13
 MEMANTAPKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2013 Diselenggarakan oleh Panel Perund ing Bahasa Melayu SPM JPNJ Dalam peperiksaan SPM, soalan tatabahasa diletakkan dalam soalan 3. Soalan 3(a) ialah soalan tentang membina ayat. Dalam bahagian ini, pelajar dikehendaki membina aya t dar ipa da pelba gai jenis per kat aan seper ti kata kerja pasif , kata ganda , kata majmuk, dan sebagainya. Soalan 3(b) pula ialah soalan tentang menukarkan ayat, memisahkan ayat, menyambungkan ayat, dan menganalisis ayat. Soalan 3(c) pula ialah soal an ten tang kesala han ejaan dan imbuhan , mana kala soalan 3(d) iala h soa lan tentang kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Soalan 3(e) ialah soalan tentang penggunaan peribahasa. MEMBINA AYAT (3a) Bina ayat daripada perkataan di bawah. (i) hadiahi hadiahkan (ii) kirimi kirimkan (iii) anugerahi anugerahkan Teknik Transformasi 1. Aba ng mengh adiahi Jamil seb uah basikal . (a ktif ) 2. Ja mi l ab an g hadiahi sebuah basikal . (pasif) 3. Abang hadiahi Jamil sebuah basikal . (pasif songsang) 4. Hadiahi Jamil sebuah basikal . (perintah) - Pelajar boleh juga menggunakan ayat (2) hingga ayat (4) sebagai jawapan. Peraturan membina ayat dalam SPM 1. Ayat mestilah lengka p da ri seg i sub jek d an p redikat. 2. Ayat mestilah menggambarkan maksud perkata an yang diberikan. 3. Pel ajar tida k boleh menambah atau membua ng imbuh an pada perk ata an yang dikemukakan kecuali diarahkan dalam soalan . 4. Elakkan seb ara ng k esil apan ejaan. 5. Perkataan tersebut tidak boleh d igunaka n sebaga i peribah asa dan nama khas. MENGANALISIS AYAT (3b) Mengenal Jenis Kata Nyatakan jenis kata bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata tugas. (i) Mereka berbual tentang bioteknologi. _________________ (ii) Kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat pada malam itu.____ (iii) Ibu menghadiahi kami sehelai tudung sutera. _________________ (iv) Mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat. ________________ (v) Hadiah ini disediakan untuk ayahku yang tersayang. _______________ (vi) Dia bimbang akan keadaan anaknya yang masih belum sedar. _______ 

182577755 Modul Pdp Tatabahasa Spm Doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tatabahasa

Citation preview

  • MEMANTAPKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYUKERTAS BAHASA MELAYU SPM 2013

    Diselenggarakan oleh Panel Perunding Bahasa Melayu SPM JPNJ

    Dalam peperiksaan SPM, soalan tatabahasa diletakkan dalam soalan 3. Soalan 3(a) ialah soalan tentang membina ayat. Dalam bahagian ini, pelajar dikehendaki membina ayat daripada pelbagai jenis perkataan seperti kata kerja pasif, kata ganda, kata majmuk, dan sebagainya. Soalan 3(b) pula ialah soalan tentang menukarkan ayat, memisahkan ayat, menyambungkan ayat, dan menganalisis ayat. Soalan 3(c) pula ialah soalan tentang kesalahan ejaan dan imbuhan, manakala soalan 3(d) ialah soalan tentang kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Soalan 3(e) ialah soalan tentang penggunaan peribahasa.

    MEMBINA AYAT (3a)Bina ayat daripada perkataan di bawah.

    (i) hadiahi hadiahkan (ii) kirimi kirimkan (iii) anugerahi anugerahkan

    Teknik Transformasi1. Abang menghadiahi Jamil sebuah basikal . (aktif)2. Jamil abang hadiahi sebuah basikal . (pasif)3. Abang hadiahi Jamil sebuah basikal . (pasif songsang)4. Hadiahi Jamil sebuah basikal . (perintah)

    - Pelajar boleh juga menggunakan ayat (2) hingga ayat (4) sebagai jawapan.

