View
434
Download
15
Category
Preview:
Citation preview
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 1/27
Apakah itu syariah?
Syariah bererti cara dan jalan Apabila anda telah mengakui Allah sebagai
yang paling berdaulat atas diri anda dan menerima penghambaan
terhadapnya dan apabila anda telah mengakui bahawa rasul adalahpenguasa dan pemerintah yang Nampak didunia ini , sebagai wakil dari
tuhan serta mengakui bahawa kitab suci yang dibawa rasul tersebut
memang dikirimkan oleh allah,maka ini beerti bahawa anda telah
memasuki din allah. Setelah itu, bagaimana cara anda untuk mengabdi
kepada allah, dan jalan mana yang mana yang harus ditempuh dalam
pengabdian anda kepada nya. Itu yang disebutkan syariah. Cara dan jalan
ini juga ditunjukkan allah melalui rasulnya yang mengajar cara
menyembahnya serta jalan menuju kesucian dan kebersihan. Rasul
menujukkan kepada kita jalan menuju kebajikan dan kesalehan, cara-cara
memberikan hak-hak, cara-cara melakukan perhubungan dan urusan-
urusan dengan sesama manusia , dan cara hidup keseluruhan. perbezaan
antara din adalah din selamanya adalah satu dan sama. Baik dulu
mahupun sekarang, maka syariah adalah banyak.sebahagian daripadanya
di hapuskan, sebahagian lagi diganti.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 2/27
SKOP SYARIAH ISLAM
Terbahagi kepada dua :
1. Skop
2. Perlaksanaannya
Skop
Dari segi skop, syariah Islam mengandungi perkara-perkara seperti :
i. Hubungan antara manusia dengan Allah swt (ibadah khusus)
ii. Hubungan antara manusia dengan manusia (ibadah
umum/muamalah)
iii. Hubungan antara manusia dengan alam sekitar
(contoh;haiwan ,benda-benda,atau tumbuh-tumbuhan)
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH SWT
Sifat hubungan antara manusia dengan Allah SWT dalam ajaran Islam
bersifat timbal-balik, iaitu manusia melakukan hubungan dengan Tuhan dan
Tuhan juga melakukan hubungan dengan manusia. Tujuan hubungan manusia
dengan Allah adalah dalam rangka pengabdian atau ibadah. Dengan kata lain,
tugas manusia di dunia ini adalah beribadah, sebagaimana firman Allah swt
dalam Al-Quran surat Adz-Dzariat ayat 56: ق ما خ ل ن و و د ع ب ي س إ و ج ت
Ertinya: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku”.
Secara umum, ibadah kepada Allah itu ada dua macam, iaitu ibadah yang
perbuatan dan lisan telah di tentukan oleh Allah swt, dan ibadah dan bentuk
perbuatan yang tidak di tentukan oleh Allah swt. Ibadah jenis pertama adalah
Mahdhoh, iaitu ibadah dalam erti ritual khusus, misalnya solat, puasa, dan haji:cara melakukan ruku’ dan sujud dan lafaz-lafaz apa saja yang harus dibaca
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 3/27
dalam melakukan solat telah ditentukan oleh Allah SWT; demikian pula cara
melakukan thawaf dan sa’i dalam haji beserta lafaz bacaannya telah ditentukan
oleh Allah SWT. Inti ibadah jenis ini sebenarnya adalah memohon keampunan
dan memohan pertolongan dari Allah swt.
Jenis ibadah yang kedua disebut ibadah “ghairu mahdoh” atau ibadah dalampengetahuan umum, iaitu segala bentuk perbuatan yang ditujukan untuk
kesilapan, kejayaan, dan keuntungan. Contohnya adalah membuang duri dari
jalan atau membantu orang yang dalam kesusahan. Semua perbuatan tersebut,
asalkan diniatkan karena Allah SWT dan bermanfaat bagi kepentingan umum,
adalah pengabdian atau ibadah kepada Allah SWT.
Jika inti hubungan manusia dengan Allah adalah pengabdian atau ibadah, maka
inti hubungan Tuhan dengan manusia adalah aturan, iaitu perintah dan larangan.
Manusia diperintahkan berbuat menurut peraturan yang telah ditetapkan Allah.
Jika manusia menyimpang dari ajaran itu, maka ia akan tercela, baik dalam
kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Ajaran ini terbahagi kepada dua,
pertama ajaran yang diturunkan dalam bentuk hukum-hukum alam (sunnatullah)
dan ajaran yang diturunkan dalam kitab suci Al-Quran dan hadis Nabi
Muhammad saw.
Ajran yang dituruankan dalam kitab suci Al-Quran dan hadis Nabi, misalnya
tentang perintah solat, perintah zakat, perintah puasa, perintah haji, larangan
berzina, larangan mencuri, larangan meminum arak, larangan memakan daging
babi, dan lain-lain. Dalam hal ini, manusia diperintahkan mentaati segala
perintah dan menjauhi segala larangan. Ajaran lain yang diturunkan dalam
hukum alam adalah,contohnya, api itu bersifat membakar. Oleh sebab itu, jikaorang mahu selamat, maka dia harus menjauhkan dirinya dari api. Sebagai
contoh lain, benda yang berat jenisnya lebih berat dari air akan tenggelam
dalam air. Oleh yang demikian, manusia akan tenggelam jika masuk ke dalam air
laut tanpa pelampung, kerana berat manusia lebih berat dari air. Demikianlah
ajaran yang diturunkan dalam kitab suci (āyah qur’āniyah) dan yang diturunkan
dalam hukum alam (āyah kawniyah). Keduanya harus dipatuhi agar orang dapat
hidup selamat dan sejahtera, baik di dunia maupun di akhirat.
Begitulah prinsip dasar ajaran Islam mengenai hubungan manusia dengan
Tuhannya. Intinya adalah pengabdian dan penyembahan kepada Allah (ibadah),baik dengan cara yang ditentukan oleh Allah maupun yang tidak ditentukan, dan
dengan berpandu kepada ajaran quraniyah dan kauniyah.
Makna Hubungan Dengan Allah.
Hubungan manusia dengan AllAH S.W.T, mengikut keterangan Al-Quran Al-Karim
bermaksud supaya manusia menjadikan hidup, mati, solat dan segala ibadah
semata-mata untuk-Nya.
Maksud dari Firman Allah S.W.T:
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 4/27
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku
bagi Allah, Tuhan sekalian alam.[Al-An’am: 162].
Hendaklah seseorang itu menyembah Allah s.w.t dengan penuh keikhlasan.
