Text of Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN BAHASA D IS E D
IA K A N O L E H , M O H A M A D YA Z ID B IN M O H A M A D P 7 3 6
8 4 S A R J A N A P E N D ID IK A N B A H A S A M E L AY U U K
M
2. Faktor-faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa Kematangan
fisiologikal Persekitaran / Sosial Kognitif Kendiri Motivasi 2
3. KEMATANGAN FISIOLOGIKAL 3
4. Faktor kematangan fisiologikal merujuk kepada kematangan
fungsi-fungsi otak yang sempurna. Individu yang mengalami
kecederaan pada sel-sel otak akan terjejas pemerolehan bahasanya.
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan.
(matang & kurang matang) Perkembangan yang berlaku pada satu
tahap juga akan mempengaruhi tahap seterusnya. Ibu bapa perlu
mengetahui tahap perkembangan kanak- kanak untuk menyediakan
persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan
dan kesediaan anak mereka. 4
5. Bahagian-bahagian otak yang berperanan penting dalam proses
pemerolehan bahasa ialah kawasan broca dan kawasan wernickle.
Kawasan broca terletak di tengah hemisfera cerebral kiri iaitu
tempat pertemuan antara frontal, parietal dan temporal lobes.
Kawasan ini juga merupakan bahagian otak yang bertangungjawab
terhadap pembentukan urutan bahasa. 5
6. Kecederaan pada kawasan ini boleh mengakibatkan masalah
artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek atau tanpa tatabahasa
serta kesilapan dalam ejaan. Masalah yang lazim berlaku ialah
bahasa ekspresif iaitu pertuturan atau penulisan terjejas.(Brocas
Aphasia). Kawasan wernicke pula terletak di bahagian belakang
hemisfera cerebral kiri dalam temporal lobe. Kawasan ini merupakan
bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap kefahaman bahasa.
6
7. Kecederaan di kawasan ini menjejaskan pemahaman bahasa iaitu
bahasa reseptif (Wernickles Aphasia). Kecederaan di kawasan
wernickle boleh menyebabkan individu menghasilkan sebutan atau yang
panjang dan bertatabahasa tetapi kurang membawa maksud seperti kata
nama dan kata kerja. Kecederaan serius pada kedua-dua kawasan otak
ini akan mengakibatkan masalah bahasa yang teruk sama ada bahasa
reseptif mahupun bahasa ekspresif (Global Aphasia) 7
8. PERSEKITARAN / SOSIAL Faktor-faktor persekitaran merangkumi
keluarga dan sekolah yang mempengaruhi pemerolehan bahasa. Keluarga
merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan
dasar bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat.
8
9. Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap perkembangan
pembelajaran anak berupa fisik dan sosial psikologis. Lingkungan
fisik dalam keluarga adalah keadaan rumah, tempat belajar,
prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah.
9
10. Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu
anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering
mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini
dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik.
10
11. Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi
perkembangan belajar kanak- kanak (kanak-kanak mendapatkan
pengetahuan lebih banyak di sekolah berbanding dengan keluarga).
Keadaan belajar di sekolah akan mempengaruhi pemerolehan bahasa
kanak-kanak. Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak
sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa
yang selesa dan baik. 11
12. KOGNITIF Perkembangan otak yang tidak sempurna akan
menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang
lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang
memuaskan. Hal ini biasanya disebabkan kelahiran yang tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang
amat sukar. 12
13. Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan
bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia
dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis
sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan
kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku
mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan
contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu
(Vygotsky, 1978). 13
14. Menurut aliran ini, dapat membuktikan bahawa apabila
seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk
mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya.
Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan
menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya.
