Power Point Pengurusan Murid Pendidikan Khas

Preview:

DESCRIPTION

Nota pengurusan

Citation preview

PENGURUSAN MURID PENDIDIKAN KHAS

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD BIN LATIPPENYELIA PELAJARAN KANAN

UNIT PENDIDIKAN KHASJABATAN PELAJARAN KELANTAN

PENGENALAN• Perkhidmatan kanak–kanak kurang upaya adalah

tanggungjawab tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak–kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak – kanak yang menghadapi masalah :-

oCacat fizikal teruk,oRencatan akal sederhana dan teruk,oPelbagai kecacatan danoKecacatan yang tidak membolehkan kanak–

kanak tersebut belajar di sekolah- sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran serta murid pemulihan khas. Kategori kanak–kanak bermasalah pembelajaran ( BP ) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :o Sindrom Down,oAustisme ringan,oAttention Deficit Hyperactivity Disorder,o Terencat akal minimum danoBermasalah pembelajaran spesifik contoh Disleksia

• Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid – murid ini boleh mendapat pendidikan keperingkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.

DEFINISIMAKSUD

Attention Deficit Hyperactive Disorder

Kanak–kanak yang mengalami masalah mengekalkan tumpuan kerana keupayaan konsentrasi terhad dan mempunyai tingkah laku yang impulsif.

Autisme ringan Keadaan di mana kanak–kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu.

Bermasalah Pembelajaran Spesifik

Kanak–kanak yang menghadapi kesukaran belajar khusus.

Inklusif Pendekatan pendidikan dimana murid –murid pendidikan khas dan biasa belajar bersama di dalam satu kelas dan diajar oleh guru kelas biasa dengan dibantu oleh guru resos.

Kurikulum Alternatif Kurikulum kebangsaan yang diubah suai atau kurikulum khusus atau Kurikulum Standard Kemahiran Kebangsaan ( National Occupational Skill Standard ).

MAKSUDKurikulum Kebangsaan

Kurikulum yang digunakan di sekolah harian biasa.

Pengasingan Kanak–kanak pendidikan khas belajar di kelas khas dan menerima pengajaran daripada guru–guru khas.

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program yang disediakan bagi murid–murid pendidikan khas di sekolah–sekolah biasa.

Sekolah Khas Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid–murid bermasalah pndengaran dan penglihatan.

Separa Inklusif Pendekatan pendidikan di mana murid–murid pendidikan khas dan biasa belajar bersama di dalam satu kelas bagi subjek–subjek tertentu.

Sindrom Down Kanak–kanak yang mempunyai 24 kromosom di mana terdapat tambahan kromosom kepada kromosom 21.

Terencat Akal Minima

Kanak–kanak yang mempunyai IQ :<70

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui :

o Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).

o Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

• Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Bahagian Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara–perkara yangt berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

TEMPOH BELAJAR Tempoh belajar minimum bagi murid–murid

berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam tahun.

Tempoh belajar minimum bagi murid–murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana–mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2002).

PENDIDIKAN RENDAH• Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas

Kementerian Pelajaran Malaysia ialah : Berumur 6+ hingga 14+ tahun Disahkan oleh pengamal perubatan dan Boleh menguruskan diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid–murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam. Kemudahan–kemudahan yang disediakan di sekolah rendah pendidikan khas termasuklah asrama dan makan minum percuma dan bantuan kewangan RM150 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU)

• Murid–murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Bagi murid–murid bermasalah pendengaran atau bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid–murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PENDIDIKAN MENENGAH• Syarat kemasukan murid ke peringkat menengah Program Pendidikan

Khas Kementerian Pelajaran Malaysia :o Berumur 12+ hingga 19+ tahun,o Disahkan oleh pengaml perubatan,o Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi atau di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang atau Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Mereka akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti pendidikan di Program Pendidikan Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

Selepas Tingkatan 3,murid ini diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Bagi murid bermasalah penglihatan pula mereka akan meneruskan pelajaran dalam bidang akademik dan akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mereka yang layak. Murid – murid berkeperluan khas yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau ke sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Murid–murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran

vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Menengah atau Sekolah Menengah Teknik.

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Program Pendidikan Khas. Sehingga kini terdapat tiga Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang menawarkan kursus kemahiran vokasional iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang yang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV), manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, menawarkan kursus (MLVK) Latihan Industri, Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Kursus Seni bagi Sijil Pendidikan Khas Vokasional (SPKV) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) bagi masalah pendengaran dan MLVK Latihan Industri Sijil Kemahiran Malaysia bagi murid bermasalah penglihatan.

BORANG PENDAFTARAN DAN

CADANGAN PENEMPATAN KANAK – KANAK

KEPERLUAN KHAS (0 – 18 TAHUN)

MAKLUMAT UNTUK IBU/BAPA/PENJAGA1. Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri

Orang Kurang Upaya (OKU), sila bawa anak/penama terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah secepat mungkin selepas menerima borang ini. Bawa bersama :

Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak–kanak Keperluan Khas yang telah lengkap diisi oleh Pegawai Perubatan, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan yang memeriksa.

Dua (2) salinan fotostat Kad Pengenalan atau Salinan Kelahiran bagi yang belum mempunyai Kad Pengenalan.

Empat (4) keping gambar anak berukuran saiz kad pengenalan.

2. Bagi tujuan pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan, sila hantar satu salinan borang ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan secepat mungkin.

