

7

Walaupun banyak cara yang dilakukan untuk membanteras masalah ponteng

sekolah, masalah ini tetap berlaku. Kita perlu faham bahawa masalah ini merupakan

tanggungjawab sosial semua pihak dan kementerian mengharapkan lebih banyak

penyertaan NGO bagi menangani masalah ponteng sekolah.

Namun begitu, masalah ini masih berada pada tahap yang masih terkawal

dengan adanya penurunan dalam jumlah murid ponteng sekolah. Malaysia mempunyai

5.5 juta murid di seluruh negara dan menurut rekod hampir 30,000 daripadanya dikesan

melakukan aktiviti ponteng setiap tahun.

Penubuhan jawatankuasa induk menangani masalah disiplin berjaya

mengurangkan kes disiplin dan salah laku daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada

2.10 peratus pada 2007. Pasukan Petugas Anti Ponteng Sekolah yang diwujudkan di

semua PPD juga berjaya mengurangkan bilangan kes ponteng daripada 24,227

(0.47%) kepada 21,134 (0.39%).

Jumlah murid ponteng meningkat pada musim hujung tahun iaitu apabila sesi

peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) selesai dan murid mula bosan

untuk hadir ke sekolah. Malah, kementerian tidak menolak kewujudan ibu bapa sendiri

yang turut menggalakkan anak supaya tidak ke sekolah apabila sesi peperiksaan tamat

atas pelbagai alasan.

Ada juga ibu bapa sendiri yang mungkin sudah merancang untuk membawa

anak bercuti. Jadi mereka tidak kisah jika anak ponteng sekolah terutama beranggapan

tiada perkara penting yang perlu dibuat di sekolah. Oleh itu, sekolah memainkan

peranan yang amat besar untuk memberi galakan kepada muridnya supaya berminat

terus menghadiri sesi persekolahan hingga tamat sepenuhnya sebelum cuti panjang.

Justeru itu, saya memilih masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar

untuk menyiapkan tugasan ELM 3043E. Dalam kajian ini, saya akan mengupas

berkenaan faktor-faktor berlaku masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dan

langkah-langkah untuk mengatasinya.

Page 8: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

8

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau punca masalah salah laku pelajar di sekolah dan

cara untuk mengatasinya. Fokus utama kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti faktor-faktor berlakunya gejala ponteng sekolah dalam kalangan

pelajar.

2. Mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membendung

masalah ponteng sekolah daripada terus berlaku.

3. Mengenal pasti peranan guru Pendidikan Moral dalam membendung masalah

ponteng sekolah daripada terus berleluasa.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Untuk mencapai objektif-objektif kajian yang dijelaskan, berikut disenaraikan persoalan-

persoalan kajian yang cuba dijawab dalam kajian ini:

1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terjebak dalam gejala ponteng

sekolah.

2. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah

ponteng sekolah dalam kalangan pelajar di sekolah.

3. Apakah peranan guru Pendidikan Moral dalam usaha membendung gejala

ponteng sekolah daripada terus berleluasa.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Faktor-faktor Berlakunya Masalah Ponteng Sekolah

Tingkah laku ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor.

Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor kurangnya kasih sayang serta

pemantauan daripada ibu bapa, kurang berminat dengan pengajaran dan pembelajaran

Page 9: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

9

di sekolah, peraturan sekolah yang terlalu ketat, pengaruh rakan sebaya, mencari

keseronokan, dan tekanan ekonomi. Pengaruh dominan yang diketengahkan ini tidak

lain dan tidak bukan adalah untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku ponteng

sekolah. Hal ini demikian kerana golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat

dalam mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara pada masa depan.

5.1.1 Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa

Marcapada ini, punca pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang

pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Malah, terdapat segelintir ibu

bapa yang telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa. Buktinya, ibu

bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka

bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat

menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Kemudian, anak-anak akan cuba

menggunakan cara lain iaitu dengan cara menunjukkan tingkah laku negatif seperti

ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa

mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka

memonteng sekolah dan kesannya “teman baru” ini akan mengajak mereka pergi ke

tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan

pelajarannya.

Pada kebiasaannya, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi murid-

murid yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu selama tiga hari berturut-

turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak

mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan

harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini

secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang

berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak mereka. Keadaan ini

juga memberi rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng

sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah

dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah

turut menyumbang ke arah masalah ini.

Page 10: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

10

5.1.2 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah

Sekolah merupakan gedung ilmu iaitu merupakan tempat menuntut ilmu bagi

seseorang pelajar. Pelajar akan mempelajari segala macam ilmu yang bermanfaat

semasa berada di sekolah. Malangnya, sejak akhir-akhir ini pelajar acapkali ponteng

sekolah. Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap

pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi

kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata

pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah,

matematik, sains, geografi dan sebagainya.

Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka

mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan

akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya

kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan

pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka

kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa.

Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak

dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

5.1.3 Peraturan sekolah yang terlalu ketat

Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda

oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka

yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak

dapat didenda oleh cikgu.

Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan

untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini

juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan

Page 11: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

11

mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang

kecil.

5.1.4 Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam

mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya

mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak

berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan

mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah

akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat

membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng

sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke

sekolah.

5.1.5 Mencari Keseronokan

Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan

keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang

ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya

pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi.

Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah.

Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada

unsur-unsur hiburan.

5.1.6 Tekanan Ekonomi

Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk

pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh

rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif

bagi memenuhi masa lapang mereka. Disebabkan kedudukan ekonomi yang rendah,

maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan

Page 12: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

12

tanggungjawab kepada anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng

kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh sebab keletihan mereka tidak

berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

Rajah 1 : Faktor-faktor Masalah Ponteng Sekolah

5.2 Langkah-Langkah Menangani Masalah Ponteng Sekolah

5.2.1 Tindakan Yang Perlu Dilaksanakan Ibu Bapa

Pertama ialah memastikan anak-anak tiba di sekolah. Tanggungjawab ibu bapa sangat

jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah

dan tiba di sekolah. Ibu bapa perlu memastikan walau dengan pelbagai cara sekalipun

supaya anaknya tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks

beli belah jika di kawasan bandar atau rumah kosong atau tepi sungai bagi murid di luar

bandar.

Keduanya ialah ibu bapa mestilah memeriksa jadual waktu harian anak. Ibu bapa

sepatutnya menyemak buku anak setiap hari dan bandingkan dengan jadual waktu

harian. Setiap hari, pasti ada tambahan catatan di buku murid dan apabila tiada nota

langsung di setiap buku dalam beg anak, ibu bapa perlu ada rasa curiga sama ada

anak mereka ponteng atau tidak.

Faktor-Faktor Berlakunya

Ponteng Sekolah

Kurang pemantauan Ibu

Bapa Kurang berminat

terhadap PdP di Sekolah

Peraturan Sekolah terlalu

ketatTekanan Ekonomi

Mencari Keseronokan

Pengaruh Rakan Sebaya

Page 13: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

13

Sebarang yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama

ada anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Kewujudan pakaian lain untuk

menukar uniform lain atau untuk menukar uniform sekolah juga mungkin petanda anak

melencong ke tempat lain.

Ketiganya ialah ibu bapa perlu sering berhubung dengan sekolah. Tidak salah

jika ibu bapa yang prihatin menghubungi sekolah pada waktu persekolahan untuk

bertanya sama ada anak mereka hadir ke sekolah atau tidak tanpa perlu menunggu

surat pemberitahuan daripada sekolah jika anak gagal ke sekolah. Ibu bapa mestilah

memerhatikan gerak-geri anak mereka dengan kerap berhubung dengan pihak sekolah

atau bertanya rakan anak atau pemandu bas sekolah.

5.2.2 Tindakan Disiplin Sekolah

Bagi murid yang ponteng tiga hari berturut-turut, pihak sekolah akan menghantar surat

pemberitahuan kepada ibu bapa jika murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut

tanpa alasan kukuh.

Murid boleh dikenakan tindakan diberhentikan sekolah kecuali murid sekolah

rendah jika ponteng 30 hari berturut-turut tanpa sebab. Selain itu, mereka juga

dikenakan tindakan jika ponteng 60 hari berselang-seli tanpa sebab.

5.2.3 Pendekatan Teori-teori Psikologi Dalam Mengurangkan Gejala Ponteng Sekolah.

Ada beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang gejala ponteng di kalangan

pelajar. Antara teori yang digunakan ialah:

1. Teori Pendekatan Kognitif.

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada

Page 14: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

14

proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran

belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky,

Gagne, Bruner dan Ausubel.

Bagi mengelakkan berlakunya gejala ponteng ini terjadi, seorang guru perlu

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai sesuatu yang

menarik hati pelajar-pelajarnya. Kebiasaannya pelajar akan lebih berminat dan

mengambil bahagian dalam pembelajaran sekiranya mereka diterima dan dilayan

dengan baik oleh para guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu amatlah penting bagi

guru memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen iaitu

nada suara , budi bahasa, tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif.

Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari semasa ke semasa bagi menjadikan

suasana pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah.

Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang semasa

menyampaikan maklumat kepada pelajar. Suara seorang guru mesti memikat naluri

dan minat pelajar untuk memberi tumpuan dan menghayati pengajaran yang

disampaikannya. Guru mesti bersifat tenang dan tidak menengking pelajar sekiranya

berlaku sebarang kekecohan dalam bilik darjah.

