45

Click here to load reader

Pengurusan Murid - Kumpulan 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

good

Citation preview

JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BATU PAHAT JOHOR

SEMESTER 2 SESI 2011/2012BBD 18104 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN )

PENSYARAH:

PN HJH SAREBAH BINTI WARMANTAJUK TUGASAN:

PENGURUSAN MURID

NAMANO MATRIK

KAMARULHISYAM BIN TAHIRDB110536

ABDUL RAZAK BIN AHMADDB110825

ADEMIZAN BIN AHADDB110721

AYOB BIN JAFFARDB110186

HADAFFI BIN JAAFARDB 110946

KAMARUL BIN FADZELDB110883

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)TARIKH : 26 MAY 2012

PENGURUSAN MURID1.0 PENGENALAN

Pengurusan murid merupakan nadi sesebuah institusi pendidikan terutamanya sekolah. Pengurusan murid yang mantap dan efektif mampu memberikan impak yang tinggi terhadap hal ehwal murid merangkumi aspek disiplin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan intrapersonal. Bagi mencapai pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu sistem pengurusan yang strategik dan berstruktur perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dalam semua bidang meliputi bidang akedemik dan kokurikulum.

Proses pengurusan murid yang mantap dan berkesan haruslah memenuhi beberapa aspek merangkumi aspek perancangan (planning), pengelolaan (organizing), pentadbiran/memimoin (leading) dan pengawalan/pemulihan (controlling) . Perancangan merupakan satu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti pengurusan murid yang dijalankan bagi mencapai matlamat dengan cara yang paling berkesan. Pengelolaan pula merupakan proses pengumpulan resos sama ada manusia atau bukan manusia serta pembentukan prosedur dalam menguruskan murid. Pentadbiran merangkumi kepimpinan, motivasi, penyeliaan dan penyelaasan terhadap program pengurusan murid yang dijalankan. Manakala aspek pengawalan melibatkan laporan dan maklum balas untuk memperbaiki perancangan pengurusan murid yang telah dilaksanakan.

Di sekolah, pengurusan murid dipertanggung jawabkan dalam bidang kuasa Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bagi membantu pentadbiran sekolah merancang, mentadbir, mengelola dan melaksanakan proses pengawalan yang berkaitan perngurusan murid. Guru Penolong Kanan HEM pula memainkan peranan pemudah cara kepada ahli-ahli di bawah jawatan kuasanya untuk memastikan sistem pengurusan murid yang dilaksanakan di sekolah memenuhi matlamat yang telah ditetapkan dan lebih dinamik.2.0 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN MURIDMenurut Peter F. Drucker, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan.

Jaafar Muhammad (1988) pula mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Oleh itu, berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses pengendalian resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam instutiti sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, dan masyarakat.

Dalam istilah yang mudah pengurusan murid adalah proses-proses yang berhubungkait dengan:

i. Perancangan kerja atau program bagi murid

ii. Pengelolaan murid dan program secara berkesan

iii. Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi

iv. Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti

3.0 KOMPONEN PENGURUSAN MURIDPengurusan murid di sekolah merangkumi aspek yang luas meliputi aspek akedemik, pengurusan disiplin, keselamatan, kebajikan dan bimbingan kauseling. Bagi memastikan kejayaan seseorang murid, suatu sistem pengurusan yang berkesan perlu dilaksanakan di sekolah. Pihak pentadbiran sekolah perlu merangka perancangan terlebih dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur terutama dalam aspek menguruskan rekod murid, memastikan kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan murid selain mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Justeru, setiap warga pendidikan di sekolah perlu bergerak sebagai sebuah organisasi yang saling melengkapi bagi memastikan proses pengurusan murid berjaya, Kejayaan Akademik ialah kejayaan yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorangpelajar dalam peperiksaan atau ujian. Peperiksaan atau ujian merupakan alat pengukur untuk membuktikan sejauh manakah persediaan yang telah dilakukan oleh setiap murid sebelum peperiksaan tersebut diadakan. Persiapan yang rapi dan mantap sudah pasti memberikan hasil yang memuaskan. Salah satu komponen utama dalam pengurusan murid adalah mengurus rekod murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiap matapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Perkara ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secaraberterusan dan dilaksana secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara tidak langsung, hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yangberkesan dan seterusnya dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahapoptimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Selain daripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa mengetahui kemajuan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.Dalam sistem pendidikan Negara, penekanan terhadap pemupukan disiplin diri amat diutamakan. Pengurusan rekod disiplin murid dapatmengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolahbagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kebajikan murid di sekolah menjadi satu lagi komponen pengurusan murid.Pemgurusan kebajikan murid ini merangkumi pengurusan biasiswa, insuran kemalangan, mengurus Wang Kumpulan Pelajar Miskin (KWAMP), Rekod Sistem Maklumat Murid (SMM), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pelbagai lagi bentuk bantuan yang disalurkan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Selain daripada itu, aspek keselamatan juga perlu diambil kira. Persekitaran sekolah perlu dipastikan menjadi tempat yang selamat untuk murid dan juga memastikan segala pelaksanaan pencegahan keselamatan telah dilaksanakan.Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu komponen dalam pengurusan murid. Pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh. Pihak sekolah bertanggung jawab merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling dengan pelbagai pendekatan dan kaedah supaya mampu melahirkan murid yang berjaya dalam bidang akedemik dan kokurikulum. Selain daripada itu, pihak sekolah juga dituntut menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.

Semua komponen pengurusan murid ini memerlukan pengurusan rekod yang berkesan supaya dapat dijadikan rujukan apabila diperlukan. Pengurusan maklumat dan rekod yang cekap dan teratur membolehkan sesebuah jabatan/agensi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Pada masa ini, pengurusan rekod murid di sekolah telah berubah kepada pengurusan rekod yang lebih moden menggunakan pelbagai aplikasi dan boleh diakses melalui internet bukan sahaja oleh warga pendidikan, malah ibu bapa dan penjaga murid itu sendiri. Dengan demikian, ibu bapa dan penjaga murid dapat memantau menyemak rekod tersebut pada bila-bila masa.4.0 PENGURUSAN REKOD MURID4.1 Pengenalan

Mengikut Dasar Pengurusan Dekod Kerajaan, rekod didefinisikan sebagai maklumat yang diwujud, diterima dan diselenggara sebagai bukti oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan bagi memenuhi kehendak undang-undang serta semasa melaksanakan transaksi rasmi. Pengurusan rekod pula didefinisikan sebagai satu bidang pengurusan yang bertanggungjawab bagi mengadakan kawalan secara efisyen dan sistematik ke atas pewujudan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan rekod. Kawalan ini termasuk penawanan bukti dan maklumat mengenai aktiviti dan transaksi sesebuah organisasi.Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Hal ini menandakan bahawa mengurus rekod murid adalah satu perkara yang perlu dilakukan supaya maklumat yang berkaitan dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur,cekap dan selamat dari perkara-perkara yang akan memusnahkannya.

4.2 Kepentingan Mengurus RekodMeskipun kemajuan teknologi data kian berkembang pesat, beberapa bentuk rekod berbentuk klasik, konvensional dan bertulis tangan masih relevan sebagai bukti maklumat yang sah. Antaranya Buku Daftar Pendaftaran Pelajar, Buku Jadual Kedatangan Murid, kad kesihatan pelajar dan fail pengurusan.

Berdasarkan amalan biasa. sesuatu dokumen dan rekod rasmi perlu disimpan sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 tahun sebelum boleh dimusnahkan setelah mematuhi tatacara yang tertentu. Sebahagian dokumen atau rekod penting pula perlu dipindahkan dalam fail arkib untuk rujukan, contohnya maklumat tentang perkhidmatan dan sejarah persekolahan seseorang. Kehilangan mana-mana dokumen dan rekod penting akan menjejaskan sesuatu proses pengesahan dan urusan yang berkaitan.

