KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN
DIPLOMA IN BUSINESS STUDIESACCOUNTING (DAC3)
ACADEMIC 2007/08
AEMS2022 HUBUNGAN ETNIK
TAJUK : PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI BOLEH DIKATAKAN MASIH
BELUM MANTAP DAN TERDEDAH KEPADA KETEGANGAN PADA
BILA-BILA MASA. BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MEMANTAPKAN HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA.
NAMA AHLI-AHLI : NOMBOR PENDAFTARAN :
1) LAU (07WBD00215)
2) TAN (07WBD00300)
3) MAK (07WBD00391)
- 1 -
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 3
2. PENDAHULUAN 4-5
3. ISI-ISI
~ Latar belakang Malaysia 6-7
~ Kesan-kesan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan Kg. Medan 12 Mac 2001 8-9
~ Langkah-langkah untuk memantapkan hubungan kaum 10-20
4. KESIMPULAN 21
5. LAMPIRAN 22-26
6. BIBLIOGRAFI 27
- 2 -
PENGHARGAAN
Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Hubungan Etnik
kami, serta rakan-rakan kami yang telah banyak memberi bantuan maklumat, tunjuk ajar
dan galakan serta kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan kerja kursus kami. Jasa-
jasa dan bantuan-bantuan mereka amatlah kami hargai dan diingati buat selama-lamanya.
Sekian terima kasih.
- 3 -
PENDAHULUAN
Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara. Pentadbiran dan
pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan licin tanpa perpaduan. Tanpa
perpaduan juga, sesebuah negara akan mudah terdedah kepada berbagai-bagai ancaman
dari dalam dan luar negara yang mungkin sukar untuk diatasi. Pencerobohan dari luar
atau rusuhan-rusuhan dalam negara sendiri menjadi sukar untuk ditangani jika tidak
wujud perpaduan dalam negara berkenaan. Apabila perpaduan tidak wujud atau berada
pada tahap yang rendah terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang kaum,
pertelingkahan antara rakyat akan sering berlaku. Hal ini akan membawa kepada
kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta keruntuhan sesebuah negara.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia sering terdedah kepada
ancaman perbalahan antara kaum. Jika perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk
berbilang kaum di negara ini tidak dipupuk, ini mungkin akan mencetuskan semula
rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Masyarakat Malaysia yang bersatu
padu adalah diperlukan sekiranya negara ini ingin terus membangun dan rakyatnya hidup
dalam keadaan aman, damai dan makmur. Perpaduan penting kerana hanya melalui
perpaduan sahaja sesebuah negara itu dapat mencapai pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi yang tinggi seperti yang sedang dialami oleh Malaysia sekarang. Perpaduan
juga akan menjamin kejayaan ekonomi itu dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada
masa-masa akan datang. Ini akan meninggikan lagi taraf hidup rakyat sambil
mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara.
Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan
menerusi perkongsian identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan. Menanam perasaan
kebangsaan serta identiti dan nilai bersama ini boleh dicapai melalui dua cara iaitu secara
langsung dan secara tidak langsung. Cara tidak langsung dapat dicapai melalui program
- 4 -
dan strategi pembangunan negara yang bertujuan mencapai perpaduan pada tahap
wilayah, ekonomi, politik, pendidikan serta sosial dan kebudayaan. Matlamat atau
strategi serampang dua mata yang terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru dan cabaran-
cabaran yang dikemukakan dalam Wawasan 2020 adalah bertujuan untuk mencapai
perpaduan ini. Secara langsung pula, perpaduan dapat dicapai apabila rakyat menerima
dan patuh kepada ideologi kebangsaan iaitu ‘Rukun Negara’. Rukun Negara adalah hasil
penyatuan pemikiran ahli-ahli cerdik pandai dan pemimpin-pemimpin negara yang ingin
melihat rakyat negara ini peka kepada keperluan bagi mewujudkan negara bangsa yang
bukan sahaja mempunyai identiti sendiri, tetapi juga pegangan yang sama. Rukun Negara
adalah satu ideologi kebangsaan, satu susunan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat yang
mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek
kehidupan bernegara seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik, dan
perundangan.