Rasulullah s.a.w telah berulang kali menerangkan pengertian hubungan hamba
dengan Rabbnya sehingga tiada setitik debupun yang menutupi pengertian ini. Jadi, mengertilah kita akan hakikat hubungan dengan Allah s.w.t iaitu.
Maksud daripada Sabda Rasulullah s.a.w(antara lain).
“Takut akan Allah di tempat sunyi dan tempat yang terang.” [Hadith].
“Hendaklah engkau yakini bahawa yang ditangan Allah itu lebih terjamin
daripada apa yang ada di tangan engkau.”[Hadith]
“Hendaklah engkau menuntut keredhaan Allah dengan kemarahan
manusia.”[Hadith].
Kita tidak pula mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah s.w.t.
Setelah terjalin rapi hubungan ini, kecintaan seseorang, perseteruan, pemberian
dan larangannya semuanya demi Allah s.w.t semata-mata tanpa dicemari oleh
tujuan-tujuan lain. Inilah pengertian kesempurnaan hubungan dengan Allah s.w.t.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w (antara lain).
“Sesiapa yang cintakan Allah, memberi kerana Allah dan mencegah kerana Allah,
sesungguhnya telah sempurnalah imannya.”[Hadith]
Kemudian hendaklah kita memperbaharui doa kita pada tiap-tiap malam dalamrakaat terakhir solah witir kita. Tidakkah kita sering ucapkan:
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami minta pertolongan daripada Engkau, minta
hidayat daripada Engkau, beristighfar kepada Engkau, beriman kepada Engkau
dan bertawakkal kepada Engkau. Kami memuji kepada Engkau atas kebaikan,
kami berterima kasih dan tidak kufur kepada Engkau, kami menyingkir dan
menjauhkan sesiapa yang derhakakan Engkau. Ya Allah, Dikaulah yang kami
sembah dan akan Dikaulah kami sembahyang dan sujud, kepada Engkaulah kami
berusaha dan maju. Kami mengharapkan rahmat Engkau, kami takut akan azab
Engkau. Sesungguhnya azab Engkau tetap menimpa orang-orang kafir.”
Hendaklah kita merenungi maksud doa ini. Apakah setiap daripada malam-
malam kita membenarkan dan mempersetujui ikatan kita dengan Allah s.w.t?
Sudah terukir gambaran hubungan ini dalam doa yang dilafazkan oleh Rasulullah
s.a.w apabila baginda bangun mengerjakan sembahyang di tengah malam,
Rasulullah s.a.w sentiasa menyebut doa berikut ini, bermunajat dengan Tuhan
Yang Maha Esa lagi Maha Tinggi.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku berserah, dengan Engkaulah aku
beriman, di atas Engkaulah aku bertaubat, kepada Engkaulah aku kembali,
bersama Engkaulah aku bermusuh dan kehadapan Engkaulah aku berbica
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 5/27
HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA
Antara manusia dengan manusia terdapat hubungan yang sangat kompleks.Keduanya saling berinteraksi, saling memerlukan, saling melengkapi dan saling
bergantungan antara satu dengan yang lain. Contohnya hubungan manusia
dengan manusia dalam kehidupan sehari-hari. Hubungan kedua-dua ini dapat
juga menghasilkan karya-karya besar dari akal dan fikiran manusia masing-
masing.
Masyarakat adalah sekumpulan orang yang hidup bersama dan menghasilkan
kebudayaan atau masyarakat adalah kesatuan hidup manusia yang berinteraksi
menurut adat istiadat tertentu yang bersifat bersambungan dan terikat oleh
identiti bersama (iaitu kebudayaan yang dihasilkannya). Jadi hubungan manusiadengan manusia itu dapat tercipta jika ada kehidupan bersama yang terus-
menerus (masyarakat).
Hubungan kedua ini juga merupakan kebudayaan yang tidak boleh diciptakan
oleh seseorang yang hidup sendirian di tengah hutan atau di gurun pasir. Dalam
masa yang sama, manusia dengan manusia dalam berinteraksi dan melakukan
tindakan-tindakan itu sendiri untuk memenuhi keperluanan hidupnya. Sebagai
contoh hubungan simbiosis mutualisme (saling menguntungkan). Sebagai contoh
kita dalam mencari pekerjaan, pastinya kita memerlukan orang lain dalam
mencari informasi kekosongan pekerjaan dan pada saat itu kita akan berinteraksi
sama orang itu. Dan mulai dari situ kita akan selalu memerlukan orang lain
dalam kehidupan kita sehari-hari. Ini merupakan salah contoh hubungan
manusia dengan manusia. Contoh selanjutnya hubungan antara seorang ibu
dengan anaknya yang saling terikat batin sejak lahir, ini kerana dari anak itu
lahir sudah hidup bersama-sama.
Hubungan Manusia dengan Manusia merupakan salah satu kewajiban bagi
muslim. Banyak hal yang diperintahkan Allah SWT dalam upaya kita menjalin
hubunganantara manusia. Didalam Al-quran tertera sebagai berikut:
• mendahulukan kepentingan orang lain (QS 2:177,59:9),
• berbuat baik adalah merupakan sebaik-baik amalan (QS 3:92,
3:134),
• menyempurnakan takaran dan timbangan, serta tidak merugikan
orang lain (QS 7:85,11:84, 11:85, 17:35, 26:181, dsb) ± mengurangitakaran termasuk korupsi kecil-kecilan.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 6/27
• berinfak atau memberikan sebagian rizki kepada orang lain (QS
2:254, 3:92, 14:31,32:16, 35:29, 42:38, dsb)
• tolong menolong dan kasih sayang (QS 5:2, 48:29, 24:22, 90:17),
dan masih banyak-banyak lagi
Kesimpulan dari semua itu ialah menuntut kita untuk saling mengasihi antara
satu dan yang lainnya. Diriwayatkan oleh Abu Huhairah Ra;
Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya di sekitar Arsy terdapat mimbar-
mimbar dari cahaya, yang di atasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan
pakaian cahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi dan bukan
juga para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada tertegun (merasa iri)
kepada mereka sehingga mereka berkata:
“Ya Rasulullah, tolong beritahu siapa gerangan mereka itu?” Beliau
menjawab: “mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah,
dan saling bermunajad (duduk memikirkan sesuatu) Kerana Allah, dan
saling mengunjungi kerana Allah semata.” (Hadith Riwayat Nasa’I dalamSunan Al-Kubra)
Dari hadith di atas dapat kita ketahui bahwa kasih sayang yang berlandaskan
Allah adalah sebenar-benarnya kasih sayang. Bersaudara dan bercintalah kerana
Allah SWT. .Jika kita lihat zaman sekarang, sangat jarang persaudaraan dan
percintaan dilandaskan hanya kerana Allah SWT. Ketika kita bertanya mengapa
kamu mahu berteman dengan dia, maka berbagai jawapan akan muncul.
