Author
mrfaisal
View
247
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tatabahasa
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2015AMBILAN SEPTEMBER 2012
HBML3203TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NO.MATRIKULASI : 810822105309001NO. KAD PENGENALAN : 810822-10-5309NO. TELEFON : 012-7654654EMAIL : [email protected] PEMBELAJARAN: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, MELAKA.
ISI KANDUNGAN
PERKARAMUKA SURAT
1.0 Pengenalan 22.0 Konsep Dan Definisi Wacana Dalam Penulisan33.0 Strategi Pengajaran Yang Berkesan Dalam Pengajaran Kemahiran Wacana Penulisan Di Peringkat Sekolah Rendah54.0 Cadangan Yang Berkesan Untuk Memperbaiki Kelemahan Murid Dalam Kemahiran Wacana Penulisan Di Peringkat Sekolah Rendah115.0 Rumusan126.0 Rujukan14
1.0 PENGENALAN Penulisan karangan adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996:192) memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dengan baik dalam penguasaan bahasa. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat-menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif (kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah. Hasil penulisan yang baik adalah penulisan yang mengandungi wacana yang mantap selain tidak ada sebarang kesalahan dalam penulisan tersebut. Dengan itu, pembaca akan lebih senang untuk menerima maklumat. Wacana yang mantap bermaksud satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi dan setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya. Seseorang pelajar mesti menguasai kemahiran menulis dan penguasaan tatabahasa yang baik untuk menghasilkan penulisan yang mengandungi wacana yang mantap.Menurut Smith (1969), penulisan merupakan satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan. Barnow (1989) pula berpendapat bahawa penulisan merupakan satu cara untuk melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat. Secara umumnya pula, penulisan merupakan satu proses yang melibatkan pembentangan idea-idea serta penyusunan yang dilakukan oleh penulis berkaitan dengan sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang telah diutarakan oleh penulis hendaklah jelas maksudnya menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan teknik penulisan yang sesuai seterusnya mampu menyalurkan idea kepada pembaca.2.0 KONSEP DAN DEFINISI WACANA DALAM PENULISANPerkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.Menurut Harimuthi (1982) dalam Sharifah (2007), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, perenggan, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap.Stubbs dalam Taringan (1993) turut mengemukakan definisi yang hampir sama iaitu, wacana merupakan organisasi bahasa yang berada di atas klausa. Dengan perkataan lain, apabila terdapat unit-unit linguistik lebih besar daripada klausa, maka ianya akan disebut sebagai wacana. Moeliono (1995) dalam Adenan (2013) pula mendefinisikan wacana sebagai rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuk makna yang serasi antara kalimat tersebut.Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk satu fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.2.1Ciri-Ciri WacanaCiri-ciri bagi wacana ialah berstruktur iaitu merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Dalam pendahuluan, penulis membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya. Hujah, ulasan, dan pendapat tentang isu yang disertakan dengan contoh pula ditulis dalam isi. Dalam penutup pula, kesimpulan secara menyeluruh dilakukan terhadap penulisan yang dibuat.Selain itu, setiap wacana yang dihasilkan dalam penulisan juga mempunyai tujuan kerana dengannya kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Wacana digunakan dalam penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. wacana dalam penulisan berformat meliputi surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog, syarahan, ucapan, perbahasan, laporan, berita dan catatan harian. Wacana dalam penulisan tidak berformat pula tidak mempunyai format yang khusus dan kebiasaannya, penulisan jenis ini menghendaki penulis membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman. (Adenan dan Mohd Rain, 2013).Menurut Beaugrand dan Dressler (1981) yang dipetik dari surat khabar Berita Harian pada tahun 2008 menyatakan bahawa terdapat tujuh ciri wacana yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks.I.Kohesi atau tautan : keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan tersebut dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan.II.Koheran atau runtutan : kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks tersebut bermakna. III.Tujuan : ditentukan oleh penghasil wacana tersebut. Tujuan juga membolehkan penghasil wacana menentukan jenis wacana yang digunakan. IV.Penerimaan : tahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang dihasilkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.V.Maklumat : terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama merupakan maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya. M Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.VI.Keadaan : sesuatu wacana yang dihasilkan perlu sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.VII.Interteks : bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana lain. Wacana-wacana yang lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.