14
15. KENDIRI 15 PERIBADI POSITIF Kanak-kanak lebih mempunyai
keyakinan diri dalammenonjolkan diri dalam sesuatu aktiviti di
dalam atau di luar sekolah kanak-kanak dihargai dan mendapat pujian
terhadap perkarayang dilakukan , ini dapat memberi keyakinan dalam
dirikanak-kanak. Kanak-kanak akan bersifat terbuka iaitu bersedia
menerimapendapat orang lain dan bertimbang rasa
16. PERIBADI NEGATIF Mempunyai pandangan negatif atau rendah
diri terhadap diriiaitu kurang keyakinan diri Tidak suka menerima
pendapat orang lain dan suka menyinggung perasaan orang lain
Mementingkan diri sendiri dan suka menyalahkan orang lain. Selalu
bersifat murung,tidak ceria dan bermasam muka. 16
17. Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku
organisma yang berterusan untuk menjalankan aktiviti yang
dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud
kerana tegangan fisiologi ( keperluan minuman) atau psikologi, (
penghargaan) adalah menuju ke arah pencapaian sesuatu matlamat.
Apabila merasa dahaga iaitu memerlukan minuman anda bermotivasi
(terdorong) untuk berusaha mencari minuman. Tingkah laku anda (
iaitu berusaha mencari minuman) mempunyai suatu matlamat, iaitu
untuk memenuhi keperluan dahaga. Insentif atau kepuasan yang anda
peroleh kerana usaha itu ialah minuman. Setelah pencapaian matlamat
motivasi organisma itu akan berkurangan. Secara amnya, motivasi
melibatkan tiga keadaan iaitu:- (i) Motivasi mewujudkan sesuatu
situasi. (ii) Situasi mewujudkan sesuatu tingkah laku (iii) Tingkah
laku itu menuju ke sesuatu matlamat 17
18. Motivasi- Motivasi adalah untuk menginspirasikanseseorang
untuk bekerja secara individu ataupun,sesuatu yang terbaik (N.
Malik 2010). Motivasi Pembelajaran- motivasi pembelajaran ini
merujuk kepada perkara yang memdorong kepada seseorang pelajar
ituuntuk melalui proses pembelajaran Minat/ Instrinstik- Minat
adalah sesuatu yang disukai olehseseorang. Menurut Noraini Omar
(2008)minat adalah seseuatu an diminati olehseseorang yang
berbentuk positif. 18
19. Perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku
seseorang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi iaitu keinginan
(drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat
(goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri
(self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity),
kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations),
dan berbagai lagi. Motivasi juga dirangsang oleh dua aspek iaitu
motif dan insentif. Insentif ialah galakan yang mendesak seorang
individu supaya bertindak untuk mendapat ganjaran. Manakala motif
ialah unsur yang lebih penting daripada insentif untuk merangsang
murid dalam pembelajaran. Motif yang berasal daripada dalaman
seorang dapat menggerakkan individu untuk mencapai pembelajaran
sempurna. 19
20. MOTIVASI INSTRINSIK (DALAMAN) otivasi intrinsik (dalaman)
melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.
Melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan
melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Bertujuan
untuk keperluan penghargaan kendiri. Dorongan dalaman ialah
kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu
sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati. 20
21. Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada
rangsangan dalaman. Terdiri daripada dorongan dan minat individu
bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta
ganjaran. Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan
naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang
baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik
diwujudkan secara semula jadi. Motivasi intrinsik dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya,
tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan
motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan
pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi
kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Deci
(1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka
berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. 21
22. MOTIVASI EKSTRINSIK (LUARAN) Motivasi ekstrinsik berbentuk
ganjaran yang jelas dan nyata seperti memberi markah, gred,
agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan dan
sebagainya yang diberi untuk sesuatu pencapaian prestasi yang baik.
Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggerakkan orang untuk
melakukan sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah kepadanya.
Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan
tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang
membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang
dalam bentuk- bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan
membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi
mendorongkan pelajar belajar. 22
23. Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan
dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa
pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka
sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman
ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia
sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh
guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman
ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal
dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru juga menggunakan sindiran,
kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua
jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu,
peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan. 23