16
PENGENALAN William James (1842 1910), kerap dirujuk sebagai bapa psikologi Amerika, pernah mengatakan, „Sebilangan besar orang fikir mereka berfikir tetapi mereka sebenarnya menyusun semula prasangka mereka.‰ Menurut beliau, hakikat jika terdapat aktiviti mental dalam fikiran individu tidak bermakna mereka berfikir. Di dalam buku yang bertajuk You Were Born Rich, Bob Proctor telah menulis, „Berfikir adalah fungsi tertinggi yang mampu dilakukan oleh manusia.‰ Beliau menambah ramai orang menghubung cara berfikir kepada aktiviti minda mudah seperti aktiviti mengimbau kenangan lampau, memainkan wayang lama dan mengingati peristiwa lampau. Jelas, ini bukan apa yang dipaparkan oleh kerja seni ulung Rodin. Kita semua berfikir secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan. Antara sebab utama ramai orang tidak menyelami proses pemikiran mereka kerana ia memerlukan kita untuk bersifat menerima di samping dicabar untuk pemikiran dengan lebih lanjut. Ini adalah sebab mengapa hanya segelintir orang T T o o p p i i k k 5 5 Kemahiran Berfikir HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan pemikiran; 2. Menerangkan corak pemikiran yang berbeza; 3. Mengenal pasti elemen penting di antara pemikir baik dan lemah; 4. Menerangkan kepentingan berfikir; 5. Membandingkan kedua fasa dalam proses berfikir; dan 6. Menerangkan fungsi dan peranan otak kiri dan kanan.

20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� PENGENALAN

William James (1842 � 1910), kerap dirujuk sebagai bapa psikologi Amerika, pernah mengatakan, „Sebilangan besar orang fikir mereka berfikir tetapi mereka sebenarnya menyusun semula prasangka mereka.‰ Menurut beliau, hakikat jika terdapat aktiviti mental dalam fikiran individu tidak bermakna mereka berfikir. Di dalam buku yang bertajuk You Were Born Rich, Bob Proctor telah menulis, „Berfikir adalah fungsi tertinggi yang mampu dilakukan oleh manusia.‰ Beliau menambah ramai orang menghubung cara berfikir kepada aktiviti minda mudah seperti aktiviti mengimbau kenangan lampau, memainkan wayang lama dan mengingati peristiwa lampau. Jelas, ini bukan apa yang dipaparkan oleh kerja seni ulung Rodin. Kita semua berfikir secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan. Antara sebab utama ramai orang tidak menyelami proses pemikiran mereka kerana ia memerlukan kita untuk bersifat menerima di samping dicabar untuk pemikiran dengan lebih lanjut. Ini adalah sebab mengapa hanya segelintir orang

TTooppiikk

55

� Kemahiran Berfikir

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan pemikiran;

2. Menerangkan corak pemikiran yang berbeza;

3. Mengenal pasti elemen penting di antara pemikir baik dan lemah;

4. Menerangkan kepentingan berfikir;

5. Membandingkan kedua fasa dalam proses berfikir; dan

6. Menerangkan fungsi dan peranan otak kiri dan kanan.

Page 2: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 106

sebenarnya berfikir. Edison pernah menyatakan, „Tiada manfaat di mana manusia akan pergi untuk mengelakkan kerja berfikir sebenar‰ dan menurut Emerson, tugasan paling sukar dilakukan di dunia ialah berfikir. Salah satu sebab utama kenapa orang tidak berfikir lebih atau dengan mendalam adalah disebabkan mereka terlalu sibuk dengan perkara lain dan mereka tiada masa untuk melahirkan, memikir dengan mendalam dan mempertimbangkan. Manusia hari ini sudah terbiasa dihibur dan dimomokkan dengan terlalu banyak informasi menyebabkan mereka ketiadaan masa untuk merefleksi mahupun mengimbas cebisan pemikiran mereka.