3.0 STRATEGI PENGAJARAN YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN WACANA PENULISAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAHMarohaini Yusoff (1989) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang. Aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik-teknik mengarang yang berkesan kurang dititikberatkan. Murid hanya diberi penekanan terhadap berfikir untuk mendapatkan isi. Fenomena ini menyebabkan murid kurang berkemahiran dalam berfikir untuk menghasilkan atau memikirkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea dengan menggunakan wacana tatabahasa yang tepat dalam penulisan karangan. Isahak Haron (1979) dalam Hasyim Othman (2000) pula mengatakan bahawa karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran penyampaian idea, fakta dan sebagainya secara lisan atau bukan lisan dengan menggunakan alat komunikasi iaitu bahasa. Hal ini selaras dengan Kurikulum Bahasa Melayu, iaitu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan segala ilmu daripada pelbagai bidang disiplin atau mata pelajaran lain disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM, 2000).Oleh itu, dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar, aspek tatabahasa harus diberi penekanan. Strategi pengajaran penulisan yang berkesan akan memberikan kesan kepada keupayaan murid dalam menghasilkan penulisan yang baik dan gramatis. Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan murid, Kamarudin Husin (1988) telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. 1) Peringkat Sebelum PenulisanDalam peringkat sebelum penulisan, murid perlu memahami dengan jelas kehendak soalan dan format penulisan seperti yang dikehendaki. Setelah memahami kehendak soalan, kata kunci perlu digariskan untuk memudahkan murid menghasilkan idea. Seterusnya, membuat rangka penulisan yang merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Pelbagai cara yang berkesan boleh diaplikasikan dalam mencatat isi, antaranya ialah menggunakan pernomboran, peta konsep minda dan lain-lain lagi.
2) Peringkat Semasa Penulisan Pada peringkat ini, penulisan perlu dilakukan berdasarkan isi atau kerangka penulisan seperti yang telah dirangka. Pendahuluan hanya ditulis secara ringkas tetapi merangkumi ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan agar pembaca lebih mudah untuk memahami apa yang telah ditulis. Setiap isi dalam penulisan perlu dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut yang disertakan dengan contoh. Penutup dalam penulisan juga dibuat secara ringkas iaitu membuat rumusan secara keseluruhan penulisan. Penulisan juga perlu diikuti dengan sistem ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata, dan wacana yang digunakan dengan betul dan sesuai.3) Peringkat Selepas PenulisanSetelah menyiapkan karangan, murid perlu membaca semula hasil penulisan untuk menyemak format, isi atau huraian, imbuhan, struktur ayat, ejaan, tanda baca, dan perbendaharaan kata. Apabila terdapat kesalahan yang dikenalpasti dalam penulisan tersebut, pembetulan perlu dilakukan atau membuat penambahan terhadap kekurangan yang terdapat dalam penulisan yang dihasilkan.
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah juga amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Guru perlu mahir menguasai pelbagai jenis pendekatan,kaedah dan teknik dalam mengajar penulisan supaya tidak membosankan para pelajar . Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara. Pendekatan pengajaran penulisan wacana yang dinyatakan oleh Raimes (dalam Juriah long dan rakan-rakan,1990:214) ialah:-i.Pendekatan Terkawal ii.Pendekatan Bebas iii.Pendekatan Pola-perenggan iv.Pendekatan Komunikatif.
Disini saya akan menjelaskan dua pendekatan yang disarankan oleh Raimes iaitu:- 1) Pendekatan Terkawal. Pendekatan ini ialah pendekatan yang di rancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pembelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan, boleh disesuaikan dengan peringkat kelas, boleh merentas kurikulum, dan sebagainya. Membolehkan pelajar-pelajar mengukur pencapaiannya pada latihan-latihan yang tertentu dan terbatas. Tidak sukar membuat persediaan.Meringankan kerja guru; pantas dan mudah diperiksa. Guru dapat merancangkan latihan pemulihan yang berkesan. Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh.Walaubagaimanapun, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah :- menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. Sebagai kesimpulan pendekatan terkawal ini dapat membantu guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh.Walaubagaimanapun, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. 2) Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara yang dimiliki oleh seseorang pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menekankan tujuan sesebuah karangan dan khalayaknya. Murid-murid digalakkan mengarang seperti penulis dewasa dengan berpandukan dua soalan ini: i. Mengapa saya menulis karangan ini? ii. Siapa yang akan membaca karangan saya?