Guru harus menggunakan perkataan-perkataan yang bersopan seperti ‘sila

duduk’, ‘tolong berhenti cakap’, memanggil pelajar dengan menggunakan nama mereka

dan juga elakkan daripada menggunakan kata-kata sindiran. Dengan ini, wujudlah sifat

saling hormat-menghormati antara guru dan murid-murid. Guru harus menunjukkan

teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar dapat mempelajari tingkah laku, berbudi

bahasa dan bersopan santun. Justeru, pelajar tidak akan mempunyai perasaan takut

untuk datang ke sekolah sekali gus dapat mengelakkan berlakunya kegiatan ponteng

sekolah.

Pendekatan kognitif memang mengaplikasikan konsep-konsep yang penting

dalam segala amalan pembelajaran. Semua ahli psikologi yang memberi penekanan

Page 15: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

15

kepada teori kognitif memberi penekanan kepada perkembangan mental pelajar secara

keseluruhan. Alam belajar yang kondusif akan merangsangkan lagi tahap pemikiran

pelajar dan guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

2. Teori Konsep Kendiri

Roger (1977) mengemukakan teori konsep kendiri yang mengandungi dua konsep iaitu

organisme dan kendiri manusia. Organisme adalah pusat segala pengalaman yang

melibatkan kesedaran bagi sesuatu masa. Kendiri meliputi apa yang kita percaya

mengenai diri sendiri dan cara menilai setiap ciri-ciri diri sama ada ciri itu adalah

kelebihan ataupun kelemahan. William Jame (1998) juga menyatakan bahawa ‘saya’

dapat diperolehi daripada pengalaman sosial. Sering kali individu memberi perhatian

pada apa yang dikatakan oleh orang yang rapat seperti ibu bapa, rakan sebaya dan

guru mengenai dirinya daripada aspek personaliti, sikap, nilai, rupa wajah dan

sebagainya. Akibatnya, penilaian yang dilakukan dengan pelbagai cara dapat

mencerminkan pandangan orang lain pada diri sama ada secara positif atau negatif.

Roger (1977) mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa.

Pembentukan personaliti secara umumnya adalah sama bagi semua individu. Oleh itu,

pelajar yang tidak bermasalah disiplin, biasanya latar belakang keluarganya mempunyai

konsep harga kendiri yang amat tinggi. Pelajar ini juga mendapat kasih sayang dan

sokongan daripada ibu bapa mereka.

Roger (1977) mempercayai palajar yang mempunyai masalah dan melakukan

tindakan negatif boleh dididik oleh ibu bapa dengan memberikan sedikit sikap prihatin

terhadap anak mereka. Ibu bapa perlu menghormati pendapat anak mereka dan

membetulkan kesilapan dengan hukuman yang sesuai. Ibu bapa harus meneliti remaja

di luar kawasan rumah atau sekolah. Prinsip teori konsep kendiri dalam pendidikan

adalah guru dan ibu bapa perlu mengadakan hubungan yang mesra dengan pelajar.

Dengan adanya hubungan yang mesra dengan pelajar, pelajar akan meluahkan isi hati

mereka dan dapat mengelakkan gejala negatif seperti ponteng sekolah.

Page 16: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

16

3. Teori Pertukaran Sosial

B. F Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan pada keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Hubungan interpersonal pelajar juga dapat

dilihat daripada aspek peneguhan. Menurut B. F Skinner (1953) ganjaran yang

diperolehi daripada rakan sebaya adalah tinggi berbanding dengan kos, maka nilai hasil

perhubungan interpersonal yang tinggi. Kos adalah masa, emosi, dan tenaga serta

perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh membina hubungan persahabatan.

Pelajar pada peringkat kepuasan akan belajar membandingkan hasil hubungan

interpersonalnya dengan paras perbandingan dirinya. Seterusnya pelajar akan

membuat keputusan sama ada hubungan perlu diteruskan atau tidak. Paras

perbandingan yang alternatif, pelajar dapat membandingkan hasil hubungan

interpersonal yang baru. Pelaburan termasuk wang dan masa yang dilaburkan dalam

menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Menurut Levinger (1980), daya tarikan menjadi pemangkin utama dalam

pemilihan rakan baru. Pelajar pada peringkat pembinaan hubungan, mereka akan

melihat sama ada rakannya seiras dengan dirinya dari segi sikap dan minat. Pada

peringkat pertambahan sengit, kedua-dua rakan akan mengalami konflik yang serius

dan tidak dapat diselesaikan. Seterusnya, perkembangan hubungan interpersonal itu

akan mencapai peringkat penamatan.

McAdam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai

keperluan bergabung yang tinggi akan menyertai aktiviti sosial secara aktif. Oleh itu

pelajar lebih cenderung untuk membentuk kumpulan dan ponteng sekolah. Beliau

berpendapat bahawa sahabat yang terbaik bagi pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri

yang sama dengan mereka iaitu dari segi umur, jantina, keturunan, matlamat

pendidikan dan pencapaian.

