Author
halusan-maybe
View
387
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
prinsip pembelajaran tatabahasa
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBML2103
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU MEI 2013Pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah perlu diajar secara tidak langsung.
a) Jelaskan prinsip prinsip pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah.
b) Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda bercadang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu menggunakan kaedah secara tidak langsung. Sediakan sebuah rancangan pelajaran yang dapat menunjukkan kaedah pengajaran tatabahasa secara tidak langsung diaplikasikan dalam bilik darjah.
c) Pada pendapat anda, apakah masalah masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa?NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN
NO MATRIKS : 700826125377001
NRIC : 700826125377
NO TELEFON : 01115217449EMAIL : [email protected]
NAMA PENSYARAH : EN ABDUL NASIR HJ. PAISALNAMA TUTOR : EN MANIYAMIN B IBRAHIMPUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU
SEMESTER : SMP PPG MEI 2013ISI KANDUNGANMUKA SURAT
1.0 Pengenalan1
2.0 Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa.4
3.0 contoh rancangan pengajaran harian9
4.0 Masalah dalam pembelajaran tatabahasa.11
5.0 Penutup20
Bibliografi
1.0PENGENALAN
Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah pengeluaran modal insan yang seimbang dalam semua aspek meliputi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah dari segenap ruang sehinggalah kepada peringkat yang paling asas. Guru-guru merupakan sasaran utama bidang ini kerana guru adalah komponen utama yang menggerakkan sistem pendidikan negara ini. Jika dahulu pendidikan berorientasikan guru banyak diterapkan namun kini terdapat beberapa jenis pembelajaran yang berorientasikan pelajar. Kini pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan dalam berbagai bentuk seperti kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, pengetahuan guru tentang model-model yang dapat diaplikasikan juga semakin bertambah.
Perkembangan bidang pendidikan di negara kita tetap memberikan penumpuan utama terhadap perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran di peringkat Sekolah. Bahasa Melayu yang menjadi tunjang utama dalam proses pembelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah sememangnya mencerminkan kepentingan bahasa ini sebagai medium penyatu paduan penduduk Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup dalam satu negara bangsa yang merdeka. Atas sebab itulah salah satu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu sebagai daya penarik minat para pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah secara tidak langsung bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan para pelajar dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama.
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) menjelaskan bahawa, tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan masyarakat umum telah mula sejak zaman berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokoh-tokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar". Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi rujukan. Buku ini telah membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu tranformasi-generatif bahasa Melayu.
Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas kompenan-kompenan nahu tranformasi. Melalui penulisan-penulisan oleh tokoh-tokoh penulis tatabahasa itu, berlakunya perkembangan variasi bahasa Melayu mengikut kesesuaian zaman dan keadaan bagi mengindahkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah. Namun begitu, sub topik tatabahasa sering dianggap orang sebagai sub topik yang kering, membosankan dan kadangkala menakutkan. Ini kerana kononnya tatabahasa hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, yang sama halnya dengan konsep pembelajaran Matematik. Bercakap mengenai tatabahasa seolah-olah bererti bercakap mengenai soal salah betul penggunaan bahasa semata-mata. Sekian lama pula telah tertancap pada benak kebanyakan orang bahawa tatabahasa mengekang gaya bahasa dan kreativiti. Kata pepatah Tak kenal maka tak cinta. Mudah-mudahan dengan mengenal hakikat tatabahasa, tumbuhlah rasa cinta kepadanya. Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih dasar dan luas daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Tatabahasa berbentuk potensi akliah yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Potensi ini bukan sahaja dalam bentuk lahiriah yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa yang tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur bahasa yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid khususnya dalam bentuk pengajaran tatabahasa termasuklah pengajaran prinsip-prinsip tatabahasa kepada para pelajar. Atas sebab itulah, sebelum para guru memulakan pengajaran tatabahasa kepada para pelajar, guru perlu menerangkan konsep atau perinsip-prinsip yang terkandung dalam pembelajaran tatabahasa bagi memudahkan mereka memahami sub topik tersebut. Secara tidak langsung juga, keadaaan ini dapat menarik minat murid yang kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid. Oleh sebab itu, terdapat beberapa prinsip-prinsip tatabahasa yang terkandung dalam pengajaran tatabahasa Melayu di sekolah.2.0PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASAAspek tatabahasa yang merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui. Prinsip-prinsip ini memudahkan para guru untuk mengajar serta memudahkan para pelajar untuk memahami intipati tatabahasa itu sepenuhnya.