Namun, hanya sedikit yang menjawab kerana Allah SWT. Mereka telah lupa
bahawa sesungguhnya semua akan kembali kepada Allah SWT. Kita kembali
kepada kasih sayang yang dilandaskan hanya kerana Allah SWT. Kasih sayangkerana Allah SWT tebahagi kepada dua :
1. kita menyayangi orang lain dengan harapan mampu mendekatkandiri kita padaAllah SWT.
2. kita menyayangi orang lain kerana Allah cinta kepada dia.
Dua darjat itulah yang mampu menjawab pertanyaan apakah kasih sayang yang
kita sekarang berlandaskan Allah SWT atau tidak. Ingatlah bahawa semua akan
kembali kepada Allah SWT. Dialah maha penyayang, dan Dia lah yang bakal
menguatkan kasih sayang diantara kita, dan Dia juga yang akan memisahkan
kita.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 7/27
Al-Quran memberikan penegasan terhadap status Rasulullah S.A.W. sebagai
pembawa rahmat bagi sekalian alam atau alam jagat (Wama ar salna kailla
Rahmatan Lil Alamin). Jiwa hamba, peranan khalifah, al-Quran sebagai sumber
ilmu dan petunjuk akan lebih melengkapkan fitrah insaniah. Ini dengan
menjadikan Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul bagi menjadi contoh yang
mempunyai watak atau akhlak Qurani.
Bayangkan manusia yang diberikan status hamba, peranan sebagai khalifah, al-
Quran sebagai sumber ilmu dan petunjuk tanpa contoh atau qudwah untuk
diteladani atau diikuti. Pasti manusia akan meraba-raba atau hilang pedoman
untuk mencari model sebenar bagi mengamalkan apa yang Allah S.W.T.
perintahkan.
Allah S.W.T. tidak memilih gunung-ganang, batu batan, pokok atau haiwan
sebagai sumber contoh dan teladan manusia. Pada gunung-ganang, batu batan,
pokok atau haiwan tidak banyak yang boleh dicontohi oleh manusia bagi
melaksanakan peranannya sebagai hamba dan khalifah.
Pada semut dan lebah, ada sesuatu yang boleh dicontohi oleh manusia, tetapi ia
tidak lengkap seperti yang diperlukan oleh manusia. Pada pokok padi tidak
banyak yang boleh dipelajari.
Ada pepatah mengatakan supaya ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk,
menggambarkan orang yang berilmu, semakin berilmu semakin tinggi jiwa
tawaduknya. Namun, ia juga tidak cukup melengkapkan sifat manusiawi yang
diperlukan oleh manusia.
Oleh itu, pemilihan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Khalifah contoh bertepatan
kerana Baginda adalah manusia yang memiliki sifat manusiawi yang diperlukan
oleh manusia lain. Menariknya, Allah tidak memilih Muhammad sebagai rasul
tanpa memberikan tarbiah rabbaniah kepadanya. Allah S.W.T. lakukan tarbiah
rohaniah dan rabbaniah kepada Muhamad dengan terbentuk watak Qurani dan
akhlak tinggi terhadap dirinya.
Hadith Rasulullah mengukuhkan maksud kerasulan Muhammad S.A.W. : Innama
buith tu liutammima, maqarimah akhlak (tidak diutuskan aku melainkan dengan
amanah untuk menyempurnakan akhlak manusia).
Isu utama dalam risalah kenabian atau kerasulan ialah bertitik-tolak kepada
proses penyempurnaan akhlak manusia.
Dalam hidup ini, apabila manusia menolak sifat amanah, sebaliknya
menyuburkan sifat pecah amanah, ia menyebabkan akhlak menjadi rosak.
Apabila akhlaknya rosak, dirinya akan rosak dan sistem boleh menjadi rosak.
Malah, negara juga boleh menjadi rosak.
•Bayangkan jika manusia menolak sifat jujur dan ikhlas dalam melakukan
komunikasi dengan orang lain. Ia boleh menyebabkan perselisihan
hubungan dan pendapat berlaku. Ia boleh meretakkan ukhuwah dan rasa
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 8/27
persaudaraan yang amat dituntut oleh agama. Manusia yang tidak jujur
dan ikhlas ini adalah bayangan mereka yang sudah cacat akhlaknya.
•Bayangkan manusia dalam melaksanakan tanggungjawabnya berlaku
tidak adil kepada pihak lain. Ketidakadilan atau perbuatan zalim ini bukan
saja boleh merosakkan dirinya, malah manusia lain. Perbuatan zalimboleh menyebabkan pihak lain teraniaya dan menyebabkan rasa tidak
puas. Ia boleh menyebabkan perpecahan sesama manusia dan hilangnya
amanah terhadap sesuatu.
•Bayangkan sekiranya seseorang atau sesuatu kumpulan bersikap ikhlas,
jujur, amanah dan adil terhadap sesuatu, hebat sungguh jenis masyarakat
yang dapat dibangunkan. Lebih-lebih lagi, sifat yang mulia itu boleh
mengembangkan ukhuwah dan rasa percaya tinggi sesama insan.
Kekuatan pada sifat ini kerana manusia yakin kepada Allah sebagai penciptanya
dan yakin terhadap balasan Allah S.W.T. pada akhirat nanti. Ia selari dengandoa yang dibaca oleh kita ia itu Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafilakhirati
khasanah, waqina azabannar. Inilah landasan kekuatan yang menjadikan
manusia terus istiqamah atau teguh hati dengan cabaran duniawi yang amat
banyak.
Allah S.W.T. berikan rahmat dan nikmat yang amat banyak kepada manusia.
Tanpa pertimbangan nilai baik yang dikembangkan oleh Rasulullah S.A.W.,
manusia akan hilang pedoman dan akhirnya akan terpaut dengan tarikan
kebendaan dan nafsu-nafsi. Akhirnya, menjerumuskan manusia kepada
kerosakan akhlak.