Menurut Anderson (1968), sifat fizikal, personaliti pengetahuan dan status sosial

merupakan sifat yang penting untuk membina hubungan interpersonal yang baik

Page 17: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

17

dengan persekitaran. Penyelidik berpendapat bahawa sifat-sifat di atas ini perlu wujud

bagi membina hubungan mesra dengan keluarga, guru dan masyarakat sekeliling

Oleh itu, berdasarkan tajuk penyelidikan, hubungan interpersonal pelajar dengan

keluarga, rakan sebaya, guru dan rakan sebaya adalah amat penting. Perhubungan ibu

bapa yang rapat dengan anak remaja dapat mewujudkan pelajar yang berdisiplin di

sekolah dan dapat mengelakkan gejala ponteng.

4. Teori Sosial Bandura

Gejala ponteng merupakan tindakan agresif kerana ponteng wujud hasil cetusan

kebosanan pelajar. Teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng di

kalangan pelajar. Teori sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang

berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu. Ini bererti persekitaran akan

mempengaruhi tingkah laku. Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada peraturan

sosial sesuatu masyarakat dan tempat. Teori pembelajaran sosial adalah mengelakkan

konsep-konsep seperti dorongan dan pengurangan dorongan bagi mereka yang

percaya bahawa tingkah laku adalah telah ditetapkan.

Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku

daripada orang lain dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya

mempersembahkan tingkah laku tersebut. Persembahan ini akan dikawal dan diproses

oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui motivasi yang diberikan. Bandura

(1977), juga mendapati bahawa kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif

selepas menonton filem tingkah laku yang agresif.

Bandura (1977), juga menekankan bahawa manusia akan mempelajari standard

peribadi yang berkaitan dengan peneguhan dan dendaan yang digunakan untuk menilai

tingkah laku sendiri. Pembelajaran cerapan adalah individu belajar sesuatu tingkah laku

dengan melihat dan kemudian melakukannya dalam bentuk tingkah laku initatif

(peniruan) atau bukan initatif.

Bandura (1977) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi

persekitaran. Persekitaran yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu

juga mempengaruhi kedua-dua tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1977),

Page 18: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

18

menyatakan walaupun terdapat interaksi antara individu, persekitaran dan tingkah laku,

setiap satu daripada komponen tersebut boleh lebih mempengaruhi daripada yang lain.

Ini bermakna kepercayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas tindakan

yang akan dilakukan oleh seseorang.

5. Teori Pelaziman Operan

Walaupun idea pelaziman operan berasal daripada Edward Thorndike, namun B.F.

Skinner (1904-1990) adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan pelaziman operan.

Beliau merupakan tokoh utama dalam behaviorisme yang mendakwa bahawa

penyebab kepada tingkah laku terdapat dalam persekitaran dan bukan akibat daripada

peristiwa-peristiwa mental dalaman seperti pemikiran, perasaan, atau persepsi.

Peristiwa-peristiwa mental dalaman itu sendiri sebenarnya merupakan satu tingkah

laku, dan seperti bentuk tingkah laku yang lain, adalah dibentuk dan ditentukan oleh

persekitaran.

Dalam pelaziman operan, peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku.

Peneguhan akan mengikuti tindakan yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan

tingkah laku tidak ponteng akan memperolehi peneguhan (pujian) dan peneguhan ini

memperkuatkan lagi tingkah lakunya (iaitu cenderung untuk hadir pada masa akan

datang). Dengan itu, dalam pelaziman operan, subjek adalah diperteguhkan oleh kesan

atau konsekuen yang menyeronokkan (pujian). Dua jenis peneguhan operan dikenal

pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang

positif, agar tingkah laku akan sering diulang kembali. Tingkah laku tidak ponteng

menyebabkan murid menerima peneguhan positif iaitu pujian. Dalam bahasa umum, ia

dirujuk sebagai ganjaran positif. Apabila melakukan tingkah laku yang betul, kita

biasanya menerima ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun material. Tingkah

laku yang sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerak balas

operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh positif.

Page 19: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

19

Peneguh positif dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh sekunder dan

peneguh sosial.

Peneguh asas merujuk kepada peneguh yang secara semulajadi adalah

meneguhkan dan tidak perlu diperolehi melalui pembelajaran. Contohnya seperti

makanan, air, kehangatan, rangsangan, aktiviti fizikal, dan kepuasan seksual. la kadang

kala dinamakan sebagai peneguh yang tidak dipelajari. Peneguh sekunder merujuk

kepada peneguh yang memainkan bahagian penting dalam pelaziman operan.

Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi peneguh kerana ia

dikaitkan dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh sekunder,

kerana wang dikaitkan dengan keupayaan membeli sesuatu yang kita kehendaki.

Peneguh sosial merujuk kepada peneguh yang bergantung kepada orang lain.