Berfikir adalah satu proses semula jadi. Kita biasa diingatkan oleh orang yang berkuasa untuk berfikir dan „menggunakan akal‰ sedangkan apa sebenarnya yang perlu kita tahu adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara mendalam serta kemahiran berfikir secara reflektif. Memandangkan individu hari ini sudah terbiasa dengan jawapan mudah dan jalan penyelesaian yang siap sedia untuk diguna pakai sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah sukar dan kompleks. Oleh itu, masalah-masalah ini sebenarnya memerlukan kita memupuk pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di peringkat permukaan. Perlu difahami bahawa nilai pembacaan paling berharga bukanlah informasi yang diperolehi tetapi apa sebenarnya yang kita fikirkan dan bagaimana kita memproses informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan bacaan sangat mustahak untuk diambil kira. Seseorang perlu memahami bahawa objektif utama membaca bukanlah untuk memenuhkan minda dengan informasi tetapi untuk merangsang minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca perlu berhenti seketika dari masa ke semasa untuk merenung dan membuat refleksi tentang apa yang telah dibaca. Ini akan merangsang proses berfikir serta berupaya mengaplikasi apa yang dibaca ke dalam kehidupan seharian. Kejelasan adalah kuasa dan ia lahir daripada berfikir. Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu berfikir dengan mendalam tentang pilihan dan arah kehidupan mereka. Masa adalah sumber paling berharga yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu adalah jumlah keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya

„Jarang kita jumpa manusia secara sukarela menumpu dalam berfikir dengan mendalam. Seolah terdapat pencarian sejagat untuk jawapan mudah dan penyelesaian tidak lengkap. Tiada apa yang memberi kesengsaraan kepada seseorang lebih daripada keperluan untuk berfikir.‰

(Martin Luther King)

Page 3: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 107

amat berharga melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam dan konstruktif.

DEFINISI BERFIKIR

Rajah 5.1: Aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah

Sumber: http://www.sonic.net Berfikir telah didefinisikan oleh Ruggiero, V. R. (2008) sebagai aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di bawah kuasa atau kawalan kita. Ini boleh difahami bila melihat senario orang yang duduk di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta yang mana pemanduan hanya dilakukan apabila tangan berada pada stering untuk mengawal pergerakan kereta. Oleh itu, aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

5.1

„Aktiviti mental perlu bersebab, terarah dan terkawal serta perlu dilaksanakan secara sedar sebelum ia boleh dianggap sebagai berfikir.‰ Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Untuk menjawab persoalan ini, tanya diri sendiri sama ada aktiviti mental boleh bersifat bertujuan, terarah dan terkawal dan dalam masa yang sama dilakukan secara separa sedar.

SEMAK KENDIRI 5.1

Page 4: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 108

Ada banyak tujuan berfikir sama seperti mengembara. Kerap kali kita berada dalam situasi pemanduan melalui jalan berpanorama menarik tanpa sebarang destinasi tertentu dalam minda. Begitu juga, kita mungkin mengembara dalam keadaan berbeza dengan tahap kompetensi berbeza. Sama ada kita mengembara dalam keadaan yang terang mahupun gelap, laju atau perlahan, haluan yang betul atau salah, asalkan minda kita sedang memandu arah, kita berfikir. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa berfikir itu hanya berlaku di dalam keadaan sedar. Bukti telah menunjukkan bahawa berfikir dalam keadaan separa sedar mahupun tidak sedar berupaya menghasilkan keputusan yang amat baik. Seperti mana ramai antara kita lalui, pemikiran konstruktif dan idea adakalanya datang apabila kita melakukan sesuatu yang tidak berkenaan dengan persoalan yang sedang dikaji. Adakala kita berhadapan masalah tetapi memilih untuk tidak menyelesaikannya pada ketika itu lalu disimpan dua tiga hari walaupun gambaran umum penyelesaiannya telah ada. Kemudian di suatu pagi yang permai tatkala berjalan atau berjoging tiba-tiba dengan tidak semena-mena timbul jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ini adalah contoh kepada pemikiran separa sedar. Menurut satu kajian, keputusan yang dibuat mengikut gerak hati akan melalui otak. Pemikiran separa sedar adalah keputusan yang mengikut gerak hati di mana ia bergantung kepada pengalaman lampau dan isyarat luaran. Walau bagaimanapun, tindakan refleks bersifat pantas dan dilakukan tanpa berfikir. Ia melibatkan isyarat yang memintas otak dan dilaksanakan pada tahap tidak sedar. Ruggierio, V. R. (2008) telah mendefinisikan berfikir secara formal sebagai, „sebarang aktiviti mental yang membantu memformulasi atau menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk memahami.‰

Pertimbangkan definisi formal berfikir dalam perenggan yang lalu. Bagaimana definisi ini berbeza dengan definisi bahawa berfikir adalah, „aktiviti mental bersebab di mana kita mempunyai kuasa untuk mengawal‰? Terangkan.