5.0 JENIS REKOD MURID

5.1 Buku Jadual Kedatangan MuridBuku jadual kedatangan murid terletak di bawah tanggungjawab Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. yang melaksanakan peranan itu bagi pihak Guru Besar. Selanjutnya tugas mengurus segala butiran murid akan diturunkan pula kepada guru yang dilantik secara rasmi menerusi surat lantikan, atau sekurang-kurangnya tercatat dalam takwim rasmi pengurusan sekolah. Buku jadual kedatangan murid memiliki status yang sangat penting kerana akan menjadi rujukan untuk hitungan jumlah murid, geran atau waran peruntukan kewangan per kapita, audit dan pengurusan kes disiplin murid.Selain itu, maklumat peribadi murid-murid dapat membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain.Hal ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatifdan kritikal memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibubapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, tidakmelaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatanpenyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu, maklumat sepert nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid. Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusanbilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat.Buku kedatangan murid juga merupakan salah satu lagi rekod rasmi murid. Buku ini mencatat kehadiran murid pada setiap hari persekolahan. Sehubungan dengan itu, guru boleh mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan dan membantu guru memperoleh tren kehadiran muridnya. Buku ini membantu memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk atau murid tercicirdaripada kelas tersebut. Maka, bagi murid yang sering tidak hadir guru boleh mengambil tindakan menghubungi ibu bapa murid tersebut dan secara tidak langsung jika semua perkara ini dilaksanakan dengan telus sudah pasti gejala sosial yang semakin meruncing dapat dikurangkansedikit demi sedikit dan matlamat untuk mencapai negara maju 2020 akan tercapai denganjayanya bak kata pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju didunia. 5.2 Kad 001

Kad 001 perlu diisi oleh guru kelas dan akan mengandungi maaklumat diri murid, nama kelas, nama sekolah, nombor pendaftaran murid, jawatan yang disandang, kelab, persatuan, sukan, hobi, cita-cita, minat dan kecenderungan murid, sikap murid, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, tinggi, berat, kecacatan yang dialami oleh murid sekiranya ada. Daripada maklumat tersebut, guru dapat menilai kebolehan murid dan kecenderungannya sejak awal persekolahan lagi. Kad 001 murid di sekolah rendah pula akan di bawa ke sekolah menengah sebagai rujukan selepas menamatkan pengajian di sekolah rendah.5.3 Laporan Adab Belajar

Sistem Laporan Adab Belajar mula dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2004 ekoran daripada cadangan daripada Kementerian Pendidikan (2003) untuk menilai murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat melahirkan muid yang seimbang sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah sebagai medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Kesibukan ibu bapa bukanlah penghalang lagi dalam mengambil tahu tentang potensi, kekuatan serta kelemahan anak mereka. Kebiasaannya guru akan memaklumkan kepada ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun dan sekiranya perlu tindakan susulan, guru akan berbincang dengan ibu bapa cara yang terbaik untuk membantu perkembangan murid. Menerusi pengenalan sistem ini, ibu bapa dapat berinteraktif bersama-sama guru kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran.

Laporan Adab Belajar hanya boleh dilakukan oleh guru kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran. Hal ini kerana guru-guru tersebut banyak meluangkan masa bersama murid semasa waktu persekolahan dan seterusnya dapat memahami tingkah laku serta perangai murid berbanding guru lain. Laporan yang dibuat oleh guru kelas perlulah meliputi tentang profil murid berkenaan iaitu dari segi kedatangan dan pencapaian akademiknya. Manakala guru mata pelajaran akan melaporkan prestasi atau pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajarkan oleh mereka. Di samping itu, kegiatan dan pencapaian kokurikulum turut perlu dimasukkan dalam laporan. Segala maklumat berkaitan dengan kerja kelas, kerja rumah, kelakuan dan sikap turut akan dilaporkan dalam laporan ini.

