18
PETA KAWASAN KAJIAN TAJUK PETA : LOKASI KAWASAN KAJIAN DALAM PETA DAERAH KAWASAN KAJIAN : MUAR

KERJA KURSUS geo

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERJA KURSUS geo

PETA KAWASAN KAJIAN

TAJUK PETA : LOKASI KAWASAN KAJIAN DALAM PETA DAERAH

KAWASAN KAJIAN : MUAR

Page 2: KERJA KURSUS geo

PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN

TAJUK PETA : PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN

NAMA NEGARA : SINGAPURA

Page 3: KERJA KURSUS geo

6.4 MENGENALPASTI MASALAH PETEMPATAN DI KAWASAN LORONG IKHLAS

JALAN ABDUL RAHMAN, MUAR DAN NEGARA SINGAPURA

Masalah Petempatan Di Kawasan Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman Muar

Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dengan memberikan boring soal

selidik kepada 20 orang responden. Saya telah mengenalpasti beberapa masalah

petempatan kajian. Hasil soal selidik ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Jenis Masalah Bilangan Respondan Yang Menanda √

Pencemaran sampah sarap 17

Kesesakan lalu lintas 14

Kekurangan infrastruktur 5

Masalah sosial 7

Kekurangan tempat tinggal 0

Darjah ketersampaian yang rendah 0

Banjir 5

Jadual menunjukkan masalah – masalah petempatan di kawasan Lorong Ikhlas,

Jalan Abdul Rahman, Muar. Sumber 20 orang responden.

Page 4: KERJA KURSUS geo

Masalah Pencemaran Sampah Sarap

Melalui pemerhatian, saya telah mendapati bahawa petempatan di kawasan Lorong

Ikhlas, Jalan Abdul Rahman, Muar mempunyai beberapa kawasan longgokan

sampah sarap. Penduduk kawasan ini suka mengambil jalan mudah untuk

membuang sampah secara longgokan di tepi- tepi jalan.

Masalah Kesesakan Lalu Lintas

Oleh sebab petempatan yang agak padat di kawasan kajian, pertambahan bilangan

kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas

sering berlaku di Jalan Abdul Rahman Muar terutamanya pada waktu pergi dan

pulang sekolah dan pejabat.

Masalah Petempatan Di Singapura

Sebagai sebuah Negara perindustrian yang paling maju, Negara Singapura juga

tidak terlepas daripada member kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan – kesan

petempatan yang dihadapi oleh Negara Singapura termasuk masalah pencemaran

sungai, serta juga masalah kesesakan lalu lintas.

Masalah Pencemaran Sungai

Singapura turut mempunyai sungai – sungai yang tercemar akibat kegiatan manusia.

Sungai seperti Sungai Kallang, Sungai Whampoa dan Sungai Rochor di Singapura

dikenalpasti telah tercemar akibat aktiviti seperti pembuangan sampah, air dari

kawasan pembentungan serta aliran air dari kawasan penternakan babi serta itik.

Sungai – sungai tersebut telah bertukar warna serta menjadi kotor akibat manusia di

sekitarnya.

Page 5: KERJA KURSUS geo

Masalah Perubahan Landskap

Perubahan landskap juga turut berlaku akibat kegiatan manusia terhadap alam

sekitar di Singapura. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Singapura telah

menjalankan projek penebusgunaan tanah dengan menembak laut di pinggir pantai,

projek tersebut sering kali membawa bantahan daripada Negara Malaysia kerana

dikatakan projek – projek tersebut telah mengubah arus laut di sekeliling pantai yang

berdekatan dengan negara itu.

Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.

Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang – undang dengan sewenang –

wenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan – keadaan seperti diatas, kita

hendaklah sama – sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan

sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan

oleh pihak kerajaan.

Page 6: KERJA KURSUS geo

Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Sampah Sarap di Lorong Ikhlas

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang – undang untuk melindungi alam sekitar

agar alam sekitar semakin terjaga. Dengan menguatkuasakan undang – undang

dengan lebih ketat lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh di tangani

oleh kita. Tong sampah kitar semula juga haruslah lebih banyak disediakan oleh

Majlis Pembandaran dan juga tapak pelupusan sampah juga haruslah disediakan

oleh kerajaan. Akhir sekali, untuk mengatasi masalah ini, kita sebagai penduduk

haruslah bertanggungjawab menjaga kawasan ini dengan baik.

