34
Kekalkan komunikasi dan perkongsian maklumat secara berkala dengan Talian Bantuan/Helpline setempat dan rakan komuniti, misalnya, melalui panggilan mingguan menerusi telefon, WhatsApp atau platform media sosial lain untuk: Berkongsi perkembangan terkini mengenai perubahan dalam panduan nasional / tempatan contohnya protokol yang berkaitan dengan sekatan pergerakan, langkah-langkah kesihatan awam yang baharu. Berkongsi perkembangan terkini mengenai tindakan untuk melindungi kanak- kanak dan keluarga. Bersetuju dengan prosedur standard untuk mendokumentasi dan merujuk kes kanak-kanak yang mungkin memerlukan tindakan susulan: Khususnya, kanak-kanak yang mempunyai keperluan kritikal untuk perlindungan atau kesihatan mental dan mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk perpisahan Contohnya, kanak-kanak berisiko disebabkan oleh kecacatan, kematian atau penyakit dalam keluarga, keganasan pasangan intim dalam keluarga Bersetuju dengan rakan komuniti tentang siapa yang harus mengambil tindakan susulan untuk menilai keadaan kanak-kanak dan/ atau keluarga berasaskan tipologi risiko perlindungan kanak-kanak, iaitu: kes ditugaskan kepada pekerja sosial professional memerlukan tindakan susulan daripada pakar kesihatan mental memerlukan intervensi pihak polis dengan pekerja sosial, dan memerlukan sokongan rakan komuniti setempat. Bersetuju dengan Hotline dan rakan komuniti setempat untuk mencatat maklumat hubungan kanak-kanak dan keluarga berisiko yang mereka kenal pasti, bagi membolehkan penilaian dan tindakan susulan, dan di mana maklumat itu akan disimpan. nama, nombor telefon, alamat kanak-kanak dan keluarga Semak, kemas kini, selaraskan mesej utama perlindungan dan COVID-19 Senaraikan semua perkhidmatan dalam komuniti yang boleh diakses oleh kanak-kanak dan keluarga dan pastikan semua rakan komuniti mempunyai senarai ini Kenal pasti hubungan dan peluang kerjasama antara perkhidmatan dan rakan komuniti dan selaraskan usaha kerjasama Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisiko Dapatkan persetujuan dengan pihak yang biasanya mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko di peringkat komuniti dan pihak yang mula-mula memberi respons (contohnya polis dan perkhidmatan kecemasan) untuk memastikan tindak balas dan rujukan yang segera dan sesuai diambil. Seterusnya: - Kategori kanak-kanak dengan keperluan perlindungan yang tinggi - Tindakan susulan yang sesuai dan pada masa yang tepat bagi setiap kanak-kanak / keluarga yang dikenal pasti Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra- muatkan.

#1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Kekalkan komunikasi dan perkongsian maklumat secara berkala dengan Talian Bantuan/Helpline setempat dan rakan komuniti, misalnya, melalui panggilan mingguan menerusi telefon, WhatsApp atau platform media sosial lain untuk: Berkongsi perkembangan terkini mengenai perubahan dalam panduan nasional / tempatan contohnya protokol yang berkaitan dengan sekatan pergerakan, langkah-langkah kesihatan awam yang baharu.

Berkongsi perkembangan terkini mengenai tindakan untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga.

Bersetuju dengan prosedur standard untuk mendokumentasi dan merujuk kes kanak-kanak yang mungkin memerlukan tindakan susulan:

▪ Khususnya, kanak-kanak yang mempunyai keperluan kritikal untuk

perlindungan atau kesihatan mental dan mereka yang mempunyai

risiko tinggi untuk perpisahan

▪ Contohnya, kanak-kanak berisiko disebabkan oleh kecacatan, kematian

atau penyakit dalam keluarga, keganasan pasangan intim dalam

keluarga

Bersetuju dengan rakan komuniti tentang siapa yang harus mengambil tindakan susulan untuk menilai keadaan kanak-kanak dan/ atau keluarga berasaskan tipologi risiko perlindungan kanak-kanak, iaitu: kes

▪ ditugaskan kepada pekerja sosial professional

▪ memerlukan tindakan susulan daripada pakar kesihatan mental

▪ memerlukan intervensi pihak polis dengan pekerja sosial, dan

▪ memerlukan sokongan rakan komuniti setempat.

Bersetuju dengan Hotline dan rakan komuniti setempat untuk mencatat maklumat hubungan kanak-kanak dan keluarga berisiko yang mereka kenal pasti, bagi membolehkan penilaian dan tindakan susulan, dan di mana maklumat itu akan disimpan.

▪ nama, nombor telefon, alamat kanak-kanak dan keluarga

Semak, kemas kini, selaraskan mesej utama perlindungan dan COVID-19

Senaraikan semua perkhidmatan dalam komuniti yang boleh diakses oleh kanak-kanak dan keluarga dan pastikan semua rakan komuniti mempunyai senarai ini

Kenal pasti hubungan dan peluang kerjasama antara perkhidmatan dan rakan komuniti dan selaraskan usaha kerjasama

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisiko

Dapatkan persetujuan dengan pihak yang biasanya mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko di peringkat komuniti dan pihak yang mula-mula memberi respons (contohnya polis dan perkhidmatan kecemasan) untuk memastikan tindak balas dan rujukan yang segera dan sesuai diambil.

Seterusnya: - Kategori kanak-kanak dengan

keperluan perlindungan yang tinggi - Tindakan susulan yang sesuai dan

pada masa yang tepat bagi setiap kanak-kanak / keluarga yang dikenal pasti

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 2: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Kategori kanak-kanak dengan keperluan perlindungan yang tinggi Kanak-kanak yang sudah diketahui berisiko untuk terpisah daripada keluarga sebelum pandemic

▪ Pekerja sosial profesional harus memberi sokongan berterusan dan mengambil tindakan susulan melalui telefon biasa atau kenalan maya lain untuk memantau keadaan mereka dan membolehkan tindak balas diambil sekiranya mereka dipisahkan.

▪ lihat TIP untuk pemantauan maya (# 7) untuk panduan selanjutnya.

Kanak-kanak dan keluarga yang telah terdedah atau terselamat dari penyakit tersebut dan mungkin berisiko berdepan stigma & dipulaukan

Kanak-kanak dalam keluarga di mana penjaga atau orang dewasa lain mungkin sakit

Kanak-kanak dalam keluarga di mana terdapat keganasan rumah tangga / keganasan berasaskan gender (GBV) / keganasan dalam kalangan pasangan intim (IPV) yang diketahui atau disyaki

Kanak-kanak dijaga oleh datuk nenek/ orang dewasa lain yang lebih tua, kerana orang dewasa yang lebih tua ini berisiko tinggi untuk COVID-19

Kanak-kanak atau remaja yang baru dibebaskan dari institusi penjagaan kanak-kanak dan disatukan semula dengan keluarga mereka atau hidup berdikari

Kanak-kanak dan keluarga yang berhijrah, pelarian, tiada kewarganegaraan dan pelarian dalaman, termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen

Kanak-kanak jalanan/gelandangan

Kanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau keganasan melalui talian bantuan berikut:

▪ WAO Hotline (03 7956 3488), TINA WhatsApp (018 988 8058), Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019 261 5999) atau Befrienders KL (03 7956 8144 atau 03 7956 8145)

Tindakan susulan yang sesuai dan tepat pada masa ke atas kanak-kanak dan keluarga yang dikenal pasti Mana-mana rakan komuniti yang mengenal pasti kanak-kanak dan/ atau keluarga dengan keperluan perlindungan yang tinggi atau berisiko tinggi untuk terpisah akan segera menghubungi perkhidmatan yang dipersetujui untuk penilaian susulan dan sokongan. Dalam situasi rakan komuniti tidak pasti siapa yang harus dihubungi, mereka akan merujuk kepada pekerja sosial professional.

Pekerja sosial profesional, dengan kerjasama pakar kesihatan mental dan polis, akan memberi maklum balas terhadap pemberitahuan kes dalam masa 24 jam, mulanya melalui telefon dan jika diperlukan melalui lawatan sambil menjaga jarak sosial yang sesuai, untuk menilai keadaan kanak-kanak dan/ atau keluarga dan selepas itu merujuk kepada rakan komuniti untuk sokongan berterusan.