Kerja kelas merupakan kerja atau penglibatan murid dalam aktiviti atau ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun semasa berada di sekolah. Guru akan mencatatkan serta memberi komen mengenai kualiti kerja yang dihasilkan oleh murid. Guru juga akan melaporkan di dalam laporan sekiranya murid tidak menyiapkan atau sebaliknya. Laporan berkenaan akan dilaporkan mengikut tahap atau kualiti serta jangka masa yang telah ditetapkan. Apabila memperkatakan tentang sikap dan kelakuan, pastinya setiap orang akan mengatakan bahawa kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Kelakuan merupakan tingkah laku seseorang murid dalam semua situasi sama ada ketika berada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Manakala sikap merujuk kepada kemahuan untuk belajar dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan sebagainya.

Antara kelebihan laporan ini adalah dapat membantu guru dan ibu bapa dalam mengikuti serta melihat dengan jelas Peringkat Formatif dan Peringkat Perkembangan murid dalam semua bidang. Kelemahan murid dalam sesuatu bidang juga mudah untuk dikenalpasti oleh guru dan memudahkan guru untuk memberikan pengukuhan serta bimbingan sekiranya diperlukan oleh murid. Di samping itu, guru dapat menggunakan maklumat daripada laporan ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik dan seterusnya dapat menimbulkan minat murid untuk mengikuti pengajaran yang diajarkan. 6.0 KAEDAH TERKINI DALAM MENGURUS REKOD MURIDSelaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pihak kerajaan telah mula memperkenalkan aplikasi komputer dalam bidang pendidikan. Urusan merekod menjadi lebih mudah dan pantas.6.1 Sistem Maklumat Murid

Sistem Maklumat Muridmerupakan perisian pangkalan data murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem perisian ini berasaskan softwareMicrosoft Access. Kementerian Pelajaran Malaysia membekalkan setiap sekolah rendah dan menengah di Malaysia dengan Sistem Maklumat Murid dan dikendalikan oleh guru data, sejak 2005.

Guru tidak perlu lagi mengisi maklumat yang sama mengenai murid menggunakan borang biasa berulang kali . Penggunaan teknologi maklumat dapat memudahkan urusan berkenaan, dengan maklumat boleh diketahui segera.

.

Di samping itu, sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara. Justeru, sekiranya murid bertukar ke sekolah baru, guru hanya perlu mengemaskinikan maklumat tentang nama sekolah baru dan alamat baru murid. Hal ini kerana maklumat lain telah sedia ada di dalam komputer. Sistem ini dibangunkan diperingkat sekolah untuk membolehkan guru menggunakan kemudahan internet dalam mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa.

6.2 Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan SekolahSistem Pentaksiran LisanBerasaskan Sekolah berangkaian denganSistem Maklumat Murid Berkomputeruntuk meringankan beban guru membuat kerja-kerja perkeranian berkaitan ujian ini. Guru boleh memasukkan maklumat pada bila-bila masa sebaik-baik sahaja murid-murid dibuat cerapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ini boleh menjana laporan pentaksiran lisan setelah cerapan dibuat beberapa kali (minimum cerapan 3 kali setiap penggal).

6.3 Sistem Analisis PeperiksaanSistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah secara atas talian. Sistem ini juga membolehkan sekolah-sekolah menentukan Take-off Value (TOV) setiap murid sebelum melaksanakan Expected Target Result (ETR).

Berdasarkan markah TOV yang diperoleh, murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR. Malah sistem ini juga akan mencadangkan ETR untuk setiap murid. Tetapi pengubahsuaian masih boleh dilakukan agar bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Sistem ini juga dapat mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan cuba mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Apabila guru memasukkan markah Ujian ATI 1 iaitu Actual Target Result (ATR) markah ini akan dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Tujuan perbandingan ini dilakukan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit.