- 5 -
ISI-ISI
LATAR BELAKANG MALAYSIA
Negara ini menjadi sebuah negara berbilang kaum selepas kedatangan penjajah
Inggeris. Walaupun masyarakat berbilang kaum telahpun wujud sejak zaman
kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15, tetapi kehadiran kaum-kaum
lain pada masa itu hanyalah sebagai pedagang-pedagang. Kehadiran kaum lain ketika itu
adalah bersifat sementara. Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang
diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah
menggalakkan kemasukan tenaga buruh dan peniaga dari China, India dan Indonesia
untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar. Dengan demikian, populasi
pendatang telah meningkat dengan pesatnya. Pada tahun 1960-an, lebih sedikit daripada
penduduk negara ini iaitu Malaya pada ketika itu adalah terdiri daripada kaum Melayu,
lebih kurang satu pertiga kaum Cina, satu per sepuluh kaum India dan bakinya terdiri
daripada kaum-kaum lain. Di bawah dasar ‘Pecah Dan Perintah’ kerajaan kolonial,
ketiga-tiga kumpulan kaum ini dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaaan.
Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian, sementara
kebanyakan orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Kaum
India pula tinggal dan bekerja di estet-estet dan yang berada pula tinggal di bandar dan
terlibat dalam perniagaan. Mereka juga dipisahkan dari segi pendidikan. Ketiga-tiga
kaum ini mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau
kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehingga negara ini mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perbezaan dan pengasingan antara tiga golongan kaum ini diperkukuhkan lagi
oleh dasar pemisahan pemerintahan Inggeris yang menyebabkan kewujudan perasaan
- 6 -
saling tidak mempercayai dan curiga-mencurigai antara satu sama lain. Perasaan ini telah
mencetuskan rusuhan antara golongan kaum ini pada tahun 1946, tetapi ini dapat
ditenteramkan dalam masa yang singkat. Apabila kemerdekaaan dicapai pada tahun 1957
dengan penubuhan Persekutuan Malaya, dan tahun 1963 dengan pembentukan
Persekutuan Malaysia, perasaan ini bukan sahaja masih wujud dan terpendam, tetapi
menjadi lebih serius. Orang-orang Melayu mendapati mereka tertinggal jauh di belakang
daripada segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan berbanding orang-orang Cina yang
lebih kaya kerana menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi umumnya.
Sementara itu, masyarakat Cina dan India pula merasa bimbang tentang syarat-syarat
kerakyatan yang ketat. Tetapi segala kebimbangan dan syak wasangka ini dipendamkan
buat sementara waktu untuk mencapai kemerdekaan bagi negeri-negeri Tanah Melayu.
Walaupun begitu, perasaan ini tidak dapat terus dipendamkan lagi. Setahun sebelum
Malaya merdeka pada tahun 1957, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa
perayaan menyambut pemberian taraf bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang
sama turut berlaku di Pangkor pada tahun 1960, di Bukit Mertajam pada tahun 1966 dan
di Pulau Pinang sekali lagi pada tahun 1967. Kebanyakan pergaduhan kaum yang berlaku
itu adalah secara kecil-kecilan dan dapat diatasi dengan pantas oleh pemerintah. Namun
peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan kaum yang kukuh masih belum
wujud. Tetapi kekacauan perkauman ini tidak serius ketika itu, maka usaha-usaha dan
dasar-dasar yang tegas untuk menyatupadukan ketiga-tiga kaum ini tidak ditekankan.
Langkah dan usaha yang serius hanya dimulakan setelah berlakunya satu rusuhan kaum
yang serius dan mengerikan negara iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang
menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Usaha pemerintah yang
paling jelas ialah pembentukan ideologi kebangsaan yang dinamakan ‘Rukun Negara’.
- 7 -
KESAN-KESAN PERISTIWA RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
DAN KAMPUNG MEDAN 12 MAC 2001
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan Kampung Medan 12 Mac 2001 jika
dilihat dari satu aspek, sememangnya banyak memberikan kesan-kesan negatif terhadap
negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain, ini sebenarnya banyak
memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah
kita kini dapat hidup dan membentuk sebuah negara Malaysia yang harmoni, aman dan
damai sehingga menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang
kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman dan makmur.
