21
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER/2014 HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 760818115448001 NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448 NO. TELEFON : 012-3719254 E-MEL : [email protected] NAMA : FATIMAH BT KAMARUL BAHARIN 1

Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER/2014

HBML3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 760818115448001

NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448

NO. TELEFON : 012-3719254

E-MEL : [email protected]

NAMA : FATIMAH BT KAMARUL BAHARIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PP BANGI

1

Page 2: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

2

Page 3: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

ISI KANDUNGAN

M/S

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 JENIS-JENIS WACANA BERFORMAT DALAM BAHASA MELAYU 5

2.1 Surat kiriman tidak rasmi

2.2 Surat kiriman rasmi

2.3 Dialog

2.4 Syarahan

2.5 Ucapan

2.6 Laporan

2.7 Berita

2.8 Catatan harian

2.9 Perbahasan

3.0 APLIKASI BERFORMAT DALAM BM 9

3.1 Peraturan menulis wacana berformat

3.2 Proses menulis

3.3 Susunan penulisan

4.0 RUMUSAN 13

Rujukan

3

Page 4: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

1.0 Pendahuluan

Wacana berformat ialah penulisan beerkesinambungan yang mengandungi format-

format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan

koheran (Kamarudin Husin, 1988). Penulisan yang dimaksudkan adalah seperti surat

kiriman rasmi dan tidak rasmi, dialog, syarahan, ucapan , laporan, berita, catatan harian dan

perbahasan. Wacana berformat adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga

ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada

peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996: 192)

memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat,

iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran menulis.

Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi semua

peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.

Kemahiran mengarang ini amat disedari oleh para pendidik dan pengkaji bahasa.

Ianya perlu dipelajari dan dilatih sebagai aset penting yang perlu dimiliki oleh setiap murid

dalam mengharungi dunia moden hari ini. Ini jelas kelihatan mencakupi ruang litup dalam

dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Penguasaan bahasa penulisan akan melicinkan

perhubungan formal dalam bentuk surat- menyurat, laporan, pernyataan perasaan, dan

penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif

(kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah.

Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1976), dan Isahak Haron (1979) berpendapat

penulisan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau

menyusun kata-kata, frasa, dan ayat, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta,

dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat

komunikasi yang dinamakan bahasa (Awang Mohamad Amin, 1983:188).

Keterampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah

rendah sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara. Ini kerana semua

mata pelajaran memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam

bentuk tulisan. Marohaini Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan

pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan

menulis atau mengarang, dan tidak kepada aspek-aspek penggunaan bahasa yang baik serta

teknik-teknik mengarang yang berkesan. Selain keperluan berfikir untuk mendapatkan isi,

4

Page 5: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

pelajar juga tidak diajar bagaimana untuk berfikir bagi menghasilkan cara yang berkesan

menyampaikan sesuatu mesej atau idea.

Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh

manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah.

Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan jelas bahawa

kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran membaca,

mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-

modul pembelajaran di alaf baru ini.

Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan

pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran

prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca

memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh.

Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah

tetapi berlangsung sepanjang hidup.

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,

menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan

lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh

yang sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai

untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya

memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi

oleh masyarakat umum, jika perlu.

Menulis juga adalah proses merekod bahan-bahan ujuran ke dalam bentuk tulisan

berdasarkan pendapat, idea dan pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol

grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya

menzahirkan bahasa dan gagasan. Penulisan yang tersusun akan memberi makna dan

memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya.

Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses

menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik

yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita

bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis

5

Page 6: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti

wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan

direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim

meskipun ratusan tahun sudah berlalu.

2.0 Jenis-jenis wacana berformat dalam Bahasa Melayu

Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi

format-format tertentu. Jenis-jenis penulisan tersebut adalah seperti:-

a) Surat kiriman tidak rasmi

b) Surat kiriman rasmi

c) Dialog

d) Syarahan;

e) Ucapan;

f) Laporan;

g) Berita;

h) Catatan harian

i) Perbahasan.

2.1.1 Surat kiriman tidak rasmi

Format:

i. Alamat pengirim mestilah ditulis di sebelah atas bahagian kanan surat

ii. Tarikh hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim

iii. Tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai dengan pendahuluan

surat.

Contohnya: Ke hadapan bondaku Saidah bt Abdul Aziz yang kini berada di Kuala

Kangsar semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

iv. Ada kata ganti nama diri. Contohnya saudara/saudari/bonda/ayahanda/nenda.

6

Page 7: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

v. Surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim.

2.1.2 Surat kiriman rasmi

Format:

i. Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat

ii. Garisan memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirim

iii. Alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang

iv. Tarikh ditulis di sebelah kanan , sebaris dengan barisan akhir alamat penerima.

Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

v. Ada ganti nama diri.

Contohnya: Tuan/Puan

vi. Ada tajuk surat

vii. Surat dimulai dengan perenggan pertama dahulu tanpa menulis nombor.

Perenggan yang berikutnya hendaklah ditanda dengan nombor yang lurus dengan

permulaan perenggan pertama.

viii. Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor.

ix. Tandatangan penulis di bahgian kiri surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan

di bawah tandatangan dengan huruf besar. Nyatakan juga jawatan atau

tanggungjawab penulis, misalnya, Bendahari, Persatuan Puteri Tunas.