Pertama, guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna. Perancangan ini dimulakan dari aspek sebelum memulakan pengajaran, semasa berlangsungnya pengajaran dan sesudah selesainya pengajaran ke atas aspek tatabahasa itu. Para guru juga perlu bersedia dengan pelbagai bentuk soalan yang timbul dari murid-murid ke atas bentuk pengajaran aspek tatabahasa tersebut. Atas sebab itulah, prisnsip yang pertama ini membantu para guru memudahkan perjalanan pengajaran prisnsip tatabahasa bahasa Melayu melalui segala bentuk perancangan yang rapi. Sebagai contoh dalam pengajaran aspek tatabahasa menggunakan golongan kata nama am dengan betul mengikut konteks keadaan atau situasi masa. Para pelajar dapat diuji pemahaman mereka melalui konteks soalan berbentuk pantun bagi memudahkan pemahaman mereka seperti dalam rajah 1. Langkah pengukuhan ini hanya akan hadir melalui teknik perancangan yang rapi khususnya dalam prinsip pengajaran tatabahasa.
Rajah 1 : Contoh latihan golongan kata nama am dengan betul mengikut konteks keadaan.
Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Menurut Asmah Haji Omar (1984) menjelaskan bahawa, tahap kecerdasan seseorang pelajar itu berbeza-beza mengikut kemampuan dirinya. Fenomena ini jelas membuktikan bahawa, dalam sesuatu bilik darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan ada yang murid yang lambat atau slow learner. Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid terlebih dahulu sebelum beranjak ke aras taksonomi yang lebih tinggi.Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang banyak. Latih tubi ini bertujuan latihan pengukuhan pemahaman kepada para pelajar sekali gus mendidik diri mereka untuk terus mengaplikasikan ilmu tersebut sepanjang masa. Menurut Koh Boh Boon (1990) menjelaskan bahawa, bentuk latih tubi yang berkesan ke atas para pelajar ialah latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh kerana melibatkan kemahiran psikomotor dan intelektual para pelajar. Melalui latih tubi yang diberikan kepada murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid-murid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya bagi membantu murid-murid tersebut. Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu menarik minat murid untuk mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang disampaikan. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah. Sebagai contoh dalam pengajaran tatabahasa Melayu menggunakan bahan bantu mengajar jenis audio visual seperti power point. Melalui alat bantu ini, para pelajar akan tertarik untuk terus mengikuti konsep pembelajaran tatabahasa kerana bentuk audio visual yang hadir dalam pelbagai warna seperti dalam rajah 2. Jelaslah, konsep pengajaran tatabahasa bertajuk kata nama am melalui bantuan bahan mengajar memudahkan para pelajar memahami dan mengingati aspek tersebut.Rajah 2 : Contoh bantuan audio visual melalui penggunaan power point.
Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid mempelajari tatabahasa. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994) menjelaskan bahawa, aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa yang perlu dipelajari dan difahami supaya nahu bahasa itu tidak bersifat lewah dan lemah. Atas sebab itu, seseorang guru seharusnya menyampaikan prinsip pengajaran tatabahasa dengan memberikan kefahaman dalam bentuk yang mudah dan tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan rumus atau hukum bahasa tersebut. Hal ini kerana, sudah memadahi seandainya murid itu memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di samping ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian. Selain itu juga, prinsip pengajaran tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman dan penguasaan dalam aspek tatabahasa yang terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa dan peraturannya akan dapat membantu seseorang itu menguasai dengan lebih baik.3.0RANCANGAN PELAJARAN HARIANMata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun
: 3 Arif
Umur murid
: 9 Tahun
Tarikh
: 6 Ogos 2012
Tema
: Amalan Hidup Sihat
Tajuk
: Mari Berekreasi
Masa
:9.00 pagi 10.00 pagi
Bilangan murid : 25 orang
Kemahiran: Fokus Utama:
Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
Aras 1(i) Menyatakan amalan-amalan dalam aktiviti berekreasi bagi penjagaan amalan hidup sihat.Fokus sampingan:
3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai dengan cantik dan kemas untuk setiap aspek tatabahasa.
Sistem Bahasa:Tatabahasa:Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa.
Kosa Kata : Nyanyi, Rekreasi, jogging
Pengisian Kurikulum:Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai Murni: Tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan bahasa, hemah tinggi.
Kemahiran Bernilai Tambah:Kem. Berfikir: menjana idea
Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, kinestetik, intrapersonal
LANGKAHAKTIVITICATATAN
SET INDUKSI
( 5 minit)1. Murid melakukan beberapa pergerakan anggota badan.
Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lain-lain.
2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.
VAK:
Kinestetik
LANGKAH 1
( 10 minit)1. Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.
Murid dibimbing menyanyikan lagu mengikut melodi lagu Ikan Kekek.
2. Murid membaca senikata lagu.BBM:
Powerpoint
VAK:
Audiovisual,Verbal, gambar tunggal
LANGKAH 2
( 20 minit)1. Murid menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa bersenam berdasarkan lagu dan gambar.
2. Murid mengenalpasti perkataan yang mengandungi perkataan digraph.
BBM:
Powerpoint
VAK:
Verbal
LANGKAH 3
( 20 minit)1. Murid-murid menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai yang kemas.
2. Murid murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi digraph berdasarkan kad imbasan.
3. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan serikata lagu.
4. Murid-murid menyalin perkataan digraph dalam buku latihan.
BBM:
Kad imbasan
Lembaran kerja
VAK:
Visual
Penutup
( 5 minit)1. Murid menyanyikan semula lagu mengikut melodi Ikan Kekek dengan gaya sendiri.
2. Penerangan nilai murni.
3. Rumusan.BBM:
Powerpoint
VAK:
Visual, audiotori,
Kinestetik
Impak:
25 orang murid dapat menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
25 orang murid juga dapat menyatakan amalan-amalan dalam aktiviti berekreasi bagi penjagaan amalan hidup sihat.25 orang murid dapat menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung khususnya dalam aspek tatabahasa kata nama am, kata hubung, kata nama khas dan simpulan bahasa.
4.0 MASALAH DALAM PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYUPembelajaran dan penguasaan bahasa Malaysia yang sempurna adalah penting bagi para pelajar. Tanpa penguasaan bahasa yang sempurna, seluruh proses pembelajaran yang menggunakan bahasa Malaysia akan menjadi hambar. Perkara ini perlu ditinjau dari pelbagai sudut masalah, walaupun pengajaran bahasa Malaysia pada hari ini dapat dikatakan baik pada keseluruhannya, tetapi masih ada kelemahan-kelemahan yang boleh dibaiki.4.0.1 Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang MelayuProses pengajaran dan pembelajaran adalah berlainan sekiranya pelajar mempelajari bahasa kandung atau bahasa kedua. Secara umum dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu telah pun menguasai sebutan, tatabahasa, dan makna kosa kata bahasa Malaysia semasa mereka masuk ke sekolah. Jadi, apa yang mereka perlukan bukannya pengajaran tentang perkara-perkara asas dalam bahasa itu, tetapi tumpuan harus diberikan kepada pengukuhan bahasanya dan pengayaan kosa katanya. Tatabahasa yang diajarkan bukanlah bertujuan mengajarkan bahasa kepada mereka, tetapi bertujuan memperkukuh dan memperkaya bahasa yang sudah dikuasai mereka. Di samping itu, pembelajaran peribahasa yang betul adalah penting bagi membolehkan mereka memahami kemampuan atau potensi bahasa itu dalam membuat ungkapan. Di samping itu juga, mereka memerlukan bimbingan dalam mempelajari dan menguasai bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang ilmu, iaitu mereka perlu menguasai bahasa Malaysia baku dan rasmi.4.0.2 Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang Bukan MelayuPelajar bukan Melayu yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, perlu mempelajari segala-galanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Malaysia. Sama ada apa yang dilakukan sekarang ini sesuai dengan keadaan ini, adalah suatu yang harus dapat kita amati bersama. Pengajaran bunyi, sebutan, dan intonasi bahasa Malaysia hampir-hampir tidak wujud langsung dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah hari ini. Pengajaran tatabahasa pula adalah sesuatu yang masih boleh diperkemas lagi. Sebahagian daripada akibat yang berlaku dapat dilihat apabila terdapat kesan langsung dalam kepincangan sebutan, tatabahasa, dan pemakaian kata bahasa Malaysia tersebut. Atas sebab itulah, menurut Abdullah Hassan (2007) menyatakan bahawa, antara masalah utama dalam pembelajaran tatabahasa Melayu melalui aspek latar belakang murid yang mudah bagi mereka sekiranya bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar utama sehingga diperingkat rumah yang hanya perlu diperkukuhkan lagi kemahiran tatabahasa mereka. Manakala bagi pelajar yang mempunyai latar belakang tidak mengamalkan penggunaan bahasa Melayu di dalam rumah, kesukaran untuk mempelajari aspek tatabahasa secara menyeluruh kerana