•Bayangkan apabila manusia menjadikan kebendaan sebagai ukuran, nafsu-nafsi
sebagai pakaian harian, pangkat dan darjat sebagai batas perbezaan, gelar dan
status sebagai ukuran pergaulan, ia tidak akan menyumbang kepada proses
pembinaan akhlak terpuji.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
Isu hubungan manusia dengan alam sekitar fizikal bandar dalam
konteks kemerosotan ekosistem bandar memang jelas dan terbukti sejak
dahulu lagi menerusi kajian saintifik. Manusia merupakan agen pemusnah
rantaian sistem alam sekitar semulajadi yang akhirnya mencetuskan
pelbagai masalah kepada ekosistem umpamanya berlaku kematian
sungai, hakisan tanah, kejadian banjir,ancaman penyakit serta kepupusan
spesies. Dalam konteks pengurusan ekosistem, masyarakat sering
menyalahkan pihak kerajaan yang gagal menguruskan keadaan alam
sekitar bandar pada masa kini, sedangkan masalah alam sekitar bandarmerupakan peranan semua pihak untuk menguruskannya. Melalui konteks
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 9/27
pengurusan secara tradisional sememangnya kerajaan berperanan dalam
segala hal bagi menentukan arah tuju sesebuah kehidupan masyarakat,
tetapi zaman kelihatan berubah yang menunjukkan semua pihak dalam
Negara mempunyai peranan yang penting untuk membantu pemerintah.
Oleh itu, pendekatan pengurusan alam sekitar bandar merupakan pilihantepat pada masa kini bagi memperlihatkan bahawa di samping kerajaan
yang mengurus persekitaran bandar, pihak masyarakat, NGO dan swasta
juga harus memainkan peranan bersama supaya setiap perancangan
sehingga peringkat implementasi dasar melibatkan semua pihak di atas
dalam bentuk heterarki.
Manusia dipertanggungjawabkan memelihara dan mengekalkan
keindahan alam dengan cara: menjaga kebersihan persekitaran
dan tempat tinggal,laut dan sungai dengan tidak membuang sampah
atau sisa buangan di merata-rata tempat.
Kedua,tidak merosakkan ekologi alam dengan melakukan penebangan
hutan tanpa kawalan seperti melakukan kegiatan pembalakan haram.
Ketiga,mengadakan kempen kesedaran perihal pentingnya memelihara
dan memulihara alam sekitar.
Keempat,membuat perancangan pembangunan yang teliti sebelum
sesuatu projek dilaksanakan.
LARANGAN MEROSAKKAN ALAM
Allah s.w.t memberi amaran kepada mereka yang melakukan kerosakan
kepada alamsebagai mana firmanNya yang bermaksud:
“telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautdengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbuknya
yan g demikian)kerana Allah hendak merasakan mereka dengan
sebahagian daripada balasan perbuata-perbuatan yang buruk yang telah
mereka lakukan,supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”.(surah ar-
Rum:41)
Oleh itu,kita dilarang sama sekali melakukan kerosakan kepada alam.ini
kerana pebuatan merosakkan alam adalah perbuatan dibenciAllah.Mereka yang nerosakkan alam bermakna telah lupa nikmat dan
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 10/27
rahmat daripada Allah s.w.t.Selain itu,melakukan penebangan hutan dan
pembakaran secara terbuka akan merosakkan alam seperti berlaku tanah
runtuh dan boleh membawa penyakit.Dan akhirnya,keindahan alam akan
mula berkurangan,manakala kehidupan pelbagai ekosistem alam akan
musnah termasuk habitat binatang liar akan musnah.
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut
“invironment” bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu,
sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam
sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada
fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu
organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkaitdengan iklim dan cuaca
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah
geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap
aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan
aktiviti manusia
Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya
menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yangboleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah
definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya
terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta
moden yang berteraskan kepada “empirical method”.
Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika
alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti
alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh
Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya
dipraktikkan.
Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan
daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya
kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan
ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah
bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.
Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih
lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang
pasti, ini disebabkan gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagaisalah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 11/27
KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid
atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dantuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara
manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi
kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia.
Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran
alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap
dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan
bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka
manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu,
alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran
dan kekuasaan Allah.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar
kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan
kembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia
membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian
dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu
memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu
pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami
pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang
hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’, 30)
Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga
semua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya
yang bermaksud: “Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak
itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya,dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian
lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia
kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (an-Nur, 45)
Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang
hubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa
hubungan manusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait
rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama’ yang mengatakan bahawa
jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melaluibahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 12/27
al-Mubarak, 1973). Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan
kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur
bumi.
PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya
manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana
yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh
tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yangtelah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)
Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak
Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang
Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia
lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Maidah, 120). Jelas,
tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri
untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa
dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau
dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang
bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan
janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (al-
Syu’ara, 183)
Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki olehIslam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke
dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
1.Konsep Tauhid
Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang
paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan
asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada
satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja,mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 13/27
pada satu sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali,
2002)
2.Konsep Syariah
Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmupengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang
tetap. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia
dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara
praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam
dalam kegiatan mereka di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990)
3.Konsep Ilmu
Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,
ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Inikerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan
perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam
sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)
4.Konsep Khalifah
Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk
manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai
seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada
lam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin.
5.Konsep Akhlak
Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala
sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah
kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-
sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan,
bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam
menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia
berkembang seiring dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin
bertambahnya masalah-masalah yang melibatkan alam sekitar.Iklim duni
ayang semakin panas akibat pemanasan global merupakan salah satu
contoh mudah bagaimana kegagalan manusia dalam memelihara alam
sekitar. Sememangnya Islam menggalkan umatnya agar sentiasa
memajukan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan di alam ini.
Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh sehingga melampaui batasyang telah ditetapkan oleh syariat.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 14/27
Sepertimana yang telah diperjelaskan penulis sebelum ini, konsep alam
sekitar menurut Barat ternyata hanya menumpukan usaha pemeliharaan
alam sekitar berdasarkan konteks falsafah hidup mereka sahaja tanpa
disulami dengan nilai-nilai agama. Mereka beranggapan agama tiada
kaitan dengan alam sekitar. Namun ini ternyata berlainan dengan Islamdimana Islam menekankan kehidupan ini secara keseluruhan iaitu
berdasarkan hubungan manusia yang bukan sahaja terhad kepada Allah
dan manusia tetapi juga meliputi hubungan manusia dengan alam sekitar.