SEMAK KENDIRI 5.2

Page 5: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 109

Antara aktiviti mental penting yang termasuk dalam proses berfikir termasuklah:

(a) Penelitian cermat;

(b) Mengingati;

(c) Mengelamun;

(d) Bertanya;

(e) Menggambarkan;

(f) Menilai;

(g) Menimbang; dan

(h) Mentafsir. Dalam penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan, kombinasi aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan di atas diperlukan. Apabila berhadapan dengan pelbagai masalah, kita biasa bertanya pada diri sendiri dan menganalisa secara terperinci situasi tersebut sebelum membuat keputusan atau kesimpulan. Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menjelaskan sifat semula jadi berfikir. Pandangan paling popular (buat masa kini dianggap sebagai tidak penting) menganggap berfikir sepenuhnya sebagai lisan. Teori ini menyarankan individu menyusun atur perkataan dalam minda atau secara senyap berbisik pada diri sendiri apabila berfikir. Walau bagaimanapun, jika ini benar, Albert Einstein tidak boleh diambil kira sebagai seorang pemikir memandangkan pemikirannya kebanyakannya merangkumi gambaran berbanding perkataan. Ramai intelektual terkini percaya pemikiran yang berlaku di minda individu selalunya berbentuk lisan, walaupun ia tidak semestinya sedemikian. Pakar-pakar merasakan sama seperti idea boleh diluahkan dengan simbol-simbol matematik atau gambar rajah selain daripada perkataan, individu juga boleh melahirkan pemikiran dalam cara yang sama.

Rajah 5.2: Albert Einstein

Sumber: http://www.widelec.org

Page 6: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 110

Albert Einstein (1879-1955), (Rajah 5.2) adalah ahli fizik Amerika berketurunan Jerman yang mereka cipta teori umum dan khusus berkenaan relativiti dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. Beliau menyatakan, „imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan terhad kepada apa yang kita tahu dan faham manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia serta segala apa yang ingin diketahui dan difahami.‰

KEPENTINGAN BERFIKIR

Untuk menganalisa sesuatu masalah atau isu dengan jayanya seseorang perlukan fakta (termasuk mengetahui konteks sejarah permasalahan atau pun isu) dan pemahaman terhadap prinsip dan konsep berkaitan. Fakta adalah sesuatu yang telah sedia maklum. Dalam kebanyakan kes, jalan penyelesaian bukan sahaja tidak diketahui oleh individu yang berhadapan dengan masalah malah ia suatu yang baru dan direka bentuk secara spesifik bagi menangani sesuatu isu. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa mempunyai fakta tidak semestinya membolehkan seseorang itu dijamin berupaya menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kebanyakan daripada kita menganggap diri sendiri sebagai „ensaiklopedia bergerak‰ tetapi apabila tiba masanya, mungkin kita tidak berupaya menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Untuk menjadi seorang penyelesai masalah yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai kedua-dua fakta dan kemahiran berfikir yang baik. Kepentingan mempunyai keupayaan berfikir dengan baik hanya akan dihargai apabila seseorang itu berhadapan dengan pelbagai situasi kehidupan di mana keadaan-keadaan tersebut memerlukan kemahiran seperti menganalisa, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang tepat. Sebagai contoh, ini termasuk menentukan dan menilai aspek-aspek seperti:

(a) Ijazah apa yang hendak dipelajari di universiti;

(b) Bagaimana hendak melabur dengan bijak;

(c) Bagaimana hendak mengendalikan anak-anak dalam situasi tertentu;

(d) Bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar;

(e) Apa yang perlu dilakukan apabila ibu bapa kita tidak boleh menjaga diri mereka sendiri; dan

(f) Calon politik mana yang hendak diundi dalam pilihan raya. Dewasa ini, individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah, analisa isu dan pembuatan keputusan mempunyai peluang lebih baik dalam

5.2

Page 7: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 111

sektor pekerjaan dan mereka ini dianggap sebagai aset di dalam organisasi di mana mereka bekerja. Di masa lampau, kebanyakan proses berfikir dilakukan oleh eksekutif dan pekerja lain hanya perlu melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun, sekarang pekerja dengan kuasa berfikir yang berkeupayaan menjana idea bagi penambah baikan organisasi amat dihargai oleh majikan. Hal ini terjadi disebabkan oleh tiga perkembangan berikut:

� Ledakan ilmu;

� Teknologi komunikasi; dan

� Peningkatan ekonomi global.