    Peraturan membina ayat dalam SPM1. Ayat mestilah lengkap dari segi subjek dan predikat.2. Ayat mestilah menggambarkan maksud perkataan yang diberikan.3. Pelajar tidak boleh menambah atau membuang imbuhan pada perkataan yang

    dikemukakan kecuali diarahkan dalam soalan .4. Elakkan sebarang kesilapan ejaan.5. Perkataan tersebut tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas.

    MENGANALISIS AYAT (3b)Mengenal Jenis KataNyatakan jenis kata bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata tugas.

    (i) Mereka berbual tentang bioteknologi. _________________(ii) Kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat pada malam itu.____(iii) Ibu menghadiahi kami sehelai tudung sutera. _________________(iv) Mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat. ________________(v) Hadiah ini disediakan untuk ayahku yang tersayang. _______________(vi) Dia bimbang akan keadaan anaknya yang masih belum sedar. _______

  • Panduan1. Untuk mengenal kata nama, kata itu dapat didampingkan dengan kata bilangan.

    Contohnya, pen ialah kata nama kerana dapat didampingkan dengan kata bilangan, iaitu lima batang pen.

    2. Untuk mengenal kata adjektif, kata itu dapat didampingkan dengan kata penguat. Contohnya, cantik ialah kata adjektif kerana dapat didampingkan dengan kata penguat, iaitu sangat cantik.

    3. Untuk mengenal kata kerja, kata itu dapat didampingkan dengan kata bantu. Contohnya, tidur ialah kata kerja kerana dapat didampingkan dengan kata bantu, iaitu sedang tidur.

    4. Untuk mengenal kata tugas pula, kata itu tidak dapat didampingkan dengan kata bilangan, kata penguat, dan kata bantu. Contohnya, untuk ialah kata tugas kerana tidak dapat didampingi oleh ketiga-tiga jenis kata tersebut, sangat untuk (X), lima buah untuk (X), dan telah untuk (X).

    Mengenal Jenis FrasaNyatakan jenis frasa yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

    (i) Mereka berkelah di tepi tasik. (Frasa ____________________)(ii) Pemuda itu kehujanan ketika pulang dari pejabat. (Frasa ___________)(iii) Saya ke Hotel Pelangi pada petang esok. (Frasa ________________)(iv) Ibu saya akan pergi ke Makkah pada tahun ini. (Frasa ____________)(v) Beliau amat gembira apabila memenangi hadiah itu. (Frasa _________)

    Panduan1. Hanya kata nama, kata kerja, dan kata adjektif sahaja yang boleh menjadi kepala

    frasa.2. Kata tugas tidak boleh menjadi kepala frasa, kecuali kata sendi nama yang boleh

    membentuk frasa sendi nama.3. Jika kata kerja mendahului frasa tersebut, maka frasa itu dikenal sebagai frasa

    kerja. Contoh : akan mengadakan kursus, tinggal di kampung.4. Jika kata nama mendahului frasa tersebut, frasa itu ialah frasa nama. Contoh :

    anak mereka, lelaki yang berjambang itu.5. Jika kata adjektif mendahului frasa tersebut, frasa itu ialah frasa adjektif.

    Contoh : tinggi sangat, bijak benar.6. Jika kata sendi nama mendahului frasa tersebut, frasa itu ialah frasa sendi nama.

    Contoh : di Selangor, untuk abang.

    Mengenal Subjek dan PredikatNyatakan bahagian subjek dan predikat dalam setiap ayat di bawah ini.

    (i) Buku yang berwarna biru itu buku Sejarah.(ii) Telah ditempah oleh kakak baju raya.(iii) Saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.(iv) Ke Seremban dengan cucunya Mak Leha. (v) Berwarna merah kereta Pak Long.

  • Panduan1. Bahagian subjek ialah perkara atau benda yang menjadi fokus atau yang

    diceritakan atau dihuraikan.2. Bahagian predikat ialah huraian atau cerita tentang benda atau perkara dalam

    subjek.3. Subjek terdiri daripada frasa nama atau frasa lain yang bertugas sebagai frasa

    nama.4. Predikat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi

    nama.

