21
SIMULASI SIMULASI

Tajuk3.4 SIMULASI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk3.4 SIMULASI

SIMULASISIMULASI

Page 2: Tajuk3.4 SIMULASI

DEFINISIDEFINISISimulasi berasal dari perkataan

simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan.

Dalam konteks P&P, simulasi dapat diertikan sebagai cara penyampaian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.

Page 3: Tajuk3.4 SIMULASI

KONSEPKONSEP Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.Teknik ini digunakan untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal.

Page 4: Tajuk3.4 SIMULASI

Tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.

Murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang diaturkan.

Page 5: Tajuk3.4 SIMULASI

Jenis-Jenis SimulasiJenis-Jenis Simulasi

SosiodramaMain Peranan

Page 6: Tajuk3.4 SIMULASI

sosiodramasosiodramaSosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap.Berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial.Skirip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan.Mengajar murid berikir cara menyelesaikan masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional.

Page 7: Tajuk3.4 SIMULASI

Membolehkan murid menunjukkan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama. murid-murid yang dipilih untuk berlakon akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama.Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis dan menilai watak-watak lakonan dan membuat rumusan.

Page 8: Tajuk3.4 SIMULASI

Main PerananMain Peranan• Satu teknik mengajar dalam bilik darjah.• Satu lakonan spontan yang melibatkan

sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip.• Murid membayangkan sesuatu situasi yang

timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.

• Guru akan memberi keterangan ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi itu kepada murid-murid terlebih dahulu.

Page 9: Tajuk3.4 SIMULASI

• Murid yang berminat berlakon kemudian dipilih untuk melakonkan situasi yang direka.

• Pelakon-pelakon dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi itu.

• Tempoh lakonan yang digunakan hendaklah pendek, biasanya di antara lingkungan 5-6 minit sahaja.

• Selepas selesai aktiviti main peranan, penilaian prestasi pelakon-pelakon dan rumusan cara penyelesaian hendaklah dibuat.

Page 10: Tajuk3.4 SIMULASI

Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran peraturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan.

supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal.

Membolehkan pelajar memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.

Page 11: Tajuk3.4 SIMULASI

Tujuan- Tujuan Tujuan- Tujuan SimulasiSimulasi

Untuk menguasai kemahiranUntuk membina pemikiran secara analitis dan kritis.Untuk membina sikap positif.Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif.Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah.Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Page 12: Tajuk3.4 SIMULASI

Prinsip-prinsip pelaksanaan Prinsip-prinsip pelaksanaan simulasisimulasi1. Guru merancang situasi yang

bermasalah & mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.

2. Penerangan ringkas mengenai masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendak diberi sebelum menjalankan aktiviti lakonan.

3. Murid yang telah mahir dalam pertuturan dipilih sebagai pelakon.

Page 13: Tajuk3.4 SIMULASI

4. Bagi aktiviti sosiodrama, skrip lakonan perlu disediakan & diedarkan kepada murid-murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu.

5. Alatan seperti topeng harus disediakan jika pelakon memerlukannya.

6. Ketika simulasi dijalankan, pastikan murid lain yang menjadi penonton menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap aktiviti lakonan.

Page 14: Tajuk3.4 SIMULASI

7. Selepas sesi simulasi, guru harus meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

8. Suatu rumusan perlu dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.

Page 15: Tajuk3.4 SIMULASI

Langkah – langkah pelaksanaan simulasiLangkah – langkah pelaksanaan simulasi

Page 16: Tajuk3.4 SIMULASI

KEKUATAN SIMULASIKEKUATAN SIMULASIKaedah simulasi berguna untuk

mencapai objektif kognitif aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian, juga pelbagai objektif afektif seperti sikap.

Simulasi juga boleh mencapai pemindahan pembelajaran positif (positive transfer of learning) iaitu keupayaan peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh semasa latihan kepada situasi lain.

Page 17: Tajuk3.4 SIMULASI

Dapat melibatkan pelajar secara aktif & mempertingkatkan motivasi mereka.

Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat.

Kemahiran pertuturan pelajar dapat dipertingkatkan.

Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menarik serta menyeronokkan.

Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan.

Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka.

Page 18: Tajuk3.4 SIMULASI

Kelemahan simulasiKelemahan simulasiPerasaan gelisah mungkin timbul di

kalangan murid yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon.

Prestasi pelakon yang kurang baik & menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton.

Kejayaan menggunakan teknik ini bergantung kepada persediaan yang rapi, pelakon-pelakon yang berkaliber serta dapat memberi penyelesaian secara spontan.

Page 19: Tajuk3.4 SIMULASI

Hanya murid yang terlibat dalam lakonan sahaja dapat memperoleh pengalaman secara langsung & faedah-faedah lakonan.

Penilaian prestasi pelakon & membuat rumusan tidak mudah dilakukan seperti yang diharapkan.

Page 20: Tajuk3.4 SIMULASI

RumusanRumusanRingkasnya, simulasi ialah:

◦Menjalankan sesuatu aktiviti yang mencerminkan keadaan realiti.

◦Melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa dalam sesuatu keadaan yang teratur.

◦Masalah yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah, tempat awam serta mempunyai kaitan dengan diri murid dilakonkan.

◦Sosiodrama & main peranan adalah contoh simulasi.

 

Page 21: Tajuk3.4 SIMULASI

◦Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan disediakan terlebih dahulu.

◦Main peranan ialah lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah.

Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.

Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang yang dibayangkan itu.