Jabatan Pendidikan Negeri akan :

Mengambil maklum tentang pendaftaran anak anda untuk tujuan penempatan persekolahannya.

Sekiranya anak anda didaftarkan sebelum berumur 5 tahun, tuan / puan akan dihubungi oleh pihak Jabatan Pendidikan untuk cadangan penempatan semasa ia berumur 5 tahun.

Sekiranya tidak dihubungi, setelah anak berumur 5 tahun, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri masing–masing.

3. Sila pastikan satu salinan borang ini disimpan dengan baik dan dibawa bersama setiap kali membuat urusan berkaitan anak anda.

SILA AMBIL LANGKAH 1 DAN 2 SEKIRANYA PERLU

MENDAFTAR DENGAN JABATAN KEBAJIAN MASYARAKAT DAN JABATAN PENDIDIKAN.

PERHATIAN : GUNAKAN BPKKKU (Pindaan 1/2009) APABILA MEMOHON KAD OKU DAN PENEMPATAN

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DISEDIAKAN BAGI OKU

1. Bantuan alat tiruan / sokongan2. Bantuan geran pelancaran 3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)4. Latihan perindustrian dan pemulihan perubatan di PLPP

Bangi5. Jagaan dan pemulihan di Institusi Taman Sinar Harapan6. Pemulihan di pusat pemulihan dalam komuniti7. Penempatan kerja di bengkel terlindung8. Perkhidmatan kaunseling dan nasihat9. Kemudahan pendidikan di sekolah khas yang menyediakan

kelas khas kepada kanak–kanak kurang upaya penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.

10. Elaun bulanan RM150.00 kepada kanak–kanak yang mengikuti kelas pendidikan khas / PDK

11. Elaun bulanan sebanyak RM300.00 di IPTA12. Mendapat pelepasan cukai pendapatan13. Pengecualian cukai jalan / bayaran lesen memandu14. Kemudahan potongan tambang 50% bagi penerbangan MAS,

KTM, Syarikat Bas Transnasional15. Kemudahan rumah kos rendah di Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur16. Pengecualian bayaran rawatan perubatan17. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport

Antarabangsa)18. Kemudahan peluang pekerjaan di sektor swasta19. Potongan duti eksais 50% untuk pembelian kereta dan

motosikal nasional

20. Kemudahan alat ganti OKU21. Pencen terbitan kepada anak-anak OKU22. Kemudahan sewa percuma TELEKOM

ELAUN MURID KHAS (EMK)1. Mulai Mac 2009, Elaun Murid Khas (EMK) telah

diperkenalkan.2. Peruntukan RM150 sebulan dalam tahun yang sama.3. Bayaran sekali setahun ikut tarikh pendaftaran murid/pelajar.4. Pihak sekolah menghantar borang maklumat (LAMPIRAN A)

ke Unit Pendidikan Khas, JPN seperti berikut :- 4.1 Permohonan 31 Januari sebelum 7 Februari 4.2 Permohonan 30 Jun sebelum 7 Julai 4.3 Permohonan 30 September sebelum 7 Oktober

LAMPIRAN AMAKLUMAT PENERIMA ELAUN MURID KHAS TAHUN 20......

Nama Sekolah : Kod Sekolah :No. Tel : No. Faks :Daerah :No.Akaun Sekolah : Nama / Alamat Bank :

Bil Nama Murid

No. S.B/K.P No.Daftar OKU

No.akaun bank

Cawangan Tarikh Pendaftaran sekolah tahun semasa

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :Tandatangan / Cop : Tandatangan / Cop :

Tarikh : Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan.

UNIT PENDIDIKAN KHAS, JABATAN PELAJARAN KELANTAN

PERUNTUKAN KESELURUHAN ELAUN MURID KHAS (EMK) 2010

KATEGORI 31.1.2010 30.6 .2010 JUMLAH KESELURUHAN

INTEGRASI MENENGAH

2,172,600 35,100 2,207,700

INTEGRASI RENDAH

2,925,450 143,250 3,068,700

HARIAN BIASA MENENGAH

279,000 100,200 379,200

HARIAN BIASA RENDAH

436,950 158,400 595,350

JUMLAH 5,814,000 436,950 6,250,950

PERMOHONAN MURID PENDIDIKAN KHAS KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2010

1. Permohonan melalui sistem on line.2. Menggunakan laman web www.moe.gov.my 2.1 Carta Aliran 2.2 Format ID Pengguna dan Kota Laluan untuk pengguna pertama kali membuat permohonan. 2.3 Lampiran 1 ( Kod Negeri untuk JPN ) 2.3 Lampiran 2 ( Kod Daerah untuk PPD ) 2.3 Manual prosedur penggunaan3. Proses permohonan mulai 1 Ogos 2010 hingga 30 September 2010 dan kemudiannya dilanjutkan dari 4

Oktober 2010 sehingga 22 Oktober 2010.

PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN

KHAS

• KOD A : Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang (Program Bermasalah Pendengaran–asrama) KOD B : Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur (Program

Bermasalah Penglihatan–asrama)• KOD C : Sekolah Menengah Harian Biasa Aliran Akademik (Program Pendidikan Khas Integrasi)

PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

• KOD A : Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ( Program Bermasalah Pendengaran–asrama ) KOD B: Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indrapura, Kulai ( Program Bermasalah Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran–asrama ) KOD C: Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang ( Program Bermasalah Pendengaran–asrama )

SEKIAN, TERIMA KASIH