Kesan-kesan negatif daripada peristiwa rusuhan kaum ini adalah kerajaan
terpaksa berbelanja besar dalam membaiki kerosakan-kerosakan harta benda awam yang
telah dirosakkan semasa berlakunya rusuhan kaum. Yang paling menyedihkan hati rakyat
Malaysia adalah pertumpahan darah di mana banyak nyawa terkorban, keluarga pecah
seperti anak-anak kehilangan ibubapa dan isteri terpisah daripada suami serta pelbagai
masalah lain. Sejak berlakunya tragedi pertumpahan darah ini, rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama telah menimbulkan perasaan-perasaan negatif
seperti benci-membenci, saling tidak mempercayai dan curiga-mengcurigai antara kaum
lain. Tambahan pula, isu-isu sensitif yang dibangkitkan semasa rusuhan kaum telah
meregangkan hubungan rapat antara kaum yang terjalin sebelum ini. Lantaran itu, mereka
mula jarang berinteraksi dengan kaum lain tetapi sebaliknya hanya bergaul dan
bekerjasama di kalangan kaum sendiri. Di samping itu, persefahaman tentang agama,
budaya, adat serta tradisi antara kaum di kalangan rakyat yang berbilang kaum semakin
luntur dan begitu juga dengan tahap perpaduan negara.
- 8 -
Manakala kesan-kesan positif pula, peristiwa rusuhan kaum ini telah membuka
mata kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara tentang pentingnya usaha-usaha yang
lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang
terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kerajaan mula menyedari
tahap perpaduan negara selama ini sebenarnya tidak stabil di mana rakyat memendamkan
perasaan tidak puas hati antara kaum yang disebabkan oleh faktor utama iaitu
ketidakseimbangan ekonomi di kalangan penduduk peribumi. Dengan itu, kerajaan
dengan segera melaksanakan dasar-dasar penyusunan ekonomi seperti Dasar Ekonomi
Baru yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan
semula masyarakat dalam pengagihan kekayaan ekonomi mengikut jumlah penduduk
kaum. Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum itu, satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun
Negara telah dibentuk bagi mewujudkan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, parti-parti politik mula menyedari kepentingan bersatu padu dalam
satu barisan di mana menggabungkan pelbagai kaum untuk membentuk Barisan Nasional
yang bertujuan untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan
Perlembagaan 1971. Selain itu, kerajaan juga menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama supaya boleh memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil
dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi
dengan menggunakan satu bahasa tunggal. Setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum
ini, kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk membentuk semula masyarakat
Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera bagi memastikan bahawa
kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Justeru, peristiwa rusuhan kaum ini adalah merupakan satu titik tolak ke arah
kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku, semua
pihak mulai sedar dan saling bekerjasama dalam membentuk perpaduan yang lebih jitu
seperti yang dapat kita saksikan sekarang. Apa yang perlu dilakukan kini oleh rakyat
Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apapun fahaman
politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil.
Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan
yang sewajarnya agar ini akan berjaya mencapai matlamatnya. Selepas peristiwa ngeri ini
- 9 -
juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita
dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ini adalah hasil daripada usaha-usaha yang
telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan
Nasional serta Dasar Wawasan Nasional.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN HUBUNGAN KAUM
PERANAN KERAJAAN
Bagi memantapkan hubungan kaum di Malaysia, kerajaan memainkan peranan
penting dalam merangka semula dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam
bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat
serta integrasi nasional.
Antara salah satu daripada langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan
adalah meneruskan dan mejayakan tiga dasar-dasar penting iaitu Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional yang mempunyai satu
matlamat yang sama di mana untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial
melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia. Berlandaskan dasar-dasar tersebut,
kerajaan haruslah membasmi kemiskinan yang berterusan tanpa mengira kaum/keturunan
supaya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum baik di kawasan bandar
mahupun luar bandar serta antara wilayah. Dengan itu, kerajaan perlulah membuka dan
membangunkan tanah-tanah baru di luar bandar supaya dapat mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan serta melaksanakan program-program pemberian subsidi dan kredit
serta kemahiran bagi pekebun kecil, nelayan, pekerja ladang dan sebagainya. Manakala di
bandar pula, kerajaan bolehlah menambahkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor
pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan kerajaan dengan membuka dan memajukan
lebih banyak kawasan perindustrian baru. Di samping itu, kerajaan juga perlu
menjalankan penyusunan semula masyarakat dari semasa ke semasa bagi mengurangkan
dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Maka, pemilikan
saham Bumiputera mestilah sebanyak 30% untuk mengimbangi komposisi kaum dengan
- 10 -
40% untuk bukan Bumiputera dan 30% untuk pelabur-pelabur asing. Oleh itu, kerajaan
haruslah menyeru institusi-institusi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN) untuk memberi lebih banyak peluang kepada kaum Bumiputera untuk
melibatkan diri dalam perusahaan baharu dan mewujudkan perusahaan usaha sama antara
Bumiputera dengan bukan Bumiputera serta menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi
antara sektor dan kaum supaya pengagihan peluang ekonomi dan kekayaan yang adil dan
saksama. Di samping itu, kerajaan haruslah berusaha untuk menyusun corak penggunaan
tenaga kerja dalam negara di semua peringkat dan kategori menerusi pertumbuhan
ekonomi yang menyeluruh agar dapat mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum
dari semasa ke semasa.