Secara tradisional, guru merupakan khalayak kepada karangan murid-murid.Walaubagaimanapun, penulis berasa lebih selesa apabila karangannya memenuhi jaluran komunikatif. Dengan demikian, guru yang menggunakan pendekatan ini meluaskan khalayaknya dengan menyertakan murid-murid lain di dalam kelasnya yang bukan hanya membaca karangan tersebut tetapi melakukan tindak balas seperti memberikan idea tambahan, membuat ikhtisar, menulis semula dengan pelbagai bentuk, memberikan komen tetapi bukan bertujuan untuk membuat pembetulan. Atau, guru boleh membangunkan khalayak `di luar sekolah dengan menggalakkan murid-murid menulis kepada seseorang seperti:- Anda dikehendaki menulis kepada seorang sahabat pena anda dengan memberitahunya akan keadaan bilik anda. Katakan kepadanya anda menggemari bilik anda itu kerana perabotnya tersusun dengan kemas, kawasannya luas, berhawa dingin dan sebagainya.Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik anda itu dan ingin membuat perubahan supaya lebihs elesa. Katakan kepada beliau bahawa anda memerlukan bantuannya kerana beliau seorang penghias rumah. Katakan anda akan menerima seorang tetamu buta. Tulis surat kepada tetamu anda itu kan keadaan bilik anda dengan lengkap supaya tetamu anda itu dapat membuat gambaran tentang bilik tersebut semasa dia menginap nanti. Tulisan anda itu akan dirakamkan ke dalam pita kaset supaya mudah rakan anda mendengarnya. Ketiga-tiga bentuk di atas lebih baik daripada menyuruh murid-murid menulis tentang bilik saya. Pembentukan khalayak boleh berlaku andainya guru memberikan tugasan yang wajar seperti main peranan, bertukar surat, menjawab surat, membuat pertanyaan, memberikan komen dan sebagainya. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk penulisan. Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis, sama seperti menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
4.0CADANGAN YANG BERKESAN UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN MURID DALAM KEMAHIRAN WACANA PENULISAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAHPelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya. Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti.Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.Seterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya.Selain itu, pelajar juga harus tahu serta mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea dari satu perenggan ke satu perenggan.Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan kamus sebagai kawan rapat. Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam penulisan. Gunakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali menggunakan wacana yang dianggap sedap bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan salah penggunaannya.Setelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan yang bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul. Jangan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut.Jika pelajar dapat memenuhi kesemua cadangan yang dikemukan seperti di atas, pelajar tidak perlu rasa bimbang kerana kemungkinan hasil sesebuah karya yang dibuat telah menepati apa yang diminta. Cadangan di atas telah dinyatakan oleh beberapa orang pemeriksa kertas yang berpengalaman. Tetapi, jika cadangan ini tidak diambil pusing oleh pelajar, besar kemungkinan hasil penulisan akan menjadi lemah dan menyebabkan pelajar tidak memperolehi markah yang tinggi seperti yang diharapkan.5.0RUMUSANBahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu.Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan.
[3053 patah perkataan]
6.0 RUJUKANAdenan Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Edisi Kedua. Open University Malaysia. Meteor Doc.Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. KualaLumpur: PTS Publications and Distributors.Hashim Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia.Marohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan Pustaka.Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Sharifah Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1&2. Arah pendidikan sdn.bhd. Selangor Darul Ehsan.Taringan, Henry Guntur (1993). Pengajaran Kosakata. Bandung.Angkasa. Yayat Surdayat. (2009). Makna Dalam Wacana : Prinsip-prinsip Semantik dan Pragmatik. Bandung, Indonesia.Yrama Widaya. 14