Seandainya hasil perbezaan daripada perbandingan OTI-ATR bernilai positif, ini bermakna pembelajaran murid melangkaui target. Sekiranya bernilai 0 bermakna berjaya mencapai target yang ditetapkan dan nilai negatif menunjukkan murid gagal mencapai target. Secara tidak langsung, sistem ini dapat menyenaraikan murid-murid berdefisit besar bagi memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan. Tindakan susulan akan diambil untuk membaiki tahap pencapaian murid. Pelbagai strategi akan dirangka oleh guru supaya murid-murid defisit ini dapat diberikan bantuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam ujian-ujian OTI yang akan datang.

Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menyemak markah anak mereka secara atas talian dengan hanya menggunakan nombor surat beranak dan mencetak slip peperiksaan.

6.4 Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) adalah sistem maklumat kes salahlaku pelajar di sekolah. Maklumat yang tepat akan dapat membantu pengurusan disemua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

6.5 E-KehadiranAplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan enrolmen pelajar terkini berkenaan jumlah Enrolmen yang hadir dan tidak hadir setiap hari . Maklumat digunakan bagi tujuan pemantuan dan rumusan kehadiran di sekolah-sekolah negeri Johor.

KEBAJIKAN MURID

Mulai tahun 2011, semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan bayak lagi bantuan lain akan disalurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan data yang dikutip daripada portal ekasih. Ibu bapa yang layak untuk mendapatkan bantuan ini oerlu mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara atas talian di portal ekasih.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, disiplin, keselamatan dan bimbingan dan kaunseling. Bagi mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid di sesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri.

Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta pencapaiaan murid. Maka, segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akdemik dan juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan disiplin.

Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk belajar kerana melalui persedian sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan juga psikomotor. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses bimbingan dan kauseling untuk memotivasikan murid. Bagi melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Antara insiatif yang boleh dilakukan adalah dengan menempatkan kaunselor di sekolah tersebut. Memotivasikan pelajar amat penting kerana perkara ini bukan sahaja untuk memotivasikan murid supaya lebih cenderung di dalam akademik tetapi untuk menangani masalah displin serta salah laku murid. Melalui pendekatan ini mungkin lebih sesuai untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid serta memotivasikan murid untuk lebih bersemangat untuk belajar atau menghadapi sesuatu peperiksaan.

Seperti mana yang sering diperkatakan, sesuatu perkara tersebut tidak akan dapat dijayakan sekiranya tiada kerjasama. Secara tuntasnya, kerjasama semua pihak haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat dilakukan kerana pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid.

LAMPIRAN

CONTOH CONTOH SURAT PEKELILING BERKAITAN PENGURUSAN MURID

CONTOH CONTOH SURAT PEKELILING BERKAITAN PENGURUSAN MURID

CONTOH CONTOH SURAT PEKELILING BERKAITAN PENGURUSAN MURID

CONTOH CONTOH SURAT PEKELILING BERKAITAN PENGURUSAN MURID

CONTOH CONTOH SURAT PEKELILING BERKAITAN PENGURUSAN MURID

CONTOH CONTOH SURAT PEKELILING BERKAITAN PENGURUSAN MURID

RUJUKAN

1. Azman b. Hj Adnan, Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah, diperoleh daripada http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.htm 2. Psikologi sosial, Azizi Yahaya, Yusuf Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek, Fawziah Yahya & Amir Hamzah Abdul (2004) Psikologi Sosial. Skudai, Johor: Perpustakaan Negara Malaysia.

3. Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4. Mohamad Sahari Nordin, Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah, Pusat Penyelidikan University Islam Antarabangsa Malaysia 2002.

5. Dr Robiah Sidin, Asas Pentadbiran Pendidikan, Pustaka Cipta Sdn Bhd 1988.