Langkah Mengurangkan Kesesakan Lalulintas di daerah Muar

Untuk mengurangkan kesan kesesakan lalu lintas di kawasan ini, penduduk di

sekitar kawasan ini boleh melaksanakan langkah berkongsi kereta. Kesesakan lalu

lintas yang biasanya berlaku adalah disebabkan banyak orang menggunakan

kenderaan masing – masing untuk keluar walaupun arah dan tujuannya adalah

sama, contohnya menghantar anak ke sekolah. Jika berkongsi kenderaan, jalan raya

akan menjadi selesa. Selain itu, menggunakan kenderaan awam seperti bas juga

boleh mengatasi masalah lalu lintas di kawasan ini.

Langkah Mengurangkan Pencemaran di Singapura

Kerajaan Singapura telah melaksanakan Projek Membersih Sungai (Clean River

Project) untuk memastikan sungai- sungai yang telah tercemar kembali menjadi

bersih. Mereka telah mengenalpasti kawasan yang menjadi punca pencemaran

sungai ini seperti kawasan perindustrian, ladang – ladang ternakan babi dan itik,

penjaja jalanan serta kawasan pasar yang telah dipindahkan ke kawasan baru

dalam penstrukturan semula kawasan sekitar sungai. Projek ini telah Berjaya

menjadikan sungai – sungai tercemar menjadi bersih.

Page 7: KERJA KURSUS geo

Langkah Mengurangkan Kesan Perubahan Landskap di Singapura

Untuk mengurangkan kesan perubahan landskap di kawasan penambakan tanah di

sekitar pinggir laut di Singapura, mereka boleh mewartakan kawasan pinggir laut

mereka sebagai tapak warisan alam yang harus dipelihara. Pembangunan yang

pesat adalah perlu namun kita juga harus menjaga alam sekitar supaya tidak

dirosakkan. Kawasan yang diwartakan sebagai tapak warisan alam tidak boleh

diganggu oleh sebarang pembangunan yang akan merosakkan landskap kawasan

tersebut. Oleh yang demikian, kawasan tersebut akan sentiasa terpelihara keaslian

landskapnya.

Setelah menghuraikan langkah – langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan

kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua – dua kawasan, saya

berpendapat kita sebagai anggota masyarakat seharusnya memainkan peranan aktif

dalam memastikan alam sekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain itu, kita juga

seharusnya menyokong usaha- usaha kerajaan dalam memastikan kempen –

kempen penjagaan alam sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan Negara

yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama – lamanya.

Page 8: KERJA KURSUS geo

Langkah:

Penguatkuasaan Undang- undang

Masalah :

Pencemaran Sampah Sarap

Langkah :

Berkongsi Kenderaan / Menaiki Kenderaan Awam

Masalah:

Kesesakan Lalu Lintas

Kawasan:

Sekitar Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman, Muar

LANGKAH – LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

Negara Singapura

Masalah:

Pencemaran Sungai

Langkah :

Clean River Project

(Projek Membersih Sungai)

Masalah:

Perubahan Landskap

Langkah :

Mewartakan Kawasan Warisan Alam Sekitar

Page 9: KERJA KURSUS geo

5.0 KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam

mencari dan mengumpal maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara

kaedah yang yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah soal

selidik sera kaedah rujukan menggunakan internet.

1. Kaedah Pemerhatian

Saya telah memerhatikan jenis dan pola petempatan di kawasan kajian

saya. Saya telah membuat catatan serta mengumpul data melalui

pemerhatian yang saya lakukan selama seminggu

2. Kaedah Soal Selidik

Saya telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui

masalah – masalah yang berlaku di kawasan kajian saya. Seramai 20

orang responden telah terlibat dalam soal selidik ini.

3. Kaedah Rujukan Internet

Saya telah menggunakan rujukan internet untuk mendapatkan data

dan maklumat tentang Negara yang saya bandingkan dalam kajian ini.

Alamat laman web yang saya telah lawati terdapat dalam Bab Rujukan.

Page 10: KERJA KURSUS geo

8.0 RUJUKAN

Rujukan dari Buku Teks / Buku Ilmiah

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva Santhasamy, Lim Jin Fou, 2006.

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Goh Cheng Leong,2000. Atlas Eksplorasi Geografi KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Jamil Bin Mohamed, Hj. Rodzali Bin Hashim, Hjh. Mahani Binti Hj Mahfar.

Johor Central Store KBSM. Buku Teks Geografi Tingkatan 3.

Page 11: KERJA KURSUS geo

Pembuangan sampah sarap di Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman

Masalah kesesakan lalu lintas di Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman

Page 12: KERJA KURSUS geo

Pencemaran sungai di Singapura

Perubahan landskap akibat pembangunan pesat

Page 13: KERJA KURSUS geo

Salah satu cara mengatasi masalah sampah sarap

Langkah mengatasi kesesakan lalu lintas (menaiki kenderaan awam)

Page 14: KERJA KURSUS geo

Clean river project di Singapura

Mewartakan kawasan Warisan Alam Sekitar