    Mengenal Susunan AyatNyatakan susunan ayat di bawah sama ada susunan biasa atau susunan songsang.

    (i) Saya memasak makanan itu.(ii) Saya susun buku-buku itu itu.(iii) Ke Pulau Pinang dia pada pagi tadi.(iv) Pagi tadi, dia ke Johor Baharu .(v) Dia menziarahi pusara datuknya itu.

    Panduan1. Ayat susunan biasa memperlihatkan kedudukan subjek mendahului susunan

    predikat.2. Ayat susunan songsang memperlihatkan kedudukan keseluruhan predikat atau

    sebahagian daripada predikat (iaitu keterangan predikat) mendahului susunan subjek.

    Mengenal Jenis AyatNyatakan jenis ayat yang di bawah ini sama ada ayat dasar, ayat tunggal, atau ayat majmuk.

    (i) Kereta itu rosak.(ii) Mereka tidur di bawah pokok.(iii) Beliau pegawai yang rajin.(iv) Dengan kehadiran tuan, bertambah serilah majlis kami pada hari ini.

    Panduan1. Ayat dasar mengandungi satu subjek dan satu predikat serta tidak mempunyai

    keterangan. Ayat dasar mestilah ayat penyata dan bermula dengan frasa nama.2. Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat serta boleh disertai

    bahagian keterangan yang terdiri daripada frasa sendi nama. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

    3. Ayat majmuk mempunyai kata hubung gabungan, kata hubung relatif, kata hubung komplemen, atau kata hubung keterangan. Jika ayat tersebut mempunyai dua jenis kata hubung atau lebih, ayat tersebut dikenal sebagai ayat majmuk campuran.

  • KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (3c)

    Soalan 3(c) memperuntukkan 6 markah untuk membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat-ayat yang diberikan. Kesalahan ejaan : a. kesalahan mengeja perkataan

    b. kesalahan menggunakan tanda bacaan c. kesalahan menggunakan keselarasan vokal

    Kesalahan imbuhan : a. awalan b. akhiran c. apitan

    Latihan : Kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah.

    1. Kebanyakkan orang pada masa kini mula meminati perabut jati yang diimport dari Indonesia.

    2. Jalan raya yang diperlebarkan di serata pelusuk negara akan memudahkan perjalanan orang ramai.

    3. Ibu akan memasakan ayah nasi beryani yang enak.4. Pengembala kambing itu menunjukkan tauladan yang baik kepada penduduk

    desa.5. Kita hendaklah mengenepikan sikap tamak dan gembelenglah tenaga untuk

    membangunkan bangsa dan nusa.6. Kerajaan akan mengkhaskan peruntukan yang besar untuk meningkatkan taraf

    pendidikan vokasyenal.7. Peniaga itu memperolehi pendapatan yang lumayan hasil jualan murtabak pada

    bulan Ramadan.8. Oleh sebab perlaksanaan program sukan yang terancang, ramai atlit dapat

    dilahirkan.9. Kenaikkan harga petrolium di pasaran dunia membimbangkan banyak pihak.10.Untuk menghasilkan pencapaian yang maksima, kita disarankan agar

    memperhalusi segala pandangan.

    LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA

    1 Kaum Cina dikatakan telah mempunyai ____________ awal di negeri Melaka. (penempatan / petempatan)

    2 Belakangan ini, artis itu sering berpakaian ________ mata. (menjolok / mencolok)

    3 Hobi Kong Meng ialah ______________ setem. (mengumpul / mengumpulkan)4 Mereka sedang ____________ tentang tatabahasa. (berbincang /

    membincangkan)5 Proses ________ daerah itu sedang giat dijalankan. (pembandaran /

    perbandaran)6 Dia telah _________ mendeklamasikan sajak itu setelah berlatih bersungguh-

    sungguh. (dapat / boleh )7 Pengembara itu telah ___________ harta karun yang tersembunyi di dalam gua

    itu. (menemukan / menemui)8 Pihak polis akan menyiasat dakwaan itu __________ kepada keterangan

    pengadu. (berpandukan / berpandu )

