Fokus Tatabahasa Spm

Embed Size (px)

Citation preview

FOKUS TATABAHASA SPM 2010: MEMBINA AYATSalah satu bahagian yang sukar dalam soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM ialah Soalan 3(a), iaitu membina ayat. Banyak calon yang mengetahui makna perkataan yang diuji tetapi tidak dapat membina ayat yang gramatis atau mengikut kehendak skema jawapan. Sebagai contoh, murid tingkatan 5 menghadapi masalah untuk membina ayat dengan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai imbuhan awalan atau pasangan perkataan me---kan dan me---i. Namun, jika mereka menguasai teknik tertentu, mereka sudah tentu dapat membina ayat dengan mudah dan cepat. Oleh itu, penulis akan memperkenalkan satu teknik untuk membantu murid membina ayat yang dikenal sebagai Teknik Transformasi atau Teknik Tukar Bentuk. Bagi guru pula, penulis akan menyediakan satu contoh rancangan pelajaran untuk disampaikan kepada murid di dalam kelas.

Sebagai contoh, banyak murid yang tidak dapat membina ayat yang gramatis dengan menggunakan perkataan yang di bawah ini, iaitu:

(i) hadiahi(ii) kirimi(iii) anugerahi(iv) hutangi(v) huluri(vi) cucuri

Berdasarkan pengalaman penulis, banyak murid yang tidak dapat membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana murid mestilah terlebih dahulu menguasai ayat yang mempunyai dua objek, ayat pasif, ayat pasif songsang, dan ayat perintah. Selepas itu, murid mestilah menguasai proses penukaran ayat aktif kepada ayat pasif, ayat pasif susunan biasa kepada susunan songsang, dan seterusnya ayat susunan songsang kepada ayat perintah. Jika aspek ini sudah dikuasai barulah murid dapat membina ayat tersebut. Selain itu, jika kesemua aspek itu telah dikuasai, barulah murid dapat menggunakan teknik transformasi.

Sekarang, marilah kita lihat cara-cara teknik tranformasi digunakan. Melalui teknik tranformasi, murid mestilah menentukan atau mengenal pasti perkataan asal sebelum membina ayat . Sebagai contoh, bagi perkataan hadiahi, perkataan asalnya ialah menghadiahi. Selepas itu, murid dikehendaki membina ayat dengan menggunakan perkataan asal dahulu, iaitu menghadiahi dan kemudian melakukan proses pasif susunan biasa, seterusnya melakukan proses pasif songsang, dan kemudiannya ayat perintah melalui proses penguguran seperti yang berikut:

1. Saya menghadiahi Encik Ahmad sebuah jam tangan. (Aktif)2. Encik Ahmad saya hadiahi sebuah jam tangan. (Ayat Pasif)3. Saya hadiahi Encik Ahmad sebuah jam tangan. (Ayat Pasif Songsang)4. Hadiahi Encik Ahmad sebuah jam tangan.(Ayat Perintah)5. Hadiahilah Encik Ahmad sebuah jam tangan.(Ayat Perintah yang telah dilembutkan dengan partikel lah)

Dengan berdasarkan proses tersebut, kita dapat menggunakan salah satu daripada ayat (2) hingga (5) sebagai jawapan.

Sekarang, marilah pula kita melihat cara-cara ayat yang kedua dibina dengan menggunakan perkataan kirimi melalui teknik transformasi. Lakukan proses yang sama seperti tadi. Lihatlah proses itu di bawah ini:-

1. Saya mengirimi Suzana sepucuk surat. (Ayat Aktif)2. Suzana saya kirimi sepucuk surat.(Ayat Pasif)3. Saya kirimi Suzana sepucuk surat. (Ayat pasif Songsang)4. Kirimi Suzana sepucuk surat. (Ayat Perintah)5. Kirimilah Suzana sepucuk surat. (Ayat Perintah yang telah dilembutkan dengan partikel lah)

Dengan berdasarkan kedua-dua proses yang ditunjukkan di atas, penulis yakin bahawa anda telah dapat mengetahui cara-cara untuk membina ayat yang seterusnya dengan menggunakan perkataan anugerahi. Melalaui proses yang sama, diharapkan anda dapat membina ayat seperti yang berikut:

1. Beta menganugerahi Menteri Besar pingat kebesaran.2. Menteri Besar beta anugerahi pingat kebesaran.3. Beta anugerahi Menteri Besar pingat kebesaran.4. Anugerahi Menteri Besar pingat kebesaran.5. Anugerahilah Menteri Besar Pingat Kebesaran.