(a) LLedakan Ilmu Peningkatan dalam dapatan kajian telah meningkatkan jumlah informasi yang ada sekarang dalam semua bidang menjadikan amat sukar bagi mana-mana individu hanya mahir dalam satu disiplin.

(b) TTeknologi Komunikasi Begitu juga dalam bidang komunikasi, teknologi berkembang begitu pesat dalam masa kurang dua dekad setelah terciptanya komputer peribadi yang mana beribu-ribu produk perisian dan perkakasan telah dilancarkan dalam pasaran. Pertumbuhan organisasi seperti Microsoft, Intel, Dell and beberapa „dot.coms‰ telah membawa ketidakstabilan kepada banyak syarikat termasuk syarikat-syarikat yang telah mantap dan berjaya. Dalam era ini, individu yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang bagus akan bertahan serta kurang berisiko menjadi mangsa dibuang kerja apabila syarikat mengecil. Walau pun dibuang kerja, mereka ini mampu mencari pekerjaan lain.

(c) PPeningkatan EEkonomi GGlobal Banyak perubahan telah membawa kepada perkembangan ekonomi global. Ini termasuk transmisi satelit siaran televisyen, peningkatan persaingan bisnes daripada pelbagai negara, pembukaan negara bekas Soviet untuk berdagang dan acara menandatangani perjanjian perdagangan baru seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian Umum untuk Tarif dan Perdagangan (GATT). Bagi memenuhi cabaran dan mengambil peluang yang ditawarkan oleh ekonomi global, amat mustahak mempunyai ramai pakar dalam pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna individu yang mempunyai kemahiran tersebut adalah lebih dikehendaki berbanding sebaliknya.

Page 8: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 112

MENINGKATKAN KUASA BERFIKIR

Merujuk kepada proses pemikiran, minda manusia ada dua fasa iaitu fasa pengeluaran dan fasa pertimbangan (Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Proses berfikir dalam minda manusia mempunyai dua fasa berbeza

Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran dalam semua bidang bersesuaian dengan setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke depan dan ke belakang di antara fasa-fasa tersebut.

5.3.1 Fasa Pengeluaran

Fasa pengeluaran ini berhubung rapat dengan pemikiran kreatif. Pada tahap ini, minda menjana berbagai konsepsi masalah, pelbagai kaedah mengendalikannya dan kemungkinan penyelesaian. Secara ringkas, fasa ini merujuk kepada berfikir di luar kotak. Dipercayai pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea yang lebih baik berbanding dengan pemikir yang lemah. Ini adalah kerana pemikir yang baik lebih bersifat inovatif yang membolehkan mereka melahirkan lebih banyak idea. Tambahan pula pemikir baik cenderung untuk melihat masalah daripada pelbagai

5.3

1. Nyatakan definisi formal berfikir.

2. Senaraikan aktiviti mental yang termasuk dalam proses berfikir.

3. Terangkan kepentingan proses berfikir.

4. Adakah anda bersetuju dengan Einstein yang menyatakan „imaginasi adalah lebih penting berbanding pengetahuan‰? Kenapa?

AKTIVITI 5.1

Page 9: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 113

sudut berbeza sebelum memilih satu dan mempertimbangkan banyak pendekatan berbeza bagi satu masalah. Mereka mampu menjana banyak idea sebelum membuat keputusan. Lebih baik lagi, mereka lebih bersedia untuk mengambil risiko intelektual, lebih bersifat berani dan imaginatif. Sebaliknya, pemikir lemah hanya melihat sesuatu masalah daripada arah terhad dan dengan gelojoh menerima pendekatan pertama yang minda mereka jangka sebagai penyelesaian, melakukan pertimbangan yang tergesa dan jarang-jarang memikirkan lebih banyak idea. Pada kebanyakan masa, mereka membuat keputusan seperti yang dijangkakan.