▪ lihat Tip Menilai Kanak-Kanak dan Keluarga Berisiko (# 2)

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisiko

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 3: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Proses untuk menilai keadaan kanak-kanak dan keluarga melalui panggilan telefon, WhatsApp atau platform dalam talian yang lain:

1. Menilai kesihatan umum fizikal dan mental semua ahli isi

rumah

2. Menilai bagaimana ahli-ahli isi rumah dan kanak-kanak

menghabiskan masa mereka dalam sekatan COVID-19

3. Kongsi tip untuk kekal sihat dan menguruskan tekanan

▪ lihat TIP # 3 Memberikan Sokongan Psikososial (PSS),

dan TIP # 4 Menguruskan Tekanan dan Kesihatan

Mental

4. Berikan nombor Hotline dan, jika ada, jelaskan nombor

atau perkataan CODE (lihat TIP # 5 untuk maklumat lebih

lanjut) untuk mengatakan kepada operator Hotline

sekiranya ada bahaya dan ancaman keselamatan:

▪ WAO Hotline: 03 7956 3488

▪ TINA WhatsApp: 018 988 8058

▪ Talian Kasih: 15999 atau WhatsApp 019 261 5999

▪ Befrienders KL: 03 7956 8144 atau 03 7956 8145

Dalam konteks membendung COVID-19, sangat sukar untuk menilai keadaan kanak-kanak dan keluarga yang berisiko kerana langkah-langkah penjarakan sosial menjadikan lawatan ke rumah sukar dilaksanakan.

TIP ini memberikan cadangan bagaimana mengumpulkan maklumat tentang keadaan kanak-kanak dan keluarga sambil mengehadkan kontak fizikal.

Seterusnya: Soalan untuk menilai status kanak-kanak dan keluarga

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #2 - Menilai kanak-kanak dan keluarga yang berisiko

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 4: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Menilai kesihatan umum fizikal dan mental semua ahli keluarga

Adakah semua orang ok? Bagaimana perasaan mereka? Bagaimana mereka menghadapi sekatan pergerakan?

▪ Mencungkil tanda-tanda kesejahteraan mental: Menyokong, Tenang ▪ Atau tekanan: Mudah marah, Berfokus pada masalah, Cemas, Tangisan yang tidak terkawal, Fikiran negatif, Mood yang

berubah-ubah, Berputus asa

Adakah anda mempunyai selera makan? Adakah anda tidur lena? …

▪ Mencungkil untuk: keupayaan untuk tidur (tidak dapat tidur/ insomnia atau tidur sepanjang masa/ hipersomnia), peningkatan atau penurunan selera makan

Nilaikan bagaimana ahli rumah menghabiskan masa mereka

Apa yang anda dan kanak-kanak lakukan sepanjang hari?

▪ Mencungkil untuk: minat untuk melakukan sesuatu, kemampuan untuk menumpukan perhatian

Adakah anda mempunyai kebimbangan atau pertanyaan mengenai kanak-kanak anda semasa COVID-19 ini?

Adakah anda pernah keluar? Untuk apa? Bagaimana anda melindungi diri anda dan orang lain dari jangkitan COVID-19?

Nilai kesediaan COVID-19

Apa yang akan anda lakukan sekiranya seseorang jatuh sakit?

▪ Sudahkah anda merancang supaya seseorang menjaga kanak-kanak sekiranya sesuatu berlaku kepada anda?

Adakah anda mempunyai sokongan?

▪ Ya, dari ……………………… Bolehkah anda menghubungi orang ini dengan mudah? ▪ Adakah anda memerlukan sokongan? Ada yang boleh kami bantu? ▪ Apa yang anda lakukan jika anda memerlukan masa untuk berehat (‘Me time’ / Waktu bersendirian)? ▪ Berikan nombor Hotline dan nombor sendiri (pekerja sosial / pengamal kesejahteraan sosial untuk dihubungi sekiranya

memerlukan sokongan)

Soalan kepada kanak-kanak

Bagaimana anda meluangkan masa dalam sehari? Apa yang anda buat?

Bagaimana perasaan anda tinggal di rumah sepanjang hari?

Apa perkara yang anda suka lakukan yang membuat anda berasa gembira?

Siapakah yang anda boleh jumpa jika anda merasa sedih atau bimbang?

Sekiranya anda pernah mempunyai 'perasaan tidak selesa', apa yang anda lakukan untuk membuat "perasaan tidak selesa" itu hilang?

Adakah terdapat sesuatu yang ingin anda sampaikan kepada saya tentang bagaimana rasanya COVID-19 selama ini?

Adakah anda mempunyai soalan untuk saya?

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #2 - Menilai kanak-kanak dan keluarga yang berisiko

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan

perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 5: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Berikan sokongan psikososial secara ‘maya’ dengan mengekalkan komunikasi melalui telefon, media sosial atau lain-lain kaedah seperti skype atau zoom:

▪ Secara umum, kekalkan kanak-kanak rapat dengan ibu bapa dan keluarga

▪ Bercakap tentang perasaaan dan kebimbangan kanak-kanak

▪ Bercakap tentang perasaan dan memberi semangat kepada penjaga

▪ Galakkan penjaga menjaga kanak-kanak dan diri mereka sendiri

▪ Mengekalkan rutin yang biasa

▪ Dapatkan fakta, jangan biarkan khabar angin mempengaruhi anda

▪ Kenali kekuatan anda

Ketidakpastian tentang COVID- 19 dan kesannya adalah menakutkan bagi kita sebagai ahli profesional, sama seperti kanak-kanak dan keluarga di bawah tanggung jawab kita.

Pertimbangkan mesej berikut untuk sokongan psikososial secara ‘maya’ kepada kanak-kanak dan penjaga mereka.

Seterusnya: mesej untuk setiap aspek sokongan psikososial di atas

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #3 - Memberikan sokongan psikososial

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan

perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 6: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Secara umum, kekalkan hubungan rapat kanak-kanak dengan ibu bapa dan keluarga mereka Pertimbangkan penjagaan berasaskan-keluarga yang sesuai jika seorang kanak-kanak itu perlu dipisahkan daripada penjaga utamanya atas sebab keselamatan, sama ada kerana penjaga tunggal tersebut sakit disebabkan oleh COVID-19 dan penjagaan alternatif sementara perlu dicari untuk kanak-kanak tersebut, atau kerana kanak-kanak harus dikeluarkan kerana risiko terhadap perlindungan atau keselamatan mereka. Institusi penjagaan perlu sentiasa menjadi pilihan terakhir. Pekerja sosial atau rakan komuniti mesti sentiasa membuat lawatan susulan yang berterusan terhadap kanak-kanak tersebut.

Sekiranya kanak-kanak itu terpisah dari ibu bapa mereka, jelaskan - sejelas mungkin - sebab perpisahan dan jangka masa tentang apa yang akan berlaku seterusnya, dan pastikan hubungan yang berterusan dengan ibu bapa dan penjaga , seperti menelefon secara berkala dua kali sehari atau panggilan video atau lain-lain bentuk komunikasi yang sesuai dengan usia kanak-kanak (contohnya media sosial).

Bercakap tentang perasaan dan kebimbangan kanak-kanak Benarkan kanak-kanak meluahkan perasaan mereka secara bebas tanpa gangguan. Bagi kanak-kanak yang sukar mengekspresikan diri mereka, bantu mereka guna cara positif bagaimana untuk meluahkan seperti rasa takut dan sedih. Kadang-kadang melalui aktiviti kreatif, seperti bercerita, dapat memudahkan proses ini. Kanak-kanak berasa lega apabila mereka dapat mengekspresikan dan menyampaikan perasaan mereka dalam persekitaran yang selamat dan menyokong.

Yakinkan kanak-kanak bahawa adalah normal untuk merasa sedih, stres, keliru, takut atau marah semasa krisis, dan ramai kanak-kanak dan orang dewasa juga merasakan hal yang sama - kita sama-sama mengalaminya.

Galakkan kanak-kanak bercakap dengan orang yang mereka percaya, kawan-kawan dan keluarga.

Tunjukkan bahawa kita semua pernah melalui saat-saat di mana kita merasa bimbang dan beritahu bahawa situasi yang menyebabkan kebimbangan kita biasanya sementara, dan kita dapat mengatasinya. Keadaan ini juga adalah sama.

Ingat bahawa kanak-kanak sering mengambil isyarat emosi daripada orang dewasa yang penting dalam hidup mereka, jadi bagaimana orang dewasa bertindak balas terhadap krisis tersebut adalah sangat penting. Amat penting bagi orang dewasa mengurus emosi mereka sendiri dengan baik dan tetap tenang, mendengar masalah kanak-kanak dan berbicara dengan baik dan yakinkan mereka. Jika bersesuaian dan bergantung pada usia, galakkan ibu bapa / penjaga untuk memeluk kanak-kanak dan mengulangi menyebut yang mereka menyayangi anak-anak mereka dan bangga dengan anak-anak. Ini akan menjadikan kanak-kanak berasa lebih baik dan selamat.

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #3 - Memberikan sokongan psikososial

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 7: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Bercakap tentang perasaan dan memberi semangat kepada penjaga Iktiraf bahawa adalah normal untuk kadang-kadang merasa keterlaluan dan panik kerana tiada pengetahuan untuk menangani peranan tambahan yang harus mereka mainkan.