Seterusnya, anda juga telah dapat membina ayat dengan menggunakan perkataan hutangi mengikut proses yang sama, iaitu;

1. Saya menghutangi Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia.2. Hazwan saya hutangi wang sebanyak lima ringgit Malaysia.3. Saya hutangi Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia.4. Hutangi Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia.5. Hutangilah Hazwan wang sebanyak lima ringgit Malaysia.

Dengan berdasarkan pengetahuan dan proses tadi, kita dapat membuat kesimpulan bahawa ayat yang tidak berimbuhan awalan seperti perkataan di atas tadi hanya dapat dibina dengan empat bentuk ayat sahaja, iaitu:

1. Ayat pasif Diri Pertama atau Kedua.

Contoh:(a) Ayah saya hadiahi sebuah kereta.(b) Ayah kamu hadiahi sebuah kereta.

2. Ayat pasif diri pertama atau kedua songsang.

Contoh:(a) Kami hadiahi ayah sebuah kereta.(b) Engkau hadiahi ayah sebuah kereta

3. Ayat perintah

Contoh:(a) Hadiahi ayah sebuah kereta, kata kakak kepada abang.(b) Tolonglah, hadiahi ayah sebuah kereta, kata kakak kepada abang

Tegasnya, perkataan hadiahi, kirimi, anugerahi dan hutangi dapat dibina seperti ayat (2) hingga (5). Jika anda telah memahami proses pembinaan ayat seperti di atas, sila bina ayat di bawah ini tanpa menggunakan Teknik Tranformasi. Namun, jika anda mempunyai masalah, sila gunakan teknik tranformasi. Kemudian, sila semak jawapan anda.

Soalan:Bina ayat di bawah ini untuk menunjukkan anda memahami maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan atau menggugurkan imbuhan bagi setiap perkataan tersebut.

(i) hadiahkan(ii) kirimkan(iii) hutangkan(iv) anugerahkan(v) hulurkan(vi) cucurkan

1. Kesalahan dari Segi KataKata Ganti Diri1.Katabeliau, dia, ia, kami, kita, danmerekasering digunakan dengan salah.2.Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh: Firdaus dihukum.Beliauponteng sekolah. ( salah )Firdaus dihukum. Diaponteng sekolah. ( betul ) Anjing itu garang.Beliauterpaksa dikurung. ( salah )Anjing itu garang.Anjing ituterpaksa dikurung. ( betul )3.Katadiadaniatidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Baju ini mahal. Iadiimport dari Itali. ( salah ) Baju ini mahal.Baju inidiimport dari Itali. ( betul ) Beruang ini sakit.Iaperlu dirawat. ( salah ) Beruang ini sakit.Beruang iniperlu dirawat. ( betul )4.Kata kami bererti saya dengan dia.Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita berertianda dengan sayaatauanda dengan kami.Orang yang diajak bercakap disertakan. Kamimesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kitamesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul ) Kitaakan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah ) Kamiakan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )5.Katamereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Ayam-ayam itu dikurung.Merekaakan disembelih. ( salah ) Ayam-ayam itu dikurung.Ayam-ayam ituakan disembelih. ( betul ) Buku-buku ini tebal.MerekaSyimir baca. ( salah ) Buku-buku ini tebal.Buku-buku iniSyimir baca. ( betul )6.Katamerekatidak boleh diulang. Mereka-merekayang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) Merekayang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )7.Kata gantiiadannyatidak boleh digabungkan. Kalau tidak dirawat mungkinianyaakan lumpuh. ( salah ) Kalau tidak dirawat mungkinia/ diaakan lumpuh. ( betul ) Kucing itu mati keranaianyadilanggar kereta. ( salah ) Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )Kata Bilangan1.Terdapat 6 jenis kata bilangan: Kata bilangan tentu sepertisatu, seratus, sejutadan sebagainya. Kata bilangan tak tentu sepertibeberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya. Kata bilangan pecahan sepertisetengah, suku, dan sebagainya. Kata bilangan pisahan sepertimasing-masing, dansetiap. Kata bilangan himpunan sepertiberbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya. Kata bilangan tingkat sepertipertama, kedua, keenamdan sebagainya.2.Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.salaha.setengahorangb. tiapmuridc.berbagaiwarnad.keduamempelai