5.3.2 Fasa Pertimbangan

Fasa pertimbangan lebih berhubung rapat dengan pemikiran kreatif iaitu minda mengkaji dan menilai apa yang telah dijana, membuat keputusan dan di mana perlu melakukan pengubah suaian. Dalam fasa ini, pemikir yang baik sangat berhati-hati dan bersifat analitikal. Mereka menilai tanggapan pertama, membuat perbezaan penting dan menyokong kesimpulan berdasarkan fakta berbanding emosi dan perasaan. Memandangkan mereka menyedari limitasi dan kekangan, mereka menyemak semula logik pemikiran dan kebolehgunaan penyelesaian mereka. Mereka memurnikan idea dengan mengenal pasti sebarang komplikasi dan ketidaksempurnaan serta menjangkakan sebarang respon negatif yang timbul daripada keputusan mereka. Sebaliknya, pemikir yang lemah dikenali sebagai pembuat pertimbangan yang sangat cepat tanpa berfikir secara kritikal serta bersandarkan emosi dan perasaan berbanding bukti dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak sedar limitasi dan kekangan. Justeru itu, membentuk kebarangkalian yang mana berlakunya kelemahan dalam proses pemikiran mereka. Semua pemikir mempunyai kekeliruan, kekangan mental dan kegagalan masing-masing. Walau bagaimanapun, pemikir yang baik telah membentuk kepakaran dalam berhadapan dengan kekecewaan sedangkan pemikir yang lemah mempunyai tabiat terlalu memikirkan situasi dan membenarkan kegagalan menjadikan mereka berasa tidak upaya dan tidak cekap.

Page 10: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 114

Jadual 5.1 menyenaraikan pelbagai perbezaan yang diperhatikan di antara pemikir baik dan lemah.

Jadual 5.1: Ciri-ciri Pemikir Baik dan Lemah

Pemikir Baik Pemikir lemah

Mengkaji sesuatu masalah secara menyeluruh dan melaksanakan rancangan konstruktif bagi menyelesaikannya.

Tidak pasti bagaimana hendak mendekati masalah.

Aplikasi pengetahuan mereka dalam menyelesaikan masalah sewajarnya.

Mempunyai tanggapan bahawa pengetahuan mereka tidak memadai.

Mengkaji dengan bersifat reflektif dan mendalam di mana perlu.

Terlalu yakin idea asal betul.

Menyelesaikan masalah secara sistematik dan analitikal.

Berpindah dari satu peringkat masalah kepada peringkat lain tanpa pemikiran dan perancangan yang menyeluruh.

Mempunyai kepercayaan dan keyakinan kepada kuasa penaakulan mereka dan tahap keyakinan.

Tiada keyakinan terhadap kuasa penaakulan dan kurang yakin.

Bertekad dan fokus sepanjang tempoh penyelesaian masalah.

Kurang sikap serius dan mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan sambil lewa.

Menyemak semula matlamat bila perlu. Tidak menyemak semula matlamat.

Terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan hasil.

Tidak memikirkan jalan alternatif kepada penyelesaian.

Kebanyakan orang mempercayai pemikir yang baik dilahirkan berbanding dicipta. Walau bagaimanapun, ini tidak sepenuhnya betul bersandarkan beberapa alasan.

Adakah anda tahu... Pemikir yang baik bersedia untuk berfikir dan mungkin mendapati berfikir suatu yang menyeronokkan. Mereka boleh melakukan pencarian apabila perlu dan menggantung pertimbangan. Mereka menghargai sifat rasional, mempercayai bahawa berfikir berguna dalam usaha menyelesaikan masalah, mencapai keputusan dan membuat pertimbangan. Sebaliknya, pemikir yang lemah perlu kepastian, menghindari berfikir dan perlu mencapai penamatan dengan cepat dan bergantung penuh dengan gerak hati.