Menekankan pentingnya menjaga hubungan sosial dan menggalakkan penjaga bercakap dengan orang dewasa lain yang mereka percayai

Galakkan penjaga berkongsi perasaan mereka dengan kanak-kanak supaya mereka juga dapat memahami bahawa dia juga tidak mempunyai semua jawapan

Galakkan penjaga untuk melihat bahawa kanak-kanak dapat "membantu" dan oleh itu perlakukan mereka sebagai peserta yang aktif dalam apa sahaja isu yang dibincangkan

Galakkan penjaga bercakap dengan pekerja sosial sekiranya mereka rasa tertekan. Bantu mereka membuat rancangan untuk ke mana dan bagaimana mendapatkan bantuan bagi keperluan kesihatan fizikal dan mental jika diperlukan

Galakkan penjaga menjaga kanak-kanak dan diri mereka sendiri Kekalkan gaya hidup sihat:

▪ makan makanan yang mencukupi dan berkhasiat

▪ tetap rutin tidur dan tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam

▪ bersenam di rumah atau di luar sambil menjaga penjarakan sosial

▪ kekal berhubung dengan keluarga dan rakan di rumah dan melalui e-mel dan telefon

Elakkan daripada menggunakan strategi daya tindak yang tidak membantu seperti merokok, minum arak atau mengambil dadah untuk menangani emosi anda

Sekiranya penjaga mempunyai masalah kesihatan, pastikan mereka mudah mendapatkan ubat-ubatan yang sedang mereka gunakan dan mengaktifkan hubungan sosial mereka bagi mendapatkan pertolongan, jika perlu.

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #3 - Memberikan sokongan psikososial

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 8: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Mengekalkan rutin yang biasa Jaga rutin dan jadual berkala sebanyak mungkin, termasuk waktu makan, waktu bangun tidur, waktu tidur, bersenam, permulaan persekolahan / hari berkerja

Berpakaian kemas walaupun semua berada di dalam rumah

Galakkan kanak-kanak untuk bermain dan bersosial dengan orang lain, walaupun hanya dengan keluarga pada waktu pembendungan ini.

Dapatkan fakta, jangan biarkan khabar angin mempengaruhi anda Dapatkan maklumat sahih. Kumpulkan maklumat yang akan membantu anda menentukan risiko dengan tepat supaya anda dapat mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah. Cari sumber yang boleh dipercayai seperti daripada laman web UNICEF, Kementerian Kesihatan Malaysia atau WHO:

▪ https://www.unicef.org/malaysia/coronavirus-covid-19

▪ https://www.unicef.org/coronavirus/covid-19

▪ Kementerian Kesihatan Malaysia: http://covid-19.moh.gov.my

▪ Laman World Health Organisation's Covid 19: https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-

coronavirus-2019

Hadkan rasa bimbang dan resah dengan mengurangkan masa yang anda dan keluarga luangkan untuk menonton atau mendengar liputan media yang membimbangkan anda atau ahli keluarga.

Kenali kekuatan anda Gunakan kemahiran yang pernah anda gunakan pada masa lalu yang telah membantu anda menangani kesukaran hidup dan gunakan kemahiran tersebut untuk membantu anda menguruskan emosi anda semasa waktu wabak yang mencabar ini.

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #3 - Memberikan sokongan psikososial

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 9: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Pertimbangkan tip berikut untuk membantu kanak-kanak dan keluarga menguruskan tekanan dan kesihatan mental

▪ Tunjukkan rasa empati dan memahami dan merancang bagaimana meminta pertolongan sekiranya perlu

▪ Tetapkan rutin

▪ Berhubung dengan orang lain

▪ Jaga tubuh dan minda anda

▪ Gerakkan tubuh badan anda

▪ Cuba berehat, bersikap positif

▪ Pastikan minda anda sentiasa berfikir

▪ Hadkan pengambilan maklumat

Dalam situasi di mana lawatan secara langsung tidak dapat dilakukan, seperti dalam tempoh pembendungan COVID-19, sangat penting bagi pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial kekal berhubung melalui telefon atau secara maya secara berkala dengan kanak-kanak, keluarga dan orang dewasa yang mereka bantu, untuk menolong mengurus tekanan dan kesihatan mental.

Seterusnya: mesej untuk setiap tip di atas dalam mengurus tekanan dan kesihatan mental

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial # 4 - Menguruskan Tekanan dan Kesihatan Mental

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 10: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Tunjukkan rasa empati dan memahami dan merancang bagaimana meminta pertolongan sekiranya perlu Adalah ok untuk merasa bimbang, takut, kecewa, gelisah, keliru dan kadang-kadang panik

Kita dapat menyelesaikannya dengan rasa belas kasihan terhadap diri sendiri

Menjaga tubuh badan dan minda, ini termasuk memastikan kita terus mengambil ubat untuk rawatan kita

Rancang siapa dan bagaimana untuk mendapatkan pertolongan apabila tertekan atau memerlukan sokongan fizikal dan kesihatan mental

Menetapkan rutin Berlatih penjarakan sosial. Tidak dapat bersekolah atau bekerja merupakan kebiasaan baru. Kita mesti memastikan keluarga dan kanak-kanak mencari jalan untuk meneruskan kehidupan seharian dengan sebaik mungkin dalam keadaan tidak normal ini.

Tetapkan rutin harian. Ini dapat membantu kita meramal, mempunyai rasa kawalan, dan meningkatkan kesihatan mental kita.

▪ Cuba rancang aktiviti harian, termasuk aktiviti pendidikan / bermain, menu untuk menyediakan makan

tengah hari / makan malam, dll.

▪ Mulakan setiap hari dengan aktiviti yang sama: kemas tempat tidur anda, rutin kebersihan harian

(mandi), makan sarapan pagi, mencuci pinggan mangkuk, kemudian aktiviti belajar atau bermain, dengan

kerap berehat (jika kanak-kanak mengikuti persekolahan di rumah).

▪ Makan bersama-sama sekitar waktu yang sama setiap hari.

▪ Mempunyai "waktu tidur".

▪ Rancang waktu yang tetap untuk pergi membeli barang dapur dan / atau periksa e-mel anda, gunakan

menu yang telah dirancang untuk membantu membeli barang dapur.

▪ Bina jadual waktu untuk melakukan tugas, membahagikan tugas kepada semua orang di rumah, dan

memastikan bahawa jadual tersebut dipatuhi.

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 4 - Menguruskan Tekanan dan Kesihatan Mental

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 11: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Berhubung dengan orang lain Berbual dengan rakan atau keluarga setiap hari. Sebagai manusia, hubungan dengan orang lain sangat penting untuk kesejahteraan kita. Kita semua perlu berhubung.

▪ Gunakan teknologi, seperti Facetime, Zoom, atau Skype! Ini dapat memberi anda waktu untuk komunikasi

bersemuka dan dapat membantu mengekalkan atau mengeratkan hubungan

▪ Pastikan kanak-kanak berpeluang berhubung dengan kawan baik mereka, sepupu, datuk nenek dan mereka

yang rapat. Jadualkan waktu untuk mengadakan panggilan telefon atau video dengan mereka. Anda juga

boleh menikmati makanan atau berparti bersama mereka secara maya.

▪ Aplikasi seperti Houseparty atau GamePigeon boleh digunakan untuk bermain dan bergaul dengan rakan-

rakan atau berhubung dengan rakan sekerja.

Jaga tubuh dan minda anda Kekal sihat tidak bermaksud hanya menjaga kebersihan yang baik. Fikirkan beberapa rutin yang boleh anda gunakan untuk membantu anda merasa muda, segar, dan tenang.

▪ Makan makanan yang tinggi nutrien dan vitamin.

▪ Pantau pengambilan air anda. Kurangkan pengambilan kafein dan / atau alkohol

▪ Relaks diri anda dengan mandi atau mencuba aroma terapi baharu yang menenangkan di rumah.

▪ Belajar atau buat kemahiran atau kraf tangan sendiri. Kadang kala apabila tangan kita aktif dan sibuk dapat

membantu penjajaran semula fikiran dan tubuh badan anda.

▪ Bermain "permainan menggunakan otak" seperti Sudoku, silang kata, atau pencarian perkataan.

Gerakkan tubuh badan anda Kekal aktif membantu memfokuskan semula badan dan minda anda. Menggunakan dan mengajar badan anda perkara baru dapat membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan, serta meningkatkan tenaga dan fungsi otak.

▪ Tonton video senaman atau tarian dalam talian dan pelajari langkah baru!

▪ Berjalan atau menunggang basikal anda.

▪ Berlatih Yoga, Tai-Chi, Regangan. Ingat ini juga merupakan masa yang tepat untuk ketara sedar dan

pernafasan yang mendalam.

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 4 - Menguruskan Tekanan dan Kesihatan Mental

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 12: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Cuba berehat, bersikap positif Ketika kita tertekan dan bimbang, badan kita merasainya. Nafas kita menjadi tidak normal, otot menjadi tegang, dan degupan jantung kita meningkat. Untuk mengembalikan badan kita kepada keadaan relaks, cuba tarik nafas dalam-dalam.

▪ Letakkan tangan anda di perut. Tarik nafas selama 4 saat, tahan selama 4 saat, dan cuba hembuskan nafas selama 6 saat. Semasa anda menarik nafas, perut anda akan mengembang. Semasa anda menghembuskan nafas, perut anda akan menguncup. Buat perlahan-lahan dan tidak mengapa jika anda tidak dapat menghembus nafas selama 6 saat. Ia memerlukan masa.