Ini jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah itu berhubungan di
antara satu sama lain dan saling kait mengait bagi meneruskan
kelangsungan hidup yang harmoni di dunia. Maka dalam hal ini, Islam
menekankan konsep-konsep asas dalam mengurus alam sekitar agar
sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu. Ini sepertimana
yang telah dibicarakan penulis iaitu dengan berdasarkan konsep tauhid,
syariah, ilmu, khalifah dan akhlak. Maka andai kata semua konsep ini
berjaya diasimilasikan dengan sempurna oleh setiap manusia dalam
kehidupan mereka maka akan terjaminlah alam sekitar ini daripada
kerakusan manusia itu sendiri.
Petikan kertas kerja Abu Bakar Yang, Pegawai Penyelidik, Pusat Sains dan
Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berjudul `Pendidikan
Alam Sekitar Di Malaysia dari Perspektif Islam' yang dibentangkan pada
Seminar Islam Hadhari: Kefahaman Mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar
baru-baru ini :
Masalah alam sekitar seperti pencemaran, penebangan hutan,
pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan
hilangnya keseimbangan kepada alam.
Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat pada setiap lapisan
masyarakat dunia. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parahsehingga setiap kerajaan di dunia berusaha mengambil tindakan bagi
menanganinya.
Dalam hal ini apakah pandangan Islam terhadap permasalahan alam
sekitar?
Adakah Islam mempunyai penyelesaian terhadap kemelut yang
berterusan ini atau mempunyai satu garis panduan yang boleh diikuti
dalam hubungan manusia dengan alam sekitar.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 15/27
Kebelakangan ini terdapat salah faham di kalangan umat Islam yang tidak
mendalami ilmu dan peradaban Islam dengan beranggapan bahawa
permasalahan serta isu-isu berkaitan alam sekitar adalah perkara yang
tiada hubung kait dengan ajaran Islam.
Mereka beranggapan pemuliharaan alam sekitar dan hal-hal yang
berkaitan dengannya tidak termasuk dalam ruang lingkup Islam.
Hakikat sebenarnya ialah segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan
alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu
Islam yang dasar.
Ilmu-ilmu Islam dasar tersebut ialah, kefahaman dan pendidikan alam
sekitar serta kaitannya dengan ilmu Usuluddin, etika, fikh, usul fikh
( maqasid syariah) dan ilmu al-Quran dan sunah.
Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan hal-
hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang
berada dalamnya, sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau
sebaliknya.
Semua elemen ini merupakan petunjuk yang nyata akan wujudnya Allah
Maha Pencipta.
Manusia pula memiliki peranan yang amat penting dalam memelihara dan
memulihkan alam sekitar.
Peranan manusia adalah semulia-mulia tanggungjawab yang dipikul ke
atas setiap orang Islam dan tanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada
tiga tujuan yang utama.
Tujuan pertama, mengabdikan diri kepada Allah, sebagai wakil (khalifah)
di muka bumi dan membangunkan peradaban. Ibadah ini meliputi segala
sesuatu yang diperintahkan oleh Allah baik berupa perkataan ataupun
perbuatan.
Dalam konteks ini, bentuk ibadah itu mencakupi segala aspek kehidupan.
Tujuan kedua, sebagai khalifah Allah di atas muka bumi, agar ia dapat
disempurnakan dengan baik.
Tujuan ketiga, untuk membangunkan peradaban di muka bumi, ia telah
dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran bermaksud: Dia
menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.
(Hud:61).
Pengertian yang dapat difahami sebagai pemakmurnya di sini ialahmanusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi menerusi usaha-
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 16/27
usaha seperti aktiviti pertanian, perindustrian, memperbaiki taraf hidup
serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh
merosakkannya.
Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat
berkait rapat dengan alam sekitar.
Sememangnya kod etika pemeliharaan dalam bahasan etika atau akhlak
dianggap sebagai salah satu rukun tasawuf.
Sebagaimana definisi oleh golongan tasawuf bahawa `kejujuran berserta
kebenaran, dan etika (akhlak) berserta ciptaan,' sudah pasti alam sekitar
adalah sebahagian daripada ciptaan yang dinyatakan tersebut.
Allah s.w.t juga telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
``Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-
orang yang berbuat kebaikan.'' (Surah An Nahl:128)
Berdasarkan kepada ayat di atas maka agama adalah perintah untuk
beriman dan bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama
makhluk.
Bertakwa dan melakukan kebaikan adalah landasan utama untuk
seseorang itu terus berada pada jalan atau agama Allah.
Sehubungan itu, tuntutan ini harus dilaksanakan pada setiap waktu dankeadaan serta kepada setiap makhluk yang ada di alam ini.
Dengan itu melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi
elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk
menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah.
Lanjutan itu juga terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia
memberi perhatian dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta
dengan seluruh unsur yang dikandungnya. Iaitu berbuat baik kepada
sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air, udara dan tanah.
Berbeza dengan Barat yang menganggap bahawa antara punca
menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah
bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber
alam semakin meningkat, maka al-Quran menyatakan bahawa nikmat
Allah itu tidak dapat dihitung, sumber-sumber alam itu adalah sangat
banyak dan subur.
Hanya manusia yang terpedaya dengan sikap zalim dan kufurnya kepada
nikmat Allah.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 17/27
Kezaliman dan kekufuran terhadap nikmat Allah menyebabkan
ketidakseimbangan pada alam, dan seterusnya memberikan akibat
kepada kehidupan manusia.
Memahami
Sekiranya kita membuka kitab fikh, antara perbahasan pertama yang
dinyatakan ialah yang berkaitan dengan Thaharah (perbahasan mengenai
tatacara bersuci), yang terdapat padanya pembahagian najis, cara-cara
mensucikannya serta pembahagian mengenai jenis-jenis air. Semua ini
berkaitan dengan interaksi manusia dengan alam di sekitarnya.
Islam mendidik umatnya supaya memahami bahawa pemuliharaan alam
sekitar tidak hanya dibahas dalam ilmu fikh sahaja, tetapi juga dalam usul
fikh, terutamanya dalam tujuan-tujuan syariat (maqasid syariah).
Tujuan ditegakkan syariat itu sendiri adalah untuk menjaga agama, diri
(nyawa), keturunan, akal dan harta benda.
Syariat-syariat itulah yang kemudiannya dinamakan dengan `al dharurah
al khamsa' membawa erti lima kemasaalahatan dasar yang menjadi asas
tegaknya kehidupan manusia.
Lima perkara tersebut kemudiannya dijadikan rujukan terhadap
keperluan-keperluan asas, di mana manusia tidak mampu hidup dengan
sempurna tanpa lima perkara ini.
Apabila kita melihat dengan lebih mendalam kita akan dapati bahawa hal-
hal yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pelestarian alam sekitar
terkandung dalam kelima-lima maslahat asas di atas.