(http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html)
Selain itu, kerajaan juga boleh menyatupadukan semua kaum di Malaysia atas
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah digubal untuk mewujudkan persefahaman dan
perpaduan kaum melalui pendidikan. Dengan ini, kerajaan dapat menyatukan pelajar-
pelajar sekolah yang berbilang kaum dalam satu sistem pendidikan yang sama bagi
memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan. Sebagai contohnya, mengadakan
kurikulum dan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua jenis sekolah di
Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan boleh menerapkan unsur-unsur pendidikan
kewarganegaraan ke dalam mata pelajaran seperti Kajian Tempatan bagi peringkat
sekolah rendah dan Sejarah bagi sekolah menengah kerana ini dapat memupuk semangat
kebangsaan dan taat setia kepada negara di kalangan pelajar sekolah. Ini juga mendorong
untuk membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur yang memang perlu
bagi melahirkan sesebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Selain itu, kerajaan
juga perlulah menggalakkan kegiatan ko-kurikulum dan sukan di sekolah seperti Pasukan
Pengakap, permainan bola sepak dan sebagainya yang boleh memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk bercampur gaul dan memupuk semangat kekitaan, persefahaman
serta perpaduan. Di samping itu, walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
kebangsaan yang dikenali “Bahasa Penyatuan” tetapi juga bahasa pengantar yang utama
di sekolah hingga peringkat institusi pengajian tinggi bagi mewujudkan perpaduan
- 11 -
masyarakat yang berorientasikan Malaysia. Dengan secara tidak langsung, ini dapat
mengeratkan hubungan dan persefahaman antara kaum lain serta melahirkan masyarakat
yang berilmu, seimbang, harmonis, berdisiplin dan bersatu-padu dalam memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi membangunkan negara.
(http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html)
Tambahan pula, kerajaan perlulah menyokong dan menjayakan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti bangsa dan negara Malaysia pada peringkat antarabangsa. Ini
disebabkan kebudayaan penting dalam membantu untuk memupuk semangat
nasionalisme dan kenegaraan bagi menjamin kestabilan negara dan keharmonian serta
perpaduan kaum di Malaysia. Oleh itu, kerajaan haruslah menitikberatkan pembentukan
secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik
daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan
kebudayaan asli tempatan. Sebagai contohnya, kerajaan boleh menganjurkan berbagai-
bagai kegiatan kebudayaan di peringkat persekutuan dan negeri yang melibatkan
kumpulan kaum yang berlainan seperti seminar kebudayaan, tarian dan kursus muzik.
Selain itu, kerajaan haruslah terus menjayakan tarian kebangsaan yang dikenali sebagai
‘Tarian Pesta Persaudaraan’ yang melambangkan identiti negara kita dan konsep-konsep
persahabatan, keperwiraan dan masyarakat yang teguh dan bersatu padu. Menerusi dasar
ini, kerajaan bukan sahaja dapat memupuk perpaduan di kalangan penduduk berbilang
kaum di Malaysia secara persefahaman antara kaum melalui perkongsian nilai dan norma
tetapi juga dapat mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara Malaysia melalui
kebudayaan kebangsaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
berputik daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkayakan dan meningkatkan
kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan mewujudkan
komunikasi yang berkesan untuk menanamkan kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasional Malaysia.