2.1.3 Dialog

Format :

i. Ada nama watak

ii. Titik bertindik ditulis selepas nama watak

Contoh:

Sugan : Ali, kamu hendak ke mana?

Ali : Saya mahu ke kedai untuk membeli beras.

7

Page 8: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

2.1.4 Syarahan/Ucapan/Perbahasan

Format:

i. Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.

ii. Ada ganti nama diri. Contohnya: Sidang hadirin yang dihormati sekalian

iii. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan

2.1.5 Laporan

Format.

i. Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan

gariskan di bawahnya.

ii. Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa/perkara yang dilaporkan.

iii. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan.

iv. Tarikh laporan ditulis sebelah kanan bahagian bawah laporan, iaitu sebaris

dengan”Laporan disediakan oleh”.

Contoh:

Pada 4 Mac 2013, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 (SKBB1) telah mengadakan

aktiviti Kempen Kebersihan 2013. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En

Mohd

Ali Hassan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang diadakan di perkarangan

sekolah.

            Tuan Guru Besar  dalam ucapannya mahu aktiviti yang dijalankan selama seminggu

ini

mampu melahirkan murid yang mencintai kebersihan. Baginya, kebersihan merupakan

budaya murid yang cemerlang. Oleh itu, beliau mahu menjadikan sekolah sebagai tempat

melatih murid yang tahu menghargai kebersihan.

8

Page 9: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

2.1.6 Berita

Format.

i. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.

ii. Tanda koma ditulis selepas nama tempat/bandar.

iii. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat/Bandar.

iv. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.

Contohnya:

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir.

Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan kawasan

di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka

akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh

itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

2.1.7 Catatan Harian

Format.

Ada tarikh, nama hari dan masa(mengikut kesesuaian)

Contoh:

Selasa

7.00 pagi: Bertolak dari sekolah ke Cameron Hihgland dengan menaiki bas.

10.30 pagi: Tiba di Cameron Highland….

9

Page 10: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

3.0 Aplikasi wacana berformat dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat

yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana.

Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah

membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar

pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

3.1 Peraturan wacana berformat:

a) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya tiga isi

minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti yang kukuh dan relevan

dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.

b) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.

c) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat

kesinambungan idea antara ayat.

d) Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.

e) Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan

ketergantungan idea.

f) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan

antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

g) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.

h) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang

betul.

i) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan

berkehendakkan format.

j) Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis agar dapat

membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.

10

Page 11: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

3.2 Proses menulis pula adalah seperti berikut:

a) Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan

keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih

adalah dari segi:

i. Bentuk atau format penulisan

ii. Isi-isi /Laras bahasa

iii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat pemilihan

yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurna.

iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan

yang

diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan

tepat kerana ini akan memerangkap diri sendiri.

iv. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendak soalan atau

tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau

mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihan yang tepat.

v. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin

boleh menguasainya

vi. Untuk menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu

memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai

jenisnya dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.

vii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid

perlu

banyak membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat

khabar dan sebagainya.

viii. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik.

Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.

11

Page 12: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

3.3 Susunan penulisan berformat ialah:

i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap.

ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.

iii. Rangka penulisan membantu murid:

Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari/terpesong

daripada tajuk atau soalan.

Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.

Menghasilkan perenggan yang cemerlang.

Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang

dihuraikan/diolah.

Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah

perkataan dikehendaki.

Mengelakkan pengulangan fakta.

iv.Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting

untuk menjimatkan masa.

iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:

1. Pendahuluan

2. Isi-isi penting

3. Penutup

v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:

a) Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap

dengan

huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.

b) Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat

12

Page 13: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut.

c) Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan dengan menyatakan isi

pokok,

diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting.

d) Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga

memulakan perenggan itu dengan isi pokok.

e) Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda

wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.

f) Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan

penutup harus seimbang dengan isi.

vi. Proses penyemakan adalah seperti berikut: .

Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan

untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.

a) Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan,

pemerengganan.

b) Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.

c) Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan

itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat.

d) Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa.

e) Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata

tersebut.

f) Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan

mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.

vi. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

13

Page 14: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

4.0 RUMUSAN

Sebagai guru Bahasa Melayu penguasaan dan kefahaman guru dalam memahami

wacana berformat dan tidak berformat penting untuk mengelakkan kekeliruan semasa sesi

pengajaran berlangsung. Secara kesimpulannya juga dapatlah dirumuskan wacana

berformat mestilah ditulis mengikut cara tertentu. Ini kerana penulisan yang tidak

mengikut format tertentu yang telah ditetapkan boleh menjejaskan konsep wacana.

Selain itu, pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah

rendah dan menengah juga membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses

penulisan dan rangka kasar perlu dibuat supaya wujud kesinambungan dalam wacana

yang ditulis. Rangka penulisan perlu mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.

Dapatlah dirumuskan dalam wahana berformat penulisan karangan bukanlah suatu

proses yang hanya berdasarkan idea, isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat

semata-mata malahan ianya memerlukan format dan cara tertentu untuk menulis. Oleh itu

guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajarnya

dapat menguasai wacana berformat dengan baik dan menepati kehendak soalan.

(2144 patah perkataan)

14

Page 15: Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm

Rujukan:

Juriah Long, Raminah Sabran, & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya:Longman Malaysia.

Modul OUM .HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu(Edisi Kedua)

15