Sebagai orang Islam, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk
memelihara atau membaik pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan
usaha menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa
mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu
intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai kewujudanmanusia di muka bumi ini.
Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap
adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah
yang perlu dilaksanakan.
Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi
kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi
bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah
milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntutuntuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 18/27
Oleh hal yang demikian manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai
khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak
sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan
diminta pertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.
Perbincangan mengenai ilmu syariat, bermula dengan ilmu usuluddin,
ilmu etika (akhlak) dan usul fikh, semuanya bersumberkan kepada al-
Quran yang merupakan rujukan paling utama. Ini adalah kerana segala
hukum, kaedah-kaedah yang dikeluarkan, serta kesimpulan yang dibuat
tidak akan diterima sekiranya tidak disandarkan kepada al-Quran dan
sunah.
Sesungguhnya al-Quran juga memberikan perhatian yang sangat besar
kepada alam sekitar sama ada secara langsung ataupun tidak.
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar,
sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan
dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya,
semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang
berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan
dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan
dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam
dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.
Segala-gala yang didapatinya di dunia ini berupa nikmat yang diberikanoleh Allah akan digunakannya untuk lebih mendekatkan dirinya pada
Allah. Pancaindera kita merupakan nikmat yang terbesar pada diri
manusia. Dengan mata boleh melihat warna warni kehidupan, dengan
pertuturan kemesraan terjalin, dengan pendengaran pencetus kepada
kefahaman
Sedarilah pentingnya tiga nikmat ini, tidak ada satu pun manusia yang
dijadikan Allah, yang tiada mata , pendengaran dan bisu dalam satu masa
yang sama, tetapi pasti dibukakan salah satu dari tiga ini.
Dengan matanya, keagungan dan kebesaran Allah dapat dikenal pasti.
Dengan pendengaran , kebijaksanaan Tuhan terungkai dengan pelbagai
bunyi yang terhasil. Kicauan burung, derauan angin, kilat guruh dan
pelbagainya mengindahkan lagi kebijaksanaan Tuhan. Dengan
percakapan, kehalusan seni bijaksana Tuhan terserlah dengan
pelbagainya bahasa yang dituturkan manusia. Dengan bentuk lidah yang
sama , tetapi bahasa yang dihasilkan berbeza. Cantiknya seni kehidupan
yang dijadikan Tuhan.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 19/27
Perlaksanaan
Aspek perlaksanaan adalah perintah dan larangan Allah swt,terbahagi
kepada tiga iaitu :
1. Kewajipan yang menjadi tangungjawab individu serta harusdilaksanakan di individu. Contoh, perintah-perintah yang khusus
ditujukan kepada individu terutama sekali dalam kontek hubungan
langsung seseorang hamba dengan penciptanya. Misalnya solat,
puasa dan lain-lain ibadah khusus.
2. Perintah perlaksanaannya dianjurkan supaya dilakukan
secarakolektif atau berjamaah. Seluruh perintah yang terkandung
dalam al-Quran adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Sebagaicontoh,dakwah, jihad, amar makruf nahi mungkar, dan tuntutan
fardu kifayah yang lain.
3. Perintah yang tidak mampu dilaksanakan di peringkat individu
mahupun kolektif tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan
pemerintah. Perintah ini selalunya bersangkutan dengan
perlaksanaan hokum bagi kesalahan jenayah seperti,hudud,qisas
ta’zir. Ini jelas menunjukan bahawa tangungjawab serta perananyang harus dimain oleh setiap individu muslim mahupun
masyarakat ataupun Negara adalah sama serta menggambarkan
Islam itu agama yang syumul.
PERUNDANGAN ISLAM
Pengertian perundangan islam
Perundangan islam pada bahasa ialah jalan lurus yang menunjukkan
manusia kepada kebaikan. Pada istilah ialah sesuatu yang disyariatkanoleh allah kepada hambanya daripada akidah, ibadah, akhlak, muamalah
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 20/27
dan peraturan-peraturan kehidupan untuk memberi kebahagian didunia
dan akhirat.
Ciri-ciri perundangan islam.
Perundangan islam mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya ialah:
1. Keadilan
Keadilan menurut islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.ia
merupakan matlamat penting dalam system perundanagn islam. Semua
golongan samada yang lemah atau yang kuat, yang miskin atau yang
kaya, yang berpangkat atau rakyat biasa akan mendapat keadilan
berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang sama.
2. Tidak menyusahkan
Ia bererti perundangan islam tidak membebankan manusia. Semua orang
mampu dan berkeupayaan melakukan sesuatu suruhan mahupun
meninggalkan sesuatu larangan. Dalam suruhan allah s.w.t terdapat
kelonggaran pada waktu atau keadaan tertentu seperti dibenarkan
rukhsah dalam ibadah solat, puasa, haji, dan lain-lain mengikut
kemampuan manusia. Setiap larangan allah pula adalah bertujuan untuk
menjauhkan manusia daripada kemudaratan disamping menguji
keimanan. Apabila dalam keadaan darurat manusia diberi kelonggaran
sekadar yang diperlukan dalam perkara-perkara yang diharamkan.
3. Sedikit tanggungjawab.
Syariaat yang dipertanggugjawabkan kepada munusia tidaklah terlalu
banyak sehingga membebankan kehidupan manusia, tetapi hanya untuk
memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh suasana kehidupan manusia
seharian. Ia didapati dalam bentuk perintah, larangan ataupun pilihan.
Bebanannya adalah sedikit, bersifat biasa dan mampu ditanggung oleh
manusia seperti beban bekerja mencari rezeki , bebanan berpuassa pada
bulan ramadhan dan sebagainya. Jika diteliti kewajipan manusia terhadap
allah, ia sudah pasti mampu dilakukan kerana solat hanya lima waktu
sehari semalam, puasa hanya sebulan dalam setahun, zakat hanya
diwajibkan apabila cukup nasab dan haji diwajibkan kepada yang
berkemampuan dan sekali seumur hidup.
4. Beransur-ansur ( رش ئف د )
Al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Ini menunjukkan perinsip perundangan islam
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 21/27
mempunyai ciri beransur-ansur. Penurunan dan penguatkuasaan undang-
undang islam secara beransur-ansur akan memberi peluang kepada
manusia memahami, mengamalkan serta menghayatinya. Contohnya,
pengharaman minum arak. Peringkat pertama Allah s.w.t menyatakan
arak adalah perkara mungkar. Peringkat kedua allah melarang umat islammeminum arak ketika hendak menunaikan solat. Peringkat ketiga, barulah
allah mengharamkan arak secara menyeluruh.