Pastikan minda anda sentiasa berfikir Terus sibukkan diri dan menolong orang lain dapat mengalihkan perhatian daripada ketidakpastian dan menolong anda mendapatkan semula kawalan diri.

▪ Susun kabinet dan laci anda. ▪ Buat puzzle ▪ Bantu seseorang buat kerja rumah secara jarak jauh. ▪ Membuat sesuatu daripada bahan buangan, misalnya topeng muka untuk semua ahli isi rumah dan juga untuk

orang lain.

Hadkan penerimaan maklumat Memiliki akses berterusan kepada maklumat kadangkala terasa sangat menekan. Pertimbangkan untuk satu hari menyekat dan menentukan had masa memutus hubungan dengan media secara sengaja.

▪ Letakkan telefon anda dalam mode jangan ganggu. ▪ Lakukan pembersihan media sosial atau mematikan signal pemakluman berita. ▪ Kurangkan masa mencari maklumat (1-2 kali sehari dan bukannya setiap jam). Tetapkan timer untuk menentukan

waktu untuk anda menonton, membaca, atau mendengar berita. ▪ Dapatkan maklumat sahih. Cari sumber yang boleh dipercayai seperti daripada laman web UNICEF, Kementerian

Kesihatan Malaysia atau WHO o https://www.unicef.org/malaysia/coronavirus-covid-19 o https://www.unicef.org/coronavirus/covid-19 o Kementerian Kesihatan Malaysia: http://covid-19.moh.gov.my o Laman World Health Organisation's Covid 19: https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-

coronavirus-2019 ▪ Hadkan rasa bimbang dan resah dengan mengurangkan masa yang anda dan keluarga luangkan untuk menonton

atau mendengar liputan media yang membimbangkan anda atau ahli keluarga anda.

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 4 - Menguruskan Tekanan dan Kesihatan Mental

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 13: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Mangsa keganasan rumah tangga yang terselamat mengatakan bahawa apa yang paling penting adalah mempunyai seseorang dalam hidup yang sentiasa ada untuk mereka, tanpa menghukum, memberi idea, mendapatkan sokongan, dan menyokong ketika keadaan sukar.

Sebagai seorang pekerja sosial atau pengamal kebajikan sosial, anda boleh menjadi orang tersebut kepada kanak-kanak dan orang dewasa di bawah tanggung jawab anda walaupun dalam masa pembendungan COVID-19.

Untuk membantu kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami keganasan rumah tangga, pertimbangkan:

▪ Jika keadaan merbahaya secara tiba-tiba, hubungi Hotline berikut:

o WAO Hotline: 03 7956 3488 o TINA WhatsApp: 018 988 8058 o Talian Kasih: 15999 atau WhatsApp 019 261 5999 o Befrienders KL: 03 7956 8144 atau 03 7956 8145

▪ Sekiranya terdapat prosedur tindak balas seperti itu - beritahu kod untuk meminta bantuan kecemasan seperti polis segera datang atau Grab untuk membawa mereka ke tempat perlindungan yang selamat.

▪ Berkomunikasi dengan mangsa keganasan rumah tangga yang masih selamat (Dengarkan, Pautkan, Rancang dan Kekal Terhubung)

▪ Berkomunikasi dengan orang yang berisiko mendera orang lain

Adakah anda bimbang mengenai keselamatan kanak-kanak atau orang dewasa yang anda bantu?

Seterusnya: Tip untuk berkomunikasi dengan mangsa keganasan rumah tangga yang terselamat dan orang yang berisiko mendera orang lain

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19 Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial

# 5 - Kekal Selamat apabila terdapat Risiko Keganasan

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 14: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Berkomunikasi dengan mangsa keganasan rumah tangga yang masih selamat

Mula-mula tanya mangsa yang terselamat sekiranya mereka bersetuju untuk bercakap dan mengesahkan bahawa kerahsiaan, keselamatan dan keadaan keselamatan telah terjamin.

▪ Bertanya orang yang pernah didera "Bagaimana keadaannya?" dan betul-betul mengambil berat tentang jawapannya.

Beberapa pertanyaan lain yang mungkin diajukan meliputi:

o Apa yang anda paling risaukan?

o Apa yang paling anda bimbangkan?

o Apa yang anda perlukan atau mahukan?

o Bagaimana saya boleh membantu?

o Bagaimana keadaan kanak-kanak?

▪ Sekiranya anda membuat panggilan telefon pada waktu kritikal, selalu anggap bahawa pendera boleh mendengar.

Perkara yang sama berlaku untuk perkhidmatan pesanan segera.

▪ Mula-mula pantau terlebih dahulu jika mangsa yang terselamat ini kedengaran tidak selesa atau ada suara latar.

Sekiranya ini terjadi, jangan teruskan dan minta mangsa menghubungi anda apabila dia berpeluang melalui panggilan

tidak terjawab, pesanan teks, atau cara komunikasi lain yang sesuai dengannya.

▪ Sekiranya mangsa menunjukkan dia dapat bercakap, ajukan soalan berikut untuk mengesahkan keadaan keselamatan

dan keselamatan:

o Adakah anda selesa bercakap sekarang? Adakah anda bersetuju untuk meneruskan perbincangan ini sekarang

melalui telefon? Atau adakah anda lebih suka dibuat pada waktu lain? Adakah anda lebih suka panggilan tidak

dijawab atau menghantar teks kepada saya apabila anda bersedia?

o Adakah ini nombor yang tepat untuk dihubungi? Adakah anda lebih suka saya menghubungi nombor yang lain?

o Adakah anda menjawab panggilan dari bilik yang dapat memastikan privasi dan kerahsiaan perbualan?

o Adakah anda fikir seseorang mungkin akan masuk semasa kita berbual? Apa nasihat terbaik anda sekiranya ini

berlaku? Sebagai contoh, anda dapat mengenal pasti ayat tertentu untuk menamatkan panggilan sekiranya mangsa

mensyaki ada yang sedang mendengar, seperti "Maafkan saya tiada orang yang bernama Jane di sini, anda salah

nombor." Atau aturkan kata kunci atau frasa yang dapat digunakan oleh mangsa jika terganggu, seperti "tidak,

maaf saya tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam survei ini". Selain itu, anda boleh mencadangkan kata

kunci / frasa yang mungkin digunakan oleh mangsa yang menunjukkan bahawa anda perlu memberi amaran

kepada polis tempatan atau Talian Hotline (WAO Hotline: 03 7956 3488, TINA WhatsApp: 018 988 8058, Talian

Kasih: 15999 / WhatsApp 019 261 5999 atau Befrienders KL: 03 7956 8144 atau 03 7956 8145)

o Tanya semula: Adakah anda merasa selamat dan mempunyai privasi yang secukupnya untuk kita berbual?

o Adakah anda selesa bercakap sekarang? (Minta persetujuan berulang kali)

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 5 - Kekal Selamat apabila terdapat Risiko Keganasan

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 15: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Berkomunikasi dengan mangsa keganasan rumah tangga yang terselamat...

Dengarkan Benar-benar mendengar, lebihkan mendengar daripada bercakap. Dengarkan tanpa mempunyai agenda anda sendiri. Mendengar dapat membantu. Dengan hanya mengakui kesakitan orang lain dapat membantu mereka lebih daripada sekadar menyuruh mereka bersorak gembira. Perkara yang dapat anda sampaikan kepada orang yang pernah mengalami bahaya termasuk:

▪ Saya percayakan anda

▪ Saya sangat kesal ianya berlaku.

▪ Terima kasih kerana berkongsi.

▪ Ini bukan salah anda.

▪ Anda tidak bersendirian.

▪ Anda boleh memilih apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Pautan Tanyakan kepada remaja / dewasa tersebut jika ada orang yang mereka percayai yang boleh mereka dapatkan sokongan. Berikan nombor WAO Hotline (03 7956 3488), TINA WhatsApp (018 988 8058), Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019 261 5999) atau Befrienders KL (03 7956 8144 atau 03 7956 8145) yang boleh mereka hubungi apabila mereka memerlukan pertolongan segera, dan, jika ada prosedur tindak balas seperti itu, berikan kata kod untuk meminta bantuan kecemasan seperti polis segera atau Grab untuk membawa mereka ke tempat perlindungan yang selamat.