  • 9 Stalin adalah antara ___________ fahaman komunis yang penting di Rusia. (pendokong / pendukung)

    10 Para pemohon diminta __________ butir peribadi mereka di dalam borang itu. (mengisikan / mengisi)

    11 Aminah tidak ingin ______________ Leman, pemuda yang sering mengganggunya. (mempersuami / mempersuamikan)

    12 Dia ___________ lelaki itu dengan sepenuh hati. (menyintai / mencintai)13 Muhammad Ali merupakan _________ yang menjadi legenda. (peninju / petinju) 14 Ibu bapa __________ kita hormati. (mesti / pasti)15 Usaha kerajaan untuk ___________ peranan ketua kampung amat dipuji.

    (memperluaskan / memperluas)16 Usahlah ____________ perkara yang tidak baik kepada saya. (memberitahu /

    memberitahukan)17 Taklimat itu akan diadakan di __________ sekolah. (perkarangan / pekarangan)18 Agama Islam ialah agama __________ negara ini. (rasmi / resmi)19 ________ pihak tidak bersetuju dengan program itu. (Setengah / Sesetengah) 20 Awas, selekoh ___________(merbahaya / berbahaya)

    PENGGUNAAN PERIBAHASA (3e)

    Aspek yang diuji.1. Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat yang dikemukakan.2. Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan.3. Memberi makna peribahasa.4. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.5. Menyatakan peribahasa yang mempunyai maksud setara

    (1) Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudiannya kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini:

    Kehidupan penduduk di situ sentiasa berada dalam keadaan harmoni kerana penduduknya bahu-membahu pada setiap ketika.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

    (2) Nyatakan peribahasa yang mempuyai maksud setara.(i) bagai mencurahkan air ke daun keladi - seperti hujan di atas pasir

    (ii) Air dicencang tidak akan putus - Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

    (3) Berikan maksud peribahasa(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. - Jika bersabar dan beransur-ansur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, lama- kelamaan kita akan mendapat hasilnya juga.

  • Soalan 3(c) memperuntukkan 6 markah untuk membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat-ayat yang diberikan. Kesalahan ejaan : a. kesalahan mengeja perkataan

    b. kesalahan menggunakan tanda bacaan c. kesalahan menggunakan keselarasan vokal

    Kesalahan imbuhan : a. awalan b. akhiran c. apitan

    Latihan : Kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah.

    1. Kebanyakkan orang pada masa kini mula meminati perabut jati yang diimport daripada Indonesia.

    2. Jalan raya yang diperlebarkan di serata pelusuk negara akan memudahkan perjalanan orang ramai.

    3. Ibu akan memasakan ayah nasi beryani yang enak.

    4. Pengembala kambing itu menunjukkan tauladan yang baik kepada penduduk desa.

    5. Kita hendaklah mengenepikan sikap tamak dan gembelenglah tenaga untuk membanguni bangsa dan nusa.

    6. Kerajaan akan mengkhaskan peruntukkan yang besar untuk meningkatkan taraf pendidikan vokasyenal.

    7. Peniaga itu memperolehi pendapatan yang lumayan hasil jualan murtabak pada bulan Ramadhan.

    8. Oleh kerana perlaksanaan program sukan yang terancang, ramai atlit dapat dilahirkan.

    9. Kenaikkan harga petrolium di pasaran dunia membimbangkan banyak pihak.

    10. Untuk menghasilkan pencapaian yang maksima, kita disarankan agar memperhalusi segala pandangan.

    LATIHAN MENGESAN KESALAHAN TATABAHASADemi untuk mempastikan kecemerlangan di dalam bidang pendidikan terus berlangsung, berbagai aktiviti dan pengisian telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun ini meliputi program akademik tanpa meminggirkan program ko-kurikulum. Pihak sekolah berpendapat bahawa kedua bidang amat penting sekali dalam usaha mengwujudkan keseimbangan rohani, jasmani, intelek, dan emosi.

