Upload
qiya-mahmud
View
74
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pendidikan seni visual
Citation preview
KAEDAH SIMULASI DAN
INDIVIDUDisediakan Oleh :
Naqiyah Bt. Mahmud
G 5.2
KAEDAH INDIVIDU
• Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. • Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan
bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. • Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan
mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan murid. • Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan
supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. • Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan
dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya.
BENTUK PERTAMA
• Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. • Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan
rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. • Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan,
pengajaran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. • Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk
pengajaran pemulihan.
BENTUK KEDUA
• Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran mereka. • Pengajaran secara individu bertujuan untuk
memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. • Biasanya, murid-murid akan menggunakan
kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. • Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. • Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya
setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini. • Aktiviti pengajaran terancang