Pelan Galakkan remaja /orang dewasa yang anda bimbangi untuk membuat rancangan keselamatan sekiranya keadaan bertambah buruk. (lihat PETUA # 6. Perancangan Keselamatan)

Kekal berhubung Tetap berhubung adalah salah satu perkara paling berguna yang boleh anda lakukan. Apabila seseorang diisolasikan, pendera mempunyai lebih banyak kuasa dan kawalan terhadap kehidupan mereka. Sentiasa hubungi melalui telefon dan, jika boleh, pergi ke rumah dan berjumpa dengan kanak-kanak / remaja / orang dewasa yang anda prihatin di hadapan rumah mereka sambil menjaga penjarakan sosial. Sekiranya terdapat risiko pada nyawa atau bahaya yang serius, sentiasa dapatkan bantuan kecemasan.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 5 - Kekal Selamat apabila terdapat Risiko Keganasan

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 16: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Berkomunikasi dengan orang yang berisiko mendera orang lain Memperakui penderaan

Mengambil masa untuk memperakui bahawa apa yang anda lihat dalam perhubungan seseorang yang tidak ok atau wujudnya penderaan boleh menjadi tindakan yang sangat berkuasa. Cukup dengan mengatakan: ""Hei, itu tidak baik!"" boleh menjadi langkah pertama untuk menolong mereka menjaga satu sama lain.

Hentikan tekanan dan / atau kemarahan ketika ia bermula:

▪ Perkara yang sama biasanya membuat kita merasa tertekan dan marah setiap masa.

▪ Apa yang menyebabkan kemarahan? Bilakah ia berlaku? Bagaimana anda bertindak balas?

▪ Mencegahnya daripada bermula. Sekiranya ia berlaku semasa anda penat, tidurlah atau berehat sebentar.

Sekiranya lapar, cubalah makan. Sekiranya merasa keseorangan, minta sokongan seseorang.

▪ Menjaga diri anda. Cuba buat jeda 10 saat, tarik nafas masuk dan keluar perlahan-lahan lima kali, kemudian

cuba balas dengan cara yang lebih tenang. Beri masa anda juga dari masa ke semasa. Semasa anak-anak anda

sedang tidur, lakukan sesuatu yang menggembirakan atau bersantai untuk diri sendiri. Buat senarai aktiviti

sihat yang ANDA gemar lakukan. Anda layak mendapatkannya!

Jaga diri anda dan kurangkan risiko:

▪ Kita semua perlu berhubung. Bercakap dengan rakan atau keluarga setiap hari.

▪ Sekiranya anda mengetahui bahawa jumlah alkohol yang anda minum tidak sihat bagi anda atau membawa

kepada keputusan yang tidak baik, kurangkan minum atau jangan minum sama sekali.

▪ Adakah anda mempunyai senjata atau benda yang boleh digunakan untuk mencederakan orang lain? Simpan

dalam tempat berkunci, sembunyikan atau keluarkan dari rumah.

▪ Berdamai apabila anda lihat pertengkaran akan bermula, dan pergi ke ruang lain atau keluar jika anda boleh

▪ Apabila anda mula merasa marah, bertenang selama 20 saat. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan 5 kali

sebelum anda bercakap atau bergerak. Pergi ke tempat lain selama sepuluh minit untuk mengawal emosi

anda. Sekiranya anda mempunyai ruang di luar yang selamat, pergi ke luar.

▪ Sekiranya pencetus kemarahan adalah bayi yang tidak mahu berhenti menangis, tidak mengapa membiarkan

mereka selamat secara berbaring dan berlalu sebentar. Hubungi seseorang yang anda percayai dan

berbincang dengan mereka untuk menenangkan anda. Pantau bayi setiap 5-10 minit.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social # 5 - Kekal Selamat apabila terdapat Risiko Keganasan

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 17: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial boleh membantu kanak-kanak yang berisiko kepada keganasan dan remaja (atau dewasa) yang terselamat dengan bersama-sama mewujudkan pelan keselamatan yang jelas bagaimana mereka boleh kekal selamat dalam keadaan mereka memutuskan untuk keluar, sedang bersedia untuk keluar, ketika mereka hendak keluar dan selepas keluar dari premis. Berikut adalah beberapa soalan utama yang perlu dipertimbangkan semasa merancang pelan keselamatan tersebut.

Adakah mangsa kanak-kanak / remaja diasingkan di rumah dengan pelakunya kerana perintah kawalan pergerakan (PKP)?

Adakah terdapat perubahan dalam faktor risiko dan perlindungan mangsa kanak-kanak / remaja? Bagaimana ianya dapat diintegrasikan dalam pelan keselamatan?

Adakah isi rumah tersebut mempunyai makanan dan air serta bekalan yang mencukupi untuk bertahan sekurang-kurangnya dua minggu?

Sekiranya rawatan perubatan diperlukan, bagaimana kanak-kanak / remaja yang selamat dan / atau pengasuh yang selamat / orang dewasa yang dipercayai dapat mengakses perkhidmatan kesihatan?

Sekiranya penjaga / orang dewasa yang selamat dan dipercayai jatuh sakit kerana COVID-19, siapa lagi yang boleh kanak-kanak / remaja untuk mendapatkan pertolongan?

Siapa yang boleh kanak-kanak / remaja terselamat dan / atau penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai dapatkan pertolongan dan bagaimana ini dapat dilakukan?

Sekiranya kanak-kanak / remaja yang terselamat dan pengasuh yang selamat / orang dewasa yang dipercayai memutuskan untuk meninggalkan premis, apakah dokumen dan barang yang diperlukan?

Adakah terdapat kebimbangan lain yang dihadapi oleh kanak-kanak / remaja yang selamat dan / atau pengasuh yang selamat / orang dewasa yang dipercayai yang belum dibincangkan?

Bagi kebanyakan mangsa keganasan rumah tangga, tinggal di rumah mungkin bukan pilihan paling selamat.

Seterusnya: meleraikan persoalan di atas dan bagaimana menolong kanak-kanak merancang

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #6 – Perancangan Keselamatan

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 18: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Adakah mangsa kanak-kanak / remaja terperangkap di rumah dengan pelakunya kerana perintah kawalan pergerakan (PKP)?

Sekiranya ya:

▪ Bolehkah tempat selamat alternatif dikenal pasti di mana kanak-kanak / remaja yang terselamat boleh tinggal bersama penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai? Contohnya, ahli keluarga lain, jiran tetangga, rumah yang selamat, dan lain-lain.

▪ Sekiranya tidak ada ruang alternatif, strategi pengurangan bahaya apa yang dapat anda berikan sediakan untuk mangsa kanak-kanak/remaja yang terselamat dan penjaga / orang dewasa yang dipercayai? Contoh, tidur di sebelah penjaga selamat / orang dewasa yang dipercayai dan strategi lain untuk tidak bersendirian dengan pendera, mengenal pasti bilik paling selamat untuk tinggal, memikirkan rancangan melarikan diri, dll.

Adakah terdapat perubahan dalam faktor risiko dan perlindungan mangsa kanak-kanak / remaja? Bagaimana ini dapat diintegrasikan dalam pelan keselamatan?

Contohnya, jika pendera adalah seseorang di rumah, risiko terhadap kanak-kanak / remaja yang terselamat mungkin meningkat dengan adanya kawalan pergerakan (PKP); namun, faktor perlindungan juga boleh meningkat sekiranya ahli keluarga lain juga lebih kerap berada di rumah.

Adakah isi rumah mempunyai makanan dan air serta bekalan yang mencukupi untuk bertahan sekurang-kurangnya dua minggu?

Sekiranya ya, pastikan untuk berbincang bagaimana akses kepada ini dapat dipastikan untuk mengelakkan risiko keganasan berdasarkan gender (GBV) yang berterusan.

Sekiranya rawatan perubatan diperlukan, bagaimana kanak-kanak / remaja yang selamat dan / atau penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai dapat mengakses perkhidmatan kesihatan?

Pastikan juga untuk berbincang apakah dokumen dan sumber yang diperlukan untuk mengakses perkhidmatan ini.

Sekiranya penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai jatuh sakit kerana COVID-19, siapa lagi yang boleh kanak-kanak / remaja harapkan untuk dapatkan bantuan?

Kaji semula pemetaan keselamatan sosial dengan kanak-kanak / remaja yang terselamat dan pengasuh yang selamat / orang dewasa yang dipercayai; pertimbangkan penyedia perkhidmatan atau sukarelawan komuniti yang mungkin memberikan perkhidmatan rutin.

Siapa yang boleh kanak-kanak / remaja terselamat dan / atau penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai meminta pertolongan dan bagaimana ini dapat dilakukan?

Sekiranya telefon adalah pilihan, pastikan untuk menyimpan nombor penting dengan selamat menggunakan kod jika diperlukan, dan pastikan telefon dicas dan mempunyai kredit. Sekiranya telefon bukan pilihan, bincangkan cara mengakses pertolongan - misalnya, pergi ke rumah jiran atau kedai berhampiran, memberi isyarat meminta bantuan kepada penyedia perkhidmatan lain semasa aktiviti rutin (cth, Pengedar makanan, dll.).

Sekiranya kanak-kanak / remaja yang terselamat dan penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai memutuskan untuk meninggalkan premis, apakah dokumen dan barang yang mereka perlukan?

Pastikan ini disimpan di tempat yang selamat yang mudah diakses dan jika boleh disembunyikan daripada pendera.

Adakah terdapat kebimbangan lain yang dihadapi oleh kanak-kanak / remaja yang selamat dan / atau penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai yang belum dibincangkan?