Peneguh sosial yang biasa adalah seperti kemesraan, perhatian, penerimaan,

pengiktirafan, senyuman, dan penghormatan. Peneguh positif ini hendaklah diberi

dengan kadar segera iaitu sebaik sahaja gerak balas. Jika ganjaran itu ditangguhkan

proses pembelajaran akan terbantut. Peneguh positif juga hendaklah diberi secara

konsisten. Jika pemberiannya tidak konsisten ia akan menjejaskan pembelajaran

terutama di peringkat awal pembelajaran. Peneguh positif juga mestilah sesuatu yang

bermakna kepada subjek iaitu sesuatu yang menyenangkan atau mengembirakan.

Peneguhan negatif adalah peneguh yang tidak semestinya terdiri daripada

peristiwa-peristiwa yang positif. Dalam situasi tertentu konsekuen peneguhan adalah

melalui penyingkiran atau penghindaran peristiwa negatif. Contohnya, pelajar yang

sering dileteri oleh guru kerana lewat masuk kelas, maka pelajar tersebut akan ponteng

untuk mengelakkan diri daripada dileteri. Tindakan ponteng itu akan meneguh tingkah

laku anda, iaitu pada masa akan datang anda akan bertingkah laku untuk mengelakkan

daripada dileteri oleh guru anda.

Semasa pelaziman lepas diri, operan (tingkah laku) adalah diperteguhkan kerana

tingkah laku tersebut memberhentikan (membuang) peristiwa yang berlaku yang

dirasakan tidak menyenangkan. Misalnya, jika pelajar yang melakukan ponteng,

mereka akan didenda cuci tandas. Pada masa akan datang mereka akan didenda cuci

tandas apabila didapati ponteng sekolah. Tingkah laku mencuci tandas itu telah

Page 20: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

20

diperteguhkan, supaya peristiwa negatif itu diberhentikan. Pelaziman lepas diri

merupakan satu bentuk peneguhan negatif kerana sesuatu yang negatif telah

dihilangkan (dikurangkan). la dipanggil pelaziman lepas diri kerana individu mahu

melepaskan diri daripada sesuatu yang negatif.

Dalam pelaziman menghindar, tingkah laku mempunyai konsekuen yang boleh

menyebabkan sesuatu yang negatif tidak akan terjadi atau berlaku, yang sebaliknya

kemungkinan akan berlaku. Misalnya, kita pernah dimarahi oleh ibu kerana tidak

mengemas bilik tidur. Maka kita akan mengemas bilik tidur setiap pagi untuk

menghindarkan diri daripada dimarahi ibu. Ini kerana tingkah laku mengemas bilik

adalah diperteguhkan dengan mengelakkan diri daripada sesuatu yang negatif

(dimarahi).

Teknik yang paling berkesan ialah menggunakan pendekatan B.F Skinner.

Menurut Skinner (1932), sebelum kita mengubah perlakuan sesuatu organisma, kita

hendaklah bermula dengan mengenal pasti potensi organisma dan apa yang hendak

diubah. Skinner juga berpendapat sesuatu respon perlakuan terakhir boleh dihapuskan

melalui ganjaran atau hukuman.

Page 21: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

21

Rajah 2: Langkah-langkah Menangani Masalah Ponteng Sekolah

5.3 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Menangani Masalah Ponteng

Sekolah

Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan jika pelajar

itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingannya dalam

pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat

membawa kajayaan dalam pada masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah dan

sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa,

pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus

dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya

dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita.

Langkah-Langkah

Menangani Masalah Ponteng Sekolah

Tindakan Ibu Bapa

Tindakan Unit

Disiplin Sekolah

Pendekatan Teori-Teori

Psikologi

Page 22: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

22

Sebenarnya, guru-guru juga berasa tertekan dengan perlakuan para pelajar yang

terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Pertamanya ialah berasa kerugian kerana tidak

dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng

sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Keduanya ialah menganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan

merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang

kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar ponteng.

· Pelajar yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta

memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.

Selain itu, guru mestilah mampu mengenali emosi murid-murid dan mendalami

emosi mereka. Contohnya ialah memberikan perhatian serentak kepada emosi dan

pengajaran. Maknanya, kita sebagai guru mestilah menerapkan nilai murni dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran agar mereka menyedari pentingnya datang ke sekolah.

Guru juga mestilah memberi tunjuk ajar kepada murid tentang strategi

mengendalikan masalah emosi. Murid-murid sebenarnya masih belum matang dalam

kawalan emosi. Mereka kekurangan pengalaman dan belum mampu berfikir seperti

orang dewasa. Oleh itu, guru mestilah melatih mereka mengawal emosi agar sentiasa

tenang dalam hadapi cabaran, bukannya memilih jalan pintas dengan ponteng sekolah.

Seterusnya ialah guru mestilah mengambil tindakan apabila murid-murid berada

di luar sekolah. Guru perlu berjumpa dengan ibu bapa atau dengan murid yang ponteng

tersebut secara persendirian. Pada masa ini, guru mestilah menasihati dengan cara

psikologi. Perkara ini mestilah dipelajari tentang ilmu-ilmu kaunseling.