5. Menyeluruh( ش)
Undang-undang islam adalah langkah dan mencakupi seluruh kehidupan
manusia. Ia merangkumi aspek-aspek akidah, ibadah, munakahat,
muamalah dan jenayah. Ia juga sesuai pada setiap masa, tempat dan
keadaan tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Dalam perundangan
islam terdapat konsep sebat yang tidak boleh berubah seperti hudud danqisas. Terdapat juga konsep murunah (anjal) iaitu perlanksaan harus
dilihat pada kesesuian dengan maslahah ummah.
Rumusan peru ndangan islam .
Perundangan islam boleh menjamin kesejahteraan hidup manusia didunia
dan di akhirat. Ia mengambil kira keperluan dan kemaslahatan manusia,
sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan. ummat islam mesti yakin
sepenuhnya dengan perundangan islam serta merialisasikan dalam
kehidupan seharian.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 22/27
SYARIAT DAN PEMBANGUNAN UMMAH
Apakah itu syariat?
syariat Islam adalah ajaran Islam yang membicarakan amal manusia baik
sebagai makluk ciptaan Allah maupun hamba Allah. Terkait dengan
susunan tertib Syari'at, Al Quran Surat Al Ahzab ayat 36 mengajarkan
bahwa sekiranya Allah dan RasulNya sudah memutuskan suatu perkara,
maka umat Islam tidak diperkenankan mengambil ketentuan lain.
Pengertian Syari’at bisa disebut syir’ah. Artinya secara bahasa adalah
sumber air mengalir yang didatangi manusia atau binatang untuk minum.
Perkataan “syara’a fiil maa’i” artinya datang ke sumber air mengalir ataudatang pada syari’ah. Kemudian kata tersebut digunakan untuk
pengertian hukum-hukum Allah yang diturunkan untuk manusia.
Sedangkan arti Syari’at menurut istilah adalah “maa anzalahullahu li
‘ibaadihi minal ahkaami ‘alaa lisaani rusulihil kiraami liyukhrijan naasa
min dayaajiirizh zhalaami ilan nuril bi idznihi wa yahdiyahum ilash
shiraathil mustaqiimi.” Artinya, hukum-hukum (peraturan) yang
diturunkan Allah swt. melalui rasul-rasulNya yang mulia, untuk manusia,
agar mereka keluar dari kegelapan ke dalam terang, dan mendapatkan
petunjuk ke jalan yang lurus.
Jika ditambah kata “Islam” di belakangnya, sehingga menjadi frase
Syari’at Islam (asy-syari’atul islaamiyatu),berarti Syari’at Islam adalah
hukum-hukum peraturan-peraturan yang diturunkan Allah swt. untuk
umat manusia melalui Nabi Muhammad saw. baik berupa Al-Qur’an
maupun Sunnah Nabi yang berwujud perkataan, perbuatan, dan
ketetapan, atau pengesahan.
Oleh sebab itu secara implisit dapat dipahami bahwa jika terdapat suatu
perkara yang Allah dan RasulNya belum menetapkan ketentuannya maka
umat Islam dapat menentukan sendiri ketetapannya itu. Pemahaman
makna ini didukung oleh ayat dalam Surat Al Maidah QS 5:101 yang
menyatakan bahwa hal-hal yang tidak dijelaskan ketentuannya sudah
dimaafkan Allah.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 23/27
Pembangunan Ummah
Kekuatan dalam segenap bidang perlu dimioliki dan dikuasai oleh umat
Islam untuk menghadapi cabaran terutamanya dalam era globalisasi.
Kekuatan itu bukan sekadar bersifat fizikal dan mental,tetapi perlu diiringi
dengan kekukuhan jati diri. Oleh itu, agama perlu dijadikan teras atau satu
daripada komponen utama pembangunan. Ia perlu mewarnai dan menjadi
dasar kepada setiap pembangunan yang dilaksanakan.
Ini kerana sekiranya peraturan dan nmilai-nilai keagamaan diketepikan
daripada arus perdana perencanaan pembangunan,ia mewujudkan ruang
kosong ke atas nilai,adab,akhlak dan etika. Pengabaian itu akhirnya
membenarkan tindakan “matlamat menghalalkan cara”. Apa sahaja ada
baik atau pun sanggup dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Perbuatan itu jika menjadi amalan akan mewujudkan masyarakat yang
rosak dan kacau-bilau.
Dalam hubungan ini, kerajaan mengambil pendekatan bijaksana iaitu
melaksanakan pembangunan secara seimbang iaitu memenuhituntutan
didunia dan diakhirat. Pendekatan ini bukan sahaja untuk menjamin umatIslam di Negara ini mantap dari segi kerohaniannya,malah mampu hidup
selesa dan disegani penganut agama lain kerana pencapaian mereka
dalam setiap sapek kehidupan, selagi ia tidak menyalahi hukum Allah.
Sedar atau tidak, kita harus megakui usaha itu dilakukan bersungguh-
sungguh dan berterusan sehingga Malaysia diangkat sebagai Negara
Islam contoh, bukan sahaja kerana usahanya memantapkan pengangan
akidah umat Islam,mengukuhkan keiman dan menyuburkanamalan
mereka melalui gerakan kerohanian,malah aspek pembangunan lain
seperti undang-undang,ekonomi dan pendidikan, yang juga diteraskan
kepada Islam.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 24/27
Aspek-aspek pembangunan ummah:
1. Aspek pendidikan:
Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui pendidikan. Melalui ilmu
pengetahuan sesebuah Negara dapat dibangunkan,begitu juga dalam
sektor ekonomi. Oleh yang demikian,aspek pendidikan amat penting.
2. Aspek pembangunan sumber manusia:
Aspek ini penting dalam melahirkan kumpulan yang mempunyai daya
saing dan kemahiran tinggi dalam usaha menghasilkan produk berkualiti.
3. Aspek ekonomi:
Aspek ini umat islam perlu kuat penguasaan ekonominya kerana hanya
dengan cara itu, mereka berupaya menyumbang lebih besar untuk
membantu saudara seislam lain yang kurang bernasib baik.