Adaptasi daripada Kjos, B. (1995)

Page 11: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 115

Kerap kali, kita berjumpa orang yang mempunyai keupayaan berfikir lebih baik daripada orang lain. Namun, individu boleh memperbaiki keupayaan berfikir mereka dalam satu tempoh masa. Berfikir secara efektif adalah kemahiran yang mana semua orang boleh bentuk secara progresif dengan bimbingan dan latihan yang sesuai. Untuk menjadi seorang pemikir yang baik, anda tidak perlu mempunyai IQ yang tinggi. Malah, telah dibuktikan oleh E. Paul Torrance bahawa 70% daripada orang yang kreatif mempunyai nilai IQ lebih rendah daripada 135 (dirujuk dalam Mackall, D. D., 1998).

Orang yang cuba untuk meningkatkan kemahiran berfikir berhadapan masalah mengubah cara lama dan set minda mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang individu mempunyai keinginan mendalam untuk memperbaiki diri sendiri dan tidak sabar-sabar hendak mengaplikasi pengetahuan yang sudah diperolehi, berfikir menjadi menarik dan boleh dicapai. Kita perlu sedar bahawa tiada yang mustahil dalam kehidupan.

Adakah anda menyokong pernyataan, „Pemikir yang baik dilahirkan berbanding dicipta‰? Jelaskan perbincangan anda.

AKTIVITI 5.2

1. Kenal pasti dua fasa yang terlibat dalam proses berfikir. Berikan contoh aktiviti yang terdapat dalam setiap fasa.

2. Banding dan bezakan ciri-ciri pemikir baik dan pemikir lemah dalam kedua-dua fasa yang melibatkan proses berfikir.

AKTIVITI 5.3

Page 12: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 116

PERANAN DAN FUNGSI OTAK KANAN DAN KIRI

Rajah 5.4: Hemisfera kanan dan kiri pada otak manusia

Sumber: http://creativitymeansbusiness.com Kajian otak yang dilakukan oleh saintis perubatan mendedahkan bahawa struktur otak lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan. Penemuan pertama adalah apabila seorang pakar bedah neuro mula merawat pesakit sawan menggunakan kaedah baru. Dalam rawatan tersebut, beliau telah memotong korpus kallosum iaitu saraf utama yang menghubungkan kedua-dua hemisfera pada korteks sereberal bagi mengurangkan simptom penyakit. Pemisahan kedua-dua hemisfera penting kerana ia membenarkan saintis mengkaji peranan yang dimainkan oleh kedua-dua hemisfera kiri dan kanan (Rajah 5.4).

Saintis neuro percaya hemisfera kanan terlibat dalam proses pembelajaran dan mengawal tindak balas tanpa lisan, simbolik dan gerak hati. Sebaliknya, hemisfera kiri mengawal bahasa, alasan logik, kuasa analitikal dan keupayaan tugasan bersifat urutan (Rajah 5.5). Hal ini telah membawa kepada idea bahawa wujudnya individu „otak kanan‰ dan individu „otak kiri.‰ Sehingga kini, data yang diperolehi menyarankan tiada seorang individu yang hanya menggunakan satu bahagian otak pada satu-satu

5.4

Layari laman sesawang dan cari sebanyak mana maklumat berkenaan dengan anatomi otak manusia. Bincangkan penemuan anda dengan rakan sekelas.

AKTIVITI 5.4

Page 13: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 117

masa dan kehadiran korpus kallosum meneguhkan bukti bahawa terdapat integrasi signifikan di antara kedua-dua hemisfera ini.

Rajah 5.5: Penerimaan secara umum fungsi dominan hemisfera kanan termasuk ciri khayalan dan gerak hati, sebaliknya hemisfera kiri berhubung kemahiran analitikal dan

organisasi Sumber: http://theswash.com

Saintis perubatan percaya kedua-dua belah otak berupaya menaakul sesuatu masalah tetapi dengan menggunakan strategi berbeza yang mana satu bahagian mungkin lebih dominan daripada yang satu lagi. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal, manakala otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global. Pengguna otak kiri, yang juga dikenali sebagai successive processor, cenderung mempelajari secara langkah demi langkah menurut urutan bermula dengan perincian dan berakhir dengan pemahaman konseptual kemahiran. Sebalinya, pengguna otak kanan (simultaneous processor), cenderung memahirkan kemahiran bermula dengan konsep umum dan bergerak ke arah perincian.