    Justeru itu, semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menggembeleng tenaga dan idea bagi memantapkan aspek pengurusan dan perlaksanaan semua program-program yang telah dirancang. Kerjasama dan sikap saling bantu-membantu ini memperlihat kesungguhan pihak sekolah untuk menaikan imej, prestasi, dan pencapaian keseluruhan di sekolah ini. Selain daripada itu, keadaan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang positif terhadap segala inisiatif yang diusahakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Oleh kerana itu, tiap pelajar haruslah menyedari bahawa kejayaan yang diharapkan tidak akan datang bergolek.

    Sehubungan itu, satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan disekolah ini melalui PIBG untuk membentuk kerjasama di antara pihak guru dan ibu bapa. Jawatankuasa ini akan

  • membincangkan dengan teliti hal hal yang berbangkit, terutamanya aspek kecekapan pengurusan dan program kecemerlangan akademik. Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan jawatankuasa ini dapat membantu pihak sekolah merencanakan kejayaan yang terbaik sekali. Dengan tidak mengenepikan program berbentuk kerohanian, aktiviti yang dipantau oleh jawatankuasa ini lebih menjurus kepada peningkatan akademik, terutamanya yang melibatkan para pelajar-pelajar kelas peperiksaan.

    Menurut Tuan Pengetua, Puan Rokiah Al Haji Abdul Razak, dari pengamatannya, program yang telah dilaksanakan ini akan memperkukuhkan kewibawaan sekolah ini. Setakat ini, programnya telah mencapai objektif seperti yang disasarkan. Namun begitu pihaknya tetap dan sentiasa menunggu lain-lain pandangan yang bernas dan lebih menyeluruh.

    SALAH BETUL SALAH BETUL SALAH BETULPerabut perabot bihun mihun manafaat manfaat

    Fax faks forklift forklif Hajjah hajahIktizam iltizam juwita juita Kadhi kadiLojik logik kaptain kapten karenah kerenah

    kolestrol kolesterol kontingen kontinjen Lebel labelLeukemia leukemia pamir pamer mentera manteraMunshi munsyi olih oleh Plan pelanBistari bestari catit catat Cop cap

    ekspress ekspres lanskap landskap profession profesionMinima minimum prosidur prosedur sekelian sekalianSetor stor talipon telefon Akitek arkitekCalun calon dailog dialog deligasi delegasiDeraf draf gembeling gembleng Geraf graf

    Gulong gulung ide idea Injin enjininspekter inspektor istihar isytihar Lakun lakon

    Renik renek sayugia seyogia Sekala skalaSekim skim snooker snuker Sulong sulungTulin tulen usek usik Buffet bufet

    Analisa analisis maksima maksimum Atlit atletBaucer baucar bowling boling bumiputra bumiputeraDefinasi definisi efisyen efisien Ehsan ihsanEkslusif eksklusif ekspot eksport Impot importIstirehat istirahat kelendar kalendar insuran insuransKerinting keriting kianat khianat komersil komersialKomplek kompleks lagenda legenda Losyen losenmasaalah masalah oditorium auditorium Optima optimumOtomatik automatik otomobil automobil paspot pasport

    Pehak pihak pensil pensel perihatin prihatinProtin protein sessi sesi Siksa seksa

    Stesyen stesen trampil terampil Tulin tulen

  • Ugama agama warong warung ampangan empanganBinte binti buroh buruh busjeket busjaket

    Cokelat coklat depoh depot dinamis DinamikDisel diesel durhaka derhaka garuda Geroda

    Hipotisis hipotesis illustrasi ilustrasi Isya IsyakJawaban jawapan justru justeru Kastad Kastard

    Katrij kartrij katun kartun Kobis KubisKomidi komedi kondaktor konduktor kontrek KontrakKorum kuorom kraton keraton lembab LembapLetrik elektrik margasatwa mergastua marhain Marhaen

    Mastika mestika murtabak martabak Odit Auditpantomin pantomim pendita pendeta persona Pesonapersonal personel pesaka pusaka petrolium Petroleum