Pemantauan ke atas kehadiran murid ke sekolah mestilah ditegaskan. Bukannya

sekadar mencatit kehadiran tetapi tiada tindakan. Jika begitu tiada gunanya sistem

buku rekod kehadiran dilaksanakan.

Page 23: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

23

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah

tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan

Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada.

Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan

membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan

Moral disekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-

kanak kearah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral

tinggi dan jitu.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan

objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan

anak didiknya. Di bawah rancangan KSSR dan KBSR, nilai-nilai murni diterapkan bukan

sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran

yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KSSR dan KBSR digubal

berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi

individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang.

Oleh itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar

sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam

kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan

melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung.

Page 24: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

24

5.4 Hasil Kajian Kes

Jadual 1: Peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah (2014) SK Ho Seng Ong Methodist

KELAS JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI PURATA

TAHUN 1 91.10 95.00 96.60 94.40 93.00 93.40 92.10 93.66

TAHUN 2 97.01 97.38 96.13 97.84 94.71 94.84 94.97 96.13

TAHUN 3 91.69 93.51 96.27 92.58 91.00 89.00 90.30 92.05

TAHUN 4 91.62 87.50 89.20 85.74 85.10 84.84 82.07 86.58

TAHUN 5 90.13 89.74 97.91 96.36 94.07 90.56 90.74 92.79

TAHUN 6 96.29 94.07 94.21 96.12 94.44 92.28 92.59 94.29

PURATA 92.97 92.87 95.05 93.84 92.05 90.82 90.46 92.58

Rajah di atas menunjukkan peratusan kehadiran murid ke sekolah mengikut bulan dari

bulan Januari hingga Julai pada tahun 2014. Peratus paling tinggi ialah kehadiran murid

Tahun 2 pada bulan April iaitu 97.84% manakala paling sedikit ialah kehadiran murid

Tahun 4 pada bulan Julai iaitu 82.07%.

Purata peratusan kehadiran paling tinggi mengikut bulan pula ialah Mac iaitu

95.05% manakala paling sedikit ialah Julai iaitu 90.46%. Purata peratusan kehadiran

paling tinggi mengikut kelas pula ialah 96.13% iaitu kelas Tahun 2 manakala paling

sedikit ialah 86.58%.

Purata peratusan yang ingin dicapai bagi kehadiran ke sekolah ialah 95.00%.

Hanya kelas Tahun 2 sahaja yang melebihi purata peratusan yang ingin dicapai iaitu

96.13%. Sebaliknya, kelas lain semuanya di bawah purata peratusan tersebut.

Bulan Mac sahaja yang melebihi purata peratusan yang ingin dicapai iaitu

95.05% manakalah bulan-bulan lain tidak mencapai. Secara keseluruhannya, SK Ho

Seng Ong Methodist mencapai purata peratusan 92.58% mengikut jumlah kehadiran

semua mengikut kelas dan bulan.

Page 25: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

25

Rumusannya, SK Ho Seng Ong, Methodist, Taman Canning tidak mencapai

peratusan yang ingin dicapai iaitu 95.00% bagi kehadiran ke sekolah. Hal ini bermakna

sekolah ini mengalami gejala ponteng yang perlu dipandang serius. Oleh itu, saya akan

mengkaji kajian kes ini iaitu masalah gejala ponteng dalam kalangan sekolah rendah di

sekolah ini.

Berikut saya sertakan soalan temubual bersama Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid SK Ho Seng Ong, Methodist, Taman Cannig:

1. Adakah ketidakhadiran atau ponteng menjadi masalah di sekolah anda?

Setuju. Lebih-lebih lagi kepada murid di kelas hujung atau kelas yang bermasalah.

2. Adakah anda berfikir bahawa anda boleh meramalkan, di sekolah rendah,

kanak-kanak yang ponteng akan meneruskan pada masa hadapan

(contohnya di sekolah menengah)?

Tidak boleh ramal. Pemikiran kanak-kanak mungkin berbeza dengan remaja

semasa di sekolah menengah. Mungkin sekolah menengah mereka akan lebih

matang. Mungkin juga murid yang tidak pernah ponteng semasa di sekolah

rendah berubah semasa di sekolah menengah.

3. Apakah yang anda rasa tentang perkara yang menyebabkan gejala ponteng

sekolah?

Terdapat keluarga yang tiada kenderaan dan duit untuk membeli basikal.

Sesetengah murid berada di tempat tinggal yang jauh. Rata-rata mereka ingin

datang ke sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan tempat mereka belajar dan

bermain bersama-sama rakan

4. Adakah terdapat faktor-faktor risiko tertentu untuk ketidakhadiran (l, kanak-

Page 26: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

26

kanak, keluarga, latar belakang alam sekitar dan lain-lain)?