Pertimbangkan aktiviti berikut (sukan, hobi dan sebagainya) yang anda gemar lakukan. Senaraikan proses berfikir yang perlu bagi anda untuk melakukan aktiviti tersebut. Daripada situ, teroka bahagian mana otak yang bersifat lebih dominan. (Untuk pengesahan jawapan, cuba kuiz di laman sesawang di alamat berikut: http://web-us.com/brain/braindominance.htm)

AKTIVITI 5.5

Page 14: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 118

� Berfikir adalah aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di

bawah kuasa atau kawalan kita. Bukti menunjukkan berfikir boleh dilakukan dalam keadaan minda separa sedar dan tanpa sedar.

� Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menerangkan sifat semula jadi berfikir dan pandangan paling popular dewasa ini yang dianggap tidak penting adalah berfikir sepenuhnya bersifat lisan.

� Kepentingan berfikir hanya dihargai apabila seseorang berhadapan dengan situasi kehidupan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran seperti menganalisa, menyelesai masalah dan membuat keputusan yang betul.

� Proses berfikir mempunyai dua fasa yang berbeza: pengeluaran dan pertimbangan.

� Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran semua pendekatan bersesuaian terhadap setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke hadapan dan ke belakang di antaranya.

� Keseluruhannya, pemikir yang baik telah mahir bagaimana untuk berhadapan dengan kehampaan mereka sedangkan pemikir yang lemah bersedih dengan situasi mereka dan membenarkan kegagalan membuatkan mereka merasa tidak berupaya.

� Saintis perubatan mempercayai bahawa kedua-dua belah bahagian otak boleh menaakul masalah tetapi dengan melaksanakan strategi yang berbeza, satu bahagian mungkin lebih dominan berbanding bahagian satu lagi.

� Dalam menyelesaikan masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal dan otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global.

1. Nyatakan fungsi hemisfera kanan dan kiri otak manusia.

2. Banding dan bezakan pendekatan yang diguna pakai oleh otak kanan dan kiri dalam menyelesaikan masalah.

3. Adakah anda pengguna otak kanan atau kiri?

AKTIVITI 5.6

Page 15: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR � 119

Fakta ilmu

Fasa pengeluaran

Fasa pertimbangan

Fasa tersendiri

Gerak hati

Halangan mental

Korpus kallosum

Ledakan ilmu

Pemikir baik

Pemikir lemah

Pemikiran kreatif

Saintis neuro

Separa sedar

Serebral

Successive processor (pemeroses berurutan)

Simultaneous processor (pemeroses serentak)

Teknologi komunikasi

Tidak sedar

Tingkah laku refleks

1. Analisa pernyataan berikut dan tentukan sama ada ia wajar dan sekiranya

wajar, ia sampai ke tahap mana. Terangkan pemikiran anda secara mendalam.

„Keputusan terkini peperiksaan kebangsaan menunjukkan 75% daripada pelajar sekolah menengah di Amerika berada di bawah paras purata dalam keupayaan membaca mereka.‰

2. Baca dialog berikut dengan baik. Kemudian tentukan sama ada apa yang

tercatat (atau yang dimaksudkan) masuk akal. Terangkan penaakulan anda secara mendalam.

John Adakah anda rasakan kelompok massa mempunyai sebarang

kuasa besar di Amerika Syarikat sekarang?

Bill Itu bergantung kepada kelompok apa yang diambil kira dalam „kelompok massa.‰ Adakah anda akan memasukkan golongan profesional � doktor, peguam, guru...?

John Guru? Gaji mereka tidak besar.

Page 16: 20140414111156 topik 5 kemahiran berfikir

� TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR 120

Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International

Examinations (Paperback). De Bono, E. (2005). Thinking course. Revised Edition (Hardcover). Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional

and personal life. Kindle Edition. James, W. (1980). Principles of Psychology. New York: Holt. Kjos, B. (1995). Brave New Schools. Harvest House Publishers. King, M. L. (2011). Brainy Quote. Thinking Quotes. Retrieved from

http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/thinking.html. Macall, D. D. (1988). Problem solving (2nd ed.). Ferguson Publishing. Paul, R. W., & Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your

professional and personal life. US: Pearson Education, Inc. Proctor, B. (1997). You Were Born Rich. Life Success Productions. Ruggiero, V. R. (2008). The art of thinking: A guide to critical and creative

thought (9th. ed.). Essex, United Kingdom: Longman Publishing Group.