Penulisan Unsur Serapan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1. SISTEM EJAANPENULISAN UNSUR SERAPANPensyarah:Puan Rodzita binti YahyaDisediakan oleh:HafizawatibintiTiwas @ JamaluddinDayangku Nurul AkmalbintiAwang Mustapha

2. PENGENALAN Bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa bahasa asing akibat pertembungan budayadaripada interaksi masyarakat Melayu denganmasyarakat asing melalui perdagangan,penyebaran agama dan ilmu, hubungan diplomatik,dan penjajahan. 3. KATA SERAPANBAHASA NUSANTARA Secara umumnya, kita dapat membahagikan unsur unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan,mengikut bahasa asal imbuhan tersebut. Tigakumpulan ini ialah: Imbuhan daripada Sanskrit Imbuhan daripada Arab Parsi Imbuhan daripada Yunani Latin Inggeris 4. IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua: Awalan: maha- , tata- , pra- , swa- , tuna- , eka- , dwi-tri- , panca- Akhiran: -wan, -man, -wati, -nita 5. AWALAN MAHA- Awalan ini berfungsi melahirkan bentuk kataadjektif dan kata nama, dan membawa pengertianpaling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung.Contohnya, Maha- + guru = mahaguru Maha- + raja = maharaja 6. Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripadajenis maha- dan kata adjektif dieja berasingan.Perkataan maha dalam binaan ini tidak bertarafimbuhan tetapi satu perkataan yang utuh.Contohnya: Maha + mulia = maha mulia Maha + besar = maha besar 7. AWALAN TATA- Bentuk awalan ini digunakan khusus untukmenerbitkan kata nama, yang membawapengertian suatu susunan atau peraturan.Contohnya: Tata- + tertib = tatatertib Tata- + kerja = tatakerja 8. AWALAN PRA- Awalan pra- ialah awalan yang produktif yangmenerbitkan kata nama untuk membawapengertian sebelum atau syarat kepada sesuatuyang mengikutinya. Contohnya: Pra- + siswazah = prasiswazah Pra- + sejarah = prasejarah 9. AWALAN SWA- Digunakan untuk menerbitkan kata nama yangmemberi makna sendiri. Awalan ini mempunyaipotensi untuk menjadi awalan yang produktif,walaupun dewasa ini penggunaannya masih agakterbatas. Contohnya: Swa- + daya = swadaya (kekuatan sendiri) Swa- + asta = swasta (berdiri sendiri) 10. AWALAN EKA- , DWI- , TRI- , PANCA- Bentuk bentuk di atas ialah bentuk imbuhan yangmenerbitkan kata nama untuk membawapengertian bilangan, iaitu eka- (satu), dwi- (dua), tri-(tiga), dan panca- (lima). Contohnya: Eka- + nada = ekanada (satu nada) Dwi- + fungsi = dwifungsi (dua fungsi) Tri- + bulan = tribulan (tiga bulan) Panca- + indera = pancaindera (lima deria) 11. AWALAN PASCA- Awalan ini ialah bentuk imbuhan yang menerbitkankata nama untuk membawa pengertian sesudah.Contohnya: Pasca- + siswazah = pascasiswazah Pasca- + merdeka = pascamerdeka 12. AKHIRAN -WAN, -MAN Penggunaan kedua dua akhiran wan dan man akan menerbitkan kata nama yang membawapengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaanatau tugas; atau pemilik sesuatu sifat ataukeupayaan. Kedua dua akhiran ini hanyalah bersifat kelainan,iaitu man digunakan bagi bentuk kata dasar yangberakhir dengan huruf i, manakala wan digunakanuntuk bentuk kata dasar yang berakhir denganhuruf a. Contohnya: Seni + man = seniman (pelaku) Harta + wan = hartawan (pemilik) 13. AKHIRAN -WATI, -NITA Kedua dua akhiran ini digunakan sebagai usahamenimbulkan padanan kepada akhiran -man dan-wan. Tujuannya untuk menimbulkan kategorijantina iaitu man dan wan bagi lelaki, dan watidan nita bagi wanita. Namun, penggunaannya bukan sahaja tidak tekal(contohnya: seniman merujuk lelaki, tetapi jelitawantidak pula merujuk lelaki), bahkan amat tidakproduktif. Sedikit contoh yang dapat diberikan ialah: Seni + -wati = seniwati Biduan + -nita = biduanita 14. IMBUHAN DARIPADA ARAB - PARSI Sebagai bahasa rasmi Islam, bahasa Arab telahmendapat tempat dalam kalangan orang Melayu,dan hal ini memudahkan proses asimilasi unsurbahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Penyerapan unsur imbuhan Arab Parsi ke dalambahasa Melayu amat terbatas. Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripadabahasa Arab Parsi iaitu: Awalan Akhiran 15. IMBUHAN AWALAN ARAB - PARSI Hanya terdapat satu imbuhan awalan iaitu bi- yangberasal daripada bahasa Parsi Awalan ini bererti tidak dan digunakan untukmenerbitkan bentuk kata adjektif, tetapipenggunaannya amatlah terbatas. Contohnya: Bi- + lazim = bilazim (tidak lazim) Bi- + adab = biadab (tidak beradab) 16. IMBUHAN AKHIRAN ARAB - PARSI Terdapat enam imbuhan akhiran daripada bahasaArab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu,iaitu -wi -i -iah -in -at -ah 17. AKHIRAN -WI, -I Akhiran ini digunakan secara terbatas untukmenimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikansifat yang terkandung dalam kata dasar. Kedua dua akhiran ini bersifat kelainan, danpenggunaannya ditentukan oleh huruf akhir katadasar, iaitu -wi digunakan apabila kata dasarberakhir dengan vokal, dan sebaliknya -i digunakanapabila kata dasar berakhir dengan konsonan.Contohnya: Dunia + -wi = duniawi Bahar + -i = bahari (molek) 18. AKHIRAN -IAH Digunakan bagi membentuk kata adjektif yangmembawa makna sifat atau ciri yang terkandungdalam kata dasar. Contohnya: Lahir + -iah = lahiriah Ilmu + -iah = ilmiah 19. AKHIRAN IN, -AT, -AH Bentuk bentuk kata bahasa Arab sepertimukminin / mukminat, mulimin / muslimat, dansultan / sultanah yang mengandungi akhiran -in, -at, dan -ah bagi menunjukkan kata nama lelaki danperempuan. Beberapa contoh lain yang terdapatdalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Hadir + -in = hadirin Munafik + -at = munafikat Qari + -ah = qariah 20. IMBUHAN DARIPADA YUNANI LATIN INGGERIS Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masukke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasaYunani Latin Inggeris. Hanya beberapa imbuhan yang menjadi unsurserapan dalam bahasa Melayu iaitu: Pro- Anti- Mono- Poli- Auto- Supra- 21. AWALAN PRO- Digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju,memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak. Contohperkataan: Pro- + barat = probarat Pro- + kerajaan = prokerajaan 22. AWALAN ANTI- Awalan anti- berlawanan dengan pro-, digunakanuntuk menunjukkan tanda melawan, membantah,menentang, atau tidak bersetuju dengan sesuatupihak. Contoh perkataan: Anti- + penjajah = antipenjajah Anti- + sosial = antisosial 23. AWALAN POLI- Awalan poli- memberi pengertian banyak. Contohperkataan: Poli- + fasa = polifasa Poli- + cakera = policakera 24. AWALAN AUTO- Awalan auto- memberi pengertian secarabersendirian. Contoh perkataan: Auto- + carta = autocarta Auto- + nomi = autonomi 25. AWALAN SUB- Awalan sub- memberi pengertian sebahagiandaripada keseluruhan. Contoh perkataan: Sub- + kelas = subkelas Sub- + kategori = subkategori 26. AWALAN SUPRA- Awalan supra- membari pengertian melebihi,mengatasi, atau merentasi. Contoh perkataan: Supra- + segmen = suprasegmen Supra- + kelas = suprakelas 27. AKHIRAN Bentuk bentuk akhiran daripada bahasa Yunani Latin Inggeris belum lagi terserap sebagaiimbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Sebahagian besar bentuk ini wujud dalamperkataan yang dipinjam secara keseluruhan kedalam bahasa Melayu. Antara contohnya ialah: -isme -ik -al -is 28. Akhiran Contoh perkataan-ismeNasionalismeIdealisme-ikFonetikSaintifik-siPotensiRevolusi-alKritikalPraktikal-isEkonomisSistematisPragmatis 29. KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS Bahasa Inggeris merupakan unsur bahasapinjaman yang dominan dan kekal hingga kini. Kata kata pinjaman bahasa Inggerismenggunakan prinsip pengekalan ejaan yangmelibatkan kemunculan ciri bunyi asal dalamsistem ejaan bahasa Melayu. Buku Pedoman Umum Pembentukan IstilahBahasa Melayu (DBP, 1992) menggabungkan duakumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaannya,iaitu: Kata asing yang belum sepenuhnya terserap Kata asing yang sepenuhnya terserap 30. KATA ASING YANG BELUM SEPENUHNYATERSERAP Terdapat segelintir kata asing yang belumsepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayukerana: Ketiadaan padanannya yang sesuai Keinginan mengekalkan bentuk asal atas dasar sifatkeantarabangsaan penggunaannya. Perkataan demikian dieja dan disebut seperti katausulnya. Contohnya: Landrover Protein Diesel 31. KATA ASING YANG SEPENUHNYA TERSERAP Kata asing yang sepenuhnya terserap dari segisebutan dan ejaannya, umumnya dieja denganmengutamakan bentuk tampaknya. Penulisan