(http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html)
Justeru, persemuafakatan politik juga merupakan salah satu daripada langkah-
langkah untuk memantapkan perpaduan. Hal ini demikian kerana persemuafakatan politik
- 12 -
bukan sahaja dapat menjamin kestabilan negara tetapi juga mewujudkan kerjasama dan
toleransi antara kaum dan parti-parti politik dalam hal-hal pembahagian kekayaan
ekonomi negara di kalangan masyarakat serta pemberian kuasa kepada pihak tertentu
dalam pemerintahan. Oleh itu, Barisan Nasional yang wujud sekarang adalah suatu parti
campuran yang terdiri daripada gabungan pelbagai parti politik besar iaitu UMNO, MCA,
MIC dan sebagainya. Memang tidak dinafikan bahawa Barisan Nasional ini telah banyak
menyumbang kepada perpaduan politik dan negara buat sebelum ini, haruslah dikekalkan
dan terus berunding, bekerjasama dan bertolak-ansur dalam hal-hal politik supaya dapat
mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu dalam satu
masyarakat yang adil dan saksama serta mengeratkan perhubungan di dalam kalangan
parti anggotanya.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional)
Sejak beberapa tahun lalu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
diperkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan merupakan langkah yang bijak untuk
menyemarakkan semangat patriotik dan mengenal erti perpaduan negara atau integrasi
nasional sebenar dalam jiwa remaja-remaja lepasan sekolah. Selain itu, program ini turut
menekankan pembinaan sahsiah diri atau perwatakan yang mendedahkan peserta-peserta
kepada permasalahan masyarakat. Menerusi program ini, para peserta akan dibahagikan
dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada peserta-peserta yang berbilang
kaum untuk sama-sama bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai sesuatu misi yang
ditetapkan. Dengan secara tidak langsung, ini akan dapat mengeratkan perhubungan dan
persefahaman serta kerjasama antara kaum-kaum yang berlainan. Oleh itu, kerajaan
haruslah meningkatkan jumlah pengambilan peserta dengan membina lebih banyak kem
latihan untuk program ini supaya ramai remaja lepasan sekolah berpeluang tinggi untuk
terpilih dalam menyertai program yang bermakna ini.
(http://www.pmo.gov.bn/online/wps/ESP/htdocs/ESP_home/en/
PEMBENTUKAN_GENERASI_BARU_MENERUSI.pdf)
Sejak kebelakangan ini, penghayatan Rukun Negara yang semakin terkakis dalam
jiwa rakyat Malaysia haruslah diambil tindakan segera oleh kerajaan untuk memperbaiki
- 13 -
keadaan ini daripada berterusan. Maka, kerajaan perlulah melancarkan ‘Kempen
Penghayatan Rukun Negara’ bagi mengingatkan rakyat tentang pentingnya prinsip-
prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak 37 tahun lalu
supaya rukun ini terus dipertahankan. Hal ini amat penting kerana Rukun Negara mampu
mendidik seseorang supaya lebih bertolak ansur dan menghormati bangsa-bangsa lain,
kepercayaan agama, serta adat yang menjadi amalan seharian seseorang dan seterusnya
perasaan-perasaan tersebut akan menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan rakyat
di negara ini yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, kerajaan juga perlulah
menjalankan kempen-kempen seperti yang bertemakan ‘Rukun Negara, Amalan Hidup
Rakyat Malaysia’ pada setiap masa supaya rakyat menjadi masyarakat yang berdaya
saing untuk membentuk negara merdeka, maju, aman dan makmur. Justeru, lima prinsip
Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas
membuktikan bahawa prinsip-prinsip ini adalah kunci yang perlu dipegang oleh semua
peringkat rakyat supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.
Seterusnya, kerajaan haruslah menyokong dan melaksanakan Sekolah Wawasan
yang berkonsepkan integrasi kaum dan pemupukan semangat muhibah di kalangan
pelajar yang berbilang kaum. Sekolah Wawasan ini mampu menyemai dan membina
keharmonian serta perpaduan kaum di mana para pelajar yang pelbagai kaum/keturunan
seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya belajar bersama-sama di bawah satu
bumbung dan berkongsi kemudahan asas bersama membantu menjana persefahaman dan
semangat muhibah lalu mewujudkan integrasi atau perpaduan menerusi interaksi yang
lebih erat apabila pelajar-pelajar belajar di kawasan yang sama. Di samping itu, Sekolah
Wawasan juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih baik serta membantu
mewujudkan satu sistem pendidikan yang lebih berkesan dan mantap. Sebagai hasilnya,
Sekolah Wawasan boleh dikatakan pemangkin dalam merealisasikan impian Wawasan
2020 di mana integrasi pelajar sejak di alam persekolahan berjaya melahirkan anak
bangsa Malaysia yang mencintakan negara dan membentuk persefahaman dan sifat
kekitaan atas pertembungan budaya.