betul a.setengah-setengahorang b. tiap-tiapmurid c.berbagai-bagaiwarna d.kedua-duamempelai3.Kata para tidak boleh diulang. Para-parapenduduk perlu bekerjasama. ( salah ) Parapenduduk perlu bekerjasama. ( betul )4.Kata bilangan tentu sepertisatu, dua, tigadan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan sepertisukudansetengahuntuk penghitungan. dua setengahmeter ( salah ) dua sukujam ( salah ) tiga setengahringgit ( salah ) duametersetengah( betul ) duajamsuku( betul ) tigaringgitsetengah( betul )Penjodoh Bilangan1.Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengankata bilangan.2.Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.SALAHBETUL

setiap orang muridsemua orang pekerjaseluruh buah kampungsegala ekor binatang sekalian orang peserta para orang gurusetiap muridsemua pekerjaseluruh kampungsegala binatangsekalian pesertapara guru

3.Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.SALAHBETUL

beberapabuahusulkedua-duabentuksifatsetiapbuahsumbangansemuabuahpendapatsegalabutircadangantiap-tiapbentukkenanganpelbagaibentukteguranbeberapa usulkedua-dua sifatsetiap sumbangansemua pendapatsegala cadangantiap-tiap kenanganpelbagai teguran

Kata Sendi1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialahdaridandaripada;didanpada; kedankepada.2. Katadaridigunakan untuk tempat dan waktu. Katadaripadadigunakan untukorang,perbandingan, asal kejadian, benda abstrak,dan untuk menunjukkankeanggotaan.SALAHBETUL

Devi datangdaripadaBatu Kurau.Saya menunggu Yatiedaripadapukul dua.Ely terima suratdariElyasSaya mendapat pengetahuan yang banyakdaribuku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuatdarisutera.Dari5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidupDevi datangdariBatu Kurau.Saya menunggu Yatiedaripukul dua.Ely menerima suratdaripadaElyas.Saya mendapat pengetahuan yang banyakdaripadabuku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuatdaripadasutera.Daripada5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3. Katadidigunakan untuktempatsahaja. Katapadadigunakan untukmasa, orang,binatang, benda abstrak, danbenda konkrit tertentu.Contoh: a.Dimusim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~Padamusim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul ) b. Ayu berkebunpadabelakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebundibelakang rumah ( betul ) c.Denganpendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Padapendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul ) d. Buku cerita itu adadenganSuzie. ( salah ) ~ Buku itu adapadaSuzie. ( betul )4.Katakedigunakan untuktempat, masa,danbenda konkrit tidak bernyawa. Katakepadapula digunakan untukbenda bernyawa.Contoh: a. Wang itu diberikankeRahmah. ( salah ) - Wang itu diberikankepadaRahmah. ( betul ) b. Ibu pergikepadapasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergikepasar setiap hari ( betul ) c. Latihan itu akan diadakan dari semasakepadasemasa. ( salah ) - Latihan itu akan diadakan dari semasakesemasa. ( betul )Kata Kerja1. Ada dua jenis kata kerja: a. kata kerja transitif b. kata kerja intransitif atau tak taransitif2. Kata kerja transitif terbahagi kepada: kata kerja yang berawalanmen-( melukis, membaca, mencari dsb. ) kata kerja yang berapitanmen..kan( menyanyikan, membesarkan dsb.) kata kerja yang berawalanmengi( membanjiri, menghadiahi dsb.) kata kerja yang berawalan rangkapmemper .( memperdaya, memperoleh) kata kerja yang berapitanmemper.kan( memperhatikan, mempergunakan). Kata kerja yang berapitanmemper.i( mempelajari, mempersentai dsb.)3. Semua kata kerja transitif ( kecualimakan, minum, mintadanmohon) mestiberawalanmen- a. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul ) b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul )4. Kata kerja transitif yang berapitanmenkandanmeniberbagai-bagai maknanyadan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh:SALAHBETUL

HafizuddinmemberikanSeha sekuntum bunga.Hanimmengambilkansegelas air untuk Ishak.Bagindamengurniakanbeliau bintang kebesaran.Hakimmenjatuhkanpencuri itu sebulan penjara.Sampah sarapmengotorkanTaman Tasik Taiping.Yatiemenasihatkansaya agar rajin belajar.HafizuddinmemberiSeha sekuntum bunga.HanimmengambilkanIshak segelas air.Bagindamengurniaibeliau bintang kebesaran.Hakimmenjatuhipencuri sebulan penjara.Sampah sarapmengotoriTaman Tasik Taiping.Yatiemenasihatisaya agar rajin belajar.