perlu bermula dari peringkat asas mengenal sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Melayu. Sebagai contoh dalam sebutan tatabahasa, kesalahan sebutan di kalangan penutur bukan Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak), dan sebagainya. Daerah morfologi juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam menyebut kata-kata seperti: peng-arah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an (pakai-yan), dan sebagainya. Oleh sebab latar belakang dan keperluan pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu ternyata berlainan, maka jelaslah bahawa keadaan pengajaran bahasa Melayu kepada mereka seharusnya juga berbeza. Mengajar dan menguji kedua-dua golongan pelajar dengan kaedah yang sama akan hanya menyulitkan mereka dan kurangnya kesan penerimaan pelajaran. Keadaan ini berlanjutan seolah-olah hakikat ini tidak penting sama sekali.4.0.3 Dorongan dalam PembelajaranDorongan diketahui bahawa untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan, maka pelajar-pelajar memerlukan dorongan. Dorongan untuk belajar ini timbul daripada beberapa tujuan. Misalnya, ada orang belajar bahasa untuk melancong, ada untuk mendapatkan kerakyatan, dan ada pula yang ingin melanjutkan pelajaran. Jadi, apakah tujuan murid mempelajari tatabahasa bahasa Melayu itu di samping memenuhi keperluannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah atau bagi mendapatkan syarat mencari pekerjaan serta simbol status bahasa dalam masyarakat. Mendapatkan PekerjaanTujuan untuk mendapatkan pekerjaan khususnya di sektor-sektor awam memang wajar menetapkan kelulusan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sejak kelulusan dalam bahasa Melayu dengan kepujian pada peringkat Sijil Persekolahan Malaysia dijadikan syarat lulus peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, maka satu nilai yang tinggi telah ada pada bahasa Melayu. Para pelajar telah berlumba-lumba untuk lulus peperiksaan bahasa Malaysia yang turut meliputi aspek pembelajaran tatabahasa walaupun berbeza latar belakang bangsa semata-mata untuk tujuan ini. Walaupun demikian, syarat ini tidak dikehendaki di badan-badan swasta menyebabkan mereka yang tidak lulus juga terus boleh mendapatkan pekerjaan. Jadi, walaupun bahasa Malaysia diberi nilai tinggi pada satu pihak, tetapi oleh sebab ada jalan keluar bagi mereka yang tidak mendapat kelayakan tersebut maka, pencapaian tujuan tersebut tidaklah mendapat tujuan mutlak untuk semua orang. Atas sebab itulah yang membawa kepada kekangan dalam menguasai tatabahasa bahasa Melayu kerana mentaliti masyarakat mendapat jalan lain untuk mencari pekerjaaan khususnya dalam sektor swasta yang tidak menitik beratkan kepujian bahasa Melayu dalam syarat mendapatkan pekerjaan. Keadaan ini membawa kepada kekangan atau masalah dalam penguasaan dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu khususnya kepada para pelajar. Status Bahasa dalam MasyarakatMasyarakat memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa. Tidak sukar untuk kita memahami hal ini. Kita tahu bahawa bahasa Inggeris itu bertaraf tinggi maka kita boleh melihat sikap ahli-ahli masyarakat dalam menggunakannya. Kita mengasosiasikan diri dengan bahasa itu, sekurang-kurangnya sebahagian daripada bahasa itu. Misalnya, seseorang yang baru pulang dari negara Inggeris atau Amerika. Bahkan ada pula yang bertutur bahasa Inggeris pelat Inggeris untuk menunjukkan asosiasinya dengan imej bahasa negara tersebut. Dengan berbuat begitu, di menganggap akan disamatarafkan dengan orang Inggeris atau Amerika. Begitu juga dengan bahasa Arab, ada taraf yang diberikan oleh masyarakat Melayu kepada bahasa Arab. Jadi memang orang Melayu yang belajar di Makkah atau di Mesir dianggap akan mengasosiasikan dirinya dengan dunia dan bahasa Arab. Mungkin mereka tidak menyebut kata-kata bahasa Malaysia pelat Arab, tetapi mereka akan melafazkan kata-kata bahasa Arab yang telah lama dipinjam oleh orang Melayu sebagai lafaz orang Arab. Misalnya, orang kelantan tidak akan berkata hari isnin, tetapi mereka akan menyebut Ithnin, dan Zuhur untuk loho, Asar untuk asa, dan sebagainya. Yang anehnya pula, kalau orang itu pulang setelah belajar di India selama beberapa tahun, mereka tidak pernah menunjukkan pelat India itu dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia mereka. Ini mungkin kerana India tidak diberi taraf atau imej yang sama.