kata pinjaman itu dibuat sama adamengikut pengekalan atau perubahan abjad 32. i. Abjad a tetap arace - rasabstract - abstrakoctave - oktafii. Abjad ae jika tidak bervariasi dengan e tetap aeaerial - aerialaerograph - aerografaerobe - aerobiii. Abjad ae jika bervariasi dengan e menjadi eaesthetics - estetikaheamatite - hematit 33. iv. Abjad ai tetap aiaileron - aileroncaisson - kaisonv. Abjad ao tetap aoaorta - aortapaolo - paolovi. Abjad au tetap auautomatic - automatikauditorium - auditorium 34. vii. Abjad c di hadapan a, u, o, dan konsonanmenjadi kcarbon - karbonclassic - klasikviii. Abjad c di muka e, i, oe dan y menjadi scent - sencylinder - silinderix. Abjad cc di muka o, u, dan konsonan menjadi kaccure - akruaccomodation - akomodasi 35. x. Abjad cc di muka e dan i menjadi ksaccent - aksenvaccin - vaksinxi. Abjad ch, cch (yang diucapkan k) di muka e, o,dan konsonan menjadi kcharisma - karismacholera - koleratechnique - teknikxii. Abjad ch (yang diucapkan s) menjadi schiffon - sifonmachine - mesin 36. xiii. Abjad e tetap eeffective - efektiffrequency - frekuensisystem - sistemxiv. Abjad ea tetap eabearing - bearinggear - gearxv. Abjad ea (yang diucapkan i) menjadi igrease - grisbeaker - bikar 37. xvi. Abjad ee menjadi ijeep - jipbeer - birxvii. Abjad ei tetap eiprotein - proteinphenolpthalein - fenolftaleinxviii. Abjad eo tetap eostereo - stereogeometry - geometrixix. Abjad eu tetap euneutral - neutralneutron - neutron 38. xx. Abjad f tetap ffactor - faktorfaculty - fakultixxi. Abjad g tetap ggeology - geologitragedy - tragedixxii. Abjad i tetap isyphilis - sifilistextile - tekstil 39. xxiii. Abjad ia tetap iadialect - dialekdiaphysis - diafisisxxiv. Abjad ie tetap ietieceron - tieseronxxv. Abjad ie di akhir kata menjadi icalorie - kaloribogie - bogixxvi. Abjad ie di akhir kata ekasuku menjadi aipie - pai 40. xxvii. Abjad io tetap ioion - ionstudio - studioxxviii.Abjad iu tetap iupremium - premiumstadium - stadiumxxix. Abjad ng tetap ngcongress - kongreslinguistics - linguistikxxx. Abjad o tetap osector - sektorthrombosis - trombosis 41. xxxi. Abjad oa menjadi ocardboard - kadbodcoat - kotxxxii. Abjad oe menjadi eoestrogen - estrogenfoetus - fetusxxxiii.Abjad oi tetap oialkaloid - alkaloidduboidine - duboidinxxxiv.Abjad oo menjadi umonsoon - monsuncartoon - kartun 42. xxxv. Abjad oo (vokal ganda) tetap oozoology - zoologizoo - zooxxxvi.Abjad ou yang dilafazkan [u] atau [e] menjadi ujournal - jurnalserious - seriuscoupon - kuponxxxvii.Abjad ph yang menjadi fphoneme - fonemphosphorus - fosforusxxxviii.Abjad q menjadi kaquarium - akuariumfrequency - frekuensi 43. xxxix.Abjad rh menjadi rrhetoric - retorikrhythm - ritmaxl. Abjad sc di hadapan a, o , oo dan konsonanmenjadi skscandium - skadiumscore - skorxli. Abjad sc di hadapan e, i, menjadi sscience - sainsabscissa - absisa 44. xlii. Abjad sch menjadi skscheme - skimscholastic - skolastikxliv. Abjad th menjadi ttheater - teatertheory - teorixlv. Abjad u tetap uunit - unituniversity - universitistructure - struktur 45. xlvi. Abjad ua tetap uadualism - dualismequatum - kuantumxlvii. Abjad ue tetap ueduet - duetxlviii. Abjad ue di akhir kata menjadi uglue - glutissue - tisuxlix. Abjad ue pada akhir kata ekasuku menjadi iucue - kiu 46. l. Abjad ue pada akhir kata (selepas q atau gdigugurkan)catalogue - katalogdialogue - dialogli. Abjad ui tetap uiannuity - anuiticonduit - konduitlii. Abjad uo tetap uofluorescein - fluoreseinquota - kuotaliii. Abjad uu menjadi ucontimuun - kontinumvacuum - vakum 47. liv. Abjad v tetap vnovel - novelvitamin - vitaminlv. Abjad x pada awal kata tetap xxenon - xenonlvi. Abjad x pada kedudukan lain dalam kata menjadi kslatex - lateksextra - ekstralvii. Abjad y yang hadir bukan di awal kata menjadi iphysiology - fisiologipsychology - psikologi 48. lviii. Abjad z tetap zozone - ozonzenith - zenitlix. Konsonan ganda jadi konsonan tunggal, kecualiapabila mengelirukanassimilation - asimilasiferrum - ferumContoh kecualian ialah media massalx. Huruf e yang biasanya dilafazkan pepet dalam sukukata akhir dikekalkancylinder - silindercounter - kaunterlxi. Abjad ce menjadi sscience - sainsambulance - ambulans 49. SEKIAN TERIMA KASIH