5.Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada: Kata kerjaasalsepertiada, bangun, duduk, dan sebaginya. Kata kerja yang berawalanber- ( beradu, beroda, belajar dsb.) Kata kerja yang berapitanberan ( berdekatan, berguguran ) Kata kerja yang berapitanberkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.) Kata kerja yang berawalanmen- ( melompat, mendarat, membesar dsb.) Kata kerja yang berawalanter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)6.Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:- tanyakepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul ) - janganlompat( salah ) janganmelompat( betul ) -senyumkepada Kartina ( salah )tersenyumkepada Kartina ( betul )Kata Hubung1.Ada 3 jenis kata hubung iaitu: Kata hubung gabungansepertiatau, dan, lalu, maka, serta, dantetapi. Kata hubung pancangansepertiagar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb. Kata hubung berpasangansepertibaikataupun, baikmahupun. Bukan saja.tetapi jugadan sebaginya.2.Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:Nazrul banguntetapimemberikan jawapan.Budak itu cantikkecualisombong.Budin akan tidur di rumah Sehadandi hotel.Agarsegalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.Sedangkanmerokok membahayakan kesihatan, tambahan pulabanyak orang yang tidak peduli.3.Kata hubungapabilaselalu ditulis sebagaibilasedangkan katabilaitu merupakankata tanya.Contoh:Midah termenungbilamenerima berita itu. ( salah )Din terkejutbilaSeha menjerit. ( salah )Pandai-pandailah menjaga diribilaberada di negeri orang. ( salah )Minumlah ubat inibilaterasa sakit. ( salah )Bilamendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat1.adakahdanapakah:Adakahdigunakan untuk mendapat jawapanyaatautidak.Apakahdigunakan untuk mendapat jawapan tentang namabinatang, bendadanperbuatan.SALAHBETUL

Apakahbenar kata-katamu itu?Apakahdia menangis?Apakahaku bersalah?Adakahbenar kata-katamu itu?Adakahdia menangis?Adakahaku bersalah?

2.bolehdandapat:Bolehlebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.Dapatlebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.SALAHBETUL

Syimir sudahbolehmenunggang kuda.Mazni tidakbolehpergi kerana demam.Kami tidakbolehdatang kerana hujan.Syimir sudahdapatmenunggang kuda.Mazni tidakdapatpergi kerana demam.Kami tidakdapatdatang kerana hujan.

3. bukandantidak:Bukandigunakan apabilafrasa namamenjadi predikat.Tidakdigunakan apabilafrasa adjektifdanfrasa kerjamenjadi predikat.SALAHBETUL

Cincin inibukancantik.Kamibukanmembaca buku.Basikal inibukanmahal.Sayabukanduduk di situ.Cincin initidakcantik.Kamitidakmembaca buku.Basikal initidakmahal.Sayatidakduduk di situ.

4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Katapendalaman bererti usaha mendalamkan.SALAHBETUL

Kawasanpendalamanitu akan dimajukan.Beberapa kawasanpendalamanSarawak sukar dihubungi.Pedalamandasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.Kawasanpedalamanitu akan dimajukan.Beberapa kawasanpedalamanSarawak sukar dihubungi.PendalamSungai Air Hitam akan dijalankan.

Kesalahan Dari Segi FrasaFrasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:pengulanagn kata namaseperti:guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.Penggunaan kata bilangansepertidua biji guli, semua murid, dan sebagainya.Pengulangan kata adjektifsepertibaik-baik, rajin-rajindan sebagainya.Penggunaan katayang mendukung maknajamaksepertirakyat.2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertaikata bilangan itu tidak perlu diulang.Contoh:duabiji telursemuamuridparapendidikpelbagaiacarasegalahaiwansekalianpendudukseluruhkawasan3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka katanama tidak perlu diulang.Contoh:Lukisan itucantik-cantikbelaka.Pakaian di situmahal-mahalharganya.Ayam di situgemuk-gemuk.Pemuda di sinigagah-gagahbelaka.Gadis di sinicantik-cantik.Kuih itusedap-sedaprasanya.Pahlawan Melakahandal-handalnampaknya.Murid sekolah inirajin-rajinbelaka.4. HukumDMpula ialah hukum tentangmenyusun kata-katauntuk membentukfrasanamadalam ayat:Dbeerti unsur yangditerangkanMbeerti unsur yangmenerangkanContoh:SALAHBETUL

lain-lain halNani Kedai Rotigoreng cempedakMaggi mitomato sosmini basmini tamanhal-hal lainKedai Roti Nanicempedak goringmi Maggisos tomatobas minitaman mini