Keadaan ini berlaku akibat sikap orang bukan Melayu pula agak berlainan. Ada juga antara mereka yang memandang senang terhadap pembelajaran bahasa Malaysia. Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) menjelaskan bahawa, kedudukan bahasa Melayu ini juga kadang-kadang dirasakan lebih rendah dari bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia dan dianggap lebih penting. Bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi dalam bidang swasta. Nilai ekonomi yang rendah yang diberikan kepada bahasa Malaysia mungkin menyebabkan sikap ini berlaku. Bahasa Inggeris memang menduduki tempat istimewa sebagai bahasa hubungan antarabangsa, dan justeru itu, bahasa Inggeris perlu dikekalkan. Tetapi hubungan psikologi kita yang amat rapat dengan bahasa tersebut menyebabkan sanjungan kita agak luar biasa tingginya terhadap bahasa itu.Jadi, apa yang penting di sini ialah, apakah bahasa Malaysia itu dapat memberi mereka taraf yang tinggi kepada diri mereka untuk menguasai sepenuhnya aspek tatabahasa bahasa Melayu itu. Bermegahkah para pelajar yang dapat menguasai sepenuhnya kemahiran bahasa Melayu seandainya dapat dilihat atau didengar menuturkan bahasa Melayu dengan fasih dan lancar seperti mereka yang menguasai bahasa Inggeris dan Arab. Atas faktor wujudnya sifat double standard dalam penggunaan bahasa yang dituturkan menyebabkan ramai para pelajar kurang berminat untuk menguasai pembelajaran tatabahasa Melayu yang dianggap tidak setanding dengan penggunaan bahasa Inggeris dan Arab yang dilihat lebih cenderung mendapat tempat dihati masyarakat. Jelaslah status penggunaan bahasa yang turut menjadi dorongan pembelajaran membawa kepada kekangan pengguasaan tatabahasa Melayu diperingkat sekolah.4.0.4 EjaanSebelum ejaan baharu diumumkan, Ejaan Sekolah yang didasarkan kepada Ejaan Wilkinson (1904) dan dibaiki oleh Zaba (1938) telah digunakan. Sistem ini cukup untuk keperluan bahasa Melayu untuk beberapa lama, tetapi menjelang tahun 60-an, kekurangannya mula ketara (S.T. Alisjahbana 1965). Hal ini bukan sahaja menjadi masalah kepada penutur bahasa Melayu, tetapi juga kepada proses pembelajarannya. Ejaan Sekolah tidak konsisten pada beberapa tempat.Ejaan memang banyak masalahnya. Masalah ini tidaklah harus dikatakan timbul daripada ejaan baharu. Ejaan bahru itu terlalu mudah untuk dianggap sebagai suatu masalah. Lagipun, sudah ada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Seharusnya sudah tidak ada masalah ejaan lagi. Ejaan itu telah digunakan selama lebih sepuluh tahun, maka sepatutnya perkara ini tidak lagi menjadi masalah. Ada kata yang selalu salah dieja seperti bolih (untuk boleh), goring (untuk goreng), ke- dalam (untuk ke dalam), dibawah (untuk di bawah), dan sebagainya. Kesalahan ejaan ini timbul hanya kerana kejahilan sahaja, dan orang tidak mahu membaiki keadaan ini. Aspek kedua kesalahan ejaan ialah bahawa ada ejaan-ejaan yang berubah untuk penyelarasan seperti teladan menjadi teladan, aneh menjadi aneh, dan sebagainya. Sebenarnya tindakan seperti ini tidak perlu dibuat sebab ejaan yang sudah mantap tidak harus diubah lagi. Walau bagaimanapun, demi keseragaman ejaan yang dicadangkan itu perlulah diikuti.Ejaan kata-kata pinjaman merupakan satu masalah lain. Dasar yang dikuatkuasakan ialah untuk memudahkan pembelajaran, huruf yang tertentu sahaja ditukar, iaitu bunyi yang tidak berfungsi, atau bunyi-bunyi yang tidak konsisten dalam bahasa Inggeris. Misalnya, huruf eo dalam homogeneous boleh digugurkan. Huruf ch dalam cholera sebenarnya berbunyi k dan bukan c seperti dalam cent dan chalk. Ini tidak konsisten. Oleh sebab ejaannya diutamakan, maka ia disesuaikan menjadi kolera. Inilah yang sering dikatakan menjadi masalah dalam ejaan apabila pengguna bahasa Malaysia mengelirukan sistem bahasa Malaysia dengan sistem bahasa Inggeris.Memang sukar mengubah kebiasaan 14 juta manusia dalam menggunakan ejaan ini. Lebih rumit lagi jadinya masalah ini apabila hal-hal agam terlibat. Penulisan kata-kata istilah Arab boleh menimbulkan kerumitan. Misalnya, ejaan baharu bagi