4. Aspek prasarana rakyat
Prasarana yang dinikmati rakyat sekarang jauh lebih baik jika
dibandingkan dengan tahun . tahun di awal kemardekaan. Inimembuktikan keprihatian kerajaan memenuhi tuntutan rakyat yang
terhasil daripada kemakmuran ekonomi Negara. Kemudan- kemudahan
seperti bekalan air dan elektrik, perkhidmatan kesihatan, pembinaan
masjid dan surau , pembanggunan sekolah , universiti serta institute
pendidikan yang lain. Pembanggunan prasarana ini menepati tuntutan
agama yang mahukan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak
menderita.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 25/27
5. Aspek sains dan teknologi
Penguasaan sains dan teknologi menjadikan ummat islam lebih dihormati
dan mengurangkan pergantungan mereka pada pihak luar. Ummat islam
tidak boleh ketinggalan seperti dalam bidang persenjataan dan
bioteknologi. Sebagai khaira ummah, satu perencanaan khusus perlu
dilaksanakan demi melahirkan golongan ahli sains yang boleh mengkaji
dan boleh membuat penemuan-penemuan cemerlang serta dibanggakan
oleh masyarakat islam khasnya dan seluruh dunia amnya, sebagaimana
tokoh di zaman silam seperti ibnu sina dalm bidang perubatan dan
alkhawarizmi dalam bidang astronomi dan fizik. Kekuatan dan pencapaian
yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi akan menjadikan kita umat
yang disegani serta mampu untuk lebih berdikari.
6. Aspek teknologi maklumat dan komunikasi
Dalam rangka membangun teknologi maklumat dan komunikasi kita juga
haruslah menjadikan diri serta masyarakat sebagai model bagi manusia
yang lain dalam menghadapi tuntutan zaman. Usaha ini bukan sekadar
membangun prasarana dan keupayaan teknikal semata-mata tetapi turut
merangkumi pembanggunan sumber manusia dalam bidang berkaitan.
Dengan kemampuan menguasai ICT, ummat islam dapat bersaing dengan
lebih kompetatif.
7. Aspek keluarga dan sosial
Pada ketika yang sama, institusi keluarga dan social perlu dibangunkan
kerana ia adalah asas kepada pembentukan ummat islam yang
beketerampilan, kaya dengan nilai-nilai murni , luhur serta tinggi jati
dirinya. Keluarga adalah institusi yang memainkan peranan penting
kerana ia adalah institusi pertama menentukan corak sesebuah
masyarakat. Kejayaan membangunkan keluarga juga adalah penentu
kepada sesebuat pembentukan sebuah Negara itu sendiri. Oleh itu ibu
bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
kerana mereka mencorakkan sama ada seseorang itu menjadi insan
cemerlang dari segi akhlak dan sebagainya.
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 26/27
Tahap-tahap pembangunan ummah:
Pembangunan fizikal
Merujuk kepada tahap kesihatan tubuh badan manusia. Syariat Islam
menekankan kepada permakanan yang halal dan berkualiti. Selain itu,ibadah khusus dan umum juga menyumbang kepada kesihatan tubuh
badan seperti pergerakan dalam solat,kawalan dalam pernafasan dalam
bacaan al-Quran serta berpuasa.
Pembangunan kognitif
Proses perkembangan dari aspek pengetahuan dan keupayaan untuk
membuat persepsi berfikir,memahami dan menggunakan kemahiran
dalam menjalani kehidupan. Perkara yang berkaitan ialah menunut ilmudan berfikir. Ayat al-Quran dan hadis banyak menjelaskan tentang
kepentingan menuntut ilmu. Sebagai contoh, ayat al-Quran yang pertama
iaitu dari surah al-A'laq diturunkan menggesa umat Islam supaya
membaca untuk mendapat ilmu.
Pembangunan emosi
Merupakan pembangunan perasaan yang ditunjukkan melalui hubungan
sesama manusia dan makhluk seluruhnya. Emosi juga sumber
keseronokan dan kesedihan yang berupaya mempengaruhi
perkembangan moral seseorang individu.
Pembangunan sosial
membawa maksud proses perkembangan di daalm hubungan antara
manusia dan alam sekeliling. Syriat Islam telah mengatur tatacara untuk
menjalinkan hubungan sesama manusia. Contohnya adab-adab pergaulandi dalam keluarga, jiran dan masyarakat sekitar. Syariat Islam juga
menuntut supaya berkasih sayang,hormat menghormati,tolong menolong.
Pembangunan kerohanian
Pembangunan kerohanian merupakan proses untuk melahirkn jiwa yang
bertakwa. Fungsi akal akan pincang sekiranya jiwa tidak bertakwa.
Secara keseluruhannya,pembangunan ini adalah asas kepada semua
pembangunan. Setiap individu akan menempuh semua demensipembangunan sepanjang hidup. Setiap pembangunan berpandukan
7/11/2019 Assignment Ctu
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-ctu-55a74ec765dcf 27/27
ajaran Syariat Islam.
Kesimpulan
Sebagai konklusinya, merupakan satu perundangan yang lengkap, adil
dan menyaluruh serta merangkumi dari segala aspek yang berkaitan
dengan manusia sejagat. Syariat Islam yang bersifat rabbani ini
sesmestinya mampu menegakkan keadilan dalam menyeimbangkan
keperluan dan kepentigan manusia. Kepatuhan dan ketaatan kepada
Syariat Islam akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Rujukan syariah
1.Penerbit,ketua penerangan penyelidikan negeri johor, pejabat negeri besar
johor, aras bawah bangunnan sultan Ibrahim, bukit timbalan 80502 johor bharu.
Penyunting khairul azmi mohammad dan faizal fadhil. Isbn 983-2298-02-4.
“Konsep pembanggunan ummah dalam islam perspektif Malaysia”. Ms 1-26
2.Mohammad saleh hj ahmad . edisi dan cetakan pertama ogos 1999, isbn 983-
2026-14-1. Penerbit, pustaka hj abdul majid . no 47 jalan e2/10 . taman ehsan ,
kepong 52100 kuala lumpur. Dicetak warni sdn,bhd.” Pengantar syariat islam “.1-
29.
3.Alsyahid sayyid qutb.sayyid abul a`la al maududi. Terjemahan –hafiz
Muhammad uthman –sallahudin Abdullah – abd rahman rukaini dari buku
fudemental oh islam, dirasat al islamiyah. Al-mustaqbal li hadza al din. Cetakan
terbaru 2001. Isbn 967-99958-1-x. diterbit oleh dewan pustaka fajar. 18 jalan
keda kepang 11/2c 40100 shah alam , Selangor. “ manhaj hidup muslim” ms
114=126
4.Prinsip-prinsip asas islam CTU 101
5.http://www.sentra-edukasi.com/2010/04/pengertian-syariat-islam.html
Recommended