5. Frasa AdjektifFrasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagaipredikatdalam ayat.Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertaikata penguatsepertiamat,sangat,danpaling.Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagaipenerangtetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.Contoh:SALAHBETUL

Bangunan itutertinggi.Naniterpandai.Orang ituterkuat.Bangunan itupaling tinggi.Nanipaling pandai.Orang itupaling kuat

Apabila kata adjektif berawalanter-digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.Contoh: Nani mendapat markah yangterbaik sekalidi dalam kelas. ( salah ) Nani mendapat markah yangtertinggidi dalam kelas. ( betul ) Noralah pemain yangpaling terhandal. ( salah ) Noralah pemain yangterhandal.( betul ) Itulah gunung yangtertinggi sekalidi dunia. ( salah ) Itulah gunung yangtertinggidi dunia. ( betul )Katapenguattidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus.Contoh:SALAHBETUL

Buah langsat inisangat manis sekali.Budak itulah yangpaling nakal sekali.Sungguh indah nianpemandangan di situ.Buah langsat inimanis sekali.Budak itulah yangpaling nakal.Sungguh indahpemandangan di situ.

Frasa adjektif mesti dikuti olehfarasa sendiapabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:SALAHBETUL

Budak itu tidaksuka durian.Nora sangattakut anjing.Nani sangatgemar filem Hindustan.Mereka tidakperlu pertolongan kami.Sayabenci sikapnyaitu.Budak itu tidaksuka akan durian.Nora sangattakut akan anjing.Nani sangatgemar akan filem Hindustan.Mereka tidakperlu akan pertolongankami.Sayabenci akan sikapnyaitu.

6. Frasa Kerja IntransitifFrasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagaipredikattanpaobjek.Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.Kata kerja intransitif yang berapitanber.kanmesti diikutifrasa namauntuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.SALAHBETUL

berlandaskan pada undang-undangberbantalkan dengan lenganberpandukan pada kamusberatapkan dengan langitbertilamkan dengan rumputberlandaskan undang-undangberbantalkan lenganberpandukan kamusberatapkan langitbertilamkan rumput

Frasa kerja intransitif mesti diikutifrasa sendiapabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:SALAHBETUL

Kamu mestiingat janji-janjimuKakak tidak mahutidur sini.Beliau akandatang kampung ini.Nani inginberjumpa cikgu.Saya inginbertemu gadis itu.Kamiternampak Cikgu Noradi perhentian bas Pudu Raya.Kamu mestiingat akan janji-janjimu.Kakak tidak mahutidur di sini.Beliau akandatang ke kampung ini.Nani inginberjumpa dengan cikgu.Saya inginbertemu dengan gadis itu.Kamiternampak akan Cikgu Noradi perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripadakata kerja transitifsertafrasa namasebagaiobjekkepada kata kerja transitif itu. Di antarakata kerja transitif denganfrasa namasebagaiobjekitu, kata-kata laintidak bolehdisisipkan.SALAHBETUL

Beliau turutmenyentuh tentang perkata itu.Nora tidakmengetahui akan hal itu.Kamimembincangkan tentang masalah itu.Merekamelebarkan lagi jalan itu.Nanimenceritakan tentang pengalamannyasemasa menuntut di luar negara.Cerpen inimengisahkan tentang perjuanganmenentang penjajah.Beliau turutmenyentuh perkara itu.Nora tidakmengetahui hal itu.Kamimembincangkan masalah itu.Merekamelebarkan jalan itu lagi.Nanimenceritakan pengalamannyasemasa menuntut di luar negara.Cerpen inimengisahkan perjuanganmenentang penjajah.