nimat ialah nikmat, dan dengan itu mengubah makna kata itu daripada sesuatu yang baik kepada yang buruk. Memang hal ini harus diberi perhatian yang agak serius supaya kekacauan tersebut tidak mengganggu perkembangan bahasa Malaysia umumnya.4.0.5 ImbuhanPenggunaan imbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian -kan, me-, di-, dan ber-. Misalnya, -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu seperti Saya membelikan buku (-kan tidak perlu kerana beli sudah transitif), atau sebaliknya -kan tidak dipakai seperti dalam mengguna dan membenar (-kan diperlukan supaya kata kerja tersebut menjadi transitif).Dalam peringkat kata, kesalahan tatabahasa kerap dilakukan dalam penggunaan imbuhan. Kalau diperhatikan pula betul-betul, maka akan didapati satu perkara yang betul-betul sukar kita fahami, iaitu jumlah imbuhan yang ada dalam bahasa Malaysia adalah amat sedikit bilangannya. Ada tujuh bilangan imbuhan yang sedikit ini sangat sukar dipelajari dan digunakan dengan tepat, manakala, kita mungkin berpendapat bahawa bilangan yang sedikit harus memudahkan pembelajaran. Kerap pula terjadi kisah kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia yang telah menguasai pemakaian imbuhan dengan biak di rumah atau dalam lingkungan keluarganya, tetapi telah dikelirukan oleh guru yang tidak mahir apabila dia mula bersekolah. Fungsi guru yang sepatutnya memperkukuh penguasaan tatabahasa kanak-kanak itu telah bertukar menjadi pengacauan. Bagi kanak-kanak yang tidak menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung akan terus terpesong dalam memakai imbuhan. Setiap satu imbuhan kata kerja dalam bahasa Malaysia itu mempunyai masalah masing-masing. Pengacauan imbuhan yang terdapat bagi kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia ialah kesalahan-kesalahan tertentu.Pada hakikatnya, seseorang guru itu mungkin tidak memahami bahawa fungsi tatabahasa sesuatu imbuhan itu sudah sedia ada dalam setengah-setengah kata. Oleh itu kata-kata tersebut tidak perlu diberi imbuhan lagi untuk menunjukkan fungsi tatabahasa tersebut. Kesalahan yang sering berlaku ialah dalam penggunaan imbuhan ber- atau me- pada kata dasar yang tidak memerlukannya; seperti ber- duduk (untuk duduk), bertimbul (untuk timbul), berbangun (untuk bangun), menjalan (untuk berjalan), menurun (untuk turun), dan memindah (untuk berpindah). Jadi kerap terdapat ayat seperti: Dia berduduk di atas kerusi, Dia telah memindah rumah, Dia menurun bas. Pada pihak yang lain pula, selalu terdapat masalah yang berhubungan dengan imbuhan -kan. Hal ini berlaku kepada penutur kandung bahasa Malaysia. Maka terdapatlah ayat seperti Guru mengguna kapur (untuk Guru menggunakan kapur), Ibu memakai seluar untuk Fadil (untuk Ibu memakaikan seluar untuk Fadil), dan Air hujan itu membasah kainnya (untuk Air hujan itu membasahi kainnya). Dalam hal ini, apa yang berlaku ialah imbuhan per-, -kan dan -i digugurkan. Ini adalah tabiat pelajar-pelajar dan guru-guru yang terdiri daripada penutur bahasa Malaysia. Dalam bahasa pertuturan, ada unsur-unsur tertentu yang boleh digugurkan (sebab ketiadaannya ditampung oleh unsur lain) atau telah jelas dari konteks itu sendiri. Dalam bahasa tulisan per-, -kan, dan -i itu perlu ada. Ini menjelaskan bahawa mereka mungkin tidak memahami bahawa imbuhan per, -kan, dan -i itu sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa yang tidak boleh ditampung oleh me- sahaja.Satu lagi kesalahan imbuhan yang agak lebih rumit ialah dari segi pemakaian per-, kan, dan -i. Perkara yang selalu berlaku di sini ialah ketiga-tiga imbuhan ini dipakai dengan tidak mengetahui perbezaan makna dan fungsi tatabahasanya. Jadi terdapatlah kesalahan seperti Ahmad menuruni bas (untuk Ahmad turun dari bas), Ahmad menaikan motokar (untuk Ahmad menaiki motokar), dan Sila masuki perkara ini dalam perbincangan (untuk Sila masukkan perkara ini ke dalam perbincangan).Satu lagi imbuhan yang kerap salah digunakan, ialah -kan. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak mengenali perbezaan antara imbuhan -kan dengan -an. Akibatnya, mereka selalu menggunakan -an untuk -kan. Kesalahan ini terlalu besar untuk dimaafkan, contohnya: meletakan (untuk meletakkan), dan membetulan (untuk membetulkan). Kebalikannya juga benar, lebih-lebih lagi apabila dasarnya berakhir dengan k seperti dalam masakkan (untuk masakan) dan kerosakkan (untuk kerosakan). Perkara seperti ini patutlah diambil berat dan dibetulkan.Dalam contoh lain, terdapat pula pelajar Melayu yang tidak mengenali perbezaan antara pe- (pesakit orang sakit), peny (penyakit perkara yang menyakitkan), dan per- (persakit perbuatan menyakitkan). Pernah saya temui guru berkelulusan universiti yang tidak mengetahui bahawa ketiga-tiga imbuhan ini berlainan. Mungkin asalnya satu, tetapi sekarang jelas bahawa ada perbezaan bentuk dan fungsi antara pe-, penye-, dan per-. Ini perlu difahami. Menurut Nik Safiah Karim (2007) menyatakan bahawa, perkara yang lebih merunsingkan ialah apabila terdapat kata-kata pendekan daripada akhbar menular masuk ke dalam kelas. Dalam akhbar, imbuhan ke-...-an, peN-...-an sering menjadi -an sahaja. Kerap terdapat putusan STPM, libatan dan ini semakin banyak digunakan dalam bahasa Malaysia di kalangan pelajar sekolah. Dari satu segi lain terdapat juga -an digunakan oleh pelajar bukan Melayu seperti: di kalang (untuk di kalangan).Unsur gandaan juga kerap menjadi kekeliruan. Sebenarnya sebarang kata nama bahasa Malaysia itu boleh difahamkan sebagai satu atau lebih. Biasanya bilangan ini ditandai oleh penjodoh bilangan berserta angka dan bukan dengan gandaan seperti yang selalu dilakukan. Misalnya, dua orang pelajar, bukan dua (orang) pelajar-pelajar, (kerap pula penjodoh bilangan itu digugurkan). Pemakaian ganda ini telah kusut jadinya sehingga digunakan di tempat yang tidak perlu seperti buku-buku sekolah, rumah-rumah murah, padahal buku sekolah dan rumah murah sudah cukup lengkap menunjukkan banyak.4.0.6Cadangan Penambah baikan pengajaran tatabahasa Melayu
Dengan keadaan masalah yang dinyatakan di atas ternyata ada banyak masalah yang mencabar guru bahasa Malaysia. Pertama, ketiadaan model pembelajaran, kedua, aspek-aspek bahasa, dan aspek-aspek bukan bahasa. dalam keadaan begini guru terpaksalah menjadi model kepada pelajar-pelajar. Model dan Buku TeksSuatu masalah besar yang dihadapi oleh guru ialah dari segi model yang dapat dicontohi dan buku-buku teks yang boleh digunakan untuk pembelajaran. Bahasa yang digunakan dalam buku teks itu adalah bahasa rasmi. Jadi model juga adalah satu masalah. Model itu bermaksud bahasa yang dituturkan oleh mana-mana orang atau kelompok orang yang boleh dijadikan contoh. Tidak ramai orang yang boleh dijadikan contoh demikian. Jadi dalam ketiadaan contoh, maka sukarlah pelajar-pelajar tersebut memahami dan menuturkan apa yang dipelajari. Atas sebab itulah, menurut Azman Wan Chik (1985) menjelaskan bahawa, bagi mengatasi masalah ini, langkah kerajaan melalui kepelbagaian kursus bagi memperkasakan para guru yang menjadi medium penyampaian dan pengajaran perlu diperkasakan supaya boleh bertindak sebagai model dan buku teks kepada para pelajar. Aspek-Aspek BahasaAda aspek-aspek bahasa yang masih merupakan masalah bagi guru. Yang jelas merupakan masalah ialah ketiadaan sebuah buku tatabahasa pegangan. Tatabahasa yang ada sekarang, jelas menunjukkan bahawa ada unsur-unsur yang masih kacau atau penjelasan yang berlainan antara pengarang-pengarang tatabahasa. Kedua, buku-buku tatabahasa yang ada sekarang berdasarkan bahasa Melayu dahulu jadi suatu usaha pengemaskinian perlu dilakukan. Suatu tatabahasa pegangan perlu disediakan segera untuk menampung keperluan ini. Buku, Nahu Melayu Mutakhir (Asmah 1980) dan Tatabahasa Dewan, Jld. I, Ayat (Nik Safiah et al., 1986) telah diterbitkan dan harus dapat membantu menghapuskan masalah ini sekali gus berjaya mengatasi masalah dalam sebutan dan ejaan serta penggunaan imbuhan tatabahasa Melayu. Aspek Bukan BahasaMasalah bukan bahasa yang terlibat sering melibatkan masalah ganti nama, sopan atau tidak sopan seperti aku, saya, kamu/ engkau, taun/ saudara, dan