(http://www.jpnin.gov.my/v3/?q=my/node/104)
- 14 -
Di samping itu, kerajaan juga haruslah menyokong dan melaksanakan Program
Tabika Perpaduan yang selaras dengan matlamat Sekolah Wawasan. Tetapi, program ini
merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-
kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Program ini bertujuan
untuk membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup
bermasyarakat dan membentuk anak-anak untuk memahami pelbagai adat dan budaya.
Begitu juga, program ini ingin mewujudkan peluang kepada ibubapa kanak-kanak yang
pelbagai kaum/keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi persefahaman di
antara mereka. Maka, kerajaan perlulah membina lebih banyak tabika di taman-taman
perumahan baik di kawasan bandar mahupun di luar bandar supaya kanak-kanak
berpeluang untuk menyertai program ini dari sejak kecil lagi yang boleh membentuk
persefahaman serta mengeratkan hubungan antara kaum lain.
(http://www.jpnin.gov.my/v3/?q=my/taxonomy_menu/7&page=2)
PERANAN SWASTA
Selain itu, pihak swasta juga memainkan peranan dalam usaha ke arah perpaduan
di mana penglibatan pihak swasta dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan dengan lebih
berkesan serta membangunkan ekonomi Malaysia pada masa yang lebih singkat.
Dengan ini, penglibatan pihak swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia
haruslah dialu-alukan dan ditingkatkan kerana pihak swasta membantu dalam mencapai
matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu menyusun semula masyarakat dalam pembahagian
ekuiti dan saham dengan adil dan saksama mengikut jumlah penduduk kaum supaya
keseimbangan ekonomi tercapai. Pada masa yang sama, kerajaan juga boleh
mengurangkan beban kewangan dengan memindahkan kegiatan komersil kepada pihak
swasta dan meningkatkan mutu perkhidmatan dengan meningkatkan kualiti kecekapan
and produktiviti yang seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi lalu menambahkan
peluang pekerjaan. Justeru, penglibatan pihak swasta ini akan mendorong ke arah
pembangungan yang seimbang dalam semua sektor di mana dapat megurangkan dan
menghapuskan jurang perbezaan pendapatan atau ketidakseimbangan ekonomi antara
- 15 -
kaum dan dengan secara tidak langsung ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum.
PERANAN SEKOLAH
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam hal ini. Sekolah
merupakan tempat bagi para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari
teladan-teladan yang berguna dalam hidup mereka yang seterusnya menjadi pegangan
hidup mereka nanti.
Oleh yang demikian, pihak sekolah haruslah menerapkan nilai-nilai murni atau
unsur-unsur patriotisme dalam pelbagai mata pelajaran seperti Pendidikan Moral / Islam
(Sekolah Rendah dan Menengah) supaya dapat memupuk semangat kebangsaan atau
patriotik yang menebal di kalangan pelajar. Malahan juga, kegiatan kokurikulum perlu
dipergiatkan agar menarik minat pelajar dalam usaha memupuk semangat kebangsaan.
Selain itu, guru-guru sekolah haruslah menyampaikan dan menjelaskan sesuatu peristiwa
yang berlaku pada masa lampau dengan lebih terperinci dan mendalam melalui mata
pelajaran Sejarah di sekolah supaya para pelajar dapat mempelajari kesan-kesan dan
pengajaran-pengajarannya. Sebagai contohnya, kekurangan pemahaman tentang
matlamat pembentukan Rukun Negara dan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 ini akan
berulang kembali kepada peristiwa ngeri yang membawa kerugian kepada kaum-kaum
tersebut. Di samping itu, setiap sekolah haruslah menubuhkan ‘Kelab Rukun Negara’
agar dapat memupuk perpaduan dan merapatkan jurang perbezaan kaum di kalangan
pelajar.
Manakala di institusi pengajian tinggi pula, pengenalan mata pelajaran baru iaitu,
Hubungan Etnik perlulah disokong dan dijayakan kerana mata pelajaran ini merupakan
salah satu langkah untuk menangani masalah hubungan kaum. Melalui mata pelajaran ini,
golongan mahasiswa dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan
- 16 -
aktiviti secara bersama mengenai isu-isu kepelbagaian kaum di Malaysia supaya tidak
meletakkan diri mereka dalam kelompok kaum masing-masing ketika berada dalam kelas
atau dewan kuliah mahupun ketika beriadah atau makan di kantin. Dengan secara tidak
langsung, ini akan dapat mengalakkan interaksi dan mengeratkan lagi hubungan dan
persefahaman mereka terhadap budaya, adat resam dan cara hidup antara kaum-kaum
yang berbeza.