    Radin raden raksaksa raksasa Reket RaketSatria sateria kesatria kesateria selinder SilinderSkima skema taugeh tauge Taukeh Tauke

    Tauladan teladan yaitu iaitu Yunit UnitZohor zuhur agreget agregat Aked ArkedAljebra algebra arithmetik aritmetik Artifek ArtifakAudien audiens automatif automotif Ejensi Agensie-mail e-mel faksimili faksimile fotostet FotostatHirarki hierarki jeket jaket kefeteria Cafeteria

    kimoterapi kemoterapi komisyen komisen konsotium ConsortiumKuartza kuarza lojistik logistik Pekej PakejSaidina sayidina sayyid sayid silaturrahim SilaturahimStoking stoking sunnah sunah Dairi Diari

    Resdung restung tahyul tahayul koay teow KuetiauMee mi beryani beriani Ciplak Jiplak

    Celupar celopar tart tat Bahulu BauluSkuash skuasy mertua mentua mengkarung BengkarungPeriod periode fasik fasiq nusyuz Nusus

    Spaghetti spageti sandwich sandwic Tahu Tauhusatay sate telor telur Anih Aneh

    Pelusuk pelosok jenerasi generasi Jazz Jazteknoloji teknologi ajenda agenda Geris GrisTrajedi tragedi penal panel Kopun Kupon

    Hipokret hipokrit sain sains Stem SetemPanatia panitia agong agung motorsikal MotosikalCendikia cendekia lapur lapor leukimia LeukemiaPlatform platform profail profil Rebet RebatSabsidi subsidi spesis spesies stensel Stensil

    vokasyenal vokasional redha reda Putra Putera

  • SALAH BETUL SALAH BETULmengenengahkan mengetengahkan mengenepikan Mengetepikan

    beserta berserta memperolehi Memperolehmempastikan memastikan mengkagumkan Mengagumkan

    mengwujudkan mewujudkan merbahaya Berbahayamengswastakan menswastakan nasionalisma Nasionalisme

    patriotisma patriotisme pesaraan Persaraanperlaksanaan pelaksanaan perlantikan Pelantikan

    perletakan peletakan mekanisma Mekanismemenakrifkan mentakrifkan memperuntukan Memperuntukkanperuntukkan peruntukan perlabelan Pelabelan

    menakibatkan mengakibatkan pengwartaan Pewartaanperlesenan pelesenan pemerosesan Pemprosesanpengembala penggembala pengemblengan penggemblenganorganisme organisma berkerjasama bekerjasamabeserban berserban memperindahkan memperindah

    memperluaskan memperluas memperlebarkan memperlebarmemperhebatkan memperhebat mempertajamkan mempertajammemperteguhkan memperteguh memperjernihkan memperjernih

    mempertingkat mempertingkatkan mempersembah mempersembahkanmemperakui memperakukan memperhalusi menghalusikesesakkan kesesakan kebanyakkan kebanyakan

    menggalakan menggalakkan persisiran pesisiranpengkebumian pengebumian memperbaiki membaikimemperkuasai menguasai memperdalami mendalamimempersetujui menyetujui keburukkan keburukan

    kebaikkan kebaikan perlancaran pelancaranmengsabotaj mensabotaj kemasukkan kemasukan

    menyintai mencintai memasukan memasukkan

    PERIHAL IMBUHAN1. RUMUS AYAT DUA OBJEK ( Kata Kerja Dwitransitif )

    Jika kata dasar dapat menerima apitan meN--kan dan meN--imeN--kan ( penanda kausatif ) Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal

    kepada Ahmad.meN--i ( penanda lokatif ) Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah

  • basikal.RUMUS men--kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada

    men--i = Objek BernyawaCONTOH LAIN Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah.

    Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-..kan dan meN-

    meN--kan ( penanda benefaktif ) Kakak membuatkan ayah secawan kopi.meN- Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.RUMUS meN-kan = Objek Bernyawa

    men- = Objek Tidak Bernyawa = untukCONTOH LAIN Ibu menjahitkan ayah sepasang baju.

    Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL1. pelantikan atau perlantikan

    kata dasar = lantik kata kerja transitif = melantik

    rumus meN- akan berpadanan dengan peN-

    rumus beR-akan berpadanan dengan peR-

    = melantik pelantikan

    contoh lain = melucut ( pelucutan ), meletakkan ( peletakan ),

    melaksanakan ( pelaksanaan )

    melanggar ( pelanggaran ) berlanggar ( perlanggaran )

    2. memperbesar atau memperbesarkan

    kata dasar = besar golongan kata = kata adjektif

    rumus apitan rangkap memper--kan digunakan bersama-sama dengan kata nama,

    kata kerja

    rumus apitan rangkap memper- digunakan bersama-sama dengan kata adjektif

    = memperbesar ( / ) memperbesarkan ( X )

    = mempertingkatkan ( / ) mempertingkatkan ( X )

    = mempersembahkan ( / ) mempersembahkan ( X )

    perbezaan antara membesarkan dengan memperbesarkan

    - meN--kan = menjadikan sesuatu bersifat dengan adjektif itu

    - memper-= menjadikan sesuatu bersifat lebih

    = membesarkan menjadikan sesuatu yang kecil lebih besar

    = memperbesar menjadikan sesuatu yang sedia besar lebih besar

    3. p, t, k, dan s

    - kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan diluluhkan apabila

    diimbuhkan dengan imbuhan meN- dan peN-

    - pasti - memastikan mempastikan ( X )

    - kagum - mengagumkan mengkagumkan ( X )

  • - cinta - mencintai menyintai ( X )

    - sejahtera - menyejahterakan mensejahterakan ( X )

    4. awalan beR-

    - melalui rumus disimilasi, apabila suku kata pertama kata dasar mempunyai er-, maka

    imbuhan ber akan menjadi be, contohnya kerja akan menjadi bekerja.

    - tetapi, yang lain tidak demikian seperti bercermin, berserta, berserban, dan

    berterbangan.

    - begitu juga dengan tersergam dan terserlah.

    5. k atau kk

    - kata nama terbitan tidak ada yang berakhiran kan.

    - kata kerja terbitan tidak ada yang berakhiran an.

    - galak = Galakan yang diterima daripada gurunya amat dihargai.

    = Gurunya menggalakkan dia melibatkan diri dalam kegiatan sukan.

    - kebanyakan / kebanyakkan membanyakan / membanyakkan

    6. g atau gg

    - gali menggali gembleng menggembleng gembala menggembala mengembala (X)

    UJI PEMAHAMAN

    1. Majistret itu ( menjatuhkan / menjatuhi ) penjenayah itu hukuman yang berat.

    2. Penjenayah itu ( dijatuhkan / dijatuhi ) hukuman yang berat oleh majistret itu.

    3. Hukuman yang berat ( dijatuhkan / dijatuhi ) oleh majistret itu kepada penjenayah itu.

    4. Kakak ( memasakkan / memasak ) sup ekor untuk tetamu yang hadir.

    5. Kakak ( memasakkan / memasak ) tetamu yang yang hadir sup ekor.

    6. Dia ( membacakan / membaca ) buku cerita untuk adiknya.

    7. Dia ( membacakan / membaca ) adiknya buku cerita.

    8. Cikgu Rizal ( menulis / menuliskan ) sebuah karangan untuk Dewi

    9. Cikgu Rizal ( menulis / menuliskan ) Dewi sebuah karangan.

    10. Kamal ( melukis / melukiskan) gambar pemandangan yang cantik untuk adiknya.

    11. Kamal ( melukis / melukiskan ) adiknya gambar pemandangan yang cantik.

    12. Sultan Melaka ( mengurniakan / mengurniai ) pingat kebesaran kepada Hang Tuah.

    13. Dia ( memberi / memberikan ) pendapat yang bernas kepada saya.

    14. Dia ( memberi / memberikan ) saya pendapat yang bernas.

    15. Ibu ( membeli / membelikan ) ayah seutas jam tangan berjenama Omega.

    1. dikejar dan dikejarkan

    a. Mangsa kemalangan itu.ke hospital oleh orang ramai yang berada di

  • situ.

    b. Peragut itu ..oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

    2. pendalaman dan pedalaman

    a. Kerajaan akan berusaha memajukan kawasan.

    b. Kerajaan akan memantau projeksungai itu.