Frasa Kerja Pasif1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagaipredikatdalamayat pasif.2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :frasa kerja pasif diri pertamafrasa kerja pasif diri keduafrasa kerja pasif diri ketiga3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidakberawalanmen-tetapi didahului olehkata ganti diri pertamaaku, kami, kita, sayadan sebagainya.4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidakberawalanmen-tetapi didahului olehkata ganti diri keduaanda, awak, kamudansebagainya.5.Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalandi-serta diikuti olehfrasa sendi( oleh+ frasa nama ). Kataolehpadafrasa sendi itu boleh digugurkan.6.Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasakerja pasif diri ketiga.SALAHBETUL

diambil olehkudibuang oleh kamidisimpan oleh kitadihantar oleh sayadilaksanakan oleh patikdiburu oleh hambakuambilkami buangkita simpansaya hantarpatik laksanakanhamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasakerja pasif diri ketiga.SALAHBETUL

ditanya oleh andadiberikan oleh engkaudibeli oleh kamudikirim oleh awakdiperintahkan oleh tuankudibersihkan oleh kaliananda Tanyaengkau berikankamu beliawak kirimtuanku perintahkankalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasakerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.SALAHBETUL

beliau tulisdia kumpulkanmereka kutipbaginda rasmikania bersihkanditulis oleh beliaudikumpulkan olehnyadikutip oleh merekadirasmikan oleh bagindadibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalanmen-itu.SALAHBETUL

kami akan atasikita perlu tolongsaya sudah kirimhamba akan khabarkanpatik belum laksanakananda mesti edarkanengkau telah bacakamu akan baikiawak mesti siapkankalian harus bereskanakan kami atasiperlu kita tolongsudah saya kirimakan hamba khabarkanbelum patik laksanakanmesti anda edarkantelah engkau bacaakan kamu baikimesti awak siapkanharus kalian bereskan

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT1. Ayat GabunganAyat gabungan terbentuk daripadaduaataubebearapa ayat tunggalyang dihubungkan dengankata hubung.Contoh:Nani dan Nora ke perpustakaan.Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.Contoh:SALAHBETUL

Mereka akan melancongke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Relang atau Jelai.Baik yang kaya atau miskindatang ke rumahnya.Hadiah iniuntuk Izzat bukan Hazwan.Jangankanmembeli kereta, motosikal punsaya tak mampu.Mereka akan melancongke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Relang atau di Jelai.Baik yang kaya atau yang miskindatangke rumahnya.Hadiah iniuntuk Izzat bukan untuk Hazwan.Jangankanmembeli kereta, membeli motosikal punsaya tak mampu.

2. Ayat PancanganAyat pancangan ialah ayat yang berasal daripadadua ayat tunggalyang salah satunyadipancangkanpada ayat yang satu lagi.Contoh:a. Kereta Pak Leh itu terbabas.b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:i. Kereta itu terbabas.ii.Kereta itu kereta Pak Leh.Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:i.Keluarga Mak Piah miskinii.Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsurpenerangdalam ayat tersebut salah strukturnya.Contoh:SALAHBETUL

Rumahitu di atas bukittidak ada penghuninya.Bangunanitu yang tinggiMenara Maybank.Rumahdi atas bukit itutidak ada penghuninya.Bangunanyang tinggi ituMenara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak adakata hubung pancanganyang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.Contoh:SALAHBETUL

Kami berdoa kamu berjaya.Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.Kami berdoaagarkamu berjaya.Semua orang tahubahawadia anak Pak Hamid.

3. Ayat tergantungAyat mesti terdiri daripadasubjekdanpredikat.Dalam susunanayat biasa,letaksubjekdidepandan letakpredikatdibelakang.Contoh:Budak itu / menangis.Farhana / jatuh ke dalam longkang.Dalam susunanayat songsang, letaksubjekdibelakangdanpredikatdidepan.Contoh:Siapakah / gadis itu.Itulah / teman saya.Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantungAyat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengankata sendi, katahubung, kata kerjadan keranapenggunaan kata yang salah, dan sebagainya.SALAHBETUL

Di seluruh negara mengalami banjir.Kerana hal itu akan dibincangkan.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.Banyak pelajar lulus dengan baik.Ada pihak membangkang cadangan itu.Dia yang datang kelmarinMengetahui hal itu saya membatalkan rancanganKesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.Apakah perlu kita lakukan sekarang?Siapa kata saya berbohong?Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas.Yang manakah betul?Seluruh negara mengalami banjir.Hal itu akan dibincangkan.Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.Banyak pelajar yang lulus dengan baik.Ada pihak yang membangkang cadangan itu.Dia datang kelmarin.Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.Yang manakah yang betul?

4.Ayat yang Tidak Betul SusunannyaKata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.Contoh:Ini hari Azizah tidak datang.Buku ini saya tidak mahu membaca.Yang melukis gambar ini Zainallah.Yang memukul awak siapakah?Itu pen dakwat sudah habis.Nora dan Nani baik berkawan.Majalah itu saya tidak menyimpannya.