Bagi murid kelas hujung atau kelas kedua, kebanyakan mereka tidak hadir ke

sekolah kerana mempunyai masalah keluarga seperti tidak menitikberatkan

kehadiran ke sekolah dan akademik. Mereka menganggap pendidikan tidak

penting. Hanya ingin melepaskan tanggungjawab kepada sekolah sementara

mereka bekerja.

5. Adakah anda mempunyai apa-apa program dan tindakan yang telah

dilaksanakan?

Antara program dan tindakan yang dilakukan ialah Guru Penyayang, Surat

Amaran, Lawatan ke Rumah, Jemputan Ibu Bapa ke Sekolah, Anugerah

Kedatangan Penuh, Perjumpaan Bersama Ketua Kampung.

6. Bagaimanakah program dilaksanakan? Adakah berjaya? Adakah anda

melihat apa-apa keperluan untuk perubahan?

Kurang dapat kerjasama ibu bapa kerana ibu bapa tidak ada kesedaran.

7. Adakah terdapat apa-apa program yang anda belum melaksanakan, tetapi

anda berfikir berguna?

Program Bersama Ibu Bapa Anjuran PPD dan Kebajikan Masyarakat

8. Adakah anda fikir guru lain akan bersetuju dengan pendapat anda tentang

masalah-masalah yang menyebabkan ponteng sekolah?

Ya

Page 27: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

27

6.0 TINJAUAN LITERATUR

Di sekolah, ponteng kelas memang merupakan salah satu masalah disiplin yang tidak

boleh dielakkan. Ponteng kelas adalah disiplin yang dianggap sebagai suatu

penyakit berjangkit.

Berdasarkan Panduan bagi Mengikut Mengatasi Ponteng di Sekolah (KPM:1994)

mendefinisikan ponteng kelas:

‘……sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas

tanpa kebenaran daripada guru.’

Abdullah (2005:18) menjelaskan bahawa ponteng kelas adalah tindakan

seseorang pelajar yang tidak mengikut sesuatu pelajaran pada waktu yang sepatutnya

pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah.

Ismail (1992:3) menjelaskan bahawa masalah ponteng kelas boleh

menyebabkan pelajar-pelajar ketinggalan dalam pelajaran.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah

menjelaskan bahawa:

‘Laporan salahlaku pelajar sekolah… ponteng sekolah dan ponteng kelas

merupakan salah laku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar….’

Begitu juga,

‘……jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga

menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh membawa kesan negatif…

ketinggalan dalam pelajaran…… tindakan yang sewajar perlu

diambil bagi membanteras salah laku ponteng di sekolah…’

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 (1 Ogos 1986) menjelaskan langkah-

langkah keberkesanan disiplin sekolah. Dalam pekeliling ini dinyatakan bahawa:

‘…tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita

Page 28: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

28

kawal dan ubah, seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah

dan bilik darjah….’

Dalam Surat Pekeliling Ikthsas Bil. 18/1998 (2 Sept. 1998) telah menyarankan

tentang penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 (24 Sept 2001) memaklumkan bahawa

dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, semua guru adalah guru disiplin.

Setiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib.

Namun keseriusan kes ponteng kelas masih lagi berterusan. Dengan itu kajian

ini dilakukan demi untuk mengenalpasti pelbagai punca dan cara penyelesaian ponteng

kelas mengikut pandangan pelajar sekolah. Jadi apakah faktor kecenderungan

mengikut kadar ponteng kelas? Menurut persepsi pelajar, apakah cara penyelesaian

terhadap ponteng kelas adalah paling berkesan di sesebuah sekolah?

Berdasarkan Abdullah (2005:110), sikap pelajar yang mudah bosan mendorong

salah laku disiplin di bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah

supaya seiring dengan perkembangan minda pelajar pada masa kini supaya tiada

tekanan dan bosan. Kaedah yang menarik akan dapat menarik pemerhatian pelajar

agar memberi respons positif dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar.

Dalam Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di sekolah (1994:5-9) telah

menjelaskan bahawa faktor yang menyebabkan salah laku ponteng kelas termasuklah

diri sendiri, guru, kemudahan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Manakala langkah-

langkah bagi mengatasi ponteng kelas adalah faktor guru dan peranan pentadbir.

Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir (pengetua, PK pentadbiran, PK HEM

dan juga PK KK) yang erat dapat mempertingkatkan dan mencorakkan budaya dan

iklim sekolah yang akan memberangsangkan pelajar datang ke sekolah dan menjauhi

salah laku ponteng.

Page 29: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

29

7.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Tinjauan persepsi tentang ponteng kelas pelajar menengah atas di sekolah dijadikan

tajuk kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kelas pelajar yang dirujuk

untuk kaunseling di sekolah. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa

pelbagai alasan dan sebab yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Maka penyebab

ponteng kelas seperti yang didapati daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu

persoalan kajian. Perbandingan min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti

kecenderungan pelajar dalam ponteng kelas mengikut ceraian faktor ponteng kelas.

Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu

dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya sekolah, fasiliti

dan kemudahan dalam kelas perlu diprihatin.

Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi guru tentang cara menangani

masalah ponteng kelas menunjukkan kebanyakan guru berpendapat bahawa peranan

pentadbir (pengetua, PK pentadbiaran, PK HEM, PK KK, guru disiplin) merupakan hero

dalam menangani kes ponteng kelas, seperti mengetatkan lagi peraturan sekolah,

kekerapan pemeriksaan mengejut dan seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan

lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan dan lebih sistematik,

keharmonian sekolah dapat dipupuk.

Berdasarkan rekod dalam Buku Kawalan Kelas dan temu bual, didapati ramai

guru tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kelas. Malah maklumat menunjukkan

bahawa kekerapan ponteng kelas yang tinggi adalah waktu terakhir dan waktu ketiga.

Ini mungkin berkaitan dengan guru mata pelajaran. Didapati hanya ketika sesetengah

guru sahaja pelajar ponteng kelas, khasnya waktu ketiga yang mencatat rekod 102 kali

pelajar ponteng kelas. Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng kelas dapat

dikurangkan kelak.

8.0 REFLEKSI

Kegiatan ponteng merupakan masalah serius yang wujud di kebanyakan sekolah di

negara ini. Kegiatan ponteng ini mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar

Page 30: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

30

yang terlibat dengan masalah ponteng. Sekiranya ia tidak ditangani secara tuntas, ia

boleh menjejaskan sumber manusia yang akhirnya membantutkan usaha

pembangunan negara. Oleh itu semua pihak seharusnya memandang serius akan

gejala ini dan berkerjasama untuk membasminya.

Terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah ini.

Fenomena ini disebabkan para pelajar berasa tidak selesa dan tidak menarik ketika

berada di kawasan sekolah dan secara lansung mendorong meraka untuk lari atau

keluar dari kelas dan paling teruk adalah terus keluar dari sekolah atau tidak pergi ke

sekolah langsung.

Terdapat pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak skolah dalam menangani

masalah ini, akan tetapi ianya masih gagal dalam mencari jalan penyelesaian. Justeru

itu masalah ini tidak perlu menunding jari kepada pihak sekolah sahaja dalam

membanteras masalah ponteng, maka perlulah semua pihak berkerjasama

mengatasinya seperti gabungan daripada ibu bapa, rakan sebaya, pihak berkuasa,

sekolah atau institusi, media massa dan anggota masyarakat bersatu hati menangani

masalah ponteng ini supaya berjaya mencapai hasrat negara menuju Wawasan 2020.

Sehubungan itu, pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa

yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam

mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Dengan kata lain,

walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada

ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Walaubagaimanapun kesedaran dalam diri adalah inti yang utama dalam

menyemai nilai murni dan membentuk moral kerana ianya terbentuk dalam diri

seseorang. Apabila seseorang itu mempunyai nilai moral maka agak sukar baginya

untuk melakukan masalah sosial seperti ponteng disebabkan terdapatnya kesedaran

dan jati diri yang tinggi dalam diri individu tersebut.

Sebagai seorang guru, kita perlu memberi perhatian kepada anak murid sama

ada dalam soal memberi kasih sayang atau perhatian terhadap pelajaran mereka. Guru

seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak

Page 31: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

31

murid daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri murid,

cara berkawan, kerap menghubungi pihak ibu bapa. Guru juga mestilah menerangkan

kepada ibu bapa agar tidak terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu

memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

Kita juga mestilah memainkan peranan yang penting dalam kes ponteng

sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta

tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Oleh

yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara pengajarannya ataupun

menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka

dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru juga perlu melayan pelajarnya

dengan ramah, penuh kasih sayang, ada perasaan empati dalam diri terhadap masalah

yang dihadapi oleh pelajar.

Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah

haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai

denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya.

Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan

dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

Seharusnya masyarakat sekeliling mendukung konsep ummah atau kekitaan

dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap mudah tegur-menegur, nasihat-

menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam masyarakat.

Page 32: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

32

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang: Rhythm Industries

Sdn. Bhd.

Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah

Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester

II):Siri Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan: Percetakan Polygrafic (M) Sdn.

Bhd.

KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:

Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Page 33: Asaimen Moral Sem 8 2015 2

33

Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja: Panduan Remaja

Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd.

Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu

Tunggal: Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.

Surat Pekeliling

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos 1986). Langkah-langkah

Keberkesanan Disiplin Sekolah.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani

Masalah Ponteng Kelas.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 18/1998. (2 September 1998). Penggunaan

Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001. (24 September 2001). Semua Guru

Adalah Guru Disiplin.