    3. berpandu dan berpandukan

    a. Para pendaki Gunung Everestkepada peta yang dibawa.

    b. laporan itu, pihak polis akan memulakan siasatan.

    4. memperisteri dan memperisterikan

    a. Datuk MarzukiAliya dengan anaknya, Johan

    b. Datuk Marzuki.Aliya setelah disetujui oleh ahli keluarganya.

    5. menemui dan menemukan

    a. Cikgu Mona sering.kesalahan ejaan dalam karangan pelajarnya.

    b. Cikgu Mona sering.Cikgu Aishah di bilik SPBT.

    6. memberitahu dan memberitahukan

    a. Janganlah .saya perkara yang tidak baik.

    b. Janganlah..perkara yang tidak baik kepada saya.

    7. pelanggaran dan perlanggaran

    a. Akibatitu, mangsa kemalangan terpaksa dirawat di hospital.

    b. .disiplin dalam kalangan murid sekolah semakin serius.

    8. mengajar dan mengajarkan

    a. Guru-guru yang sedang berkursus ini pasti..subjek Bahasa Melayu.

    b. Sudah pasti guru-guru tersebut anak didik mereka aspek tatabahasa.

    9. merasa dan berasa

    a. Janganlah.kecewa sekiranya tidak dapat menjawab soalan ini.

    b. Isterinyakuah laksa yang masih panas itu.

    10. merujuk dan merujuki

    a. .kepada perkara itu, pihak kami akan melakukan siasatan.

    b.Pihak kami akan melakukan siasatan setelahperkara itu.

    11. penempatan dan petempatan

    a. Orang Cina dipercayai telah mempunyai..awal di Melaka.

    b. Penduduk kampung itu perlu melalui..semula jika ingin mengecap

    pembangunan.

  • KESALAHAN UMUM TATABAHASA

    Arahan : Ayat-ayat di bawah tidak gramatis. Betulkan ayat tersebut.

    1. Pihak sekolah akan melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Justeru itu, mana-

    mana murid yang berminat untuk menyertainya, bolehlah berjumpa Cikgu Masri.

    2. Di antara kumpulan-kumpulan muzik yang terkenal di tanahair ialah kumpulan

    XPDC.

    3. Kami mengucapkan setinggi penghargaan di atas kerjasama yang mereka

    hulurkan.

    4. Notis itu ditampal oleh saya di papan kenyataan sejak dari semalam lagi.

    5. Penghulu kampung saya amat prihatin terhadap kebajikan penduduk-penduduk

    kampung yang kebanyakkannya berpendapatan rendah.

    6. Sikap saling hormat-menghormati perlulah dipupuk sejak kecil lagi demi untuk

    mengwujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera.

    7. Untuk mempertingkat keupayaan pasukan polis, kerajaan akan memperhebatkan

    usaha menarik golongan belia menyertainya. Berbagai-bagai peruntukkan akan

    disediakan

    8. Ibu-ibu bapa diharap dapat menjelaskan dengan segera yuran persekolahan

    agar proses pembelajaran tidak terjejas.

    9. Perkara itu kami akan selidiki dari masa ke semasa agar kebenaran dapat

    ditemui.

    10. Di antara tempat yang dikunjungi oleh kami dalam rangka lawatan ke Indonesia

    itu adalah beberapa buah masjid yang terselamat ketika bencana tsunami

    melanda negara itu beberapa tahun yang lalu.

    Diselenggarakan oleh Panel Perunding Bahasa Melayu SPM JPNJLATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA

    LATIHAN MENGESAN KESALAHAN TATABAHASAPERIHAL IMBUHANKESALAHAN UMUM TATABAHASA