Ingat, kanak-kanak / remaja yang terselamat mengetahui keadaan mereka dengan lebih baik, jadi beri ruang untuk mereka berbincang sebarang masalah yang mungkin mereka hadapi yang belum disentuh lagi.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #6 – Perancangan Keselamatan

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 19: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Melibatkan kanak-kanak dalam membuat rancangan keselamatan Bagi kanak-kanak berumur 0-5 tahun, perancangan keselamatan dilakukan dengan penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai dan kemudian dijelaskan kepada anak dengan cara yang mereka faham.

Untuk kanak-kanak / remaja berusia 6-14 tahun, libatkan pengasuh yang selamat / orang dewasa yang dipercayai untuk menolong anak melengkapkan lukisan seperti "Rumah Keselamatan" yang ditunjukkan di sebelah kanan untuk mengenal pasti dengan siapa mereka tinggal, siapa yang berkunjung, dan siapa yang mereka berasa tidak selamat.

Untuk remaja berusia 15-17 tahun, bincangkan soalan secara terus bersama penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai

Setelah anda mempunyai rancangan keselamatan, apa langkah yang seterusnya? Setelah soalan dibincangkan, buatlah rancangan keselamatan yang mudah dengan langkah-langkah yang jelas dan semak bersama-sama dengan kanak-kanak / remaja yang terselamat dan penjaga yang selamat / orang dewasa yang dipercayai sehingga dihafal (dengan cara yang sesuai mengikut usia dan ketidakupayaan)

Daftar masuk pada rancangan semasa kontak pemantauan. Lihat TIPS untuk pemantauan secara maya (# 7) untuk panduan lebih lanjut mengenai cara memastikan pemantauan semasa pembendungan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut sila layari:

▪ https://gbvguidelines.org/en/pocketguide/

▪ https://www.thehotline.org/2020/03/13/staying-safe-during-covid-19/

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #6 – Perancangan Keselamatan

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 20: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Kanak-kanak dan keluarga yang berisiko perlukan pemantauan daripada pekerja sosial terutama dalam keadaan tersebut

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memantau situasi mereka secara maya, melalui telefon atau penggunaan media sosial dan bantu menyakinkan bahawa mereka selamat dan sihat.

Kekerapan pemantauan maya:

▪ Orang dewasa dan kanak-kanak di dalam rumah mereka: bergantung kepada status risiko kanak-kanak, hubungi setiap hari, dua kali seminggu, atau setiap minggu untuk memantau status mereka.

▪ Panggilan mingguan kepada Kemudahan Perkhidmatan Berkediaman (Pengurus/ pekerja sosial)

▪ Hubungi atau mesej WhatsApp dengan rakan-rakan sekutu dan perkhidmatan apabila timbul keperluan.

Memantau kanak-kanak dan/atau orang dewasa berisiko di rumah atau dalam kemudahan pusat jagaan berkediaman adalah satu cabaran, apabila tidak mungkin untuk melawat rumah atau kemudahan, misalnya, semasa COVID-19.

However, it is not impossible!

Selanjutnya:

- Apa yang diibatkan dalam pemantauan

maya?

- Bagaimana memantau secara maya?

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #7 - Pemantauan Maya

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 21: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Dalam pemantauan maya, apa yang terlibat?

▪ Sediakan kempen kesedaran COVID-19 melalui telefon atau internet dengan menyampaikan pesanan asas

mengenai tanda dan simptom, pendekatan kebersihan dan penjarakan sosial, rujukan kesihatan serta nombor-

nombor hotline.

▪ Galakkan penjaga untuk mempromosi kesejahteraan emosi kanak-kanak dengan bercakap kepada mereka

mengenai COVID-19, mengurangkan tekanan, menggunakan teknik keibubapaan positif, meneruskan persekolahan

di rumah, aktiviti-aktiviti di rumah, dan senario perancangan kepada keluarga apabila terdapat penjaga yang sakit.

▪ Menyediakan mesej tentang COVID-19 yang jelas, mesra kanak-kanak dan sensitif dengan keupayaan gender,

termasuk membasuh tangan dengan betul, memakai pelitup muka dan penjarakan sosial. Guna klip video untuk

kanak-kanak kecil bagi menerangkan kaedah yang betul untuk membasuh tangan dan penjarakan sosial.

▪ Sampaikan mesej yang mudah untuk menyakinkan kanak-kanak dan membantu penjaga memberi maklumbalas

yang sesuai terhadap maklumat dan keperluan emosi kanak-kanak.

▪ Sediakan sokongan psikososial kepada kanak-kanak terutama kepada kanak-kanak yang terkurung di dalam rumah.

▪ Bertanya kepada keluarga, samada mereka menerima sokongan atau bantuan daripada mana-mana organisasi

atau perkhidmatan.

▪ Sebagai sebahagian daripada orang terawal yang berhubung dengan penjaga, bekerja dengan mereka untuk

merangka dan merancang pelan penyelesaian penjagaan untuk kanak-kanak yang mungkin diperlukan jika mereka

jatuh sakit , dikuarantin, ditahan di hospital or mungkin lebih teruk. Sebagai contoh, galakkan mereka untuk berfikir

mengenai ahli keluarga atau rakan yang boleh datang berziarah dan tinggal dengan kanak-kanak atau mengambil

kanak-kanak tersebut.

▪ Pastikan anda menjaga kerahsiaan ketika membuat panggilan telefon dengan menjauhkan diri daripada orang

dewasa yang lain dan tidak menggunakan pembesar suara di telefon.

▪ Lengkapkan rekod fail kes untuk semua penggilan telefon atau mesyuarat maya dengan kanak-kanak, dewasa dan

ahli keluarga, dan membuat nota mengenai orang lain yang memberi sebarang bantuan kepada keluarga.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #7 - Pemantauan Maya

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan

perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 22: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Panggilan kepada kanak-kanak dan penjaga mereka Kekerapan bergantung kepada status risiko kanak-kanak

▪ setiap hari jika kanak-kanak berisiko sangat tinggi.

▪ panggilan dua kali seminggu jika ada risiko tapi tidak segera

▪ setiap minggu untuk kanak-kanak berisiko sederhana

Apa yang perlu ditanya dan bagaimana untuk menyokong:

▪ Tanya mengenai status semua ahli keluarga/isi rumah.

▪ Gunakan pelan kes dan tanya samada dan bagaimana pelan tindakan kes atas persetujuan

bersama telah tercapai

▪ Berikan panduan mudah berkaitan COVID-19 dari segi pencegahan penyakit, tanda dan

simptom serta nombor kecemasan.

▪ Memberi asas sokongan psikososial (lihat Tip#3 untuk Sokongan Psikososial: dengar,

galakkan

▪ Beri panduan untuk mengurus tekanan dan kesihatan mental.

▪ Memberi panduan untuk kekal selamat sekiranya terdapat risiko keganasan(lihat #5

Tip/Petua Selamat apabila ada Risiko Keganasan)

▪ Tanya jika ada sesuatu yang baru muncul, samada praktikal (bertungkus lumus untuk

membayar sewa atau membeli makanan) atau dinamik keluarga ( mendapati tingkah laku

pasangan yang tertekan) dan perlu membuat rujukan.

▪ Menilai dan membuat rujukan yang diperlukan.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #7 - Pemantauan Maya

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 23: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Memantau kemudahan Pusat Jagaan

Panggilan pemantauan secara mingguan kepada pengurus dan/atau pekerja sosial di pusat jagaan berkediaman

Tanya dan nilai:

▪ Minta kemas kini urusan keluar masuk kanak-kanak, nama-nama mereka, bagaimana peralihan

diuruskan termasuk persiapan dan buat tindakan lanjut kanak-kanak dan keluarga, bagaimana pekerja

sosial/ pelindung kanak-kanak dan pemimpin masyarakat/pihak berkuasa tempatan terlibat dalam fasa

peralihan

▪ Memeriksa bekalan tetap kemudahan terutama bekalan air, sanitasi dan kebersihan, pendidikan dan

rekreasi.

▪ Menilai isu perlindungan kanak-kanak

Panggilan atau mesej WhatsApp dengan rakan dan pembekal perkhidmatan

Siapa: rakan kerajaan tempatan dan persekutuan (berdasarkan keperluan), perlindungan kanak-kanak dan lain2 (kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan, pendidikan, perlindungan, tempat perlindungan) mekanisma penyelarasan, rangkaian masyarakat sivil dan pihak berkuasa tempatan dan pemimpin masyarakat).

Tentang apa:

▪ Kemaskini mengenai tindakan yang diambil untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga.