(http://www.jpnin.gov.my/v3/?q=my/node/104)
Tambahan pula, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
mahupun insitutisi pengajian tinggi merupakan salah satu alat perpaduan kerana melalui
pepatah-pepatah yang berbunyi “Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Bahasa Perpaduan Bangsa”
dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara
kaum. Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat
menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi
dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Oleh itu, penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini haruslah dikekalkan dari peringkat sekolah
hingga institusi pengajian tinggi.
Namun itu, sekolah kebangsaan mahupun institusi pengajian tinggi haruslah
mengadakan persembahan, pertandingan dan lakonan yang bertemakan ‘Semangat
Patriotik’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Perpaduan supaya dapat
membina jati diri dan semangat cinta kepada bangsa dan negara serta menyemarakkan
semangat patriotik di kalangan pelajar dan mahasiswa. Sebagai contohnya, Kuiz Bina Bangsa, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik, Kem Padu Anak Malaysia dan sebagainya.
PERANAN IBUBAPA
Sehubungan untuk mencapai perpaduan kaum, ibubapa turut memainkan peranan
penting dalam mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang bakal menjadi pemimpin-
pemimpin kelak hari. Hal ini demikian kerana ibubapa merupakan orang yang terapat
- 17 -
dengan anak-anaknya dan merekalah yang membentuk keperibadian dan semangat
patriotik di dalam anak-anak jiwa mereka. Anak-anak mereka boleh diibaratkan sebagai
kain putih oleh ibubapa mereka.
Oleh itu, ibubapa haruslah membimbing anak-anak mereka tentang pentingnya
perpaduan kaum. Dengan ini, anak-anak mereka akan mempunyai persefahaman antara
kaum lain yang menebal serta tidak akan menaruh perasaan negatif terhadap kaum lain
dari sejak kecil lagi. Selain itu, ibubapa juga turut menekankan dan meyampaikan ajaran
agama kepada anak-anak mereka kerana agama mempengaruhi seseorang untuk
berpegang kepada nilai-nilai baik yang diajar oleh ajaran agamanya seperti menghormati
orang lain, bersedia membuat kebaikan dan sebagainya. Oleh demikian, pengamalan dan
penghayatan ajaran agama boleh menjadi satu pemangkin utama dalam mewujudkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, ibubapa
haruslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan apabila berumur 5 tahun ke
atas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan memahami budaya lalu membentuk
asas perpaduan yang lebih berkesan kerana semuanya bermula dari sejak kecil lagi.
PERANAN MEDIA MASSA / ELEKTRONIK / CETAK
Tambahan pula, peranan media massa, baik media eletronik mahupun media cetak
juga turut mendorong ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan merupakan
saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dari dalam dan
luar negeri kepada masyarakat.
Melalui media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran
langsung semasa perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi
membolehkan semua rakyat Malaysia untuk menyaksikan detik-detik kegemilangan
puncak acara sambutan pada hari itu. Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan segala
nilai-nilai perpaduan yang cuba dipaparkan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.
Selain itu, rancangan-rancangan tentang sejarah Malaysia juga boleh disiarkan seperti
sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan Malaysia supaya
- 18 -
menyedari rakyat tentang perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin pada masa lalu
dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga menyiarkan lagu-lagu
berunsur patriotik melalui radio bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan serta
menghayati mesej-mesej yang hendak disampaikan menerusi lagu-lagu tersebut di
kalangan rakyat Malaysia. Manakala media cetak pula, haruslah menjayakan ‘Program Promosi’ yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperluaskan hebahan kepada masyarakat agar kesedaran orang ramai terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa akan subur. Di samping itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan
kepada para pembaca melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini
haruslah terus menjayakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
PERANAN MASYARAKAT
Akhirnya ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat. Jika negara kita ingin
terus membangun dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu
masyarakat yang bersatu padu haruslah diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan
strategi-strategi pembangunan negara.