sebagainya. Kalau penutur tidak memahami kesensitifan budaya dalam hal ini, maka akibatnya mungkin tidak baik. Misalnya, ada seorang pelajar Amerika yang belajar bahasa Malaysia, telah dimarahi oleh seorang penghulu kerana menggunakan kata engkau terhadapnya. Ini adalah masalah budaya. Ada tanda-tanda yang guru bahasa Malaysia juga tidak mengetahui hal ini dengan lancar. Di samping itu, satu kesalahan lain ialah gerak laku yang menyertai pertuturan tersebut. Sambil berkata itu kita mungkin mahu menunjukkan sesuatu, tetapi dalam budaya Melayu, ibu jari digunakan untuk menunjuk sebagai tanda hormat. Jadi, masalah ini selalunya merupakan satu aspek yang kerap dilanggar dalam pengajaran. Ada gerak laku yang dibuat dalam bertutur itu harus dibuat dengan betul. Para guru perlu lebih mengetahui mengenai teknik ini supaya prinsip penguasaan tatabahasa itu menjadi lebih mudah sekali gus memudahkan para pelajar untuk memperkasakan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu.5.0RUMUSAN
Dalam suasana yang penuh masalah dan kritikan ini, tugas guru menjadi seakan-akan mustahil. Tetapi, sebenarnya hal ini memang tidak seburuk itu, keadaannya jelas semakin bertambah baik kalau berbanding dengan keadaan dahulu. Dalam mencuba menyelesaikan masalah ini, kita haruslah terlebih dahulu mengenali masalah tersebut, dan seterusnya mencari penyelesaiannya. Tugas para guru itu tidaklah ringan. Masalah yang wajib diatasi bukan masalah bahasa sahaja, bahkan juga masalah sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Penggunaan tatabahasa yang tidak betul menyukarkan pelajar berkomunikasi atau menulis dengan baik. Dalam pembelajaran tatabahasa, pelajar harus mempelajari tatabahasa dengan memikirkan bahawa pembelajaran paradigma, pola, rajah-rajah tertentu sebagai tujuan pembelajaran itu sendiri, maka itulah yang dikuasai oleh pelajar. Sekiranya mereka mempelajari segala rumusan tatabahasa, pola dan paradigm-paradigma tersebut dengan maksud untuk menyampaikan pemikiran dan mesej dengan memilih kata nama, kata kerja atau kata sifat tertentu, maka pelajar akan dapat mempelajari dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Pembelajaran bahasa perlulah mencari satu sistem tatabahasa yang dapat menjelaskan struktur bahasa supaya pelajar dapat menggunakan tatabahasa untuk menghasilkan ujaran sendiri. Selain daripada itu, pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Pelajar yang dapat mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujah-hujah di dalam bahasa yang rapi. Kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami. Oleh itu, pengguasaan ke atas kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya dan membolahkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumus tatabahasa.(3045 patah perkataan)
BIBLIOGRAFI.
Abdullah Hassan (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952- 2002). KualaLumpur : Persatuan Penterjemah Malaysia.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.Amat Juhari Moain (2010). Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.Asmah Haji Omar (1984). Pengajaran bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan BahasaKebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azman Wan Chik (1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. KualaLumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992). Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. KualaLumpur.Koh, Boh Boon (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia : prinsip dan teknik. PetalingJaya : Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim (2007). Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya. Kertas Kerja dibentangkan diKongres Bahasa dan Persuratan Melayu V, Dewan Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur :anjuran Dewan Bahawa dan Pustaka, pada 2-3 Mei 1998.Puteri Roslina Abdul Wahid (2005). Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam PeristilahanUndang Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Teuku Iskandar (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa DanPustaka.
1