▪ Melaporkan atau buat tindakan lanjut sebarang isu perlindungan kanak-kanak

▪ Menyemak, mengemaskini dan menyelaraskan mesej utama

▪ Mengemaskini keperluan untuk sokongan tambahan

▪ Mengenalpasti peluang jaringan, kerjasama dan usaha penyelarasan

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #7 - Pemantauan Maya

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 24: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Untuk mencegah penularan penyakit coronavirus, rawat seseorang yang sakit dan pastikan kanak-kanak berada di pusat jagaan kekal selamat dan sihat:

▪ Hadkan interaksi luar

▪ Amalkan penjarakan sosial di dalam kawasan pusat jagaan berkediaman

▪ Amalkan kawalan jangkitan

▪ Mendengar, memberi semangat dan galakkan kepada kanak-kanak dan kakitangan

▪ Kenalpasti simptom awal dan pastikan penjagaan kepada yang sakit

Menjaga kanak-kanak dalam pusat jagaan berkediaman dan kakitangan yang menjaga mereka, selamat dan sihat semasa krisis COVID-19 adalah satu cabaran.

Namun, ada perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah penularan, merawat orang sakit dan memastikan kanak-kanak di pusat itu sentiasa sihat dan selamat.

Selanjutnya: bagaimana untuk mencapai setiap daripada tindakan di atas

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #8- Pusat Jagaan: Memastikan kanak-kanak dan kakitangan selamat semasa krisis COVID-19

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 25: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Hadkan interaksi luar Hadkan mereka yang keluar dan masuk ke pusat jagaan berkediaman sekerap mungkin yang boleh. Semakin sedikit orang dari luar berurusan dengan kakitangan dan kanak-kanak di pusat jagaan, semakin kurang peluang untuk terdedah kepada orang yang mempunyai virus.

▪ Hanya kakitangan penting, iaitu mereka yang bertanggungjawab untuk keperluan fizikal, emosi dan

keselamatan kanak-kanak yang berada dalam jagaan , yang harus melapor diri ke tempat kerja.

▪ Galakkan kakitangan penting untuk tinggal di pusat jagaan bagi meminimakan pendedahan kepada virus.

▪ Hentikan lawatan dan sebarang acara yang melibatkan orang yang datang dari luar institusi untuk

menyertai aktiviti di pusat jagaan

▪ Jangan bawa kanak-kanak keluar dari pusat jagaan: kanak-kanak tidak perlu hadir ke sekolah, kegiatan

agama, pergi ke pasar atau acara sukan.

▪ Menerima semua barang penghantaran ke pusat jagaan di pintu masuk dan mengekalkan penjarakan

sosial sekurang-kurangnya 1.5 meter dengan penghantar barang.

Amalkan penjarakan sosial dan dalam kawasan Rumah Jagaan Berkediaman Amalkan penjarakan sosial dan dalam kawasan Rumah Jagaan Berkediaman samada di ruang makan, asrama, dan ruang umum yang lain dengan:

▪ Jarak tempat tidur 1.5 meter mungkin perlu disusun semula untuk memastikan penjarakan sosial. Setiap

kanak-kanak dan kakitangan mesti mempunyai tempat tidur mereka sendiri, tempat tidur tidak boleh

dikongsi. Asrama mesti disanitasi dengan baik.

▪ Menghidangkan makanan secara bergilir, makan di luar atau menggunakan ruang lain untuk

memudahkan penjarakan sosial: makanan tidak boleh dikongsi.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #8- Pusat Jagaan: Memastikan kanak-kanak dan kakitangan selamat semasa krisis COVID-19

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 26: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Amalkan kawalan jangkitan

Mana-mana kakitangan yang memasuki semula pusat jagaan berkediaman selepas berada di luar, mesti mengikuti prosedur kawalan jangkitan sebelum masuk, terutama membasuh tangan.

Bersihkan semua permukaan, dan kawasan yang sering disentuh (tombol pintu, peralatan dapur dll), secara berkala dengan peluntur yang dicampur air ( satu penutup peluntur dalam 5 cawan air bersih)

Nyahkuman semua barang yang dibawa masuk ke pusat jagaan dengan segera sebelum digunakan.

Bertegas untuk penjagaan kebersihan diri dan sediakan bekalan yang sesuai untuk semua kanak-kanak dan kakitangan:

▪ Kerap cuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat atau guna pembersih

berasaskan alkohol.

▪ Pasang papan tanda di sebelah basin, di belakang pintu tandas dan lokasi lain yang mudah

dilihat untuk mengingatkan kanak-kanak dan kakitangan, kaedah mencuci tangan yang ketat.

▪ Biarkan kanak-kanak saling mengajar cara mencuci tangan sesama sendiri.

▪ Galakkan penggunaan pelitup muka oleh semua orang termasuk kanak-kanak dan kakitangan,

dan beri peringatan kepada semua orang agar tidak menyentuh wajah mereka.

▪ Bersin ke arah siku yang dibengkokkan, buang tisu dengan betul, dan basuh tangan dengan

sabun dengan air mengalir sejurus selepas itu.

▪ Elakkan hubungan fizikal dengan semua orang seperti bersalaman, berpelukan dan bercium.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #8- Pusat Jagaan: Memastikan kanak-kanak dan kakitangan selamat semasa krisis COVID-19

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 27: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Mendengar, memberi semangat dan galakkan kepada kanak-kanak dan kakitangan

Bersikap menyokong dan mendengar secara aktif kepada semua kanak-kanak di bawah penjagaan anda pada masa yang tidak menentu ini. Sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda kebimbangan atau tekanan, luangkan masa untuk mendengarnya. Terokai keprihatinan mereka dan yakinkan serta tenangkan dan jelaskan dengan cara yang mesra kanak-kanak mengenai apa yang sedang berlaku.

Galakkan kesejahteraan kanak-kanak, termasuk dalam menjaga rutin harian dan latihan

Galakkan kanak-kanak untuk terus berhubung dengan keluarga mereka melalui panggilan telefon dan teks kerana ini akan membantu menenangkan kerisauan dan ketakutan mereka.

Sekiranya kakitangan atau kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada beberapa nasihat profesional mengenai isu psikososial, hubungi Hotline:

▪ WAO Hotline: 03 7956 3488

▪ TINA WhatsApp: 018 988 8058

▪ Talian Kasih: 15999 atau WhatsApp 019 261 5999

▪ Befrienders KL: 03 7956 8144 atau 03 7956 8145

Kenalpasti simptom awal dan pastikan penjagaan kepada yang sakit

Gunakan termometer inframerah untuk melakukan pemeriksaan setiap ahli di pusat jagaan berkediaman (kakitangan dan kanak-kanak) untuk mengesan demam lebih awal, kerana ini adalah gejala utama penyakit coronavirus.

Siapkan bilik pengasingan untuk kanak-kanak dan kakitangan yang mungkin menunjukkan gejala penyakit coronavirus. Adalah penting untuk mengasingkan mereka yang mempunyai simptom dengan cepat, dan kemudian segera memberitahu pusat kesihatan untuk mendapatkan panduan.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #8- Pusat Jagaan: Memastikan kanak-kanak dan kakitangan selamat semasa krisis COVID-19

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 28: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Untuk menjaga keselamatan kanak-kanak semasa peralihan dan setelah penyatuan kembali, beri perhatian kepada perkara berikut:

▪ Melibatkan kanak-kanak dan keluarga sepanjang proses

▪ Mendokumentasikan semua persiapan dan juga peralihan.

▪ Kawalan jangkitan

Apabila pusat jagaan menyatukan kembali atau menghantar kanak-kanak pulang ke rumah keluarga mereka semasa dan sesudah COVID- 19 ini, ada beberapa perkara yang mesti dilakukan untuk memastikan peralihan kanak-kanak itu selamat dan kanak-kanak itu akan kekal selamat dan sihat dalam keluarga.

Seterusnya: panduan untuk setiap isi penting di atas

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #9 – Menyatukan semula kanak-kanak dari pusat jagaan berkediaman dengan keluarga mereka

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 29: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Libatkan kanak-kanak dan keluarga sepanjang proses

Laksanakan penilaian keluarga:

▪ Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon atau WhatsApp untuk mengetahui kemampuan ibu bapa /

penjaga untuk

o memenuhi keperluan asas segera kanak-kanak dan

o ikuti panduan Kementerian Kesihatan mengenai langkah pencegahan COVID-19

▪ Nilai juga keperluan penting yang lain: pendidikan, pemakanan, keperluan psikososial, dll.

Bercakap dengan kanak-kanak mengenai apa yang akan berlaku dan pastikan mereka memahami apa yang sedang berlaku.

Sekiranya kanak-kanak menyatakan kebimbangan yang berkaitan dengan keselamatan, ambil perhatian dan bincangkan dengan pekerja sosial atau pelindung kanak-kanak untuk mencari pilihan alternatif.

Rujuk Tip penyediaan sokongan psiko-sosial (#3) sebagai panduan tambahan untuk mengatasi kebimbangan kanak-kanak.

Maklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu keluar dari institusi tersebut.

Libatkan pekerja sosial dan / atau pelindung kanak-kanak dan wakil pihak berkuasa tempatan dalam semua komunikasi dan persiapan, sama ada di lokasi pusat jagaan berkediaman ataupun di lokasi di mana keluarga tinggal.