Justeru, kita haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikap
apati/individualistik, perasaan prasangka/prejudis, diskriminasi, stereotaip, etnosentrisme
dan lain-lain lagi dahulu. Sikap atau perasaan tersebut akan mendatangkan kesan-kesan
negatif dan menghalang seseorang untuk menjalin hubungan baik antara kaum lain yang
seterusnya mungkin mencetuskan keadaan masyarakat yang tidak harmoni seperti
rusuhan kaum 13 Mei 1969 atau peristiwa di Kampung Medan. Sebaliknya, kita perlulah
mempraktikkan semangat kejiranan/kekitaan supaya dapat mewujudkan kedamaian dan
kesejahteraan bermasyarakat yang berbilang kaum. Sebagai contohnya, kita boleh
mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti mengutamakan kepentingan dan kebaikan
bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati dan sebagainya lalu berbincang dan
bermuafakat dengan jiran tentang hal-hal kebajikan dan keselamatan bersama. Dengan
ini, kita dapat memahami dan menghormati agama dan kebudayaan jiran-jiran yang
- 19 -
pelbagai kaum selaras untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat yang
pelbagai kaum.
Selain itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruh
negara kerana ini merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam proses
perpaduan kaum. Dengan adanya sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran boleh bergaul
sesama mereka tanpa mengira kaum terutama semasa membuat rondaan di kawasan
perumahan sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab melalui Rukun Tetangga dapat
mengembalikan perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh kerajaan sekarang. Namun
begitu, kita bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan di kawasan
perumahan sendiri bagi meningkatkan lagi penglibatan penduduk-penduduk setempat
dalam aktiviti-aktiviti tersebut agar dapat mewujudkan perasaan saling kenal-mengenal
dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain di dalam kawasan mereka tanpa
mengira kaum. Oleh itu, melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan yang baik untuk
memupuk semangat setiakawan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat
di sesebuah kawasan perumahannya.
Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut Hari
Kebangsaan ini daripada menghabiskan masa untuk berhibur sahaja. Sebaliknya, kita
perlulah menggunakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna ini untuk menyelami
dan mengukur diri sendiri terhadap sumbangan diri ke arah perpaduan negara. Fikirkan
keadaan negara kita dan diri sendiri sekiranya kita semua tidak bersatupadu? Begitu juga,
jika kita tidak menyelami makna kemerdekaan, kita tidak akan menyedari perjuangan dan
usaha pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini.
Di samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan
bermasyarakatan seperti bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang berleluasa
di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum serta memberikan kerjasama dan sokongan
dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Maka, ini akan mendorong negara kita untuk
mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang
seimbang di Malaysia.
- 20 -
KESIMPULAN
Perpaduan adalah satu matlamat penting yang dikejar oleh semua negara. Ianya
penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau perbalahan dalam negara
itu sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Tragedi ini telah menyedarkan pihak kerajaan bahawa perpaduan kaum atau perpaduan
rasional di Malaysia merupakan satu masalah yang sudah lama terpendam. Rukun Negara
bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum melalui amalan unsur-unsur kemanusiaan
sejagat seperti kepercayaan kepada Tuhan, kedaulatan undang-undang dan pemupukan
sifat-sifat keperibadian yang tinggi.
- 21 -
LAMPIRAN
Kiri : Bendera Malaysia yang
dikibarkan pada setiap masa.
Kanan : Rukun Negara yang dirasmikan pada
tahun 1970 untuk membentuk
- 22 -
prinsip pembangunan negara.
Kiri : Pemimpin-pemimpin
negara yang berbilang
kaum mahupun berkaliber.
Kanan : Masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai
kaum, agama dan budaya.
- 23 -
Kiri : Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan.
Kanan : Tugu Negara menguatkan
semangat nasionalisme.
- 24 -
Kiri : Pembacaan ikrar taat
setia oleh wakil-wakil
kaum di Malaysia.
Kanan : Semangat perpaduan di
kalangan pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.
- 25 -
Kiri : Khemah Kerja Integrasi
menguatkan perpaduan.
Kanan : Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia.
- 26 -
BIBLIOGRAFI
Aleeya Atiqah bt. Ammar dan Mohd. Aizat Idrus (2004), Fokus e-masteri SPM
Sejarah Tingkatan 5, Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Fatimah Azzahra dan Yusri Ab. Malik (1995), Hari Perpaduan, Petaling Jaya :
Penerbit Setiamas
Ranjit Singh Malhi (1988), Siri Rujukan Pengajian Am Kenegaraan Malaysia,
Petaling Jaya : 1988 Federal Publications Sdn. Bhd.
Ruslan Zainuddin, Ku Halim Ku Arifin, Dr. Zaid Ahmad dan Dr. Ho Hui Ling
(2006), Hubungan Etnik, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran dan Kok Meng Kee (2005), Pengajian Am
Kertas 1 & 2 STPM, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
- 27 -