Ini boleh dilakukan melalui telefon, e-mel, teks atau WhatsApp.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #9 – Menyatukan semula kanak-kanak dari pusat jagaan berkediaman dengan keluarga mereka

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 30: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Mendokumentasi semua persiapan dan juga peralihan Sediakan fail kanak-kanak dan dokumentasi lengkap semua persiapan yang dibuat dan orang yang terlibat untuk memudahkan peralihan.

Dokumentasikan semua komunikasi dengan orang utama yang terlibat dalam peralihan, termasuk orang utama di kawasan tempat tinggal keluarga dan orang utama di kawasan pusat jagaan berkediaman.

Sebelum kanak-kanak meninggalkan institusi jagaan kanak-kanak, pastikan semua borang pentadbiran yang diperlukan telah dipatuhi dan sertakan maklumat berikut mengenai kanak-kanak itu:

▪ nama penuh kanak-kanak

▪ tarikh lahir,

▪ gambar terkini kanak-kanak

▪ alamat tempat kanak-kanak itu akan pergi,

▪ nama ibu bapa / penjaga di mana kanak-kanak akan tinggal-kanak bersama dan hubungan setiap ibu bapa /

penjaga dengan kanak-kanak

▪ maklumat untuk dihubungi bagi kanak-kanak

▪ tarikh keluar dari pusat jagaan berkediaman,

▪ maklumat untuk dihubungi untuk ibu bapa / penjaga,

▪ nama dan nombor untuk dihubungi pekerja sosial dan / atau pelindung kanak- kanak dan wakil pihak berkuasa

tempatan di lokasi di mana kanak-kanak itu ditempatkan.

Simpan salinan borang yang lengkap di dalam fail kanak-kanak dan beri salinannnya kepada pekerja sosial dan / atau pelindung kanak- kanak dan wakil pihak berkuasa tempatan, di lokasi pusat jagaan berkediaman dan di lokasi di mana keluarga tinggal.

Berikan keluarga salinan fail kanak-kanak termasuk nama dan maklumat hubungan semua orang yang terlibat dalam peralihan: wakil pusat jagaan berkediaman, pekerja sosial dan / atau pelindung kanak-kanak, dan wakil pihak berkuasa tempatan.

Buat tindakan susulan dengan kanak-kanak itu setelah mereka kembali kepada keluarga mereka menggunakan telefon, WhatsApp atau media sosial lain untuk memastikan sama ada keperluan kesihatan, keselamatan dan perkembangan kanak-kanak itu dipenuhi.

▪ Panggilan pertama mesti dibuat dua hari selepas penyatuan semula dan jika kanak-kanak tidak dianggap

berisiko, panggilan dibuat seminggu sekali.

▪ Sekiranya pemantauan menunjukkan bahawa berlaku peningkatan risiko terhadap kanak-kanak, kekerapan

pemantauan mesti dipertingkatkan.

Bekerja dengan pekerja sosial dan / atau pelindung kanak-kanak dan wakil pihak berkuasa tempatan di lokasi di mana keluarga itu tinggal untuk mengenal pasti perkhidmatan sokongan yang ada atau mengatasi masalah yang dinyatakan. Rujuk TIP untuk pemantauan maya (# 7) untuk panduan tambahan mengenai cara melakukan pemantauan maya.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #9 – Menyatukan semula kanak-kanak dari pusat jagaan berkediaman dengan keluarga mereka

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 31: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Kawalan jangkitan

Berikan kanak-kanak dan keluarga / penjaga mereka mesej mesra kanak-kanak tentang coronavirus mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan seperti Tip Keibubapaan COVID-19.

Sekiranya kanak-kanak diminta untuk mengasingkan diri semasa pulang ke rumah - pekerja sosial perlu memastikan ini boleh dilaksanakan secara fizikal di rumah yang mereka akan diami, serta memberikan sokongan psiko-sosial.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #9 – Menyatukan semula kanak-kanak dari pusat jagaan berkediaman dengan keluarga mereka

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 32: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Untuk memastikan bahawa peralihan orang muda yang meninggalkan pusat jagaan berkediaman adalah selamat, dan orang muda dapat kekal sihat, stabil dan selamat di kediaman mereka:

▪ Pastikan keselamatan peralihan

▪ Libatkan orang muda sepanjang proses

Apabila pusat jagaan berkediaman menghantar orang muda pulang atau mengatur kehidupan berdikari untuk mereka dalam komuniti, ada beberapa perkara yang mesti dilakukan sebelum dan selepas mereka meninggalkan pusat jagaan untuk memastikan peralihan itu selamat, dan orang muda dapat kekal sihat, stabil dan selamat di kediaman mereka.

Seterusnya: bagaimana memastikan keselamatan dan melibatkan orang muda

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan sosial #10 – Orang muda meninggalkan pusat jagaan berkediaman

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 33: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Pastikan keselamatan peralihan

Pastikan orang muda itu mempunyai tempat tinggal sebelum mereka meninggalkan pusat jagaan berkediaman.

Permudahkan peralihan orang muda. Pastikan keperluan asas dipenuhi seperti pakaian, peralatan kebersihan diri. Sekiranya institusi tersebut memberikan wang saku untuk memenuhi keperluan asas, pekerja sosial harus mengawasi dan menjelaskan tujuannya kepada orang muda.

Sekiranya orang muda itu mempunyai hubungan dengan komuniti semasa dalam penjagaan, mereka mungkin sudah mengenali beberapa orang dewasa dalam komuniti tersebut. Dalam kes sedemikian, lebih baik mencari tempat tinggal yang selamat untuk orang muda berkenaan yang berhampiran dengan orang dewasa yang dikenali untuk membantu memastikan mereka boleh berhubung dengan orang dewasa ini sekiranya mereka memerlukan sokongan emosi dan keselamatan.

Hubungkan orang muda itu dengan perkhidmatan sokongan di dalam komuniti tempat mereka tinggal. Ini termasuk perkhidmatan sokongan sosial, kewangan, perumahan dan perundangan serta pekerja sosial dan / atau pegawai pelindung kanak-kanak dan wakil pihak berkuasa tempatan. Menyediakan surat rujukan dapat membantu memudahkan orang muda mengakses perkhidmatan sokongan.

Buat tindakan susulan dengan orang muda selepas peralihan menggunakan telefon, WhatsApp atau media sosial yang lain.

Rujuk TIP untuk pemantauan maya (# 7) untuk panduan tambahan mengenai cara melakukan pemantauan maya.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #10 – Orang muda meninggalkan pusat jagaan berkediaman

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.

Page 34: #1 - Mengenal pasti kanak-kanak dan keluarga yang berisikomasw.org.my/covid/malay/mengenal_pasti.pdfKanak-kanak yang melaporkan tentang situasi berisiko dan kemungkinan penderaan atau

Libatkan orang muda di sepanjang proses

Orang muda yang meninggalkan pusat jagaan berkediaman mesti terlibat dalam memilih tempat tinggal mereka.

Orang-orang muda mungkin suka tinggal bersama secara berdikari, terutama pada masa tertekan seperti COVID-19. Sekiranya mereka datang dari pusat jagaan yang sama, tinggal bersama tidak akan menambahkan risiko jangkitan dan akan membantu memastikan sumber sokongan emosi yang baik.

Sebelum orang muda meninggalkan pusat jagaan berkediaman, bincangkan dan sediakan rancangan pemantauan maya yang merangkumi percakapan melalui telefon, e-mel atau WhatsApp setiap minggu.

Maklumkan kepada orang muda mengenai Hotline yang menawarkan kaunseling percuma jika diperlukan:

▪ WAO Hotline: 03 7956 3488 ▪ TINA WhatsApp: 018 988 8058 ▪ Talian Kasih: 15999 atau WhatsApp 019 261 5999 ▪ Befrienders KL: 03 7956 8144 atau 03 7956 8145

Berkongsi maklumat mengenai bekas penghuni (orang yang dibesarkan atau tinggal di pusat jagaan berkediaman dan telah meninggalkan pusat itu) dan mana-mana kumpulan sokongan maya yang ada kaitan dengan orang muda, sekiranya mereka ingin berhubung dengan orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

Bergantung pada keadaan keunikan kes dan keinginan orang muda, pertimbangkan untuk menangguhkan peralihan sehingga ianya dapat dilakukan dengan cara yang selamat bagi orang muda.

Kongsi TIP untuk mengurus tekanan dan kesihatan mental (lihat # 4) dan berikan panduan untuk keselamatan dalam talian kerana pengasingan orang muda mungkin menyebabkan kesepian dan mencari hubungan dalam talian, yang menjadikan mereka terdedah kepada eksploitasi dalam talian dll.

Tip untuk pekerja sosial dan pengamal kebajikan social #10 – Orang muda meninggalkan pusat jagaan berkediaman

Melindungi kanak-kanak semasa COVID-19

Pekerja sosial dan pengamal, anda wajar mendapat pujian!

Terima kasih atas sokongan berterusan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, walaupun dalam masa yang penuh cabaran ini. Anda adalah wira.

Hantarkan maklum balas anda kepada kami melalui WhatsApp dengan mengimbaskan kod QR di bawah dan hantarkan perkataan yang telah dipra-muatkan.